1.1 overview of the chromelab...

of 24 /24
1.1 Overview of the ChromeLab Components Latihan ChromeLab Mudah Alih Modul Latihan 2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook

Author: duongkien

Post on 24-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1.1 Overview of the ChromeLab Components

    Latihan ChromeLab Mudah Alih

    Modul Latihan

    2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook

  • Modul 2.1: Objektif Latihan Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan produk yang terperinci kepada para peserta kursus. Setelah para peserta menamatkan kursus, mereka akan memahami tentang semua perbezaan ciri dan fungsi ChromeLab Mudah Alih ini dan kaedah penyelesaian masalahnya. Mereka juga akan berupaya untuk menasihat para pengguna di sekolah tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang berbeza, demi mencapai dengan cemerlang matlamat tugas mereka. 2.1 Kes-kes Penggunaan Chromebook Chromebook telah direka untuk membawa anda masuk ke dalam web secepat yang mungkin. Dalam panduan ini, kami akan membimbing anda melalui kawan-kawasan utama yang akan hadapi semasa menggunakan Chromebook. Ia meliputi:

    Skrin Daftar Masuk (Sign-in screen) Kawasan desktop anda Tetingkap pelayar anda

    Dalam usaha untuk membuatkan pelayar web semudah yang mungkin, kami telahpun menyesuaikan papan kekunci untuk web. Jika anda menggunakan Chromebook, anda akan menerima beberapa tip tentang penggunaan pad sentuh untuk bergerak di sekitar skrin.

    2.1.1 Skrin daftar masuk Chromebook anda bermula dengan sangat cepat. Hanya buka penutup Chromebook dan tekan butang kuasa. Skrin pertama yang anda akan lihat sebaik sahaja menghidupkan Chromebook ialah skrin daftar masuk utama. Semua Google Account yang anda telah tambahkan pada peranti akan dipaparkan di sini. Dengan itu, sesiapa sahaja yang menggunakan Chromebook anda boleh mengakses pilihan dan tetapan pelayar dalam akaun mereka sendiri.

  • Di sini adalah perkara-perkara penting boleh anda lakukan pada skrin: Sign in (Daftar masuk)

    Hanya klik pada Google Account yang anda mahu gunakan dan masukkan kata laluan anda. Anda anda dapat melihat

    Add a new account (Tambah akaun baru) Untuk menggunakan Google Account yang tidak tersenarai pada skrin, klik + Add User di sudut kiri bawah skrin. Pastikan anda telah bersambung dengan Internet agar akaun anda boleh disahkan.

  • Browse as a guest (Layari sebagai tetamu)

    Rakan dan ahli keluarga anda boleh meminjam Chromebook anda dan melayari web, walaupun sekiranya mereka tidak mempunyai Google Account. Anda juga boleh memanfaatkan pelayaran tetamu untuk melayari web secara peribadi. Klik Browse as Guest dari kawasan pelancar untuk memulakan sesi pelayan tetamu.

    Remove accounts (Buang akaun) Klik butang X di sudut kanan atas gambar akaun untuk membuang akaun tersebut dari skrin. Jangan bimbang, anda tidak sebenarnya tidak membuang akaun 1BestariNet atau data dan tetapan disegerakkan dengan akaun tersebut.

  • Shut down (Matikan)

    Klik butang di sudut kiri skrin atau tutup sahaja penutupnya untuk mematikannya.

    2.1.2 Menyambung Chromebook dengan monitor atau projektor luaran Chromebook dilengkapi dengan port HDMI-VGA Converter yang terletak di bahagian belakang peranti. Ini membolehkan guru untuk memancarkan imej melalui projektor di dalam kelas, semasa mengajar.

