laporan aktiviti kemahiran komunikasi hhhc9201 set 14, sem 2, sesi 2013/2014
DESCRIPTION
LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014 PENSYARAH: PROF. DR. SHARANJEET KAUR A/P MALKEET SINGH NAMA: NANTHINI A/P PUNNIASEELAN NO MATRIK: A144358 FAKULTI: FAKULTI FARMASI. Pelaksanaan Projek. RUN TO GAIN. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
![Page 1: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/1.jpg)
LAPORAN AKTIVITIKEMAHIRAN KOMUNIKASI
HHHC9201SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014
PENSYARAH: PROF. DR. SHARANJEET KAUR A/P MALKEET SINGHNAMA : NANTHINI A/P PUNNIASEELANNO MATRIK : A144358FAKULTI : FAKULTI FARMASI
![Page 2: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/2.jpg)
Pelaksanaan Projek
![Page 3: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/3.jpg)
RUN TO GAIN
Program Run To Gain merupakan subprogram di bawah program mega, iaitu Gema Amal Insan.
Program larian amal ini telah diadakan pada 1 Mac 2014 di Taman Tasik Titiwangsa dan juga di Kolej Tun Syed Nasir,UKM.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana melalui yuran penyertaan larian yang akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah serta membolehkan peserta yang terlibat untuk berlari untuk tujuan yang mulia.
Organisasi Gema Amal Insan telah memberi sepenuh komitmen dan bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjayakan program amal ini.
![Page 4: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/4.jpg)
Program Run To Gain ini telah disertai oleh lebih 100 orang termasuk kanak-kanak dan peserta veteran.
Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kategori peserta lelaki, peserta wanita, kanak-kanak dan ahli veteran yang dalam lingkungan usia 50 dan ke atas.
Saya telah ditugaskan sebagai ketua checkpoint 2 pada hari kejadian dan ditempatkan di salah satu kawasan di Tasik Titiwangsa.
Saya telah memantau seramai 7 orang ahli jawatankuasa, mengedarkan getah dan memberitahu para peserta berapa lagi pusingan yang mereka perlu selesaikan semasa melaksanakan tugas saya.
![Page 5: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/5.jpg)
Gambar 1: Saya sedang membantu mebuat perhiasan pentas bersama ahli exco yang lain.
![Page 6: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/6.jpg)
Gambar 2: Saya sedang menjalankan tugas saya sebagai ketua checkpoint 2 dengan menyerahkan getah
kepada para peserta.
![Page 7: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/7.jpg)
Gambar 3: Saya sedang menyusun semula kerusi ke dalam bilik stor.
![Page 8: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/8.jpg)
Gambar 4: Saya bersama ahli organisasi Gain yang lain.
![Page 9: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/9.jpg)
RefleksiMelalui subprogram ini, saya sedar tentang betapa
pentingnya kemahiran berkomunikasi semasa menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan untuk menjayakan sesuatu program tersebut.
Saya telah belajar tentang kepentingan etika ketika berurusan dan bersosial dengan pihak luar, terutamanya orang yang lebih tua atau berpangkat.
Selain itu, saya telah belajar untuk berkomunikasi dengan lebih efektif semasa menjalankan tugas saya sebagai ketua checkpoint.
![Page 10: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/10.jpg)
Saya juga sedar bahawa tanggungjawab sosial adalah sangat penting untuk menolong orang yang memerlukan bantuan dan sebagai ahli masyarakat, kita perlu melangsaikan tanggungjawab sebagai seorang manusia dengan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.
Hal ini dapat dilihat dalam program ini kerana kutipan daripada yuran penyertaan larian Run To Gain akan disalurkan kepada rumah kebajikan.
![Page 11: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/11.jpg)
MALAM CITRA SENI Malam Citra Seni merupakan satu malam
kebudayaan yang mempamerkan pelbagai jenis budaya rakyat Malaysia, memaparkan konsep 1Malaysia dan memupuk hubungan silahturahim antara pelajar berbilang kaum.
Program ini telah diadakan pada 22 Mac 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir dan bermula pada pukul 8 malam.
Program ini terbuka kepada semua pelajar UKM dan para peserta persembahan terdiri daripada para pelajar dari 2 buah kolej di Kampus Induk UKM Bangi dan ahli Kelab Seni Warisan UKM KL.
![Page 12: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/12.jpg)
Jualan tiket sebanyak RM2 telah dibuat secara skala besar di dalam dan di luar kampus.
Kutipan wang daripada jualan tiket Malam Citra Seni telah disalurkan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah.
Saya sebagai ahli organisasi sub-program ini yang memegang jawatan sebagai Exco Publisiti telah bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjayakan program ini.
Saya juga telah membuat persembahan tarian India pada malam tersebut sebagai wakil daripada Kelab Kebudayaan Kolej Tun Syed Nasir.
