qawaid fiqhiyyah -masyaqqah tajlib at-taisir-

48
ISI KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 3 PENGENALAN 4 PENGERTIAN KAEDAH 5 HURAIAN KAEDAH 5 RUKHSAH DALAM SYARIAT 5 SUMBER ASAL KAEDAH 6 PENJELASAN BERKAITAN MUSYAQQAH 8 TUJUAN MUSYAQQAH 8 SEBAB-SEBAB RUKHSAH 9 JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK 13 BAHAGIAN RUKHSAH 14 1

Upload: azlan-yusof-punding

Post on 05-Jul-2015

1.973 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 3

PENGENALAN 4

PENGERTIAN KAEDAH 5

HURAIAN KAEDAH 5

RUKHSAH DALAM SYARIAT 5

SUMBER ASAL KAEDAH 6

PENJELASAN BERKAITAN MUSYAQQAH 8

TUJUAN MUSYAQQAH 8

SEBAB-SEBAB RUKHSAH 9

JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK 13

BAHAGIAN RUKHSAH 14

HUKUM FURU’ 14

KAEDAH PECAHAN 15

KAEDAH PERTAMA 15

KAEDAH KEDUA 17

KAEDAH KETIGA 18

KAEDAH KEEMPAT 20

KAEDAH KELIMA 22

KAEDAH KEENAM 24

KAEDAH KETUJUH 27

KAEDAH KELAPAN 29

KAEDAH KESEMBILAN 30

1

Page 2: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

KAEDAH KESEPULUH 31

KESIMPULAN 33

BIBLIOGRAFI 34

2

Page 3: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

1.0.PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,

selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan

utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang

mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T

diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya

yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

menyiapkan kerja kursus,Pengajian Ulum al-Hadith dalam tajuk Metodeologi Penerimaan

dan Periwayatan Hadis tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan,

masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi

menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi

iaitu Ustaz Mujahid Bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi

penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan

kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang

sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan

seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam

melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk

berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.

Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini

dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi

insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis

termampu.

3

Page 4: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

2.0.PENGENALAN

Kesukaran membawa kepada kemudahan. Kaedah ini bermaksud apabila terdapat kesusahan

atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu

diringankan tidak seperti pada asalnya. Kaedah ini berdasarkan dalil al-Quran dan Hadis.

Diantaranya ialah Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi :

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya

diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-

keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar

Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan

Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang

sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)

sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang

demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu

menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan

Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya

kamu bersyukur.

3.0.PENGERTIAN KAEDAH

Huraian kaedah membawa maksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain

kaedah itu bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan

4

Page 5: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan. Ianya tidak akan menjadi seperti

asalnya kerana adanya kemudahan yang diberikan dalam melaksanakannya.

4.0.HURAIAN KAEDAH

Bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut

hendaklah dihindarkan terhadap mukallaf. Melalui konsep ini jelasnya agama Islam itu

mempunyai kemudahan yang boleh diringankan dan bukan untuk kesempitan atau kesukaran,

Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah dan keringanan dalam syariat

Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah, “sesungguhnya semua perkara suruhan

apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan

terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur

tegahan mengenainya.”

5.0.RUKHSAH DALAM SYARIAT

Harus hukumnya bagi lelaki melihat bakal isteri ketika meminang.

Harus bagi doktor lelaki melihat kepada aurat wanita ajnabi dengan tujuan untuk

membuat rawatan.

Harus mengahwini tiga orang wanita sebagai isteri dalam satu masa sebagai satu

kemudahan kepada kaum lelaki dan juga wanita kerana jumlah mereka yang ramai

berbanding lelaki.

Disyariatkan cerai dan tebus talak demi kemudahan kepada pasangan yang tidak

serasi.

Disyariatkan fasakh disebabkan ada kecacatan kepada pasangan.

Disyariatkan rujuk isteri dalam masih tempoh iddah bagi suami yang mentalakkan

isterinya dengan talak satu dan dua.

Disyariatkan membayar kafarah zihar dan sumpah khasnya bagi mereka yang

terlanjur dan menyesal.1

Disyariatkan berwasiat bagi mereka yang sakit membawa kematian. Hal itu bagi

mereka menampung kekurangan amalan sewaktu masih hidup serta diharuskan

terbanyak sehingga 1/3 sahaja demi kemudahan kepada ahli waris.

Tidak berdosa bagi mereka berijtihad walaupun tersalah.

1)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 139- 140.

5

Page 6: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

6.0.SUMBER ASAL KAEDAH

Sumber asal akedah ini adalah berasakan kepada nas al-Quran dan Hadis.

Mengikut ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 185 yang berbunyi :

185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya

diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-

keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar

Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan

Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang

sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)

sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang

demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu

menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan

Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya

kamu bersyukur.2

Seterusnya berasaskan dalam surah al-Hajj ayat 78 yang berbunyi :

78. dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya Dia lah

Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu

menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara ugama, ugama bapa kamu

2)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 141.

6

Page 7: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Ibrahim. ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di Dalam (Al-

Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi Yang menerangkan kebenaran

perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang Yang memberi

keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah). oleh itu, dirikanlah

sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah

Pelindung kamu. maka (Allah Yang demikian sifatnya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung

dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

Manakala mengikut al-Sunnah pula berpandukan hadis daripada riwayah Ibnu Majah yang

mafhumnya :

Seseungguhnya Allah SWT menggugurkan umatku (hukum) tersalah, terlupa dan sesuatu

yang dipaksa mereka melakukan.3

Seterusnya mengikut riwayah daripada al-Tirmizi yang mafhumnya :

Sesungguhnya diutuskan kamu (untuk) memudahkan dan bukan diutuskan kamu (untuk)

menyusahkan.

