muhd iezwan abd malek e30203120223 esp 313

Upload: iezwan-malique

Post on 29-Oct-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

TUGASANJANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUSESP 313

NAMA KURSUSSEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK

NO. MATRIK

E30203120223

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

NOOR AKHMARISHA BTE SAARI

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU KUALA LUMPUR

SOALAN TUGASAN in terdiri daripada DUA Bahagian.

Kerancuan Bahasa Melayu

Kamus Dewan, mentakrifkan rancu sebagai keadaan tidak teratur atau kekacauan. Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan.

Bahagian AKumpulkan bukti kerancuan bahasa dikalangan murid-murid di sekolah anda disebabkan oleh pengaruh:

Bahasa ibunda Bahasa dialek / daerah Bahasa Inggeris Bahasa-bahasa lain Media masa (filem, iklan, TV, radio. laman web) Majalah, cerpen & novel Teknologi (bahasa singkatan seperti SMS, email, blog, twitter) Lain-lain (sila nyatakan)

Berikan seberapa banyak contoh kerancuan Bahasa Melayu daripada segi sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa.

PENGENALANBahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa yang mana tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuhkan dan diperluaskan peranannya. Kerancuan bahasa adalah penyakit yang mencemari dalam berbahasa di mana ia dipandang remeh oleh kita sebelum ini namun jika dibiarkan begitu saja , keindahan dan nilai bahasa itu tidak dapat dilihat lagi. Kajian telah dibuat melalui pemerhatian di sekolah saya berkhidmat, didapati kerancuan bahasa di kalangan murid-murid sering berlaku terutamanya apabila di dalam kelas Bahasa Melayu saya. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa pengaruh yang berada di sekeliling mereka. Sedar atau tidak, masalah ini sering terjadi kepada murid-murid sekolah saya. Malah kadang kala guru sendiri pun mengalami masalah yang sama sebab kerancuan Bahasa Melayu ini sudah dibudayakan dan dipandang remeh sahaja. Namun sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah ini, tugasnya amat berat di mana saya perlu membetulkan semula laras bahasa yang telah dipesongkan kepada pembakuan bahasa yang betul. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan perkataan kerancuan ini sebagai keadaan yang tidak teratur atau kekacauan. . Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan. Jelaslah disini bahawa kerancuan bahasa adalah pencemaran bahasa yang sudah tiada nilai yang sebenar di dalam berbahasa khasnya Bahasa Melayu. Bagaimana kita hendak mengenali masalah kerancuan bahasa ini? Apakah pengaruh yang merosakkan nilai bahasa kita? Di dalam teks ini , saya akan menjelaskan beberapa pengaruh yang menyebabkan kerancuan bahasa ini terjadi.

Menurut Awang Sariyan (1994), bahasa seseorang dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Berikut saya menyenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan;

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM SEBUTAN

Bahasa IbundaSalah satu kesalahan umum yang berlaku kepada penutur bukan Melayu terutama murid berbangsa Cina saya di dalam tahun 3 ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan bunyi dan e (schwa) semasa membaca dan menulis (Abdullah Hassan, 1980:28). Perbezaan antara sepak dan spak adalah jauh berbeza. Kebanyakkan murid berbangsa Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit keras nv dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambing maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Hal ini terjadi juga kepada murid saya berbangsa Melayu. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti dalam banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-nyak), ni-a-muk atau n-va-muk (sepatutnya nya-muk) dan lain-lain lagi. Dalam hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnya u-ngu) dan tan-gan (sepatutnya ta-ngan)

Selain itu, contoh pengguna Bahasa Melayu menggunakan perterjemahan secara langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur Bahasa Melayu yang betul.

BahasaTerjemahan

Ni hau ma?Awak apa khabar?

What is your name?Apa nama awak?

Dhosthi kya hai?Persahabatan apakah itu?

