kajian kampung genting malek

30
BAB 1 PENGENALAN Masyarakat merupakan sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan sekumpulan manusia yang tinggal bersama-sama di dalam sesebuah kawasan penempatan. ia juga dikatakan merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak di buat-buat oleh sekumpulan manusia itu.Masyarakat Melayu di sebuah perkampungan Melayu adalah merupakan subjek utama dalam tugasan ini. Para ahli antropologi sosial selalunya merujuk masyarakat sebagai,orang yang buta huruf, menghasilkan pengeluaran sendiri, mempunyai adat istiadat, mempunyai tempat tinggal yang khusus dan mempertahankan peraturan sosial. Manakala pendukung fahaman konflik seperti Robert Lynd ,C. Wright Mills,Lewis Coser (1947) dan Dahrendrof (1959), melihat masyarakat sebagai kumpulan berbagai-bagai institusi seperti ekonomi, politik, pendidikan yang sering tidak sefahaman antara satu sama lain. Sebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai- nilai murni seperti kerakyatan , hak dan etika . Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan . Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil, tidak bersatu dan musibah akan berlaku. Setiap masyarakat di sesebuah perkampungan mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun, keistimewaan yang ada itu pun sudah mula kian pupus, diantaranya keistinewaan di dalam kebudayaan, seni, dan berbagai lagi. Malah rasa sayang dan kasih seperti sebuah keluarga dalam bermasyarakat juga telah mula berkurangan.Melalui tajuk tugasan ini kami telah memilih sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Genting Malek yang terletak 45 kilometer dari Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sulatan Idris. Kampung ini majoritinya adalah kaum Melayu.

Upload: abdul-azim-b-mohd-nasri

Post on 12-Jun-2015

787 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kampung Genting Malek. Sejarah ini untuk anak-anak yang akan jadi pelapis generasi selepas kami..Ingatlah asal usul kita...

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kampung Genting Malek

BAB 1

PENGENALAN

Masyarakat merupakan sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan sekumpulan

manusia yang tinggal bersama-sama di dalam sesebuah kawasan penempatan. ia juga dikatakan

merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud

sesuatu yang dibuat atau tidak di buat-buat oleh sekumpulan manusia itu.Masyarakat Melayu di

sebuah perkampungan Melayu adalah merupakan subjek utama dalam tugasan ini.

Para ahli antropologi sosial selalunya merujuk masyarakat sebagai,orang yang buta

huruf, menghasilkan pengeluaran sendiri, mempunyai adat istiadat, mempunyai tempat tinggal

yang khusus dan mempertahankan peraturan sosial. Manakala pendukung fahaman konflik

seperti Robert Lynd ,C. Wright Mills,Lewis Coser (1947) dan Dahrendrof (1959), melihat

masyarakat sebagai kumpulan berbagai-bagai institusi seperti ekonomi, politik, pendidikan yang

sering tidak sefahaman antara satu sama lain.

Sebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup

menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak

dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal

dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil, tidak bersatu

dan musibah akan berlaku.

Setiap masyarakat di sesebuah perkampungan mempunyai keistimewaan masing-masing.

Namun, keistimewaan yang ada itu pun sudah mula kian pupus, diantaranya keistinewaan di

dalam kebudayaan, seni, dan berbagai lagi. Malah rasa sayang dan kasih seperti sebuah keluarga

dalam bermasyarakat juga telah mula berkurangan.Melalui tajuk tugasan ini kami telah memilih

sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Genting Malek yang terletak 45 kilometer dari

Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sulatan Idris. Kampung ini majoritinya

adalah kaum Melayu. kami telah senaraikan skop-skop fokus kami dalam melihat keistimewaan-

keistimewaan yang ada dalam masyarakat tersebut.

Page 2: Kajian Kampung Genting Malek

SEJARAH KAMPUNG

Dahulunya kampung ini terletak di tepi Sungai Kuantan, Batang Kali, Hulu Selangor.

Sungai yang mengalir di kawasan kampung ini semakin mengecil dari bentuknya yang sebenar

lalu dipanggil Genting Sungai atau pun Genting Sungai Kuantan. Sejarah pembukaan kawasan

kampung ini bermula apabila pada ketika dahulu, terdapat seorang pemuda Melayu berketurunan

Kampar yang berasal dari Indonesia bernama Malek. Malk memang gemar keluar memancing

ikan dan berkebun berhampiran sungai ini. Setiap kali beliau pergi ke genting sungai ini, maka

terjumpalah oleh beliau seeokor harimau yang besar. Perkara yang sama juga dialami oleh

penduduk kampung berhampiran yang pergi Genting Sungai untuk memancing ikan. Yang

menariknya harimau ini tidak akan mengganggu penduduk setempat.