![Page 13: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/13.jpg)
Pada pukul 12.30pm pada 19 Mac 2014, saya telah menghadiri mesyuarat terakhir dengan penyelaras program, Dr Haniff bersama pemantau PMFFAR dan juga ahli organisasi GAIN yang lain untuk mendengar pembentangan tentatif dan pelan pada hari kejadian oleh exco program.
Pada pukul 8.00 malam pada 21 Mac 2014, saya dan ahli-ahli kumpulan tarian yang lain telah menjalankan latihan tarian yang terakhir di tepi perpustakaan dan membincangkan pakaian yang akan dipakai untuk persembahan kami.
Pada pukul 11.30pm sehari sebelum hari kejadian iaitu pada 21 Mac 2014, saya dan ahli exco yang lain telah turun ke dewan serbaguna, KTSN untuk menghias dewan dan backdrop pentas. Kami juga telah menyusun kerusi untuk para penonton.
Pada pukul 7.30 pagi pada 22 Mac 2014, saya dan exco-exco Malam Citra Seni yang lain telah membersihkan dewan dan bilik persalinan bagi pihak kolej dari UKM Bangi.
![Page 14: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/14.jpg)
Tepat pada pukul 3.30 petang, ahli organisasi Malam Citra Seni telah mengadakan raptai penuh dengan lightings dan sistem PA.
Selepas raptai selesai, saya membuat persiapan seperti menukar pakaian dan bersolek untuk persembahan malam nanti.
![Page 15: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/15.jpg)
Program Malam Citra Seni bermula tepat pada pukul 8.00pm dan program ini berjaya berjalan mengikut tentatif. Kumpulan tarian saya telah mendapat sambutan yang memeriahkan.
Majlis tamat pada pukul 11.00pm dan semua EXCO dan AJK telah membersihkan dewan dan telah menyusun semula kerusi ke dalam bilik stor.
Post mortem telah berlangsung selepas kerja pembersihan.
![Page 16: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/16.jpg)
Gambar 5: Penghiasaan dewan sedang dilakukan pada malam sebelum hari program.
![Page 17: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/17.jpg)
Gambar 6: Saya sedang mendengar taklimat daripada pengurus pentas sebelum raptai penuh pada hari kejadian.
![Page 18: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/18.jpg)
Gambar 7: Saya bersama ahli kumpulan tarian India saya dan ahli orkestra caklempong.
![Page 19: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/19.jpg)
Gambar 8: Saya sedang mebuka tampalan hiasan pada cermin dewan selepas program tamat.
![Page 20: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/20.jpg)
RefleksiProgram Malam Citra Seni telah memberi
banyak manfaat dan mendidik saya tentang kepentingan tanggungjawab sebagai seorang
rakyat Malaysia untuk memelihara warisan budaya tradisional kita yang unik dan
berharga. Persembahan tradisional seperti muzik caklempong, gendang cina dan tarian tradisional seperti zapin, tarian inang, dan tarian India yang menjadi identiti kita tidak patut dilupakan, malah patut dipeliharakan.
![Page 21: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/21.jpg)
Khidmat MasyarakatProgram Khidmat Masyarakat telah
diadakan pada 23 Mac 2014 di Rumah Kasih
Nurul Hasanah, Ampang.Seramai 25 kanak-kanak
di rumah tersebut berserta dengan 35 orang ahli organisasi
telah meluangkan sehari bersama-sama. Pelbagai jenis aktiviti
telah diadakan, antaranya termasuk sukan rakyat, mini
explorace serta sesi kreativiti membuat
penanda buku.
![Page 22: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/22.jpg)
Gambar 9: Ahli organisasi GAIN sedang membawa barang-barang ke rumah kebajikan Nurul Hasanah.
![Page 23: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/23.jpg)
Gambar 10: Kanak-kanak sedang membuat aktiviti bersama ahli organisasi GAIN.
![Page 24: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/24.jpg)
Gambar 11: Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti.
![Page 25: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/25.jpg)
Refleksi Khidmat Masyarakat merupakan aktiviti yang telah memberi impak yang besar kepada saya. Semasa persediaan dan pelaksanaan program ini, saya telah diberi peluang untuk mengubah hidup insan yang tidak bernasib baik. Sebagai
seorang manusia, tanggungjawab untuk memberikan kasih sayang dan menghulurkan
bantuan kepada insan ciptaan Tuhan merupakan kewajipan yang penting. Saya berasa bangga kerana saya dapat menyumbang idea untuk
merancang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama kanak-kanak .
![Page 26: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/26.jpg)
BAHAN PROMOSI Poster Program
![Page 27: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/27.jpg)
Risalah (FLYER)
![Page 28: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/28.jpg)
Blog dan laman Facebook
![Page 29: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/29.jpg)
Logo Gema Amal Insan
Tiket program
![Page 30: LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN KOMUNIKASI HHHC9201 SET 14, SEM 2, SESI 2013/2014](https://reader036.vdocuments.mx/reader036/viewer/2022081418/568165fa550346895dd92cb7/html5/thumbnails/30.jpg)
TAMAT