laporan inovas tahun 2017 1.0 pengenalan 1.1.1...
TRANSCRIPT
LAPORAN INOVAS TAHUN 2017
1.0 PENGENALAN
1.1.1 LATAR BELAKANG JABATAN.
Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang yang di-
tubuhkan pada 1964 telah mengorak langkah yang lebih jauh bagi merialisasikan
hasrat kerajaan di dalam pembangunan negeri dan mengatasi masalah dan
cabaran mendatang dengan adanya tenaga kerja yang sentiasa komited di
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Dengan mengamalkan tiga
nilai korporat iaitu Kualiti, Intigriti dan Prihatin di dalam tugas harian, seluruh
anggota JPS Pulau Pinang sentiasa komited dan menyediakan perkhidmatan
yang cekap di dalam bidang Pengairan dan Saliran Pertanian, Pengurusan Pan-
tai dan Sungai, Pengurusan Banjir dan Saliran Mesra Alam, Mekanikal dan
Hidrologi untuk pembangunan dan pengurusan sumber air yang dapat mem-
berikan sumbangan bagi sektor pertanian, kualiti hidup dan alam sekitar. Dengan
Motto Jayakan Perkhidmatan Sempurna, JPS Pulau Pinang sentiasa bersedia
dan berusaha bagi merialisasikan misi Jabatan iaitu menjadi Antara Organisasi
Sektor Awam yang Terunggul Di Dunia.
JPS juga menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelanggan untuk
memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan dan ekspektasi
pelanggan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan. Di antaranya adalah
kemudahan perhubungan dua hala, seperti panel perundingan, dialog, laman
web JPS dan Hari Bertemu Pelanggan. Selain sesi penerangan melalui media
cetak dan elektronik, JPS juga mempunyai 5 buah Pejabat di Daerah dan 2 buah
Pejabat Projek untuk membolehkan pelanggan berurusan dengan JPS bagi
menyelesaikan masalah-masalah setempat. Kemesraan dan kesopanan layanan
yang diberi kepada pelanggan sentiasa diberi perhatian oleh pengurusan JPS
melalui penubuhan jawatankuasa khas yang bertanggungjawab untuk mendidik
1 | P a g e
dan memantap kefahaman dalam amalan bersopan santun dan mesra pelang-
gan.
Rajah 1.0 : Carta Organisasi JPS Pulau Pinang.
1.1.2 PERANAN JABATAN
JPS menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan,
rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan
sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhid-
matan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil
kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan :-
2 | P a g e
(a) Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi surat, telefon, e-
Pintas, dan emel berkenaan dengan masalah banjir,sungai,pantai dan saliran
bandar dalam masa dua (7) hari bekerja.
(b) Memberi khidmat nasihat dan ulasan teknikal dalam tempoh tidak melebihi
empat (4) minggu.
(c) Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sungai-sungai
dan parit monsoon termasuk membersihkan sampah sarap di dalam saluran
sungai.
1.1.3 OBJEKTIF JPS DAERAH TIMUR LAUT.
(a) Menyediakan dan membekalkan khidmat sokongan yang tidak berupaya
dilaksanakan oleh golongan sasaran persendirian dan seterusnya menjamin
pembangunan penggunaan tanah secara optimum dan pengurusan sumber
air negara yang lebih efisien.
(b) Mengurangkan masalah banjir di kawasan bandar dan luar bandar melalui
pelaksanaan rancangan mencegah banjir dan langkah bukan struktur bagi
menjamin kesejahteraan hidup penduduk serta mengurangkan kerosakan
harta benda.
(c) Memelihara sungai dengan mengkaji, merancang dan melaksanakan
program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Pulau Pinang bagi
penduduk-penduduk bandar dan luar bandar dengan melindungi nyawa dan
harta benda serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor
sungai.
3 | P a g e
1.1.4 LATAR BELAKANG KUMPULAN INOVASI.
Kumpulan ini dianggotai oleh lima (5) orang ahli yang diketuai oleh Puan
Nurjulia Binti Azami (Penolong Jurutera Kanan/J36), Encik Anas Bin Bahaudin
(Penolong Jurutera/J29), Encik Emin Raj a/l Saminathan (Penolong
Jurutera/J29), Encik Muhamad Suffie Bin Hamil (Penolong Jurutera/J29) dan Cik
Saripah Binti Yaakob (Pembantu Tadbir/N19). Kumpulan ini dibimbing oleh Encik
Zahid Bin Zainal Abidin, Jurutera Daerah JPS Timur Laut.