Bahasa Dialek / DaerahPerkataan dialek berasal daripada bahasa Yunani iaitu dialektos iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dialek (dialk) bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, pelat negeri dan lain-lain. Pemilihan penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah saya semasa saya mengajar di daerah Sabah sesuatu ketika dahulu , guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan murid yang lemah dalam penguasaan bahasa sehinggalah mereka akan membawanya ke alam pekerjaannya akan datang.Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan jalinan kemesraan diantara mereka. Sebagai seorang guru seharusnya dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakanContoh di mana berlakunya kerancuan bahasa terutamanya murid Tahun 1 saya mempunyai masalah bahasa yang ketara terutamanya mereka yang berasal dari pantai timur Semenanjung Malaysia. Memandangkan percakapan ibu bapa mereka di rumah menggunakan dialek Kelantan, sampai satu tahap murid tersebut menggunakan bahasa berkenaan di dalam percakapan hariannya sehinggalah di bawa ke sekolah. Hal ini memang lucu kerana serba serbi murid tersebut menjawab soalan lisan yang diberikan oleh guru dalam versi Kelantan. Sebagai guru Bahasa Melayu tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut dengan membetulkan kesalahan bahasa yang digunakan oleh murid itu.Contoh lain dalam bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei (daerah Papar, Sabah) semasa saya bertugas di Sabah dahulu adalah seperti berikut:

Bahasa dialek Melayu Bruneibanar benarbasar besarkadai kedaibutak botakkarang nanti kan akan/ hendakkapal tarabangkapal terbang

Contoh ayat ;Bahasa dialek Melayu Bruneii) Rumah itu basar. Rumah itu besar.ii) Kan ke mana kamu? Kamu hendak ke mana?iii) Kemari kita? Marilah ke sini.iv) Karangku ke rumahmu. Nanti saya datang ke rumah awak.

Bahasa InggerisPenggunaan Bahasa Inggeris di dalam Bahasa Melayu adalah salah satu pencemaran bahasa yang seringkali digunakan oleh murid bukan sahaja kadang kala guru sendiri tidak menyedari masalah yang sama mereka alami. Malah dialog percakapan antara mereka juga dipengaruhi dengan masalah penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Bahasa Melayu. Penggunaan I sebagai saya , You sebagai awak sering digunakan malah panggilan seperti papa dan mama dalam keluarga juga sering dipraktikan oleh generasi muda sekarang. Bagi mereka jika mereka bercakap dua bahasa sekaligus ia melambangkan standard diri mereka sendiri namun sebaliknya merosakkan kualiti Bahasa Melayu sendiri.Contoh ayat yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu sering kita lihat dan dengar di dalam drama-drama tempatan negara kita .By the way , siapa yang merancang semua ini I still sayang you You understand apa I cakapkan ni.

Bahasa-bahasa lainDisini saya boleh bahagikan kepada 2 jenis kerancuan Bahasa Melayu kita iaitu ;1. Bahasa Pasar

Bahasa pasar dikenali sebagai bahasa kacukan kerana salah satu sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam bahasa ini banyak terdapat unsur-unsur bahasa asing digunakan. Bahasa pasar ialah bahasa yang terdiri perkataan-perkataan Melayu tetapi menggunakan ragam bahasa dan bentuk ayat-ayat bahasa lain seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya. Bahasa pasar juga bermaksud bahasa yang digunakan oleh penutur yang dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Penggunaan bahasa ini tidak begitu gramatis kerana bahasa ini mengabaikan nahu bahasa ibunda dan mengikut telor bahasa tersebut.Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menggunakan bahasa pasar atau bahasa kacukan. Penggunaan bahasa ini telah begitu sebati di kalangan orang Melayu sehinggakan orang Melayu tidak sedar kesalahan penggunaan bahasa tersebut. Orang Melayu menyangka bahawa bentuk ayat yang digunakan itu adalah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen.Antara perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam bahasa pasar ;

apa mahuboleh bikinkasi tahubanyak mahalsedikit masajangan bilang sama diaitu macamsaya punya adik

Berikut adalah contoh perbualan bahasa pasar yang sering kita perhatikan di pasar:

Melah: amoi, itu kain,belapa halga?Amoi: anam balat semeter.Melah: Kasi kulanglah sikit...manyak mahal oo...Amoi: Mana boleh. ini kain baik punya.Melah: Takpalah, kasi 2 meter la.

