qawaidul fiqhiyyah

Download Qawaidul Fiqhiyyah

If you can't read please download the document

Upload: fauwaz

Post on 14-Jun-2015

29.201 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Bagi sesipa yg ambik Bidang Syariah

TRANSCRIPT

Qawaid Fiqhiyyah

1

QAWAID FIQHIYYAH

Hj. Mohd Qary Abd Ghapar Al-Tantawy Mesry

Qawaid Fiqhiyah Hj. Mohd Qary Al-Tantawy Mesry Al-Kelantani

Qawaid Fiqhiyyah

2

Cetakan Pertama........................................ Julai 2003

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu dari pihak penulis.

Designer : Al Azhar Media Enterprise

Izin Terbit : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )

Qawaid Fiqhiyyah

3

SENARAI KANDUNGANMukasurat Muqaddimah KAEDAH KULLIYYAH DI DALAM ILMU FEQAH Kaedah Pertama : TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA () a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat b. Pengertian Niat Dari Segi Bahasa Dari Segi Istilah 7 9

10

13 13 13 16 16 17 18 18 18 19 19 19 20 20 20 21 23 23 24 25 26 27 27

c. Masalah Meniatkan Farfdhu Pada Zakat d. Tersalah Pada Penentuan () e. Penentuan Niat Dan Masanya f. Waktu Niat g. Niat Zakat h. Niat Qurban i. Permulaan Niat j. Masalah Kinayah Thalak (Cerai) k. Ibadah Yang Banyak Mengandungi Perbuatan l. Tempat Niat m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat n. Berazam Melakukan Maksiat o. Syarat Niat p. Berkenaan Dengan Pahala q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat r. Masalah Taraddud (Keraguan) s. Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat t. Ta'lik Pekerjaan Dengan Insya Allah u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain

Qawaid Fiqhiyyah

4

w. Menuntut Ganti Pada Niat Kaedah Kedua : KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN () Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya () Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab () Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada () Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang Paling () Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat ( )

28

29

31 31 33 36 38 41

Kaedah Ketiga : KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN ( ) a. Al-Masyaqqah Dari Segi Bahasa b. Masyaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada Keringanan c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum Rukhsah d. Pembahagian Rukhsah Kaedah Keempat : KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU DIHINDARKAN ( ) a. Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Dharurat Mengharuskan Tegahan ( ) Dharurat Dikira Mengikut Keadaannya ( ) Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Pula : 1. Ditanggung Kemaslahatan Khusus Untuk Menolak

46 48 49 49 52

55 56 56 58

59

Qawaid Fiqhiyyah

5

Kemaslahatan Umum 2. Kemudharatan Yang Lebih Besar Dihilangkan Dengan Kemudharatan Yang Lebih Ringan 3. Apabila Bertentangan Di Antara Dua Kerosakkan Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih Ringan 4. Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan 5. Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada Menarik Kemaslahatan 6. Hajat Menepati Dharurat - Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat

61 63

64 66 68 69

Kaedah Kelima : ADAT YANG DIAKUI () a. Pengertian Adat b. Dalil Kaedah c. Pembahagian 'Uruf Dan Adat d. Kedudukan 'Uruf Dan Adat Dari Segi Hujjah e. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha

Kegunaan Adat Seperti 'Uruf Khilaf Ulama Tentang Menetapkan Adat

Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini f. Syarat Diiktibar Dengan 'Uruf Dan Adat g. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini Senarai Bahan Rujukan

71 71 73 74 75 75 76 78 79 82 86 87

Qawaid Fiqhiyyah

6

MUQADDIMAH Dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk kepada Allah Subhanahu wata'ala, saya telah berusaha menyusun buku ( ) siri pertama mengenai pembelajaran kaedah-kaedah feqah yang diambil dari kitab-kitab muktabar di dalam Islam yang membahaskan kaedah-kaedah feqah Islam. Untuk menyusun buku ini bukanlah mudah kerana memandangkan buku-buku yang membahaskan kaedah-kaedah ini kebanyakannya di dalam bahasa Arab maka menjadi susah kepada kita untuk memahaminya. Dengan pertolongan serta hidayah Allah swt kesukaran tersebut dapat diatasi, gaya bahasa terjemahan kaedah yang dikemukakan di dalam buku ini adalah satu perkara yang baru kerana setakat ini buku yang membahaskan tentang kaedah feqah jarang sekali saya dapati di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu. Seandainya terdapat kekurangan di dalam buku ini saya amat berharap sidang pembaca membuat teguran yang baik dan membina agar ianya dapat memantapkan lagi tentang pengkajian saya ini. Setelah di fikirkan dengan teliti, saya dengan usaha yang murni untuk menerbitkan buku ini dengan beberepa sebab.Di antaranya: Pertama : Agar memberikan satu manfaat yang baik untuk diri saya. Kedua : Bagi mereka yang kurang memahami Bahasa Arab, mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan panduan yang bermanfaat.

Qawaid Fiqhiyyah

7

Telah menjadi kewajipan kepada ulama dan mereka yang tahu tentang agama agar menjaga keharmonian agama Islam dan agar memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana sabda nabi Saw:(

(

Maksudnya: Barang siapa yang Allah kehendaki seseorang itu dengan kebaikan nescaya diberikan (oleh Allah) akan kefahaman di dalam agama. Saya amat bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan pertolongannya bagi menyiapkan hasil karya yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan buku ini mendapat berkat daripadanya dan saya memohon perlindungan Allah supaya dijauhinya sebarang bentuk pemikiran yang sesat dan bid'ah. Amin Ya Rabbal Alamin. Hj. Nukman Bin Che Amin Kaherah

KAEDAH KULLIYYAH ( ) DI DALAM ILMU FEQAHMakna ( ) di dalam bahasa Arab ialah asas. Dan di dalam istilah pula sebagaimana yang telah disebut oleh Tajul asSubki : ertinya: Perkara pokok yang dipraktikkan ke atas perkara-ranting atau cawangannya.1 Maudhu' kaedah feqah ialah perbuatan mukallaf dan objeknya ialah hukum syara'. Misalnya keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak dan sebagainya. Oleh kerana masalah-masalah cawangan feqah begitu banyak maka perlulah dibuat penentuan dan penetapan ini dengan kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip yang tertentu, dan tugas pengkaji pula perlulah memahami kaedah-kaedah tersebut dan mengetahui dalil-dalil kerana masalah feqah semuanya kembali kepada kaedah-kaedah yang tertentu.

1

Al-Fawaidul Janiah, muka surat : 76

Qawaid Fiqhiyyah

8

Sebahagian ulama feqah mengembalikan segala masalah cawangan kepada lima kaedah dan setengah daripadanya mengatakan lebih daripada itu. Menurut pendapat pertama tiap-tiap satu kaedah itu di bahagikan pula kepada beberapa cawangan dan tiap-tiap cawangan itu di masukkan pula masalah cawangan yang serupa dengannya.

Kaedah Pertama: TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA

() Ertinya: Tiap-tiap perkara itu mengikut tujuannya (apa yang di kehendaknya). Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah hadis yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhori, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai daripada Sayyidina Umar R.A.

() Maknanya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut) dengan niat (yang dikehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang menurut mengikut niatnya. Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan hadis ini daripada Anas R.A:

Ertinya: Tidak dikira amalan mereka yang tidak mempunyai niat. Al-Syihab telah meriwayatkan hadis:

Ertinya: Niat seseorang mukmin itu lebih baik daripada amalannya.

Qawaid Fiqhiyyah

9

Imam as-Syafie, Ahmad ibnu Hanbal, Abdul Rahmn AlMahdi, al-Daruqutni dan lainnya bermuafakat bahawasanya hadis ini merupakan asal bagi kaedah yang merangkumi satu pertiga ilmu. Imam Syafie menegaskan bahawa hadis ini merangkumi satu pertiga ilmu sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-Buwaiti2. Al-Baihaqi3 menjelaskan bahawa hadis tersebut merangkumi satu pertiga ilmu kerana memandangkan usaha manusia tidak sunyi daripada tiga perkara, iaitu hati, lidah dan anggota badan, maka niat termasuk di dalam salah satu daripada tiga yang tersebut. Kaedah ini berpecah pula kepada beberapa kaedah di antaranya bahawa yang diiktibarkan di dalam aqad ialah tujuan dan makna, tidak kepada lafaz dan perkataan.

(4) Maka hendaklah digunakan perkataan yang tertentu bagi sesuatu aqad supaya niatnya menjadi sah dan dikira oleh syara'. Kaedah ini menerbitkan pula dasar larangan membuat aqad untuk mencapai kepada tujuan yang bertentangan dengan perkataan atau sifat aqad seperti jual beli yang mengandungi riba. Atau pun aqad nikah yang ditujukan kepada semata2 tahlil sebagaimana sabda nabi SAW:

Ertinya : Telah melaknat Allah swt orang yang muhallil dan orang yang ditahlilkan kepadanya. Maka nikah tersebut dikira fasad iaitu rosak, tetapi ada pendapat ulama mengatakan bahawa aqad tersebut sah sekiranya tidak disebut syarat tahlil di dalam aqad.

2 3 4

Abu Ya'kub Yusuf al-Qurasyi al-Misri Al-Imam al-Hafiz al-'Alim Abu Bakr al-Hasan al-Baihaqi Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 207, Majallah al-Ahkam, juz 1/18

Qawaid Fiqhiyyah

10

Banyak dalil-dalil syara' dan prinsipnya menyokong bahawa qhasad atau niat semasa aqad atau di dalam aqad sangat penting kerana qhasadlah yang memberi kesan sah atau tidak(tentang amalan itu). Halal atau haram itu semuanya terpulang kepada niat, sebagai contohnya seperti binatang sembelihan apabila disembelih semata-mata untuk dimakan hukumnya halal tetapi sebaliknya jika sembelihan itu kerana selain daripada Allah swt. Begitu juga diharamkan orang yang memerah buah anggur terhenti di atas niatnya, tetapi jika diniatkan untuk membuat cuka diharuskan kerana berpandukan kepada sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut) dengan niat (yang di kehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang dikira mengikut niatnya. Sabda Nabi SAW itu bercorak umum yang mana merangkumi ibadat, muamalat dan lain-lainnya dan di antara kaedah-kaedah yang terbit daripada kaedah tersebut bahawa tidak ada pahala dan seksa melainkan dengan niat dan qhasad walaupun tidak dilaksanakan. Sebagai contohnya, orang yang tidak dapat menghadiri majlis ilmu disebabkan keuzuran maka ia mendapat pahala juga. Imam-imam mazhab memandang tinggi kepada hadis tersebut, kata Abu Ubaidah tidak ada di dalam hadis-hadis nabi saw yang lebih lengkap daripada hadis ini.

