polisi sekolah selamat

Upload: yus-anggunpengantin

Post on 07-Jul-2015

210 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tajuk:Banjir Kilat Ponteng Sekolah Sifar Hubungan Baik Antara Pelajar Pelbagai Kaum Kecemerlangan Kokurikulum

Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar 34300 Bagan Serai,Perak Darul Ridzun

i

Isi Kandungan Definisi Sekolah Selamat Pendahuluan Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Kerja Kumpulan Sasaran & Sumber Jadual Pelaksanaan (Carta Gantt) Aduan i ii iii iv v vi vii

Polisi Sekolah Selamat

1.2. 3. 4.

Banjir Kilat Ponteng Sekolah Sifar Hubungan Baik Antara Pelajar Pelbagai Kaum Kecemerlangan Kokurikulum 20 21

1-5 6 - 11 12 - 15 16 - 19

Penutup Penghargaan Lampiran

ii

Definisi Sekolah SelamatSekolah Selamat ditafsirkan sebagai kawasan yang bebas daripada sebarang gangguan, kemalangan, kecederaan dan penyakit serta keselamatan harta benda terjamin. Sekolah Selamat juga memuatkan program-program yang menggambarkan hasrat sekolah untuk dikongsi bersama seluruh warga sekolah, ibu bapa/waris dan masyarakat setempat.

iii

PendahuluanSejak akhir- akhir ini, kita sering dipaparkan dengan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku di kalangan murid sekolah. Walaupun segelintir sahaja yang terlibat , namun ia meninggalkan impak yang mendalam kepada semua golongan masyarakat . Jika masalah ini tidak ditangani segera, ia akan menjejaskan fungsi utama institusi pendidikan. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif bagi mewujudkan Polisi Sekolah Selamat di seluruh negara. Dengan adanya polisi ini, pihak kementerian berharap semua sekolah dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan menarik perhatian masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut. Sebanyak 30 buah sekolah dari seluruh negara telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi Polisi Sekolah Selamat. SMK Alang Iskandar telah dipilih menjadi sekolah rintis mewakili negeri Perak. Bagi menjayakannya , pihak sekolah telah memilih empat tajuk Polisi Sekolah Selamat iaitu : i. Banjir Kilat ii. Ponteng Sekolah Sifar iii. Hubungan Baik Antara Pelajar Pelbagai Kaum iv. Kecemerlangan Kokurikulum. Justeru itu , pihak sekolah berharap dengan adanya polisi-polisi ini , persekitaran sekolah yang sihat, harmoni, selamat dan menyeronokan dapat diwujudkan secara berterusan.

Jawatankuasa Indukiv

Pengerusi Naib Pengerusi

: :

Pn Hjh. Fudziah Bt Talib (Pengetua) 1. Pn Hjh Hasnah Bt Hashim (Pk Hem) 2. En Azmi Bin Mat (Pk Pentad.)

Setiausaha Ahli

: :

Cik Nuolia Bt Umar (Guru Bimbingan Dan Kaunseling) Wakil Ibu Bapa Wakil Guru Wakil Murid Polis Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Bomba Penghulu Majlis Daerah Kerian Wakil PPD/JPN Jabatan Parit Dan Saliran Jabatan Kebajikan Masyarakat

v

Jawatankuasa KerjaPengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK 1. Jurugambar 2. Grafik/ Papan Tanda : : : Encik Burhanuddin bin Dahalan Encik Abdul Samad bin Sulaiman Encik Mohd Yusof bin Hj. Azizan Cik Hjh Hamidah bt. Talib Encik Zobri bin Hamzah Cik Rosmila bt. Ahmad Pn Sharifah bt. Sulaiman Encik Abdul Nasir bin Ahmad Encik Ramli bin Hamid Pn Saridah bt. Shaharuddin Ustaz Mohd Azman bin Chat Encik Mohd Azman bin Mohd Hussain Puan Latifah bt. Meor Yahya Cik Nuolia bt. Umar Ustaz Wan Nazron bin Wan Awang Encik Mohd Haslan bin Samsudin Puan Sarimah bt. Saarani : Pn. Hjh Fudziah bt. Talib (Pengetua) :1. Pn. Hjh Hasnah bt. Hashim (Pk Hem) 2.Encik Azmi bin Mat (P.K. Pentadbiran) 1. Pn Latifah bt. Abdullah 2. Encik Arihasnizam bin Ariffin Pn Rose Nizah bt Mohd Rasid

3. Bilik-Bilik Khas Ert K.Hidup/Setor Makmal SPBT PSS Setor Sukan Pejabat & Bilik Cetak Bilik Guru Koperasi Kantin Bilik Rawatan, Bimbingan & Kaunseling Surau L.Kejuruteraan Bilik Pengawas-

4. Keselamatan Warga SMKAI Encik Mohd Haslan bin Samsudin Encik Ab. Raof bin Ramli Encik Umar bin Hj Ahmad Persatuan, Kelab, Unit Beruniform Badan Pengawas

vi

Kumpulan SasaranSemua warga sekolah, ibu bapa, para pelawat dan harta benda sekolah.