2. Bahasa Rojak

Bahasa rojak ialah Bahasa Melayu yang bercampur aduk antara bahasa asing sama ada bercampur dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan sebagainya. Bahasa rojak sering digunakan oleh segolongan penutur yang tidak mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini dipertuturkan mengikut trend dan ia tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Walaubagaimana hal ini jarang berlaku di sekolah saya memandangkan guru-guru banyak menegur murid-murid yang bercakap sebegitu dan murid-murid menyedari bahawa apabila bercakap sedemikian seolah-olah hilang kesopanan dan kesantunan mereka bila bercakap.

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM EJAAN , PERISTILAHAN DAN KOSA KATA

Media masa (filem, iklan, TV, radio. laman web)Media cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Tambahan pula media dengan keupayaan, kepantasan dan keluasan liputannya serta integritinya dalam penyampaian serta penyebaran pelbagai bentuk maklumat, berita dan peristiwa berwahanakan bahasa amat mempengaruhi gaya bahasa dan berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.Oleh itu, media seperti televisyen dan filem bukan sahaja harus mementingkan aspek makluman hiburan dan pujukan dalam melaksanakan agenda media masing-masing malah memainkan tanggungjawab moral dan sosialnya untuk menyebarkan penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Masalah kerancuan bahasa perlulah dihindarkan.Masalah kerancuan bahasa kita sering kita lihat di dalam rancangan televisyen yang mana memaparkan sedikit sebanyak kerancuan bahasa. Antaranya ialah;Konsert Sure Heboh telah ditukarkan kepada JOM HebohPi Mai Pi Mai Tang TuManakala bagi filem-filem yang banyak menggunakan judul, bahasa dialek, bahasa rojak atau bahasa pasar di dalam setiap babak ialahKL Gangster Senario The MovieBunohanRemp itLu Pikirlah Sendiri The MovieMain-main cinta Antoo FighterManakala untuk laman web, terdapat beberapa laman web yang dikenalpasti mempunyai kerancuan bahasa. Antaranya :Rakan Cop telah ditukarkan kepada Rakan Polis

Majalah, cerpen & novel Tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai kerancuan bahasa dalam majalah, cerpen dan novel. Ini kerana kebanyakkan penerbit dan penulis novel sudah sedia maklum dalam menjaga kualiti bahasa dalam menyampaikan sesuatu bahan bacaan kepada pembaca yang sedia ada. Namun ada juga penerbit majalah meletakkan judul majalah seperti Gempak, Kliks dan beberapa buah majalah lagi menggunakan bahasa rojak sebagai judul majalah mereka. Manakala novel juga ada menggunakan judul berdasarkan bahasa rojak , biasanya saya dapati novel berkisarkan cinta banyak dipengaruhi dengan kerancuan bahasa. Contohnya 123I Love You, Lagenda Budak Setan. Namun begitu, kerancuan bahasa boleh ditemui di dalam setiap novel atau cerpen yang ada. Ini kerana penulis cuba menggambarkan realiti kehidupan sesuatu watak atau masyarakat dengan penggunaan laras bahasa yang mudah untuk membentuk identiti sesuatu watak. Di samping itu penulis tidak mahu menjadikan perbualan yang direka dalam cerpen atau novel terlalu formal sehinggakan menjadikan penceritaan yang di sampaikan membosankan.

Teknologi (bahasa singkatan seperti SMS, email, blog, twitter)Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar SMS kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).Hal ini bukan sahaja boleh didapati di dalam SMS, malah boleh ditemui dalam laman web media sosial iaitu Twitter , melalui email ataupun melalui blog. Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM TATABAHASAKekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab perlaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke , dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga boleh mengubah makna dalam sesuatu ayat jika ia dipandang remeh . Berikut adalah senarai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna Bahasa Melayu.1. Kesilapan penggunaan adalah atau ialahKata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh- contoh dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ialah seperti berikut;

i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialahSalahBetul

Anak adalah anugerah Allah.Anak ialah anugerah Allah.

