hhhc9201 kemahiran komunikasi

58
HHHC9201 KE MAHIRAN KOM UNIKASI

Upload: yvonne-quinn

Post on 02-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI. Nama : Norfazilah binti Abdol No Matrik : A144490 Kos: Audiologi /1 Fakulti : Sains Kesihatan Jawatan : Exco Program. Pendahuluan. MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)  TARIKH :: 19 APRIL HINGGA 15 MEI 2014 TEMPAT :: KOLEJ TUN SYED NASIR ANJURAN - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 2: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Nama : Norfazilah binti AbdolNo Matrik: A144490Kos: Audiologi/1Fakulti: Sains KesihatanJawatan : Exco Program

Page 3: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pendahuluan

MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS) 

TARIKH ::19 APRIL HINGGA 15 MEI 2014

TEMPAT:: KOLEJ TUN SYED NASIR  ANJURAN:: KELAB SRIKANDI 

No Kelulusan Aktiviti:: DN 00285/2014

Page 4: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Dengan Kerjasama

:: Breast Cancer Welfare Association

Malaysia

:: Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)

:: Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR)

:: Kelab Kesenian Islam

:: Kelab Muzikal

:: Kelab Kebudayaan

Page 5: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pengenalan Program Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) dianjurkan oleh Kelab Srikandi

dengan kerjasama Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Majlis

Eksekutif Pelajar (MEP) KTSN serta beberapa kelab lain seperti Badan

Agama Dakwah dan Rohani (BADAR), Kelab Kesenian Islam, Kelab

Kebudayaan dan Kelab Muzikal. Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS)

merupakanhasil idea daripada gabungan pelbagai aktiviti anjuran setiap

kelab dan persatuan dalam kolej bagi memupuk semangat kerjasama

antara kelab dan persatuan supaya dapat menjayakan sesuatu program

dengan lebih efisien.Program ini yang bertemakan “Semarak Kasih Budaya

Siswi”, bertujuan melahirkan mahasiswi holistik yang tidak hanya

kompeten di dalam akademik tetapi juga dalam aspek kemahiran sosial

lain seperti kesenian serta kebudayaan.

 

Page 6: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada

mahasiswi di Kolej Tun Syed Nasir mempamerkan bakat serta kreativiti

masing-masing dalam melahirkan mahasiswi yang lebih proaktif,

kompetitif dan pada masa yang sama berilmu. Di samping itu juga,

semangat kerjasama dan ukhuwah antara siswi juga dapat dikukuh dan

dipereratkan melalui program ini dan dapat menghubungkan pelbagai

kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing. Program ini juga

bertujuan memberi kesedaran kepada mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir

tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga kesihatan

dengan mengadakan pameran serta sumbangan bagi membantu pusat

barah payudara yang terlibat.Tambahanpula, program ini dirancang bagi

memenuhi keperluan subjek kokurikulum serta mencapai kesemua lapan

hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran.

Page 7: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

OBJEKTIF PROGRAM

1. Memantapkan kemahiran kepimpinan mahasiswiKTSN dalam

mengendalikan sesuatu program.

2. Menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-

masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej Tun Syed

Nasir.

3. Menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama, bertoleransi,

berdisiplin, dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN.

4. Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi KTSN.

5. Untuk memenuhi kesemua lapan aspek hasil pembelajaran yang telah

digariskan untuk semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia

6. Memberi kesedaran tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga

kesihatan dengan mengadakan pameran.

7. Mengumpulkan sumbangan untuk pusat barah payudara yang terlibat sebagai

satu bentuk bantuan dan sokongan terhadap mereka.

Page 8: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Peranan

Pada program Malam Inspirasi Seni Siswi(MISS) yang lepas ,saya telah dipilih sebagai

Exco Program bersama dengan seorang lagi rakan yang lain. Tugas utama saya

adalah untuk merancang perjalanan program . Oleh kerana, program ini mengandungi

beberapa sub program yang lain tentatif program setiap aktiviti perlu dirancang dengan

teliti dan tersusun. Pada waktu yang sama, pemilihan tarikh untuk setiap sub program

juga penting kerana terlalu banyak program lain yang dijalankan di Kolej. Selaku Exco

Program komunikasi yang baik amat diperlukan untuk saya memastikan setiap maklumat

dapat disampaikan dan diterima dengan tepat dan mengelakkan sebarang salah faham.

