oum pendidikan jasmani

of 18/18
1.Pengenalan Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kehidupan yang serba moden pada masa kini telah banyak menyebabkan manusia kurang melakukan pergerakan- pergerakan yang menyihatkan. Bagi mengekalkan kesihatan kita perlu bersenam. Senaman yang sesuai hendaklah ditentukan dengan menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Di peringkat sekolah Pendidikan Jasmani merupakan satu pendidikan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara menyeluruh melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani pula terdiri daripada tiga tunjang utama iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. 1.1 Definisi Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan ii. Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan, dan pelbagai penyakit otot dan

Post on 31-Dec-2014

107 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OUM PJ

TRANSCRIPT

1. PengenalanDi Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan pembangunan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan dan kecergasan Sukan kepada negara, Kementerian Kebudayaan Belia melancarkan

program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kehidupan yang serba moden pada masa kini telah banyak menyebabkan manusia kurang melakukan pergerakan- pergerakan yang menyihatkan. Bagi mengekalkan kesihatan kita perlu bersenam. Senaman yang sesuai hendaklah ditentukan dengan menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelakkan kecederaan. Di peringkat sekolah Pendidikan Jasmani merupakan satu pendidikan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara menyeluruh melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani pula terdiri daripada tiga tunjang utama iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan.

1.1

Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. ii. Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan Kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor.

Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan, dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Selain itu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mempunyai komponen seperti:

a)Kecergasan kardiovaskular- Daya tahan otot khas yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang. b)Kecergasan otot- Otot-otot tubuh mempunyai kekuatan, daya tahan dan berkuasa untuk melakukan pergerakan-pergerakan bagi menghasilkan daya yang banyak untuk membolehkan manusia melakukan kerja dengan senang. c)Kelenturan dan Kelonggaran- Kelembutan dan kelenturan tubuh badan adalah satu komponen kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai dengan meregangkan otot dan sendi tertentu. d)Komposisi lemak badan- Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima. Antara komponen kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor adalah: a)Kuasa- Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

b)Ketangkasan- Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah c)Kelajuan kepantasan- Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturutturut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.

d)Koordinasi- Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. e)Masa tindak-balas- Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan. f)Imbangan- Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah

2. Latar Belakang Ujian2.1. Konsep Pengukuran dan PenilaianUjian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri, prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk:

1. Memfokuskan kepada setiap orang murid. Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

2. Menentukan status semasa murid Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :

a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e) Menentu aktiviti tertentu. 3. Memilih wakil sekolah. Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

4. Memotivasikan murid. Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan.

Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain. Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain. Penilaian yang telah dibuat akan digunakan oleh pihak lain sebagai bahan kajian. Mereka boleh menambahbaik kajian yang telah kita lakukan ataupun membanding-beza dengan keputusan kajian mereka.

2.2 Sejarah Pengukuran dan Penilaian Pendidikan JasmaniPenilaian sekolah, pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan merupakan untuk satu proses yang dijalankan pengajaran dari semasa ke semasa, sesuatu di menentukan keberkesanan pembelajaran mata

Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertama kalinya, markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu : a) Ujian Kelembutan b) Baling bola sofbol c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak) d) Mendagu e) Lari ulang-alik f) 600 ela lari/jalan Ujian tersebut dirasakan tidak sesuai untuk digunakan kerana ia mengambil norma daripada Amerika Syarikat. Justeru pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu program yang dinamakan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaann

(SEGAK). Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan ini sangat berguna kerana ianya memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Melalui program ini murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

2.3 Butir- Butir UjianSaya telah memilih dewan sekolah sebagai tempat untuk saya mengadakan ujian kerana kawasan tersebut luas, selamat untuk digunakan dan mempunyai kawasan yang boleh berbaring. Sampel ujian saya adalah terdiri daripada murid-murid tahun 5 seramai 20 orang yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Ujian yang saya pilih adalah bagi menguji kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dengan aktivitinya ringkuk tubi separa. Ujian tersebut telah diadakan pada 30 Januari 2012 pada pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.