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, ternyata bahawa Syari’at Islam itu mudah dan pembinaan

hukumnya juga diasaskan atas mudah dan senang dilaksanakan.

7.0.PENJELASAN BERKAITAN DENGAN MASYAQQAH

Dimaksudkan dengan musyaqqah ialah kesukaran dan kesusahan. Meletakkan bebanan dan

kesukaran terhadap hamba-hamba, untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan

daripada mukallaf.

8.0.TUJUAN MASYAQQAH

Pada aslnya kaedah ini iaitu, kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertentu

dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu :

3)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 141- 142.

7

Page 8: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa. Seperti : tanggungjawab

yang dibebankan itu menyusahkan. Dimana ia boleh membawa kemudharatan kepada

diri atau harta atau kesusahan yang memeras tenaga dalam masa yang panjang. Oleh

itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira terkeluar daripada adat kebiasaan dan

perlu kepada keringanan. Sebagai contohnya : Orang sakit dibolehkan meninggalkan

puasa kerana dengan berpuasa tentu akan membawa kemudharatan kepada badan dan

jiwanya.

Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai sebab mendapat

keringanan atau rukhsah. Iaitu, kesusahan yang tidak membawa kemudharatan kepada

diri dan jiwa. Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas, tidak boleh

menjadi sebab digugurkan taklif dan menjadi rukhsah.4

9.0.SEBAB-SEBAB RUKHSAH

Menurut penelitian ulama’, ada beberapa faktor dan sebab kesusahan yang dapat memberi

keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak, antara sebab keringanan atau rukhsah dalam

melakukan ibadah dan lainnya ada tujuh perkara iaitu :

Musafir yang diharuskan. Orang musafir boleh mengambil rukhsah. Antaranya ialah :

Qasar sembahyang.

Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.

Berbuka puasa.

Jama’ atau himpunkan antara dua sembahyang.

Sakit. Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum rukhsah serta

banyak sekali bentuknya. Antara contohnya ialah :

Orang yang menghidap penyakit tertentu dibolehkan bertayamum. Iaitu

sekiranya dengan menggunakan air dapat memudharatkan. Atas nasihat dan

pengesahan doktor pakar.

4)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 143- 145.

8

Page 9: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardhu sambil duduk atau berbaring

atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkanb kemampuan.

Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati penyakit yang

dialami oleh pesakit.

Disebabkan sakit seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang Jumaat.

Sebab sakit seseorang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan dan

menggantikannya selepas sembuh atau meninggalkan sepenuhnya bagi mereka

yang tua dan uzur serta membayar fidyah.

Tidak makruh hukumnya meminta pertolongan orang lain menggosokkan

anggota wudhuk dan mencurahkan air.

Datang lewat untuk sembahyang berjemaah ddan sembahyang Jumaat dengan

tetap mendapat pahala penuh.

Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.5

Terpaksa atau dipaksa (ikrahu). Antara lain juga orang yang diugut atau dipaksa

dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu melawan dan tidak mampu

membantah. Antaranya ialah :

Mengancam nyawa dan harta bendanya.

Mereka yang dalam keadaan terpaksa, seperti kelaparan yang terancam

nyawanya. Mereka diharuskan makan benda yang haram.

Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi

hatinya mesti tetap beriman.

Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi

keringanan dan kemaafan terhadap apa yang dilakukannya.

Seseorang yang makan secara terlupa ketika berpuasa, tidak batal puasanya.

Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari sudut syarak

serta dimaafkan. Contohnya, orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak-

kanak sehingga ia bermimpi keluar mani dan orang gila hingga ia berakal.

Kejahilan. Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira sebagai salah satu keuzuran

yang membawa keringanan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah

ayat 275 yang berbunyi :

5)http://kesukaranmembawakemudahan.com.my

9

Page 10: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

6

275. orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang

kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah

menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang

telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari

mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)

adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal

di dalamnya.

Contohnya :

Seseorang yang bercakap ketika sembahyang kerana ia bodoh, sembahyang

tersebut tidak batal.

Kesukaran serta umum al-Balwah. Iaitu perkara kesukaran umum yang tidak dapat

dihindarkan. Ia juga membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau

bermaksud perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya ialah :

Lumpur dijalan raya yang terpercik pada kain atau badan seseorang pada hari

hujan dimaafkan.

Begitu juga orang yang berpenyakit sentiasa keluar kencing atau dedas dan

istihadah , iaitu darah penyakit. Ianya dimaafkan dalam keadaan tersebut.

Antara lainnya adalah segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan

seperti tahi burung merpati yang tinggal dalam masjid.

6)http://www.kesukaranmembawakemudahan.com.my

10

Page 11: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul dan penyakit

cacar.

Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang yang tidak

mempunyai darah mengalir. Seperti, belalang.

Menyentuh mashaf al-Quran bagi kanak-kanak yang sedang belajar dalam

keadaan berhadas.

Istinjak dengan menggunakan batu.7

Membuang air besar dan air kecil dengan menghadap atau membelakangi

kiblat dalam tandas atau tempat tertutup.

Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika sembahnyang

dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di medan perang.

Harus sembahyang sunat sambil duduk, sama ada dalam keadaan musafir atau

bermukim.

Harus sembahyang jama’ ketika hujan mengikut mazhab al-Syafi’i.

Tidak wajib menggantikan sembahyang bagi wanita yang berhaid, kerana ia

berlaku secara berulang-ulang.

Memakan bangkai dan harta orang lain dalam keadaan darurat.

Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta

untuk tujuan peperangan.

