kesediaan pelajar tahun 4 sarjana muda … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian...
TRANSCRIPT
KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN UTM DALAM
ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL
MELISSA ANAK JAMES SELI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL.
SESI PENGAJIAN: 2008-2009
Saya MELISSA ANAK JAMES SELI_____________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.27 JALAN BAYU, Nama Penyelia: PM Dr Yahya Buntat 95000 SRI AMAN, SARAWAK. Tarikh : __________________________ Tarikh : _________________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : …………………..
Nama Penyelia : PM DR YAHYA BUNTAT
Tarikh :
KESEDIAAN PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DALAM ASPEK KEMAHIRAN PRAKTIKAL
MELISSA ANAK JAMES SELI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………….
Nama Penulis : MELISSA ANAK JAMES SELI
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi mengetahui. Segala Puji akan Limpah
dan Kurnia-Nya seluruh Alam.
Untuk insan yang dihormati dan dikasihi ayah dan ibu
James Seli anak John Jutie dan Dorathy Piang
Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan dan kejayaanku. Jua buat
abang, kakak dan adikku terima kasih atas segalanya.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati kalian tidak mampu diungkapkan
dengan kata – kata.
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
Semua kejayaan ini menjadi pendorong seluruh kaum keluargaku untuk mencapai
kejayaan dan kemenangan terhadap apa jua bidang yang kalian ceburi.
iv
PENGHARGAAN
Puji kepada Tuhan kerana limpah kurnia – Nya cadangan penyelidikan dapat
disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini,
penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu PM
Dr Yahya Bin Buntat yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam
membimbing, menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di
sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidikan juga merakamkan
terima kasih kepada Pensyarah Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia, Cik Sarimah Binti Ismail kerana turut membantu
dalam penyiapan cadangan penyelidikan ini.
Jutaan terima kasih juga disampaikan kepada pelajar tahun 4 Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang terlibat dalam memberikan
kerjasama dalam memastikan cadangan penyelidikan ini berjalan dengan lancar
mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada
Guru PKPG yang turut memberi kerjasama dalam penyelidikan ini.
Akhir sekali, penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ibubapa saya iaitu, James Seli Anak John Jutie dan Dorathy Piang di atas sokongan,
kerjasama dan doa yang diberikan kepada saya. Semoga Tuhan memberkati kita
semua dan memberikan kebaikan daripada tugasan ini serta melindungi segala
keburukan yang terdapat di dalamnya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar 4SPH Fakulti
Pendidikan UTM dalam aspek kemahiran praktikal. Kajian ini melibatkan 127 orang
pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan sebagai responden.
Responden meliputi semua pelajar tahun 4 SPH yang mengambil program Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Instrumen kajian yang
digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 42 item soalan. Soal selidik
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden,
manakala bahagian B adalah mengenai persoalan kajian yang dikaji.
Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan cronbach Alpha di mana
nilai keseluruhan ialah 0.906. Data dipeolehi diproses menggunakan program SPSS
(Statistic Package for the Social Science) version 16.0 untuk mendapatkan kekerapan
dan peratusan. Kajian ini dibataskan kepada enam persoalan yang dikaji iaitu
penggunaan komputer, penggunaan alatan tangan, penyelenggaraan alatan tangan,
lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan, dan pengurusan pertanian.
Hasil kajian menunjukkan pelajar telah bersedia untuk menggunakan keenam – enam
persoalan kemahiran yang dikaji sebagai persiapan menghadapi cabaran pendidikan
yang lebih mencabar di masa depan. Namun begitu terdapat juga pelajar yang masih
kurang bersedia dengan kebolehannya melaksanakan aktiviti yang memerlukan
kemahiran. Terdapat beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan
kemahiran pelajar dan cadangan kajian lanjutan bagi memperbaiki kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify preparation of student’s 4SPH Faculty
of Education UTM in aspect practical skills. This research was involved 127 students
from Department of Technical and Engineering Education as respondents.
Respondents are include all 4SPH students that taken by the Bachelor of Technology
with Education (Living Skills). Instrument of this research that been used is
questionnaire that include 42 question items. Questionnaire divided into 2 sections.