Rajah 2.0 : Carta Organisasi Kumpulan RUB-FIT
4 | P a g e
PenaungIr Sabri Bin Andul Mulok
Pengarah JPS Pulau Pinang (J54)
PenasihatZahid Bin Zainal AbidinJurutera Daerah (J44)
Nurjulia Binti AzamiPenolong Jurutera Kanan
(J36)
Saripah Binti YaakobPembantu Tadbir
(N19)
Anas Bin BahaudinPenolong Jurutera
(J29)
Emin Raj a/l SaminathanPenolong Jurutera
(J29)
Muhamad Suffie Bin HamilPenolong Jurutera
(J29)
1.2 PENGENALAN INOVASI
Objektif projek inovasi ini adalah seperti berikut :-
(a) Untuk memastikan sampah sarap dan sisa pepejal yang diangkat dari
parit/sungai tidak dilonggokkan dengan berselerak di tepi parit/sungai.
(b) Untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja di dalam sistem pengoperasian
pembersihan sungai dan mengangkut sampah berjalan dengan baik.
(c) Untuk memastikan imej persekitaran dalam keadaan bersih di samping
meningkatkan mutu kesihatan yang memuaskan dari sebarang jangkitan
penyakit.
(d) Dapat meningkatkan displin diri kepada pekerja-pekerja kontarktor yang
menjalankan kerja-kerja pembersihan di sungai/parit.
(e) Dapat mengurangkan aduan daripada orang awam bagi mengatasi masalah
kekotoran di tapak.
(f) Meningkat imej jabatan selaras dengan dasar kualiti jabatan
Tujuan projek inovasi ini diambil kira adalah kerana ia secara langsung
terlibat di dalam bidang kerja jabatan iaitu mengangkut sampah di dalam
sungai/parit yang dijalankan oleh kontraktor. Ianya juga merupakan objektif
Bahagian Pengurusan Sungai, JPS Pulau Pinang. Di samping itu juga, jabatan
sering kali menerima aduan ekoran masalah sampah sarap yang diangkut dari
sungai/parit berselerak di tepi tebing sementara menunggu sisa sampah sarap
itu kering. Kumpulan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melaksanakan
projek ini kerana proses penyelesaian masalah ini dapat dikendalikan
sepenuhnya dan dikawal selia dengan baik oleh pegawai JPS Daerah Timur
5 | P a g e
Laut. Projek ini penting dan harus dilaksanakan bagi memastikan piagam
pelanggan dipatuhi dan fungsi jabatan dilaksanakan serta untuk
mempertingkatkan imej jabatan. Di samping itu juga, projek ini bertujuan untuk
memastikan persekitaran di sungai/parit dalam keadaan bersih dan kesihatan
penduduk sekitar lebih terjamin.
Tempoh pelaksanaan yang diambil untuk menyiapkan projek inovasi ini
adalah dalam tempoh enam (6) bulan yang bermula pada 01 Januari 2016
sehingga siap pada 30 Jun 2016. Projek inovasi yang dihasilkan adalah di mana
tong sampah yang direkabentuk menjadi tong sampah yang berpenapis
(Rubbish Filter Trap – RUB-FIT). RUB-FIT ini dihasilkan oleh syarikat pembekal
yang telah dilantik oleh jabatan.
Rajah 3.0 : Rekabentuk Rubbish Filter Trap (RUB-FIT).
6 | P a g e
Komponen RUB-FIT dan fungsinya ini adalah seperti berikut :-
(a) Trash Filter adalah lapisan yang dipasang di dalam tong sampah sebagai
lapisan penyejat air basahan dari sisa sampah.
(b) Paip PVC dijadikan sebagai orifis adalah paip saluran keluar air sejatan
menggunakan High Density Polyethylene (HDPE).
(c) Ramp HDPE yang bersudut 45 darjah serta rantai di mana permukaannya
yang menerima beban sampah sarap dan memudahkan apabila sampah
sarap itu dikaut masuk ke dalam plastik beg sampah. Ia juga berfungsi
sebagai pintu tong sampah itu.
(d) Roda dipasang bagi memudahkan pergerakan RUB-FIT di tapak
(e) Pelaras ketinggian yang dipasang di roda digunakan untuk melaraskan
ketinggian RUB-FIT mengikut aras tanah di tapak.
