penerapan kemahiran generik pelajar sarjana muda …€¦pelajar pendidikan teknikal dan...
TRANSCRIPT
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (PTK) TAHUN EMPAT DI UTM SEMASA
LATIHAN INDUSTRI
NORSHAHIMA BINTI MOHAMAD SHAHI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (PTK) TAHUN EMPAT DI UTM SEMASA
LATIHAN INDUSTRI
NORSHAHIMA BINTI MOHAMAD SHAHI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
vi
Dedikasi
Buat keluarga yang tersayang: Mak, Ayah, Akak, dan Adikku
“...Jasa dan Pengorbanan Kalian adalah
Pencetus Semangat dan Pendorong Kejayaan ini...”
Terima kasih..
.
vii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia tesis saya, Dr. Hajah Norani Binti Hj. Mohd Noor di atas segala bimbingan,
tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menyempurnakan penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga
kerana memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang kajian ini
dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan
seperjuangan khususnya pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera) sesi 2007/2008 di atas bantuan, idea dan dorongan yang telah
diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini yang
mana ia adalah untuk memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang serba
kekurangan itu datang daripada kelemahan kita sendiri.
viii
ABSTRAK
Kemahiran generik adalah penting untuk menyiapkan diri pelajar ke dunia
pekerjaan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penerapan kemahiran generik bagi
pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) semasa Latihan Industri.
Kemahiran generik yang dikaji adalah berdasarkan tujuh Atribut Graduan UTM iaitu
kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan proaktif serta etika dan integriti.
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 69 orang pelajar Perdana (PTK)
dalam jurusan Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik dan
Mekanikal) tahun empat di UTM dipilih sebagai sampel. Kajian rintis dijalankan kepada
10 orang pelajar dan nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.9. Data-data telah
dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Sosial
Science, Version 13.0 for Windows) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.
Hasil kajian menunjukkan majoriti responden menyedari bahawa kemahiran generik
seperti kemahiran kerja berpasukan adalah penting bagi mereka serta telah
menerapkannya melalui kaedah-kaedah seperti menyelesaikan masalah berdasarkan
kesilapan terdahulu dan berbincang dalam menyelesaikan masalah. Kajian ini
mencadangkan supaya pelajar PTK menimba pengalaman tanpa melihat kepada ganjaran
dan mencari penempatan Latihan Industri yang dapat memberikan mereka pengalaman
bekerja yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pelajar mereka di masa hadapan.
ix
ABSTRACT
Generic skills are very important to prepare students into working world. This
research is carried out to investigate about how PTK’s students practicing the generic
skills during Industrial Training. This study had based on the seven UTM's Graduate
Attributes, which are communication skills, critical thinking and problem solving skills,
team-working skills, information management and lifelong learning skills,
entrepreneurship skills, leadership skills and proactiveness and ethics and integrity.
Questionnaire had used as the research instrument. About 69 UTM PTK’s students from
year, four in Bachelor of Technology and Education (Civil, Electrical and Mechanical
Engineering) was selected as the sample. Pioneer research was accomplished to 10
students and the value of alpha cronbach is 0.9. Then the collected data were
descriptively analyzed using SPSS (Statistical Package for Sosial Science, Version 13.0
for Windows) to obtain the frequency, percentage and mean values. The finding indicate
that majority of the students realize that all the generic skills such as team working skills
and ethics and integrity are very important for them and they have tried to adapt generic
skills into Industrial Training. PTK’s students adapt the generic skill by involve in
activity such as disscus and solving problem based on previous mistake. This study
suggest for PTK’s students to get experience without looking at salary. Beside that, they
also must defined place of Industrial Training that can give them a lot of working
experience and can be shared with student in future.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
PENGESAHAN PEMBIMBING iii
JUDUL iv
PENGAKUAN PENYELIDIK v
DEDIKASI vi
PENGHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
ISI KANDUNGAN xiv
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) 8
xi
1.6.2 Guru-guru 8
1.6.3 Industri 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi 10
1.8.1 Kemahiran Generik 10
1.8.2 Pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan 10
