persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda...

22
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM FAIZAH BINTI ABD RAZAK Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2011

Upload: phunganh

Post on 30-Jun-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA

GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

FAIZAH BINTI ABD RAZAK

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2011

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

ii

“ Saya akui kajian bertajuk “Persepsi Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru

Pendidikan Islam” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _____________________________

Nama Penulis : FAIZAH BINTI ABD RAZAK

Tarikh : ______________________________

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

iii

DEDIKASI

Ku tujukan ucpaan ringkas yang penuh bermakna ini khas buat….

Teristimewa….Untuk abah dan umi yang paling ku sayangi… Abd Razak bin Ahmad dan Norlida Bte Mohd Arshad

Terima Kasih atas curahan kasih sayangmu yang tidak pernah kenal erti jemu.. Doa, nasihat dan restumu mengiringi perjalanan hidup ku..

Ya Allah berilah ku kesempatan yang secukupnya untuk ku

membahagiakan mereka selagi hayat ada… Berilahku peluang untuk ku menghargai masa yang seketika ini..

Jadikanlah aku anak yang baik, dan moga tergolong di kalangan anak-anak yang solehah…

Tidak lupa juga buat akak dan adik-adikku… Fadhilah, Mohd Shukri, Farhana, dan Mohd Ihsan. Terima kasih atas dorongan dan sokongan selama ini.

Dan buat insan yang tercinta arwah Mohd Arif yang telah pergi sebelum sempat melihat aku bergaya dengan topi graduan di kepala...

Akak sentiasa merinduimu…..

Buat yang sentiasa diingati Atok dan wan yang sentiasa memberikan ku semangat di kala kesedihan dan kerisauan..

Terima Kasih juga buat…

Penyelia yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan daripada mula sehinggalah ku bergelar graduasi..iaitu..PM DR Hussin Bin Salamon..

Terima kasih ustaz..Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan akan tersemat di dalam hati..

Di akhir sekali…ucapan ini ditujukan khas buat…

Sahabat dan teman-teman ku seperjuangan… Sahabat…terima kasih kerana mendengar segala luahan hati dan kerisauan yang melanda

sepanjang menyiapkan tesis ini,

4 tahun sudah berlalu, manis, pahit kita tempuhi bersama Terlalu banyak suka, duka, dan lara kita lalui bersama…

Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini Sebagai memori indah kamus hidupku…moga kita bersua lagi suatu hari nanti…

Insyallah…Aminn..

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

iv

PENGHARGAAN

لرحيم۱لرحمن۱بسم هللا

Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T

kerana dengan Taufik dan Hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan

terima kasih khas buat PM Dr Hussin Bin Salamon selaku Penyelia Projek Sarjana

Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan

sepanjang menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun

Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga

yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-

sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga

usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi

manfaat kepada semua.Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang

dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat

keberkatan dan rahmat dari-Nya, Insya-Allah. Amin.

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun 4 SPI

terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Seramai 60 orang telah

dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara

kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 41 item yang

dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang

responden. Bahagian B, C dan D pula adalah berkaitan dengan tiga persoalan kajian

iaitu untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman ilmu faraid, mengenal

pasti faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan, dan mengenal pasti persepsi pelajar 4 spi

terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Analisis secara

deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk versi

15.00 telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan ,peratusan dan min. Nilai

alpha kebolehpercayaan bagi kajian rintis ialah 0.855. Secara keseluruhan pelajar

memberikan persepsi positif terhadap setiap persoalan di atas. Hasil daripada kajian

menunjukkan aspek perlaksanaan Faraid merupakan pengetahuan dan kefahaman

yang tinggi di kalangan pelajar 4 SPI dengan min iaitu 4.48. Manakala faktor utama

yang dikenalpasti oleh penyelidik mengapa ilmu Faraid ditinggalkan adalah dari

faktor sikap masyarakat yang mengambil ringan terhadap ilmu Faraid dengan min

yang tinggi iaitu 4.25. Dan seterusnya keperluan utama ilmu Faraid bagi seseorang

guru pendidikan Islam adalah terhadap masyarakat berbanding kepada diri sendiri,

dan kepada sekolah. Ini berdasarkan jumlah min yang tinggi iaitu 4.54. Di akhir

kajian, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang

terlibat.

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

vi

ABSTRACT

This study aimed to identify the perception of 4 SPI students towards the need to have

the knowledge about faraid to Islamic religion teachers. Sixty students were selected

to be the respondents in this research. This study employed the quantitative research

methodology in which a set of questionnaire which consists of 41 items that were

divided into 4 different sections was used as the research instrument. Section A,

which is the first section, is related to the background information of the respondents.