(f) Getah pengedap yang dipasang di bahagian pintu tong sampah itu adalah
sebagai penahan untuk mengelakkan kebocoran pada celahan daun
pintu.
RUB-FIT merupakan perkataan singkatan daripada Rubbish Filter Trap.
RUB-FIT ini menggunakan High Density Polyethylene (HDPE) untuk sebahagian
komponen dalaman. High Density Polyethylene (HDPE) ini digunakan kerana ia
anti karat dan mempunyai kekuatan yang lasak. Pembinaan RUB-FIT ini satu
kaedah baru yang direkabentuk dan mempunyai banyak kelebihannya seperti
ringan, ekonomi dan kukuh. RUB-FIT adalah tong sampah yang berpenapis
dijadikan sebagai tempat pengumpulan sisa sampah sarap yang diangkut dari
dalam sungai/parit. Sisa sampah sarap yang diangkut dari sungai/parit
dimasukkan ke dalam RUB-FIT dan air basahan pada sampah itu disejat.
7 | P a g e
Air sejatan itu akan mengalir masuk semula ke dalam sungai/parit. Tujuan
pengeringan sampah yang basah itu adalah memudahkan kerja-kerja
penghantaran ke tapakl pelupusan. Di samping itu juga ia dapat mengatasi
masalah lelehan air basahan jika ia dibawa terus ke tapak pelupusan sampah
serta dapat mengatasi masalah berbau busuk dan percikan air lelehan kepada
pengguna jalan raya sepanjang perjalanan ke tapak pelupusan sampah. Sampah
yang telah kering akan dimasukkan terus ke dalam beg plastik sampah dan
dibawa terus ke tapak pelupusan. Sampah yang ringan akan memudahkan kerja-
kerja pembersihan.
Cara-cara pembinaan dan pemasangan RUB-FIT adalah seperti berikut :-
Gambar 1.0 : Kerja-Kerja Pemotongan Dan Pemasangan Pintu Sebagai Ramp Dan
Rantai Sebagai Penahan Pintu.
8 | P a g e
Gambar 2.0 : Kerja-Kerja Pemasangan Lantai Yang Sendeng 45 Darjah
Menggunakan HDPE
Gambar 3.0 : Kerja-Kerja Pemasangan Lantai Berpenapis
9 | P a g e
Gambar 4.0 : Kerja-Kerja Pemasangan Getah Pengedap Dan Penyelak
Pintu Pada RUB-FIT
Gambar 5.0 : Kerja-Kerja Pemasangan Roda Dan Pelaras Ketinggian.
10 | P a g e
Gambar 6.0 : Kerja-Kerja Pemasangan Paip PVC Sebagai Orifis Saluran Keluar Air
2.0 IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN.
Secara amalannya di tapak dalam kerja-kerja pengoperasian
pembersihan sungai/parit adalah pekerja-pekerja kontraktor akan mengangkut
sampah sarap di dalam sungai/parit dan terus dimasukkan ke atas lori serta
terus dibawa sampah sarap itu ke tapak pelupusan. Ekoran daripada tindakan
ini, terdapat aduan dari pengguna jalan raya kerana air lelehan dari sampah atas
lori terpercik kepada pengguna jalan raya. Oleh itu, jabatan melarang para
kontraktor berbuat dan mengulangi tindakan sedemikian. Oleh itu, pihak pekerja
kontraktor mengambil tindakan mudah dan sambil lewa dengan melonggokkan
sampah sarap yang diangkut dari sungai/parit di tepi sungai/parit untuk tujuan
pengeringan air terlebih dahulu. Sampah sarap terpaksa dilonggokkan
sementara di tebing sungai/parit memandangkan kawasan pembersihan itu tidak
ada tong sampah dan tempat pengumpulan sampah yang sesuai.
11 | P a g e
Gambar 7.0 : Sampah Yang Diangkut Dari Sungai/Parit Dilonggok Tepi Sungai/Parit.
Gambar 8.0 : Sampah Yang Terdapat Dalam Sungai/Parit.
12 | P a g e
Sampah yang dibiarkan sementara untuk dikeringkan, pada kebiasaannya
akan berselerak semula apabila diganggu oleh binatang liar yang berkeliaran
seperti biawak dan anjing. Oleh itu, sisa sampah yang dilonggokkan itu akan
masuk semula ke dalam sungai/parit tika angin bertiup apabila sampah sudah
kering atau pun gangguan daripada binatang liar. Pekerja kontraktor akan
biasanya mengutip sampah sarap dalam sungai/parit di sebelah pagi dan
kembali ke tapak mengutip sampah yang sudah kering. Kadang kala sampah itu
diangkut pada keesokan harinya pula untuk dimasukkan ke dalam beg plastik
dan di bawa ke tapak pelupusan sampah. Jika dilihat dari pandangan mata, ia
nampak kawasan yang kotor dan tidak terurus dengan sempurna. Ini akan
memberi kesan yang negatif kepada jabatan yang menguruskannya.