Beliau adalah orang yang pertama berhijrah.Beliau ialah orang yang pertama berhijrah.

Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang.Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalahSalahBetul

Kursus ini ialah untuk kaum wanita.Kursus ini adalah untuk kaum wanita.

Baju itu ialah baik.Baju itu adalah baik.

iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.SalahBetul

Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda.Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah.Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah

iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.SalahBetul

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa...Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Adalah dimaklumkan bahawa...Dengan ini dimaklumkan bahawa...

v )Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerjaSalahBetul

Keputusan ini diambil adalah berdasarkan...Keputusan ini diambil berdasarkan...

Para pelajar adalah dipelawa memohon...Para pelajar dipelawa memohon...

2. Kesilapan Penggunaan Kata Sendi diPengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan di sebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. i ) Kata sendi nama diKata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya :SalahBetuldiangkasa di angkasadisana di sanadilaut di laut

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya :SalahBetuldi abad ke 20pada abad ke-20di saat inipada saat inidi zaman inipada zaman ini

ii ) Imbuhan Awalan diSeperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya ;SalahBetuldi basahidibasahidi catatdicatatdi isidiisi3. Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu :SalahBetul

Ada berbagai barang di kedai itu.Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.Ada pelbagai barang di kedai itu.

Ali dihadiahkan sebuah buku.Ali dihadiahi sebuah buku.Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali

Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.

Dia merindukan anaknya.Ibu meniduri adik.Dia merindui anaknya.Ibu menidurkan adik.

Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

Bola itu ditendang oleh saya.Bola itu Ali tendang.Bola itu saya tendang.Bola itu ditendang oleh Ali.

Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak.Saya tidak menyebelahi kedua-dua pihak.

Setengah orang suka makanan manis.Sesetengah orang suka makanan manis.

Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang.Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang.

Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM EJAANMEMPERBETULKAN KESILAPAN EJAAN (KATA)SALAHBETULSALAHBETUL

auto matifaudienagregetarithmetikagen (wakil)ampanganakedakitekanalisaatlitatnikanggrikbaucerbistaribowlingbuffetbumiputraburohcaluncocok (tusuk)cucuk (sesuai)catitcendiawancopdasyhatdialogdefinasideligasiderafdurhakaefisyenekurehsanengzosekslusifekspotekspressemelengkarfadhilatfaxfaksimiliFebuarigembeling / gembelengautomotifaudiensagregataritmetikejen (wakil)empanganarkedarkitekanalisisatletetnikanggerikbaucarbestaribolingbufetbumiputeraburuhcaloncucuk (tusuk)cocok (sesuai)catatcendekiawancap (cetak)dahsyatdialogdefinisidelegasidrafderhakaefisienekorihsanekzoseksklusifeksporteksprese-melingkarfadilatfaksfaksimileFebruarigemblenggerafgeharuhajjahhurmatideidapiktizamimpotinjininspekterinsuranInsyaallahInsya Allahistiharistirehatisyajustrujeketkampongkapitalismakatunkefeteriakomidikomisyenkondaktorkonsotiumkontrekkorumkaptainkarenah (ragam)kelenderkeredhaankerintingkianatko-kurikulumkolestrolkomersilkomplekkontingenlagendalakunlapuranlebellencunganleukimia

grafgaharuhajahhormatideahidapiltizamimportenjininspektorinsuransinsya- Allahisytiharistirahatisyakjusterujaketkampungkapitalismekartunkafeteriakomedikomisenkonduktorkonsortiumkontrakkuorumkaptenkerenah kalendarkeredaankeritingkhianatkokurikulumkolesterolkomersialkomplekskontinjenlegendalakonlaporanlabellenconganleukemia