Whereas Section B, C, and D are related to the 3 research objectives if this study,

which are ; i) to identify the knowledge and understanding level of the respondents

towards knowledge related to Faraid ; ii) to identify the reasons for leaving behind the

knowledge related to Faraid ; and iii) to identify the 4 spi students’ perception toward

the need to learn the knowledge about Faraid to Islamic religion teachers. Descriptive

analyses were done using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version

15.00 in order to determine the frequency, the percentage and the mean. The

trustworthiness alpha value for this research is 0.855. Overall, the students showed

positive perceptions towards all of the research objectives. Findings from this study

suggest that the implementation of Faraid is the Faraid knowledge that is greatly

known and understood by the 4 SPI students with the mean of 4.48. The results from

this study also suggest that the main factor for leaving behind the knowledge related

to Faraid is the people’s attitude towards the Faraid knowledge. This is shown through

a relatively high mean which is 4.25. The findings also suggest that the need for

Islamic religion teachers to have knowledge related to Faraid is for the society and

school rather that the teachers themselves. By the end of the study, the researcher also

proposed a few suggestions to related parties.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Kajian 8

1.9 Rumusan 9

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Ilmu Waris (Faraid) 11

2.2.1 Dasar-dasar ilmu Faraid 11

2.2.2 Rukun Waris 12

2.2.3 Syarat Mewarisi Harta 14

2.2.4 Sebab Penghalangg Waris 14

2.3 Ashabul Furudh 17

2.3.1 Golongan Setengah (1/2) 17

2.3.2 Golongan Seperempat (1/4) 20

2.3.3 Golongan Seperlapan (1/8) 21

2.3.4 Golongan Sepertiga (1/3) 21

2.2.5 Golongan Seperenam (1/6) 22

2.4 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 27

2.4.1 Kurang Diajarkan di Sekolah 27

2.4.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 29

Pihak Berwajib

2.4.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil Ringan 31

Terhadap Ilmu Faraid

2.5 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan Islam 32

Terhadap :

2.5.1 Diri Sendiri 32

2.5.2 Masyarakat 34

2.5.3 Sekolah 35

2.6 Akibat Mengabaikan Ilmu Faraid 36

2.7 Kajian Lepas 38

2.8 Kesimpulan 40

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.2.1 Kajian Perpustakaan 42

3.2.2 Kajian Lapangan 43

3.2.2.1 Tempat Kajian 43

3.2.2.2 Populasi dan Persempelan 43

3.2.2.3 Instrumen Kajian 44

3.2.2.4 Kajian Rintis 46

3.2.2.5 Prosedur Kajian Sebenar 47

3.2.2.6 Analisis Data 48

3.2.2.7 Jangkamasa Kajian 49

3.3 Kesimpulan 49

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data 51

4.2.1 Bahagian A (Latar belakang Masalah) 51

4.2.1.1 Jantina ̀ 51

4.2.1.2 Umur 52

4.2.1.3 Kelayakan 52

4.2.1.4 CGPA 52

4.2.1.5 Negeri 53

4.2.2 Bahagian B ( Pengetahuan dan Kefahaman 54

Ilmu Faraid )

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

x

4.2.2.1 Secara Umum 54

4.2.2.2 Konsep dan Makna 57

4.2.2.3 Perlaksanaan 60

4.2.3 Bahagian C (Faktor-faktor Ilmu Faraid 63

Ditinggalkan )