Semakin lama Malek mengusahakan kebun di sekitar genting sungai, hasil tanamannya

semakin menjadi tanpa sebarang gangguan musuh perosak dan lalu beliau pun membina pondok

serta mengajak beberapa orang rakannya membina rumah lalu terjadilah penempatan di kawasan

kampung ini dengan menamakannya kampung Genting Malek, mengambil sempena nama beliau

dan Genting sungai ini

Kampung ini telah mula dibuka pada tahun 1918. Sejarah kampung ini diolah kembali

berdasarkan cerita orang-orang tua dahulu kepada ketua kampung iaitu Encik Ismail bin Jawi.

Pembesaran Kampung

Pada tahun 1987, rancangan pembesaran kampung telah dibincangkan dan JKKK Kg.

Genting Malek telah mengutarakan perkara ini ke pengetahuan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Dengan daya usaha JKKK kampung ini, sebidang tanah estate seluas 15 ekar yang terletak

bersebelahan Kampung Genting Malek telah dikenal pasti dan segala urusan pengambilan

semula tanah estate telah diusulkan ke pengatahuan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat

Daerah Hulu Selangor. Permohonan telah diluluskan pada tahun 1988.

Menurut kajian kami serta maklumat daripada penghulu kampung penduduk kampung

Genting Malek adalah seramai 584 orang, kaum lelaki adalah seramai 304 orang manakala

Page 3: Kajian Kampung Genting Malek

kaum wanita pula adalah seramai 280 orang selain itu golongan duda pula seramai 4 orang dan

balu seramai 8 orang kesemuanya.

Bilangan ketua keluarga di kampung ini adalah seramai 132 orang, 90 peratus penduduk

kampung ini adalah golongan Melayu Kampar dan lain-lain keturunan sebanyak 10 peratus. Dari

segi agama pula mejoriti penduduk kampung ini adalah beragama Islam. Seterusnya bilangan

warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang tinggal di kampung ini adalah

seramai 27 orang, belajar di Tadika seramai 14 orang, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan

seramai 105 orang, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan seramai 79 orang, belajar di

Sekolah Asrama Penuh seramai 9 orang, lepasan SPM di kampung ini dalah seramai 53 orang.

Seterusnya ada juga golongan muda yang tinggal di kampung ini berjaya melanjutkan pelajaran

ke menara gading, bilangannya adalah sebanyak 13 orang, graduan yang telah berjaya adalah

seramai 6 orang.

Page 4: Kajian Kampung Genting Malek

Bab 2

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA

Dari pemerhatian pengkaji setiap masyarakat mempunyai keistimewaan yang tersendiri

Dan bagi keistimewaan masyarakat Melayu ini dapat dibezakan melalui suku kaum tertentu dan

mengikut negeri tertentu.Sifat-sifat istimewa ini terdiri daripada kepimpinan organisasi,

kebudayaan, kepercayaan dan sebagainya. Oleh itu, di sini pengkaji telah dapat menyenaraikan

keistimewaan yang telah dikaji :

2.1 Organisasi

2.2 Kebudayaan

2.3 Kepercayaan/Keagamaan

2.4 Pendidikan (Tahap Sosial)

2.5 Ekonomi (pendapatan)

Page 5: Kajian Kampung Genting Malek

2.1 Organisasi

Di dalam sesebuah masyarakat kampung atau persatuan yang pertama sekali perlu ada

ialah organisasi. Di dalam Kampung Genting Malek ini terdapat dua buah organisasi yang besar

iaitu organisasi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung(JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Surau.

Sepanjang kami menjalankan kajian ini kami telah dibantu oleh JKKK yang mana motif sebenar

kewujudan organisasi ini adalah untuk membantu dan menyelesaikan segala perancangan,

permasalahan dan sebagainya yang hanya berlaku di peringkat kampung. Segala permasalahan

ini seringkali dibincang dahulu oleh ahli JKKK melalui kaedah perbincangan bersama dan jika

tidak dapat di selesaikan barulah dibawa ke pihak Penghulu Mukim atau terus kepada Pegawai

Daerah.