Harus muamalah jual salam.

Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.

Menjual telur sama kulitnya.

Disyariatkan khiyar selama tiga hari.

Kekurangan. Kekurangan juga menjadi salah satu sebab keringanan dan kemudahan

kerana ia salah satu masyaqqah. Contohnya :

Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.

Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang Jumaat atas dasar kekurangan

sifat-sifat tertentu dan mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan

jizyah.

Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.

7)Pengantar Syari’at Islam, Mohd.Salleh Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur 1999, Cetakan Pertama Ogos 1999, Halaman 200.

11

Page 12: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera.

Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan

berbanding kaum lelaki.

Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba

berbanding orang merdeka.8

10.0.JENIS-JENIS KERINGANAN SYARAK

Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau

rukhsah itu ada enam. Manakala mengikut ulama mazhab Hanafi sebagaimana yang

dijelaskan oleh Ibn Nujaym pula rukhsah itu ada tujuh. Antaranya ialah :

Keringanan dengan menggugurkan kewajipan. Contohnya ialah :

Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu.

Digugurkan daripada menyertai jihad sebelum uzur.

Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.

Keringanan dengan menggugurkan bebanan. Contohnya ialah memendekkan atau

qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi dua rakaat.

Keringanan dengan gantian atau penukaran. Contohnya ialah :

Ditukarkan berwudhuk dan mandi dengan bertayamum.

Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak boleh berdiri

kepada duduk atau baring atau isyarat.

Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan

membayar fidyah.

Keringanan dengan mendahulukan. Contohnya ialah :

Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu dan haulnya.

Sembahyang jama’ taqdim.

Keringanan dengan mengakhirkannya. Contohnya ialah :

Menangguhkan puasa Ramadhan kerana bermusafir.

Sembahyang jama’ ta’khir.

8)Ke Arah Memahami Kaedah Hukum Fekah, Prof.Syeikh Ali Hasan Ahmad Ad.Dariy, Pustaka Ilmi, Selangor Darul Ehsan, Halaman 81.

12

Page 13: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Menagguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang orang mati lemas dan

terbakar.

Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak dan terpaksa. Contohnya :

Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.

Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.

Keringanan mengubah atau menukar. Contohnya, menukar atau mengubah kedudukan

serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi

musuh.9

11.0.BAHAGIAN RUKHSAH

Jenis-jenis serta bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah ada lima bahagian iaitu :

Rukhsah yang wajib dilakukan. Contohnya ialah :

Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan sekiranya dengan

tidak makan tersebut boleh menyebabkan kematian.

Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.

Rukhsah sunat dilakukan. Contohnya ialah :

Jama’ dan qasar sembahyang ketika musafir yang lebih daripada tiga

marhalah. Erti kata lain qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan

merasa penat dalam perjalanan.

Melihat pada bakal pengantin atau tunang.

Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan atau ditinggalkan. Contohnya ialah,

melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.

Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak dilakukan.

Contohnya, membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apa-apa

kesukaran dan tidak kemudharatan.

Rukhsah yang makruh dikerjakan. Contohnya, qasar sembahyang bagi mereka yang

musafir kadar jarak kurang daripada tiga marhalah.

12.0.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah-kaedah ini ialah :

Diharuskan berbuka puasa bagi orang yang musafir dan sakit.

9)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 150.

13

Page 14: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Diharuskan memakan bangkai jika dalam keadaan darurat.

Diharuskan jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir dan harus tidak berpuasa.

Harus menagguhkan kepada mereka yang terdesak dan tertekan untuk melunaskan

hutang.

Harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.

Harus bagi balu untuk keluar rumah jika dalam keadaan terdesak untuk berkerja dan

mencari sara hidup.10

13.0.KAEDAH PECAHAN

Daripada kaedah asas dan utama tersebut dapat dikeluarkan pula sebanyak beberapa kaedah

pecahan yang lain iaitu sebanyak sepuluh kaedah pecahan.

14.0.KAEDAH PERTAMA

اتسع األمر ضاق اذا

Maksudnya : Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.

14.1.HURAIAN KAEDAH

Kaedah itu adalah berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafi’i. Ia selaras juga

dengan apa yang dijelaskan oleh Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam, dimana syariat Islam

itu dibina atas dasar sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas. Hal

tersebut adalah selaras dengan kedatangan syariat Islam itu adalah untuk membawa

kebahagiaan kepada umatnya atau manusia didunia dan diakhirat. Secara tidak langsung,

kaedah pecahan tersebut dapat juga dikatakan dengan lafaz kaedah yang maksudnya ialah :

Apabila luput tegahan, kembali apa yang ditegah. Untuk itu, dengan adanya kaedah tersebut,

dimana setiap kesempitan yang dihadapi oleh seseorang seharusnya dipermudahkan atau

diperlonggarkan hingga ia terasa kebahagiaan dan rahmat kedatangan syariat Islam.

14.2.RUMUSAN KAEDAH

10)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 152.

14

Page 15: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Sebagai rumusannya, segala sesuatu itu apabila sukar dikerjakan, hukum perlaksanaannya

menjadi mudah dan longgar. Keadaan lain, terdapat kaedah juz’iyyah lain yang ada hubung

kait juga hampir sama dengan kaedah tersebut diatas iaitu kaedah yang maksudnya :

Dimaafkan ketika berterusan atau pertengahan apa yang tidak dimaafkan pada permulaan.11

14.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Imam syafi’i mengeluarkan kata-kata tersebut dan dijadikan kaedah ketika beliau

ditanya tentang tiga tempat iaitu :

Apabila seseorang wanita kehilangan walinya ketika dalam bermusafir, lalu ia

menyerahkan wali untuk urusan dalam musafirnya itu kepada seseorang lelaki.