1.8.3 Latihan Industri 11
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Guru 12
2.3 Model Kemahiran Generik 14
2.4 Kepentingan Kemahiran Generik 16
2.5 Kajian Dalam Negara 17
2.6 Kajian Luar Negara 17
2.7 Komunikasi 19
2.8 Pemikiran 20
2.8.1 Pemikiran Kritis 21
2.8.2 Pemikiran kreatif 22
2.8.3 Menyelesaikan Masalah 22
2.9 Kerja Berpasukan 23
2.9.1 Matlamat Kerja Pasukan 24
2.10 Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat 27
2.11 Kemahiran keusahawanan 28
2.12 Kepimpinan Dan Proaktif 29
2.13 Etika dan Integriti 30
2.13.1 Tonggak Dua Belas 32
2.14 Atribut Graduan UTM 35
2.15 Penutup 39
xii
3 METODOLOGI KAJIAN 40
3.1 Pengenalan 40
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Sampel Dan Tempat Kajian 41
3.4 Instrumen Kajian 42
3.5 Kajian Rintis 46
3.6 Prosedur Kajian 47
3.7 Analisis Data 49
4 ANALISIS DATA 52
4.1 Pengenalan 52
4.2 Bahagian A : Analisa Maklumat Diri Responden 53
4.3 Analisis Bahagian B 55
4.3.1 Bahagian B (I): Kepentingan Kemahiran 57
Generik Bagi Pelajar PTK Semasa Latihan Industri
4.3.1.1 Kemahiran Berkomunikasi 57
4.3.1.2 Pemikiran Kritis dan Kemahiran 59
Menyelesaikan Masalah
4.3.1.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 61
4.3.1.4 Pembelajaran Berterusan Dan 63
Pengurusan Maklumat
4.3.1.5 Kemahiran Keusahawanan 65
4.3.1.6 Kemahiran Kepimpinan dan Bersikap Proaktif 67
4.3.1.7 Etika dan Integriti 69
4.3.2 Bahagian B (II): Elemen Dan Kriteria Kemahiran 71
Generik Yang Diterapkan Oleh Pelajar PTK
Semasa Latihan Industri
4.3.2.1 Kemahiran Komunikasi 71
4.3.2.2 Pemikiran Kritis Dan Kemahiran 73
Menyelesaikan Masalah
4.3.2.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 75
xiii
4.3.2.4 Pembelajaran Berterusan Dan 77
Pengurusan Maklumat
4.3.2.5 Kemahiran Keusahawanan 79
4.3.2.6 Kemahiran Kepimpinan Dan Proaktif 81
4.3.2.7 Etika Dan Integriti 83
4.3.3 Bahagian B (III): Kaedah yang digunakan untuk 85
menerapkan kemahiran generik semasa Latihan Industri
5 RUMUSAN, KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 87
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan 88
5.3 Kesimpulan 89
5.4 Perbincangan 90
5.4.1 Persoalan Kajian Satu 90
5.4.2 Persoalan Kajian Dua 94
5.4.3 Persoalan Kajian Tiga 98
5.5 Cadangan 99
5.5.1 Cadangan Kajian Akan Datang 100
RUJUKAN 101
LAMPIRAN 106-116
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Senarai kursus dan bilangan pelajar yang dijadikan sampel 42
3.2 Skala Likert Lima Mata untuk bahagian I dan III 45
3.3 Skala Likert Lima Mata untuk bahagian II 45
3.4 Nilai Alpha Cronbach bagisetiap persoalan kajian 46
3.5 Nilai Alpha Cronbach . 47
3.6 Skala bagi Min 49
3.7 Penilaian Peratusan terhadap fakta 50
3.8 Maklumat berkaitan pengurusan data dan objektif analisis mengikut 51
persoalan kajian
4.1 Demografi responden mengikut jantina 53
4.2 Demografi responden mengikut bangsa 54
4.3 Demografi responden mengikut umur 54
4.4 Demografi responden mengikut kursus 55
4.5 Demografi responden mengikut sektor pekerjaan 55
4.6 Frekuensi dan peratusan kemahiran berkomunikasi 58
4.7 Frekuensi dan peratusan pemikiran kritis dan kemahiran 60
menyelesaikan masalah
4.8 Frekuensi dan peratusan kemahiran kerja berpasukan 62
4.9 Frekuensi dan peratusan pembelajaran berterusan dan 64
pengurusan maklumat
4.10 Frekuensi dan peratusan kemahiran keusahawanan 66
xvi
4.11 Frekuensi dan peratusan kemahiran kepimpinan dan proaktif 68
4.12 Frekuensi dan peratusan etika dan integriti 70
4.13 Frekuensi dan peratusan kemahiran berkomunikasi 72
4.14 Frekuensi dan peratusan pemikiran kritis dan kemahiran 74
menyelesaikan masalah
4.15 Frekuensi dan peratusan kemahiran kerja berpasukan 76
4.16 Frekuensi dan peratusan pembelajaran berterusan dan 78
pengurusan maklumat
4.17 Frekuensi dan peratusan kemahiran keusahawanan 80
4.18 Frekuensi dan peratusan kemahiran kepimpinan dan proaktif 82
4.19 Frekuensi dan peratusan etika dan integriti 84
4.20 Frekuensi dan peratusan terhadap kaedah yang digunakan untuk 86 menerapkan kemahiran generik semasa Latihan Industri
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model kecekapan penyatuan bangsa 14
2.3 Model peruntukan kursus 15
2.4 Matlamat penubuhan pasukan kerja 27
xviii
SENARAI SINGKATAN
F - Kekerapan
N - Bilangan keseluruhan responden
MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara
PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
SPSS Statistical Package For Sosial Science, Version 13.0 for
Windows
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal selidik penerapan kemahiran generik 106
B Borang pengesahan soal selidik 112
C Surat permohonan senarai nama pelajar PTK tahun empat 116
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada awal tahun 1980an, kita dapat menyaksikan berlakunya perubahan yang
pesat dalam bidang teknologi, bidang pembuatan dan pasaran serta dalam bidang ICT.