2.1.1 Struktur Organisasi JKKK Kampung Genting Malek

Pengerusi

En. Mohd Suyuti b. Tamin

Setiausaha

En. Juhari b. Hamzah

Bendahari

Tn. Hj. Yahya b. Abdul Hussin

AHLI JAWATANKUASA

En. Abdullah B. Sutan Sali

En. Abdul Rahman B. Rashid

Pn. Aminah Bt. Hj Muhamad

Pn. Rashidah Bt. Mohd Jusan

Pn. Rohana Bt. Daud

Pn. Fatimah Bt. Sutan Sali

En. Mohd Hazmi B. Jusan

Page 6: Kajian Kampung Genting Malek

En. Mohd Azhar B. Jusan

En. Muhammad B. Abdullah

En. Anuar Bin Abd. Rashid

Tn. Hj. Khairudin B. Yaakob

Tn. Hj. Idris B. Mohd Shah

En. Ismail b. Jawi

Penasihat JKKK Genting Malek

Pemilihan Jawatankuasa Keselamatan kampung ini dijalankan melalui pemilihan oleh

masyarakat ketika Mesyuarat Agong dijalankan. Selalunya kesemua masyarakat kampung akan

berkumpul untuk bermesyuarat bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa. Selain itu, di dalam

mesyuarat itu jugalah segala pandangan, program atau isu-isu tertentu akan diungkitkan dan

dibincangkan.

Dan JKKK Genting Malek ini mempunyai penasihat iaitu En. Ismail b. Jawi merangkap Ketua

Kampung Genting Malek.

2.2 Kebudayaan

Page 7: Kajian Kampung Genting Malek

Budaya atau disebut culture dalam bahasa Inggeris dan thaqafah dalam bahasa Arab sering

digunakan bagi menggambarkan kebudayaan sesuatu masyarakat. Kebudayaan pula bermaksud “

Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala

hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.”

Pengkaji melihat kebudayaan yang ada di Kampung Genting Malek ini tertumpu kepada

beberapa aspek kebudayaan iaitu adat perkahwinan (merisik, bertunang dan bernikah), majlis

cukur jambul dan kesenian (alat muzik dan silat pulut).

2.2.1 Adat perkahwinan (Merisik, bertunang, bernikah )

2.2.2 Majlis Cukur Jambul

2.2.3 Kesenian (Alat Muzik, Silat Pulut)

2.2.1 Adat perkahwinan (Merisik, bertunang, Majlis pernikahan (majlis kenduri)

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang telah menjadi kebiasaan dan yang

paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di

bandar. Sebagaimana juga dengan masyarakat di Kampung Genting Malek. Adat perkahwinan

dijalankan mengikut peringkat demi peringkat iaitu di mulakan dengan merisik, bertunang dan

majlis pernikahan (kenduri).

Merisik ialah satu keadaan di mana keluarga dari pihak lelaki akan datang untuk melihat-

lihat dahulu sang dara yang ingin disunting, selalunya ibu bapa lelaki akan memulakan penyiasat

dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu

untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara

tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan

itu.tapi dengan niat untuk mengenali perempuan itu. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu

bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta

bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

Page 8: Kajian Kampung Genting Malek

Bertunang atau Meminang kebiasaannya dilakukan Ibu bapa bakal pengantin lelaki

kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak

perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa

demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan

saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum

ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari

atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara

yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka

untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti

hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan

diselesaikan.

Pada lazimnya mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan bersama orang kampung akan

dilaksanakan kira-kira dua minggu lebih awal dari tarikh berlangsung majlis pernikahan dan

kenduri. Perjumpaan ini adalah untuk pembahagian tugasan ketika berlangsungnya majlis

kenduri agar segalanya berjalan dengan lancar. Selain itu, pembahagian tugasan dalam

persediaan pada minggu sebelumnya seperti membina para perkakasan memasak, membina

tempat memasak, membina tempat cuci pinggan dan sebagainya kebiasaanya ia berlaku

seminggu sebelum Majlis. Majlis pernikahan akan berlangsung sebelum kenduri.

Majlis kenduri di sebelah perempuan selalunya lebih meriah, mewah dan besar

berbanding majlis kenduri di rumah lelaki kerana sambutannya yang sebenar adalah di rumah

wanita tetapi di sebelah lelaki adalah kenduri yang dikenali sebagai kenduri menyambut menantu

di mana si suami akan memperkenalkan isterinya kepada semua saudara mara yang datang.

Page 9: Kajian Kampung Genting Malek

2.2.2 Majlis Cukur Jambul

Cukur jambul merupakan adat resam biasa masyarakat Melayu di Malaysia dan

diamalkan di Kampung Genting Malek ini, kebiasaannya majlis ini dijalankan 40 hari selepas

kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas

pantang atau belum sihat. Ketika berlangsungnya majlis ini, bayi akan di masukkan kedalam

buaian dan akan dialunkan dengan bacaan zanji dan marhaban. Setelah selesai berzanji dan

marhaban upacara memotong sedikit rambut bayi akan dijalankan dengan diiringai selawat nabi

Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai naik buaian.