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat Tujuan yang paling penting bagi niat antaranya ialah untuk membezakan di antara ibadat dan adat5 seperti berwuduk dan mandi, kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.5

Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah,ms : 11, al-Mawahib al-Saniyyah 'Ala alFaraidil Bahiyyah, ms : 122

Qawaid Fiqhiyyah

11

Menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya adakala nya untuk mejaga badan dan sebagainya. Begitu juga dengan duduk didalam masjid adakalanya untuk beribadat, beristirehat dan sebagainya.

b. Pengertian Niat Dari segi Bahasa ialah : ( ) bercita-cita di atas sesuatu6. Manakala dari segi Istilah Ulama Feqah :

() Maknanya: qasad sesuatu disertai dengan niat. Dari keterangan tersebut wujud beberapa permasalahan, antaranya: Pertama: Tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin menjadi adat atau tidak wujud kesamaran dengan yang lain seperti beriman kepada Allah, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana perkara-perkara tersebut berbeza dari segi bentuk dengan yang lain7 tetapi sekiranya seseorang itu bernazar untuk berzikir atau membaca al-Quran maka dia wajib berniat nazar untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qhamuuli di dalam kitabnya al-Jawahir yang dinaqalkan daripada Imam al-Ruwiyani. Imam al-Sayuti ada membahaskan, jika seseorang itu bernazar hendak berselawat ke atas nabi saw dia tidak perlu berniat kerana sudah dikira berbeza dengan yang lain tetapi pendapat ini tidak disokong oleh ulama-ulama lain bahkan mereka berpendapat bahawa memerlukan niat juga8. Mengikut pendapat yang masyhur bahawasanya azan tidak berhajat kepada niat tetapi ada disebut di dalam kitab al-Bahr bahawa azan bagi yang lain daripada sembahyang berhajat kepada6 7 8

Lisanul Arab Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 13 Al-Qawaid al-Janiyyah, ms : 131

Qawaid Fiqhiyyah

12

niat, ini adalah kerana azan itu juga disuruh oleh syarak kepada yang lain daripada sembahyang. Kedua: Tentang disyaratkan niat terhadap perkara yang ada syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain. Tetapi jika sekiranya perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

() Maksudnya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap amalan itu tertentu di atas niat. Di antaranya sembahyang fardhu memerlukan kepada penentuan fardhu sebab sembahyang zuhur dan asar serupa dari segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya kecuali dengan penentuan ( .) Begitu juga sembahyang dua hari raya maka hendaklah di tentukan sama ada hari raya I'dul Fitri atau I'dul Adha. Di antara perkara-perkara yang memerlukan kepada penentuan ialah puasa sebagaimana yang dijelaskan oleh pengikut-pengikut Imam Syafie rahimahullah ( )untuk membezakan di antara puasa ramadhan dengan puasa yang lain . Ketiga: Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib dinyatakan kefardhuannya, seperti wajib niat fardhu pada wuduk, mandi, sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Menurut setengah ulama diwajibkan niat fardhu ketika mandi dan tidak ketika wudhu'9 sebab mandi itu kadang-kadangnya mandi biasa (adat) sedangkan wudhu' itu tidak ada kerana lain melainkan untuk ibadat sahaja. Penjelasan ulama berkenaan dengan diisyaratkan niat wajib bagi wuduk mungkin wuduk yang dilakukan itu fardhu atau pembaharuan ( )samalah seperti sembahyang kerana sembahyang itu kadang-kadang wajib dan kadang-kadang sunat.

9

Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 20

Qawaid Fiqhiyyah

13

c. Masalah Meniatkan Fardhu Pada Zakat Menurut pendapat yang asah hendaklah diniatkan fardhu pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna fardhu dan sunat tetapi jikalau seseorang itu menghadirkan di dalam hatinya perkataan zakat sahaja maka disyaratkan lagi dia menghadirkan perkataan fardhu kerana perkataan zakat itu semata-semata digunakan kepada fardhu.

d. Tersalah Pada Penentuan () Maka seseorang yang menentukan di dalam niatnya bahawa Imam yang ia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka solatnya tidak sah10. Imam al-Sayuti menjelaskan bahawa tidak disyaratkan pada amalan-amalan fardhu menyatakan "fardhu ain" di dalam niat tanpa khilaf ulama, begitu juga menyatakan "fardhu kifayah" di dalam solat jenazah. Tetapi ada pendapat yang kedua mengatakan bahawa orang yang solat jenazah wajib menyatakan fardu kifayah di dalam niatnya untuk membezakan dengan fardhu ain.

e. Penentuan Niat Dan Masanya Dr Mohd Syidqi11 ada menyebut di dalam kitabnya bahawa tidak ada ibadat melainkan dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan ( .)Kebanyakan Ulama berpendapat jika permasalahan ini berlaku pada perkara yang dikatakan wajib yang luas waktunya ( )seperti solat fardhu, maka wajib padanya ditentukan ( )niat tanpa khilaf ulama, sekiranya berlaku permasalahan tersebut pada waktu wajib yang tidak dibenarkan padanya mengerjakan suruhannya pada10 11

al-Mawahib as-Sunniyyah 'ala al-Faraid al-Bahiyyah Dr. Mohd Sidqi bin Ahmad al-Burno Ustaz al-Musaid Universiti Al-Imam Muhammad Sa'ud al-Islamiyyah as-Sa'udiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

14

waktu yang lain ( ) seperti puasa, yang mana waktunya bermula daripada naik fajar hinggalah terbenam matahari (maghrib) maka masalah ini ada khilaf di kalangan ulama. Mengikut mazhab Syafie bahawa ( )disyaratkan juga untuk membezakan di antara puasa Ramadhan dengan yang lain12. Di dalam mazhab Hambali permasalahan tersebut berlaku khilaf13 berkenaan dengan ibadatibadat yang harus dilakukan adakah ia memerlukan niat atau tidak14. Ibadat-ibadat tersebut tidak berhajat kepada niat bahkan memadai jika seseorang yang hendak memulakannya terlintas di dalam hatinya untuk mendampingi dirinya ( )kepada Allah seperti makan, tidur mencari nafkah dan sebagainya.

f. Waktu Niat Waktu niat pada asalnya ialah di permulaan melakukan ibadat, kecuali puasa maka harus didahulukan niatnya dari permulaan puasa kerana susah hendak menunggu masa menjelang fajar, kemudian niat yang dilakukan oleh seseorang sebelum masuk waktu itu berjalan hingga sampai fajar kecuali puasa sunat, diharuskan beniat selepas daripada masuk waktu permulaan puasa kerana ada hadis yang menyatakan demikian. Pernah suatu ketika Rasulullah SAW pergi menuju ke tempat kediaman Sayyadatina Aisyah lalu baginda bertanya kepadanya :

() , : , : Maksudnya : Adakah di sisimu sesuatu daripada makanan? Aisyah menjawab Tidak ada wahai Rasulullah, lalu Rasulullah berkata Maka sesungguhnya aku hendak berpuasa.15

g. Masalah Niat Zakat :12 13 14 15

Al-Asybah Wan-Nazhoir dan Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 30 Al-Muqni', juz 1 ms : 363 Al-Wajiz Fi IIdhahi Qawaid al-Fiqh al-Kulli, ms 67 Qalyubi wa 'Umairah, juz 2 ms : 52

Qawaid Fiqhiyyah

15

Menurut pendapat yang asah di dalam mazhab Syafie bahawa harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h. Masalah Niat Korban Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelihkan binatang tersebut. Menurut pendapat yang asah tidak wajib disertakan niat semasa menyembelih binatang. Dan harus seseorang berniat korban ketika mewakilkan binatang kepada seseorang yang menyembelih.

i. Permulaan Niat : Permulaan niat: ialah pada awal melakukan ibadat. Awal ibadat sembahyang ialah permulaan menyebut Allahu Akbar (di takbiratul ihram). Mengikut kitab al-Raudhah dan asal bagi Raudah daripada fatwa Imam al-Bughawi bahawa asal bagi niat ialah dipermulaan melakukan ibadah.

j. Masalah Kinayah Thalaq: Mengikut hukum yang dirajihkan di dalam kitab asal Raudah bahawa niat kinayah thalaq samada sesorang itu niat di permulaan perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq di sisi pendapat yang asah.

k. Ibadat Yang Banyak Mengandungi Perbuatan : Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat kepada mengulangi niat pada kelakuan yang kedua, seperti wudhu, sembahyang dan ibadat haji di sisi pendapat yang asah.

Qawaid Fiqhiyyah

16

l. Tempat Niat Tempat niat adalah di dalam hati dan qhasad itu kelakuan hati. Menurut ulama-ulama feqah, niat itu ialah :

Maksudnya : qhasad sesutu dengan disertai perbuatan. Kesimpulannya : ialah bahawa niat itu tidak memadai dengan semata-mata menyebut dengan lidah tanpa qhasad di dalam hati, sekiranya seseorang itu telah qhasadkan di dalam hatinya sahaja dan tidak melafazkan dengan lidah, maka sahlah ibadatnya cuma sunat sahaja dilafazkan dengan lidah untuk memudahkn hadir niat di dalam hati.16

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat: Ada juga perkara-perkara yang tidak memadai dengan niat sahaja tanpa perkataan seperti seseorang yang meniatkan nazar atau berniat cerai tanpa melafazkan dengan perkataan, maka nazar tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n. Berazam Melakukan Maksiat Seseorang yang berazam untuk melakukan maksiat tetapi ia belum lagi melakukan maksiat tersebut atau tidak dilahirkan melalui perkataan maka ia masih tidak berdosa, kerana berdasarkan kepada hadis nabi SAW :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku terhadap apa yang terlintas di hati selama mana ia belum bercakap atau melakukannya.16

Qalyubi wa 'Umairah, juz 1 ms : 142

Qawaid Fiqhiyyah

17

o. Syarat Niat Pertama : Islam, oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada syarat ini. Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli di dalam bab wudhu dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi. Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat. Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikira sah tetapi tidak sah jika ia berwudhu. Hukumnya berbeza dengan orang murtad, mandi dan wudhunya tidak sah. Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut. Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah Kedua : Tamyiz, kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah ibadahnya begitu juga orang yang gila. Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini : 1. Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.2. Isteri

yang gila dimandikan oleh suaminya untuk menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat, mengikut pendapat yang asah. dijelaskan Imam al-Bughawi dan lainnya. Sesiapa yang tidak tahu kefardhuan wudhu maka tidak sah wudhu'nya. Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukunrukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan

3. Mengetahui perkara yang diniatkan sebagaimana yang telah

Qawaid Fiqhiyyah

18

setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan di antara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkara fardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya tidak sah.4. Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat

seperti murtad. Jikalau seseorang itu murtad semasa sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia sedang berwudhu atau mandi hukumnya tidak batal kerana perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang dibasuh ketika murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas berwudhu atau mandi maka menurut pendapat yang asah tidak batal wudhunya atau mandinya tetapi yang terbatal hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah ( .)Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

p. Berkenaan Dengan Pahala: Berkenaan dengan pahala pula, sekiranya seseorang itu tidak kembali semula memeluk Islam maka semua pahala amal ibadat yang dilakukannya itu dikira batal berpandukan kepada firman Allah Taala :

() Ertinya : Maka mati mereka itu di dalam kufur maka batallah segala amalan mereka.

q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat:

Qawaid Fiqhiyyah

19

Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan ibadat yang sedang dilakukan. masalah ini terbahagi pula kepada beberapa cawangan masalah : 1. Niat memutuskan iman nauzubillah min zalik. Maka dikirakan seseorang itu telah murtad.2. Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan

sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal dengan ijma ulama. 3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnya tidak batal. 4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang sedang dikerjakan.5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal.

6. Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan diam yang pendek.

r. Masalah Taraddud (Keraguan) Setengah daripada perkara yang menafikan niat ialah perasaan ragu-ragu (taraddud) iaitu keadaan mahu atau tidak sedangkan dirinya tidak menetapkan untuk menunaikan amalan tersebut maka dalam masalah ini ada beberapa cabang masalah.1. Perasaan

ragu-ragu samada hendak meneruskan sembahyang atau tidak sedangkan ia berada di dalam sembahyang, maka sembahyangnya menjadi batal atau seseorang itu mengtalikkan hendak memberhentikan sembahyangnya apabila berlaku sesuatu maka sembahyangnya menjadi batal.

Qawaid Fiqhiyyah

20

2. Seorang musafir yang merasa was-was di dalam hatinya

adakah ia telah berniat sembahyang secara qasar atau sempurna ( )dengan empat rakaat maka tidak dibenarkan ia mengqasarkan sembahyangnya bahkan hendaklah ia sembahyang secara sempurna dengan empat rakaat.3. Seseorang yang bertayammum atau sembahyang atau

puasa lalu ia syak di dalam hatinya adakah telah masuk waktu atau tidak kemudian ia nyata bahawa perkara yang dilakukan itu tepat berada di dalam waktunya, maka perkara yang dilakukannya itu tidak sah. Seseorang yang bertayammum tanpa mencari air terlebih dahulu kemudian ternyata tidak ada air setelah ia selesai daripada bertayammum maka tayammumnya tidak sah.4. Orang yang mengadap kiblat ke suatu arah sedangkan ia

masih lagi syak adakah arah yang dihadapkannya itu kiblat atau tidak kemudian ia mengetahui bahawa arah yang ia hadapkan itu kiblat maka sembahyanganya tidak sah. 5. Orang yang berkata semasa ia mengeluarkan zakat, ini zakat atau ini sedekah maka pemberian itu tidak dikirakan sebagai zakat kerana ada keraguan (taraddud) di dalam pemberian itu.

s. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat Ashab as-Syafie telah berselisih pendapat tentang niat adakah ia dikirakan sebagai rukun atau syarat bagi ibadat? Kebanyakan ulama mengatakan niat itu rukun kerana ia termasuk di dalam ibadat tetapi Qadhi Abu at-Thayyib17 dan Ibnu as-Sobagh18 mengatakan niat itu syarat bukannya rukun. t. Talik Pekerjaan Dengan Insya Allah Jika seseorang berniat sesuatu perkara dan diikuti pula dengan perkataan "Insya Allah", jika diniatkan talik maka batallah17

Al-Qadhi At-Thahir bin Abdullah bin Umar At-Thabari, wafat pada tahun 450 H 18 Abd as-Sayyid Muhammad bin as-Sobagh al-Baghdadi, wafat pada tahun 477 H

Qawaid Fiqhiyyah

21

sembahyangnya tetapi jika ia niat mengambil berkat dengan kalimah tersebut maka ibadatnya tidak batal. Seseorang yang berhadas besar berkata dengan ayat alQuran maka diqhasadkan bacaan atau tidak ada sebarang qhasad hukumnya haram tetapi jika ia qhasad zikir sahaja tidak diharamkan. Akan tetapi jika ia qhasad kedua-duanya sekali maka hukumnya haram. Seseorang yang membawa al-Quran dan bersama dengannya barangan yang lain sedangkan ia tidak ada wudhu, jika ia qhsadkan membawa al-Quran sahaja hukumnya haram tetapi jika ia qhasadkan membawa barangan sahaja atau kedua-duanya sekali tidak haram. Seseorang yang mandi sunat pada pagi Jumaat tidak memadai bagi mandi junub, menurut pendapat yang asah.

u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat Ada juga amalan yang tidak memerlukan niat iaitu berkenaan dengan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan seperti zina, judi, mencuri, dan sebagainya, ini kerana tujuannya telah tercapai tanpanya.19

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain Jika seseorang mencampurkan niatnya antara perkara ibadat dengan perkara yang bukan ibadat, ada juga boleh membawa kepada batal20. Antaranya ialah : 1. Seseorang yang menyembelih binatang qurban dengan niat kerana Allah dan kerana selain daripadaNya maka sembelihan itu haram dimakan.19 20

Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 14 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 23

Qawaid Fiqhiyyah

22

2. Orang yang mengambil wudhu serta ia berniat di dalam hatinya untuk menyejukkan badan atau mandi hukumnya sah mengikut pendapat yang asah. Ini kerana menyejukkan badan itu telah terhasil samada ia berniat atau tidak.3. Orang yang membaca di dalam sembahyangnya ayat al-

Quran serta ia qhasadkan bacaan atau zikir atau memberi faham kepada orang lain hukum sembahyangnya sah.

w. Menuntut Ganti Pada Berniat Jika kita menuntut kepada seseorang untuk berniat kepada kita semasa ia melakukan amalan yang kita wakilkan kepadanya, hukumnya sah mengikut fatwa yang dirajihkan oleh syiekh Ibnu Hajar di dalam bab al-Wakalah () ertinya : pendapat yang mengatakan tidak sah kita wakilkan kepada seseorang untuk berniat, pendapat tersebut tertolak.21

21

At-Tuhfah

Qawaid Fiqhiyyah

23

Kaedah Kedua : PERKARA YANG YAKIN TIDAK DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (SYAK)

Di antara kaedah tetap yang banyak mengandungi hukum feqah padanya ialah perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh syak. Jika seseorang yang melakukan sesuatu perkara kemudian berlaku keraguan samada perkara itu telah berlaku atau belum maka dikekalkan hukum yakin. Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah sabda Rasulullah S.A.W:

(Hadis Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah) Ertinya: Apabila Kamu dapati sesuatu yang berlaku pada perut kemudian timbul persoalan adakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah kamu sekali-sekali keluar daripada masjid sehinggalah kamu mendengar suara atau dapati baunya. Dan sabda Rasulullah S.A.W:

. : Ertinya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ia berasa was-was adakah telah keluar sesuatu pada masa ia menunaikan sembahyang, lalu baginda bersabda "janganlah kamu keluar daripada sembahyang sehingga kamu mendengar suara atau baunya". Rasulullah S.A.W. memberi penjelasan kepada orang yang berasa was-was semasa menunaikan

Qawaid Fiqhiyyah

24

sembahyang supaya jangan keluar daripadanya sehinggalah ia merasa yakin tidak berhadas dengan mendengar suara atau mendapati baunya kerana perkara yang diyakini tidak boleh dihilangkan kecuali oleh yang yakin juga.22 Dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadis Abu Said al-Khudri R.A.

: Ertinya : Apabila seseorang kamu syak pada masa menunaikan sembahyang dan ia tidak mengetahui berapakah rakaat yang telah dilakukannya samada tiga atau empat rakaat? Maka hendaklah ia ketepikan keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini.23 Dalil-dalil yang tersebut menunjukkan perintah Rasulullah supaya beramal dengan yakin dan menafikan yang syak atau ragu. Misalnya : Seseorang yang sabit berhutang kepada seseorang yang lain kemudian ia mati dan kita syak adakah ia telah membayarnya atau tidak, maka hutang itu masih tetap kerana hutang tersebut telah sabit dengan keyakinan. Dan jika berlaku syak tentang pembayarannya maka syak seperti ini tidak dapat menghilangkan perkara yang yakin. Imam as-Sayuti ada menjelaskan di dalam kitabnya kebanyakan hukum feqah termasuk di dalam kaedah ini sehingga mecapai tiga perempat ilmu.24

22

Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56 Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56

23 24

Qawaid Fiqhiyyah

25

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya : Kaedah Pertama : Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya

Ertinya: Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya, bermakna dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman yang akan datang mengikut apa yang berlaku pada zaman sebelumnya. Kaedah ini sama juga dengan perkataan fuquha' : () Ertinya:Kembali kepada hukum asal. Di antara masalah yang terbit daripada kaedah ini.

Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.25 Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal. Perempuan yang ditalak dengan thalak raj'i mengatakan iddahnya belum tamat maka dibenarkan percakapannya dan ia berhak menerima nafkah kerana asalnya kekal iddah. Pembeli mendakwa telah membayar harga sesuatu kepada penjualannya pada hal penjual mengatakan harganya belum lagi dibayar maka hendaklah dibenarkan perkataan penjual dengan sumpahnya seterusnya harga itu kekal menjadi tanggungjawab pembeli.

25

IIdhoh al-Qawaid al-Kulliyyah, ms : 23

Qawaid Fiqhiyyah

26

Kaedah Kedua : Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab

Al-Zimmah dari segi bahasa bererti janji aman, manakala pada istilah pula ialah perkara yang mengenai seseorang yang menerima kewajipan dan kepastian. ( ( bererti terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikat dengan sesuatu hak. Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang, maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa.

Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini ialah:

Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam (peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut, kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan perkataan orang yang memberi pinjam (pemilik).

Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian

Qawaid Fiqhiyyah

27

orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab. Seorang yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu perbuatan atau tidak maka mengikut asalnya ia tidak melakukannya.