Konteks tersebut hukumnya harus.

Berkaitan dengan bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang mana bahan

bakarnyanya adalah daripada benda-benda najis. Apakah harus berwudhuk

dengan bekas tersebut? Lalu Iman Syafi’i menjawab soalan tersebut.

Imam Syafi’i pernah ditanya berkenaan lalat yang hinggap diatas najis

kemudian hinggap pula pada baju seseorang. Beliau menjawabnya : Sekiranya

ia terbang sebelum hinggap pada pakaian itu kakinya menjadi kering, ianya

menyebabkan pakaian itu tidak menjadi najis. Namun jika sebaliknya, beliau

menyatakan kaedah tersebut.

Sudah memadai dengan saksi wanita dan diterima saksi wanita dalam perkara yang

lelaki tidak mengetahuinya dan tidak melihatnya. Seperti : Cacat pada anggota dan

lainnya.

Tidak perlu dengan keyakinan dan cukup dengan zann atau berat sangka sahaja dalam

masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.

11)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 153-154.

15

Page 16: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Imam al-Zarkasyi menjelaskan bahawa seseorang itu harus menggunakan bekas yang

diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk, kiranya tidak ada bekas yang

lain.12

15.0.KAEDAH KEDUA

ضاق األمر اتسع اذا

Maksudnya : Apabila sesuatu itu longgar dan luas, hukum menjadi sempit.

15.1.HURAIAN KAEDAH

Antara lain ia bermaksud, apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah, hukum

perlaksanaannya menjadi sempit. Antara lain, perlaksanaannya juga dapat dibataskan serta

dihubungkaitkan dengan kaedah : Keadaan ketika darurat itu diharuskan mengikut kadarnya.

Antara lain kaedah diatas bermaksud,sesuatu itu dibuka ruang ketika keadaan darurat dan

apabila keadaan darurat itu lenyap, hukum perlaksanaan kembali kepada asalnya. Selaras

dengan apa yang dijelaskan oleh imam al-Ghazzali dengan lafaz yang maksudnya : Setiap

kali sesuatu perkara itu melepasi batasannya, ia terbias kepada sebaliknya.

15.2.RUMUSAN KAEDAH

Kaedah itu adalah sebalik kepada kaedah tersebut di atas. Iaitu jika sesuatu itu menjadi terlalu

longgar, hukumnya menjadi sempit pula. Konteks lain, kaedah tersebut dibawa dalam lafaz

kaedah yang maksudnya : Dimaafkan ketika permulaan apa yang tidak dimaafkan ketika

pertengahan atau berkekalan.

15.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

12)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 154-155.

16

Page 17: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan sembahyang diharuskan.

Namun begitu, tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang-ulang

seandainya tidak ada desakan atau keperluan berbuat begitu.

Seseorang yang dalam keadaan lapang, seharusnya melakukan sembahyang diawal-

awal waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya yang sempurna.13

16.0.KAEDAH KETIGA

المحظورات تبيح الضرورات

Maksudnya : Kemudharatan-kemudharatan itu membolehkan tegahan-tegahan.

16.1.HURAIAN KAEDAH

Antara lain, kaedah itu bermaksud keadaan kemudharatan itu membolehkan dan

mengharuskan perkara yang ditegah atau dilarang. Ia merupakan kaedah dan hukum

pengecualian dalam keadaan yang terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak

diharuskan ketika keadaan biasa. Ia dapat dikaitkan dengan kaedah yang maksudnya :

Sesungguhnya perkara haram itu apabila tidak didahului terhadapnya sebarang dalil, ia

berlangsung sebagai hukum melepaskan kesempitan. Keadaan lain ia dapat dibataskan pula

dengan lafaz kaedah yang maksudnya : Apa yang diharamkan untuk membendung jalan

kerosakan, ia diharuskan demi kemaslahatan yang jelas.

16.2.RUMUSAN KAEDAH

Kaedah pecahan tersebut juga dapat dikaitkan dengan lafaz :

Maksudnya : Tiada hukum haram dalam keadaan darurat dan tidak ada tegahan

beserta keperluan atau hajat.

Maksudnya : Tidak menjadi wajib kerana lemah dan tidak haram kerana darurat.

13)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 139-140.

17

Page 18: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Maksudnya : Tidak ada perkara haram yang dihalalkan kerana hajat, kecuali dalam

keadaan darurat.

Maksudnya : Harus waktu darurat apa yang tidak diharuskan ketika lainnya.

Namunpun begitu, pengharusan waktu darurat itu dengan menurut kadarnya atau tidak

melebihi kadar yang seharusnya.14

16.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk menyelamatkan

jiwa dari mati dan kebuluran.

Harus minum arak ketika sangat dahaga dan tidak ada minuman lain untuk

menyelamatkan diri daripada mati kehausan.

Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar

hutangnya.

Kiranya doktor wanita tiada, doktor lelaki diharuskan menguruskan wanita bersalin

dan merawatnya.

Doktor harus melihat aurat lelaki atau perempuan untuk tujuan merawat.

Diharuskan menggali semula mayat yang ditanam kerana belum dimandikan atau

untuk membetulkan arah kiblatnya. Jika diketahui kedudukan sebelumnya tidak

mengikut arah kiblat atau belum dimandikan.

Boleh melakukan tindakan apa sahaja terhadap harta milik musuh dalam keadaan

perang untuk mengalahkan mereka. Contohnya membakar kubu mereka.

Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak walaupun terpaksa

membunuhnya.

14)Pengantar Usul Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 301.