Memandangkan Miss ini diadakan dengan kerjasama beberapa kelab besar yang lain ,

tidak dinafikan sememangnya komunikasi yang berkesan membantu saya dalam

berurusan dengan wakil setiap kelab tersebut. Walaupun, ini merupakan program kedua

saya sertai sebagai organisasi sepanjang menjadi pelajar tahun satu,komunikasi yang

baik terutamanya dengan senior-senior yang lain telah mewujudkan kerjasama yang erat

antara kami semua sebagai sebuah organisasi. Bukan itu sahaja,komunikasi dua hala

antara saya dan exco-exco yang lain juga telah memudahkan perjalanan setiap aktiviti

yang dianjurkan.

Page 9: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Selain itu, saya juga telah dilantik untuk mengutip derma bagi pihak Breast

Cancer Welfare di sekitar kolej dan kampus yang melibatkan para

pensyarah dan para pelajar. Memandangkan kutipan derma ini turut

melibatkan para pensyarah terutamanya, cara berkomunikasi, bahasa

badan dan ekspresi muka amat perlu untuk dijaga kerana ianya mampu

mengundang pandangan yang baik terhadap diri dan apa yang sedang saya

lakukan. Apabila menjalankan kutipan derma dalam kalangan pensyarah

khususnya, saya tidak boleh misalnya,berinteraksi menggunakan bahasa

slanga atau bahasa rojak sewaktu bercakap atau berbual. Hal ini kerana,

kesemua aspek komunikasi ini akan mencerminkan kematangan sikap

seseorang pelajar tersebut. Di samping itu, kemahiran komunikasi tersebut

akan mampu untuk meyakinkan mereka bagi memberi derma.

Page 10: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Perancangan

Pada 23 Disember 2014 bertempat di Bilik Oren,Kolej Tun Syed Nasir,UKM.

mesyuarat pertama telah diadakan. Pada mesyuarat ini , setiap Exco dikehendaki

memperkenalkan diri masing-masing serta penerangan skop kerja daripada

pengarah program. Oleh itu,aspek komunikasi sangat berperanan ketika ini, iaitu

perkara-perkara tersebut haruslah disampaikan dengan jelas dan dan padat agar

maklumat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan baik seterusnya

memudahkan gerak kerja antara ahli organisasi. Hal ini kerana,setiap ahli organisasi

program perlu memainkan peranan dan amanah yang mereka terima memberikan

nilai yang sangat penting. Kejayaan peranan yang mereka mainkan

menyumbangkan kepada kejayaan operasi organisasi.

Selain itu,apabila ahli organisasi dapat memahami dan meyakini sesuatu

matlamat, maka mudahlah membina kesepakatan dan seterusnya mengekalkan

sinergi dalam kumpulan. Kualitii kerjasama ahli akan lebih terserlah dengan

penerangan tentang matlamat program melalui komunikasi atas bawah antara

pengarah dan ahli organisasi.

Page 11: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Mesyuarat kedua telah diadakan setelah cuti semester satu iaitu pada 18

Febuari 2014 bertempat di Surau D,KTSN. Agenda mesyuarat kali ini adalah

untuk memilih tempat yang sesuai bagi menganjurkan MISS kerana

program ini lebih tertumpu kepada golongan Mahasiswi sahaja. Terdapat

beberapa cadangan yang dikemukan oleh exco-exco, namun tidak semua

dipersetujui atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, telah wujudnya komunikasi

interaksional di mana kesemua exco telah memberi maklum balas terhadap

perbincangan sama ada dalam bentuk verbal,bukan verbal atau kedua-

duanya sekali.

Page 12: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bertempat di Surau G, KTSN telah diadakan mesyuarat seterusnya iaitu

pada tarikh 27 Febuari 2014 jam 9 -11 PM. Kali ini,antara perkara yang

dibincangkan ialah pengarah membentangkan tarikh sub-sub program

MISS. Tarikh 6 Mei telah dipilih sebagai malam kemuncak MISS. Setiap exco

juga telah diminta untuk mencari beberapa orang ajk bagi memudahkan

gerak kerja. Sewaktu mesyuarat ini berlangsung,kemahiran mendengar

amat diperlukan. Sebagai salah seorang exco organisasi, saya perlu untuk

memberikan tumpuan bagi memahami apa yang cuba diterangkan melalui

maksud verbal dan bukan verbal. Ketika ini,juga selaku Exco Program kami

perlu untuk mengedit kembali tentatif program kerana adanya penambahan

slot Breast Cancer Talk.

