assignment 1- falsafah ptv
DESCRIPTION
falsafahTRANSCRIPT
UNIT 1
TAJUK : PEMBANGUNAN KURIKULUM DI KOLEJ VOKASIONAL
1. PENGENALAN
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami
beberapa siri perubahan polisi dan dasar sejak daripada sejarah penubuhannya
sehingga kini memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia untuk melonjakkan PTV
sebagai institusi kecemerlangan yang mampu untuk melahirkan modal insan
unggul yang mampu mengadaptasi segala perubahan globalisasi. Untuk
menjadikan PTV ini sebagai teras dalam system pendidikan Negara, maka
proses pembangunan kurikulum PTV ini satu langkah yang sangat penting.
Didalam membangunkan kurikulum PTV ini, ia mengandungi Falsafah, Konsep,
Sejarah, Ciri-ciri, sistem PTV, kepentingan dan juga proses pembangunan
kurikulum. Ini membolehkan satu sistem pembelajaran PVT khususnya dalam
program Diploma Kemahiran dapat dibangunkan dengan berkesan, untuk
melahirkan modal insan yang mempunyai intekektual yang tinggi,
berketerampilan, berakhlak tinggi dan menpunyai semangat jati diri yang tinggi
kepada agama , bangsa dan negara selaras dengan dasar pendidikan Negara.
1.1HASIL PEMBELAJARAN
Setelah selesai pembelajaran dalam unit ini, pelajar akan dapat
i) Mengetahui falsafah dalam pembangunan kurikulum PTV
ii) Mengetahui konsep pembangunan kurikulum PTV
iii) Mengetahui prinsip pembangunan kurikulum PTV
iv) Mengetahui sejarah pembangunan kurikulum PTV
v) Mengetahui ciri-ciri pembangunan kurikulum PTV
vi) Mengetahui sistem pembangunan kurikulum PTV
vii) Mengetahui kepentingan pembangunan korikulum PTV
viii) Mengetahui proses pembangunan korikulum dalam PTV
1.2 KANDUNGAN PEMBELAJARAN
1.2.1 FALSAFAH DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 pula
berbunyi:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa
dan negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti.
“Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan
menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat keputusan bagi membentuk
masa hadapan PTV." (Miller, 1985)
Secara mudahnya falsafah PTV bagi Kolej Vokasional ialah untuk mewujudkan
golongan murid yang berorientasikan kemahiran teknik dan vokasional bagi
memenuhi keperluan guna tenaga Negara.
1.2.2 KONSEP DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PTV
Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan
menyebabkan setiap program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat
yang jelas dan sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang
sepatutnya. Pembentukan program PTV kebanyakannya menggunakan prinsip
sebagai konsep asasnya.
Prinsip praktikal menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana
‘orang teknikal/vokasional’dikenal sebagai individu yang praktikal. Kita dikenali
sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada
daripada teori. Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak
diperlukan untuk membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas
bagi membina matlamat dan tujuan program.
Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan
polisi dalam PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang
koheren dan selari dengan prinsip serta polisi.
Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang
baru. Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa
ataupun digugurkan sebagai teorem atau prinsip.
Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional
mengutamakan amalan dan praktikal berbanding teori. Falsafah dianggap
sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi membentuk program. Sementara
polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuan program.
1.2.3 PRINSIP DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PTV
Prinsip dalam pembangunan kurikulum PTV adalah sangat penting, yang
merupakan langkah langkah yang menjadi panduan dalam merangka asas
pembangunan Kurikulum PTV. Maka sebab itulah konsep asas adalah penting
untuk dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip PTV. Prinsip berkait rapat
dengan amalan dan tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan
memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.
“Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang
menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi
pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik
pengajaran dan pembinaan polisi.”
(Miller, 1985)
Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik
dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu.
Ia bukan sekadar sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang
sempurna sebagai persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:
a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan
tingkah laku;
b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat
pertimbangan, penampilan diri yang wajar; dan
c. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.