2.2.3 Kesenian (Alat Muzik, Silat Pulut)

Kesenian alat muzik di Kampung ini ialah kompang dan caklempong (termasuk rebana).

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat di kampung

lebih-lebih lagi ketika menyambut ketibaan menantu semasa berlangsungnya majlis kenduri. Ia

tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang dan biasanya kulit kompang diperbuat daripada

kulit kambing. Seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu

bertujuan menengangkan permukaan kompang yang bertujuan untuk menguatkan bunyi

kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Ada tiga jenis kompang yang digunakan,

antaranya ialah gegombak, rebana dan kombang dan nama lagu kompang yang popular dipalu

ialah Kompang dipalu, selawat kasih dan Pengantin baru.

Selain kompang di kampung ini juga terdapat caklempong dan rebana ubi sebagai alat

keraian atau hiburan. Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu

kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia

dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang

termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, n) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung,

gambang, kertuk dan lain-lain.

Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat,

Caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri

Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di

Page 10: Kajian Kampung Genting Malek

Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya,

caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga

semasa istiadat penabalan sultan.

Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasukla Muzik caklempong

juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga

terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa

dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka

berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan

ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.upacara rasmi negeri dan

perayaan kebudayaan.

Kini,caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita.

Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana

bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak

berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang

lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan

mengikut rentak Caklempong.

Selain kesenian muzik, keseniaan yang terakhir yang ada di kampung ialah Silat Pulut.

Silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti

majlis perkahwinan. Sebenarnya Silat Pulut bukanlah seni mempertahankan diri tetapi sejenis

pergerakan ala tarian menyerupai silat. Ia tidak mempunyai buah pukul tetapi hanya seni tari dan

biasanya hanya dirancang untuk persembahan semata-mata.

Page 11: Kajian Kampung Genting Malek

2.3 Kepercayaan/Keagamaan

Sudah menjadi fitrah manusia ingin beragama jika tidak pun meyakini ada sebuah kuasa

yang menjadikan alam ini. Hal ini terserah kepada manusia itu sendiri kerana setiap orang

mempunyai kepercayaan teras yang menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Bagi sebilangan

besar penduduk dunia, kepercayaan tersebut adalah berlandaskan agama masing-masing. Justeru

itu, kebebasan beragama bolehlah dianggap suatu hak asasi manusia dan sebarang sekatan

terhadap kepercayaan dan amalan agama adalah penghinaan terhadap maruah manusia. Oleh itu,

setiap manusia yang mempunyai kepercayaan masing-masing dan berhak mengamalkan

kepercayaan mereka tanpa halangan dan paksaan.

Agama digolongkan oleh kebanyakkan akademi Barat sebagai satu daripada unsur kebudayaan

iaitu hasil ciptaan masyarakat. Malah kebanyakkan ahli antropologi (evolusi) mendakwa bahawa

agama primitive yang wujud hasil gejala budaya itu merupakan spesies bagi genus agama.

Tegasnya, mereka menolak dikatomi antara agama semulajadi dengan agama wahyu. Maka tidak

hairanlah kalau ada antara mereka , misalnya St. Augustine mengatakakan bahawa Kristian

sudah lama dalam kalangan orang purba. Terjadinya ilmuan barat dalam agama terutamanya

agama wahyu adalah kerana perspeksi mereka tentang agama islam disamakan dengan institusi-

institusi lain seperti institusi social, ekonomi, politik, dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah

kalau agama yang dibincangkan secara tidak wajar iaitu tanpa reserve terhadap agama wahyu

Padahal menurut orang Muslim, islam berada di atasnya (Saiful, 1993).

Secara amnya agama merupakan sesuatu yang sukar untuk di jelaskan atau ditakrifkan namun,

ada yang menyatakan bahawa agama sebagai kepercayaan atau perilaku yang berkait antara

hubungan manusia dengan kesaktian. Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa agama

agama “sebagai carta tingkah laku” atau agama sebagai kepercayaan terhadap roh seperti yang

dikemukakan oleh sarjana bart iaitu, Edward Tylor. Mengikut Fraser pula, agama adalah segala

sisitem perbuatan manusia untuk mencapai sesuatu maksud dengan menyandarkan diri pada

kemahuan dan kekuasaan makhluk halus ataupun jin serta dewa-dewa.Walau bagaimanapun

menurut pentafsir islam, agama adalah apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. dengan

perantaraan Nabi-Nabi dan para Rasul yang telah diutuskan oleh-Nya.

