garis panduan pengendalian bekalan susu...

24
Disediakan Oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Dengan Kerjasama Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU SEKOLAH

Upload: phunganh

Post on 11-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

Disediakan Oleh

Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Dengan Kerjasama

Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAAras 3, Blok E7, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya

BAHAGIAN SEKOLAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALYSIAAras 3 & 4, Blok E2, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

GARIS PANDUANPENGENDALIAN BEKALAN

SUSU SEKOLAH

Page 2: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

KANDUNGANKata-kata Aluan 1Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek

Kata-kata Aluan 2Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Kata-kata Aluan 3Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd. Ismail Merican

Kata-kata Aluan 4Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd. Dom

Pengenalan/Objektif/Skop 5

Definisi 6

Jaminan Kualiti Produk 7

Pengangkutan 8

Penyimpanan Di Gudang 11

Penyimpanan Di Sekolah 14

Pengagihan Di Sekolah 18

Rekod Dan Pengesanan/Rujukan 20

Kumpulan kerja 21

G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page A

Page 3: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Kata-kataAluan

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi sepatah duakata di dalam Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah yang dihasilkanbersama di antara Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Kementerian sayaserta Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Projek susu sekolah telah bermula sejak 1983 yang bertujuan untuk meningkatkan tarafkesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiatmeminum susu. Sejajar dengan matlamat tersebut, penghasilan garis panduan inidapat memperkukuhkan lagi pengendalian susu sekolah.

Saya percaya dengan adanya kerjasama di antara Kementerian Kesihatan danKementerian Pelajaran Malaysia serta usaha bersepadu daripada pembekal susu dansekolah secara tidak langsung dapat menjamin keselamatan dan kualiti bekalan sususekolah.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada semua yang telah memberi sumbangandalam penghasilan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah ini.

DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek

1 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 1

Page 4: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

2 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahapkesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi program yangterancang dan teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamintahap kesihatan warga sekolah di tahap yang optimum.

Program Susu Sekolah yang telah dilaksanakan lebih dua puluh tahun adalah satuusaha yang berterusan Kementerian Pelajaran untuk membantu murid-murid sekolahrendah mendapat pelbagai zat makanan yang diperlukan bagi pemakanan seimbangdisamping memupuk tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah. Hasil penilaianprogram ini menunjukan murid-murid yang terlibat dapat mencapai satu tarafpemakanan dan kesihatan yang lebih baik.

Semua pihak yang terlibat dengan program ini perlu memberikan penekanan danperhatian yang serius dalam melaksanakan Program Susu Sekolah. Segala langkahyang diambil perlu mengikut piawaian yang ditentukan memandangkan susumerupakan bahan makanan yang memerlukan pengendalian yang cermat dan berhati-hati.

Kelahiran Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah ini yang bertepatandengan masa dan keperluan, amat dialu-alukan. Adalah diharapkan, buku ini akandigunakan bagi meningkatkan mutu pengurusan, pelaksanaan, penyeliaan danpenilaian Program Susu Sekolah.

Selamat Maju Jaya.

DATO' SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

Kata-kataAluan

Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 2

Page 5: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

3 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Kata-kataAluan

Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah adalah inisiatif daripadaKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) bagi menangani masalah kejadian keracunan makanan yangberkaitan dengan susu sekolah.

Diharapkan melalui penerbitan garis panduan ini memberi manfaat kepada pengilang,pengedar dan juga pihak sekolah dalam mengendalikan bekalan susu sekolah bagimemastikan keselamatan susu sekolah tersebut.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibatdalam menghasilkan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah ini. Sayajuga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Bahagian Keselamatan danKualiti Makanan, KKM di atas sumbangan teknikal yang diberikan.

Saya percaya dengan adanya garis panduan ini masalah yang berkaitan denganpengendalian bekalan susu sekolah dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATUK DR. HAJI MOHD. ISMAIL MERICAN

Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd. Ismail Merican

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 3

Page 6: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

4 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan Garis PanduanPengendalian Bekalan Susu Sekolah ini.

Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan yangterperinci kepada pengeluar, pembekal, penyelaras, pelaksana dan muridyang terlibatdengan Program Susu Sekolah bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawabserta memastikan kebajikan murid yang terlibat dalam program ini terus terjamin danterpelihara.

Aspek yang disentuh dalam garis panduan buku ini meliputi dari proses pengeluaransusu sehinggalah susu di minum oleh murid sekolah. Saya amat berharap garispanduan ini dipatuhi bagi mengelak insiden-insiden yang tidak diingini berlakukembali. Sehubungan dengan itu, komitmen dan kerjasama semua pihak adalahpenting dan hendaklah dijadikan teras kepada kejayaan garis panduan ini.

DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN MOHD. DOM

Kata-kataAluan

Dato' Haji Alimuddin bin Mohd. Dom

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 4

Page 7: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

5 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

PENGENALANProgram bantuan susu sekolah yang dimulakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Murid-muridsekolah diberi susu Ultra High Temperature (UHT) sebanyak sekali seminggu. Bagimenjamin susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garispanduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.

SKOPGaris panduan ini meliputi langkah-langkah kawalan di setiap peringkat rantaianbekalan susu sekolah iaitu di peringkat pengilang, pengedar dan sekolah yangterlibat dalam pengendalian bekalan susu sekolah melibatkan penyimpanan,pengangkutan dan pengedaran susu UHT.

OBJEKTIFGaris panduan ini memberi panduan kepada pengilang, pengedar dan jugakepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu sekolah bagi memastikansusu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid di bawah Program Susu Sekolahadalah selamat.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 5

Page 8: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

6 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

DEFINISI

Langkah-langkah universal yang mengawalkeadaan operasi sesebuah premis makananbagi membolehkan penghasilan makananyang selamat.

Amalan PengilanganYang Baik (GMP)

Ultra High Temperature (UHT)

Sistem pengurusan stor di mana stok yangmasuk dulu akan keluar dulu.

First In, First Out(FIFO)

Sistem penindihan kotak secara padat untukmengelakkan kotak daripada bergoyang.

Interlocking Stacking System(Sistem PerkuncianBarang Tindihan)

Sampel yang diambil untuk tujuanpemeriksaan di masa hadapan.

Holding Sample(Sampel Penahanan)

Binatang atau serangga yang bolehmerosakkan dan mencemar makanan/minuman contohnya lipas, lalat, tikus dansebagainya.

Makhluk Perosak

Satu sistem jaminan kualiti (Quality Assurance)yang dibangunkan bagi tujuan pemastiankeselamatan dan kualiti makanan yangdiproses.

Hazard Analysis andCritical Control Panel(HACCP)

Satu proses pensterilan makanan pada suhuyang tinggi tidak kurang 135 °C dan masatidak kurang daripada 2 saat.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 6

Page 9: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

7 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

JAMINAN KUALITI PRODUKBagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,semua pengilang susu hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut;

a. Mempunyai sijil HACCP yang diiktiraf oleh KementerianKesihatan Malaysia.

b. Memastikan bahan mentah bebas dari sebarangpencemaran termasuk enterotoksin.

c. Menyimpan holding sample bagi setiap kelompok (batch) yang dikeluarkan.

d. Straw perlu dibekalkan kepada setiap kotak susu.e. Setiap tray hanya mengandungi 24 kotak susu sahaja.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 7

Page 10: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

8 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

PENGANGKUTANSusu hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakan semasapengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakan hendaklahmempunyai ciri-ciri berikut;

a. Menyediakan perlindungan yangberkesan daripada sinaranmatahari dan pencemarantermasuk habuk dan asap.

b. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih,berkeadaan baik, boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, dinyahjangkitandan ditutup untuk menghalang kemasukan makhluk perosak dan sebarangsumber pencemaran.

Kenderaan yang sesuai untuk pengangkutan susu

Elak daripadaterkena sinarmatahari dankelembapan secara terus

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 8

Page 11: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

9 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

c. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemar susu dan kenderaan.

d. Mempunyai sistem pengudaraan secukupnya.

e. Pemunggahan susu ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan dengancermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susuadalah dilarang sama sekali.

f. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan traybergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.

g. Jangan menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.