    Bagaimana Mengaktifkan Monitor Luaran

    1. HIDUPKAN Chromebook anda. 2. Pasangkan HDMI-VGA Converter yang dibekalkan bersama dengan troli ChromeLab. 3. Pasangkan kabel VGA projektor kepada HDMI-VGA Converter. 4. Selepas memasangnya, ia seharusnya mempprojek secara lali kepada mod dekstop yang

    dilanjutkan. Tiada suis atau butang kombo yang boleh digunakan. 5. Jika anda telah menyambungkan skrin tetapi tiada apa-apa yang terpapar, periksa

    semula sambungan kabel. Tekan ctrl + maximize untuk berkitar melalui mod paparan jika skrin kosong.

    Bagaimana untuk menyelaras Tetapan Monitor Luaran Selepas bersambung dengan Monitor Luaran, kita akan dapat melihat desktop dalam mod desktop yang dilanjutkan, yang memberikan dua kali ganda ruangan untuk bekerja. Jika anda mahu mencerminkan imej pada skrin Chromebook anda atau laraskan resolusi Chromebook. Nota: Menu ini hanya boleh diakses jika anda mempunyai skrin yang disambungkan. Terdapat dua cara untuk anda mengakses menu: Pertama, taipkan "chrome://settings/display" ke dalam bar omnibox/carian.

  • Kedua ialah dengan mengakses melalui bar status. Ini dilakukan dengan mengklik jam di sudut bawah kanan skrin. Selepas menarik bar status ke atas, klik pada "Extending screen to" Selepas mengklik "Extending screen to" atau menaip "chrome://settings/display" ke dalam omnibox, menu tetapan paparan akan dipaparkan.

    Anda kini boleh melakukan 3 perkara pada skrin ini:

    Menyelaras skala/resolusi dengan penyelarasan kecil dalam menu TV Alignment Mencerim paparan Menjadikan paparan sebagai Paparan Utama

    Dalam menu TV Alignment, anda boleh menggunakan kekunci anak panah untuk menyelaras resolusi dan kekunci shift sebagai pengubahsuai.

  • 2.1.3 Mengurus Penyimpanan Setempat Setiap Chromebook dibina dengan 16 GB Solid State Drive. Ia digunakan untuk menyimpan fail ke dalam Chromebook. Penyimpanan ini adalah berbentuk sementara dan ruangannya adalah terhad, bergantung kepada berapa ramai pengguna akaun yang telah ditambah ke dalam Chromebook.

    Senario: Chromebook dengan 1 pengguna. Pengguna ini mempunyai penyimpanan on-board 16GB. Apabila pengguna lain ditambah, ruang penyimpanan dibahagikan di antara keduanya. Oleh itu, setiap pengguna tersebut mempunyai 8GB ruang penyimpanan. Senario: Chromebook dengan ramai pengguna. Setiap pengguna mempunyai bahagian daripada penyimpanan on-board 16GB yang tersedia. Apabila pengguna baru ditambah, ruang penyimpanan akan dibahagi lagi di antara para pengguna.

    Lebih ramai pengguna yang ditambah pada Chromebook, lebih kecil ruangan penyimpanan untuk setiap daripada mereka. Fail-fail yang dimuat turun ke dalam ruang penyimpanan seharusnya dimuat naik ke dalam Google Drive pengguna, yang akan muncul secara automatik apabila pengguna mengakses fail-fail mereka. Ini adalah cara untuk mengakses penyimpanan fail setempat:

    Klik pada Apps di Bar Pelancaran Klik pada ikon Filesuntuk mengakses

    penyimpanan On-board Klik pada Google Drive yang terdapat di sudur

    kiri tetingkap Files untuk mengakses Google Cloud Storage.

  • 2.1.4 Mencetak dengan Pencetak Awan Guru dinasihatkan untuk Guru-guru dinasihatkan mengikuti urutan langkah-langkah yang dinyatakan di bawah untuk mencetak dokumen dengan menggunakan Pencetak Awan: 1. Log masuk ke dalam Chromebook dengan Yes ID. 2. Buka pelayar Chrome dan pergi ke Menu.

    3. Pilih Print dari menu ke bawah.

  • 4. Pilih pencetak HP Cloud yang diinginkan dengan mengklik pada Change di bawah Destination dalam menu yang terdapat di sebelah kiri.

