falsafah dan pendidikan di malaysia-assignment

Upload: vicky-liow

Post on 08-Jul-2015

931 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Falsafah Pendidikan Guru menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan indiBerlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:

Dalam menggubal falsafah pendidikan guru, para perancang dan pentadbir pendidikan adalah berpandukan bermacam sumber rujukan. Secara langsung falsafah pendidikan guru mengambil kira keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan, asas Ideologi Negara atau Rukun Negara dan Perlembagaan Negara, di samping mengambil berat tentang prinsip-prinsip perkembangan dan cara didikan kanak-kanak dan remaja juga teoriteori dan amalan tertentu pedagogi. Matlamat dan strategi pendidikan yang emndukung falsafah itu digambarkan pula sebagai memenuhi objektif perpaduan, bernilai dan berorientasikan keperluan kebangsaan, peka dan sensitif akan keperluan sains dan teknologi dan mementingkan perkembangan individu. Dengan kata lain, manusia unggul yang diharap dihasilkan oleh latihan atau pendidikan guru ini ialah guru-guru yang mempunyai watak dan pekerti yang mulia, berakhlak dan berpegang kepada ajaran agama, berperikemanusiaan, mendukung aspirasi negara dan warisan kebudayaan tempatan. Di samping itu mereka juga berusaha menggalakkan perkembangan diri kanak-kanak dalam semua bidang dan

bertanggungjawab menwujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratif, progresif dan berdisiplin.

1

Falsafah Pendidikan Guru dari dua perspektif, iaitu cabang-cabang falsafah dan elemenelemen yang terkandung.

Analisis Falsafah Pendidikan Guru Merujuk Kepada Cabang-cabang FalsafahCabang falsafah yang pertama ialah metafizik, ia mempunyai ciri-ciri Falsafah Pendidikan Guru seperti menjamin perkembangan individu, memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Daripada analisis yang didapati bahawa peranan guru adalah sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik dan realiti dalam bidang pendidikan. Bagi cabang kedua pula, epistemologi mempunyai ciri-ciri Falsafah Pendidikan Guru yang berpandangan progresif dan saintifik. Ia telah dianalisis bahawa ilmu itu adalah sentiasa berkembang lanjutan mengikut penemuan baru dan inovasi, tanggungjawab guru untuk memperoleh ilmu baru agar tidak ketinggalan zaman. Selain itu, cabang ketiga iaitu aksiologi telah menunjukkan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Guru yang berpekerti mulia, menunjukkan aspirasi negara dan juga menyanjung warisan kebudayaan negara. Analisis yang didapat ialah guru adalah sebagai rol model dan teladan yang baik, seorang guru mestilah bermoral, beretika, bersikap profesional dan sebagainya supaya dapat diteladani oleh anak-anak muridnya. Cabang yang terakhir pula dinamakan sebagai logik yang mempunyai ciri-ciri Falsafah Pendidikan Guru yang berpandangan progresif dan saintifik. Daripada analisis yang didapati ialah amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas professional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, peningkatan diri secara profesional adalah demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti guru.2

Analisis Falsafah Pendidikan Guru Merujuk Kepada Elemen-elemen Yang TerkandungElemen yang pertama dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah berpekerti mulia. Melalui analisis, kita dapat mengetahui bahawa sahsiah guru yang baik ialah berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya. Selain itu, berpandangan progresif dan saintifik juga merupakan salah satu elemen Falsafah Pendidikan Guru. Ia dianalisis dan mendapati bahawa elemen ini adalah berkembang mengikut peredaran zaman yang kini dan memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Elemen ini juga menunjukkan sikap berusaha supaya tidak ketinggalan dari segi profesional. Manakala elemen ketiga pula ialah bersedia menjunjung aspirasi negara. Daripada analisis yang didapat ialah menghayati aspirasi negara yang dihasratkan dan berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Di samping itu, elemen keempat pula ialah menyanjung warisan kebudayaan negara dan ia telah mendapat analisis, seperti menghayati warisan kebudayaan negara yang unik, memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid dan juga menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara. Bagi elemen yang kelima pula, menjamin perkembangan individu telah dianalisis bahawa peranan guru adalah dari segi perkembangan diri, manakala bagi perkembangan murid pula ialah perkembangan secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen yang terakhir pula ialah memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan disiplin. Analisisnya ialah tanggungjawab guru sebagai ahli

3

masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara serta berusaha supaya masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

Matlamat Pendidikan GuruBerdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilainilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Model Konseptual Pendidikan GuruModel Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu ketuhanan yang bermaksud peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Dimensi kedua pula ialah kemasyarakatan yang menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Kendiri pula merupakan dimensi ketiga yang menekankan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Selain itu, kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu aspek asas4

dalam dimensi utama. Aspek lain pula ialah nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

5

Peranan Pendidikan GuruDi Malaysia hari ini, guru-guru dilatih dalam dua cara. Pertama, latihan di maktab-maktab untuk program Kursus Perguruan dan Sijil Perguruan Lanjutan Ijazah (KPLI). Kedua, latihan untuk program Diploma Pendidikan dan Sarjana Muda Pendidikan. Guru-guru yang dilatih di Maktab ditawarkan dengan dua program pendidikan. Untuk sijil perguruan bagi mereka yang lulus Sijil Pelajaran Malaysai (SPM), pelajar dikehendaki menjalani program pendidikan dan latihan selama 5 tahun. Bagi calon-calon yang telah pun mempunyai ijazah pertama dari universiti-universiti, tempoh masa latihan hanyalah satu tahun. Di akhir program mereka akan dianugerahkan Sijil Lanjutan Perguruan (KPLI). Di maktab, program Sarjan Muda Pendidikan dalam bidang-bidang tertentu seperti pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL), pengajaran bahasa Melayu, bahasa Cina, Sains, Matematik dan lain-lain, adalah memakan masa empat tahun. Mereka ini mengikuti ilmu pendidikan serentak dengan ilmu pengkhususan yang lain. Kelayakan untuk mengikuti program pendidikan perguruan dipertingkatkan. Pada masa kini, calon-calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Melaysai dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta empat kepujian dalam jenis-jenis mata pelajaran yang dipohon. Biasanya sebelum seseorang calon itu dipilih, mereka dikehendaki menjalani satu ujian sikap atau aptitiude di samping ditapis berasaskan kelayakan akademik yang dicapai. Seterusnya satu temu duga dijalankan untuk memastikan mereka mempunyai personaliti dan keupayaan yang sesuai dengan kehendak profesion atau benar-benar berjiwa pendidik.