Contohnya : seseorang yang syak adakah ia telah menjatuhkan thalak ke atas isterinya atau tidak, maka tidak jatuh thalaknya kerana pada asalnya ia tidak melakukannya.26 Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini. Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya. Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah mengerjakan sesuatu perkara yang ditegah atau tidak maka

26

Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 23

Qawaid Fiqhiyyah

28

disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu. Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga. Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah melakukan tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit. Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

Kaedah Ketiga: Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada27

() ( ) Sebagaimana telah maklum bahawa tiada itu terdahulu daripada ada () Tiap-tiap sesuatu yang mendatang, pada asalnya tiada. Jadi tiada itu terdahulu daripada ada yang didakwakan ada sebelum daripada dapat disabitkan adanya tetapi masih diragukan, dan tiada itu merupakan asal, maka hendaklah27

Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 57, Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 620, Qawaid alKhadami, ms 312 dll

Qawaid Fiqhiyyah

29

dikembalikan kepada asalnya hingga telah sabit perkara baru yang menentang asalnya. Dari kaedah ini berlaku berbagai hukum fekah. Pemodal mendakwa keuntungan ke atas orang yang

memperniagakan hartanya ( ) pada hal pihak amil membantah dakwaan tersebut, maka dibenarkan perkataan pembantah ( )dengan sumpah sebab keuntungan itu perkara yang mendatang kerana sebelum daripada diperniagakan keuntungan tersebut tidak wujud. Telah sabit hutang ke atas seseorang dengan

pengakuan atau penjelasannya kemudian ia mendakwa telah menjelaskannya atau tuan hutang melucutkannya. Maka hendaklah dibenarkan perkataan orang yang memberi hutang sehingga orang yang berhutang itu dapat membuktikan bahawa ia telah menjelaskan hutangnya atau hutangnya telah dilucutkan. Orang yang memakan makanan orang lain lalu ia berkata

"saya telah diizinkan makan" sedangkan tuannya membantah (menafikan) maka dibenarkan perkataan tuannya kerana pada asalnya harta benda itu milik orang lain. Penjual dan pembeli berkelahi tentang kesihatan haiwan

yang telah dijual atau dibeli, maka dibenarkan perkataan penjual kerana perkara yang baru datang (penyakit) itu asalnya tiada dan selamat (sihat) ialah keadaan asalnya yang yakin. Kaedah Keempat: Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang Paling Hampir Sekali28

atau28

Ibn Nujaim, ms : 64, Dur al-Ahkam, juz 1 ms : 25, Syarah al-Alusi, jld 1 ms : 32, Hasyiah Sumbali Zhadah, ms : 85

Qawaid Fiqhiyyah

30

() Daripada Kaedah ini terbit berbagai cabang hukum :

Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie29 dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali. Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin berwudhuk dengan air yang najis.

Seseorang yang memukul perut perempuan yang mengandung kemudian perempuan tersebut melahirkan anak yang masih hidup dan anak itu terus hidup dalam jangka masa yang panjang tanpa sakit kemudian ia mati maka tidak wajib atas orang yang memukul itu membayar ganti rugi (diat) kerana pada zahirnya ia mati dengan sebab lain. Daripada kaedah ini terbit pula satu kaedah: Asal Bagi Sesuatu Itu Harus Hingga Ada Dalil Yang Menunjukkan Haram

() Kaedah ini mengikut mazhab Hanafi bahawa asal bagi sesuatu itu haram hingga ada dalil yang menunjukkan harus berbeza dengan pendapat Imam Syafie. Punca khilaf di antara dua mazhab tersebut berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak disebut di dalam nas. Dalil yang menunjukkan mazhab Syafie ialah sabda Rasulullah SAW:

) ( 29

Al-Umm dan Al-Mansur Fi Qawaid oleh al-Zarkasyi, juz 1 ms : 174

Qawaid Fiqhiyyah

31

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu. Al-Tabrani meriwayatkan hadis daripada Abi Sha'labah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

( ) Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mefardhukan pelbagai kefardhuan, maka janganlah kamu merosakkannya dan menegah beberapa perkara maka janganlah kamu mencerobohinya. Menentukan beberapa sempadan maka janganlah kamu melewatinya dan ia mendiamkan beberapa perkara tanpa lupa maka janganlah kamu membahasnya. Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:

Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada dua pendapat, yang asahnya ialah halal sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Rafie. Jika seseorang syak tentang besar benda yang di tampal dengan perak maka pada asalnya harus sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muhazzab. Masalah zirafah telah berlaku perselisihan di antara fuqaha' mengenainya. Kata al-Subki bagi pendapat yang terpilih ialah halal dimakan kerana asal bagi sesuatu adalah halal. Binatang itu tidak mempunyai taring maka ia tidak termasuk di dalam senarai binatang-binatang haram. Mengikut pendapat yang kedua : daripada Ibnu al-Qhuttan yang dinukilkan daripada nas Imam Ahmad Ibnu Hambal dan diputuskan di dalam kitab at-Tanbih adalah haram. Menurut apa yang disebut oleh Imam Nawawi

Qawaid Fiqhiyyah

32

Kaedah Kelima : Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat

Terbit daripada kaedah ini berbagai cabang hukum:30

Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati; ( .) Menurut pendapat yang lain pula termasuk juga cucu kerana ditanggungkan di atas hakikat dan majaz. Jikalau seseorang itu bersumpah tidak mahu masuk ke dalam rumah Muhammad maka sumpahnya tidak dikira kecuali ia masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh Muhammad sendiri, sebaliknya tidak terjadi sumpah dengan rumah yang didiaminya secara pinjam atau sewa kerana rumah yang disewanya itu adalah majazi.

Berkenaan dengan kaedah "Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (Syak)" ada beberapa masalah yang berkaitan dengannya. Pertama: Kata Ibnu al-Qas di dalam kitabnya (" )yang yakin tidak dihilangkan oleh syak" ada sebelas masalah :1. Orang yang menyapu dua khuf merasa syak adakah

tempoh yang dibenarkan itu telah tamat atau tidak maka hendaklah ia membasuh kakinya.

30

Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 28

Qawaid Fiqhiyyah

33

2. Seorang yang syak adakah ia telah menyapukan khufnya

semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan tamat tempohnya.3. Apabila seorang yang musafir bertakbiratul ihram dengan

niat qasar di belakang imam yang tidak diketahuinya adakah ia musafir atau bermukim wajib ke atasnya sembahyang secara sempurna (.)4. Masalah air kencing binatang di dalam air yang banyak

kemudian didapati air tersebut telah berubah tetapi ia tidak mengetahui adakah perubahan itu disebabkan oleh air kencing tersebut atau lainnya maka dikirakan najis.5. Perempuan mustahadhah yang muthahayyirah wajiblah ia

mandi pada setiap waktu ia hendak sembahyang mengikut mazhab Syafie kerana ia syak tentang darah yang terputus sebelumnya.6. Seseorang yang terkena najis pada pakaian atau tubuhnya

tetapi ia tidak mengetahui di manakah tempat terkena yang sebenarnya maka wajiblah ia membasuh kesemuanya.7. Seseorang yang bermusafir kemudian ia meragui (syak)

adakah ia telah sampai ke kawasan mukimnya atau tidak, maka tidak harus ia mengqasarkan sembahayangnya.8. Seorang yang bermusafir kemudian ia syak adakah ia telah

niat bermukim atau tidak, maka tidak harus ia mengambil hukum rukhsah (keringanan).9. Perempuan mustahadhah yang ditimpa penyakit dedas

apabila berwhuduk kemudian ia syak adakah hadasnya putus atau belum lalu ia sembahyang dengan whuduk tersebut maka sembahyangnya tidak sah.10. Orang yang bertayammun kemudian dia terlihat sesuatu

yang tidak diketahui adakah perkara yang dilihatnya itu

Qawaid Fiqhiyyah

34

bahang panas31 ( )atau air maka batallah tayammumnya walaupun pada haqiqatnya perkara yang dilihat itu bahang yang panas.11. Seorang yang memanah binatang lalu terkena sasarannya

kemudian binatang tersebut lari dan didapati binatang tersebut telahpun mati dan ia syak adakah binatang itu mati disebabkan olehnya atau perkara lain maka binatang tersebut tidak halal dimakan . Kedua: Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini bahawa keraguan atau syak itu ada tiga bahagian .

Pertama : syak yang berlaku ke atas perkara yang asalnya haram . Kedua : syak yang berlaku ke atas perkara yang asal nya harus. Ketiga : syak yang tidak diketahui asalnya.

Contoh Bahagian Pertama: seperti seseorang yang memasuki sebuah negeri yang mana penduduknya terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam, kemudian ia mendapati (menjumpai) daging binatang, maka daging itu tidak halal baginya sehingga dia mengetahui bahawa daging itu adalah daripada binatang yang disembelih oleh orang Islam kerana asalnya adalah haram dan ia syak tentang penyembelihannya yang halal, tetapi jika kaum muslimin di dalam negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan yang lainnya maka haruslah ia makan daging tersebut kerana beramal dengan ghalib yang nyata. Contoh Bahagian Kedua: Seorang yang mendapati air yang berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau lama bertakung, maka haruslah ia bersuci dengannya kerana beramal dengan ghalib dan beramal dengan asalnya yang suci. Contoh Bahagian Ketiga: Seseorang yang bermuamalat dengan orang yang kebanyakan hartanya diperolehi secara haram padahal31

Sarob ertinya bahang panas waktu tengahari kelihatan seperti gelombang air (fatamorgana)

Qawaid Fiqhiyyah

35

ia tidak mengetahui adakah wang yang diambil daripadanya itu diperolehi daripada sumber yang halal atau haram? Maka tidak haram bermuamalat dengannya kerana mungkin yang diambil daripadanya itu halal dan tidak wujud kepastian yang haram tetapi hanya wang makruh sahaja kerana takut terjatuh ke dalam melakukan perkara yang haram. Berkata Imam Nawawi: bahawa perbahasan ulama kita tentang syak terhadap air, hadas, najis, sembahyang, thalak dan sebagainya ialah perasaan ragu-ragu di antara ada dan tiadanya samada keduanya sama berat atau salah satu daripadanya lebih kuat atau lebih rajih itulah yang dimaksudkan dengan syak bagi ulama-ulama feqah dan kitab-kitab feqah. Tetapi para ulama Usul, mereka membuat perbezaan berkenaan perkara tersebut. Mereka berpendapat jika kedua-duanya sama berat dinamakan syak, tetapi jika salah satu daripadanya itu lebih rajih atau lebih kuat maka perkara yang rajah itu dinamakan zann, sebaliknya yang lemah itu marjuh atau waham.32

Kaedah ketiga: KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN32

Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 82-83

Qawaid Fiqhiyyah

36

Melalui kaedah ini banyak hukum-hukum Islam yang didasarkan kepadanya dan terbit daripadanya segala hukum kemudahan, kesenangan dan keringanan. Asal bagi kaedah ini ialah firman Allah swt:

)) Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu.33 Dan firman Allah swt:

)) Maksudnya: Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu.34. Dan sabda Rasulallah SAW:

)) Maksudnya: Dibangkitkan daku dengan ugama yang samhah yakni cenderung kepada kebenaran.35 Dan hadis Nabi SAW:

) ) Maksudnya: Sesungguhnya dibangkitkan kamu dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan 36.33 34

Al-Baqarah, ayat : 185 Al-Hajj, ayat : 78 35 Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Jabar bin Abdullah 36 Al-Bukhari dan Muslim dan selainnya daripada Abu Hurairah

Qawaid Fiqhiyyah

37

Dan sabda Rusulallah Saw:

Maksudnya: Permudahkanlah olehmu dan jangan sekali-sekali persusahkannya. Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada daripada al-Quran ataupun Hadis Nabi Saw. Ini membuktikan bahawa perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan, kesenangan dan keringanan. Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan kepayahan dan kesukaran.

a. Al-Mushaqqah Dari Segi Bahasa Al-Mushaqqah dalam bahasa Arab ialah diambil daripada Ertinya: sukar keatas perkara itu apabila mendatangkan kesukaran Firman Allah swt :

)) Maksudnya: Binatang-binatang ternakan itu membawa bebab muatan kamu ke negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan susah payah.37 Sebenarnya di dalam hukum syara' ada juga terdapat mushaqqah atau kesukaran sebab hakikat taklif ialah; (mewajibkan perkara yang ada bebanan di dalamnya), tetapi tidak dinamakan bebanan ke atas manusia hanya mengikut adat sebagai mushaqqah, begitu juga usaha yang kita sumbangkan untuk mencari rezeki atau nafkah hidup, maka menurut adat kebiasaannya tidak dikira sebagai musaqqah sebab perkara tersebut dianggap sebagai kebiasaan yang boleh dilakukan oleh setiap mukallaf.37

An-Nahl, ayat : 7

Qawaid Fiqhiyyah

38

Mushaqqah sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan dan tidak dinafikan oleh nas-nas syara'. Maka kesusahan atau kesukaran tersebut tidak boleh dijadikan sebab atau faktor bagi kemudahan. jikalau kita inginkan kepada kesenangan di dalam segala perkara bermakna kita tidak ada erti di dalam perjuangan hidup. b. Mushaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada Keringanan : Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.38 Adapun Mushaqqah yang tidak membawa kepada kemudharatan seperti menggunakan air yang sejuk untuk mandi dan whudu' maka kesusahahn seperti ini tidak menjadi sebab bagi mengambil atau mengamalkan hukum keringanan (rukhsah).

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum Rukhsah Di antara sebab-sebab atau faktor-faktor kemudahan atau keringanan di dalam ibadat dan lainnya untuk mengamalkan hukum rukhsah terbahagi tujuh perkara39:

Pertama: Musafir ( )atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang,

38 39

Madkhal al-Fiqh al-Islami Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 85

Qawaid Fiqhiyyah

39

meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

Kedua: Penyakit ( ,)syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan. Ketiga: Paksaan ( ,)orang yang dipaksa dan diugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah sebagaimana Firman Allah swt :

Ertinya: Barangsiapa yang ingkar (kufur) terhadap Allah sesudah ia beriman kecuali orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekufuran maka atasnya kemurkaan Allah dan baginya seksaan yang pedih.40

Keempat: Terlupa ( ,)menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa sabda Rasulallah :

40

An-Nahl, ms : 106

Qawaid Fiqhiyyah

40

Ertinya: Barangsiapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa sesungguhnya Allah memberi makan dan minum kepadanya.41 Mengikut pendapat Imam Maliki RA bahawa orang yang makan atau minum secara terlupa wajib ia mengqhadakannya.42

Kelima: Kejahilan ( ,)juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah ( )di antara mereka berdua. Keenam: Umum Balwa ( ,) juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya ( ,) oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi. Ketujuh: Kekurangan ( ,)juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak (taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

d. Pembahagian Rukhsah ()

41

As-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad, Nailu al-Authar Syarh Muntaqi al-Akhbar Min Sayyidi al-Akhbar 42 Al-Wajiz Fi Iidhohi al-Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, ms : 167

Qawaid Fiqhiyyah

41

Para ulama Usul Feqh telah membahagikan Rukhsah () kepada lima bahagian:

Bahagian Pertama: Rukhsah yang berlaku perkara wajib seperti makan bangkai ketika ketiadaan makanan, sekiranya tidak dilakukan boleh membawa kepada kebinasaan badan dan berbuka puasa bagi mereka yang ditakuti jatuh kebinasaan pada dirinya. Bahagian Kedua: Rukhsah yang berlaku pada perkara yang sunat seperti mengqhasarkan sembahyang bagi mereka yang musafir apabila jaraknya tiga marhalah. Berbuka puasa bagi pesakit atau musafir dan melihat perempuan yang akan dipinanginya. Bahagian Ketiga: Rukhsah yang berlaku pada perkara yang terlebih baik (aula) kita tinggalkan seperti menyapu khuf, berbuka puasa bagi mereka yang tidak takut berlaku kemudharatan ke atasnya dan bertayammum bagi mereka yang mendapati air tetapi dijual dengan harga yang tidak berpatutan (mahal) walaupun ia mampu untuk membelinya.43 Kedua-dua kaedah tersebut Imam al-Ghazali telah menyebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin dengan katanya ; Tiap-tiap perkara yang melebihi batasannya berpindah kepada sebaliknya. Bahagian Keempat: Rukhsah yang berlaku pada perkara yang harus seperti jual beli secara tempahan (.) Bahagian Kelima: Rukhsah yang berlaku pada perkara yang makruh seperti qhasar bagi orang yang musafir kurang daripada tiga marhalah.

Di antara kaedah yang terbit daripada keadah ini berpunca daripada perkataan Imam as-Syafie RA:

() 43

Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 35

Qawaid Fiqhiyyah

42

Maksudnya: Apabila suatu perkara (pekerjaan) itu sukar nescaya diperluaskan oleh syara'. Seperti dimaafkan najis yang berada pada kaki lalat dan seumpamanya. Dan terbit pula kaedah yang sebaliknya

() Maksudnya: Apabila luas maka berpindah pula menjadi sempit. Seperti pergerakan yang sedikit di dalam sembahyang .

Kaedah Keempat : KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU DIHINDARKAN

Qawaid Fiqhiyyah

43

Kaedah ini merupakan salah satu daripada prinsip Islam yang unggul, dan dijamin oleh syara' untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia. Di antara perkara yang termasuk di dalam prinsip ini ialah seperti mencuri, merampas harta benda orang lain dan sebagainya. Maka syara' mewajibkan supaya dipulangkan benda yang dicuri dan harta yang dirampas itu kepada pemiliknya sekiranya benda itu masih ada atau mestilah digantikan dengan harga sekiranya benda yang dicuri dan dirampas itu telah rosak. Begitu juga dengan binaan yang dibina di atas jalanraya atau dahan pokok kayu yang masuk ke dalam kawasan milik orang yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka, maka hendaklah diruntuhkan binaan dan dipotong dahan tersebut. Dalil bagi kaedah ini sabda Rasullah SAW:

() Maknanya: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan. Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Malik daripada Amru bin Yahya daripada bapanya secara mursal, manakala al-Hakim mengeluarkan hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak. Al-Baihaki dan al-Dharqutni mengeluarkan daripada hadis Abu Said al-Khudri, Ibnu Majjah telah mengeluarkan hadis ini daripada Ibnu Abbas dan Ubadah Ibnu as-Shamat.

A. KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI Kaedah Pertama : Kemudhratan Mengharuskan Tegahan

Asal atau dalil bagi kaedah ini, firman Allah swt:

()

Qawaid Fiqhiyyah

44

Ertinya: Barangsiapa yang terpaksa waktu kelaparan untuk memakan yang haram dengan tiada cenderung kepada dosa tidaklah mengapa kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan firman Allah swt:

Ertinya: Barangsiapa yang mengingkari (kufur) terhadap Allah sesudah sesudah dia beriman kepadaNya orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada kekufuran, maka ke atasnya kemurkaan Allah dan baginya siksaan yang amat besar. Daripada Kaedah Ini Terbit Pula Beberapa Hukum Antaranya: Harus memakan bangkai ketika dharurat, minum arak ketika terlalu dahaga, harus berubat dengan najis ketika ketiadaan ubat yang suci (secara dharuri). Harus membinasakan tanaman dan binaan orang kafir di dalam peperangan bagi tujuan melemahkan mereka. Harus membongkar kubur setelah dikebumikan mayat seperti dikebumi tanpa dimandikan atau tidak dihadapkan ke arah kiblat melainkan jika mayat itu dikebumikan tanpa kafan kerana mengaibkan si mati.44

Paksaan Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang Dipaksa

44

Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms :

Qawaid Fiqhiyyah

45

Di antara paksaan yang tidak dibenarkan terhadap orang yang dipaksa melaksanakannya seperti berzina dan membunuh.45

Kaedah Kedua: Kemudharatan Dikira Mengikut Keadaannya46

Kaedah ini sebagai ikatan ( )bagi kaedah sebelumnya ( ) Hukum-hukum feqah yang termasuk di dalam kaedah ini memang banyak, di antaranya:

Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak harus memakan bangkai kecuali sekadar menahan kebulurannya sahaja. Orang yang diminta pandangan mengenai peribadi seseorang terhadap orang yang datang merisik untuk meminang, memadailah dengan membuat sindiran atau komentar yang ringkas seperti mengatakan bahawa orang itu tidak layak atau tidak sesuai dengannya tanpa menyebut sebarang keburukan peribadinya. Doktor yang merawat perempuan yang sah dikahwini (perempuan ajnabiah) yang mengalami kesakitan hanya diharuskan melihat anggota yang sakit yang diperlukannya sahaja. Sebaliknya tidak harus melihat lebih daripada kadar tersebut.

45

Ada juga ulama feqah mendatangkan syarat ( )ertinya : bahawa kurang benda yang ditegah itu daripada orang yang di dalam keadaan dharurat seperti orang yang di dalam dharurat, ia tidak boleh makan mayat jika si mati itu nabi 46 Atau ( ) Al-Asybah Wan-Nazhoir

Qawaid Fiqhiyyah

46

Meletakkan pembalut atau tampalan (jabirah) ke atas anggota yang sakit janganlah melebihi anggota yang tidak sakit kecuali pada kadar yang tidak dapat dielakkan.