Mempastikan pemunggahan dijalankandengan berhati-hati

Interlocking stacking system

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 9

Page 12: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

10 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

h. Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan danpengedaran hendaklah mengikut no. batch. Sebaik-baiknya satu batch yangsama bagi satu lokasi penerimaan.

i. Pengilang/Pengedar perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yangmengandungi maklumat-maklumat lengkap seperti berikut;

• Tarikh dan masa pemunggahan.• No. batch/kuantiti.• Tarikh Luput bagi setiap batch.• Nama dan alamat penerima.• Tarikh dan masa serahan.

j. Pengilang/pengedar hendaklah memastikan karton atau kotak susu yangtelah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kontena ataukenderaan pengangkutan.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 10

Page 13: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

11 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

PENYIMPANAN DI GUDANG

a. Keperluan Gudang

Stor atau gudang yang digunakanbagi menyimpan bekalan susuhendaklah mempunyai ciri-ciriberikut;

i. Rekabentuk stor penyimpananhendaklah dibina supaya dapatmengawal risiko pencemaran.

ii. Stor mestilah bertutup dandilindungi dari makhluk perosakdan haiwan peliharaan.

iii. Hendaklah digunakan hanyauntuk menyimpan makanan/minuman dan bahan lain yangtidak mencemarkan.

iv. Dinding, lantai dan rak dibuatdaripada bahan yang mudah dicuci dan kalis air.

v. Digalakkan menggunakan chiller untuk penyimpanan susu (T < 4˚C).

vi. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan jumlahpenyimpanan bagi memastikan penyimpanan yang baik.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 11

Page 14: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

12 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

vii. Pencahayaan semulajadi atau buatan perlu dibekalkan bagi beroperasidalam keadaan yang baik. Pencahayaan minimum tidak kurangdaripada 215 lux pada jarak 90 sm dari aras lantai.

viii. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkanbahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

ix. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak seperti;

• Pencegahan• Pemantauan sentinel• Kawalan luar dan dalam• Jadual pemantauan dan kawalan• Peta Perangkap

b. Kaedah Penyimpanani. Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika

menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihikeluasan pallet.

ii. Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm daripada dinding.

Pengendaliansusu yang salah

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 12

Page 15: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

13 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

iii. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan kotakbergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.

iv. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput danno. batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu, keluar dulu)dilaksanakan.

v. Jangan menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan(8 – 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu dilapisan bawah.

vi. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada storpenyimpanan.

vii. Penyimpanan susu ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankandengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di ataskotak susu adalah dilarang sama sekali.

viii. Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam pengurusanstok.

ix. Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang lengkap (tarikh, no. batch, tarikh luput, masa terima, masa keluar, rekod fizikal)

Elakkan susunanhujung kotakyang tidak rata

Pengasingan kotak susu yangrosak hendaklahdilakukandengan segera

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 13

Page 16: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

14 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

PENYIMPANAN DI SEKOLAH

a. Keperluan di stor

Stor yang digunakan bagi menyimpan bekalan susu hendaklah mempunyaiciri-ciri berikut;

i. Rekabentuk stor penyimpanan hendaklah dibina supaya dapat mengawalrisiko pencemaran seperti ancaman binatang perosak, pencemaran bahankimia dan sebagainya.

ii. Stor mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk perosak dan haiwanpeliharaan.

iii. Sekolah digalakkan menyediakan chiller untuk menyimpan susu (T < 4˚C).

iv. Hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan/minuman danbahan lain yang tidak mencemarkan.

v. Dinding, lantai dan rak dibuat daripada bahan yang mudah dicuci dankalis air.

vi. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan jumlah penyimpananbagi memastikan penyimpanan yang baik. Jumlah penyimpanan adalahmengikut jumlah murid yang dibekalkan dengan susu UHT dan jadualpenghantaran susu.

vii. Sekolah tidak dibenarkan menyimpan stok susu dalam jumlah yang banyak.Bekalan yang boleh disimpan adalah dalam jumlah yang mencukupi bagipengagihan 1 bulan sahaja. Susu tidak boleh disimpan lebih daripada 6minggu di sekolah.

viii. Pencahayaan semulajadi atau buatan perlu dibekalkan bagi beroperasidalam keadaan yang baik. Pencahayaan minimum tidak kurang daripada215 lux pada jarak 90 sm dari aras lantai.

ix. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahangberlebihan, kondensasi, kotoran dan wap.

x. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak.