6

Aspek-aspek utama yang dijadikan tumpuan latihan di maktab-maktab adalah untuk melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber untuk menampung keperluan semua jenis sekolah, melahirkan guru yang bermotivasi tinggi dan meninggikan kemahiran, keberkesanan dan pengetahuan dalam hal-hal akademik dan profesional. Sistem pendidikan perguruan juga telah mengalami pelbagai perubahan. Dari segi penilaian, pelajar-pelajar dinilai berdasarkan kerja kursus (50%) dan peperiksaan (50%) bagi bidang pengkhususan serta kursus-kursus wajib dalam pendidikan. Kesemua kursus lain akan dinilai berdasarkan kerja kursus sahaja. Di Malaysia hari ini, terdapat lebih 29 buah maktab perguruan yang menawarkan program pendidikan guru. Purata setiap tahun seramai lebih kurang 13,000 orang dilatih untuk menjadi guru yang profesion.

7

Peningkatan Kelayakan Akademik GuruIsu kualiti guru sering dipersoalkan dan dibahaskan sama ada oleh orang biasa atau ahli pendidik professional. Kita tidak dapat menafikan tentang kepentingan pendidikan bagi anak-anak kita, baik dalam bidang kognitif, efektif atau psikomotor. Semua orang mahukan pendidikan yang sebaik-baiknya untuk anak-anak mereka. Semua orang juga mahu supaya anak-anak ini nanti akan berkembang dengan baik dan sesuai dengan keadaan semasa serta dapat mengurus diri mereka dengan sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekirannya masyarakat sangat berminat dan mengambil berat tentang segolongan anggota masyarakat yang diamanahkan untuk memberi ilmu dan kemahiran, menanam sikap positif terhadap hidup dan memberi bimbingan, galakan serta pendidikan kepada anak-anak mereka. Golongan tersebut ialah kaum guru. Satu perkara yang berhubung rapat dengan isu kualiti guru ialah kelayakan akademik yang perlu ada pada bakal guru. Kita telah melihat bagaimana syarat kelulusan akademik bagi membolehkan seseorang menjadi guru telah dipertingkatkan. Daripada hanya mempunyai kelulusan Darjah Enam bagi guru yang mengajar di sekolah Melayu sebelum merdeka. Kini, lima puluh tahun selepas merdeka, syarat untuk mengajar di peringkat menengah ialah ijazah kepujian. Apabila kerajaan menubuhkan Pusat Latihan Harian (lebih terkenal dengan singkatan Inggerisnya, DTC), kelayakan minimum untuk menjadi guru dinaikkan kepada Sijil Rendah Pelajaran. Kelayakan akademik ini kemudiannya dinaikkan kepada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pemegang-pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tentu tidak dihalang daripada memohon masuk ke maktab perguruan, malah digalakkan.

8

Kita sudah hampir berada di satu zaman yang guru-guru sekolah rendah dan prasekolah pun akan mempunyai kelulusan universiti, seperti yang berlaku di negaranegara perindustrian, misalnya Jepun, Jerman Barat, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Guru-guru prasekolah atau tadika di Amerika Syarikat ada yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Segala aspek yang terkandung dalam kurikulum pendidikan guru menekankan pada pendekatan integrasi bagi pengajaran. kemahiran integrasi bagi mata pelajaran sekolah akan didedahkan kepada guru pelatih. Selain itu, integrasi bagi nilai proses pengajaran pembelajaran juga didedahkan melalui teori dan praktis. Contohnya, dalam aspek pendidikan psikologi dan pedagogi, integrasi adalah untuk memahami dengan lebih baik cara-cara teori dan praktis. Tabiat membaca dan penggunaan pusat resos digalakkan pada guru pelatih kerana ini merupakan asas pembelajaran bagi mereka. Penekanan bagi kerja kursus adalah berdasarkan proses, bukan pada kerjanya. Dengan cara ini, sesuatu kerja kursus akan memperlihatkan isi-isi pembelajaran serta pembacaan yang telah diperolehinya. Dengan cara sedemikian, kerja kursus akan berkualiti dan guru pelatih juga akan mengekalkan minatnya dalam sesuatu pengetahuan yang diperolehinya. Komponen bagi pendidikan bimbingan dan kaunseling juga didedahkan pada pelajar. Daripada pengalaman tersebut adalah diharapkan guru pelatih dapat membantu serta membimbing muridnya di sekolah kelak. Etika guru dan konsep mengajar sebagai profesion akan juga diperkenalkan kepada pelajar. Aspek-aspek lain seperti disiplin dan tanggungjawab guru dibincangkan sepanjang kursus mereka. Para pelajar akan menjalani latihan mengajar iaitu praktikum di mana mereka dapat mempraktikkan segala aspek yang mereka pelajari tadi.9

Kurikulum juga menekankan kemahiran mengajar dalam KBSR dan KBSM di mana terdapat prinsip asas kaedah kumpulan yang dimuatkan dalam komponen pedagogi pengajaran. pelajar juga menjalankan pengajaran mikro sebelum dihantar ke sekolah.

