pendidikan jasmani & kesihatan

5
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN TINGKATAN 4 TAJUK :PERTOLONGAN CEMAS Nama Ahli Kumpulan :- Nur Nadhirah Bt Zaidan Ras Fadzilah Bt Razali Nadya Bt Kamarulzaman Nur Asyikin Bt Zainudin Kelas : 4.5 Nama Guru : Cik Nurhasima

Upload: nad-oww

Post on 23-Jun-2015

1.425 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

TINGKATAN 4

TAJUK :PERTOLONGAN CEMAS

Nama Ahli Kumpulan :- Nur Nadhirah Bt Zaidan Ras Fadzilah Bt Razali Nadya Bt Kamarulzaman Nur Asyikin Bt Zainudin

Kelas : 4.5Nama Guru : Cik Nurhasima

Page 2: PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

KECEDERAAN FRAKTURKecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom berikut :-

Rasa sakit pada bahagian tulang.Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah.Berasa kebas untuk menggerakkan anggota yang cedera.Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal.Bengkak atau warna kebiruan pada bahagian yang tercedera.Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.

Kecederaan tulang boleh disebabkan oleh :-

Hentakan lansung – apabila tulang retak atau patah di bahagian yang menerima hentakan seperti perlanggaran atau pululan yang kuatHentakan tidak langsung – apabila tulang retak atau patah beberapa jarak daripada bahagian yang menerimahentakan. Sebagai contoh, tualng selangka (clavicle) apabila jatuh tertiarap dengan kedua-dua tangan menoang badan.Spontan – apabila tulang menjadi rapuh disebabkan oleh osteoporosis, ia mudah retak atau patah secara apontan akibat terjatuh atau kekejangan otot (biasanya berlaku pada org tua)

Page 3: PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

Pertolongan Cemas untuk Kecederaan Fraktur

Mangsa kecederaan fraktur boleh dibantu dengan menggunakan prosedur R.I.C.E.

Prinsip dan prosedur R.I.C.E. :

R : rest (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera)I : ice (membuat tuaman dengan menggunakan ais)C : compression (demahan)E : elevation (meninggikan)

Prosedur R.I.C.E adalah satu procedur pertolongan cemas yang boleh digunakan untuk membantu mangsa yang mengalami kecederaan fraktur.

(a).Procedur R.I.C.E bagi fraktur tertutup :-

Beritahu mangsa supaya jgn bergerak. Tenangkan mangsa. Ampu atau sokong bahagian anggota yang tercedera dengan tangan kamu. Sokong anggota yang tercedera pada posisi yang selesa bagi mangsa. Tinggikan kedudukan bahagian yang tercedera untuk menggurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut.Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketul-ketul ais atau dgn tuala yg telah direndam dalam air sejuk. Cara ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan.Balut bahagian yg tercedera dgn kain kapas. Ikatkan splin pada bahagian yang tercedera utk menyokong tulang yg patah atau retak. Untuk sokongan yang lebih teguh, ampu bahagian yg tercedera pada bahian anggota yg tidak cedera.Tinggikan bahagian yg cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital .

Page 4: PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

(b) Prosedur R.I.C.E bagi fraktur terbuka :-

1) Tenangkan mangsa. Sokong dengan teguh anggota yang tercedera dengan tangan. Jangan tekan pada hujung tulang yang terkeluar dari kulit.2) Demah atau tuam bahagian yg terluka dgn kain pembalut yg bersih. Beri sedikit tekanan dgn tapak tangan atau jari supaya dapat menghentikan pendarahan. Untuk fraktur terbuka demahan hanya menggunakan kain pembalut, bukan ais.3) Letakkan balutan cincin pada bahagian luka. Balut luka dengan pembalut yg bersih dan steril. Jgn balut dengan kuat untuk memastikanpengaliran darah tidak terhalang. Jika tulang tersembul terkeluar, letakkan kapas di sekeliling tulang sebelum membuat balutan.4) Tinggikan anggota yg tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke tempat tersebut. Jangan gerakkan anggota yg tercedera.5) Hubungi ambulans atau hantar mangsa ke hospital.

1 2 3 4 5

Page 5: PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

Pertolongan Cemas untuk Kecederaan Fraktur kepada

Mangsa Tersekat NafasProsedur E.A.R digunakan bagi membantu mangsa kecederaan fraktur yang mengalami tersekat pernafasan kerana tercekik , tersedut wap tertentu dan sebagainya.

Prinsip & Prosedur E.A.R

E : elevation (meninggikan)A : airway (laluan udara)R : resuscitation (resusitasi atau pemulihan pernafasan)

Kemudian bahagian yg patah dirawat dengan procedur R.I.C.E

Procedur R.I.C.E :-

1) Letakkan mengsa pada kedudukan pemulihan untuk menhalang lidah mangsa daripada menutupi tekak. Pastikan kepala, leher dan bahagian belakang berada dalam keadaan lurus. Buka laluan udara mangsa dengan mengangkat dagunya.

2) Lakuakn resusitasi. Buang sebarang halangan dari mulut mangsa. Tutup lubang hidung mangsa dengan memicitnya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Tarik nafas sepenuhnya dan letakkan bibir kamu di sekeliling mulut mangsa. Penggunaan pelapik di antara mulut mangsa dengan mulut kamu adalah lebih selamat. Kaedah ini dapat mengelakkan sentuhan terus yg mungkin mengakibatkan jangkitan tertentu.

3) Hembus ke dalam mulut mangsa sehingga kamu melihat dada mangsa bergerak naik.4) Alihkan bibir kamu dan biarkan dada mangsa turun dgn perlahan. Berikan pernafasan yg berturut-

turut melalui kaedah yg sama.