Page 12: Kajian Kampung Genting Malek

2.3.1 Surau (sebagai pusat sosial kampung)

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kami, kami dapati mejoriti penduduk yang

tinggal di kampung ini adalah beragama islam. Hal ini demikian kerana adanya Imam masjid

yang mentadbir surau di kampung ini, adanya surau serta organisasi sosial surau juga ada di

kampung ini. Melalui kajian yang di laksanakan oleh kami, kami juga mendapati terdapat kelas-

kelas agama yang dijalankan bertujuan untuk mendidik generasi muda atau golongan kanak-

kanak di kampung tersebut supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. selain itu

berbagai program yang dianjurkan oleh organisasi pengurusan surau dalam mengimarahkan lagi

surau sebagai tempat atau pusat sosial kampung.

Organisasi surau Kampung Genting Malek terbahagi kepada dua iaitu organisasi

keagamaan dan organisasi pengurusan:-

2.3.1.1 Organisasi Keagamaan Surau Kmapung Genting Malek

PENASIHAT

PENGERUSI

BILAL 2BILAL 1

IMAM 2 IMAM 1 IMAM 3

Page 13: Kajian Kampung Genting Malek

2.3.1.2 Organisasi Pengurusan Surau Genting Malek

Kedua-dua orgnisasi ini diwujudkan di surau Kampung Genting Malek adalah

bertujuan untuk menyeragamkan gerak kerja ahli jawatankuasa agar tidak bertembung. Selain

itu, dapat melancarkan dan dapat menguruskan pengurusan dan pentadbiran surau dengan lebih

tersusun tanpa menganggu tugasan Imam sebagai ketua keagamaan dan penasihat keagamaan di

dalam kampung.

PENASIHAT

PENGERUSI

AJK

BENDAHARI

SETIAUSAHA

PEMERIKSA KIRA-KIRA

AJK AJKAJK AJK

SIAK 1 SIAK 2

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Page 14: Kajian Kampung Genting Malek

2.4 Pendidikan (Tahap Sosial)

Pendidikan merupakan perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan

hidup manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi membentuk diri dan

masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan spiritual. Oleh itu, pendidikan

dari perspektif Islam mempunyai pengertian yang mendalam dan menyeluruh yang merangkumi

proses melatih akliah, jasmaniah dan ruhaniah yang berasaskan ajaran al-Qur’an dan hadis

sebagai pegangan utama kehidupan.

Kepelbagaian konsep dalam pendidikan Islam turut dilihat sebagai faktor utama dalam

melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Konsep tersebut

menjadi penggerak utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang

mempunyai cita-cita dan falsafah hidup yang tersendiri yang berperanan sebagai hamba dan

khalifah Allah di muka bumi ini, sekaligus mewujudkan masyarakat yang progresif dan

bertamadun seperti yang digariskan oleh Islam. Sistem pendidikan yang ada dikampung ini

terbahagi kepada tiga iaitu sistem pendidikan formal, tidak formal dan juga bukan formal.

2.4.1 Sistem Pendidikan Formal

2.4.2 Pendidikan tidak Formal

2.4.3 Pendidikan Bukan Formal

2.4.1 Sistem Pendidikan Formal

Adalah sebuah sistem pendidikan yang menggunakan teknik pengajaran dan

pembelajaran. Di mana kedua-dua ini berlaku dalam masa yang sama dan diantara guru dan

murid. Selalunya proses ini hanya berlaku disekolah dalam tuntutan ilmu yang bersifat

akademik.

Di Kampung kajian kami ini kesemua kanak-kanak yang wajib ke sekolah telah

dihantar oleh keluarga mereka ke sekolah yang berdekatan. Selain itu, ada juga anak-anak yang

telah berjaya di sekolah telah menyambungkan pelajaran ke Menara Gading.

Page 15: Kajian Kampung Genting Malek

Di sini pengkaji menyenaraikan bilangan anak-anak masyarakat kampung yang

belajar secara formal sebermula dari Tadika hinggalah menjadi graduan institut Pengajian tinggi

iaitu Tadika seramai 14 orang, manakal yang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan seramai

105 orang, Sekolah Menengah Kebangsaan seramai 79 orang, di Sekolah Asrama Penuh seramai

9 orang, lepasan SPM di kampung ini dalah seramai 53 orang. Seterusnya ada juga golongan

muda yang tinggal di kampung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading,

bilangannya adalah sebanyak 13 orang, graduan yang telah berjaya adalah seramai 6 orang.