Sumberi. Sumber Kewangan Peruntukan daripada JPN sebanyak RM 2 000.00

ii.

Sumber Tenaga AJK Induk & AJK Kerja

vii

BIL

AKTIVITI DISEMBER 2001 1 2 3 4 / / / // / / / / / / / / / JANUARI 2002 1 2 3 4

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

minggu Taklimat kepada semua sekolah rintis Polisi Sekolah selamata (PSS) 2002 Taklimat kepada Penolong Kanan HEM Taklimat kepada semua pentadbiran SMKAI Taklimat kepada semua staf bukan guru dan guruguru SMKAI Taklimat kepada semua pelajar Perlantikan Jawatankuasa Kerja/ operasi (JKO) Polisi Sekolah Selamat Mengadakan mesyuarat JKO Penbentangan laporan jawatankuasa Menulis dan membukukan projek PSS Membentang PSS kepada pegawai JPN dan komuniti setempat Pemurnian PSS Mencetak buku dan menghantar ke JPN Mesyuarat post mortem di JPN Pelancaran PSS di peringkat kebangsaan Pelancaran PSS di peringkat sekolah

TARIKH FEBRUARI 2002 1 2 3 4

MAC 1 2

/

/

/

/

/

/

/ /

Aduan

8

i. ii. iii.

Jika berlaku sebarang kesulitan, sila hubungi:Sekolah Pengetua Pn. Hajah Fudziah Bt. Talib P.K. Pentadbiran En, Azmi Bin Mat v. P.K. HEM Pn. Hajah Hasnah Bt. Hashim 7168904 vi. P. Petang Pn Hajah Noraini Bt. Ithnan 5325452 vii. Kaunselor- Cik Nuolia Bt. Umar 7164124 05-7215659 05-7168851 04-4078566 0501605-

Polisi Sekolah Selamat Tajuk : Banjir Kilat

9

1.0. PendahuluanPada Tahun 1969 Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar atau nama asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai didirikan di Jalan Kurau, Bagan Serai Perak. Sekolah ini dibina di atas Lot 9964 iaitu kawasan tanah rendah di pinggiran Sungai Kurau. Oleh itu sekolah ini sering terdedah kepada air pasang surut. Jika berlakunya hujan lebat atau hujan yang turun berpanjangan, kawasan sekolah ini mudah ditenggelami air atau berlaku banjir kilat terutamanya ketika air pasang. Oleh sebab itu pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelak, mengawal atau mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan warga sekolah dengan mengadakan peraturan-peraturan, latihanlatihan dan usaha-usaha mendidik.

2.0. RasionalPolisi yang berterusan perlu diwujudkan kerana warga sekolah sering terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal.

3.0. MatlamatMenyediakan warga sekolah yang prihatin dan sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku ketika berlaku banjir kilat.

4.0. Polisi4.1. Warga sekolah terhindar daripada kecederaan yang mungkin berlaku ketika banjir kilat. 4.2. 4.3. Harta benda sekolah dapat dielakkan daripada mengalami sebarang kerosakan. Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.

5.0. Objektif5.1. Menyediakan panduan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya insiden-insiden negatif ketika banjir kilat Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang

5.2.

10

isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka semasa banjir kilat. 5.3. banjir kilat. 5.4. Mewujudkan permuafakatan dan perasaan tanggungjawab antara komuniti setempat, ibu bapa atau penjaga dengan warga sekolah. Mempastikan keselamatan warga sekolah terjamin semasa berlaku

6.0. Langkah-langkah keselamatan di sekolah6.1. Mewujudkan Tatacara Ketika Berlaku Banjir Kilat

6.1.1. Tatacara Am Semua warga sekolah diberi latihan am sekurang-kurangnya dua kali setahun. Setiap bilik khas mempunyai peraturan-peraturan tentang keselamatan khasnya semasa berlaku banjir kilat. Semua warga sekolah mesti bertindak dengan bijaksana untuk mengawal keadaan apabila berlaku banjir kilat. Semua harta benda yang berharga hendaklah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Semua warga sekolah mesti memastikan suis-suis elektrik ditutup apabila berlaku banjir Jika berlaku sesuatu kemalangan , warga sekolah dapat mengikut tatacara yang telah dimaklumkan. Sekiranya keadaan banjir tidak membimbangkan, semua warga sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti seperti biasa.

Tatacara Pentadbir / Guru Pentadbir hendaklah melaporkan bencana yang dihadapi kepada JPN, PPD, komuniti setempat, PIBG dan ibu bapa / penjaga.

11

Pentadbir / guru mesti bertindak secara rasional untuk mengawal keadaan, agar diri dan warga sekolah selamat. Pentadbir / guru akan memberi arahan kepada pelajar supaya tidak keluar daripada kawasan sekolah. Tatacara Pelajar Apabila ada isyarat kecemasan banjir , semua pelajar mesti mengosongkan kelas di tingkat bawah dan bergerak ke tingkat yang lebih tinggi. Semua pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau dan mesti berada di kawasan sekolah. Pelajar dikehendaki melaporkan sebarang kecederaan / kemalangan dengan segera.

6.1.1.