Ilmu pengetahuan yang diperolehi secara teori, praktikal dan latihan kemahiran
diaplikasikan untuk memahami keseimbangan alam menerusi hukum Pencipta dan
fitrah manusia. Dalam pengisian kurikulum universal, kebebasan diberi kepada
manusia untuk menggunakan daya berfikir, kreativiti dan usaha untuk membina
kegemilangan tamadun yang bertunjangkan kepada kesepaduan antara ilmu, iman
dan amal (Imam Ghazali, 1980). Kemudian, proses pencarian ilmu perlu kembali
kepada hakikatnya iaitu dengan mewujudkan kesyukuran dan kecintaan kepada
Pencipta yang seterusnya membawa manusia untuk memahami tujuan
penciptaanya. Sistem kurikulum sebegini seharusnya dilihat sebagai laluan untuk
membebaskan masyarakat Malaysia daripada petunjuk pendidikan Barat dan
kembali kepada bertunjangkan kepada falsafah ketuhanan.
Proses pendidikan berdasarkan kepada kurikulum universal ini meletakkan empat
prinsip utama seperti yang disarankan oleh Al Faruqi (Ibrahim, 2006) untuk dijadikan
sebagai asas metodologi implimentasinya yang mana merupakan prinsip yang dikuti
dalam pembangunan kurikulum PTV.
1. Kesatuan Tuhan
Merupakan prinsip utama dalam rekabentuk universal PTV yang mengakui Tuhan
yang satu serta pencipta manusia dan alam. Setiap amalan dalam pengajaran,
pembelajaran, latihan kemahiran dan penilaian dilaksanakan ikhlas kepada Tuhan.
2. Kesatuan Kejadian
Mengakui segala kejadian bermula daripada Tuhan dan mesti diakhiri dengan
kembali manusia kepada Tuhan. Sistem yang wujud adalah berlandaskan kepada
susun atur yang ditadbir Tuhan.
3. Kesatuan Kehidupan
Berdasarkan kepada dua hukum alam iaitu fitrah yang tidak boleh diubah dan
tindakan atas pilihan manusia. Kurikulum universal PTV akan menjalinkan secara
harmoni ilmu kemanusiaan yang berdasarkan kepada intelek dengan rantaian
epistemologi kebenaran.
4. Kesatuan Kemanusiaan
Setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan, melainkan amalan manusia. Rekabentuk
kurikulum PTV yang universal tidak menjadikan perbezaan agama, budaya dan
bangsa sebagai ukuran dalam penilaian namun, keutamaan diberikan dalam
pembentukan akhlak dan etika kerja yang unggul.
Setiap pembangunan kurikulum khasnya pembangunan kurikulum PTV di kolej
Vokasional juga seharusnya mempunyai kesepaduan di antara Pencipta dengan
manusia, dan dengan alam sekitar. Yang menjadi asas untuk meghasilkan modal
insan yang berpengtahuan, berketrampilan dan berakhlak tinggi yang selaras
dengan hasrat Negara.
PRINSIP KURIKULUM PTV
1. Pendidikan vokasional akan lebih efisien jika pelajar dilatih seperti tempat di
mana ia akan bekerja.
2. Pendidikan vokasional yang efektif hanya dapat diberikan dimana tugas-tugas
latihan dilakukan dengan cara, alat dan mesin yang sama seperti yang
ditetapkan di tempat kerja.
3. Pendidikan vokasional akan efektif jika melatih seseorang dalam kebiasaan
berfikir dan bekerja seperti yang diperlukan dalam pekerjaan itu sendiri.
4. Pendidikan vokasional akan efektif jika pengalaman latihan untuk membentuk
kebiasaan kerja dan kebiasaan berfikir yang benar diulang-ulang sehingga
sesuai seperti yang diperlukan dalam pekerjaan.
5. Pendidikan vokasional akan efektif jika guru/pengajar telah mempunyai
pengalaman yang cukup dalam penerapan keterampilan dan pengetahuan
pada operasi dan proses kerja yang akan dilakukan.