Section A are about respondent background and section B are about questioned
involving research that been carry out. Questionnaire credibility tested by using
Cronbach Alpha where total value was 0.906. Data was processed use SPSS's
programmed (Statistic Package for the Social Science) version 16.0 to seek
frequency and percentage. This study is limited to six issue looked into namely
computer application, hand tools usage, hand equipment maintenance, engineering
drawing, food preparation and sewing, and agriculture management. Result research
showed that student have ready to used their six question on skills that been research
and ready to accept there challenge of education in future. However, existed students
also which still less prepared with his ability implementing activity needing skill.
There are some proposal, proposed to increase student skills and suggestion follow-
up to improve this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Kepentingan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
viii
1.9 Definisi dan Konsep 12
1.9.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 13
1.9.2 Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan
13
1.9.3 Pengajaran 14
1.9.4 Pembelajaran 14
1.9.5 Kesediaan 14
1.9.6 Kurikulum 15
1.9.7 Kemahiran 15
1.9.8 Praktikal 16
1.9.9 Kemahiran Praktikal 16
1.10 Penutup 17
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Penguasaan Kemahiran 19
2.3 Kemahiran dalam penggunaan komputer 20
2.3.1 Kepentingan Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat (ICT)
21
2.3.2 Penggunaan Multimedia dalam
Pendidikan
23
2.4 Kemahiran Meggunakan Peralatan Tangan 25
2.5 Kemahiran Dalam Penyelenggaraan Alatan
Tangan
27
2.6 Kemahiran Lukisan Kejuruteraan 30
2.6.1 Peralatan Asas untuk Lukisan
Kejuruteraan
32
2.6.2 Lukisan berbantu komputer 34
2.7 Ekonomi Rumah Tangga 36
2.8 Pertanian 38
2.9 Kajian Terdahulu 40
ix
2.10 Penutup 42
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.3 Lokasi Kajian 44
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 45
3.5 Instrumen Kajian 45
3.6 Soal Selidik 45
3.6.1.1 Bahagian A 46
3.6.1.2 Bahagian B 46
3.7 Cara Pemarkahan 47
3.8 Kajian Rintis 48
3.9 Prosedur Kajian 49
3.10 Analisa Data 50
3.11 Penutup 51
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Dapatan kajian 53
4.3 Analisis Latar Belakang Responden
(Bahagian A)
53
4.4 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 55
4.4.1 Kesediaan dalam Penggunaan
Komputer
58
4.4.2 Kesediaan dalam Penggunaan
Alatan Tangan
61
4.4.3 Kesediaan dalam Penyelengaraan
Alatan Tangan
64
x
4.4.4 Kesediaan Dalam Lukisan
Kejuruteraan
67
4.4.5 Kesediaan Dalam Penyediaan
Makanan dan Jahitan
70
4.4.6 Kesediaan Dalam Pengurusan
Pertanian
73
4.5 Penutup 75
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Rumusan 77
5.2.1 Rumusan Latar Belakang
Responden
77
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 77
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 80
5.3.1 Penggunaan Komputer 81
5.3.2 Penggunaan Alatan Tangan 84
5.3.3 Penyelenggaraan Alatan Tangan 85
5.3.4 Lukisan Kejuruteraan 87
5.3.5 Penyediaan Makanan dan Jahitan 89
5.3.6 Pengurusan Pertanian 91
5.4 Cadangan Kajian 93
5.4.1 Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan
93
5.4.2 Pelajar 94
5.5 Kajian Lanjutan 94
5.6 Penutup 95
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 100
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan Pelajar 4SPH 5
2.1 Perbezaan Antara Lukisan Insani dan Lukisan
Terbantu Komputer
34
3.1 Kandungan Soalan Soal Selidik 47
3.2 Skala Pemeringkatan Likert dan Cara Pemarkahan 48
3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 48
3.4 Klasifikasi Stastistik Mengikut Persoalan Kajian 50
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54
4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah
Menengah Atas
55
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
dalam Penggunaan Komputer
57
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
dalam Penggunaan Alatan Tangan
60
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
dalam Penyelenggaraan Alatan Tangan
63
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
66
xii
dalam Lukisan Kejuruteraan
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
dalam Penyediaan Makanan dan Jahitan
69
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
dan Tahap bagi Mengenalpasti Kesediaan Pelajar
dalam Pengurusan Pertanian
72
xiii
SENARAI CARTA
NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT
2.1 Langkah Penyelenggaraan Peralatan,
Mesin dan Jentera UPM (2008)
28
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
Bil Bilangan
SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPSS Statistic Package for the Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
CAD Computer Aided Design
LCD Liquid Crystal Display
MQF Malaysian Qualifications Framework
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
ICT Information and Communication Technology
UPM Universiti Putra Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 101
B Borang Pengesahan Soal selidik 111
C Keputusan Kajian Rintis 113
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang berbentuk pravokasional
telah dilaksanakan di Sekolah Menengah. Subjek ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu bahagian teras dan bahagian elektif. Bahagian teras terbahagi kepada
rekabentuk dan teknologi dan perdagangan. Manakala bagi bahagian elektif
terbahagi kepada kemahiran teknikal, ekonomi rumahtangga, pertanian dan
perdagangan.
Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan
dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terdapat di
dalam Falsafah Pendidikan. Bagi menjayakan perlaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup, ia memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat.
2
Dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
kemahiran hidup, seorang guru perlu menguasai topik – topik yang terdapat di dalam
sukatan pelajaran. Selain dari menguasai tersebut guru perlu juga mempunyai
kemahiran dalam melaksanakan kerja amali di sekolah. Seperti yang kita tahu, guru
kemahiran hidup lebih banyak melakukan aktiviti amali walaupun terdapat teori di
dalam sukatan pelajaran. Tetapi sekiranya guru tersebut boleh merancang sesuatu
pengajaran dengan berkesan, tidak susah bagi seorang guru menjalankan tugasan
harian. Seorang guru perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada pelajar
dan mengikut langkah – langkah yang betul.
Pelajar tahun 4SPH yang menjadi guru di masa akan datang, perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk mengajar pelajar.
Pelajar tahun 4SPH perlu menekankan aspek kemahiran adalah penting kerana dalam
mata pelajaran kemahiran hidup, banyak menggunakan peralatan dan mesin untuk
membuat projek. Sekiranya seorang guru tersebut tidak mempunyai kemahiran
menggunakan alatan dan mesin, guru tersebut tidak mempunyai semangat untuk
mengajar pelajar membuat projek. Oleh itu, seorang guru yang mengajar Kemahiran
Hidup perlu menambah ilmu dengan mengikuti kursus – kursus yang ditawarkan
supaya dapat memantapkan lagi kebolehan dalam melakukan kerja.
Menurut Shaharudin, dan rakan–rakannya (2003), kita sering kali mendengar
kenyataan bahawa fungsi pengajaran adalah menghasilkan pembelajaran yang
efektif. Oleh itu, satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru
memadankan kaedah pengajaran dengan objektif pembelajaran pelajar dan juga gaya
pembelajaran mereka. Misalnya mengajar kemahiran (skill) berbeza dengan
mengajar menyelesaikam masalah (problem solving). Mengajar kemahiran lebih
menekankan kepada arahan, demonstrasi, dan juga pembaikan kesilapan (error –
correction) manakala mengajar menyelesaikan masalah lebih memberikan
penekanan kepada pemahaman masalah itu sendiri dan kaedah penyelesaian
berdasarkan penjelasan konsep secara deskriptif.
3
Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan
memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad
ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini
juga bersesuaian dengan prinsip ‘mastery learning’ yang mana pelajar boleh belajar
tanpa bimbingan guru. Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang
perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik:
i. Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran
pembelajaran yang bermakna.
ii. Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat
memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Pengajaran dan pembelajaran bermakna berfikrah melalui penguasaan
kemahiran generik.
iv. Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan
hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan
kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.
v. Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran
terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.
vi. Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej
pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke
arah akses kendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di dalam bidang Kemahiran Hidup terdapat banyak masalah yang timbul
seperti tiada bengkel yang mencukupi, bahan dan peralatan yang tidak cukup untuk
membuat kerja amali, guru yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu, dan sebagainya.
4
Menurut pengetua SMK Valdor Encik Tan Weng Hooi (2004), terdapat guru
bukan opsyen kemahiran hidup yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup.