Di dalam menghilangkan atau menghindarkan sesuatu kemudhratan, berkemungkinan timbul pula kemudharatan yang lain, maka akan berlakulah perkara yang bertentangan di antara yang menolak atau menghilangkan kemudharatan dengan kemudharatan yang akan timbul. Para fuqaha' telah menetapkan beberapa hukum berdasarkan kaedah ini. Kemudharatan yang hendak dihilangkan atau dihindari itu ada kalanya berbentuk umum dan adakalanya berbentuk khusus. KEMUDHARATAN KHUSUS Kemudharatan Khusus terbahagi kepada beberapa bahagian, adakalanya kemudharatan itu lebih berat, dan adakala lebih ringan, dan adakala bersamaan. Jika kemudharatan itu berbentuk umum, mereka telah menetapkan satu kaedah seperti berikut: 1. Kaedah Pertama: Ditanggung Kemudharatan Khas (Khusus) Untuk Menolak Kemudharatan Am (Umum)47

Mengikut kaedah asal bahawa setiap individu dibenarkan menjalani sesuatu tindakan yang memberi manfaat dan menghindarkan kemudharatan atau kerosakan, melarang seseorang daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi mudharat adalah kemudhratan khas yang tertentu ke atas dirinya. Tetapi jika ia melakukan sesuatu pekerjaan yang akan menimbulkan kemudharatan am terhadap masyarakat atau sesebuah negeri, maka dalam keadaan begini hendaklah ia menerima atau menanggung kemudharatan dirinya ( )dengan tujuan untuk menghindari dirinya daripada kemudharatan umum (47

Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 87

Qawaid Fiqhiyyah

47

.)Sebagai contoh, penjual senjata dilarang menjual peralatan tersebut ketika berlaku perang saudara kerana dengan penjualan itu membawa kepada berlakunya pertumpahan darah dalam masyarakat. Seseorang peniaga dilarang daripada menaikkan harga barangan dengan sesuka hati semasa berlakunya kekurangan bahan-bahan makanan atau ubat-ubatan bahkan hendaklah pihak berkuasa mengawal serta menentukan harganya. Para pedagang dilarang memonopoli (menguasai) barangan utama bahkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan menjual barangan tersebuat secara paksa. Penjual anggur dan sebagainya ditegah menjual kepada pembeli-pembeli yang telah diketahui bahawa mereka akan memproseskan barangan tersebut menjadi minuman keras. Pihak berkuasa berhak melarang mufti yang jahil mengeluarkan fatwa atau mengajari orang ramai melakukan helah di dalam syara'. Kaedah ini adalah antara kaedah yang dianggap penting di dalam hukum-hukum feqah dan kaedah ini dibina mengikut kehendak syara' demi menjaga kebaikan (kemaslahatan) hamba.

() Allah swt mengurniakan hukum syara' kepada hambanya untuk menjaga ugama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda. Maka setiap perkara yang boleh merosakkan perkara tersebut dikira sebagai kemudharatan yang wajib dihilangkan mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat difahami daripada kaedah ini ialah bahawa Islam menjatuhkan hukuman had potong tangan terhadap pencuri, had bagi peminum arak, had penzina, had tuduhan berzina (qhazf) dan had terhadap orang yang murtad.

Qawaid Fiqhiyyah

48

2. Kaedah Kedua : Kemudharatan Yang Lebih Besar (Berat) Dihilangkan Dengan Kemudharatan Yang Lebih Ringan.48

Apabila kemudharatan yang lebih besar (berat) tidak dapat dihilangkan atau dihindari kecuali dengan melakukan atau menanggung kemudharatan yang lebih ringgan, maka melakukan atau menanggung kemudharatan yang lebih ringgan untuk menghindarkan diri daripada kemudharatan yang lebih berat terpaksa dilakukan.

Kaedah Ini Menghasilkan Beberapa Hukum Feqah Antarannya:

Perempuan yang mengandung yang mati tetapi anak yang di dalam perutnya masih hidup, maka pembedahan (operation) perlu dilakukan untuk menyelamatkan bayi tersebut yang masih mempunyai harapan untuk hidup kerana kemudharatan matinya lebih besar.

Perampas tanah yang menanam pokok di atas tanah yang dirampasnya kemudian tanah tersebut telah diambil semula oleh tuannya, sekiranya perampas tersebut mencabut pokok tersebut boleh menyebabkan kemudharatan yang lebih berat, maka tuan tanah boleh mengambil bayaran daripada perampas tersebut. Seekor binatang yang menelan berlian dan tidak dapat dikeluarkan daripada perutnya kecuali dengan menyembelihnya, maka pemilik berlian itu bolehlah menyembelih binatang tersebut dengan membayar harga yang berpatutan kepada tuannya.

3. Kaedah Ketiga : Apabila Berlaku Pertembungan Di Antara Dua Kerosakkan Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih Ringan48

Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 206

Qawaid Fiqhiyyah

49

Maksud kerosakkan atau mufsidah di sini ialah perkara yang ditegah oleh syara', kaedah atau prinsip tersebut termasuk di dalam kaedah ( ) iaitu kemudharatan hendaklah dihilangkan secara keseluruhannya. Beramal dengan kerosakkan tersebut haram tetapi dilakukan juga untuk menghindarkan kemudharatan yang lebih berat (besar). Di antara hukum cawangan yang termasuk di dalam kaedah ini ialah seperti melarang kemungkaran yang boleh membawa kepada persengketaan di antara dua orang yang sedang berkelahi, maka hendaklah didiamkan sementara waktu adalah terlebih utama untuk mengelakkan daripada berlaku persengketaan yang lebih besar sehingga ditunggu peluang yang sesuai untuk melarang mereka daripada berkelahi . Mengikut mazhab Hanafi, orang yang luka pada dahinya diharuskan ia sujud secara isyarat untuk mengelakkan daripada menitis (merebak) darah tersebut ke tempat yang lain seperti anggota badan atau pakaiannya, ini kerana keburukkan meninggalkan sujud lebih ringan daripada mengalir darah.49

4. Kaedah Keempat : Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan

Kaedah ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

)) Ertinya:Tidak ada kemudharatan dan tidak dimudharatkan .

49

Madkhal al-Fiqh al-Islami, Kuliah Syariah Universiti al-Azhar

Qawaid Fiqhiyyah

50

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa kemudharatan hendaklah dihilangkan. Untuk menghilangkan sesuatu kemudharatan hendaklah tidak melibatkan berlakunya bahaya terhadap yang lain, contohnya adalah sebagaimana berikut: 1. Memadamkan kebakaran atau menolong orang yang lemas dan sebagainya kadang-kadang boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang menolong. 2. Orang yang terlalu lapar tidak harus ia memberi makanan yang ada padanya kepada orang yang lain walaupun ia di dalam kelaparan. 3. Orang yang terlalu lapar tidak harus memotong sebahagian daripada badannya untuk dimakan. Kadang-kadang kemudharatan yang baru itu sama berat dengan kemudharatan yang hendak dihilangkan seperti dua orang yang sedang menghadapi penyakit yang sama dan sama-sama memerlukan ubat dan ubat tersebut milik salah seorang daripadanya, maka ubat tersebut tidak boleh diberikan kepada temannya. PERHATIAN: Kata Ibnu as-Subki daripada kaedah "Kemudharatan tidak dihilangkan dengan kemudharatan" maka dikecualikan daripadanya apabila salah satu daripadanya lebih besar kemudharatan50. Menurut Ibnu al-Kattan, mestilah dikaji yang mana satu lebih ringgan atau lebih berat. Berpunca daripada kaedah ini diperundangkan hukaman qisas, hudud, memerangi pemberontak ( ,)perampas/perompak jalanan ( ,) bertindak balas terhadap orang yang menyerang, as-syuf''at51 ,))fasakh yang disebabkan kecacatan pada barang yang dijual, keaiban lelaki atau perempuan di dalam permasalahan nikah kahwin. Hukum syarak membenarkan fasakh nikah ke atas suami yang tidak memberi nafkah, memaksa orang berhutang supaya50 51

Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 96 as-Syuf'at bererti sesuatu benda yang dimiliki oleh dua orang dan benda tersebut tidak boleh dibahagikan seperti kereta dan sebagainya

Qawaid Fiqhiyyah

51

menjelaskan hutangnya, memaksa membayar nafkah yang wajib, harus orang yang kelaparan mengambil makanan orang lain, memotong tanaman orang lain yang menutupi udara rumahnya. Membedahkan perut mayat apabila ia menelan harta atau membedah perut perempuan yang mati apabila ada di dalam kandungannya bayi yang diharapkan masih hidup dan sebagainya.

5. Kaedah Kelima : Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada Menarik Kemaslahatan

Apabila ada pertembungan di antara kerosakan dan kemaslahatan, maka hendaklah diutamakan menolak kerosakan kerana syara' lebih mengambil berat terhadap perkara-perkara tegahan daripada suruhan. SabdaRasulallah SAW:

) ) Maknanya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu perkara hendaklah kamu membuatnya menurut kemampuan kamu, dan apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu perkara maka hendaklah kamu menjauhinya.52

Pengertian Maslahat : Maslahat ialah perkara yang boleh mendatangkan faedah terhadap urusan manusia yang merangkumi perkara yang diwajibkan oleh syara' atau diizinkan olehnya.

Pengertian Menolak Kerosakan :52

Hadis riwayat an-Nasai, bab Wajib Haji

Qawaid Fiqhiyyah

52

Pengertian "Menolak Kerosakan Lebih Diutamakan Daripada Menarik Kemaslahatan" ialah jika dilakukan sesuatu perbuatan yang disuruh atau diizinkan itu oleh syara', sedangkan dalam masa yang sama ia turut melibatkan berlakunya perkara yang dilarang, maka hendaklah ditinggalkan perbuatan suruhan itu. Kata Imam al-Sayuti didalam kitabnya apabila bercanggah di antara menolak kerosakkan dan menarik kemaslahatan maka hendaklah didahulukan atau diutamakan menolak kerosakkan kerana syara' mengambil berat tentang menolak kerosakan daripada mengambil berat dengan perkara yang disuruh.53 Dalil yang menunjukkan kaedah ini ialah hadis Rasulallah SAW :

)) Ertinya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu hendaklah kamu membuat menurut apa yang kamu kuasa dan apabila aku melarang kamu daripada sesuatu hendaklah kamu menjauhinya. Hadis ini mengarahkan kita melaksanakan suruhan dan tuntutan mengikut kemampuan yang ada pada kita. Di samping itu, hadis ini juga menutup pintu kerosakkan samasekali, maka tidak harus melakukan kerosakkan kecuali di dalam keadaan dharurat atau terpaksa, ini memberi erti bahawa perkara-perkara yang wajib itu boleh dipengaruhi oleh mushaqqah iaitu dibenarkan oleh syara' di dalam rukhsah atau keringanan pada masa yang ada mushaqqah. 6. Kaedah Keenam : Hajat Menepati Di Dalam Keadaan Dharurat

Kaedah ataupun prinsip yang memang banyak dipakai di dalam kehidupan seharian samada hajat itu berbentuk umum atau khas, maka hajat umum seperti syariat telah mengharuskan hukum sewa ( ,)upahan ( ,)pertukaran hutang ( ,)dan sebagainya, semua perbahasan tersebut diharuskan dalam Islam.53

Al-Asybah wan Nazhoir

Qawaid Fiqhiyyah

53

Dalam permasalahan sewaan, sememangnya faedah masih belum wujud lagi semasa akad sedang berlansung. Berkenaan dengan permasalahan upahan pula, masih ada perkara yang tidak diketahui ketika akad sedang dilakukan. Dan mengenai permasalahan pertukaran hutang ( )pula, maka kira bicara tersebut telah diharuskan oleh syara' kerana memandangkan bahawa masyarakat memerlukan kepada perkara-perkara tersebut di dalam muamalat mereka. Oleh itu hajat (keperluan) yang umum itu adalah dikirakan dharurah atau dengan lain perkataan "hajat menepati dharurat". Di antara permasalahan yang termasuk di bawah kaedah ini ialah harus melihat kepada perempuan semasa bermuamalat dan lain-lain lagi daripada masalah-masalah yang dihajati atau diperlukan oleh masyarakat. Hajat yang khusus pula ialah seperti penampalan bekas makanan dan minuman dengan perak menurut syarat-syarat yang diharuskan oleh syara', begitu juga harus memakan harta rampasan perang (al-ghanimah) di negeri kafir harbi dan tidak disyaratkan kepada pemakannya bahawa pada waktu tersebut tidak ada benda yang lain lagi baginya.

Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat Maksud dharurat ialah jika tidak dihilangkan boleh membawa kepada bahaya yang besar terhadap orang yang terpaksa atau dalam keadaan dharurat seperti takut mati kelaparan sekiranya ia tidak memakan benda yang diharamkan atau takut kepada ancaman atau ugutan yang merbahaya sekiranya ia tidak melakukan perkara yang tersebut.54 Maksud hajat pula ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan. Ini tidak ada perbezaan di antara hajat umun yang diperlukan oleh sekelian manusia yang tidak tertentu bagi diri perseorangan bahkan diperlu oleh seluruh masyarakat atau hajat yang khusus bagi54

Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Da'imah

Qawaid Fiqhiyyah

54

penduduk sesebuah negeri atau suatu golongan yang tertentu, tetapi sekiranya hajat itu khusus bagi diri perseorangan sahaja maka hajat seperti itu tidak menepati dharurat atau dengan lain perkataan tidak boleh mengambil tempat dharurat.55 Jika kita perhatikan tentang hikmat Allah swt menjadikan segala makhluk yang mana kita dapati tiap-tiap golongan saling memerlukan antara satu sama lain, golongan pemerintah memerlukan rakyat untuk membangunkan negara, rakyat memerlukan pegawai dan kakitangan kerajaan untuk mengawal maslahah mereka, golongan kaya atau berkemampuan memerlukan tenaga buruh dan pekerja-pekerja untuk menjaga segala kegiatan yang mendatangkan maslahah bersama. Golongan buruh pula memerlukan orang yang berkemampuan untuk membiayai sesuatu perusahaannya. Kaum lelaki pula memerlukan kaum wanita untuk menjaga urusan rumah tangga dan sebagainya. Sebaliknya pula kaum wanita pula memerlukan kaum lelaki untuk mengawal dan menguruskan kehidupan mereka. Oleh yang demikian kehidupan manusia dikira saling memerlukan antara satu sama lain.

55

Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Dai'mah

Qawaid Fiqhiyyah

55

Kaedah Kelima : ADAT DIJADIKAN SUMBER YANG DIAKUI

() A. Pegertian Adat : Pegertian "adat" dalam bahasa Arab: ( ) Ertinya : Perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan daripada mereka. Di dalam kitab Tajul Arus ditakrifkan : ( ) Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara yang berulang dan munasabah di sisi tabiat yang sejahtera (sifat semula jadi). Ulama Usul Feqh mentakrifkan dengan : ( ) Ertinya: Perkara yang diulangi tanpa berkaitan dari segi aqal.56 Makna perkara ialah yang merangkumi perkataan dan perbuatan. Makna yang diulangi ialah perkara yang dilakukan berkali-kali. Oleh sebab itu perbuatan yang selalu dibuat dinamakan adat. Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja tidak dinamakan adat. Ulama feqah mentakrifkan dengan:

56

At-Taqrir wat Tahbir, juz 1 ms : 358

Qawaid Fiqhiyyah

56

( ) Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara yang berulang lagi logik atau munasabah di sisi tabiat yang sejahtera (sifat semula jadi).57 Digunakan adat di atas perkara yang berulang-ulang itu dikira sebagai ittifak di antara ulama Usuluddin dan ulama feqah tetapi ada juga sedikit perbezaan, kerana ulama feqah tidak meletakkan syarat yang berkaitan dengan aqal. Maka takrif di sisi ulama Usul Feqh takrif yang lebih khusu berbanding yang ditakrifkan oleh ulama feqah.58 Kalau kita teliti bahawa taktif adat di sisi ulama feqah ialah perkara yang boleh diterima oleh tabiat yang semula jadi. Digunakan lafaz adat di sisi ulama feqah sebagaimana berikut : 1. Di atas perkara yang menjadi adat bagi diri perseorangan seperti adat atau cara-cara tidur seseorang, berpakaian, bercakap dan sebagainya. Adat tersebut dinamakan adat individu atau perseorangan (adat fardhiah). 2. Di atas perkara yang menjadi adat bagi kumpulan (jemaah) yang berasaskan kepada akal fikiran.3. Di atas perkara yang berulang-ulang perkara tersebut

berlaku berpunca daripada sebab tabii seperti cepat baligh bagi mereka yang tinggal di negara yang panas berbanding mereka yang tinggal di negara yang sejuk. Pada zaman moden uruf ini diertikan dalam kumpulan dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang telah muncul di kalangan orang ramai (masyarakat) yang dipusakai oleh generasi kemudian daripada generasi yang dahulu dengan syarat uruf itu ada

57 58

Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 93 daripada syarah al-Mughni oleh al-Humaidi Al-Wajiz Fi Idhohi Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 218

Qawaid Fiqhiyyah

57

mempunyai balasan hukum dari segi undang-undang atau dengan kuatkuasa undang-undang.59 Sebenarnya kaedah adat dan uruf adalah menjadi prinsip yang besar dan panjang sehingga ia boleh dijadikan pokok dan asas di dalam membina hukum feqah begitu juga di dalam undangundang ciptaan manusia.yang kita lihat bahawa banyak hukuman undang-undang ciptaan manusia dikembalikan kepada adat dan uruf.

B. Dalil Kaedah Dalil kaedah ini berdasarkan kepada sabda Rasululah SAW :

() Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di sisi Allah juga dikira baik.60

C. Pembahagian Uruf Dan Adat Uruf dan Adat terbahagi kepada :

Pertama: Terbahagi kepada perkataan dan perbuatan. Di segi perkataan ialah kita boleh faham secara cepat tanpa qarinah atau bukti seperti makanan dari segi bahasa digunakan di atas benda yang dimakan Kedua: Perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti menurut uruf dan adat orang-orang Melayu di mana mas kahwinnya yang dibayar kepada isteri sebelum ia disetubuhi.

59

Al-Maqasid as-Syari'yyah al-Islami wa Makarimaha-Maktabah Wahdah alArabiyyah 60 Berkata al-Hafiz al-Syakhawi di dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah, hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab as-Sunnah daripada hadis Abi Wail daripada Ibnu Mas'ud. Hadis ini adalah dikirakn mauquf. Berkata al-Ajluni bahawa hadis ini mauquf hasan, hadis ini dikeluarkan oleh alBarraz al-Thaya Lisi, Abu Nua'in dan al-Baihaqi.

Qawaid Fiqhiyyah

58

Uruf dan Adat dibahagikan juga kepada Am dan Khas.

Pertama: Am (Yang Umum), ialah tiap-tiap perkara yang menjadi uruf atau dikenali di seluruh negeri bermula semenjak zaman dahulu hingga zaman moden baik yang mengenai perkataan atau perbuatan, contohnya perkataan nazar telah menjadi uruf bagi seluruh orang Islam iaitu perkara yang wajib ditunaikan jika ia bernazar dengan perkara yang harus dan sunat. Kedua: Khas (Yang Khusus), ialah perkara yang menjadi uruf atau terkenal di sesetengah negeri Islam seperti masuk ke dalam rumah orang Islam tanpa membuka kasut seperti negara Mesir berbeza dengan negara Malaysia sebab dianggap sebagai satu penghinaan terhadap tuan rumah.

D. Kedudukan Uruf Dan Adat Dari Segi Hujah Kedudukan uruf dan adat dari segi hujah ialah beramal dengannya di sisi syara, inilah yang dimaksudkan oleh para fuqaha: ( ) iaitu uruf yang diiktibarkan oleh syara. Dan perkataan ( ) bermaksud adat yang diakui. Dengan itu sebahagian ulama memahami bahawa yang dimaksudkan dengan uruf dari sudut hujah ialah bahawa syara menganggapnya sebagai dalil dalam memperundangkan hukum seperti al-Quran dan Hadis. Mereka berpegang kepada hadis:

() Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di sisi Allah juga adalah baik.

E. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha' Uruf dan adat digunakan di dalam feqah dengan pelbagai corak, tiap-tiap satu daripadanya dibinakan sesuatu hukum menurut cara yang khusus kegunaannya seperti berikut:

Qawaid Fiqhiyyah

59

Pertama: Digunakan sebagai dalil bagi hukum atau dalil yang mentakhsiskan sesuatu nas seperti uruf bagi menempah sesuatu benda dan sebagainya. Kedua: Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti atau qhadi di dalam usaha untuk mempraktikkan hukum yang mutlak. Memandangkan syariat itu didapati di dalamnya hukum-hukum yang berbeza mengikut perbezaan adat dan maslahah. Maka kebiasaan syara tidak menentukan sesuatu nas secara khas bagi tiap-tiap golongan manusia bahkan secara menyeluruh (umum). Terpulanglah kepada para mufti dan qhadi seperti menfatwakan mengikut uruf masing-masing. Ketiga: Digunakan uruf untuk menjelaskan perkara yang dikenali ramai tentang buktinya samada memberi keizinan atau tegahan atau kewajipan penyaksian di dalam mahkamah dan lainnya.

Kegunaan Adat Seperti 'Uruf Ulama-ulama telah mentakrifkan Adat sebagai : ( ) Ertinya : Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara yang berulang dan logik di sisi tabiat yang semula jadi. Dan mentakrifkan 'Uruf dengan: ( ) Ertinya: Perkara yang telah diketahui oleh akal dan menjadi sebutan oleh ulama dengan penerimaan. Perkara yang menjadi adat boleh diterima pakai seperti uruf pada beberapa masalah : Di antaranya: masa yang maksimun dan minimum bagi tempoh haid dan umur yang minimum bagi baligh.6161

Al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 276

Qawaid Fiqhiyyah

60

Al-Imam al-Zarkasyi ada menyebut bahawa Imam as-Syafie tidak mengambil kira tentang adat pada dua masalah: 1. Seseorang yang meminta untuk mencatatkan sesuatu dengan seseorang mengikut adatnya diberi upah. Sedangkan masa minta itu dia tidak menyebut sebarang upah maka dia tidak berhak memintanya. Ketiadaan sah jualbeli tanpa ijab dan qabul () sekalipun perkara tersebut telah menjadi adat.622.