2.4.2 Pendidikan Tidak Formal

2.4.3 Pendidikan Bukan Formal

Page 16: Kajian Kampung Genting Malek

2.5 Ekonomi (pendapatan)

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek yang bermaksud 'rumah',atau 'peraturan,'

iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji

pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah

kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur,

meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

2.5.1 Pekerjaan

2.5.2 Perniagaan

2.5.3 Pertanian

Page 17: Kajian Kampung Genting Malek

BAB 3 ULASAN DAN CADANGAN

3.1 Meningkatkan Keselamatan di Kampung

Masyarakat Kampung Genting Malek kini sudah berpuas hati dengan kemajuan kampung

mereka kerana banyak kemudahan telah disalurkan oleh kerajaan untuk kesenangan penduduk

Kampung Genting Malek. Namun begitu, untuk mengekalkan keharmonian dan keselamatan

kampung mereka, penduduk kampung harus benganding bahu meningkatkan kawalan

keselamatan terhadap kampung meraka daripada anasir-anasir luar dan kejadian yang tidak

diingini berlaku.

Masyarakat Kampung Genting Malek perlu memperkemaskan lagi keselamatan kampung

yang telah sedia ada dan meningkatkan lagi sistem keselamatan di semua tempat. Antara

langkah keselamatan yang perlu diambil kira adalah keselamatan jalan raya. Masyarakat

Kampung Genting Malek perlu memastikan jalan kampung mereka berada pada tahap yang

selesa tanpa kerosakan. Jalan yang rosak boleh membawa kepada kemalangan yang teruk.

Kaedaan jalan yang licin dan kecil juga boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu naik taraf

jalan kampung perlu dilakukan untuk memastikan penduduk kampung selesa menggunakan jalan

tanpa ditimpa kemalangan ekoran daripada sistem jalan raya yang tidak sistematik.

Selain itu, untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan kampung kekal, penduduk

kampung harus memperkemaskan dan memperketatkan sistem keselamatan di sekolah dan klinik

desa di kampung tersebut. Pengawal-pengawal keselamatan di sekolah dan di klinik harus

ditambah bilangannya dan diberi kursus yang berkaitan dengan keselamatan. Dengan terjaganya

sistem pengawal yang mantap di sekolah dan klinik, anak-anak penduduk kampung akan terjaga

daripada kes penculikan, pergaduhan, ponteng dan gengsterisme. Pengawal-pengawal

keselamatan di sekolah akan memantau keselamatan sekolah dari semasa ke semasa dan dengan

secara tidak langsung mereka juga akan menegur pelajar daripada melakukan perkara yang tidak

bermoral sewaktu sesi persekolahan berlangsung. Pengawal-pengawal keselamatan di klinik

desa mempunyai peranan yang sama dengan pengawal-pengawal keselamatan di sekolah.

Mereka akan sentiasa memantau keselamatan klinik dari semasa ke semasa dengan sempurna.

Oleh itu dengan system keselamatan yang penuh sistematik, keselamatan akan terus terjaga dan

Page 18: Kajian Kampung Genting Malek

penduduk Kampung Genting Malek akan berada dalam keadaan yang lebih harmoni dan penuh

muafakat.

Selain itu, mengadakan kawalan di majlis yang diadakan di kampung juga dapat

meningkatkan keselamatan kampung. Majlis yang diadakan di kampong sama ada rasmi atau

tidak rasmi memerlukan kawalan yang ketat supaya kelancaran majlis akan berlangsung dengan

sempurna tanpa gangguan daripada pihak luar yang akan mendatangkan masalah kepada

penduduk kampung. Ini secara tidak langsung tetamu luar yang hadir akan berasa selamat dan

memberi keyakinan yang sepenuhnya kepada pucuk pimpinan ahli jawatankuasa kampong.

Keadaan ini akan menaikkan lagi nama Kampung Genting Malek di Malaysia. Keselamatan

kampong adalah satu titik tolak kepada pembentukan kampong yang sempurna dan mempunyai

keunikan tersendiri sama ada masyarakat dan sejarah Kampung Genting Malek itu sendiri.