6.2. khas

Membentuk Jawatankuasa di bilik-bilik khas dan semua bilik mempunyai peraturan - peraturan tertentu.Pusat Sumber Makmal Pejabat Bilik Kebal Bilik Pen. Seni Bilik SPBT Bilik ERT Bilik Guru Kantin Bilik KH Bilik Kaunseling Bilik Pengawas Surau Bilik L/K Koperasi Kelas-kelas (Rujuk Lampiran) 6.3 Latihan kecemasan sekurang-kurangnya dua kali setahun

12

Latihan Kecemasan Banjir

6.4 6.5

Ceramah berkaitan dengan banjir Menaikkan taraf lantai

Paras Ketinggian Lantai Dinaikkan Untuk Mengatasi Banjir Kilat

6.6 6.7

Menutup longkang yang dalam Meletakkan papan tanda / pita merah di kawasan yang berbahaya

7.0. Kekangan yang dihadapi7.1 Sebilangan kecil warga sekolah tidak peka dengan keselamatan sewaktu banjir kilat. 7.2. Minoriti pelajar menjadikan banjir kilat sebagai peluang untuk mengabaikan peraturan sekolah.

8.0 Penyeliaan.8.1. Semasa latihan kecemasan. Bertujuan untuk mempastikan pelajar mematuhi semua arahan yang

13

diberi . 8.2. Semasa berlaku kecemasan yang sebenar. Bertujuan arahan dan peraturan yang sebenar diikuti oleh warga sekolah dan berharap sebarang kecederaan yang tidak diingini tidak berlaku.

9.0 Penutup / KesimpulanPihak sekolah berharap dengan adanya Polisi Sekolah Selamat ini : 9.1 Sebarang kecederaan dapat dielakkan semasa banjir kilat. 9.2. Warga sekolah merasa diri mereka selamat berada di sekolah ketika banjir kilat. Semua warga sekolah akan sentiasa mengikuti peraturan dan arahan keselamatan khasnya ketika banjir. Semua komuniti setempat akan merasa peka, prihatin dan bertanggungjawab terhadap keselamatan seluruh warga sekolah semasa berlaku sebarang bencana khasnya banjir kilat.

9.3. 9.4.

14

Polisi Sekolah Selamat Tajuk : Ponteng Sekolah Sifar1.0 PendahuluanPonteng sekolah merupakan suatu fenomena yang menimbulkan masalah besar kepada sekolah pada masa kini.Ini kerana kehadiran pelajar ke sekolah adalah sama penting dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat ini, maka suatu usaha perlu dirangka dan direalisasikan agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging .Oleh itu SMKAI telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Ponteng Sekolah Sifar sebagai satu alternatif untuk mengatasi masalah ini.

2.0

RasionalLangkah yang sewajarnya perlu diambil supaya ponteng sekolah / kelas tidak menjadi satu budaya yang akan merugikan pelajar.

3.0

MatlamatPolisi ini bertujuan untuk mengatasi masalah ponteng sama ada kelas atau sekolah di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Objektif:4.1. Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan setempat bagi mengatasi masalah ponteng sekolah. masyarakat

4.2. Menyedarkan pelajar tentang kesan negatif ponteng sekolah. 4.3. Supaya pelajar dapat mengetahui bahawa ponteng sekolah merupakan

15

kesalahan berat dan melanggar peraturan sekolah. 4.4. Melahirkan masyarakat setempat yang peka dan bertanggungjawab terhadap Masalah pelajar yang ponteng sekolah.

5.

Polisi5.2. Kehadiran pelajar ke sekolah dan kelas amat dititikberatkan. 5.3. Pelajar yang ponteng sekolah atau kelas akan dikenakan tindakan tegas 5.3 Masalah ponteng sekolah adalah tanggungjawab bersama.

6.

Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Ponteng 6.1 Tatacara 6.1.1 Tatacara Pentadbir / Guru Pihak Pentadbir akan mengenalpasti pelajar yang ponteng sekolah / kelas melalui Buku Kedatangan Pelajar / Buku Pengesanan Ponteng Guru Tingkatan akan menghubungi ibu bapa / penjaga melalui Surat Amaran Ponteng 1, 2 dan terakhir berdasarkan bilangan hari ponteng. Pentadbir akan memanggil ibu bapa / penjaga tersebut sekiranya tiada maklum balas daripada ibu bapa / penjaga. Pentadbir / pihak sekolah akan melawat ke rumah pelajar berkenaan sekiranya ibu bapa / penjaga tidak hadir ke sekolah untuk mengenal pasti masalahnya. Pihak sekolah akan menggantung / membuang pelajar tersebut mengikut kesesuaian. Guru mesti peka dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

6.1.2 Tatacara Pelajar Pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah dan tahu kehadiran mereka ke sekolah adalah wajib Ketua kelas / penolong mesti mencatatkan kehadiran plajar pada Buku Pengesanan Ponteng pada setiap hari dan melaporkannya kepada guru / P.K. HEM.

16

6.1.3 Tatacara Ibu Bapa & Komuniti Setempat Ibu bapa / penjaga mesti menghubungi pihak sekolah sekiranya pelajar di bawah jagaannya tidak hadir ke sekolah. Komuniti setempat mesti melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya mendapati pelajar berkeliaran pada waktu sekolah. Ibu bapa / penjaga mesti melibatkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah.