Guru yang mempunyai kelulusan seperti bidang matematik, sejarah, dan lain – lain
telah diberikan tugas untuk mengajar kemahiran hidup yang dipandang remeh oleh
pihak sekolah. Guru yang mengajar subjek tersebut terpaksa menerima walaupun
tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam kerja amali yang banyak
dijalankan. Kenyataan ini disokong oleh En Zakaria Yusuf (2008) dari Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah di mana guru kemahiran hidup Sekolah Rendah di Sabah
yang tidak berminat dalam mengajar subjek tersebut terpaksa mengajar subjek
kemahiran hidup. Beliau menyatakan ada juga guru yang sepatutnya mengajar
kemahiran hidup tetapi diberikan tugas untuk mengajar mata pelajaran yang lain
seperti sejarah, bahasa Malaysia, pendidikan jasamani dan lain – lain. Selain itu, ada
juga yang guru yang sepatutnya berada di bengkel untuk mengajar kemahiran hidup
tetapi pelajar diarah belajar sendiri di atas alasan peralatan dan bahan yang tidak
mencukupi (Zakaria Yusuf, 2008). Kesan daripada masalah di atas pelajar kurang
mempunyai teknik belajar kemahiran hidup. Mereka juga tidak mendapat kemahiran
yang sepatutnya diperolehi untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Untuk itu,
seorang guru Kemahiran Hidup perlu bersedia dan mengambil kursus yang
ditawarkan yang berkaitan dengan kemahiran hidup supaya dapat menguasai
sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran.
Bagi kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah untuk mengenalpasti
sama ada pelajar tahun 4 yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM Johor bersedia dalam aspek kemahiran
praktikal.
Di dalam kursus ini seramai 127 orang pelajar telah mengikuti program ini
pada sesi 2005/2009. Hasil daripada data bagi kelayakan akademik tertinggi yang
pengkaji kumpul, seramai 88 orang kelulusan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia
(STPM) telah mengambil kursus ini. Manakala 11 orang yang kelulusan Matrikulasi
dan 28 orang yang kelulusan Diploma juga yang telah mengambil kursus ini. Seperti
yang sedia maklum, pelajar yang mengambil kursus ini datang dari kelulusan yang
5
berbeza – beza. Banyak bidang yang belum mereka pelajari sebelum memasuki
program ini. Melalui kajian ini, pengkaji ingin melihat sama ada pelajar yang
seramai 127 orang yang sedang mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan aktiviti yang berbentuk amali di sekolah apabila tamat pengajian.
Jadual 1.1 : Bilangan Pelajar 4SPH
Kelulusan Bilangan Peratus (%)
Matrikulasi 11 8.7
Diploma 28 22.0
STPM 88 69.3
Jumlah 127 100
Pengkaji juga ingin mengetahui sama ada pelajar yang mengikuti program ini
mendapat kemahiran yang mencukupi atau tidak dalam bidang pertanian, ekonomi
rumah tangga, dan kemahiran teknikal.
Matlamat program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan adalah
untuk membolehkan graduan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang pendidikan untuk merancang, mengimplimentasi dan mengurus aktiviti-
aktiviti berkaitan pendidikan. Pelajar 4SPH telah diberikan pengetahuan dan latihan
dalam bidang yang telah ditawarkan untuk program tersebut.
Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kemahiran Hidup) ini
memberikan kemahiran dalam bidang yang dipelajari. Di sini, pengkaji ingin melihat
kemahiran praktikal yang diperolehi oleh pelajar semasa mengikuti aktiviti –aktiviti
yang telah dijalankan. Kemahiran praktikal adalah kebolehan menggunakan deria
untuk melaksanakan gerakan berkaitan proses pembelajaran seperti memerhati,
kenalpasti dan mencerap. Seorang pelajar perlu bersedia dari segi pemikiran dan
6
emosi untuk melakukan aktiviti kemahiran seperti melukis, rekabentuk dan kerja
lapangan. Dalam Retreat Pemantapan Program Akademik Selaras Keperluan
Kerangka Kelayakan Malaysia (2007), kemahiran praktikal adalah menunjukkan
kepandaian dalam melaksanakan tugas praktikal atau teknikal yang diperlukan dalam
bidang seperti kemahiran teknikal kejuruteraan, literasi komputer dan lain – lain.