Page 19: Kajian Kampung Genting Malek

3.2 Memantapkan Institusi Pendidikan Formal, Bukan Formal dan Tidak Formal.

Masyarakat akan bertambah gemilang jika sistem pendidikan yang ada ditambahbaikkan

dan memantapkan system pendidikan yang wujud di kampung tersebut. Pendidikan adalah satu

perkara pokok kepada pembentukan sahsiah seorang insan. Oleh itu, ketelusan tentang

pendidikan harus diambil kira bagi meningkatkan sahsiah dan membentuk masyarakat yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendidikan terdiri terdiri daripada pendidikan formal, bukan

formal dan tidak formal. Pendidikan formal biasanya berfokuskan kepada institusi pendidikan

seperti sekolah yang didirikan oleh kerajaan. Manakala pendidikan bukan formal pula adalah

pendidikan yang berlaku dan diadakan oleh penduduk kampong itu sendiri seperti, kelas Al-

Quran di surau-surau, kelas agama, kelas jahitan, kelas masakan dan lain-lain yang dipelopori

oleh penduduk kampong itu sendiri. Seterusnya, pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan

yang diperoleh secara tidak langsung oleh orang lain, alam sekitar dan situasi alam sekeliling.

Institusi formal biasanya akan diatur oleh kerajaan dan penduduk kampong perlu

menghantar anak-anak kesekolah untuk menerima pelajaran yang telah dirangaka oleh kerajaan

untuk membentuk rohani, emosi, fizikal dan intelek seseorang individu. Memanatapkan institusi

bukan formal bermaksud, penduduk kampung harus memantapkan dan memperkemaskan sistem

pelajaran yang telah wujud, umpamanya, pendidikan Al-Quran disurau. Kelas Al-Quran ini

perlu diadakan dengan lebih kerap supaya dan menggunakan teknik hafalan yang lebih

sistematik untuk membantu anak-anak celik Al-Quran.

Kelas pendidikan bukan formal akan menimbulkan kesedaran kepada anak-anak muda

belia akan perubahan-perubahan yang berlaku dalam alam sekitar yang akan membawa

perubahan dalam masyarakat. Pendidikan tidak formal akan menyediakan golongan belia untuk

aktiviti-aktiviti pengeluaran dengan memberi mereka kursus-kursus yang berkaitan yang boleh

membaiki diri mereka. Selain itu juga, system pendidikan seperni turut menyediakan golongan

belia untuk mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam perdagangan dan perusahaan sekali

gus mendidik dan menanam semangat yang sesuai bagi perkembangan peribadi, sosial dan

masyarakat. Melalui pendidikan seumpama ini anak-anak muda dapat mengembangkan bakat

dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu.

Page 20: Kajian Kampung Genting Malek

Pendidikan tidak formal pula, adalah pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak melalui

tingkah-laku dan perbuatan ibu bapa mereka, ahli kelurga terdekat, masyarakat sekiling dan

keadaan sekeliling. Masyarakat yang prihatin dan ingin menjaga keharmonian kampong dan

masyarakat akan sentiasa menjaga tinglah-laku dan perbuatan serta akan menunjukkan nilai yang

baik kepada generasi muda tentang keutuhan semangat kerjasama, tolong-menolong dan

semangat jati diri yang kental. Oleh itu, orang yang lebih tua akan menjaga adat ketimuran yang

menjadi pegangan hidup mereka untuk dijadikan petunjuk kepada anak-anak muda tentang

semangat dan jati diri orang Melayu yang sebenarnya. Orang yang lebih tua dan mempunyai

pengalaman yang banyak akan menjadi role model kepada anak-anak muda. Oleh itu, mereka

harus menjaga tingkah-laku dan perbuatan kerana pendidikan tidak formal akan berlaku daripada

segala tindak tanduk dan perbuatan yang mereka lakukan.

Page 21: Kajian Kampung Genting Malek

3.3 Menggiatkan Lagi Aktiviti Kemasyarakatan di Kampung

Cadangan yang seterusnya untuk memantapkan sistem kemasyarakatan Kampung

Genting Malek adalah menggiatkan lagi aktiviti kemasyarakatan di kampung ini. Kampung

Genting Malek ini telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, memasak

bubur asyura beramai-ramai, mengadakan sukan untuk penduduk kampong dan mengganjurkan

pelbagai pertandingan tradisional. Namun begitu, aktiviti seperti ini agak kurang dijalankan dan

kurang mendapat sambutan daripada anak-anak muda Kampung Genting Malek ini. Sehubungan

dengan itu, penduduk harus mempertingkatkan dan mempergiatkan aktiviti seperti ini dan

menggalakkan anak-anak muda turut serta dalam aktiviti yang dilakukan.