6.2 Mewujudkan Buku Pengesanan Ponteng.Bertujuan : mencatat nama pelajar yang tidak hadir ke sekolah Mencatat nama pelajar yang ponteng kelas Ketua / Penolong tingkatan akan melaporka kepada guru mata pelajaran / guru disiplin / PK HEM

17

Buku Pengesanan Ponteng & Kad Kebenaran Keluar Digunakan Untuk Mengatasi Masalah Ponteng Kelas

6.3. Mengadakan Sesi Kaunseling Dengan Pelajar Yang Terlibat

Sesi Kuanseling Kelompok Oleh Guru Kaunseling Sekolah

6.4. Lawatan Ke Rumah Pelajar Yang BermasalahDijalankan oleh AJK PIBG & Guru

18

Perjumpaan Dengan Waris Pelajar Bermasalah

6.5.

Kerjasama Pengawal KeselamatanPengawal sekolah juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah ponteng sekolah / kelas Contoh : Menahan pelajar yang cuba ponteng / keluar dari kawasan sekolah.

Penglibatan Pengawal Keselamatan Untuk Menjamin Keberkesanan Polisi Sekolah Selamat

19

7.0

Kekangan7.1 7.2 7.3 7.4 Pengangkutan bas awam yang tidak menentu jadual perjalanannya. Segelintir ibu bapa / penjaga yang kurang peka dengan kehadiran pelajar di bawah jagaannya ke sekolah Tarikan daripada persekitaran sekolah kerana kawasan sekolah yang berhampiran dengan pusat bandar. Pengaruh daripada rakan-rakan luar yang tidak bersekolah.

8.0

Penyeliaan8.1 8.2 Penyemakan Buku Pengesanan Ponteng dan Buku Kedatangan Pelajar oleh Pihak Pentadbir. Pemeriksaan mengejut ke kelas-kelas.

9.0

KesimpulanAkhirnya melalui langkah-langkah yang diambil serta komitmen semua pihak, akan berjaya menyedarkan kumpulan sasaran tentang pentingnya kehadiran mereka ke sekolah. Justeru itu, matlamat untuk meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah sekurang-kurangnya 98 peratus walaupun tidak 100 peratus akan tercapai.

20

Polisi Sekolah Selamat Tajuk : Hubungan Baik Antara Pelajar Pelbagai KaumPendahuluanSekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang pertama didirikan di Bagan Serai Perak. Pada awal penubuhannya hingga akhir tahun 1986, semua pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar Melayu. Tetapi sejak tahun 1987, pelajar Cina dan pelajar India telah mula memilih sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat menengah. Sekarang ini, sekolah ini mempunyai lebih kurang 1 300 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu 65 peratus pelajar Melayu, 20 peratus pelajar India dan 15 peratus pelajar Cina. Oleh itu pihak sekolah berharap dengan adanya Polisi Sekolah Selamat ini , kerjasama yang berterusan antara pelajar pelbagai kaum akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SMKAI sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Rasional

21

Aspek perpaduan kaum perlu dititikberatkan sejak di bangku sekolah lagi bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu serta hidup aman dan harmoni.

1.0. MatlamatMewujudkan budaya selamat di sekolah dengan adanya hubungan baik dan harmoni di kalangan pelajar berbilang bangsa.

4.0. Objektif4.1. Mewujudkan pelajar yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi. 4.2 . Melahirkan pelajar yang tidak mempunyai prasangka negatif terhadap pelajar bangsa lain. 4.3. Mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berbilang bangsa sama ada di bidang kurikulum atau kokurikulum.

5.0. Polisi5.1. Dapat menghindar daripada berlakunya perselisihan faham antara pelajar berbilang bangsa. Menghilangkan tanggapan negatif di kalangan pelajar dan ibu bapa / penjaga terhadap perselisihan yang berlaku antara pelajar berbilang bangsa. Mengelak wujudnya budaya sensitif bangsa di kalangan pelajar berbilang bangsa. Memastikan warga sekolah sentiasa menghormati budaya bangsa lain.

5.2.

5.3. 5.4.

6.0. Langkah-langkah Yang Diambil Oleh Pihak Sekolah.6.1. Mewujudkan Tatacara.

22

6.1.1. Tatacara Pentadbir / Guru Pentadbir menggalakkan semua aktiviti yang dijalankan melibatkan pelajar pelbagai bangsa Pentadbir memastikan tidak ada pengasingan kaum dalam setiap kelas. Tindakan disiplin yang diambil adalah adil kepada semua pelajar. Guru sentiasa peka terhadap semua kebajikan pelajar tanpa mengira bangsa. Semua guru tidak akan membeza-bezakan pelajar yang berlainan bangsa sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Semua guru sentiasa menasihati pelajar tentang pentingnya hubungan baik antara kaum sama ada di dalam/ luar kawasaan sekolah.