Proses kerja sediada semasa mengutip sampah sarap di dalam
sungai/parit adalah seperti berikut :-
Bil Proses Kerja Norma Masa
1 Mengutip Sampah Sarap Dalam Sungai/Parit
1 – 2 hari
2 Sisa Sampah Sarap Dikeringkan Air Dahulu
3 Sisa Sampah Sarap Yang Kering Dimasukkan Ke Dalam
Beg Plastik
4 Beg Plastik Yang Berisi Sampah Dibawa Terus Ke Tapak
Pelupusan.
Di dalam projek inovasi ini kami memilih dua lokasi iaitu di Belakang
Sekolah Tamil, Sungai Mati dan Flat Taman Abidin, Sungai Pinang di dalam
kawasan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Sebelum projek inovasi ini
dijalankan jabatan seringkali menerima aduan berhubung dengan longgokkan
sampah yang berselerak di tepi sungai/parit.
13 | P a g e
Berikut adalah data aduan yang direkodkan pada tahun 2015 sebelum
projek inovasi dijalankan ;-
BIL LOKASI PROJEK BULAN / TAHUN 2015
MEI JUN JUL OGO SEP OKT
1 Flat Taman Abidin, Sungai Jelutong 8 10 10 13 9 10
2 Sekolah Tamil, Sungai Mati 7 8 10 10 13 11
JUMLAH 15 18 20 23 22 21
Hasil daripada perbincangan ahli kumpulan, kami mencadangkan
merekabentuk tong sampah berpenapis dalam menangani masalah longgokkan
sampah yang berselerak semasa kerja-kerja pembersihan sampah sarap
sungai/parit. Berikut adalah tatacara penggunaan Rubbish Filter Trap – RUB-FIT
di tapak :-
Gambar 9.0 : Pekerja Kontraktor Yang Mengangkut Sampah Dari Dalam Sungai / Parit
14 | P a g e
Gambar 10 : Sampah Yang Diangkat Dari Sungai Dimasukkan Ke Dalam RUB-FIT
Gambar 11 : Sampah Dibiarkan Kering Sementara Dalam RUB-FIT.
15 | P a g e
Gambar 12 : Air Sejatan Dari RUB-FIT Mengalir Melalui Orifis Dan Masuk Semula Ke
Dalam Sungai / Parit.
Gambar 13 : Sisa Sampah Yang Kering Dikaut Masuk Ke Dalam Beg Plastik Untuk
Dibawa Ke Tapak Pelupusan.
16 | P a g e
3.0 IMPAK INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Kumpulan inovasi JPS Pulau Pinang telah merekabentuk dan
menghasilkan Struktur Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) dalam usaha menangani
masalah longgokkan sampah yang berselerak semasa kerja-kerja operasi
pembersihan sungai/parit. Bagi menjamin kesejahteraan hidup dan peningkatan
ekonomi negeri ini, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang berasa
bertanggungjawab bersama memikul tugas ini. Sebuah stuktur kawalan
pencemaran yang sangat mudah diselenggara, mengurangkan aduan awam, kos
pemasangan yang murah dan mesra alam telah direkacipta. Rubbish Filter Trap
(RUB-FIT) struktur yang direka khas bagi membantu mengurangkan beban kerja
yang ditanggung oleh JPS khususnya pihak berkuasa tempatan. Struktur
Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) telah direkabentuk dan berfungsi sebagai struktur
takungan sampah sarap dan sisa pepejal di mana struktur ini dipasang atau
diletakkan di tebing sungai/parit.
Sebagai projek perintis Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) ini telah dipasang di
Daerah Timur Laut. Antara lokasi yang telah dipilih ialah di Sungai Mati dan
Sungai Jelutong. Sampah sarap yang tertahan di dalam Rubbish Filter Trap
(RUB-FIT) sementara waktu untuk tujuan pengeriangan dan tidak perlu diangkut
setiap masa. Sampah yang diangkut ke dalam RUB-FIT tidak perlu diangkut
keluar setiap hari. Penduduk sekitar amat berpuas hati apabila sampah yang
tidak dilonggokkan lagi secara tidak langsungnya akan dapat mengurangkan
pencemaran, dijauhi oleh lalat, kurangnya berbau busuk dan dapat
meningkatkan imej di Pulau Pinang.