Contohnya, menggunakan powerpoint membuat persediaan untuk pembentangan.
Kemahiran yang dipelajari memerlukan seorang pelajar tahun 4SPH
mempunyai pelbagai pergerakan. Pergerakan ini dipelajari dalam sesuatu latihan
untuk mempelajari semua pergerakan di mana memerlukan pelbagai situasi.
Kesimpulan daripada kenyataan ini menunjukkan bahawa sesuatu kemahiran yang
diperolehi perlu dipraktikkan berulang kali dan dilakukan dalam pelbagai situasi.
Pelajar tahun 4SPH mendapat pengetahuan dan kemahiran serta melakukan kerja –
kerja amali supaya dapat meningkatkan pengalaman mereka dan dapat
melakukannya di sekolah apabila telah tamat pengajian.
Di dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, setiap
pelajar tahun 4SPH perlu mengambil mata pelajaran yang berbentuk amali atau
praktikal di dalam bengkel pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Seseorang
pelajar tahun 4SPH perlu melengkapkan diri dengan kemahiran sebelum mengajar
pelajar untuk melakukan kerja amali yang akan dilaksanakan di sekolah. Ini adalah
kesediaan mereka untuk menghadapi alam persekolahan yang banyak cabarannya.
Mereka perlu mahir dalam semua bidang kemahiran hidup yang banyak melakukan
aktiviti amali seperti kerja kayu, rekabentuk dan penghasilan projek, jahitan,
masakan, pertanian, kerja paip, elektrik dan elektronik dan lain – lain lagi. Sekiranya
pelajar 4SPH tidak mempunyai kesediaan untuk malakukan kerja amali yang telah
ditetapkan maka kemahiran yang diperolehi hanya sia – sia sahaja kerana tidak
digunakan untuk menjalankan kerja amali.
7
Menurut Allen dan Abdul Rahman (1994), guru yang terlibat di dalam bidang
teknik dan vokasional mestilah dilengkapi dengan pengalaman praktik dan latihan
professional untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran atau dengan mengikuti
program khas yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran guru dalam
pekerjaan yang diajar. Kesimpulan yang diperolehi dari kenyataan ini adalah
seorang guru perlu menguasai bidang yang diajar, mengetahui apa yang diajar, boleh
menyelesaikan masalah dan dapat bekerjasama dengan pelajar untuk menjayakan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum ini, pelajar tahun 4SPH telah menjalani satu latihan mengajar di
sekolah sebagai persediaan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
telah diperolehi daripada tempat latihan atau institusi pengajian. Menurut Norani
(1992), untuk melatih serta menghasilkan guru yang baik, salah satu usaha yang
boleh dilaksanakan ialah melalui praktikum atau pra-praktikum yang dijalankan oleh
program pendidikan. Semasa proses praktikum - praktikum ini pelajar tahun 4SPH
akan diminta mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi ke dalam bentuk
praktikal. Pelajar tahun 4SPH ini akan dibimbing oleh pensyarah dan guru
pembimbing. Pengalaman dalam latihan mengajar atau program khas yang
dijalankan untuk pelajar – pelajar tahun akhir adalah untuk mempertingkatkan
kemahiran pelajar dalam pekerjaan mereka di masa hadapan. Pelajar tahun 4SPH
bukan sahaja perlu cekap dalam bidang diajar tetapi boleh menggunakan alat
teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.
Untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelajar tahun
4SPH perlu mempunyai kemahiran yang lain supaya dapat menghadapi cabaran –
cabaran yang muncul pada masa sekarang seperti penggunaan peralatan teknologi
yang bertambah tinggi, penggunaan komputer sebagai alat berhubung, kemahiran
yang elektif dan kemahiran ledakan ilmu dan maklumat. Menurut Abd Rahim Abd
Rashid (2000), untuk menangani perkembangan teknologi maklumat yang memberi
kesan yang luas kepada dunia pendidikan dan dunia profesion perguruan, maka guru
di negara ini perlu mengadaptasikan diri dan profesion mereka mengikut arus
perubahan yang berlaku.