Aktiviti kemasyarakatan seperti ini, perlu diadakan du minggu sekali dan diselang-

selikan dengan aktiviti yang lain dan membuat perubahan terhadap aktiviti yang sedia ada untuk

menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai aktiviti seperti ini. Aktiviti seperti ini akan

menggeratkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama antara masyarakat kampung

dengan masyarakat kampong itu sendiri, masyarakat kampong dengan anak-anak muda dan

hubungan masyarakat kampong dengan orang luar.

Aktiviti sebegini, umpamanya gotong-royong bukan sahaja dapat menonjolkan semangat

kerjasama dan menggeratkan silaturrahim tetapi dapat meningkatkan lagi keselamatan kampong

kerana, melalui gotong royong, longkang yang tersumbat akan dibersihkan, rumput yang panjang

dipotong, sampah yang banyak dilupuskan. Keadaan ini, secara tidak langsung akan menjaga

kebersihan sekitar kampong dan hasilnya, kampong bebas daripada banjir kilat ekoran daripada

system perparitan yang tidak betul, tempat pembiakan nyamuk telah dilupuskan dan ini

bermakna penduduk kampong akan bebas daripada penyakit berjangkit bawaan nyamuk dan air.

Altiviti kemasyarakatan ini, amat penting untuk menggeratkan hubungan silaturrahin dan

memantapkan ukhwah antara masyarakat Kampung Genting Malek itu sendiri.

Page 22: Kajian Kampung Genting Malek

3.4 Melahirkan Golongan Pelapis yang Cemerlang

Kampung Genting Malek tidak akan terus gah berdiri tanpa pemimpin yang berdedikasi

dan berusaha untuk memperbarui kampong mereka. Jesteru itu, amat wajar pihak JKKK

kampung mencari pelapis muda untuk menggantikn tempat mereka hari ini bagi memastikan

Kampung Genting Malek ini terus gah di Malaysia. Pihak JKKK perlu mempelbagaikan

kegiatan untuk belia kampung ini seiring dengan perubahan zaman dan persekitaran dalam usaha

melahirkan generasi muda yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan

kampong dan negara mereka sendiri.

Semua pihak perlu bersama-sama menggembeleng tenaga dalam usaha merealisasikan

hasrat itu tanpa menuding jari antara satu sama lain atau meletakkan masalah belia terhadap satu

pihak saja. Apa yang perlu masyarakat faham hari ini adalah kehendak remaja dan cabaran

mereka yang pelbagai serta berbeza. Kerana itu juga, pihak JKKK memerlukan pendekatan yang

pelbagai tetapi menepati golongan sasaran. Contohnya, dulu kaedah motivasi didapati amat

berkesan dalam mengatasi masalah orang muda, bagaimanapun keadaan dan cita rasa sudah

berubah, kaedah itu didapati tidak lagi sesuai. Jadi, jika pihak JKKK masih menggunakan

pendekatan sama, tanpa memenuhi keperluan dan cita rasa golongan sasar ini, sebarang program

yang dilaksanakan akan dilihat membuang masa dan membazir,

Oleh itu, pendekatan yang pelbagai perlu dijalankan supaya golongan belia remaja akan

membuta mata tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap kampung dan negara

mereka sendiri. Bengkel-bengkel kemahiran diri dan peningkatan jati diri harus dilakukan dan

tidak berpusatkan pada ceramah sahaja tetapi menyelitkan dengan aktiviti yang menuntut

kesabaran, kerjasama dan tanggungjawab agar golongan belia ini sedar betapa bernilainya

mereka untuk masyarakat dan negara. Generasi muda belia perlu menjadi atap negara dan

masyarakat, agar setiap gejala sosial yang negatif tidak mudah merebak dan meresap sebagai

elemen yang merosak dan memusnahkan harapan kita yang menginginkan kehidupan yang lebih

harmoni dan sejahtera.

Semua faktor yang menjurus ke arah ini jika dapat dilakukan, maka dapatlah kita melihat

kejayaan cemerlang yang bercirikan generasi muda tempatan. Pencapaian sedemikian ini bukan

lagi merupakan impian semata-mata, kerana kita yakin arus perkembangan semasa yang berlaku

Page 23: Kajian Kampung Genting Malek

ternyata akan terus membuka ruang yang seluasnya untuk generasi muda kita berusaha dengan

gigih dan membina kemajuan diri berada di tengah-tengah dunia antarabangsa. Oleh itu,

generasi muda adalah nadi negara dan ditangan merekalah kesejahteraan dan keruntuhan Negara

berada. Jika rosak pelapis Negara maka runtuhlah negara, jika cemerlangnya pelapis Negara

maka gah lah Malaysia.

Page 24: Kajian Kampung Genting Malek

PENUTUP

BIBLIOGRAFI