17 | P a g e
4.0 ELEMEN INOVASI YANG DILAKSANAKAN
(a) Kreativiti
Produk bagi struktur Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) ini telah dirancang
pada tahun 2015 dan Ianya mula direkacipta dan dipasang pada tahun
tersebut. Struktur Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) ini direkabentuk untuk
berfungsi sebagai tong sampah dan sisa pepejal yang berpenapis di mana
struktur ini dipasang dan diletakkan bersebelahan sungai/parit. Konsep asas
dalam menghasilkan struktur RUB-FIT ini adalah pengawalan di punca atau
lebih dikenali sebagai ’control at source’ di mana pendekatan ini adalah satu
konsep penyelesaian terbaik bagi mencapai tahap keberkesanan yang tinggi
dalam usaha untuk menghasilkan sungai/parit yang bersih dan indah.
Dengan cara ini, kita dapat mengatasi masalah sampah-sarap dan sisa
pepejal yang berselerak semasa pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja
pembersihan sungai/parit. Ia adalah penambahbaikan yang dapat diperolehi
dalam sistem kerja khususnya pengumpulan sisa sampah dan sisa pepejal.
(b) Tahap Pelaksanaan
Selepas pemasangan struktur RUB-FIT dan melalui pemantauan jabatan
ini tiada laporan aduan yang diterima bagi kawasan yang dipasang RUB-FIT.
Ini kerana kuantiti sampah sarap yang berselerak di tepi tebing sungai/parit
tiada lagi. Pada kebiasaannya sebelum ini sampah yang berselerak di tepi
tebing sungai/parit akan masuk semula ke dalam sungai/parit. Jadual
pungutan sampah yang dilakukan setiap hari telah berubah kepada dua (2)
hingga tiga (3) hari dalam seminggu untuk dipungut dan dibawa ke tapak
pelupusan sampah. Pelaksanaan struktur RUB-FIT ini adalah di dalam
tempoh percubaan.
18 | P a g e
(c) Replicability
Struktur RUB-FIT ini mudah dibina dan dipasang. Ia dibina di kilang dan
dibawa untuk dipasang di tapak. Selain itu, kos pemasangan struktur ini
adalah murah dan cepat. Ia juga mesra alam, berpotensi untuk memerangkap
sampah sarap dan sisa pepejal. Berdasarkan rekod jabatan, sebanyak dua
(2) buah struktur RUB-FIT telah dipasang iaitu di Belakang Sekolah Tamil,
Sungai Mati Dan Flat Taman Abidin, Sungai Jelutong. Jabatan ini juga akan
menyarankan kepada agensi-agensi lain untuk mengunapakai struktur RUB-
FIT ini. Jabatan juga bercadang untuk bekerjasama dengan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang kerana struktur ini sesuai dipasang di kawasan perumahan,
perindustrian dan sebagainya.
(d) Efisien
Dengan pemasangan struktur RUB-FIT ini, berkurangnya masa jadual
pungutan sampah dari setiap hari menjadi dua hingga tiga sekali dalam
seminggu. Maka bilangan hari kerja dapat dikurangkan sehingga 70% begitu
juga penjimatan kos penyelenggaraan. Cara ini memudahkan kerja pungutan
sampah dan masa yang terluang dapat digunakan untuk membuat kerja-kerja
lain. Justeru itu, sistem mahupun jadual pungutan sampah pada struktur
RUB-FIT dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik.
Struktur RUB-FIT ini mudah dibina dan dipasang. Ia dibuat di kilang dan
dibawa untuk dipasang di tapak. Selain itu, kos pemasangan struktur ini
adalah murah dan cepat. Di samping itu juga, ia mudah diselenggara dan
kaedah penyelenggaraan adalah menjaminkan keselamatan pekerja serta
jentera / mesin berat tidak diperlukan semasa kerja-kerja penyelenggaraan
dijalankan. Maka, ini menunjukkan kos penyelenggaraan yang rendah dan
19 | P a g e
memberi keuntungan kepada jabatan. Pemasangan struktur RUB-FIT ini
telah memberi impak yang positif, ini kerana tiada lagi sebarang aduan-aduan
yang diterima berkaitan isu-isu pencemaran sungai. Ini akan meningkatkan
produktiviti dan juga imej jabatan.