Rak-rak khas boleh digunakan bagi penyimpanan susu sementara menunggupembinaan stor. Rak-rak khas ini hendaklah ditempatkan di kawasan yang sesuaidan bebas daripada faktor-faktor yang boleh mencemarkan susu.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 14

Page 17: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

15 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

b. Kaedah Penyimpanan i. Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika

menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihikeluasan pallet.

ii. Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripadadinding.

iii. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan kotakbergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.

iv. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput danno. batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu, keluar dulu)dilaksanakan.

v. Jangan menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.

vi. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada storpenyimpanan.

vii. Penyimpanan susu ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankandengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali.

viii. Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam pengurusanstok.

ix. Stor hendaklah sentiasa berkunci.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 15

Page 18: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

16 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

c. Senarai semak penerimaan susu oleh guru

Semasa penerimaan susu UHT, petugas yang menerima bekalan susuhendaklah mempastikan perkara-perkara berikut dipatuhi;

i. Merekod maklumat penerimaan dalam buku log.

ii. Menerima bekalan susu dalam bentuk karton (24 kotak susu) yanglengkap dan berkeadaan baik

iii. Memeriksa keadaan fizikal kotak susu UHT.

iv. Mematuhi kaedah penyimpanan yang selamat.

v. Susu perlu terletak dengan kemas dalam tray dan mempunyaino. batch/tarikh luput yang sama untuk setiap tray.

vi. Semua kotak mesti mempunyai no. batch/tarikh luput.

vii. Tiada tanda-tanda berikut;

• Kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran.• Bocor atau pecah.• Menggelembung.• Kemek, tanda lipatan pada kotak dan lipatan pada tepi kotak

terbuka. • Kesan- kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus, telur

lipas, gigitan pada kotak dan lain-lain)

Petugas yang menerima bekalan susu mempunyai hak untuk menolak kesemua lotpenghantaran susu sekiranya terdapat kotak susu yang rosak atau tidakmempunyai no. batch/tarikh luput. Kotak-kotak yang mempunyai kesan-kesan di atas tidak harus diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal.Maklumat kerosakan susu dan ketiadaan no. batch/tarikh luput hendaklahdirekod dan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 16

Page 19: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

17 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

PENGAGIHAN DI SEKOLAHBagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,semua pengilang susu hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut;

a. Sebelum susu UHT diagihkan kepada murid-murid sekolah, guru atau petugashendaklah memastikan perkara-perkara berikut; i. No. Batch/Tarikh luput susu UHT.ii. Tarikh dan masa.iii. Bilangan murid/nama kelas.

b. Menyimpan holding sampel susu UHT (2 kotak) bagi setiap batch atau tarikhluput yang akan diagihkan dan disimpan selama 3 hari. Sampel tersebuthendaklah disimpan dalam plastik dan dilabelkan dengan maklumat tarikh danmasa agihan.

c. Mempastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu UHT;i. Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran.ii. Bocor atau pecah.iii. Mengelembongiv. Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan

pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat.

d. Guru atau petugas hendaklah memberi penerangan kepada murid-muridsebelum meminum susu tentang perkara-perkara berikut; i. Amalan membasuh tangan ii. Pastikan kotak tidak kembung/kemek/bocor.iii. Pastikan tarikh belum luput.iv. Goncang pek susu.v. Rasa sedikit jika susu masam jangan minum dan laporkan kepada guru.vi. Jika susu masih elok, minum sehingga habis.vii. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum.viii. Buang kotak kosong ke dalam tong sampah.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 17

