notes hadith #2 - mengenali ahli syurga & ahli neraka · 2 hikmat allah memberi manusia...

2

Click here to load reader

Upload: phamthu

Post on 16-Mar-2019

212 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Notes Hadith #2 - mengenali ahli syurga & ahli neraka · 2 Hikmat Allah memberi manusia kebebasan memilih pekerjaan 1. Menunjukkan bahawa Allah itu adalah adil (why????) kerana mereka

1

Year 10 - Hadis #2 Mengenali Ahli Syurga & Ahli neraka

قا- عل*( %لصال' &%لسال!:

عن عمر+B بن حص<ن )ضي هللا عن:ما قا$: قا$ )جل: 4ا )سو$ هللا +4عر2 +-ل +لجنة من +-ل +لنا)؟ قا$ نعم قا0 فلم %عمل 6لعاملو3؟ قا0: كل %عمل لمل خلق ل! () لما %سرل!

"(') 'لبخا"!Terjemahan Daripada Imran bin Husaini katanya: Ada seorang lelaki berkata: “ Wahai Rasul Allah! Adakah boleh dikenali penghuni-penghuni syurga dengan penghuni-penghuni neraka?” Baginda menjawab: “Ya!” Orang itu bertanya lagi: “Dari yang demikian maka mengapakah manusia itu bekerja?” Baginda berkata: “Tiap-tiap seorang manusia membuat sesuatu mengikut sebagaimana yagn telah dijadikan untuknya atau mengikut apa yang dipermudahkankan baginya.”

Riwayat Al-Bukhari Erti perkataan

Ertinya perkataannya Bolehkah dikenali penghuni-penghuni

syurga عر) %'ل %لجنة+%

Daripada penghuni neraka !من %'ل %لنا Jadinya mengapakah manusia itu bekerja !فلم +عمل )لعاملو

Tiap-tiap seorang manusia membuat sesuatu mengikut sebagaimana yang

telah dijadikan untuknya كل (عمل لمل خلق ل!

atau mengikut apa yang dipermudahkankan baginya.”

() لما %سرل!

Maksud potongan ayat : كل %عمل لمل خلق ل! () لما %سرل!

Ertinya: Tiap-tiap seorang manusia membuat sesuatu mengikut sebagaimana yang telah dijadikan untuknya atau mengikut apa yang dipermudahkankan baginya.” Huraiannya: Seseorang itu melakukan pekerjaan mengikut yang biasa dilakukannya. Jika dia membiasakan dirinya dengan berbuat baik maka selalulah dia membuat kebaikan dan jika dia membiasakan diri dengan kejahatan maka selalulah dia berbuat kejahatan. Cara mengenali ahli syurga & ahli neraka

1. Sekiranya orang itu membiasakan dirinya berbuat kebaikan, melakukan amal ibadat dan kebajikan serta meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah, maka ia dikenali sebagai ahli syurga. dan

2. Sekiranya orang itu membiasakan dirinya berbuat kejahatan, maksiat dan tidak patuh kepada perintah Allah, maka ia dikenali sebagai ahli neraka.

Page 2: Notes Hadith #2 - mengenali ahli syurga & ahli neraka · 2 Hikmat Allah memberi manusia kebebasan memilih pekerjaan 1. Menunjukkan bahawa Allah itu adalah adil (why????) kerana mereka

2

Hikmat Allah memberi manusia kebebasan memilih pekerjaan

1. Menunjukkan bahawa Allah itu adalah adil (why????) kerana mereka yang berbuat baik akan diberi balasan syurga & mereka yang berbuat jahat akan diberi balasan neraka.

2. Supaya manusia rajin berusaha untuk menentukan nasib dirinya. 3. Manusia akan dapat bersabar apabila menempuhi berbagai-bagai ujian kerana

waklaupun ia bebas melakukan sesuatu pekerjaan itu tetapi keputusannya adalah dengan kehendak Allah juga

Pengajaran hadith.

1. Rasul Allah SAW menerangkan bahawa penghuni – penghuni syurga & penghuni-penghuni neraka dapat dikenali mengikut keadaan mereka yang ada sekarang iaitu melalui amalan yang mereka lakukan

2. Orang-orang islam yang membuat amal ibadat dan kebajikan tetaplah ia menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

3. Orang-orang kafir, musyrik,yahudi dan nasrani adalah penghuni neraka yang kekal diakhirat nanti

4. Orang yang melakukan kejahatan dan keburukan sepanjang hayatnya itu boleh masuk syurga jika sekiranya dia berubah sikap dan bertaubat nasuha serta membuat amal ibadat.

5. Hendaklah kita berbuat amal ibadat dan kebajikan serta menjauhkan diri daripada berbuat jahat dan maksiat kerana hari Qiamat itu pasti akan datang. Common Exam questions:-

1. Berikan terjemahan hadith tersebut kepada bahasa melayu. 2. Bagaimanakah caranya mengenali ahli syurga? 3. Bagaimanakan caranya mengenali ahli neraka? 4. Berikan 2 hikmat Allah memberi manusia memilih pekerjaan bagi diri

sendiri. 5. Berikan 4 pengajaran daripada hadith tersebut.

Hj Md Sharil 2011