topik 1-pengenalan kepada ekonomi binaan

32
BPD 42802 BPD 42802 EKONOMI PEMBINAAN EKONOMI PEMBINAAN Nurbaity Aqmar Mahamud Jabatan Pengurusan Pembinaan dan Harta Tanah, FPTPK, UTHM

Upload: dikma86

Post on 24-Jun-2015

2.039 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

BPD 42802BPD 42802EKONOMI PEMBINAAN EKONOMI PEMBINAAN

Nurbaity Aqmar MahamudJabatan Pengurusan Pembinaan dan Harta Tanah, FPTPK, UTHM

Page 2: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

PENGENALANPENGENALAN Aktiviti-aktiviti pembinaan adalah luas dan tidak hanya

tertakluk kepada proses-proses bangunan dan kontrak dan proses-proses pembangunan pula adalah jauh menjangkau skop rekabentuk dan pembangunan.

Kejayaan di dalam aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembangunan amat bergantung kepada kualiti pengurusan, kewangan dan prestasi organisasi parti-parti yang terlibat.

Disebabkan kemajuan yang pesat di bidang sains dan teknologi serta pengaruh dan kawalan kerajaan, pembangunan dan pembinaan menjadi semakin hari semakin kompleks dan rumit.

Pendekatan yang canggih perlu untuk disesuaikan dengan perancangan dan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan dan pembinaan.

Page 3: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Definisi industri Definisi industri pembinaanpembinaan Ekonomi pembinaan merupakan cabang kepada

ekonomi amnya. Ianya mengandungi penggunaan teknik-teknik dan kepakaran kepada bidang-bidang tertentu di dalam industri pembinaan seperti kajian ke atas organisasi-organisasi pembinaan, proses pembinaan, bekalan tenaga kerja dan bahan-bahan dan lain-lain.

Untuk memahami skop subjek ini dengan lebih jelas adalah penting untuk memahami jawapan bagi soalan-soalan berikut:

i. Apakah ekonomi?ii. Mengapa industri pembinaan berhak mempunyai

cabang tersendiri daripada ekonomi am?

Page 4: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Apakah Ekonomi?Apakah Ekonomi? Definisi ekonomi secara amnya merupakan pemilihan

cara-cara bagaimana sumber-sumber digunakan atau diagihkan.

Menurut Robin (1935, di dalam Hillebrant 1993), ekonomi adalah sains yang mengkaji tingkahlaku manusia dan hubungannya dengan sumber-sumber yang terhad yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Menurut pengkaji ekonomi ortodok pula, ekonomi adalah kajian bagaimana manusia dan masyarakat menggunakan sumber-sumber yang mempunyai pelbagai kegunaan bagi menghasil dan mengagih kepada beberapa barangan, servis, dan pulangan kepada ahli-ahli dalam masyarakat.

Dalam ertikata lain ekonomi adalah kajian bagaimana manusia dan masyarakat membuat pilihan ke atas sumber-sumber yang semakin hari semakin berkurangan.

Page 5: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~ Ekonomi pembinaan pula adalah berhubung dengan

kehendak-kehendak manusia bagi mendapatkan perlindungan, keselesaan dan kesesuaian tempat tinggal. Ianya hendaklah menjamin penggunaan yang efektif terhadap sumber-sumber di dalam industri, di samping menambahkan kerja-kerja pembinaan.

Ekonomi bangunan adalah cabang daripada ekonomi mikro. Ianya memberi penekanan kepada mengenalpasti pengagihan yang optima ke atas sumber-sumber kepada pemilik bangunan dan pemaju.

Secara amnya sumber-sumber pembinaan seperti sumber tenaga kerja, bahan-bahan, jentera dan peralatan adalah terhad dan ini menjadi matlamat utama ahli ekonomi bangunan untuk memastikan sumber-sumber ini digunakan sebaik mungkin.

Page 6: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Ciri-ciri industri pembinaanCiri-ciri industri pembinaan

Industri pembinaan mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang tersendiri yang membezakannya daripada industri-industri yang lain.