Hal ini menyebabkan berlakunya peningkatan persaingan dalam mobiliti para pekerja
tanpa sempadan. Senario yang kita lihat kini mendapati pihak industri lebih memilih
untuk menggaji pekerja yang mempunyai pengalaman daripada melatih graduan yang
baru menamatkan pengajian. Oleh yang demikian, para graduan hari ini hendaklah
terdiri daripada seorang yang berpengetahuan, kompetan, serta mempunyai sikap dan
kemahiran yang sesuai. Justeru itu, para graduan perlulah melengkapkan diri mereka
dengan nilai tambahan dalam kemahiran insaniah atau dikenali dengan kemahiran
generik (Petikan Buletin P & P, 2007).
Yahya (2004) mendapati beberapa elemen kualiti yang mesti ada bagi graduan-
graduan teknikal dan vokasional ialah seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi,
berinisiatif, fleksibel dan lain-lain bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan yang
dinamik dan mencabar.
2
Universiti adalah sebuah institut pengajian tinggi yang bukan sahaja berperanan
melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga berperanan
membentuk dan mengembangkan sahsiah seseorang insan supaya menggunakan ilmu
serta daya pemikiran bagi menghadapi sebarang bentuk cabaran dalam hidupnya
termasuk menghadapi alam pekerjaan (Abdul Halim, 2007).
Di UTM, terdapat pelbagai cara untuk para pelajarnya membina kemahiran
generik. Salah satu darinya ialah dengan menjalani Program Latihan Industri. Program
Latihan Industri ini merupakan salah satu komponen kurikulum wajib yang perlu diikuti
oleh pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) sebelum menamatkan
pengajaran dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Tujuan utama program
ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang terlatih dalam bidang berkaitan industri
selaras dengan matlamat UTM iaitu “Melahirkan ahli teknologi yang cekap dan
bertanggungjawab kepada Penciptanya dan masyarakat” (Buku Log Latihan Industri,
2007).
Untuk memastikan kemahiran generik dibangunkan di UTM, pihak UTM telah
menetapkan tujuh elemen utama iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan
kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan
dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan
bersikap proaktif dan akhir sekali ialah etika dan integriti. (Petikan Buletin P & P, 2007).
Oleh itu pengkaji telah memilih tajuk ini untuk membuat kajian selepas
mendapati pentingnya kemahiran generik ini kepada bakal guru teknikal agar
pengalaman yang mereka peroleh dapat dikongsi dan digunakan di masa hadapan dalam
mendidik anak bangsa khususnya bagi mempertingkatkan pengeluaran dan menyediakan
lebih ramai tenaga mahir, tenaga juruteknik dan juga tenaga sokongan dalam sektor
3
perusahaan dan perindustrian bagi mendukung hasrat pembentukan Malaysia sebagai
negara perindustrian baru yang membangun sepenuhnya pada tahun 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian yang dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam
hujah yang diberikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia iaitu Abdul Rahman bin
Bakar dalam ucapannya sempena Ekspo Pendidikan, Latihan dan Kerjaya (2006) telah
mengenal pasti bahawa tiga faktor yang menjejaskan peluang para graduan daripada
mendapatkan pekerjaan ialah tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris
dan bidang pengajian yang tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Faktor kedua
dalam kajian yang dijalankan oleh MTEN adalah antara item bagi kemahiran
komunikasi yang mana ianya adalah salah satu daripada kemahiran generik di UTM.
Selain itu, kurangnya kemahiran generik menjadi isu utama di kalangan graduan
masa kini. Ini ditambah pula dengan hujah Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad
Badawi (2004) dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Pendidikan yang berlangsung
di Kuala Lumpur di mana beliau menyatakan kelemahan-kelemahan ketara yang
melanda IPTA ketika ini antaranya ialah kurang kemahiran komunikasi, kurang
kemampuan berfikir, kurang inisiatif dan kurang keyakinan diri di kalangan graduan
IPTA di negara ini yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kadar
pengangguran di negara ini.