6.1.2. Tatacara Pelajar Semua pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan. Pelajar tidak boleh melakukan sebarang tindakan sama ada secara lisan atau perlakuan yang menyentuh sensitiviti kaum lain. Sebarang perselisihan yang melibatkan kaum, mestilah dilaporkan kepada pihak sekolah dan dan jangan menyelesaikannya di luar sekolah.

6.1.3. Tatacara Ibu bapa / Penjaga Semua ibu bapa / penjaga mesti hadir dalam semua program keibubapaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga digalakkan berjumpa dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka khasnya berkaitan dengan masalah disiplin. Sebarang masalah salah laku anak-anak, pihak ibu bapa / penjaga mesti merujuk terus kepada pihak sekolah tanpa campur tangan pihak luar.

6.1.4. Tatacara Komuniti Setempat Komuniti setempat yang berkaitan perlu peka terhadap gerak geri pelajar di luar kawasan sekolah. Sebarang maklumat / aduan mesti di rujuk kepada pihak sekolah.

6.2. Program Keibubapaan

23

Diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun

Kehadiran Ibu Bapa Dalam Program Keibubapaan

6.3. Mengadakan Aktiviti-aktiviti Berbentuk Perpaduan

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar pelbagai kaum

6.4. Peringatan Semasa Perhimpunan Di Sekolah

24

Ucapan Pengetua Di Perhimpunan Mingguan

7.0. Kekangan yang dihadapiTerdapat sebilangan kecil pelajar yang kurang memahami bahasa Melayu. Ini menyebabkan mereka lebih suka bergaul dan berkawan dalam kelompok bangsa masing-masing.

8.0. Penyeliaan8.1. 8.2. Rondaan pihak pentadbir dan jawatan kuasa disiplin pada waktu persekolahan. Pengawasan guru bertugas mingguan.

9.0. PenutupPihak sekolah berharap polisi ini mendapat kerjasama semua pihak sama ada secara lansung ataupun secara tidak lansung. Anak-anak didik yang telah diasuh dengan sikap tolenransi dan hormat- menghormati ini akan terus menjadi amalan hidup mereka pada masa akan datang . Ini adalah aset penting untuk kesejahteraan negara kita Malaysia.

Polisi Sekolah Selamat Tajuk : Kecemerlangan Kokurikulum. 1.0. PendahuluanKurikulum, kokurikulum dan Sahsiah adalah tiga bidang yang saling memerlukan dan berkait rapat bagi kejayaan sebenar seseorang pelajar. Jika mereka berjaya dalam ketiga-tiga bidang tersebut, maka mereka akan berjaya dalam hidup masa depan mereka, begitulah sebaliknya. Kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti yang disertai pelajar terutama dalam mengisi waktu lapang mereka dan dipimpin oleh guru penasihat masing-masing. Berjaya atau tidaknya aktiviti tersebut sangat bergantung kepada komitmen semua pihak yang terbabit terutama pelajar dan guru. Perancangan yang sistematik dan latihan berterusan akan menjuruskan mereka kepada kejayaan.. Bertepatan dengan itu maka pihak sekolah menyediakan polisi khas bagi menarik lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum untuk membuka minda masyarakat terhadap kepentingannya.

25

2.0. RasionalSekolah Berwatak adalah satu impian pihak kementerian. Kita sebagai warga pendidik sepatutnya cuba untuk merealisasikan impian tersebut. Maka dengan itu pihak sekolah telah sepakat memutuskan bahawa bidang kokurikulum merupakan salah satu tarikan menghasilkan watak sekolah. Polisi Kecemerlangan Kokurikulum disediakan sebagai langkah awal bagi menjamin kejayaan dan keterusannya.

3.0. MatlamatMelahir pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum serta dapat memupuk bakat/potensi yang ada pada mereka dan menggunakannya pada masa depan.

4.0. Objektif4.1. Mengenalpasti dan mengembangkan potensi yang sedia ada pada pelajar. 4.2. Membolehkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah 4.2. Melahirkan para pelajar yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. 4.3. Membantu pelajar dalam pencapaian yang lebih cemerlang melalui kegiatan yang disertai.

5.0 Polisi5.1. Setiap pelajar mesti menganggotai sekurang-kurangnya satu dalam setiap bidang sukan/permainan, unit beruniform dan persatuan /kelab. 5.2. 5.3. Aktiviti kokurikulum mesti mengikut jadual masa yang ditetapkan dan kehadiran pelajar adalah wajib. Memberi penghargaan kepada guru/pelajar/kelab yang mencapai kejayaan cemerlang (wakil negeri dan kebangsaan).

6.0 Langkah-langkah6.1. 6.2. Menyediakan program jangka pendek dan jangka panjang. Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi melalui rekod pencapaian

26

pelajar sekolah rendah semasa tingkatan satu/peralihan. 6.3. 6.4. Mendedahkan pelajar kepada pengurusan kelab/persatuan secara sistematik. Mengadakan kursus kepimpinan kepada pelajar (pengerusi, setiausaha, bendahari). Meletakkan guru-guru mengikut kebolehan/bakat/minat masingmasing dalam memimpin kelab tertentu. Mendapat khidmat/ bantuan daripada pihak luar untuk melatih pelajarpelajar. Mendedahkan pelajar kepada beberapa pertandingan persahabatan sebelum pertandingan yang sebenar. Sumbangan daripada PIBG, komuniti setempat atau Badan Bukan Kerajaan bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan.