3.0 Prosedur UjianNama ujian Objektif ujian Alatan Keselamatan : : Ringkuk Tubi Separa : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen : Pita lekat bersaiz 2.5 cm, pita ukur, jam randik

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; (b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan. Pengurusan dan organisasi: 1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

10 cm

Rajah 1: Jarak antara pita pelekat Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 7. Murid melakukan pergerakan selama 1 minit. 8. Murid B mengira ulangan perlakuan. 9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :9.1 Berasa tidak selesa. 9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 9.3 Tumit diangkat. 10. Guru merekodkan pencapaian ujian murid di dalam borang pemarkahan. Panduan guru : Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.

2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak). Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul: 1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai. 3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan. 5. Buka kaki. 6. Bengkokkan lutut.

4.0 Dokumentasi Bergambar Ujian4.1 Gambar kawasan ujianSekolah Kebangsaan Lebur Remun mempunyai sebuah dewan serbaguna. Saya telah memilih untuk menggunakan dewan sekolah kerana ianya sesuai dan selamat untuk digunakan.

Gambarajah 1: Kawasan dewan sekolah

4.2 Gambar aktiviti murid

a) Sesi orientasi gambar

Gambarajah 2: Sesi orientasi Semasa sesi ini dijalankan, saya telah mengambil kehadiran dan memastikan murid-murid adalah sihat serta memakai pakaian sukan yang lengkap.b) Sesi memanaskan badan

Sebelum memulakan ujian saya mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan. Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan murid lebih bersedia untuk melakukan ujian kecergasan fizikal dan mengelakkan kecederaan. Saya telah melantik seorang murid bagi mengetuai aktiviti memanaskan badan. Antara aktiviti-aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini adalah seperti berikut:

Gambarajah 3: Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.

c) Sesi ringkuk tubi

Gambarajah 4: Fasa pertama Ujian ringkuk tubi separa bermula dengan murid berbaring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. Kemudian murid dikehendaki untuk membuka kaki seluas bahu. Selepas itu saya akan memastikan kedua-dua belah tangan adalah lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.

Gambarajah 5: Fasa kedua Pada setiap ringkuk, bahu murid hendaklah diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.

Gambarajah 6: Fasa ketiga Fasa seterusnya ialah bahagian bawah atau belakang badan murid hendaklah rata pada permukaan lantai dan jari tengah murid menyentuh bahagian luar pelekat pertama.

Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar lelaki

Fasa 1: Sedia

Fasa 2: Ringkuk

Fasa 3: Kedudukan asal

Turutan fasa-fasa ringkuk tubi yang dilakukan oleh pelajar perempuan

Fasa 1: Sedia

Fasa 2: Ringkuk

Fasa 3: Kedudukan asal

d) Sesi menyejukkan badan

Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti:Gambar

Gambarajah 7: Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.

Gambarajah 8: Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

5.0 Pengumpulan dan Analisis DataSaya telah memilih untuk mentadbir ujian yang mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu ujian ringkuk tubi separa. Keputusan yang diperolehi oleh murid telah saya catatkan di dalam borang pemarkahan.Nama murid:_____________ Bilangan Ringkuk tubi yang dilakukan dalam seminit

Rajah 2: Borang pemarkahan

Bil 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Nama murid Andreas Balim Bracker Brendnel Catherina Clarryza Fernado Florence Haruchika Jason Jeffson Liza Mary Melfiana Raveena Richie Rohanges Samuel Sebastian Shelvie

Bilangan ringkuk tubi 28 27 18 17 19 6 27 18 34 30 6 7 24 20 21 7 29 27 28 27

Jadual 1: Jadual bilangan ringkuk tubi murid tahun 5 Bagi memudahkan lagi data yang diperolehi di analisis, saya telah membina sebuah carta yang menunjukkan bilangan ringkuk tubi murid bagi tahun 5. Paksi x ialah bilangan ringkuk tubi yang dilakukan murid dalam seminit. Paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang terdapat dalam jadual 1 di atas.