Pembinaan adalah unik dan kompleks dan melibatkan pelbagai parti yang berbeza. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk memberikan penekanan kepada ciri-ciri pembinaan untuk membezakannya daripada industri-industri lain di dalam ekonomi negara.

Page 7: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~

Ciri-ciri utama pembinaan ialah: Keadaan fizikal produk

Produk bangunan selalunya dipesan dahulu (order in advance)

Produk pembinaan berbeza dari segi rekabentuk, saiz, spesifikasi serta penggunaan akhirnya.

Produk akhir adalah besar, berat dan mahal serta mempunyai tempoh hayat yang panjang

Dari sei faktor geografi, produk pembinaan diperlukan di serata tempat yang rata-rata pelanggannya adalah individu perseorangan.

Sebahagian besar komponen bangunan dihasilkan oleh industri-industri lain.

Page 8: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~Struktur industri dan organisasi proses

pembinaan◦ Disebabkan sebahagian besar komponen

dihasilkan oleh industri-industri lain, ciri-ciri produk yang dikeluarkan akan mempengaruhi struktur industri. Ini termasuklan saiz dan bilangan organisasi kontrak, pengasingan rekabentuk dan pembinaan, cara-cara pembinaan dan pemasangan dan lain-lain.

◦ Industri pembinaan melibatkan banyak parti-parti dan organisasi yang berbeza bermula dari peringkat permulaan hinggalah kepada bangunan diserahkan kepada klien. Tiap-tiap projek yang baru melibatkan rekabentuk dan pembinaan yang berbeza.

Page 9: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~Penentuan permintaan

◦ Permintaan industri pembinaan adalah hasil pembinaan atau bangunan itu sendiri.

◦ Permintaan terhadap industri boleh dibahagikan sama ada untuk diguna sendiri oleh klien atau untuk tujuan pelaburan. Permintaan yang bertujuan untuk pelaburan digunakan sebagai: Tempat untuk menghasilkan pengeluaran –

kilang-kilang, pejabat Tambahan atau menambahbaik infrastruktur

negara – lebuhraya, empangan, lapangan terbang Pelaburan sosial dan kebajikan – hospital, dewan

orang ramai, sekolah Pelaburan sosial dan kebajikan – hospital, dewan

orang ramai, sekolah Pelaburan untuk mendapatkan keselesaan –

rumah kediaman

Page 10: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~Cara penentuan harga Harga yang dikenakan oleh klien terhadap produk bangunan

yang dihasilkan adalah berbeza dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga bangunan ialah harga kos tanah, kos pembinaan dan infrastruktur, kos kerja awalan, kos pembiayaan dan cukai, kos kerja-kerja luar jangka dan lain-lain lagi.

Di antara cara-cara yang digunakan untuk menentukan harga ialah menggunakan kaedah pengukuran berpandukan SMM atau melalui cara kos-kos pembayaran ganti.

Dalam cara yang pertama kontraktor akan dibayar berpandukan kuantiti kerja-kerja yang dilakukan.

Manakala cara yang kedua pula, kontraktor dibayar harga sebenar bahan-bahan, tenaga kerja dan jentera yang digunakan beserta sejumlah keuntungan dan pengurusan yang dipersetujui.

Page 11: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Kepentingan industri Kepentingan industri pembinaanpembinaanKepentingan industri pembinaan kepada

ekonomi boleh dilihat daripada beberapa faktor:1. Saiz dan sumbangan kepada KDNK2. Menyediakan pelaburan bangunan3. Menyediakan peluang pekerjaan4. Kerajaan merupakan klien utama

Page 12: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

1. Saiz dan sumbangan kepada 1. Saiz dan sumbangan kepada KDNK KDNKKedudukan industri pembinaan dalam

ekonomi bolehlah dikaitkan dari segi saiz dan sumbangan industri kepada aktiviti ekonomi.