Peningkatan Kemahiran GuruDalam tempoh persedian untuk menjadi guru, banyak yang telah dipelajari berkaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Kemahiran tersebut merangkumi bidang asas perguruan seperti ilmu psikologi, sosiologi dan falsafah pendidikan. Selain itu, bakal guru juga mempelajari tentang objektif pendidikan dan cara menentukan pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran yang boleh digunakan bagi mencapai sesuatu objektif. Kemahiran menyoal juga perlu dipelajari untuk memerangsang, mengekalkan perhatian dan untuk mengukuhkan pengajaran. Kawalan dan pengurusan kelas juga tidak kurang pentingnya untuk dipelajari oleh bakal guru. Pendekatan pengajaran yang popular di kalangan guru di kebanyakan negara ialah pendekatan yang berpusatkan kepada guru. Menurut pendekatan ini, guru memainkan peranan utama bagi menyampaikan ilmu kepada murid. Bagaimanapun, sejak tahun 1970, terdapat arah aliran kepada penggunaan pendekatan yang berpusatkan kepada pelajar, di beberapa buah negara Barat. Pendekatan ini banyak menggunakan media yang beraneka ragam seperti slaid, pita rakaman, kaset video, atau bahan yang berasaskan komputer. Cara ini memanglah melibatkan pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan aktif. Perkembangan ini juga memberi implikasi bahawa para guru perlu memperoleh kemahiran bagi mengendalikan alat-alat tersebut dalam pengajarannya. Kehidupan harian dalam dunai pekerjaan juga semakin bergantung kepada bantuan komputer bagi merancang, menyusun, dan mengawal pengurusan sesebuah organisasi. Oleh itu, tidak syak lagi segala perkembangan dalam dunia teknologi perlu diikuti oleh10

guru-guru sekolah. Ini bermakna, program penyediaan guru di maktab atau unversiti telah juga memasukkan unsur kemahiran dalam penggunaan komputer. Jadi, guru perlu membiasakan diri dengan beberapa perisian komputer yang popular di pasaran. Kita dapat bayangkan, kelas di masa akan datang mungkin mempunyai komputer untuk kegunaan bagi setiap pelajar. Guru sekarang telah lebih bergantung kepada bantuan komputer untuk menilai keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran mereka. Misalnya guru menggunakan komputer untuk menganalisis keputusan ujian yang diberikan kepada kelas yang diajarnya. Dengan bantuan alat ini, guru dapat mengubah suai dengan segera kaedah penilaian supaya sesuai dengan pelajarnya. Dengan bantuan komputer juga guru-guru mempunyai bank soalan sendiri di sekolah. Yang menjadi masalah ialah adakah pihak Kementerian Pendidikan mempunyai peruntukan yang secukupnya untuk membekalkan komputer ke semua sekolah di negara ini? Selain masalah membekalkan alat, timbul pula masalah gurunya. Apabila semua sekolah telah ada komputer tentulah ramai guru komputer yang diperlukan. Satu perkara perlu diingat iaitu walau tinggi mana sekalipun teknologi baru yang dinamakan komputer yang sangat ajaib lagi menakjubkan itu, namun ia tidak dapat menggantikan peranan guru, yang berupa insan yang mempunyai emosi, perasaan, peri kemanusiaan dan berfikiran. Oleh itu, komputer akan tetap berfungsi semata-mata sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Mulai pengambilan guru-guru pelatih tahun 1991/93 praktikum bagi program lima semester adalah 19 minggu. Program ini dibahagikan kepada dua masa iaitu sembilan minggu pada semester ke-III dan sepuluh minggu pada semester ke-V. Namun begitu,

11

program praktikum hari ini bagi program 8 semester PISMP ialah 24 minggu (dibahagikan kepada 4 semester sahaja) dan program intership 4 minggu. Program praktikum adalah bertujuan untuk memastikan program praktikum diberi fokus kepada sekolah dan secara amnya mengadakan penyeliaan serta penilaian. Program ini dapat berpadu tenaga dengan sekolah untuk penyelian, bimbingan dan penilain. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan keberkesanan bagi membimbing guru pelatih melalui penyeliaan klinikal dengan kerjasama guru-guru sekolah. Konsep baru bagi program praktikum telah dijalankan pada tahun 1989. Beberapa maklumbalas telah diperolehi dan kemudiannya segala kelemahan telah diatasi dengan mengadakan program susulan. Selain program latihan mengajar, satu komponen kokurikulum juga telah diperkembangkan bagi guru-guru pelatih. Aktiviti kokurikulum dijadikan sebagai sesuatu komponen yang wajib dalam program pendidikan guru. Aktiviti kokurikulum telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Sepanjang program latihan, guru pelatih perlu menceburi dalam sekurangkurangnya satu aktiviti dalam tiap-tiap kategori tersebut. Seorang guru pelatih perlu mengetahui aspek-aspek kemahiran pengelolaan, pentadbiran, kemahiran asas,

kehakiman dan juga kejurulatihan. Program ini adalah selaras dengan polisi pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan seorang guru yang aktif dan serba boleh. Bahagian Pendidikan Guru juga menawarkan pelbagai kursus tambahan yang dinamakan kursus dalam perkhidmatan. Kursus-kursus ini bertujuan untuk

mempertingkatkan lagi kemahiran, pengetahuan dan juga keupayaan pelajar-pelajar dalam nilai kepimpinan. Program ini juga dijalankan untuk mempertingkatkan motivasi guru-guru dalam pengkhususan dalam mata pelajaran yang mereka minati.12

Peranan GuruSebagai PengajarDengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah bertambah rumit. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus,

pemudahcara, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai innovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, dia hendaklah memahami dengan secukupnya falsafah pendidikan, hasrat yang dikandungnya dan matlamat yang dituju. Kefahaman mesti diiringi dengan kesedaran, keinsafan, amalan dan penghayatan. Guru haruslah menyokong penuh paksi pendidikan iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik atau penyebar ilmu. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-murid berakhlak mulia. Guru merupakan insan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Guru merupakan perancang untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru juga hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran.Dengan itu,13

guru akan merancang pelbagai jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selepas perancangan dibuat, guru akan bertindak sebagai pelaksana. Dia akan melaksanakan aktiviti mengikut perancangan. Pelajaran akan dimulakan dengan menggunakan set induksi yang sesuai dan menarik. Soalan-soalan mungkin dikemukakan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pada murid-murid. Pada peringkat

perkembangan, guru akan memastikan bahawa idea yang mudah disampaikan terlebih dahulu sebelum beralih kepada idea yang rumit. Penyertaan murid-murid akan digalakkan agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. Penilaian merupakan satu aspek yang penting dalam pendidikan. Tanpa penilaian, seseorang guru tidak mendapat maklum balas sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak. Guru sebagai penilai akan menentukan alat penilaian,iaitu sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja, pemerhatian atau projek. Seseorang guru boleh menjalankan dua jenis penilaian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad. Manakala bagi penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Tujuannya ialah untuk memberikan gred serta juga sijil. Di samping itu, guru juga memainkan peranan pembimbing semasa aktiviti dijalankan. Contohnya, ketika murid-murid cuba menyelesaikan masalah matematik, guru akan membimbing murid yang lemah dan yang kurang memahami cara penyelesaian. Bagi murid yang nakal pula, guru boleh membimbingnya ke arah pembentukan tingkah laku yang positif serta diterima oleh masyarakat. Bimbingan yang diberikan dalam aspek-aspek yang dinyatakan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tenang, sihat dan selesa.14