4.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 64

4.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 67

Pihak Berwajib

4.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 68

Ringan Terhadap Ilmu Faraid

4.2.4 Bahagian D (Keperluan Ilmu Faraid Kepada 71

Guru Pendidikan Islam

4.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 72

4.2.4.2 Kepada Masyarakat 73

4.2.4.3 Kepada Sekolah 75

4.3 Analisis Keseluruhan 76

4.3.1 Tahap Pengetahuan dan Kefahaman Ilmu Faraid 76

4.3.2 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 77

4.3.3 Persepsi Keperluan Kepada Guru Pendidikan Islam 78

4.4 Kesimpulan 78

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Latar belakang Responden 80

5.2.2 Pengetahuan dan Kefahman Pelajar 4 SPI 81

Terhadap Ilmu Faraid

5.2.2.1 Secara Umum 81

5.2.2.2 Konsep dan Makna 82

5.2.2.3 Perlaksanaan 84

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xi

5.2.3 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 85

5.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 85

5.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 86

Pihak Berwajib

5.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 87

Ringan Terhadap Ilmu Faraid

5.2.4 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan 88

Islam

5.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 88

5.2.4.2 Kepada Masyarakat 89

5.2.4.3 Kepada Sekolah 90

5.3 Rumusan 91

5.4 Cadangan 92

5.4.1 Pelajar 92

5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia 92

5.4.3 JAKIM 93

5.4.4 Media Massa 93

5.5 Kajian Lanjutan 93

5.6 Kesimpulan 94

BIBLIOGRAFI 96

LAMPIRAN

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1 Bahagian Ahli Furudh

25

3.1 Klasifikasi Item Mengikut Soalan

45

3.2 Skala Likert

46

3.3 Tahap Skor Min

48

4.1 Analisis Data Mengikut Bahagian Dalam Soal

Selidik

51

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina

51

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur

52

4.4 Taburan Kelayakan Responden

52

4.5 Taburan CGPA

53

4.6 Taburan Negeri Bagi Responden

53

4.7 Taburan Skor Bagi Item Satu

54

4.8 Taburan Skor Bagi Item Dua

55

4.9 Taburan Skor Bagi Item Tiga

55

4.10 Taburan Skor Bagi Item Empat

56

4.11 Taburan Skor Bagi Item Lima

56

4.12 Taburan Skor Bagi Item Enam

57

4.13 Taburan Skor Bagi Item Tujuh

57

4.14 Taburan Skor Bagi Item Lapan

58

4.15 Taburan Skor Bagi Item Sembilan

58

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh

59

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xiii

4.17 Taburan Skor Bagi Item Sebelas

59

4.18 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas

60

4.19 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas

60

4.20 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas

61

4.21 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas

61

4.22 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas

62

4.23 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas

62

4.24 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas

62

4.25 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas

64

4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh

64

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu

65

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua

65

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga

66

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat

66

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 67

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam

67

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh

68

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan

68

4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan

69

4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh

70

4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu

70

4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua

71

4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga

72

4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat

72

4.41 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lima

73

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xiv

4.42 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Enam

73

4.43 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tujuh

74

4.44 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lapan

74

4.45 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Sembilan

75

4.46 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh

75

4.47 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh Satu

76

4.48 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian

yang pertama

76

4.49 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian

yang kedua

77

4.50 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian

yang ketiga

78

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xv

SENARAI SINGKATAN

FP - Fakulti Pendidikan

FTI - Fakulti Tamadun Islam

S - Setuju

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS - Statistical Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UM - Universiti Malaya

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SWT - Subhanahu Wa Taala

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Ilmu Faraid adalah satu ilmu yang telah disyariatkan oleh Islam sejak zaman

Rasulullah SAW. Ilmu ini juga merupakan ilmu yang banyak dan ilmu yang utama akan

dicabut dari umat Islam. Rasulullah bersabda bahawa :

“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ilmu itu kepada manusia kerana

ilmu ini adalah separuh daripada ilmu syariat dan ilmu ini yang akan

pertama kali dilupakan dan paling awal sekali dicabut dari umatku”

( Hadis Shahih riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Huraira)

Sumber ilmu ini adalah berasal daripada al-Quran, Hadis dan Ijmak. Dan diantara

dalilnya dari surah an-Nisa ayat 7 :

.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

2

Maksudnya : Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu

bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka

dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari

harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan

ditentukan oleh Allah).

Ilmu Faraid juga disebut sebagai ilmu mawaris yang bermaksud kaedah-kaedah

pembahagian harta menurut hukum Fiqh yang dipakai untuk mengetahui bahagian-

bahagian yang menjadi hak setiap ahli waris didalam harta warisan. Ilmu Faraid

merupakan ilmu yang sangat penting dalam Islam. Rasulullah meletakkan ilmu ini

ditempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Sabda baginda

daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr’ yang bermaksud : Ilmu itu ada tiga, selainya

adalah kelebihan. Iaitu ayat Muhkamah, sunnah yang sahih diriwayatkan daripada

Rasullulah SAW dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil.

Oleh itu, Islam sangat mengambil berat supaya setiap orang Islam berusaha

mempelajari ilmu Faraid dan mengajarkannya kepada orang lain kerana ilmu faraid

adalah ilmu yang pertama diangkat. Hadith riwayat al-Hakim, “Pelajarilah ilmu Faraid

dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian dari

ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut dari

umatku. Kerana ilmu demikian ilmu Faraid adalah ilmu yang perlu ada pada setiap diri

individu.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini sering kita lihat bahawa masalah pembahagian harta pusaka semakin

meruncingkan. Ini adalah kerana sikap tamak dan ketidakadilan sebahagian pihak dalam

menyelesaikan masalah dalam pembahagian harta. Lazimnya masalah ini dipengaruhi

oleh sikap negatif masyarakat itu sendiri yang tidak mempedulikan nilai-nilai

kemanusiaan sebagaimana yang telah digariskan dalam hukum syarak. Sekiranya

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

3

meninggalnya seseorang hamba Allah, segala harta yang ditinggalkan akan dibahagi

kepada waris-waris yang layak. Dari situlah segelintir manusia bergaduh sesama sendiri

untuk menuntut lebih dari hak masing-masing

Sebelum bermulanya proses pembahagian harta pusaka, terlebih dahulu

diselesaikan beberapa hak yang wajib dilaksanakan seperti zakat, hutang, belanja

pengurusan mayat dan wasiat. Selepas sudah melaksanakan hak tersebut, barulah harta

peninggalan si mati boleh dibahagikan kepada waris yang layak. Bermulanya

pembahagian harta pusaka maka berlakunya pelbagai masalah yang tidak diingini.