6. Pendidikan vokasional harus peka kepada kehendak pasaran pekerjaan.
7. Proses pembinaan kebiasaan yang efektif pada pelajar akan tercapai jika latihan
yang diberikan sama seperti pekerjaan yang nyata.
8. Setiap pekerjaan mempunyai ciri-ciri isi (body of content) yang berbeza antara
satu dengan yang lain.
9. Pendidikan vokasionalmemerlukan peruntukan tertentu dan jika tidak dapat
dipenuhi perjalanan latihan tidak akan berjaya seperti yang dikehendaki.
1.2.4 SEJARAH PTV
Pendahuluan
Semenjak mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu, sistem Pendidikan Teknik
dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami pelbagai inovasi dalam
menentukan perkembangan potensi individu murid selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan
tidak ketinggalan perubahan yang bergitu ketara dalam pendidkan teknik dan
vokasional. PTV adalah penting dalam pembangunan sesebuah negara khususnya
jika mahu menjadi sebuah Negara perindustrian. Ini tidak terkecuali kepada
Malaysia, yang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang
tahun 2020.
Menurut Shahril dan Habib (1999), dalam bukunya bertajuk Isu Pendidikan di
Malaysia, Sorotan dan Cabaran menjelaskan sejarah perkembangan pendidikan
teknik dan vokasioanl di negara ini boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu :
(i) Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940).
(ii) Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945).
(iii) Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957).
(iv) Pada awal Kemerdekaan (1957-1969).
(v) Tahun 1970-1990.
(vi) Tahun 1990 hingga 2010
(vii) 2010 sehingga kini
PTV Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)
Awal abad 1900-an tidak ada dasar mengenai pendidikan teknik dan vokasional di
Tanah Melayu. Menyedari kelemahan dan kekurangan tenaga kerja mahir dan
separa mahir dalam PTV ketika itu kerajaan Inggeris telah menubuhkan
Jawatankuasa Lemon pada tahun 1918. Ia bertujuan mewujudkan pendidikan
teknikal dan perindustrian bagi Negeri-negeri Selat. (Wong Hoy Kee & Ee Tiang
Hug, 1975).
Dengan itu tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher pada tahun 1906 di Kuala Lumpur
bagi melatih juruteknik-juruteknik khasnya bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi
Tanah Melayu. Pada tahun 1942, sekolah teknik ini telah dinaiktaraf ke maktab dan
dinamakan Maktab Teknik. Kini Maktab teknik ini telah dinaiktaraf kepada universiti
yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia.
Pada tahun 1925, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi melihat latihan dalam
bidang vokasional. Jawatankuasa tersebut diberi nama The Winsted Committee on
Industrial and Technical Education. Hasil daripada jawatankuasa ini telah tertubuh
empat buah sekolah ketukangan dengan tujuan utamanya menyalurkan satu cabang
pendidikan bagi pelajar sekolah rendah yang lemah akademik supaya mengikuti
bidang vokasional bagi persediaan untuk memasuki alam pekerjaan. Kursus ini
mengambil masa tiga tahun. Antara kursus yang ditawarkan ialah bidang mekanik
am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas. Walau bagaimanapun kursus-
kursus ini tidak mendapat sambuaan daipada pelajar
kerana;
(i) Sikap masyarakat itu sendiri yang memandang rendah terhadap
pekerjaan kolar biru.
(ii) Peluang pekerjaan amat berkurangan dalam sektor perindustrian kerana
Negara masih bergantung kepada sektor pertanian.
(iii) Ibu bapa masih menitikberatkan kepada pencapaian dalam akademik
daripada pendidikan vokasional.
(iv) Sekolah ketukangan dan kursus yang disediakan dipandang rendah dan
hanya sesuai untuk murid-murid sekolah erndah yang pencapaia
akademiknya rendah. (Yahya Emat, 1995:3).