Sebagai pemudahcara, guru memainkan peranan membantu melicinkan perjalanan segala aktiviti di dalam bilik darjah. Sebagai pemudahcara, guru akan memotivasikan murid supaya mereka sentiasa mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperoleh pencapaian yang baik. Dia juga membantu murid mencari penyelesaian masalah yang dihadapi dalam pembelajaran dan menolong murid yang lemah dengan menyediakan pendidikan pemulihan. Dia juga akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran yang berkesan untuk mencapai objektif pelajaran. Peranan guru sebagai inovator amat nyata sekali kerana guru selalunya dianggap sebagai agen perubahan. Inovator merupakan seseorang yang memperkenalkan sesuatu inovasi. Inovasi ialah sesuatu yang baru, iaitu sama ada kaedah, teknik, idea atau apa-apa sahaja yang baru. Di dalam bilik darjah, guru hendaklah berusaha untuk mencuba serta mencari teknik pengajaran yang baru agar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan baru tentang suatu perkara juga hendaklah disampaikan kepada murid. Guru biasanya akan memikirkan tentang inovasi sekiranya terdapat kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan. Selain itu, sebagai pengurus, guru akan memastikan segala kegiatan seharian seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur. Oleh itu, rutin yang cekap digunakan. Rutin juga menjimatkan masa dan tenaga. Setiap aktiviti dapat berjalan dengan licin serta teratur. Guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain haruslah dielakkan. Sebagai pengurus yang baik, guru juga hendaklah mendengar masalah murid dan berusaha untuk menolong mereka menyelesaikannya. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya.

15

Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola adalah nyata. Dia akan memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran serta memastikan segala bahan, peralatan dan kelengkapan mencukupi. Dia juga akan menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran serta mengelolakan ceramah dan seminar yang berfaedah seperti teknik belajar, pengurusan masa, pencegahan penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Guru juga sebagai penyelidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, langkah hendaklah diambil untuk menyelidiki faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu masalah dan memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jenis penyelidikan yang biasa dijalankan oleh guru pada masa kini ialah penyelidikan tindakan. Dalam penyelidikan tindakan, tujuanya bukanlah untuk

membuktikan satu hipotesis. Sebaliknya, yang menjadi tumpuan dalam jenis penyelidikan ini ialah penyelesaian masalah. Lataran itu, hasil penyelidikan akan digunakan bagi menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah dan dengan itu, meningkatkan mutu pendidikan. Guru juga berperanan sebagai pendisiplin yang menjaga disiplin murid. Murid yang berdisplin menjamin keamanan dan ketenteraman bilik darjah. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan licin dan berkesan. Di samping itu, murid-murid akan dilatih untuk mengawal kelakuan mereka tanpa kehadiran orang dewasa atau guru. Dengan kata lain, disiplin kendiri digalakkan. Guru merupakan pengganti ibu bapa murid-murid yang berada di sekolah. Kebajikan murid-murid terletak pada bahu guru sebaik sahaja mereka berada di dalam kawasan sekolah. Sekirannya murid tercedera atau sakit semasa berada di sekolah,16

gurulah yang akan menghantarnya ke klinik atau hospital. Layanan dan perhatian semasa di rumah akan terus diberikan oleh guru apabila murid tersebut berada di sekolah. Selain itu, guru juga sebagai pemimpin masyarakat yang menolong murid untuk membina sikap positif, cara pemikiran yang tersusun serta menolong mereka menentukan matlamat hidup yang perlu untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Sebagai usaha membantu murid-murid lemah di komuniti itu, guru boleh mengendalikan kelas bimbingan. Sebagai pemimpin masyarakat, guru hendaklah menunjukkan inisiatif dan kegigihan dalam mengusahakan projek kemasyarakatan. Dengan itu, barulah harapan rakyat jelata terhadap guru dapat dipelihara. Di sekolah, guru merupakan kauselor yang penting bagi murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah dari segi akademik, kerjaya ataupun peribadi sama ada pada peringkat rendah ataupun menengah. Kaunseling peribadi diadakan untuk menolong murid-murid mencapai kesedaran kendiri yang tinggi, konsep kendiri yang positif serta cara menghadapi masalah sosial dan emosi.sesetengah murid mungkin akan menarik diri disebabkan konsep kendiri yang rendah. Bagi murid seperti ini, kauselor akan mengkaji punca-punca masalahh dan seterusnya bertindak untuk mengadakan langkah-langkah susulan. Di setiap sekolah terdapat berbagai-bagai kelab, aktiviti sukan dan unit pakaian seragam. Gurulah yang memainkan peranan sebagai penasihat aktiviti kokurikulum dalam menjalankan berbagai-bagai aktiviti tersebut, sama ada aktiviti unit pakaian seragam, kelab ataupun sukan. Guru merupakan pembentuk peraturan yang penting untuk menentukan peraturan yang diperlukan bagi sesebuah bilik darjah supaya kelicinan dan keberkesanan pengajaran