Sumbangan industri pembinaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah jumlah nilai bagi semua organisasi dari segi pembelian bahan-bahan dan servis daripada lain-lain organisasi.

Industri pembinaan di Malaysia adalah juga seperti di negara-negara lain dianggap sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan boleh menunjukkan keadaan ekonomi negara.

Page 13: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~

Pertumbuhan industri pembinaan di Malaysia secara tradisinya adalah mengikut arah pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun sumbangan industri kepada ekonomi negara adalah kecil; purata 4% dari KDNK (1980-2004), tetapi ianya mempunyai peranan yang penting kepada ekonomi disebabkan aktiviti pembinaan dan bangunan menyokong pelbagai industri seperti industri pengeluaran, perlombongan, pengangkutan dan kemudahan dan servis seperti kesihatan, pendidikan dan pelancongan.

Page 14: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.1: Industri pembinaan dan KDNK (1980-2004)

Page 15: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb~Samb~

Jadual 1.1 menunjukkan peratus pertumbuhan KDNK dan industri pembinaan.

Tren menunjukkan pada masa ekonomi negara mengembang pertumbuhan industri pembinaan adalah lebih baik daripada ekonomi negara, tetapi apabila keadaan ekonomi negara merosot, pertumbuhan industri pembinaan akan menjadi lebih rendah lagi.

Page 16: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Graf 1.1: Pertumbuhan KDNK & Sektor Graf 1.1: Pertumbuhan KDNK & Sektor Pembinaan Pembinaan

Page 17: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.2: Peratus sumbangan pelbagai Jadual 1.2: Peratus sumbangan pelbagai sektor kepada ekonomi Malaysia sektor kepada ekonomi Malaysia

Page 18: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Graf 1.2: Peratus Pertumbuhan Pelbagai Graf 1.2: Peratus Pertumbuhan Pelbagai Sektor Ekonomi Sektor Ekonomi

Page 19: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

2. Menyediakan pelaburan 2. Menyediakan pelaburan bangunan bangunan Kegunaan utama produk pembinaan boleh dibahagikan

kepada dua.

1. Untuk kegunaan sendiri

2. Untuk tujuan pelaburan dengan cara mengenakan sewaan

Pembinaan adalah industri yang menyediakan pelaburan bangunan iaitu produk baru diperlukan bukan kerana produk tersebut semata-mata tetapi kerana servis dan kegunaannya.

Cth: pembinaan kilang-kilang yang digunakan untuk pengeluaran komoditi lain, sekolah sebagai tempat pendidikan dan lain-lain lagi.

Industri pembinaan selalunya dianggap sebagai sumber pelaburan yang baik kerana nilai pelaburan itu sendiri adalah tinggi berbanding dengan pendapatan pembeli. Selalunya harga dan nilai bangunan akan bertambah untuk beberapa tahun akan datang.

Page 20: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~ Untuk tempoh jangka masa panjang industri

pembinaan dapat menghasilkan pulangan yang baik kepada pelabur.

Graf 1.3 jelas menunjukkan pulangan ke atas pelaburan bangunan adalah tinggi berbanding dengan beberapa sumber pelaburan lain.

Bersesuaian dengan risiko yang ditanggung, semakin tinggi kadar risiko, semakin tinggi keuntungan kepada pelabur.

Page 21: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Graf 1.3: Hubungan pulangan risiko dari Graf 1.3: Hubungan pulangan risiko dari risiko sumber-sumber pelaburan utamarisiko sumber-sumber pelaburan utama

Page 22: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

3. Menyediakan peluang 3. Menyediakan peluang pekerjaan pekerjaan Industri pembinaan merupakan industri yang

memerlukan kadar guna tenaga yang tinggi. Kebanyakan proses-proses pembinaan memerlukan gunatenaga pekerja yang intensif.

Gunatenaga boleh dinyatakan dalam bentuk bilangan orang yang bekerja atau dalam jumlah masa bekerja.