    5. Masukkan tetapan seperti Page Range, Page Layout/Orientation, Margins, dan sebagainya.

  • 6. Pilih Print dari pilihan di sebelah kiri.

    Dokumen anda kini dicetak. 2.1.5 Papan Kekunci Menggunakan Fungsi Papan Kekunci/Kekunci Pintas Fungsi dan kekunci pintas adalah direka untuk membolehkan Chromebook anda digunakan dengan pantas dan mudah, tanpa perlu mengklik beberapa kali pada papan kekunci anda. Bahagian ini akan membawa anda setiap fungsi kekunci pintas/fungsi papan kekunci.

    Nota: Fungsi papan kekunci yang disenaraikan di bawah mungkin berbeza mengikut negara anda. Fungsi berikut adalah berdasarkan fungsi piawai papan kekunci AS.

  • Kekunci Pintas

    Berikut adalah pengenalan tentang kekunci pintas pada barisan atas papan kekunci.

    Kekunci Pintas Fungsinya

    Kembali ke halaman sebelumnya dalam sejarah pelayar anda.

    Pergi ke halaman seterusnya dalam sejarah pelayar anda.

    Memuat semula halaman anda yang sedia ada.

    Membuka halaman anda dalam mod skrin penuh.

    Beralih ke tetingkap seterusnya.

    Kurangkan kecerahan skrin.

    Tambah kecerahan skrin.

    Tutup suara.

    Kurangkan kelantangan.

    Tambah kelantangan.

  • Kekunci Shift

    Tekan dan tahan kekunci Shift untuk memasukkan huruf besar.

    Kekunci Carian

    Ia terletak di lokasi Caps Lock pada papan kekunci tradisional, tetapi di sini ia adalah kekunci Carian. Tekan untuk pergi ke bar alamat pada halaman New Tab untuk melakukan pencarian web. Jika anda benar-benar memerlukan Caps Lock, pergi ke halaman Settings untuk menjadikan kekunci Carian berperanan sebagai kekunci Caps Lock.

    Fungsi Hot Key

    Tekan kekunci berikut pada masa yang sama.

    Hot keys akan terpapar pada Chrome OS.

    + +

    Dengan menekan kekunci shift dan ctrl serentak, pilihan Hot Keys yang ditekan akan dipaparkan.

  • Chromebook Shortcut Keys Papan kekunci pintas merupakan kombinasi beberapa papan kekunci dan klik yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan tertentu, seperti mengambil gambar skrin. Dengan mengetahui beberapa pintasan dalam senarai di bawah, anda boleh menjimatkan masa. Anda juga boleh menekan Ctrl+Alt+? apabila anda telah daftar masuk ke dalam Chromebook anda untuk melihat peta pintasan ini pada skrin. Pintasan: Tab dan Tetingkap

    Ctrl+N Buka tetingkap baru

    Ctrl+Shift+N Buka tetingkap baru dalam mod incognito

    Ctrl+T Buka tab baru

    Ctrl+O Buka fail dalam pelayar

    Ctrl+Shift+Q (dua kali) Daftar keluar dari Google Account pada Chrome OS

    Ctrl+W Tutup tab semasa

    Ctrl+Shift+W Tutup tetingkap semasa

    Ctrl+Shift+T Buka semula tab terakhir yang anda telah tutup. Google

    Chrome mengingati 10 tab terakhir yang anda telah tutup.