17

dan pembelajaran terjamin. Dalam membentuk peraturan-peraturan itu, guru akan memastikan segala peraturan tidaklah terlalu banyak ataupun terlalu susah untuk dipatuhi. Di samping itu, guru juga sebagai pakar mata pelajaran dalam pekerjaan yang mulia ini. Seorang guru diharap akan sentiasa menambah ilmu pengetahuannya melalui pembacaan atau dengan menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Dengan adanya pengetahuan yang luas serta mendalam, guru boleh membimbing dan membantu muridmurid dari segi intelek, emosi, sosial dan rohani. Selain mengajar, seseorang guru juga merupakan seorang pentadbir yang mentadbir segala hal berkaitan dengan kebersihan bilik darjah dan melaksanakan segala peraturan bilik darjah dan sekolah agar suasana teratur. Guru juga mentadbir pelbagai skim bantuan seperti bantuan buku teks dan segala rekod murid seperti kedatangan, rekod prestasi dan sebagainya. Pelbagai jenis ujian dan peperiksaan seperti UPSR, SPM dijalankan serta diawasi oleh guru dan mengutip pelbagai jenis yuran. Guru merupakan seorang pentadbir yang penting dan secara langsung dapat membantu pengetua melicinkan lagi pentadbiran sekolah secara keseluruhan. Guru juga memainkan peranan sebagai contoh dan teladan kepada muridmuridnya. Guru hendaklah menunjukkan sikap yang baik, cara berpakaian yang sesuai, cara pertuturan yang berbudi bahasa dan yang diterima oleh masyarakat, seperti berpakaian kemas dan teliti dalam kerjayanya, dan yang paling penting sekali ialah menunjukkan kerajinan dan kejujuran. Dengan kata lain, guru dikehendaki sentiasa menonjolkan sahsiah yang baik. Dalam menjalankan tugas harian, terdapat berbagai-bagai situasi dan guru terpaksa menjadi pengadil tingkah laku. Guru perlu mengkaji sesuatu kes seperti kes pergaduhan dan membuat satu keputusan tentang jenis hukuman yang akan dikenakan kepada murid18

yang terlibat. Dalam situasi seperti ini, layanan guru terhadap setiap orang pelajar juga hendaklah adil dan saksama. Dalam mengenakan hukuman atau ketika memberi ganjaran, unsur keadilan hendaklah ditekankan. Selain itu, guru juga merupakan seorang pendorong atau penggalak yang penting untuk murid. Guru tidak haruslah melayani pelajar dengan pengetahuan psikologi yang diperoleh daripada penggunaan kata-kata seperti bodoh. lembam dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan pelajar mudah berputus asa, menarik diri, berfikiran pasif dan kurang berkeyakinan. Sebaliknya, guru hendaklah sentiasa mendorong pelajar dengan menggunakan pelbagai teknik motivasi agar mereka akan membesar menjadi anggota masyarakat yang yakin, tabah hati dan sedia untuk bersaing. Ini seterusnya akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang makmur serta ekonomi yang dinamik, berupaya bersaing dan kental. Guru adalah pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu sentiasa berterusan belajar. Guru merupakan gedung ilmu bagi pelajar untuk belajar. Guru juga sentiasa mencetus serta memupuk semangat belajar dan menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan sepanjang hayat. Sebagai seorang guru, dia juga hendaklah mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan kemahiran dan nilai. Guru mesti melaksanakan pengajarannya secara bersepadu dengan memelihara keseimbangan di antara pengetahuan dengan amalan dan ucap dengan laku. Guru juga dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mempunyai berbagai-bagai kebolehan dan membangunkan budaya pelajar. Seorang guru juga terpaksa menjadi seorang kerani yang menyediakan dan menaip kertas ujian, menanda kertas jawapan, mengisi markah ke dalam buku rekod guru, mengisi

19

kat penyata kemajuan, menulis surat jemputan yang akan dihantar kepada ibu bapa, mengisi borang pinjaman buku, rekod persekolah murid dan berbagai-bagai lagi. Sebagai kesimpulan, adalah jelas bahawa sumbangan dan peranan guru begitu banyak dan amat penting untuk membantu kerajaan kita mencapai cita-cita yang terkandung dalam Wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia, melalui satu sistem pendidikan yang dinamik, progresif dan futuristik, akan dapat menangani cabarancabaran Wawasan 2020.

20

Menguasai Ciri-ciri Guru BerkualitiGuru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar kepada pencapaian dan pembangunan diri murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan ialah berkualiti dari segi intelek. Keperluan intelek yang perlu dimiliki ialah berilmu pengetahuan. Cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru untuk memiliki pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran dengan menanamkan sifat ingin tahu dalam diri sendiri dan mempunyai minat suka membaca buku daripada pelbagai bidang. Selain itu, Kemahiran ICT dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai oleh seorang guru sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, dia hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan guru untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggitingginya. Sebagai seorang guru, dia juga hendaklah mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya. Hal ini demikian kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa Inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar. Di samping itu, guru juga hendaklah sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi dengan menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir mengikut Kualiti Pengajaran yang menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru.21

Antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran Behavioral, Teori Pembelajaran Sosial Kognitif, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran Humanis, dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru iaitu Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pengajaran Inkuiri, Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifatsifat berikut, memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini adalah terkandung dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan. Perkara-perkara yang terkandung dalam Etika Profesion Keguruan ialah

tanggungjawab terhadap pelajar. Guru mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik dan lain-lain. Guru juga perlu mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Selain itu, guru juga perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan sentiasa mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara pendidikan dengan rumah tangga. Guru juga mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibu bapa berkaitan rumah tangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Di samping itu, guru juga perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan22

dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Individu yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kukuh akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru hendaklah sentiasa sedar bahawa dia adalah bertanggungjawab penuh ke atas perbuatan seseorang guru. Kesedaran ini perlu diiringi dengan usaha untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama dengan baik. Guru juga perlu sering berpandukan kepada aspek keagamaan dalam setiap tindakan yang diambil untuk mendidik para pelajar. Seseorang guru juga perlu berkualiti dari segi jasmaninya seperti mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, Guru hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan. Guru juga hendaklah menonjolkan penampilan diri yang baik kerana seseorang guru sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk dijadikan contoh teladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku guru mesti menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai guru yang berkualiti. Selain itu, sebagai seorang guru yang berkualiti perlu untuk sentiasa mengekalkan kestabilan emosi agar guru dapat menjamin diri kekal23

sebagai guru berkualiti, seterusnya dapat mendidik pelajar-pelajar agar menjadi menjadi insane yang seimbang dan harmonis. Dia juga hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dan etika perkhidmatan awam dengan baik dan penuh tanggungjawab. Sebagai seorang guru, dia juga hendaklah memiliki kemahiran bercorak fizikal yang baik. Kemahiran berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

24

Akauntabiliti GuruMengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi, di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidang tugas termasuk diri yang dikenal pasti. Yang pertama ialah bidang pekerjaan. Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya,iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, kerja pengajaran mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya. Yang kedua ialah sekolah. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Tingkah laku kendiri guru pula merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin25

dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian seperti guru, bertindak seperti guru dan bertutur seperti guru. Selain itu, bidang tugas juga termasuk murid. Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabliti terhadap taraf

pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya. Sebagai seorang profesional, guru pula mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam

menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut cita dan matlamat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengna penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang sekolah, tingkah laku, murid dan profesion keguruan.