PTV Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945)
Ketika ini sekolah-sekolah teknik dan pertukangan yang ada terus mmberikan
pendidikan teknik dan vokasional kepada pelajar dan penduduk Tanah Melayu yang
bekerja dalam bidang teknik dan Vokasional.
PTV Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957)
Kejatuahan pemerintahan Jepun telah datangnya semula pihak Inggeris ke Tanah
Melayu. Sistem pendidikan dikaji semula dan pada tahun 1950 seorang tokoh
pendidikan dari England bernama Barnes Oxford. Beliau telah mencadangkan agar
pendidikan vokasional di Tanah Melayu dilengkapi dengan sebuah sekolah
Menengah Vokasional Moden dan mengutamakan pelajaran Sains, Seni
Perusahaan dan Sains Rumah Tangga (Shahril Marzuki, 1993:48). Pada tahun 1956
terbentuklah Jawatankuasa Pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
Perubahan penting dalam PTV telah diserapkan ke dalam sistem pendidikan
kebangsaan dan diberi keutamaan. (Yahya Emat, 1993:4).
PTV Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Pada peringkat ini Laporan Rahman Talib telah menjadi Akta Pendidikan 1961.
Antara syorsyor yang telah dibuat ialah mengenai sekolah menengah pertukangan
dan sekolah menengah teknik hendaklah diwujudkan. Kerajaan telah membuka
lapan buah sekolah ketukangan di luar bandar dan akhirnya ditukar kepada sekolah
lanjutan kampung tetapi tidak mendapat sambutan kerana sistem tidak
menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Sistem pendidikan Aneka Jurusan
telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi sekolah menengah rendah. Pada tahun
1968 pula, tiga buah sekolah teknik telah dibina
dengn tujuan menyuburkan kebolehan pelajar dalam bidang kejuruteraan. Di sini,
mata pelajaran akademik juga dititikberatkan disamping mata pelajaran teknikal
yang ditawarkan. Pendidikan pelajar berorientasikan peperiksaan juga
diperkenalkan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi pelajar yang cemerlang akan
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Instiusi Teknologi MARA
atau kolej teknikal yang lain.
PTV Pada Tahun 1970-1990
Pada peringkat ini pula, matlamat pendidikan selain membasmi buta huruf, ia juga
bertujuan mencapai matlamat ekonomi negara. Oleh itu pada tahun 1970-1989,
beberapa sekolah menengah teknik dan vokasional ditubuhkan. Ia bertujuan
menampung permintaan pelajar yang berminat dalam sistem PTV. Bilangan
politeknik juga semakin bertambah.
PTV Pada Tahun 1990 hingga 2010
Pada tahun 1990-an, permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional semakin
bertambah. Bukan sahaja daripada golongan pelajar lemah malah sambutan hangat
daripada pelajar cemerlang lulusan SRP. Ini kerana kesedaran ibu bapa pelajar
bahawa pentingnya pendidikan teknik dan vokasional dalam era negara menuju
Negara perindustrian, ditambah dengan permintaan guna tenaga yang tinggi. Oleh
yang demikian, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan
PTV agar ia dapat menampung kekekurangan yang ada dengan menubuhkan
Pendidikan eknik dan Vokasional.
Pendidikan Teknik
Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang
teknik di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi. Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan
akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang
sains dan teknologi. (Kementerian Pendidkan Malaysia 1986:50).
Pendidikan Vokasional
Tujuannya ialah melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang
vokasional di peringkat menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan
pelajar mendapatkan pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi
membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau
separuh mahir dalam industri.
Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah
penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah
Menengah Teknik (SMT). Ini bemakna semua SMV menjadi SMT dan pendidkan
vokasional dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat.
2010 sehingga kini
Dalam tahun 2012, banyak peruahan dalam sistem PTV telah berlaku, yang mana,
PTV telah mendapat perhatian yang tinggi sehingga dimasukkan dalam (NKRA).
