sekolah selamat

12
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA DEFINISI Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam atau luar sekolah. MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasaan, kemalangan dan malapetaka. 2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti- aktiviti di sekolah. 3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.

Upload: muhammadrahimi

Post on 09-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2014SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA

DEFINISISekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam atau luar sekolah.

MATLAMATMewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF1. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasaan, kemalangan dan malapetaka.2. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah.3. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.4. Memastikan hak setiap warga sekolah dipertahan dan dijaga.5. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.6. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.7. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.8. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.9. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. RASIONAL1. Dalam banyak keadaan, keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.2. Waarga sekolah dewasa kini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

FUNGSI JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT1. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah.2. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak komuniti dan keluarga.3. Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat.4. Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada.5. Memastikan kesedaran wujud di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat.6. Melaksana, menilai dan mengkaji semula dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa.

TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT

A. PRINSIP Setiap aduan hendaklah diberi perhatian serius. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta. Perasan setiap orang yang terlibat harus diambil kira. Semua pihak yang terlibat harus diambil kira. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil dan tidak ada pihak yang teraniaya. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak tidak berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

B. TATACARA MEMBUAT ADUAN Sesiapa yang ingin membuat aduan, pelajar atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut : Berbincang terus dengan pihak yang terlibat. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor. Berjumpa dengan guru besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu.

PELAN STRATEGIK KESELAMATAN 2014

OPERASI 1KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH Meningkatkan kefahaman dan pengalaman murid, keluarga dan masyarakat dalam penjagaan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah. Meningkatkan kesedaran dan amalan tatacara keselamatan semasa menghantar dan mengambil murid. Meningkatkan keselamatan murid semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.OPERASI 2PENGURUSAN KESELAMATAN FIZIKAL SEKOLAH Meningkatkan pemantauan aspek keselamatan infrastruktur sekolah dan warga sekolah selamat. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan peranan warga terhadap keselamatan infrastruktur dalam kawasan sekolah. Meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan fizikal bangunan dalam kawasan sekolah.OPERASI 3PENGURUSAN KESELAMATAN SOSIAL Menyediakan warga SKSJ supaya sentiasa bersedia dari segi kesedaran dan pengetahuan tatacara untuk meningkatkan keselamatan. Meningkatkan pengetahuan warga SKSJ tentang isu buli, gangguan seksual dan cara mengatasinya. Meningkatkan pengetahuan warga SKSJ tentang bahaya dadah dan rokok.

OPERASI 4PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA Menyediakan warga SKSJ supaya sentiasa bersedia dari segi kesedaran dan pengetahuan/tatacara untuk menghadapi krisis dan bencana alam. Memastikan kelengkapan peralatan menghadapi krisis, kecemasan dan bencana berfungsi dan mencukupi. Menyediakan maklumat yang diperlukan semasa berlaku kecemasan dan tatacara yang betul untuk dilakukan oleh murid apabila berhadapan dengan sebarang ancaman. Semua spot berisiko/ancaman diketahui warga sekolah.

OPERASI 5PENGURUSAN RISIKO Menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan sebarang ancaman yang wujud di persekitaran dan lokasi sekolah. Meningkatkan kerjasama dengan pihak luar bagi mengelakkan sebarang risiko atau ancaman kepada murid di persekitaran sekolah.

JAWATANKUASA PELAKSANAPROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2014SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA

KESIMPULANPelaksanaan sekolah selamat diharap dapat mewujudkan suasana yang kondusif agar sekolah dapat berfungsi sebagai tempat mendidik dan menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi; seterusnya, masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang dan terancam. Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa dan PIBG, pihak berkuasa, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

LAPORAN BERGAMBARPELANCARAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Pn. Norsiah menyampaikan ucapan aluan.

Upacara menurunkan banner program. Ketua program memberikan penerangan.

Kuiz terbuka kepada murid-murid. Penyampaian hadiah kepada murid.