26

Keperibadian GuruDi samping guru itu menjadi seorang pengajar dia harus dapat menunjukkan

contoh; bagaimana dia bertindak, berbahasa, berhubung dengan orang lain, berpakaian dan lain-lainnya. Oleh yang demikian guru itu seharusnya mempunyai tatasusila yang tinggi, ini menjadi sifat peribadi guru itu. Kesimpulan daripada hasil penyelidikan itu dapatlah kita katakan bahawa guru itu seharusnya juga mempunyai sifat-sifat peribadi seperti baik hati, ramah tamah adalah sifat yang dihargai oleh kanak-kanak. Guru juga haruslah pandai berjenaka kerana kanakkanak berkehendakkan suasana yang riang gembira dan dengan itu jiwa mereka akan berkembang dengan baik. Di samping itu, guru juga hendaklah mempunyai sifat

kesabaran yang tinggi. Dia seharunya tidak lekas marah-marah atau menghukum yang berat-berat jika murid-muridnya membuat kesalahan yang kecil. Seorang guru hendaklah mempunyai kelurusan hati. Dia seharusnya menyayangi semua murid dan segala hukuman hendaklah dilakukan dengan adil. Seorang guru juga haruslah cekap dalam menyampaikan pelajarannya kepada murid-murid dan

mengelolakan kelas. Gunakan kaedah yang sesuai dan menarik hati; susunkan persediaan yang lengkap. Selain itu, seorang guru haruslah juga mempunyai sifat pengertian iaitu menunjukkan perhatian terhadap setiap kanak-kanak. Dia hendaklah sentiasa

mendengarkan kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan bersedia untuk menolongnya jika dia memerlukan bantuan. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.27

Kebanyakan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid juga akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas. Secara umumnya, seorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni dapat diperhatikan daripada keadaan-keadaan seperti murid-murid suka berdamping rapat dengannya, rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya, guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial dan memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi.

28

Wawasan PendidikanDalam suasana yang gawat dan tidak pasti, Malaysia semestinya bergerak ke depan mengatasi pelbagai masalah, dan dalam masa yang sama Malaysia juga terpaksa samasama bersaing dalam dunia yang serba kompetetif. Salah satu pra-syarat menuju paradigma baru ini ialah pengisian wawasan pendidikan negara menuju abad ke-21. Ini merupakan sebagai suatu cabaran dan harapan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Berdasarkan kenyataan ini beberapa perspektif dapat dirumuskan untuk

menghadapi cabaran pendidikan dalam kedudukan dunia yang global. Cabaran kritikal dalam pembangunan sistem pendidikan negara untuk membina pengurusan sekolah bertaraf dunia. Paradigma baru ialah ke arah pengisian wawasan pendidikan menuju abad ke-21. Kegagalan mewacanakan pengisian wawasan pendidikan maka hasrat

pembangunan negara akan terjejas. Persidangan Pendidikan Nasional yang berlangsung dari 8 April hingga 11 April 1993 di Institut Aminuddin Baki merupakan perhimpunan bersejarah kerana ia dapat menggarap dan mendalammi dengan seutuh-utuhnya ke dalam minda dan jiwa erti dan makna perjuangan pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020. Datuk Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, penyeliaan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Putra Malaysia Terengganu telah banyak mengulas tentang peranan sistem pendidikan dalam melahirkan tenaga mahir bagi menjayakan Wawasan 2020. Peranan sistem pendidikan begitu penting kerana pendidikan melahirkan sumber manusia yang berguna kepada negara. Bagi beliau, selain penekanan kepada kemahiran, nilai-nilai murni

29

juga perlu diterapkan dalam pendidikan. Ia juga selaras dengan 9 cabaran utama yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Seperti mana Wawasan 2020 yang penting bagi memaju pembangunan dan pemodenan negara, wawasan pendidikan juga penting supaya memastikan sistem pendidikan dapat berfungsi melahirkan tenaga kerja dan sumber manusia yang sempurna. Apatah lagi, sistem pendidikan sangat berkait rapat dalam menjayakan Wawasan 2020. Banyak ciri-ciri yang diterangkan oleh Dr Wan Zahid bagi mewujudkan sistem pendidikan berwawasan dan berdaya maju. Dalam memastikan perkara ini, menurut Dr Wan Zahid, antaranya ialah peningkatan mutu pengurusan dan pengajaran di sekolah. Pengurusan tidak seharusnya bersifat statik atau reflective rationality (menurut arahan orang atasan) semata-mata, tetapi pengurusan perlu lebih dinamik. Pihak pentadbir perlu menggalakkan orang bawahan lebih kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana dinamik di dalam pentadbiran sekolah. Ini sekaligus dapat mendorong peningkatan kualiti pada mutu pengajaran. Selain itu, beliau juga menjelaskan corak pengurusan dan kepimpinan yang baik dan perlu diamalkan oleh warga yang terlibat dalam sistem pendidikan. Beliau tidak hanya merujuk kepada guru atau guru besar saja, tetapi juga melibatkan pegawai-pegawai di peringkat kementerian dan pejabat pendidikan. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, namun perancangan dan penetapan matlamat pendidikan dirangka di peringkat kementerian dan jabatan, manakala pihak sekolah hanya menjalankan apa yang telah dirancang. Sudah tentu pengurus dan pemimpin yang dimaksudkan adalah pihak atasan, selain guru besar yang mentadbir sekolah. Selain meningkatkan kualiti pentadbiran, Dr Wan Zahid menegaskan perlunya aspek penekanan nilai murni diterapkan dalam silibus pendidikan. Beliau juga menekankan30