Masalah pembahagian harta boleh membuatkan sesuatu hubungan kekeluargaan dan

hubungan persaudaraan akan terputus dan terpisah. Mereka tidak mempedulikan akibat

dan kesannya malah hanya mementingkan dan memuaskan kehendak dan keperluan diri

masing-masing.

Terdapat juga isu yang berkaitan dalam perebutan harta pusaka seperti yang

berlaku di Pasir Puteh Kelantan dimana berlakunya konflik keluarga menyebabkan

seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya

menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot

tanah miliknya di Kampung Selinsing. ( Berita Harian Online, 9 Ogos 2010)

Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta

pusaka, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa

ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah

telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu Faraid. Ia telah diatur

begitu rapi dan sistematik sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima

harta warisan dan bilangan kadarnya. Masyarakat seharusnya mempelajari dan

mengambil berat agar tidak timbulnya fitnah harta dan membahagikan harta pusaka

dengan cara yang baik. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 180 :

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

4

Maksudnya :

Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada

meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan

kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai

suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

Sumber utama sekiranya masalah ini terjadi, kebiasaannya masyarakat akan

merujuk kepada ustaz-ustaz atau ahli jawatankuasa kampung yang berada di kawasan

masing-masing. Tetapi tidak semua penyelesaian yang diberikan adalah tepat, malahan

masalah tersebut seterusnya akan diajukan ke pejabat agama. Dari sini kita lihat, bukan

senang hendak menyelesaikan masalah pusaka kerana tidak ramai yang arif dalam

bahagian ini. Dengan itu sukar untuk mencari orang yang betul-betul mahir dalam ilmu

Faraid.

Menurut Md Ghazali Ibrahim (2009) orang yang betul-betul mahir di dalam

bidang ilmu Faraid kebanyakkan telah tiada, kebanyakkan telah meninggal dunia.

Rasullulah pernah bersabda bahawa ilmu Faraid adalah sebahagian dari ilmu yang

banyak, ilmu yang dilupakan dan juga ilmu yang akan mula-mula dicabut dari kita.

Ilmu yang banyak bermaksud ilmu yang terdapat padanya ilmu-ilmu lain.

Contohnya di dalam mempelajari ilmu Faraid, mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu

nasab dan ilmu matematik. Ini kerana di dalam menyelesaikan masalah di dalam faraid,

kedua-dua ilmu ini sangat diperlukan. Di dalam ilmu nasab, perlu mengetahui ilmu yang

berkaitan dengan nikah, cerai, dan talak. Pernikahan akan menentukan nasab samada baik

atau tidak. Pernikahan yang sah akan menetukan waris samada layak atau tidak menerima

harta pusaka. Manakala di dalam ilmu matematik pula, ilmu yang menyelesaikan asal

masalah melalui kira-kira.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

5

Oleh itu peranan masyarakat terutamanya dikhususkan kepada golongan yang

menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat diantaranya adalah para pendidik. Golongan

ini haruslah bekerja lebih keras dalam bidang ini kerana masyarakat pasti akan mencari

dan memilih para ilmuan untuk dijadikan tempat rujukan mereka yang pertama.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada masa sekarang, sebahagian masyarakat Islam sekarang hanya mementingkan

keperluan dan kepentingan hak masing-masing tanpa memikirkan masyarakat

disekelilingnya. Terutamanya dalam pembahagian harta pusaka. Ini kerana kurang

kefahaman dan penjelasan yang mendalam tentang ilmu Faraid. Dengan itu muncul

pelbagai masalah seperti pergaduhan, perselisihan serta mewujudkan permusuhan antara

satu sama lain.

Melalui perbincangan di atas jelaslah bahawa masalah ini adalah masalah penting

yang perlu dikaji. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap

pengetahuan dan kefahaman, faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan dan persepsi

dikalangan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Islam) terhadap

keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Ini adalah kerana pelajar tahun 4

yang bakal menamatkan pelajaranya dan juga bakal pelapis ilmuan dan para pendidik

yang menjadi rujukan masyarakat di masa sekarang.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu

Faraid

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta pendidikan (pengajian islam) terhadap keperluan ilmu faraid kepada guru

6

1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor mengapa ilmu Faraid ditinggalkan

1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar 4SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru

pendidikan Islam

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu Faraid?

1.5.2 Apakah faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar 4 SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru

pendidikan Islam?