Kedua-dua fatwa tersebut menyalahi pendapat al-mukhtar, mengikut pendapat al-mukhtar pada masalah yang pertama memerlukan huraian iaitu seseorang yang meminta untuk menjadi pencatit bagi seseorang walaupun ia tidak menyebut upah sedangkan mengikut adat dengan cara yang ia lakukan itu boleh menerima upah maka ia berhak menuntut upahya tetapi sebaliknya jika tidak menjadi adat maka ia tidak berhak menuntut upahnya. Pada masalah kedua pula ( )mengikut pendapat Imam al-Mutawalli, al-Bhughawi, al-Nawawi dan lain-lain lagi.bahawa jualan secara tersebut adalah sah sekiranya telah menjadi adat dan cara yang di lakukan itu dikirakan sebagai jualan seperi dilakukan jualan tersebut dengan cara perbuatan. Mengikut pendapat Ibnu Suraij dan al-Ruwiyani bahawa jualan tersebut telah di haruskan oleh syarak pada benda-benda yang nilainya rendah sahaja pada uruf.seperti sebiji roti dan sebagainya.

Khilaf Ulama Dalam Menetapkan Adat : Mengikut pengarang kitab al-Mawahibussaniah ala alfaraidi al-bahiyyah: boleh dihukumkan sebagai adat walaupun sekali berlaku sahaja seperti hamba yang mencuri harta, perempuan yang istihadhah dan lain-lain lagi.62

Mengikut nas yang difatwakan oleh Imam as-Syafie RA (al-Mansus) al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 277

Qawaid Fiqhiyyah

61

Ada juga untuk menentapkan adat itu sekurang-kurangnya dengan berulang-ulang dua atau tiga kali, sebagai contoh, untuk mengenal pasti keturunan seseorang ( ) ketika tidak diketahui siapakah keluarganya dan seperti binatang yang dilatih untuk berburu tidak boleh diambil kira binatang tersebut telah menerima ajaran jikalau dengan sekali percubaan sahaja.63 Imam al-Ghazali telah menentapkan adat itu sekurangkurangnya berlaku tiga kali pada masalah binatang pemburuan tersebut, tetapi kebanyakan ulama menghukumkan dhaif pendapat tersebut berpandukan firman Allah Taala :

( ) Erinya: Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik (elok) dan daging binatang yang diburu oleh binatang perburuan. Mengikut pendapat yang muktamad hendak dikirakan binatang perburuan itu telah menerima ajaran atau tidak hendaklah dicuba dengan berulang-ulang kali sehingga timbul pada sangkaan (zhann) kita bahawa binatang itu telah menerima ajaran.

Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini ialah : Yang Terkenal Dari Sudut 'Uruf Seperti Yang Terkenal Dari Sudut Syarat

() Yang dimaksudkan dengan "syarat" adalah perkara yang lebih umum daripada perkataan yang menunjukkan keizinan bagi perkataa-perkataan akad atau keterangan yang menyatakan jenis yang dikehendaki atau menyatakan kadar yang dikehendaki di dalam maksud sesuatu akad.

63

al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 283

Qawaid Fiqhiyyah

62

Sebagai contoh 'uruf atau adat yang diizinkan oleh syara adalah sesiapa yang melihat kebakaran yang berlaku di dalam rumah seseorang atau melihat seekor lembu yang ditimpa kemalangan, maka dengan ini bermakna syara telah mengizinkan untuk masuk ke dalam rumah tersebut bertujuan untuk memadamkam kebakaran walaupun dengan tidak meminta izin daripada tuannya. Begitu juga dengan menyembelih lembu tersebut. Oleh yang demikian ia tidak wajip menggantikannya.

Contoh yang lain pula tentang masalah menyampaikan kiriman kepada seseorang yang tertentu, maka di sisi uruf dan adat jika seseorang itu tidak ada di rumah, maka memadailah dengan disampaikan kepada isteri dan anak mereka.

Contoh yang menunjukkan larangan ialah tanda papan yang diletakkan di tepi jalan. Ini menunjukkan tidak harus memasukki jalan tersebut.

Contoh yang menunjukkan jenis-jenisnya selepas ditentukan seperti menyewa rumah yang tidak disebutkan keterangan secara teperinci maka memberi sewa merupakan satu penjelasan untuk didiami rumah tersebut dengan bebas tidak kira berapa ramai jumlah ahli keluarganya dan memberi penjelasan untuk menjalankan apa-apa projek yang dikehendaki oleh penyewanya .

Keempat : Digunakan pada pemangkin uruf di sudut bahasa . Tiap-tiap orang yang bercakap ditangguhkan percakapannya di atas uruf secara umum sama ada percakapan syara atau yang semata-mata keluar daripada manusia seperti perkataan solat dari sudut bahasa ialah doa dan dari segi syara pula ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Qawaid Fiqhiyyah

63

Kesimpulan yang dapat diambil daripada segala hukum yang mengandungi segala kewajipan dan sebagainya hendaklah dilakukan mengikut kehendak urufnya.

Kelima : Digunakan uruf pada perkara yang biasanya berlaku dan diketahui secara umum. Untuk menguatkan (mentarjihkan) sesetengah mazhab di dalam feqah dengan syarat setiap mazhab yang hendak ditarjihkan itu adalah yang mempunyai dalil yang boleh diterima sebagai contoh, ialah ditarjihkan mazhab Hambali yang menyatakan pemegang gadai harus mengambil faedah daripada perkara yang digadinya tanpa keizinan daripada pihak yang menggadainya seperti binatang yang boleh diperahkan susunya atau dutunggani sebagai kenderaan dengan syarat pemegang gadai telah mengeluarkn belanja untuk menjaganya (membelanya), dan ia boleh mengmbil fedah sekadar perbelanjaan yang telah dikeluarkan sahaja kerana uruf masyarakat telah melakukan perkara yang sedemikian. Fatwa ini becanggah dengan pendapat jumhur ulama kerana mengikut pendapat mereka, pemegang gadai tidak dibenarkan mengambil apa-apa faedah terhadap benda yang digadai. Tiap-tiap pendapat mazhab itu masing-masing mempunyai dalil yang boleh diterima pakai. Dan harus mengambil faedah terhadap benda-benda yang digadai itu dengan syarat mendapat keizinan pemberi gadai (tuan asalnya) kerana uruf masyarakat telah lazim melakukannya. Dan setengah daripada pendapat mazhab bahawa mereka tidak membenarkan mengambil apa-apa faedah walaupun sedikit sahaja.

Keenam : Digunakan pada adat yang mendatangkan kesan terhadap hukum syara kerana keadaan sekitar masyarakat telah menerima pakai perubahan yang memerlukan kaedah jangka lebih ( .)Inilah yang dinamakan kerosakkan zaman sebagai contoh keadilan saksi-saksi yang boleh

Qawaid Fiqhiyyah

64

diterima pakai. Tidak dapat dibuktikan pada zaman sekarang kecuali dengan ( )iaitu pembersihan atau sokongan orang lain yang mengatakan si polan (individu) itu adalah seorang yang baik . Sebab pada zaman ini telah berlaku pendustaan secara meluas dan iman manusia telah rapuh sedangkan pada zaman silam memadai dengan semata-mata seseorang individu itu beragama Islam sahaja

F. Syarat-Syarat Yang Diiktibar Oleh 'Uruf Dan Adat : Sebagai yang telah maklum bahawa uruf dan adat digunakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan tiap-tiap satunya ada caranya yang tersendiri untuk membezakan hukum di antara kedua-duanya, tetapi pemangkin itu disyaratkan pula dengan pelbagai syarat. Di antaranya ada syarat yang berbentuk umum dan ada syarat yang berbentuk khusus dalam setengah pemangkin. Pendeknya syarat-syaratnya itu dapatlah diringkaskan seperti berikut : Syarat Pertama : Bahawa tiap-tiap uruf dan adat itu mestilah digunakan secara menyeluruh (umum) atau ghalibnya. Iaitu digunakan oleh kebanyakan. Makna menyeluruh ialah uruf itu digunakan di merata-rata tempat ,iaitu tidak timbul perselisihan antara ahli uruf samada yang umum dan yang khusus . Dan makna ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh kebanyakan masyarakat. Ini kerana uruf itu menjadi tetap dan dipersetujui setelah digunakan oleh semua lapisan. Oleh yang demikian para fuqaha mengatakan :

( ) Maksudnya : Yang muktabar itu ialah yang ghalib dan yang diakui di merata. Ini adalah syarat yang umum dalam segala kegunaan uruf dan adat. Syarat Kedua : Hendaklah uruf itu umum dalam semua negeri Islam dan inilah 'uruf yang dijadikan sebagai dalil bagi hukum pada

Qawaid Fiqhiyyah

65

sudut zahirnya dan menunjukkan kepada dalil yang sebenarnya seperti kedudukan ijma (sepakat ulama) dan al-Masalihul Mursalah merupakan uruf yang mengharuskan iaitu manfaat membuat sesuatu benda dan mengharuskan wakaf benda-benda yang boleh dipindahkan.64 Sebagaimana yang maklum ijma itu tidak mungkin berlaku kecuali dengan persetujuan seluruh ahli ijtihad di dalam semua negeri. Begitu juga dengan al-Masalihul Mursalah tidak diakui melainkan dengan maslahah yang dikira umum atau maslahah yang berbentuk kuliyyah yang mempunyai sebab yang tetap dan nyata terhadap maslahah yang umum . Syarat Ketiga : Hendaklah uruf dan adat itu tidak ditentang dan berlawanan dengan sesuatu hukum yang mempunyai dalil syara. Sekiranya wujud percanggahan dengan dalil tersebut , maka terbatallah uruf tersebut seperti uruf bahawa ramai orang yang meminum arak, berjudi, makan riba di merata- rata tempat, orang perempuan mendedahkan aurat dan sebagainya . Dalil bagi syarat ini telah sah daripada syara yang mengetahui tentang maslahah-maslahah manusia untuk mentadbirkan urusan mereka. Maka ini dikirakan benar dan telah menjadikan pegangan di kalangan orang ramai. Sebagaimana yang telahpun maklum bahawa uruf itu dikira tidak maksum. 'Uruf yang tidak bertentangan dengan dalil syara sahaja yang dapat diterima pakai atau muktabar . Sebagai contohnya uruf orang ramai di dalam adat di dalam perniagaan, peraturan, kehakiman , undang-undang kemasyarakat yang diperlukan oleh masyarakat . Syarat ini adalah berbentuk umum di dalam kegunaan uruf jikalau seseorag itu berkata ;Aku wasiatkan harta bendaku kepada kerabatku . Mengikut uruf kerabat itu adalah secara umum yang me