pentingnya aspek pendidikan Islam kepada sistem pendidikan. Bagi menjelasikan perlunya aspek ini, beliau mengulas perubahan dalam sistem pendidikan sejak awal kemerdekaan hinggalah pada masa kini. Misalnya pengwujudan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan juga penerapan pendidikan berunsur Islamiyah dan moral. Dari situ, dapat dilihat kekurangan yang masih wujud dan alasan mengapa perlunya pembaharuan tersebut. Dr. Wan Zahid juga turut menyentuh peranan dan perlunya penglibatan ibu bapa terhadap sistem pendidikan anak-anak di sekolah melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Beliau telah menghuraikan beberapa syarat untuk mencapai kecemerlangan pendidikan untuk wawasan pendidikan ini. Yang pertama ialah Pengupayaan

(Empowerment). Pada kebiasaanya guru-guru dan para pemimpin pendidikan menunggu arahan dan pekeliling untuk bertindak walaupun kes tersebut merupakan kes kecemasan. Sehubungan dengan ini dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti sekiranya keadaan ini berterusan ianya akan menjejaskan sistem pendidikan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia. Penurunan kuasa seperti salah satu agenda wawasan pendidikan adalah penting bagi mengerakkan perancangan agenda wawasan pendidikan. Budibicara, kebijaksanaan dan juga kuasa diturunkan kepada guru untuk memikirkan dan merancangkan cara-cara terbaik bagi melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain dengan cara yang sesuai, cekap dan berkesan untuk mencapai ke arah pendidikan bertaraf dunia dan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Objektif yang ialah untuk membina dan memupukkan budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik bersifat kreatif, inisatif dan imaginatif dan juga berinisiatif. Selain itu, ia juga membuka peluang kepada para pendidik menggunakan daya fikiran dan daya usaha mereka dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti. Para pendidik juga akan lebih bersemangat dalam pengurusan dan melakukan kerja dengan perasaan yang

menyeronokan walaupun dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti. Para pendidik juga31

akan berusaha untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan kerana tanggungjawab diberi bersama kuasa yang ada untuk memperbaiki. Manakala pengurusan dan kepimpinan pula ialah dua permukaan pada sekeping wang syiling, iaitu wujud satu simpulan jalinan yang akrab dan sepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan, dan sebaliknya juga. Pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpumlan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan matlamat. Lebih-lebih lagi dalam konteks pendidikan, yang

merupakan institusi sosial, yang berfungsi untuk mencapai objektif-objektif dan matlamat sosial, aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi lebih mustahak dan kritikal. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang telah terbentuk itu tidak mudah dirungkai dan diolah semula. Seseorang pengurus dan pemimpin pendidikan yang baik, dihormati, cekap dan berkesan perlu memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Syarat ini sudah sewajarnya dipenuhi kerana kita bertanggungjawab mengurus dan memimpin institusi ilmu. Kita perlu menunjukkan contoh kepada guru-guru, anak didik dan masyarakat. Di samping ilmu, kita juga perlu memiliki kemahiran dan ketrampilan dalam bidang pengurusan. Perkara kedua yang perlu dimiliki oleh pengurus dan pemimpin pendidikan ialah sahsiah dan akhlak yang baik. Tambahan pula, kita amat menekankan soal penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan dan penbentukan masyarakat yang berakhlak. Usaha ini akan menjadi lebih lancar dan berkesan jika anak didik dapat melihat contoh yang baik pada guru-guru mereka.

32

Perkara yang ketiga berkait dengan corak pengurusan dan kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan berkait rapat dengan sifat keberanian untuk mencuba dan memikul risiko. Perpaduan juga merupakan prasyarat bagi membolehkan sesuatu organisasi atau masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran. Perpaduan amat perlu walaupun organisasi atau kumpulan itu kecil, apatah lagi bagi Kementerian Pendidikan yang merupakan organisasi yang mempunyai kakitangan antara yang teramai di negara ini. Keadaan yang tidak sihat yang boleh membawa kepada

perpecahan,pembaziran dan kelemahan mesti dihindari dan diatasi. Jumlah kakitangan yang ramai harus dilihat sebagai sumber dan bukannya kekangan ke arah perpaduan. Walaupun kita berada di tempat yang berbeza ataupun memainkan peranan yang berbeza kita harus melihat bahawa kita semua adalah sama dan menjadikan rakan sejawat dalam perkhidmatan pendidikan. Matlamat yang kita sama-sama perjuangkan dan ingin mencapainya adalah sama. Jadi, perlu wujud persatuan dan perkongsian dalam misi pendidikan di kalangan seluruh kaktangan pendidikan. Selain itu, pemupukan Budaya Ilmu melibatkan budaya membaca, menghayati dan seterusnya mengamalkannya. Malahan budaya ilmu menjadi prasyarat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan sebuah negara, bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang. Namun dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti tetapi budaya ilmu perlu juga diberi penekanan dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia. Pemupukan Budaya Ilmu seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan sekadar menanam sikap suka membaca justeru ianya melibatkan pengaplikasian ilmu dalam aktiviti-aktiviti kehidupan, pembentukan insan yang berakhlak dan berilmu. Penyusunan program bersepadu hasil pengemblengan tenaga antara pihak sekolah,33

masyarakat dan pelajar menjadi inti pemupukan budaya ilmu. Budaya ilmu merupakan tunjang pembinaan bangsa yang maju dan bertamadun dan menjadi benteng kekuatan sesebuah negara. Budaya Ilmu merupakan teras dalam menjayakan cita-cita membangunkan sistem pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Malaysia ingin melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu dalam tempat yang tertinggi dalam kehidupan. Keadaan ini akan meningkatkan profesionalisme, dengan meningkatnya kefahaman dan pengelibatan komuniti terhadap kepentingan ilmu. Dengan adanya, budaya ilmu dengan sendirinya daya kreativiti dapat dilahirkan untuk menyesuaian dengan keadaan yang berlaku bagi menyelesaikan masalah kegawatan dan tidak pasti yang timbol.