Berdasarkan carta 1 di atas, di dapati murid yang paling banyak melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika iaitu 34 kali dalam masa seminit. Murid yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit ialah murid yang bernombor 6 dan 11 iaitu Clarryza dan Jeffson dengan catatan 6 kali. Saya juga telah membuat analisis ringkuk tubi yang dilakukan mengikut jantina. Carta bar 2 dan 3 yang berikut menunjukkan bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki dan murid perempuan tahun 5. Paksi x ialah bilangan ringkuk tubi yang dilakukan murid dalam seminit manakala paksi y pula mewakili nombor murid seperti yang terdapat dalam jadual 1 di atas.

Berdasarkan carta 3 di atas murid yang bernombor 9 iaitu Haruchika merupakan murid lelaki yang paling banyak melakukan ringkuk tubi sebanyak 34 kali. Murid lelaki yang paling sedikit dapat melakukan ringkuk tubi adalah murid yang bernombor 11 iaitu Jeffson dengan catatan 6 kali. Nilai min iaitu purata ringkuk tubi bagi murid lelaki ialah sebanyak 23.16 kali.

Melalui carta 4, murid perempuan yang paling banyak melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 20 iaitu Shelvie dengan catatan sebanyak 27 kali. Murid perempuan yang paling sedikit melakukan ringkuk tubi dalam masa seminit adalah murid yang bernombor 6 iaitu Clarryza dengan catatan sebanyak 6 kali. Nilai min atau purata ringkuk tubi bagi murid perempuan pula ialah sebanyak 17.75 kali.

6.0 Perbincangan Norma PerbandinganNorma- norma yang saya gunakan bagi menentukan prestasi murid-murid saya ialah norma yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kokurikulum dalam bukunya yang berjudul Draf Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan bagi sekolah menengah dan rendah. Jadual di bawah menunjukkan norma piawai ringkuk tubi untuk murid yang berumur 11 tahun. Gred Jantina Lelaki Perempuan 29 ke atas 29 ke atas 19-28 20-28 8-18 7-19 1-7 1-6 0 0 Cemerlang Sangat baik Baik Sederhana Usaha lagi

Jadual 2: Norma piawai ringkuk tubi murid berumur 11 tahun

Berdasarkan norma piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di atas, didapati seramai 3 orang murid lelaki mendapat gred cemerlang. 5 orang pula mendapat gred sangat baik manakala 2 orang mendapat gred baik dan 2 orang mendapat gred sederhana. Nilai min ataupun purata bilangan ringkuk tubi yang dilakukan oleh murid lelaki boleh dikategorikan sebagai sangat baik. Bagi murid perempuan pula, tiada seorang pun yang berjaya mendapat gred cemerlang. 4 orang berjaya mendapat gred sangat baik sementara 3 orang mendapat gred baik dan seorang mendapat gred sederhana. Nilai min bagi murid perempuan adalah dalam lingkungan gred baik. Kesimpulannya, melalui prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 5 tersebut, 83% murid lelaki mempunyai kecergasan fizikal yang baik iaitu mempunyai daya tahan dan kekuatan otot abdomen yang baik. Pencapaian murid perempuan juga amat baik dengan 90% mempunyai daya tahan dan kekuatan abdomen yang baik.

7.0 Rujukan

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Panduan Kecergasan Fizikal Sekolah Rendah. Kuala Terengganu Guru Penilaian

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2003. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1-6. Kuala Terengganu, JPNT Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kebangsaan(SEGAK) Sekolah Pelajaran Malaysia. 2006. Standard Kecergasan Fizikal Rendah dan Menengah. Kementerian

Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press. Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications. http://www.topendsports.com/testing/tests.htm http://www.fitness.gov/getfit.pdf http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html http://www.brianmac.co.uk http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm http://www.bodpod.com http://www.1st4sport.com http://www.thesportjournal.org