SALAHBETULSALAHBETUL

lojiklosyenletriklojistikmaksimamanafaatmasaalahmeemekanismamencatitmengenengahkanmegenepikanmengujudkanmengwujudkanmenteramerbahayaminimamunshinasionalismaoditoditoriumoptimaorganismeotomatikotomobilpamirpaspotpatriotismapehakpelancungpemerosesanpemilekanpengembalapengemblenganpensilperabutperihatinperlaburanperlancaranperletakanpertunjukkanpesaraanpesiaranplanprofessionprosidurlogiklosenelektriklogistikmaksimummanfaatmasalahmimekanismemencatatmengetengahkanmegetepikanmewujudkanmewujudkanmanteraberbahayaminimummunsyinasionalismeauditauditoriumoptimumorganismaautomatikautomobilpamerpasportpatriotismepihakpelancongpemprosesanpemilikanpenggembalapenggemblenganpenselperabotprihatinpelaburanpelancaranpeletakanpertunjukanpersaraanpersiaranpelanprofesionprosedurprotinpekejpesonal (kakitangan)petroliumplatfomprofailprofesyenalsekalasekeliansekimsessisetorsiksasilaturrahimsnookerstesyenstokinsunnahsabsidisanwicselinderskimaspesisstemtalipontaugeh (sayuran)trampiltulinugamausekwarongvokasyenalyunitproteinpakejpersonelpetroleumplatformprofilprofesionalskalasekalianskimsesistorseksasilaturahimsnukerstesenstokingsunahsubsidisandwicsilinderskemaspesiessetemtelefontaugeterampiltulenagamausikwarungvokasionalunit

Bahagian BSebagai seorang guru Bahasa Melayu, jelaskan dengan contoh tertentu langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa Melayu standard.Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, guru seharusnya menitikberatkan cara penyampaian Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan murid sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya murid-murid dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abdul Aziz Abdul Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.Tambahan lagi, guru perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan beranggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan murid. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur. Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada murid supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Menurutnya juga, penggunaan singkatan perkataaan berlaku terhadap semua bahasa di dunia.,tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Selain itu, kempen Bulan Bahasa turut memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen membanteras kerancuan bahasa. Pelbagai aktiviti seperti pameran kerancuan bahasa yang bertujuan untuk menyedarkan murid-murid tentang kerancuan bahasa dan kepentingan berbahasa Melayu dengan betul. Apabila murid melihat bahan-bahan ini, barulah murid-murid akan mengenali mana satu bahasa yang telah tercemar atau tidak.Strategi pengajaran dan pembelajaran juga penting dalam menyampaikan penguasaan Bahasa Melayu dengan betul. Galakkan murid membaca dengan kuat dan mengikut intonasi dengan betul serta sebutan yang jelas dan betul. Guru membimbing dan memantau murid membaca dan menegur jika terdapat kesalahan dalam membaca.Kesimpulan disini ialah guru seharusnya memainkan peranan penting dalam mengorak bahasa kita agar lebih dihargai dan menunjukkan contoh terbaik kepada murid-murid bak kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa dan mencintai bahasa kita adalah salah satu sumbangan kita dalam memartabatkan Bahasa Melayu sehingga ke peringkat globalisasi dunia.

RUJUKAN Abdullah Hassan. (1987). 30 Tahun, Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Asraf. ( 1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd. Awang Sariyan. ( 1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Selangor Darul Ehsan. Synergymate Sdn. Bhd. Farid M. Onn, PhD, Ajid Che Kob. ( 1981). Pengaruh Bahasa Daerah Dalam ProsesPembelajaran Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu. UKM. Monograf 5 Faculty Of Social Sciences & Huminities.Nik Safiah Karim. ( 1986). Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. KualaLumpur. Gateway Publishing House Sdn. Bhd. Yeop Johari Yaakob. (1987). Liku-Liku Bahasa Malaysia. Selangor. International Book service. Pelita Bahasa, Mei. ( 2003 )