Merujuk kepada statistik 1.3 dan 1.1 dapat disimpulkan bahawa turun-naik gunatenaga di dalam industri pembinaan berkadar terus dengan ekonomi negara dan industri pembinaan. Pada tahun 1983, peratusan pertumbuhan gunatenaga berada pada kadar tertinggi iaitu sebanyak 39.18% atau 8.2% sumbangan kepada gunatenaga keseluruhan.

Page 23: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.3: Gunatenaga industri Jadual 1.3: Gunatenaga industri pembinaan (1980-2004)pembinaan (1980-2004)

Page 24: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

4. Kerajaan merupakan Klien utama4. Kerajaan merupakan Klien utama

Kerajaan mempunyai beberapa objektif yang tertentu di dalam industri pembinaan.

Antara objektif utama kerajaan ialah untuk mengagihkan kekayaan negara kepada semua penduduk, untuk memperbaiki taraf kehidupan dengan cara memperbaiki pendapatan penduduk di samping menyediakan peluang pekerjaan.

Kerajaan mempunyai hak mengawal secara langsung terhadap permintaan industri.

Bagi negara membangun, kerajaan memainkan peranan utama di dalam permintaan infrastruktur dan kemudahan asas.

Page 25: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb ~Samb ~ Jadual 1.4 dan 1.5 menunjukkan perbelanjaan

kerajaan terhadap kerja-kerja infrastruktur dan utiliti.

Jadual 1.4 menunjukkan kerajaan membelanjakan lebih daripada 20% perbelanjaan kepada infrastruktur dan ini boleh dianggap tinggi jika dibandingkan dengan pengagihan kepada sektor-sektor lain.

Dalam RMK8 kerajaan mengagihkan RM 27 bilion (25%) bagi pembangunan infrastruktur dan utiliti.

Peruntukan yang banyak ini membolehkan kerajaan menjalankan projek infrastruktur dan utiliti untuk memperbaiki sistem pengangkutan negara di samping menyediakan kemudahan dan kecekapan utiliti untuk pihak awam.

Page 26: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.4: Agihan perbelanjaan Jadual 1.4: Agihan perbelanjaan infrastruktur (1956-2005)infrastruktur (1956-2005)

Page 27: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.5: Agihan pembagunan bagi Jadual 1.5: Agihan pembagunan bagi infrastruktur dan utiliti (1996-2005) (RM Juta)infrastruktur dan utiliti (1996-2005) (RM Juta)

Page 28: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb~Samb~ Jadual 1.6 menunjukkan perumahan

perumahan sektor awam dan swasta yang telah disasarkan semasa RMK7 dan RMK8. didapati sasaran perumahan sektor awam semasa RMK8 bertambah hampir 36% daripada sasaran semasa RMK7.

Peningkatan ini menunjukkan peranan kerajaan di dalam menyediakan tempat tinggal yang bersesuaian dan mampu dibeli oleh penduduk.

Daripada agihan yang dibuat, didapati agihan kepada perumahan awam kos rendah melebihi lain-lain program terutamanya semasa RMK8 iaitu sebanyak 175,000 unit.

Page 29: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.6: Perumahan sektor awam dan Jadual 1.6: Perumahan sektor awam dan swasta (1996-2005)swasta (1996-2005)

Page 30: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Samb~Samb~

Selain daripada peruntukan di atas, terdapat juga peruntukan bagi projek-projek yang dikendalikan oleh JKR untuk lain-lain kementerian dan agensi.

Di dalam RMK8, terdapat 4,822 projek-projek yang dikendalikan oleh JKR untuk 25 kementerian dan agensi dengan peruntukan sebanyak RM 5,410 juta bagi tahun 2002 seperti dalam jadual 1.7

Page 31: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Jadual 1.7: Projek-projek yang Jadual 1.7: Projek-projek yang dikendalikan oleh JKRdikendalikan oleh JKR

Page 32: Topik 1-Pengenalan Kepada Ekonomi Binaan

Sekian, Terima KasihSekian, Terima Kasih