kementerian pendidikan malaysia - smjk ayer...

of 18 /18
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 3

Author: dangdiep

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 3

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PANDUAN PERKEMBANGAN

    PEMBELAJARAN MURID

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    PERTANIAN

    TINGKATAN 3

  • Cetakan 2014

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

    ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

    tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

    Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD KHB PERTANIAN 7

    9 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 8

  • 1

    PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Pertanian serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Pertanian sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

    serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

    OM4 Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

    OM5 Membina landskap untuk kecerian kawasan sekolah.

    OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM7 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

    OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

    pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

    gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

    dan dicapai.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

    peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang

    dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  • 6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    Faham Tahu

    Boleh Buat Faham Tahu

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Terpuji

    Faham

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    Faham

  • 7

    PENYATAAN STANDARD KHB PERTANIAN

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknolog, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

    3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

    2 (Tahu dan Faham)

    Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

    1 (Tahu)

    Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

  • 8

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

    KHB PERTANIAN TINGKATAN 3

  • 9

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    REKA BENTUK

    DAN TEKNOLOGI

    1. Reka cipta B1

    Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan.

    B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan tiga jenis bahan dari segi kesesuaian penggunaannya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan menghasilkan projek reka cipta1.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1.

    reka cipta1 : Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. prosedur1 : Membuat projek berdasarkan lakaran. daya usaha1 : Menyelesaikan masalah. nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

  • 10

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    REKA BENTUK

    DAN TEKNOLOGI

    2. Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj

    B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan cara mengira kos penggunaan tenaga elektrik.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dan membimbing1.

    mengira1 : Menggunakan dua kadar tarif. prosedur2 : Kaedah yang betul. daya usaha2 : Pengiraan yang tepat. membimbing1 :(i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.

    (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

  • 11

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    BENTUK DAN

    TEKNOLOGI

    3. Asas Elektronik B1

    Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tigajenis komponen1elektronik.

    B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen1elektronik dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut prosedur3.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dan membimbing1.

    Komponen1 : Komponen yang dipelajari di tingkatan tiga prosedur3 : (i) Kaedah yang betul

    (ii) Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul. daya usaha3 : Sempurna;

    (i) Pematerian kemas (ii) Pematerian kukuh (iii) Kekutuban betul (iv) Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan

  • 12

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    BENTUK DAN

    TEKNOLOGI

    4. Tempat kediaman B1

    Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan dua jenis pembersihan.

    B2 Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis pembersihan.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman mengikut prosedur4

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dengan daya usaha4

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dan membimbing1.

    prosedur4 : Alat atau agen pencuci yang betul daya usaha4 : Hasil kerja bersih dan kemas

  • 13

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    PERTANIAN 1. Landskap B1 Menyatakan tentang landskap dengan memberikan lima kumpulan tanaman landskap.

    B2 Menerangkan tentang landskap dengan menjelaskan fungsi tanaman landskap dan prinsip reka bentuk taman mini.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang landskap dengan melakar gambar rajah buih.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang landskap secara sistematik dengan menghasilkan pelan induk reka bentuk taman mini mengikut prosedur4 .

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang landskap secara berinisiatif dengan membina taman mini dengan daya usaha5.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lanskap secara kreatif dan inovatif dengan membina taman mini yang mempunyai nilai tambah2

    prosedur4 : Berdasarkan gambar rajah buih. daya usaha5 : (i) Berdasarkan pelan induk. (ii) Hasil kerja kemas nilai tambah2 : Mempunyai elemen tambahan selain daripada tanaman dengan idea tersendiri.

  • 14

    BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

    PERTANIAN 2. Konsumerisme B1

    Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

    B2 Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

    B3 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti kaitan tiga hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

    B4 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti bentuk penyelewengan pengeluar dan akta membantu pengguna.

    B5 Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat hubung kait antara bentuk penyelewengan pengeluar dengan hak pengguna dan akta.

    B6 Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat penilaian terhadap tindakan yang perlu diambil terhadap penyelewengan oleh pengeluar.

  • 15

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

    Tel. : 03-88843787

    Faks : 03-88843783

    Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : [email protected]

    COVER_PPPMKHBPERT_ting3KHBPert TING3_.pdf