Page 13: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Bertempat di Bilik Oren,KTSN sekali lagi pada 11 Mac 2014 jam 9.20-11.00

p.m telah diadakan mesyuarat seterusnya. Perbincangan kali ini melibatkan

pengemaskinian gerak kerja setiap exco. Bagi pihak exco program tentatif

bagi setiap sub program Miss telah berjaya disiapkan tetapi perlu dibaiki

atas beberapa aspek. Perbincangan yang telah dijalankan dengan Pengarah

Program telah banyak membantu saya dalam menyiapkannya kerana

melalui komunikasi verbal dan bertulis telah melancarkan proses

pertukaran pendapat antara kami dan juga memudahkan cara penyampaian

maklumat.

Page 14: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Mesyuarat kelima sehingga ke sembilan telah dijalankan bagi

mengemaskini gerak kerja setiap exco sehingga ke Malam Kemuncak MISS.

Selaku Exco Program yang juga ditugaskan untuk mengutip derma ,pada

10 April 2014 perbincangan bersama ajk telah dijalankan,yang mana kami

mendapatkan surat kelulusan untuk mengutip derma dan membahagikan

tugas antara exco dan ajk. Interaksi antara kami melibatkan beberapa

proses seperti perundingan,membahagikan tugas,berkongsi

maklumat,berbincang,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Manakala bertarikh 16 April 2014 kami telah berjaya mendapatkan surat

kelulusan mengutip derma dan sekaligus kutipan dijalankan sehingga ke

tarikh akhir 14 Mei 2014.

Page 15: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Perlaksanaan

Sub program pertama MISS iaitu pertandingan Nasyid dan Tilawah telah

dijalankan pada 19 April 2014 bertempat di Surau G,KTSN. Memandangkan

tempat pertandingan adalah terhad,kami terpaksa untuk menggabungkan

kedua-dua program tersebut ditempat yang sama. Bertukaran tempat pada

saat-saat akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap saya selaku

exco program. Oleh itu, tentatif program perlu diubah dan diperbaharui

bagi memastikan kelangsungan program pada malam tersebut. Melalui

komunikasi lisan,bahasa yang digunakan semasa proses perbincangan

dengan wakil setiap kelab juga amat penting seperti elak menggunakan

jargon,agar objektif perbincangan tercapai. Akhirnya, dengan perbincangan

tersebut tentatif program untuk aktiviti malam tersebut dapat disiapkan

dengan mudah terutamanya apabila maklumat tentang bilangan peserta

diperoleh.

Page 16: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Sebelum kedua-dua pertandingan berlangsung pada petang sekitar jam 5

petang,semua exco dan ajk dikehendaki bersama-sama untuk membuat persediaan

tempat seperti membersihkan surau dan menghias latar belakang pertandingan. Bagi

mendapatkan kerjasama kesemua ahli organisasi link mesej telah dihantar oleh

pengarah program. Komunikasi secara bertulis melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

ini amat membantu dalam penyebaran maklumat dengan cepat dan berkesan.

Hasilnya,kesemua ahli organisasi turun padang dalam menjayakan proses persediaan

ini.

Page 17: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 18: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 19: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 20: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 21: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 22: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 23: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 24: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pertandingan memasak telah diadakan pada 20 April 2014 bertempat di hadapan

K-shop,KTSN. Pada masa yang sama Pameran daripada Breast Cancer Welfare

Association juga turut diadakan serentak. Strategi kami mengadakan kedua-dua

program ini secara serentak adalah untuk menarik minat para mahasiswi KTSN

untuk berkunjung ke pameran serta turut menjadi penonton kepada pertandingan

memasak yang dijalankan. Bagi memastikan perjalanan program pada hari

tersebut berjalan lancar saya telah memberikan sedikit penerangan kepada wakil

daripada breast cancer tersebut berkenaan tentatif program di samping

penerangan kepada peserta pertandingan memasak itu sendiri. Untuk program

memasak ini juga tempat terpaksa diubah kerana terdapat satu program masakan

yang sama telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada waktu tersebut.

Ekoran perubahan tempat tersebut,kami sebagai Exco Program terlebih dahulu

telah memaklumkan kepada setiap peserta dan wakil Breast Cancer agar tidak

berlaku salah maklumat disini yang boleh menrencatkan perjalanan pertandingan

dan pameran.