6.5. 6.6. 6.7.

6.8.

Piala Kemenangan Dalam Bidang Kokurikulum di peringkat Negeri dan Kebangsaan

27

Peserta Pantun Peringkat Negeri 2001 Johan Negeri Perak

Peserta Pantun Peringkat Kebangsaan 2001

7.0. Kekangan7.1. Kurang kerjasama daripada segelintir ibubapa/ penjaga

28

7.2. Kesuntukan masa untuk berlatih 7.3. Kekurangan peruntukan /masalah kewangan.

8.0. Penyeliaan8.1.

Pemantauan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh pihak jawatankuasa kokurikulum. Semakan fail-fail.

8.2.

8.2 Mengenalpasti dan menilai kejayaan yang dicapai hasil daripada pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

9.0. PenutupHarapan menggunung semoga apa yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya. Komitmen yang padu daripada semua jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja serta warga SMKAI akan membuahkan hasil yang diharapkan. SMKAI BOLEH!!

PenutupSeluruh warga SMKAI, ibu bapa / waris pelajar dan komuniti setempat memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana SMKAI telah dipilih mewakili negeri Perak dalam menjayakan Polisi Sekolah Selamat. Polisi polisi yang dipilih ini adalah berdasar kepada iklim dan persekitaran sekolah. Untuk menghasilkannya , pihak sekolah telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada seluruh warga SMKAI , PIBG dan komuniti setempat. Oleh itu, pihak sekolah berharap dengan penghasilan polisi ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi dan hala tuju sekolah. Dengan adanya polisi-polisi ini, diharap ianya boleh menjadi contoh dan panduan kepada sekolah-sekolah lain dan memberi keyakinan masyarakat setempat terhadap sesebuah sekolah.

29

PenghargaanPihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan Polisi Sekolah Selamat

30

PERATURAN-PERATURAN KEBAKARAN & BANJIR

KAWAD

KECEMASAN,

Arahan untuk guru dan kakitangan-kakitangan lain1. Isyarat kecemasan dan kawal kecemasan. Loceng elektrik dibunyikan pendek-pendek dan berulang-ulang. Jika arus elektrik terputus isyarat secara manual akan dibunyikan. 2. Guru dalam Kelas/Makmal/Bengkel/Bilik ERT/Pusat Sumber hendaklah memastikan semua pelajar telah meninggalkan bilik-bilik berkenaan. 3 Guru-guru/Kakitangan lain hendaklah memastikan semua suis elektrik ditutup dan semua pili gas ditutup sebelum meninggalkan bilik masing-masing.

31

4. Kakitangan Makmal Sains bertanggungjawab menutup suis elektrik utama dan menutup pili gas utama bilik gas. Kakitangan pejabat sekolah bertanggungjawab memadamkan suis elektrik utama di pejabat sekolah selepas isyarat kecemasandibunyikan dan menelefon pihak BOMBA (7215444), POLIS (7215222),KLINIK (7215355) ATAU pihak-pihak yang berkenaan dengan segera.

5. Guru Tingkatan bertanggungjawab mendapatkan jadual kedatangan kelas masing-masing dengan segera dan pergi ke kelas masing-masing di tempat perhimpunan yang telah ditetapkan di padang sekolah.6. Guru Tingkatan hendaklah menyemak senarai pelajar-pelajar yang hadir p[ada hari tersebut dengan memanggil nama-nama pelajar seorang demi seorang. 7. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, guru tingkatan haruslah dengan segera memberitahu Pengetua atau Penolong Kanan atau Penyelia Petang atau Guru Bertugas Mingguan.

8.

Guru Tingkatan dikehendaki mengawal pelajar-pelajar dalam kelas masing-masing ditempat perhimpunan yang ditetapkan sepanjang masa sehingga arahan selanjutnya. Guru-guru dan kakitangan lain juga dikehendaki berada di tempat perhimpunan dan membantu mengawal pelajar-pelajar sehingga arahan selanjutnya.

9. Semasa banjir Pembantu Makmal mestilah memastikan semua suis elektrik dimatikan. Pastikan alatan elektrik, bahan kimia dan alatan radas disimpan ke tempat yang selamat. 10. Semasa banjir eksperimen tidak akan dijalankan.11. Semasa banjir guru-guru diminta pastikan semua pelajar berada didalam kelas masingmasing

Tempat perhimpunan telah ditetapkan seperti yang tertera dalam PELAN KAWAD ECEMASAN/KEBAKARAN/BANJIR

32

(Rujuk Lampiran)

LANGKAH KESELAMATAN DAN PERATURAN MAKMALKebenaran Guru1. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru. 2. Bahan kimia dan alat radas tidak boleh dialihkan atau dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru. 3. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.

Keselamatan1. Gunakan serpihan kayu, batang mancis atau pemetik api untuk menyalakan penunu Bunsen. Setelah diguna, serpihan kayu dan batang mancis mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah. 2. Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kepingan kertas. Padam penunu Bunsen setelah digunakan.