Di samping itu, Budaya Cemerlang merupakan pengisian yang terpenting untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia. Jika dinilai dalam konteks aspirasi rakyat Malaysia hari ini yang mengalami kegawatan dan ketidakpastian maka keperluan terhadap kemajuan dari segi intelek, rohani dan jasmani amat tinggi. Selain itu, masyarakat Malaysia juga memerlukan kemantapan perpaduan, kerohanian hidup sejati dan keperihatinan terhadap displin, kerana kecemerlangan sebagai kejayaan tertinggi, hasil daripada sesuatu usaha yang bersistematik, terancang dan berterusan.Kecemerlangan pelajar bukan hanya bermakna ketinggian pencapaian akademiknya tetapi juga dari segi jasmani dan rohani secara menyeluruh, serentak dan seimbang. Usaha mencapai kecemerlangan pelajar bergantung kepada kualiti, kebolehan dan kesungguhan institusi sekolah dalam kualiti, kemantangan pemikiran, pandangan yang luas, kuasa penganalisaan dan iltizim semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab. 34

Mewujudkan konsep budaya cemerlang di segi akademik, pengurusan pentadbiran dan perhubungan sosial adalah amat penting dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Kecemerlangan akademik memerlukan kepada peningkatan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi pelajar dan keperhatinan dan kerjasama ibubapa adalah penting dalam kegawatan dan ketidakpastian. Kecemerlangan dalam bidang pengurusan juga menentukan budaya cemerlangan. Selain itu, Sekolah Penyayang juga merupakan salah satu komponen yang memainkan peranan yang penting dan utama. Perkhidmatan ini perlu bermula dari peringkat pembuat dasar, pentadbir, sekolah dan seterusnya diperingkat oleh ibu bapa dan masyarakat. Di dalam usaha untuk mewujudkan budaya sekolah yang positif, aspek perhubungan dan kemanusiaan, di samping aspek budaya ilmu juga perlu diberikan penekanan. Malahan dalam membicarakan perkhidmatan penyayang, sifat kepenyayangan yang hendak dipupuk dan dikembangkan dalam perkhidmatan itu seharusnya melimpah ke dalam perkhidmatan dan budaya semua sekolah di negara kita. Untuk menjayakan pembentukan sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat-menghormati, ikram, berbudi bahasa dan seterusnya, kita perlu mempunyai tanggapan yang betul dan positif tentang setiap anak didik yang berada di sekolah. Perkhidmatan penyayang perlu dibina dan ia merangkumi sifat bertimbang rasa, adil semasa menjalankan tugas, mesra dalam memberi layanan dan memahami serta sensitif terhadap masalah yang dihadapi oleh semua pihak, di dalam atau di luar organisasi. Di dalam Islam menghormati, menyayangi, berbalas kasihan antara satu dengan yang lain dan menjaga kebajikan orang bawahan adalah merupakan tanggungjawab yang wajib. Kita bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan dengan mendekatkan diri mereka kepada kita agar mereka merasai mereka diingati dan dihargai. Kita perlu berusaha untuk menjalin hubungan terus dengan mereka, dan guru-guru lain juga, dengan mengadakan lawatan, menanyakan masalah dan memberi keutamaan untuk menjaga kebajikan mereka. Kita mesti tunjukkan bahawa kita amat prihatin terhadap diri mereka dan sentiasa mencari peluang untuk dapat bertemu dengan mereka. 35

Dalam usaha untuk menjayakan matalamat pendidikan bertaraf dunia maka perkhidmatan penyayang perlulah diambil kira dan merupakan suatu keperluan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Program perkhidmatan penyayang perlulah diberikan penekanan dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia. Sistem Pengesanan merupakan salah satu fungsi pengurusan dan salah satu komponen penting dalam pengurusan kurikulum. Pengurusan tidak akan lengkap dan perkembangan kurikulum tidak akan berkembang tanpa pengesanan. Tujuannya adalah untuk membolehkan pihak perancang dan pelaksana mengetahui status pelaksanaan dan perkara-perkara yang berlaku. Sehubungan dengan pendidikan bertaraf dunia maka pengukuran dan penganalisian data setiap aktiviti perlu dilakukan bagi mengetahui kedudukannya menepati matalamat yang ditetapkan. Ia juga boleh dijadikan panduan dan petunjuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan ketidakpasti pula maka pengesanan perlulah dibuat secara terperinci agar perancangan yang dibuat meliputi peruntukan yang ditetapkan. Penambahan peruntuk perlu dilakukan dengan sistematik supaya tidak menjejaskan aktiviti yang lain. Kawalan dari segi AUDIT perlu dilakukan dari segi kewangan supaya pembelian mampu diselesaikan dalam tahun semasa dan tidak berlaku kelewatan pembayaran di AP58. Pengesanan dalam semua aktiviti perlu dilakukan bagi mengatasi masalan kegawatan dan ketidakpastian ini. Oleh hal yang demikian, pengesanan dalam agenda pengisian wawasan pendidikan adalah penting dalam keadaan sekarang supaya perbelanjaan yang dibelanjakan dapat dikawal dengan sempurna. Kecemerlangan juga dapat diukur secara bijaksana. Setelah kita melihat secara keseluruhan tentang pengisian wawasan pendidikan negara yang meliputi perpaduan, cara pengurusan dan kepimpinan, perkhidmatan penyayang,

empowerment, sistem pengesanan, budaya ilmu, sekolah penyayang dan budaya cemerlang. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam keadaan gawat, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan dibantu kuat oleh pengisian wawasan pendidikan negara. 36

Untuk melahirkan pendidikan bertaraf dunia maka pengisian wawasan pendidikan perlu diambil kira dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Pemimpin pendidikan perlu bijaksana dalam menentukan perkara ini menjadi faktor yang nyata. Perubahan sistem pendidikan dengan menampilkan keberanian menanggung rasiko perlu diketengahkan tetapi tidak melibat pelajar sebagai sasaran yang menanggung rasiko. Perincian perlu dilakukan untuk membawa Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia.

37