Bidang Keberhasilan Utama Negara. Perubahan yang berlaku dalam dasar PTV, itu
sendiri akan menyebabkan perubahan kepada struktur kurikulum PTV itu sendiri.
Antaranya ialah
1. Peringkat kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan semula sekolah
vokasional dan memperkenlkan Kolej Vokasional yang menawarkan pendidikan
vokasional dari tahap 1 ke 4 Sijil Kemahiran Malaysia.
2. Mengarus perdanakan sistem pendidikan teknikal/vokasional yang menjadi salah
satu teras yang ketiga dalam NKRA.
3. Menawarkan kursus-kursus peringkat Diploma Kemahiran Malaysia. Dibawah
kementerian pendidikan , Jabatan tenaga Manusia, Kementerian Belia dan
MARA.
SEKARANG AKAN DATANGSistem Penggal Sistem Semester
2 Tahun 3 Tahun
Basic vocational education Design for employment, self employment and further skill education
Pentaksiran konvensional Pentaksiran holistik
SMV Kolej Vokasional KPM
Dua program:Vokasional & latihan Kemahiran
Dua program: Vokasional dan latihan Kemahiran
Vokasional 45 : 55,Latihan Kemahiran 80 : 20
Vokasional 70:30 SKM 80:20
Sijil SPM & SKM
Sijil Kolej VokasionalSKM
Tiada On the Job Training di wajibkan
Bahasa Melayu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tiada bahasa perniagaan Bahasa Mandarin/Arab
Sistem Pengajian
TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOCTECH
Tempoh Pengajian
Outcome
Pentaksiran
Nama Institusi
Aliran/Bidang
Kem. : Akademik
Persijilan
Latihan Industri
Bahasa Pengantar
Lain-Lain Bahasa
Sejarah Transformasi Pendidikan Vokasional.
SPMProgramTeknikal(2thn)
SijilVokasionalProgram
Vokasional(3 thn)
TrainingInstitute
SEKARANG
TRANSFORMATION OF MALAYSIA VOCTECH
AKAN DATANG
WORLD OF WORK
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah Rendah(3 tahun)
Universiti
WORLD OF WORK
Institut Tinggi
Kemahiran
Menengah Atas(2 years)
Program Latihan
Kemahiran(2-3 thn)
Kolej Voctech
MTUN,Politeknik, UniKL,JMTI, TATIUC dan
KolejTeknikalswasta
POLITEKNIK
SKM
SMT(10 buah)
Kolej Matrikulasi/STPM
Pendidikan Rendah
Pendidikan Menengah Rendah(3 tahun)
Universiti
Menengah Atas(2 years)
Kolej MatrikulasiSTPM
Technical( 2 thn)
Vokasional( 2 thn)
Kemahiran(2 thn)
SMVSPM SPM SKM
SMT
MPV
KolejVoctech
Kolej Vokasional(78 buah)
Transformasi Pendidikan Vokasional.
1.2.5 CIRI –CIRI KURIKULUM PTV
Dalam merangka korikulum PTV khasnya dalam Kolej Vokasional, ia mempunyai
beberapa ciri-ciri yang tertentu, Antara ciri-ciri korikulum PTV ialah
1. Orientasi “Outcame Base Education”
Berorientasikan “Outcame Base Education”, iaitu pembelajaran berdasarkan
hasil.
2. Berorientasikan proses (pengalaman & aktiviti di sekolah) dan produk (kesan
daripada aktiviti pengalaman ke atas bekas pelajar)
3. Justifikasi berdasarkan pekerjaan.
Pembangunan PVT yang dibuat lebih berdasarkan keperluan pekerjaan yang
bagi satu satu bidang, berasaskan “duty” dan “task”. Ia juga mengikut Mengikut
keperluan industri/kilang/setempat/komuniti
4. Fokus
Tidak terbatas kepada pengetahuan tertentu sahaja . Bantu pelajar kembangkan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.
5. In-School Success Standards
Prestasi “Hands-on “.Prestasi yang dijangkakan dalam situasi sebenar
(pekerjaan). Ini bermaksud di tempat pembelajaran pelajar telah dilatih untuk
melakukan kerja yang sebenar seperti di alam pekerjaan.