33

3. Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sinki. Bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah. 4. Baca label pada botol reagen sebelum digunakan. 5. Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan-bahan kimia dalam kuatiti yang telah ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya . 6. Jangan membazirkan gas, air dan juga tenaga elektrik. 7. Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal. 8. Jangan gunakan jari untuk mengendalikan bahan-bahan kimia. Sebaliknya gunakan spatula untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengendalikan bahan-bahan kimia yang berbentuk cecair atau larutan. 9. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu jangan rasa, atau hidu sebarang bahan kimia. 10. Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. Anda juga tidak boleh makan dan minum di dalam makmal. 11. Semasa memanaskan bahan-bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji itu ke arah diri anda atau rakan-rakan anda.Laporkan Kecemasan

1. Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak. 2. Jika asid atau alkali termasuk kedalam mulut, ludahkannya dengan serta merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.

34

3. Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api itu dengan menggunakan gebar. 4. Jika berlaku kebakaran, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda. 5. semua kemalangan kepada guru anda dengan serta merta . 6. Jika terjadinya banjir kilat pelajar diminta supaya beredar ke kelas atau mengikut arahan guru.

Kebersihan1. Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan dan kembalikan ketempat asalnya. 2. Buang semua bahan pepejal ke dalam bakul sampah dan bukannya kedalam sinki. 3. Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Tinggalkan makmal dalam keadaan yang bersih dan kemas.

35

PERATURAN KANTIN1. Masa ke kantin: 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. waktu sebelum sesi persekolahan bermula waktu rehat (rujuk jadual waktu) selepas kegiatan kokurkulum

Pelajar tidak dibenarkan berada di kantin selain dari waktu yang dinyatakan di atas kecuali bersama guru bertugas atau pentadbir. Beratur semasa membeli makanan mengikut jantina. Makan di ruang yang ditetapkan Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kantin. Semua peralatan makanan yang digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Pembungkus dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Pelajar Islam dinasihatkan supaya membaca doa sebelum dan selepas makan sebagai tanda bersyukur. Pelajar yang membawa bekal tidak dibenarkan menggunakan peralatan kantin seperti sudu, garfu dan pinggan.

36

10.

Jika berlaku BANJIR pelajar dinasihatkan supaya berhati-hati semasa di kantin bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan kaca dan benda tajam yang mungkin berada di atas lantai.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUPPELAJAR-PELAJAR PERLU MEMATUHI PERATURAN BENGKEL KEMALANGAN,KECEDERAAN DAN KEROSAKAN ALAT DAPAT DIELAKKAN. SUPAYA

PERATURAN KESELAMATAN 1. Pakai pakaian yang sesuai semasa bekerja di bengkel: - tali leher ditanggalkan atau dimasukkan ke dalam baju - rambut pendek atau diikat dengan rapi bagi yang berambut panjang - baju lengan pendek atau digulung paras siku bagi baju lengan panjang - memakai kasut tapak getah - memakai apron Tangan mestilah bersih daripada gris dan minyak. Lakukan kerja berhati-hati, sabar dan penuh tumpuan. Patuhi langkah kerja yang betul semasa membuat projek Bertanya jika kurang pasti kerja yang perlu dibuat. Jangan gunakan alat yang berkeadaan tidak baik atau rosak. Gunakan alatan yang betul untuk sesuatu tugasan. Jangan bermain. Bergurau atau mengganggu kawan.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

37

9. 10. 11. 12. 13. 14.

Berhati hati semasa membawa latan yang tajam.Halakan hujung mata alat ke bawah. Jangan sekali-kali melemparkan alat ketika memberi kepada rakan. Hulurkan dengan sopan. Pastikan kedua-dua belah tangan berada di belakang mata alat pemotong semasa menggunakan alat tersebut. Jangan mengepit paku di celah bibir semasa melakukan kerja memaku. Jangan mengambil kelengkapan/ bahan-bahan makmal yang tidak diperlukan. Jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, laporkan segera kepada guru/petugas.

PERATURAN AM 1. Berbaris di luar bengkel sebelum masuk ke dalam bengkel. 2. Jangan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. 3. Pakai apron semasa bekerja. 4. Periksa alat-alat yang hendak digunakan. Gunakan alatan yang elok dan berkeadaan baik sahaja. 5. Selepas membuat kerja amali di dalam bengkel , pastikan dilakukan perkaraperkara berikut: i. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang dikhaskan dengan teratur ii. Kemaskan meja kerja. iii. Simpan apron dan bahan-bahan kelengkapan ( projek ) dengan teratur. iv. Sapu dan lap lantai bengkel, dan buangkan sampah jika tong sampah telah penuh. v. Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan bengkel. Jika berlaku banjir yang besar, pengajaran dan pembelajaran dihentikan dan ikut arahan keselamatan banjir oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan Banjir Sekolah.

38

Jika banjir kecil , pengajaran dan pembelajaran masih boleh diteruskan tetapi haruslah berhati-hati dan lebih berwaspada.