(e) Signifikan
Sampah sarap dari parit-parit akan diangkut dan dimasukkan di dalam
struktur RUF-FIT tanpa hadnya. Cara operasi untuk mengangkut sampah
lebih mudah dan kerja-kerja ini tidak berulang kali kerana sarap sampah yang
diangkut dari sungai/parit diukumpulkan dalam RUB-FIT dan tidak berselerak
lagi di tepi sungai/parit. Oleh itu, secara tidak langsung isu-isu pencemaran
sampah sarap dan sisa pepejal dapat ditangani dengan lebih berkesan dan
mengurangkan aduan yang sering berlaku.
Dalam menjalankan inovasi RUF-FIT ini ia dapat menjimatkan kos seperti
berikut :-
BIL PERKARA SEBELUM SELEPAS
1 Kos Operasi Mengangkut Sampah RM 132,480.00 RM 89,280.00
2 Elaun Perjalanan Pegawai RM1,843.20 RM 460.80
Jumlah RM 134,323.20 RM 89,740.80
Maka, di dalam perbelanjaan jabatan telah dapat menjimatkan kos sebanyak
RM 43,200.00 dalam setahun.
Selain daripada penjimatan kos, faedah lain adalah penjimatan masa. Masa
yang diambil bagi kerja mengangkut sampah dari sungai/parit dan kerja
mengumpul sampah ke dalam beg plastik dapat dikurangkan kepada 90 minit
dalam seminggu. Kerja-kerja mengangkut sampah sarap di sungai/parit serta
mengumpul sampah dalam beg plastik adalah enam (6) kali seminggu.
Apabila selepas kerja mengangkut sampah masih dikekalkan enam (6) kali
20 | P a g e
seminggu dan hanya kerja mengumpul sampah ke dalam beg plastik
dipendekkan kepada tiga (3) hari seminggu.
Penggunaan kaedah ini sesuai digunakan dalam operasi mengangkut
sampah sarap khususnya kerja-kerja pembersihan. Ia dapat menjimatkan
masa dan meningkatkan mutu kualiti kerja serta imej jabatan.
(f) Komitmen Pengurusan Atasan
Pihak pengurusan amat menitikberatkan dalam pelaksanaan projek-projek
inovasi. Pihak pengurusan juga memberi harapan yang tinggi dalam
menjayakan usaha pemasangan struktur RUF-FIT ini di mana satu arahan
pemasangan struktur RUF-FIT dilaksanakan terhadap semua daerah perlu
memasang struktur tersebut. Dalam suasana kelembapan ekonomi, teknologi
tempatan dalam jabatan adalah penyelesaiannya. Semua lima daerah dalam
JPS Pulau Pinang telah memasang RUF-FIT.
21 | P a g e
5.0 PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA.
Produk RUB-FIT ini telah dipertengahkan kepada Yang Berhormat Chow Kon
Yeow, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas Dan Tebatan Banjir
Negeri Pulau Pinang. Beliau amat berpuashati kepada JPS kerana telah
menghasilkan produk Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) dan berharap supaya
produk ini digunakan pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi
swasta di dalam pengasingan dan pengumpulan sampah di Negeri Pulau
Pinang.
Gambar 14 : YB Chow Kon Yeow Melihat RUB-FIT Semasa Hari Inovasi
JPS Pulau Pinang.
22 | P a g e
6.0 PENUTUP.
Projek inovasi JPS Pulau Pinang adalah merekabentuk dan menghasilkan
produk bernama Rubbish Filter Trap (RUB-FIT) yang berfungsi sebagai tong
sampah yang berpenapis untuk mengumpul sampah sarap dan sisa pepejal
yang diangkut dari dalam sungai/parit bagi mengelakkan sampah sarap itu
berselerak semasa kerja-kerja pembersihan sungai yang dijalankan oleh pihak
kontraktor yang dilantik. Produk ini mudah dikendalikan malah ia juga
menjimatkan masa tenaga kerja serta meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan.
Sokongan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah amat penting untuk
mengunapakai produk ini kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan mengurus
jabatan. Kebersihan persekitaran adalah amat penting bagi menjamin kesihatan
yang sempurna dan alam sekitar yang bersih terjamin.
Disediakan Oleh : Puan Nurjulia Binti Azami
No Telefon : 04 – 650 5145
Emel : [email protected]
23 | P a g e