18

Page 19: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Apabila perkara haram telah berleluasa dan halal sedikit, boleh melakukan apa yang

diperlukan selagi tidak cara berlebihan.

Harus memusnahkan binatang-binatang musuh yang dijadikan alat dan kekuatan

perang mereka. Seperti, kuda dan gajah.15

16.4.PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH

Diantara hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan tersebut dimana tidak diharuskan

sama sekali melakukannya biarpun terpaksa dan dipaksa. Iaitu :

Kekufuran dan kufur. Seseorang itu tidak boleh kufur tehadap Allah. Tetapi dalam

keadaan tersebut seseorang boleh murtad secara zahir sahaja. Namun haruslah tetap

beri’tiqad dan percaya kepada Allah.

Membunuh. Seseorang yang dipaksa membunuh orang lain, ia tidak boleh

melaksanakannya.

Berzina. Kiranya seseorang itu dipaksa berzina ia tidak boleh melaksanakannya.

17.0.KAEDAH KEEMPAT

تقدربقدرها الضروزات

Maksudnya : Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya.

Konteks lain, kaedah tersebut dibawa juga dalam bentuk lafaz yang lain. Diantaranya ialah :

Apa yang dibolehkan kerana kemudharatan itu diukur mengikut kadar kemudharatan.

Apa yang dihalalkan disebabkan darurat atau hajat diukur mengikut kadarnya dan

hilangnya dengan lenyap darurat.

Hukum yang ditetapkan sebab darurat diukur menurut kadarnya.

17.1.HURAIAN KAEDAH

15)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 157-158.

19

Page 20: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Keadaan darurat yang diharuskan dan dibolehkan disebabkan kemudharatan atau ada

kemudharatan itu dinilai berdasarkan kadar kemudhratan tersebut. Untuk itu ia tidak boleh

dengan cara berlebihan atau melampaui batas. Dimana hukum tersebut hanyalah sekadar

untuk menghilangkan kemudharatan yang sedang menimpa.16

Apabila kemudharatan atau sesuatu keadaan yang memaksa itu telah hilang, pengharusan

terhadap apa yang didasarkan kepada kemudharatan itu menjadi hilang juga. Iaitu, ia kembali

seperti sedia kala yang dilarang.

17.2.RUMUSAN KAEDAH

Kaedah pecahan itu membataskan kaedah pecahan sebelumnya yang mutlak yang maksudnya

: Keadaan darurat mengharuskan tegahan-tegahan. Antara lain, juga membataskan kaedah-

kaedah yang maksudnya : Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit. Sebagai

rumusannya, kaedah diatas merupakan batasan mengambil rukhsah atau menggunakan

kemudahan dalam keadaan darurat, ukuran ialah sekadar untuk menyelamatkan diri daripada

bahaya dan tidak lebih daripada itu.

17.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ daripada kaedah ini ialah :

Memakan bangkai itu hanyalah diharuskan untuk menyelamatkan diri daripada

kelaparan dan mati kebuluran. Apabila bertenaga semula, batas diharuskan itu

berakhir.

Seseorang diharuskan mengambil rumput milik orang lain untuk memberi makan

ternakannya yang kelaparan. Namun ia tidak boleh mengambilnya untuk dijualnya

kepada orang lain yang ternakannya juga dalam kelaparan.

Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki atau wanita untuk merawat. Namun

pada anggota atau bahagian sakit sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Orang yang meminta nasihat tentang peribadi seseorang. Contohnya, untuk mencari

bakal isteri, hanya boleh menceritakan secara ringkas sahaja.

16)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 159-161.

20

Page 21: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Orang gila atau sakit jiwa dan terpaksa dikahwinkan atas nasihat doktor dan orang

yang berpengalaman tentang penyakit tersebut agar penyakit sembuh, seharusnya

dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja. Kerana seseorang isteri sudah memadai

dan memenuhi darurat tersebut.17

Orang yang luka atau patah hendaklah dibalut dengan mengambil kadar tempat luka

dan kawasan lain yang tidak terlihat sekadar perlu sahaja.

Seseorang yang beristinjak dengan batu dimaafkan dan sah sembahyangnya.

Tumbuhan yang hidup didalam air dimaafkan kecuali jika seseorang memsukkan

sesuatu atau daun kedalam air tersebut dan ianya bertukar warna maka ianya tidak

dimaafkan.

Seseorang yang dibenarkan memelihara anjing atas tujuan perburuan tidak boleh

memelihara lebih daripada jumlah yang diperlukan.

17.4.PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH

Diantara hukum furu’ yang terkecuali daripada hukum ini ialah :

Jual beli al-‘araya pada permulaan diharuskan untuk golongan fakir, namun selepas

itu diharuskan juga bagi golongan yang kaya.

Li’an itu diharuskan dalam keadaan sukar mendatangkan saksi terhadap isteri yang

berzina, namun kemudian ianya diharuskan dalam semua kemungkinan.

18.0.KAEDAH KELIMA

بزواله بطال لعذر جاز ما

Maksudnya : Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilang uzur tersebut.

Konteks lain, kaedah tersebut hampir sama dengan lafaz kaedah yang didasarkan kepada

fatwa yang dibawa oleh ibn Taimiyyah yang maksudnya : Yang tetap dengan hukum darurat

itu diukur berdasarkan kadarnya. Tetapi apabila darurat itu hilang, kembalilah hukum kepada

ketetapan asal sebelum darurat.18

17)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 161-162.18)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham

21

Page 22: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

18.1.HURAIAN KAEDAH

Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu akan kembali kepada hukum

asal apabila hilang keuzuran tersebut. Kaedah pecahan itu juga digunakan untuk

membataskan skop kaedah yang maksudnya : Keadaan darurat mengharuskan tegahan-

tegahan.19

18.2.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Tayammum menjadi batal disebabkan terdapat atau ada air sebelum mendirikan

sembahyang.

Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu sembahyang.

Hakum harus menahan dan mengurus perbelanjaan harta orang yang bodoh dan boros.

Namun setelah mereka mampu menguruskan sendiri, hakim hendaklah melepaskan

kawalan tersebut.

Sekiranya seorang saksi itu ada keuzuran syarak untuk datang dan memberi kesaksian

dihadapan hakim di mahkamah seperti, ia sakit. Harus ia memberi kesaksian

dirumahnya. Namun setelah keuzuran tersebut telah hilang, iaitu sembuh daripada

penyakit maka harus baginya membuat penyaksian di mahkamah.

Ketika menjelang Ramadhan seseorang jatuh sakit, ia harus berbuka kerana keuzuran

sakitnya itu. Namun setelah ia sembuh, wajib berpuasa.20

Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 161-163.19)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 161-163.20)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman

22

Page 23: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

19.0.KAEDAH KEENAM

خاصة او كانت عامة الضرورة منزلة تننزل جة الحا

Maksudnya : Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, sama ada umum

atau khusus.

19.1.PENGERTIAN KAEDAH

Berkaitan dengan kalimah-kalimah kaedah tersebut ialah :

Al-Hajah bermaksud sesuatu yang membawa kearah kemudahan untuk mencapai apa

yang dimaksudkan. Iaitu tanpa perlu kepada darurat dan sukar. Antara lain juga ianya

membawa maksud keadaan menuntut atau meghendaki seseorang melakukan sesuatu

perbuatan yang mana tidak mengikuti hukum yang sepatutnya berlaku.

Namun begitu, ia bukan untuk menghindarkan bahaya seperti dalam keadaan darurat.

Al-Darurah ialah hal keadaan yang mana seseorang itu mesti atau tidak dapat tidak

memerlukannya. Kiranya perkara tersebut tidak diperolehi atau ditinggalkan

menyebabkan ia terdedah kepada bahaya. Contohnya melakukan perbuatan yang

diharamkan ketika terpaksa.

‘Ammah bermaksud sesuatu keperluan itu adalah meliputi keperluan seluruh umat

manusia atau umum.

Khassah bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan berbentuk

individu.21

163-164.21)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 164-165.

23

Page 24: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

19.2.HURAIAN KAEDAH

Berdasarkan kaedah tersebut, pengertiannya ialah keringanan itu tidak hanya terbatas untuk

perkara yang darurat sahaja. Namun ia terdapat juga terhadap perkara yang hajiyat atau

keperluan. Erti kata lain, keringanan itu dibolehkan pada hajiyat sebagaimana ia dibolehkan

terhadap perkara-perkara yang darurat. Hal tersebut kerana agama Islam itu datang untuk

menolak atau membendung kesukaran dan kesempitan daripada manusia serta membawa

kepada mereka dalam semua perkara juga hukum dan syarat.

19.3.RUMUSAN KAEDAH

Sebagai rumusannya, kaedah itu dapat difahami yang mana kemudahan itu tidak terbatas

kerana sesuatu perkara yang darurat sahaja. Namun kemudahan itu juga terbentuk disebabkan

ada hajat atau keperluan sebagaimana keringanan itu dibolehkan disebabkan ada darurat.

19.4.TINGKATAN KEPERLUAN

Tingkat hajat itu dapat diklasifikasikan kepada lima iaitu :

Daruriyat atau darurat. Iaitu sesuatu perkara yang mesti dilakukan kerana jika tidak

dipenuhi akan menyebabkan kemudharatan dan binasa. Contohnya harus memakan

bangkai dalam keadaan darurat kerana kelaparan yang boleh membawa kematian.

Hajiyat atau hajat. Keadaan ini tidak sampai tahap membinasakan. Namun jika

meninggalkannya menyebabkan kesusahan. Keadaan tersebut tidak mengharuskan

melakukan perkara yang haram. Contohnya tidak harus memakan bangkai jika

kelaparan tidak membawa kepada kemudharatan iaitu membawa kematian.

Manfaat. Iaitu keperluan kepada makanan yang berzat supaya hidup lebih sihat.

Seperti memakan makanan protein dan lain-lain.

Zinah. Iaitu untuk kemewahan hidup. Seperti memakai pakaian yang mahal-mahal

dan perhiasan diri.22

22)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham

24

Page 25: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Fudul. Iaitu berlebih-lebihan. Contohnya banyak makan makanan syubhah dan haram.

19.5.TINGKATAN KEMASLAHATAN

Kemaslahatan dunia dan akhirat dapat dibahagikan kepada tiga iaitu :

Kemaslahatan dururiyat. Iaitu kemaslahatan yang mesti seperti makanan, tempat

tinggal dan pakaian.

Kemaslahatan hajiyat. Iaitu barangan keperluan sederhana antara keperluan asasi

dengan kesempurnaan.

Kemaslahatan kamaliyat. Iaitu kesempurnaan. Antaranya kereta mewah. Berkaitan

dengan kemaslahatan itu dapat dibahagikan kepada bahagian berikut pula iaitu :

Darurat atau dengan melakukan perkara yang dituntut oleh syarak dan

meninggalkan apa yang ditegah oleh syarak. Iaitu melakukan perkara yang

wajib.

Maslahat hajat. Iaitu melakukan perkara sunat mu’akkad.

Darurat kesempurnaan. Iaitu melakukan perkara sunat yang kecil seperti sunat

hai’ah.