Page 20: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

18 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

e. Selepas pengagihan, sekiranya guru bertugas menerima aduan mengenai susumasam beliau hendaklah memberhentikan agihan susu berkenaan danmemaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) denganserta merta. Baki susu dalam bekas yang telah terbuka hendaklan disimpansementara menunggu wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). GuruPenolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) hendaklah memaklumkan kepada PKDdan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tindakan susulan dengan serta merta.Holding sampel hendaklah diserahkan kepada PKD. Setelah PKD selesai denganurusan pengambilan sampel, baki susu yang telah dibuka bolehlah dibuang danbaki susu yang belum dibuka dengan no. batch/tarikh luput yang samahendaklah dipulangkan kepada pembekal.

f. Memastikan buku panduan dan poster berkaitan dengan bekalan susu sekolahdipamer ditempat yang mudah dibaca oleh guru dan murid.

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 18

Page 21: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

19 B E K A L A N S U S U S E K O L A H

• Guidelines on Good Hygiene Practices for Small and Medium ScaleFood Industries Towards HACCP. 2002.

• Guidelines for Good Manufacturing Practice in Small andMedium Scale Industry. 1997.

• Food Hygiene Basic Texts. Codex Alimentarius. Third Edition. 2003.

• Malaysian Standard MS 1514:2001. General Principles ofFood Hygiene.

• Handle With Care Handbook - Tetra Pak Malaysia.

• Safety Handbook- Good Manufacturing Practices– Fonterra Brands (Malaysia) Sdn.Bhd.

• Garispanduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) – BahagianKeselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Poster Panduan Meminum Susu – Kementerian Pelajaran Malaysia.

REKOD DAN PENGESANANSemua rekod hendaklah dijaga dan disimpan untuk jangka masa yang lebihdaripada jangka hayat produk.

RUJUKAN

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 19

Page 22: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

20 G A R I S P A N D U A N P E N G E N D A L I A N

KUMPULAN KERJAPenyediaan Garis Panduan Pengendalian

Bekalan Susu Sekolah

Dr. Abd. Rahim B. Mohamad (Penasihat) BKKMWee Bee Wah BKKMDr. Lokman B. Rejali BKKMSanimah Bt. Abd. Rahman BKKMZafrullah B. Shamsuddin Bah. Sekolah, KPMRamli B. Amin Bah. Sekolah, KPMDr. Kamaliah Bt. Mohamad Noh JKN SarawakJamal Khair B. Hashim JKN SelangorThayalan Ramadas JKN JohorKu Nafishah Bt. Ku Ariffin JKN Pulau PinangAmran B. Hasan JKN Negeri SembilanNoraini Bt. Abd. Wahab JKN TerengganuBadruzzaman A. Rahim JKN KelantanRohana Bt. Ya'akuf JKN MelakaZamanhuri B. Umordin JKN WP Kuala LumpurZaini Bt. Abd. Rahman JKN WP Kuala LumpurMohd. Mirdza B. Abu Hassan JKN WP LabuanPoornima A/P Karyapah JKN PahangChin Cheow Keat BKKMJeyaletchumi a/p Ponniah BKKMPadmanathan A/L Kailasam BKKMSyarmilla Bt. Yusoff BKKMDr. Azmani Bt. Wahab BKKMZainatul Emelia Bt. Zainal Abidin BKKMChe Saipolliza B. Deraman BKKMFiona Zila Bt. Mohamad Noor BKKMMaria Afiza Bt. Omar BKKM

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 20

Page 23: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

B E K A L A N S U S U S E K O L A H

Booklet new2-355 21/07/2008 11:26 AM Page 21

Page 24: GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BEKALAN SUSU …fsq.moh.gov.my/.../Garispanduan/SusuSekolah/GPPBSusuSekolah_H.… · Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat,

Disediakan Oleh

Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Dengan Kerjasama

Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAAras 3, Blok E7, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya

BAHAGIAN SEKOLAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALYSIAAras 3 & 4, Blok E2, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

GARIS PANDUANPENGENDALIAN BEKALAN

SUSU SEKOLAH