  • Ctrl+1 through Ctrl+8 Pergi ke tab di kedudukan yang ditetapkan dalam

    tetingkap

    Ctrl+9 Pergi ke tab terakhir dalam tetingkap

    Alt+1 sehingga Alt+8 Pergi ke tetingkap pada kedudukan yang ditetapkan

    Alt+9 Pergi ke tetingkap terakhir yang terbuka

    Ctrl+Tab Pergi ke tab seterusnya dalam tetingkap

    Ctrl+Shift+Tab Pergi ke tab sebelumnya dalam tetingkap

    Alt+Tab Pergi ke tetingkap berikutnya yang anda telah buka

    Alt+Shift+Tab Pergi ke tetingkap sebelumnya yang anda telah buka

    Klik dan tahan anak panah ke Back

    atau Forward dalam bar alatan pelayar

    Lihat sejarah pelayaran tab anda

    Backspace, atau tekan Alt dan anak

    panah kiri

    Pergi ke halaman sebelumnya dalam sejarah pelayaran

    anda

    Shift+Backspace, atau tekan Alt dan

    anak panah kanan

    Pergi ke halaman berikutnya dalam sejarah pelayaran

    anda

  • Tekan Ctrl dan klik pada pautan Buka pautan dalam tab baru dalam latar belakang

    Tekan Ctrl+Shift dan klik pada pautan Buka pautan dalam tab baru dan beralih ke tab yang baru

    dibuka

    Tekan Shift dan klik pada pautan Buka pautan dalam tetingkap baru

    Seret pautan ke tab Buka pautan dalam tab

    Seret pautan ke ruangan kosong pada

    jalur tab

    Buka pautan dalam tab baru

    Taipkan URL ke dalam bar alamat,

    kemudian tekan Alt+Enter

    Buka URL dalam tab baru

    Tekan Esc semasa menyeret tab Kembalikan tab ke kedudukan asalnya

    Ctrl+Shift+L Kunci skrin anda

    Pintasan: Pintasan Halaman

    Tekan Alt dan anak panah

    ke atas

    Ke atas halaman

  • Tekan Alt dan anak panah

    ke bawah

    Ke bawah halaman

    Space bar Skrol halaman web ke bawah

    Tekan Ctrl+Alt dan anak

    panah ke atas

    Home

    Tekan Ctrl+Alt dan anak

    panah ke bawah

    End

    Ctrl+P Cetak halaman semasa

    Ctrl+S Simpan halaman semasa

    Ctrl+R Muat semula halaman semasa

    Ctrl+Shift+R Muat semula halaman semasa tanpa menggunakan

    kandungan cache

    Ctrl dan + Zum masuk halaman

    Ctrl dan - Zum keluar halaman

  • Ctrl+0 Set semula tahap zum

    Esc Hentikan pemuatan halaman semasa anda

    Tekan Alt dan klik pautan Buka pautan dalam tab baru dalam latar belakang

    Ctrl+D Simpan halaman web semasa sebagai bookmark (penanda

    buku)

    Ctrl+Shift+D Simpan semua halaman dibuka dalam tetingkap semasa anda

    sebagai bookmark (penanda buku) dalam folder baru

    Seret pautan ke bar

    bookmark

    Simpan pautan sebagai bookmark (penanda buku)

    Ctrl+F Buka bar carian untuk mencari halaman semasa anda

    Ctrl+G atau Enter Pergi ke padanan berikut untuk input anda dalam bar carian

    Ctrl+Shift+G Pergi ke padanan sebelumnya untuk input anda dalam bar

    carian

    Ctrl+K atau Ctrl+E Lakukan carian. Taipkan istilah carian selepas tanda soal

  • dalam bar alamat dan tekan Enter.

    Ctrl+Enter Menambah www. dan .com untuk input anda dalam bar

    alamat dan buka URL yang terhasil

    Ctrl+ Mengambil gambar skrin halaman semasa anda

    Ctrl+ Shift+ Mengambil gambar skrin separa

    Ctrl+U Melihat sumber halaman

    Ctrl+Shift+I Togol paparan panel Developer Tools

    Ctrl+Shift+J Togol paparan panel DOM Inspector

    Pintasan: Tetapan Pelayar

    Ctrl+Shift+B Togol paparan bar bookmark. Bookmark dipaparkan pada New

    Tab jika bar tersebut disembunyikan.