19.6.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Keperluan yang bersifat umum. Antara diharuskan sewaan, upahan, jualan salam dan

pindahan hutang atau hiwalah. Biarpun semunya itu menyalahi al-Qiyas, namun

diharuskan disebabkan ada keperluan yang meluas dan keperluan itu apabila ia

bersifat umum, hukumnya akan berlaku seperti ketika keadaan darurat.23

Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 164-165.23)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman

25

Page 26: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Keperluan yang bersifat khusus. Antaranya menapal bekas menggunakan perak. Ia

diharuskan kerana hajat dan keperluan. Antara lain kerana asalnya secara putus telah

disepakati harus menampal menggunakan bahan galian, bahkan apa yang

dimaksudnkan dalam konteks itu juga ialah menampal, asalkan selain daripada tujuan

berhias.

Seseorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit

dan lainnya. Namun dalam keadaan biasa diharamkan.

Menggunakan atau memakan harta rampasan perang di Dar al-Harb atau daerah

musuh. Ia diharuskan untuk tentera kerana kerana hajat dan keperluan dengan syarat

tidak ada orang lain bersama mereka.

Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.

20.0.KAEDAH KETUJUH

العير حق أليبطل األضطرار

Maksudnya : Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain.

20.1.HURAIAN KAEDAH

Ianya dapat dikaitkan dengan lafaz :

Maksudnya : Hajat atau keperluan itu tidak memberi hak bagi seseorang mengambil

harta orang lain.

Maksudnya : Tidak boleh orang kena zalim menzalimi orang lain.

Justeru itu, kaedah tersebut membawa maksud keperluan diwaktu terdesak tidak dapat

membatalkan hak milik orang lain sepenuhnya. Iaitu samaada desakan itu disebabkan perkara

samawi seperti, kelaparan atau disebabkan oleh bukan sebab samawi seperti dipaksa.24

166-167.24)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 166-167.

26

Page 27: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

20.2.RUMUSAN KAEDAH

Sebagai rumusannya, berkaitan dengan perkara desakan tersebut ia dapat dibahagikan kepada

dua bentuk iaitu :

Desakan berkaitan dengan perkara samawi. Iaitu urusan yang menjelma bukan dengan

usaha manusia dan seseorang itu tidak dapt membawanya. Contohnya : Kelaparan.

Untuk itu seseorang yang terdesak kelparan harus makan makanan untuk

mengelakkan dirinya daripada binasa. Namun begitu desakan tersebut tidak sehingga

menggugurkan hak milik orang lain secara sepenuhnya. Dimana pemilik makanan

tersebut diberikan gentian atau imbuhan.

Desakan bukan sebab perkara samawi. Iaitu desakan atau tekanan yang datang

daripada pihak manusia atau seseorang. Berkaitan dengan desakan bentuk ini ianya

dapat diklasifikasikan kepada dua iaitu :

Desakan dan paksaan yang sangat keras berbentuk nyawa. Justeru itu, dalam

keadaan tersebut, jaminan dang anti rugi dikenakan terhadap orang yang

memaksa.

Desakan dan paksaan tidak terlalu keras. Jaminan dang anti rugi dikenakan

kepada orang yang dipaksa.

20.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat, namun tanamannya masih

belum dapat dituai disebabkan belum masak. Sewaan dikira berterusan sampai ia

dapat dituai, dengan kadar tambahan sewaan yang sepatutnya.

Hal itu kerana desakan dan tekanan penyewa untuk mengekalkan tanamannya hingga

masak dan dapat dituai tetap tidak membatalkan hak milik tuan tanah.25

25)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 166.

27

Page 28: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat,

sedangkan bayi tersebut telah dapat menyesuaikan diri dengan susunya. Selain itu,

bayi tersebut masih belum dapat makan atau menerima makanan lain. Ibu susu itu

boleh dipaksa supaya terus menyusui bayi tersebut demi menjaga kepentingan bayi.

Ibu susu tersebut hendaklah dibayar upah dengan kadar yang setimpal.

21.0.KAEDAH KELAPAN

الراجحة المصلحة يتبع الحكم

Maksudnya : Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

21.1.HURAIAN KAEDAH

Kaedah tersebut banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat, jihad dan

lainnya. Walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian daripada perbuatan

tersebut, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.

Lantaran itu syarak menyuruh melaksanakannya.

21.2.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terbentuk daripada kaedah ini ialah :

Haramnya minum arak dan berjudi.

Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan kematian dan

kerosakan. Namun natijahnya adalah amat baik dan jelas. Iaitu mempertahankan diri,

agama dan menyebarkan agama Islam. Hasil jihad, Islam tersebar keseluruh pelusuk

dunia.26

22.0.KAEDAH KESEMBILAN

26)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 169-170.

28

Page 29: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

علته مع يدور الحكم

Maksudnya : Hukum itu berkisar bersama illahnya atau sebabnya.

22.1.HURAIAN KAEDAH

Antara lain kaedah pecahan itu membawa pengertian, dimana sesuatu hukum itu atau hukum

yang ada itu disebabkan ada illahnya atau sebabnya. Lantaran itu sekiranya illahnya hilang,

tidak berlakulah hukum tersebut. Antara lain, kaedah juz’iyyah tersebut dapat dikaitkan

dengan kaedah yang maksudnya : Hukum berkisar pada illahnya tentang ada dan tiadanya.

Yang membawa maksud, dimana hukum yang ada illah atau bersebab itu berlaku dan tidak

berlakunya berkisar pada illahnya.

22.2.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ yang terhasil daripada kaedah ini ialah :

Diharamkan arak sebab illahnya yang memabukkan. Apabila illahnya hilang atau

tidak ada lagi, waktu itu ia tidak diharamkan. Contohnya, arak tersebut bertukar

menjadi cuka.

