sekolah selamat 1

23
POLISI & PANDUAN POLISI & PANDUAN PELAKSANAAN PELAKSANAAN SEKOLAH SELAMAT

Upload: nordin-yahya

Post on 25-May-2015

21.679 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Selamat 1

POLISI & PANDUAN POLISI & PANDUAN PELAKSANAANPELAKSANAAN

SEKOLAH SELAMAT

Page 2: Sekolah Selamat 1

PENDAHULUANPENDAHULUANRealitinya kebanyakan sekolah di seluruh negara adalah ‘Selamat’ dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita harus sedar pada hakikatnya bahawa terdapat murid yang datang dari keluarga bermasalah dan juga wujudnya pengaruh luaran yang negatif yang mempengaruhi murid sekolah hari ini.

Perubahan dalam iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenalpasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru-guru. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan komuniti setempat untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.

Page 3: Sekolah Selamat 1

RASIONALRASIONAL Dalam banyak keadaan ianya kerap diabaikan dan

jarang dijadikan asas utama pertimbangan.

Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang berterusan perlu diwujudkan.

Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.

Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

Page 4: Sekolah Selamat 1

MATLAMATMATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

Page 5: Sekolah Selamat 1

OBJEKTIF• Mewujudkan persekitaran sekolah yang

sihat, selamat dan menyeronokkan.

• Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

• Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

• Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.

• Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.

Page 6: Sekolah Selamat 1

• Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.

• Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.

• Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.

• Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka

Page 7: Sekolah Selamat 1

KONSEPKONSEP

Sekolah Selamat ditafsirkan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan dari mana-mana pihak samada dari luar mahupun dari dalam.

Page 8: Sekolah Selamat 1

SEKOLAH SELAMAT

FIZIKALKeselamatan BangunanKeselamatan bengkel, Makmal, bilik khasKebakaran, runtuhanKeselamatan semasaAktiviti sukan, ko-koDalam dan luar sekolah

SOSIALDisiplin PelajarKeselamatan pergiDan balik sekolahPerkaumanDiskriminasiGanguan SeksualSalah guna dadahIsu kesihatan

Page 9: Sekolah Selamat 1

ELEMEN PERANCANGAN ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMATSEKOLAH SELAMAT

Kesedaran awam atau komunitiPenekanan kepada penghayatan nilai-nilai

murni merentasi kurikulum dan kokurikulumPeraturan sekolahPengurusan bencana alam dan kecemasan

Page 10: Sekolah Selamat 1

Kehadiran warga sekolah Membasmi ponteng Pencegahan dadah, rokok dan arak Perkongsian bijak dengan agensi luar Kesedaran sosial dan budaya Kepimpinan pelajar Penglibatan keluarga dan komuniti Program khas bersama komuniti Pencegahan jenayah melalui pelan reka

bentuk bangunan sekolah yang selamat Aktiviti kokurikulum dan rekreasi

Page 11: Sekolah Selamat 1

Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan

Mengenalpasti latar belakang warga sekolah

Pembangunan Staf Kawalan keselamatan sekolah Khidmat kemasyarakatan Perkongsian bijak bersama Korporat Perkongsian bijak dengan Media Perkhidmatan kesihatan Sekolah Pengangkutan Perundangan Penilaian dan pemantauan

Page 12: Sekolah Selamat 1

PERANCANGANPERANCANGANMenubuhkan Jawatankuasa Menubuhkan Jawatankuasa

Sekolah Selamat(JKSS)Sekolah Selamat(JKSS)

Cadangan Keahlian Jawatankuasa

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM

Setiausaha : Kaunselor Sekolah

Page 13: Sekolah Selamat 1

Ahli-ahli : - Wakil ibu bapa

- Wakil guru

- Wakil murid

- Polis

- JKKK/Rukun Tetangga -Jabatan Kebajikan Masyarakat

- Wakil Persatuan Belia

- Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/

Klinik Kesihatan

- Bomba

- Penghulu/Ketua Kampung

- Majlis Perbandaran/Daerah

- NGO (yg releven spt MCPF dll)

- Individu yang boleh menyumbang

Page 14: Sekolah Selamat 1

Fungsi JawatankuasaMenyediakan peraturan dan tanggungjawab semua warga sekolah

Menyediakan peraturan dan tanggungjawab pihak lain(komuniti/keluarga)

Promosi secara aktif peraturan kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat

Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti tentang prosedur keselamatan

Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu Sekolah Selamat

Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari masa ke semasa

JAWATANKUASA SEKOLAH SELAMAT (JKSS)

Page 15: Sekolah Selamat 1

MEWUJUDKAN BUDAYA

SELAMAT DI SEKOLAH

KOMUNITI SELAMAT

KELUARGA SELAMAT

SEKOLAH SELAMAT

PEMUAFAKATANPEMUAFAKATAN

PEMUAFAKATAN

Page 16: Sekolah Selamat 1

Peranan SekolahMewujudkan Jawatankuasa Sekolah

SelamatMenyediakan Buku Panduan Polisi

Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas

Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan

Page 17: Sekolah Selamat 1

Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan

Mewujudkan pelan pengurusan krisis

Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan

Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan

Page 18: Sekolah Selamat 1

Peranan KomunitiMelibatkan semua ketua masyarakat

dalam proses menjadikan sekolah selamatMerapatkan jurang golongan muda

dengan warga tuaMenyokong semua polisi dan peraturan

sekolahMemberi sumbangan material idea dan

kepakaran dalam perkhidmatan kawalan keselamatan sekolah

Menerapkan nilai-nilai spiritual oleh pemimpin agama

Page 19: Sekolah Selamat 1

Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan

Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah

Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti

Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah

Page 20: Sekolah Selamat 1

Peranan Keluarga Menyokong semua polisi dan peraturan

sekolah Melibatkan diri secara aktif dalam semua

aktiviti sekolah dan komuniti Memperkukuhkan nilai-nilai agama/moral

kepada anak-anak Kerap berkomunikasi dengan anak-anak Mengenali rakan anak-anak Bekerjasama dengan ibu bapa lain Menjadi ahli dalam penubuhan yang boleh

membantu membanteras isu-isu keselamatan Mendidik anak-anak bagaimana menjaga

keselamatan diri.

Page 21: Sekolah Selamat 1

HARAPAN TERHADAPHARAPAN TERHADAP SEKOLAH SELAMAT SEKOLAH SELAMAT

Bebas daripada sebarang gangguan samada dalam bentuk tutur atau fizikal

Keselamatan harta benda terjamin Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan

tugas Tidak dipandang rendah disebabkan oleh

keturunan, agama, latar belakang sosio-ekonomi dan jantina

Dilayan secara adil dan sama rata Dihormati dan dihargai Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan

dan penyakit

Page 22: Sekolah Selamat 1

Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina

Bersikap positif terhadap orang lain Menghargai perbezaan yang wujud Bersikap dan bertindak adil Memberi kerjasama dan bantu membantu Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan Jangan biarkan sebarang kejadian kekerasan,

sentimen perkauman dan perbuatan sumbang berlaku tanpa dihalang

Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas

Jangan mendera (fizikal, mental dan emosi) Melaporkan setiap kes

Page 23: Sekolah Selamat 1

TERIMA KASIHTERIMA KASIH