    Alt+Shift+M Buka aplikasi Files

    Ctrl+. Paparkan fail-fail tersembunyi dalam aplikasi Files

  • Ctrl+H Buka halaman History

    Ctrl+J Buka halaman Downloads

    Shift+Esc Buka Task Manager

    Ctrl+Alt+/ Buka senarai kekunci pintasan papan kekunci yang tersedia

    Ctrl+? Pergi ke Help Center

    Ctrl+ Konfigurasi paparan monitor

    Shift+Alt+S Buka kawasan status di sudut kanan bawah skrin

    Shift+Alt+L Fokus terhadap pelancar

    Tekan Tab atau anak panah kanan untuk fokus kepada item berikutnya dalam bar alatan

    Tekan Shift+Tab atau anak panak kiri untuk fokus pada item sebelumnya dalam bar alatan

    Tekan Space atau Enter untuk mengaktifkan butang, termasuk tindakan halaman dan pelayar

    Tekan Shift + untuk membuka menu konteks butang (jika ada)

    Tekan Esc untuk kembali fokus kepada halaman

  • Ctrl +

    ATAU

    Ctrl +

    Tekan Ctrl dan kekunci belakang atau ke hadapan untuk menukar

    fokus kepada anak tetingkap papan kekunci-bleh akses. Anak

    tetingkap merangkumi:

    Ruang status yang mengandungi masa, ikon rangkaian dan ikon bateri di sudut kanan bawah skrin

    Launcher (Pelancar) Bar Address Bar Bookmark (jika kelihatan) Kandungan utama web (termasuk bar info) Bar Downloads (jika kelihatan)

    Alt+Shift+B Fokus pada bar bookmark. Gunakan senarai tindakan Shift+Alt+T

    untuk menggerakkan fokus.

    Alt+E atau Alt+F Buka menu Chrome pada bar alatan pelayar

    Shift+Search+Volume

    Up

    Buka menu klik kanan untuk item fokus

    Ctrl+Alt+Z Aktifkan atau nyah aktif ciri-ciri boleh akses jika anda tidak

    mendaftar masuk dengan Google Account. Jika anda mendaftar

    masuk, anda boleh mengkonfigurasi ciri-ciri boleh akses pada

    halaman Settings.

    Ctrl+Shift dan + Tambah skala skrin

    Ctrl+Shift dan - Kurangkan skala skrin

  • Ctrl+Shift dan ) Set semula skala skrin

    Ctrl+Shift dan Refresh Putarkan skrin 90 darjah

    Pintasa: Pengeditan Teks

    Ctrl+A Pilih semua yang ada pada halaman

    Ctrl+L atau Alt+D Pilih kandungan dalam bar alamat

    Tekan Ctrl+Shift dan anak

    panah kanan

    Pilih perkataan atau huruf berikutnya

    Tekan Ctrl+Shift dan anak

    panah kiri

    Pilih perkataan atau huruf sebelumnya

    Tekan Ctrl dan anak panah

    kanan

    Bergerak ke akhir perkataan seterusnya

    Tekan Ctrl dan anak panah kiri Bergerak ke permulaan perkataan sebelumnya

    Tekan Alt dan anak panah ke

    atas

    Ke atas halaman

  • Tekan Alt dan anak panah ke

    bawah

    Ke bawah halaman

    Tekan Ctrl+Alt dan anak panah

    ke atas

    Home

    Tekan Ctrl+Alt dan anak panah

    ke bawah

    End

    Ctrl+C Salin kandungan yang dipilih ke clipboard

    Ctrl+V Tampal kandungan ke clipboard

    Ctrl+Shift+V Tampal kandungan dari clipboard sebagai teks biasa

    Ctrl+X Cut (potong)

    Ctrl+Backspace Padam perkataan sebelumnya

    Alt+Backspace Padam huruf seterusnya (forward delete)

    Ctrl+Z Buat asal tindakan terakhir anda

  • Halaman ini sengaja dibiarkan kosong

  • 2.1.1 Skrin daftar masuk