PERATURAN BILIK SPBT1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tanpa kebenaran guru-guru SPBT. 2. Buku-buku tidak boleh diubah kedudukannya dari tempat asalnya. 3. Pastikan buku-buku diletakkan di tempat yang betul seperti yang dilabelkan. 4. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bilik ini. 5. Pastikan bilik ini dalam keadaan kemas dan bersih sebelum meninggalkannya. Jika berlaku banjir , pastikan semua peraturan di atas diikuti dan buku-buku berada dalam keadaan selamat.

39

PERATURAN AM PEJABAT1. Semua pelawat dikehendaki melaporkan diri di kaunter pejabat sebelum berjumpa pihak pentadbir, kakitangan dan murid sekolah ini.

2. Penjaga yang ingin membawa pulang pelajar di bawah jagaannya, hendaklah mencatatkan butir-butir peribadi mereka dan sebab-sebab mereka membawa balik pelajar tersebut di dalam Buku Rekod Keluar Pelajar. 3. Sebarang peralatan yang dipinjam di pejabat hendaklah mendapat kebenaran dan dicatatkan dalam Buku Pinjaman Barang Bejabat. 4. Pastikan kipas, lampu, radio, komputer dan semua peralatan elektrik ditutup sebelum meninggalkan pejabat. 5. Sila jimatkan penggunaan elektrik dan telefon. 6. Jangan membuat bising di pejabat. 7. Melayani pelawat dengan cekap dan mesra. 8. Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian kemas apabila berurusan dengan pejabat.

40

9. Sekiranya berlaku banjir, kakitangan pejabat dikehendaki segera menghubungi AJK keselamatan sekolah.

PERATURAN KESELAMATAN & KECEMASAN BILIK LUKISAN KEJURUTERAAN1. Pastikan kelengkapan Lukisan Kejuruteraan terseusun rapi,kedudukan kerusi dan meja dalam keadaan sesuai bagi tujuan kecemasan.

2. Berhati-hati dengan alatan Lukisan Kejuruteraan yang tajam dan berlekuk kerana boleh mencederakan.Jangan sekali-kali bergurau dengan alatan ini. 3. Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang lebih selamat (setor) 4. Membantu guru sekiranya diperlukan,seperti mengangkat lengkapan perabut sekiranya aras air naik. 5. Apabila berlaku kecemasan (kebakaran,banjir,dan bencana lain), sila ikut arahan pihak sekolah ke lokasi yang selamat. 6. Anda dinasihat tidak mementingkan diri apabila berlaku kecemasan,berilah bantuan sewajarnya.Tunjukkanlah toleransi,sahsiah dan moral yang terpuji.

41

PERATURAN KESELAMATAN/KECEMASAN BILIK KEBALTindakan Pengetua: 1. Memberi alamat penuh calon kepada Ketua Pengawas, Penyelia kawasan dan pengerusi jawatankuasa banjir tempatan. 2. Memberi nasihat dan penerangan kepada calon dan warga sekolah amnya berkaitan persediaan semasa banjir terutama mereka yang tinggal di kawasan banjir. 3. Menasihati calon yang tinggal di kawasan jauh supaya menumpang di rumah saudara atau rakan mereka yang berhampiran dengan pusat peperiksaan. 4. Menasihati calon supaya pergi ke tempat / pusat berdekatan jika sukar sampai ke pusat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas berkenaan. 5. Menyediakan bilik bacaan khas kepada mangsa banjir. Tindakan Penyelia Kawasan:

42

1. Mendapatkan semua alamat calon dari pihak sekolah daripada pengetua. 2. Mengawasi dan menentukan keselamatan kertas-kertas soalan setiap masa ( letak di tempat yang tinggi ) 3. Berdamping rapat dengan Jawatankuasa banjir tempatan, pihak polis, pegawai daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menentukankeselamatan calon. 4. Menghubungi Jawatankuasa banjir tempatan untuk mendapatkan bantuan jika berlaku banjir. 5. Menguruskan perpindahan calon dengan licin dan sempurna. 6. Menyediakan satu senarai guru lelaki dan guru perempuan bagi membantu calon jika diperlukan. 7. Membantu jawatankuasa banjir tentang makanan dan minuman calon. 8. Melaporkan perkembangan semasa kepada JPN.

Tindakan Ketua Pengawas Peperiksaan : 1. Menjalankan peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan kecuali jika ada arahan khas dari JPN atau Ketua Eksekutif MPM. 2. Menyimpan semua senarai nama dan alamat pengawas di bawahnya supaya senang dihubungi. 3. Memastikan setiap pusat ada guru lelaki dan guru perempuan yang mengawasi peperiksaan. 4. Mendapat maklumat terkini tentang banjir. 5. Memberitahu calon terutama calon persendirian yang mereka boleh mengambil peperiksaan di mana-mana pusat berdekatan.

Tindakan JPN 1. Merancang semua kakitangan dalam menghadapi banjir. 2. Mengada dan mengedar satu Pekeliling Khas tentang persediaan dan tindakan untuk mengatasi banjir sebagai panduan.

43

3. Menyediakan jadual kerja khas kakitangan dari 6. 30 pagi hingga 7. 00 malam pad hari-hari peperiksaan.

44