Sesuatu itu apabila ia mengandungi racun, apabila ia merosakkan diharamkan. Namun

apabila ia tidak merosakkan bahkan dapat dijadikan ubat maka diharuskan.

Jus anggur atau nira itu apabila bertukar menjadi arak hilanglah kesuciannya.27

23.0.KAEDAH KESEPULUH

27)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 170-171.

29

Page 30: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

المعدوم منزلة المجهول ينزل

Maksudnya : Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan apa yang

tidak ada.

Kaedah tersebut berakhir atau secara sempurnanya dibawa dengan lafaz tambahan yang

maksudnya : Dan kira asalnya berkekalan sebegitu, apabila lemah atau tidak dapat untuk

berpegang terhadapnya atau sukar untuk diiktibar.

23.1.HURAIAN KAEDAH

Kaedah tersebut dibawa oleh ibn Rajib al-Hanbali (m.795H) dalam kitab Taqrir al-Qawa’id

wa Tahrir al-Fawa’id. Iaitu apa yang tidak diketahui atau majhul itu kedudukan serta tarafnya

sama dengan taraf apa yang tidak ada. Manakala ibn Taimiyyah menjelaskan dengan lafaz

kaedah yang maksudnya : Apa yang tidak diketahui dalam syariat seperti yang tidak ada dan

lemah mengenainya. Iaitu atas dasar untuk menolak kesukaran dan kesempitan tersebut

jugalah, dalam perkara dan hal yang berkaitan dengan syariat yang tidak diketahui adalah

dimaafkan.

23.2.SUMBER ASAL KAEDAH

Sumber rumusan untuk menghasilkan kaedah tersebut berdasarkan dalil :

23.3.HUKUM FURU’

Diantara hukum furu’ daripada kaedah tersebut ialah :

Barang temuan atau harta yang ditemui tercicir selepas tempoh haul dan masanya, ia

menjadi milik orang lain yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui

pemiliknya. Apa-apa yang tidak dapat dimiliki daripada barangan temuan pula,

hendaklah disedekahkan bagi pihak pemilik. Ianya mengikut pendapat yang tepat.

Seseorang yang menemui barang yang tercicir, apabila pemiliknya datang dan

mendakwa, ia hendaklah menyerahkannya.28

28)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 171-172.

30

Page 31: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

Seandainya tidak ada pemilik, ia adalah daripada harta Allah yang dikurniakan kepada

orang yang dikehendaki. Selaras dengan sabda Baginda riwayat daripada ‘Iyad bin

Himar yang mafhumnya :

Apabila datang pemiliknya, dialah yang lebih berhak. Sekiranya tidak, ia adalah

harta Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang ia kehendaki.29

29)Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000, Halaman 172-173.

31

Page 32: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

24.0.KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam ini merupakan satu agama yang memudahkan. Yang mana ianya

mengambil berat kepentingan setiap individu masyarakat. Namun, pada hal tersebut, majoriti

lapisan masyarakat mempunyai pengaturan minda yang salah yang mana mereka mengatakan

bahawa agama Islam itu sesuatu yang membebankan. Sedangkan pada agama tersebut hanya

terdapat sedikit tanggungjawab dan tanggungjawab tersebut diberikan kemudahan dan

keringanan jika terdapat sebarang masalah untuk melaksanakan sesuatu perkara yang

disyariatkan oleh syarak tersebut. Melalui tajuk yang telah diberikan kepada saya ini, dapat

saya simpulkan yang mana agama Islam itu merupakan agama yang mudah dan ringan.

Buktinya dengan penerapan kaedah fiqh iaitu kemudharatan dihapuskan dengan kemudahan.

Jelasnya pada kita yang mana teradapat rukhsah dalam agama Islam itu sendiri. Ianya

sehinggakan perkara yang ditegah yakni haram menjadi keharusan disebabkan oleh darurat

yang berlaku. Maka dengan ini ia jelas menunjukkan bahawa agama Islam itu merupakan

agama kemudahan. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang

berbunyi :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),

Secara keseluruhannya, kaedah pecahan kemudharatan membawa kemudahan ini menjadi

kehidupan masyarakat sejagat dalam keadaan yang mudah. Namun tidak pada setiap masa

dan semua perkara keringanan tersebut dapat dilakukan dan dilaksanakan. Kaedah ini

digunakan dengan meluas sekali dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Terdapat

banyak hukum furu’ atau hukum pecahan yang terhasil daripada kaedah ini. Terdapat

pelbagai perkara yang dapat kita aplikasikan melalui kaedah ini dalam kehidupan sehari-

harian kita. Justeru itu dengan adanya syariat Islam ini memudahkan lagi hidup manusia

berlandaskan kepada syarak yang telah ditetapkan.

25.0.BIBLIOGRAFI

32

Page 33: Qawaid Fiqhiyyah -Masyaqqah Tajlib at-Taisir-

1. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin,

Pustaka Salam SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD.,

Edisi Pertama, Cetakan Pertama Oktober 2000.

2. Pengantar Syari’at Islam, Mohd.Saleh Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala

Lumpur 1999, Cetakan Pertama Ogos 1999.

3. Pengantar Usul Fiqh, Abt.Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam

SDN.BHD., Ilham Abati Enterprise, Prospecta Printers SDN.BHD., Edisi Pertama,

Cetakan Pertama Mei 1997.

4. Ke Arah Memahami Kaedah Asas Hukum Feqah, Prof.Syeikh Ali Hasan Ahmad

Ad.Dariy, Pustaka Ilmi,Cetakan Kedua 1997.

5. http://kesukaranmembawakemudahan.com.my

33