Manakala Siti Fatimah (Harian Metro, 7 Sept 2007) menyatakan bahawa
kemahiran insaniah atau kemahiran generik kini sering disebut-sebut sebagai elemen
4
penting bagi graduan supaya terus berdaya saing dan berkebolehan untuk menghadapi
dunia pekerjaan sebenar. Elemen yang dimaksudkan ialah kemahiran berkomunikasi,
pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan,
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan
moral profesional serta kemahiran kepimpinan.
Hal ini disokong oleh Pengarah Eksekutif IIUM Consultants, Alias Abdullah
dalam Siti Fatimah (Harian Metro, 7 Sept 2007) yang menyatakan bahawa kurangnya
penguasaan kemahiran insaniah di kalangan graduan dapat dilihat secara jelas
menyebabkan mereka mudah terumbang-ambing apabila tibanya masa untuk melakukan
tugas pertama di alam pekerjaan nanti.
Selain itu, Faizatul Farlin (Harian Metro, 14 Sept 2007) menyatakan bahawa
siswazah perlu memperkayakan diri dalam pengalaman bekerja dalam usaha
mempertingkatkan kredibiliti sebagai pekerja yang berwibawa. Menyedari keperluan itu,
kebanyakan universiti dan kolej menyediakan peluang menjalani amali dan latihan
praktikal dengan tujuan ia dapat mempersiapkan graduan untuk menghadapi alam
pekerjaan. Ini bermakna, teori yang dipelajari dalam kelas belum cukup untuk menjamin
seseorang itu berhadapan dengan dunia kerja penuh persaingan. Mereka perlu mencari
keserasian dengan kerja yang ingin dimohon iaitu melalui latihan praktikal dalam bidang
berkaitan.
Manakala Hoerauf (1998) pula menyatakan bahawa setiap guru vokasional perlu
mempunyai pengalaman bekerja di dalam industri. Untuk menghasilkan pelajar yang
memenuhi ciri-ciri yang di perlukan sebagai pekerja industri masa kini, tenaga pengajar
khususnya para guru teknikal perlu mempunyai pengetahuan terkini, berorientasikan
perindustrian dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Ini penting kerana
5
pengalaman guru yang luas membolehkan guru mengajar dan mendidik pelajar dengan
lebih berkesan dan mengetahui keperluan untuk seseorang pekerja apabila bekerja kelak.
Kenyataan di atas disokong pula dengan hujah daripada Timbalan Menteri
Sumber Manusia iaitu Abdul Rahman dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen Institut
Teknologi Informasi Sains Mahir kali ke-4 (2007) di mana beliau menegaskan bahawa
perkongsian antara pengajar dan pelajar memerlukan para pengajar yang berpengalaman
luas bukan hanya di dalam bidang akademik, malahan mempunyai pengalaman yang
luas dalam bidang pekerjaan.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka kurikulum khas
yang menjurus kepada kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran
berfikir, kemahiran sosial, dan kemahiran untuk keperluan dunia pekerjaan (Abdul
Rahim, 2000). Justeru itu, penerapan kemahiran generik amat perlu kepada para pelajar
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) agar mereka dapat menerapkan kemahiran
ini kepada bakal murid-murid mereka di masa hadapan.
Memandangkan kemahiran generik begitu penting dalam industri, maka pengkaji
ingin mengkaji penerapan kemahiran ini di kalangan pelajar Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan (PTK) yang mana mereka ini bakal menjadi Guru Teknikal yang akan
mengajar dan mendidik bakal pekerja industri di masa hadapan.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran generik tidak boleh didapati dalam sehari ataupun dengan menghadiri
kuliah semata-mata. Kemahiran ini juga tidak boleh diperolehi dengan membaca buku
sahaja tetapi ianya memerlukan masa dan pengalaman untuk membina dan
menerapkannya dalam diri setiap pelajar. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk
mengetahui sejauhmana penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) semasa mereka menjalani Latihan Industri.
1.4 Objektif Kajian
Objektif-objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:
1.4.1 Mengenal pasti kepentingan kemahiran generik bagi pelajar PTK di UTM
semasa Latihan Industri.
1.4.2 Mengenal pasti kemahiran generik yang diterapkan oleh pelajar PTK di
UTM semasa Latihan Industri.
1.4.3 Mengenal pasti kaedah yang digunakan untuk menerapkan kemahiran
generik kepada pelajar PTK di UTM semasa Latihan Industri.
7
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah kemahiran generik yang paling penting bagi pelajar PTK di UTM
semasa Latihan Industri?
1.5.2 Apakah elemen dan kriteria kemahiran generik yang diterapkan oleh
pelajar PTK di UTM semasa Latihan Industri?
1.5.3 Bagaimana kaedah yang digunakan untuk menerapkan kemahiran
generik kepada pelajar PTK di UTM semasa Latihan Industri?