6. Out-of-School Standards
Kejayaan pelajar lepasan
7. School-Community Relationship
Mempunyai hubungan erat dengan komuniti – bidang pertanian, perniagaan dan
industri. Ini kerana pembangunan korukulum berdasarkan kehendak industri.
Pelajar juga dihantar menjalani latihan Industri selepas menamatkan latihan di
selolah/ kolej.
8. Responsiveness
Responsif terhadap perubahan teknologi dalam masyarakat. Ini kerana kurikulum
PTV benyak bergantung kepada teknologi semasa. Contohnya dibidang
teknologi Komputer dan sebagainya.
9. Expense
Kos perlaksanaan amat tinggi kerana perlaksanaan PTV memerlukan peralatan
berteknologi tinggi. Ia juga mempunyai nisban peralatan dan mesin yang rendah,
menyebabkan hanya sedikit sahaja pelajar yang boleh diambil di satu satu sesi
pengajian.
Perbezaanantara program Teknikal, VokasionaldanLatihanKemahiran
Teknikal Vokasional Latihan Kemahiran(SKM)
Akad. : Kemahiran 90 : 10 30 : 70 20 : 80
Tempoh Pengajian 2 tahun 3 tahun 2 – 3 tahun
Persijilan SPM Sijil Kolej Vokasional SKM, Sijil Industri
Nilai Tambah Engineering Camp
On Job Training (OJT) Apprenticeship/Traineeship
Outcome MelanjutkanPelajaran
Employment, self employment and further skills education
Konsep Program Berasaskankepada bidang
pengajian
PKEPKMPKA
PerdaganganPertanian
Area Based –Contoh. Kursus Teknologi Pembinaan(Kursus ini mengandungibidang seperti perabut, binaan bangunan, perpaipan, mekanikal, elektrikal danlukisan pelan)
Job BasedContoh,1.SKM Pembuat Perabut. 2. SKM Jurubina
Bangunan3. SKM Jurubina
Bangunan BerasaskanKayu
4. SKM Jurukerja Paip5. SKM Pelukis Pelan
Senibina
Perbandingan Ciri-ciri pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan Kemahiran.
1.2.6 SISTEM PTV
Sistem Kurikulum PTV boleh digambarkan seperti didalam gambarajah diatas.
Aspek paling utama dalam pembentukan kurikulum PTV adalah dua persoalan
utama Why dan when, yang berkaitan dengan matlamat dan objektif implimentasi
kurikulum PTV yang unggul hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya konsep
pendidikan difahami sepenuhnya oleh pelaksana kurikulum dalam mecapai
matlamat kurikulum iaitu membangunkan potensi keseluruhan individu
Teras pelaksanaan aliran vokasional baru ialah pengajaran dan pembelajaran
secara modular. Menurut Ahmad Tajudin (2007), pembelajaran secara modular
adalah pembelajaran berpusatkan pelajar dan memberikan lebih fleksibiliti kepada
pelajar. Guru berperanan sebagai sumber atau fasilitator untuk membimbing
pembelajaran pelajar secara individu.
Menurut Ahmad Tajudin (2007), isi kandungan mata pelajaran dibahagikan kepada
beberapa unit kecil dalam bentuk modul pembelajaran kendiri (self-learning module).
Kebanyakkan modul adalah bersifat 'stand alone', iaitu jika pelajar gagal atau belum
mencapai tahap penguasaan yang diperlukan bagi setiap modul tersebut, pelajar
masih boleh meneruskan modul yang lain.
Namun begitu, terdapat juga beberapa modul yang bersifat 'pre-requisite', dimana
guru perlu mengambil kira tentang keperluan kemahiran dan pengetahuan asas
pelajar sebelum meneruskan modul seterusnya. Menurut Bhasah (2003), guru perlu
mengambil kira tentang kepentingan kemahiran sebagai 'pre-requisite' untuk
matlamat selanjutnya.