Page 25: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 26: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 27: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 28: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 29: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 30: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 31: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 32: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 33: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 34: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 35: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 36: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 37: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 38: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Seterusnya, pada 26 April 2014 telah diadakan sub program ketiga iaitu

pertandingan nyanyian. Oleh kerana berlaku pertindihan dengan program lain

tempat yang dicadangkan pada awalnya tidak dapat digunakan pada malam

tersebut. Namun atas budi bicara bersama pengetua kolej dan felo pemantau kami

telah diberi tempat baru. Iaitu Bilik Mesyuarat Blok 6. Walaupun tempat tersebut

saiznya agak kecil daripada tempat yang asal pertandingan tetap diteruskan

seperti biasa. Selaku Exco Program saya telah berbincang dengan wakil daripada

Kelab Muzikal berkaitan kehadiran juri kerana sebelum ini hanya dua orang juri

yang memberi respond untuk hadir. Tetapi pada malam tersebut tiga orang juri

telah menghadirkan diri.. Komunikasi secara mendatar telah digunakan lebih

berbentuk pengecilan jurang antara kami yang mana dapat mengelakkan salah

faham. Komunikasi bentuk ini adalah usaha memupuk semangat kesatuan yang

mendorong keselesaan psikologi serta membentuk suatu sokongan sosial dalam

kalangan ahli organisasi.

Page 39: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 40: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 41: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 42: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 43: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 44: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Setelah selesainya kesemua sub-sub program yang dirancang telah diadakan, pada

16 Mei 2014 yang lalu telah diadakan malam kemuncak Malam Inspirasi Seni Siswi

(MISS). Di mana kesemua pemenang sub program akan diumumkan pada malam

tersebut. Persembahan daripda Juara Pertandingan Tilawah Al-quran,Pertandingan

Nasyid dan Pertandingan Nyanyian telah membuat persembahan. MISS ini telah

diadakan di Dewan Kuliah 4, UKM. MISS juga telah dirasmikan oleh Puan Nina Atiqah

Binti Mat Supri selaku Felo pemantau Kelab Srikandi KTSN. Jika dilihat perubahan

tempat untuk malam penutup ini juga berubah daripada Dewan Serbaguna,KTSN

kepada Dewan Kuliah 4. Hal ini kerana, kami memerlukan tempat khas bagi

mahasiswi untuk membuat persembahan dan bagi mengelakkan ianya ditonton oleh

mahasiswa dalam menjaga adab-adab tertentu. Pemilihan Dewan Kuliah 4 telah

disarankan oleh Timbalan Pengetua 11 KTSN iaitu Dr . Qodriyah Binti Mohd Saad dan

setelah berbincang dengan kesemua ahli organisasi kami mencapai kata sepakat

untuk mengadakannya di sana. Memandangkan pengakutan(bas) juga turut

disediakan.

Page 45: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 46: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 47: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 48: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 49: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 50: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 51: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pada malam penutup MISS ini juga persatuan silat KTSN telah dijemput untuk

membuat persembahan. Sememangnya tidak dinafikan persembahan silat

mereka telah berjaya mendapat tepukan gemuruh penonton kerana para

mahasiswi ini sangat beryakinan dan bersemangat dalam membuat

persembahan.

Page 52: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Penyerahan replika cek kepada wakil Breast Cancer juga telah diadakan pada

malam tersebut. Sebanyak rm 500 telah berjaya diperolehi dalam kalangan

pensyarah dan para pelajar UKM. Replika ini telah diserahkan oleh Pengarah

Program iaitu Saudari Amiera Afieqah Binti Mohd Ithnin kepada wakil Breast Cancer

atas kerjasama yang dijalankan.

Page 53: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 54: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Page 55: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Hasil Pembelajaran

Berdasarkan segala pengalaman lepas sepanjang saya menjadi Exco Program

Malam Inspirasi Seni (MISS) ini banyak perkara-perkara baru yang telah saya

pelajari terutamanya dalam menguruskan sesuatu program. Daripada tidak ada

langsung pengetahuan tentang skop kerja dan tugas yang perlu dijalankan saya

mula menimba ilmu sedikit demi sedikit. Iainya tidak mudah sebenarnya, di mana

aspek komunikasi sangat memainkan peranan dalam setiap perkara yang hendak

dijalankan. Hal ini kerana,komunikasi tidak terhad hanya melalui lisan sahaja ,

bahasa badan, ekspres muka juga turut mempengaruhi proses komunikasi.