8
Oleh itu, bagi mecapai tahap penguasaan yang baik dalam menerapkan
kemahiran dalam pengajaran, pelajar tahun 4SPH perlu membuat perubahan dalam
pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada secara berterusan
dengan adanya ICT masa kini. Mereka perlu mempunyai kemahiran dalam
menggunakan teknologi maklumat memandangkan di dalam pendidikan sekarang
penggunaan komputer banyak digunakan untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi
meningkatkan mutu kerja bagi mengelakkan kemalangan berlaku dan boleh
memastikan alatan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Setiap kerja yang
dilakukan dengan menggunakan teknik – teknik yang pengendalian yang betul akan
menjadi lebih kemas dan cantik. Ini dapat mengelakkan diri daripada kecederaan
yang tidak diingini. Dengan kata lain, untuk menghasilkan pelajar yang baik guru
dan pendidik perlu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu. Oleh itu,
kesedaran tentang cabaran sebagai pendidik yang bakal ditempuhi akan
membolehkan pelajar tahun 4SPH perlu membuat persediaan diri, sama ada dari segi
mental dan fizikal apabila ditempatkan di sekolah.
Daripada itu, penyelidik merasakan perlu membuat penyelidikan mengenai
kajian di atas untuk mengetahui sama ada pelajar tahun 4SPH telah bersedia dari segi
kemahiran praktikal yang telah diberikan semasa menjalani latihan praktikal di
UTM. Dalam kajian ini, penyelidik hanya menumpukan kepada beberapa aspek
sahaja iaitu kemahiran dalam penggunaan komputer, penggunaan alat tangan,
penyelenggaraan alatan tangan, kemahiran lukisan kejuruteraan, penyediaan
makanan dan jahitan serta pengurusan pertanian.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini adalah berkaitan dengan kesediaan pelajar tahun 4SPH, Fakulti
Pendidikan, UTM dalam aspek kemahiran praktikal untuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Dalam kajian ini, kesediaan yang ingin dikenalpasti adalah
dari segi pengunaan komputer, peralatan tangan, penyelenggaraan alatan, kemahiran
lukisan kejuruteraan, penyediaan makanan dan jahitan serta pengurusan pertanian.
Kajian ingin mengetahui sejauhmanakah pelajar bersedia menggunakan kemahiran
yang diperolehi semasa pengajian mereka di Universiti Teknologi Malaysia untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka di sekolah kelak.
1.4 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini dapat memberi ganjaran terhadap kesediaan pelajar tahun
4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Di samping itu,
dapatan ini juga memberi gambaran dari aspek kemahiran penggunaan komputer,
penggunaan alatan, penyelenggaraan alatan, kemahiran lukisan kejuruteraan,
penyediaan makanan dan jahitan serta pertanian. Diharapkan dapatan kajian ini
dapat:
1. Kepada individu yang terlibat diharapkan dapat mengambil peluang sebaik
mungkin daripada apa yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dan tetapkan
sebagai kebimbangan terhadap sesuatu yang baru dan tanamkan sikap yang
positif bagi menjayakan sesuatu matlamat.
10
2. Membantu Pihak Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK),
UTM merancang program dan memberi lebih banyak kerja amali yang dapat
meningkatkan kemahiran pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif dan
kebolehan melakukan sesuatu tugasan yang diberi.
3. Memberi panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
(JPTK), UTM menyediakan kursus yang selaras dengan sukatan pelajaran
supaya pelajar lebih bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan di sekolah.
1.5 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar tahun
4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dalam aspek
kemahiran praktikal. Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek penggunaan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
3. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek menyelenggaraan alatan tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
4. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek kemahiran lukisan kejuruteraan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
11
5. Mengenal pasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek penyediaan makanan dan jahitan untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah .
6. Mengenalpasti persediaan pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM dalam
aspek pengurusan pertanian untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
1.6 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang dikenal pasti dalam kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penggunaan komputer untuk
pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
2. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penggunaan alatan tangan
untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
3. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penyelenggaraan alatan
tangan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
4. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi lukisan kejuruteraan untuk
pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
12
5. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikal dari segi penyediakan pemakanan dan
jahitan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
6. Apakah pelajar 4SPH Fakulti Pendidikan, UTM telah bersedia
mengaplikasikan kemahiran praktikaldari segi pengurusan pertanian untuk
pengajaran dan pembelajaran di sekolah?