Komunikasi kerap kali wujud apabila banyak persoalan yang ditimbulkan

sepanjang menjayakan program ini. Perkara yang saya pelajari adalah bagaimana

cara untuk menggunakan suara,intonasi dan bahasa yang betul ketika

menyampaikan sesuatu maklumat dalam proses perbincangan.

Page 56: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Sebagai Exco Program saya sering kali mengadakan perbincangan dengan

wakil setiap kelab,memandangkan kebanyakkan mereka merupakan golongan

senior dan orang yang berpengalaman dalam berorganisasi adalah perlu untuk

saya menggunakan komunikasi yang betul dalam memberi pendapat mahupun

menolak pendapat bagi mengelakkan sebarang salah faham antara satu sama

lain. Bukan itu sahaja,malahan komunikasi antara ahli organisasi itu sendiri

menuntut saya untuk berkomunikasi dengan berkesan. Contohnya, Exco

Perhubungan adalah antara orang yang saya kerap berurusan. Oleh sebab,

Exco Perhubungan adalah Chinese saya hendaklah memastikan bahasa yang

digunakan ketika berkomunikasi mudah difahami tanpa ada unsur-unsur

jargon. Secara tidak langsung, mampu memudahkan urusan dan menjadikan

gerak kerja lebih teratur dan tersusun.

Saya juga telah memahami arah aliran komunikasi yang mana ketiga-tiga

arah digunakan. Pertama adalah komunikasi atas bawah. Melibatkan

pemakluman arahan, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak pengarah

kepada ahli organisasi yang lain. Komunikasi ini melibatkan penyebaran

maklumat secara verbal atau betulis agar semua ahli organisasi memahami

apa yang cuba disampaikan.

Page 57: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Seterusnya, komunikasi bawah atas. Komunikasi begini melibatkan maklum

balas,aduan dan perbincangan daripada ahli organisasi kepada pengarah. Hal

ini memboleh pengarah mengenal pasti sama ada ahli organisasi benar-benar

faham terhadap skop kerja masing-masing. Selain itu, komunikasi mendatar.

Contohnya,komunikasi yang berlaku antara saya dan exco-exco yang lain,serta

ajk masing-masing. Melalui komunikasi ini mampu memupuk semangat

kesatuan yang mendorong keselesaan psikologi serta membentuk suatu

sokongan sosial antara ahli organisasi.

Di samping itu, saya juga telah mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan

masalah yang timbul dalam skop kerja dalam masa yang singkat. Jika dilihat

hampir kesetiap aktiviti terpaksa bertukar tempat. Apabila bertukar

tempat,ramai pihak perlu dimaklumkan terutamanya tetamu jemputan dan

juga peserta. Oleh itu,saya telah cuba menggunakan komunikasi maya seperti

menyebarkannya melalui Laman Muka Buku MISS,dan juga melalui SMS.

Seperti sedia maklum skop kerja utama saya adalah untuk menyediakan

tentatif program setiap aktiviti termasuklah untuk malam penutup MISS itu

sendiri. Oleh hal yang demikian, saya belajar bagaimana untuk menjadikan

tentatif tersebut tidak terlalu padat dengan menganggarkan masa setiap

aktiviti itu berlangsung.

Page 58: HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Begitu juga dalam memastikan perjalanan program selari dengan tentatif yang telah

disediakan. Oleh itu,saya telah memperoleh pengetahuan bagaimana untuk sentiasa

memastikan ketibaan para peserta tepat pada waktunya, serta para Vip jemputan.

Saya juga telah ditugaskan untuk mengutip derma bagi Breast Cancer Welfare dalam

kalangan pensyarah dan pelajar UKM. Jika sebelum ini saya malu dan segan untuk

berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi jawatannnya secara professional

namun melalui tugas ini telah melatih saya untuk berani kehadapan dan membina

keyakinan diri semasa berkomunikasi kerana komunikasi yang baik mampu

meyakinkan mereka daalm menghulurkan sumbangan.

Akhirnya, penglibatan dalam menjadi organisasi setiap kelab memerlukan masa

yang banyak dan lama. Oleh itu,saya telah belajar bagaimana untuk menguruskan

masa dengan baik tanpa menjejaskan pelajaran. Pembahagian masa amatlah penting

bagi seorang pelajar seperti saya. Terlalu banyak perkara baru yang telah saya

pelajari sepanjang menjadi ahli organisasi MISS ini dan segala pengetahuan baru akan

dapat terus digunakan pada masa akan datang. Sekian Terima Kasih.