Secara teknikalnya, sistem kompetensi modular ini menggalakkan sikap saling
membantu dalam kalangan pelajar. Pelajar yang cerdas akan membantu rakannya
yang lain untuk menguasai sesuatu kemahiran. Guru pula dapat memberi lebih
pemerhatian kepada pelajar lemah tanpa menjejaskan keupayaan pelajar cerdas.
Sijil modular yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran
Malaysia dapat membantu pihak industri dan bakal majikan mengenal pasti pekerja
yang berketrampilan.
Pembelajaran mata pelajaran ini menekankan kepada kerja amali, eksperimen dan
projek yang memberi kemahiran dan disokong oleh pembelajaran teori dan konsep
untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari. Penekanan juga
diberikan kepada penghayatan nilai-nilai murni melalui tabiat kerja yang selamat,
pematuhan kepada peraturan dan amalan industri. Gabungan kemahiran dan
pengetahuan yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dapat membekalkan pelajar
dengan 'entry-level skills' bagi menceburi dalam bidang pekerjaan dan pengajian
lanjutan.
Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional, murid-murid
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang
diakui setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Selain menceburi bidang
pekerjaan, pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik
boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke Politeknik dan Universiti.
Latihan Industri (LI)
Latihan Industri bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman
latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan.
Objektif latihan Industri adalah untuk:
i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di
tempat latihan,
ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan
kebolehan,
iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.
iv) Merasai suasana kerja sebenar.
1.2.7 KEPENTINGAN
Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang
dari pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki
pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi
teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif
dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain. Untuk itu
PTV adalah sangat penting.
Kepentingan pendidikan teknik dan vokasional ialah:
1. Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai
spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;
2. Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan
alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan
teknikal;
3. Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja
berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan
4. Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
5. Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan
ekonomi, budaya, sosial dan pendemokrasian;
6. Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan
saintifik;
7. Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan
alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;
8. Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh
disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi
yang meluas; dan
9. Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem
pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.
1.2.8 PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUM
“Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua pembangunan
kurikulum mengandungi elemen berikut:
(a) Pernyataan tujuan dan objektif spesifik
(b) Pemilihan dan organisasi kandungan pelajaran
(c) Pola pengajaran dan pembelajaran
(d) Penilaian hasil pembelajaran.”
(Taba, 1962)
“Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang
mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati”
(Ornstein & Hunkins, 1998)
Untuk PTV model yang sesuai digunakan ialah model teknikal,
Model teknikal
Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagikan
kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang.
Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah:
Melaksanakan analisis keperluan.
Menyatakan objektif.
Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif.
Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.
Terdapat satu lagi model yang sesuai digunapakai iaitu model Pembangunan
Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999) yang digambarkan seperti gambarajah
dibawah.;
1.2.8.1 Keperluan
Untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara Falsafah pendidikan
negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum PTV.
Antara keperluan yang diambil kira adalah seperti faktor berikut.
1. Kehendak masyarakat
Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan
masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun
tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk
memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya
pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami
perubahan yang pesat.
2. Faktor politik
Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with
people and their various power bases and their views of what makes for good
education"
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to
Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan
perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa
perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali
pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum
pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting
bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan
bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat
pemerintah.
3. Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak
seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida
Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
4. Faktor perubahan sosial
Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran
akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah,
nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan
murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan
dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan
perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya.
Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang
pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah
Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu
perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai
murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad
Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
5. Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum
hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu
perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke
semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus
dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan
negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan
baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang
tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak
menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan
semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa
murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan
masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus
menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid
(Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
6. Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang
melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang
akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini
bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu
pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka
secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah
Meng, 1995). Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada
anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab
menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan
masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan
mereka hadapi kelak.
7. Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang
seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras
dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik
menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada
masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan
sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini
penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa
ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi
mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang
baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri.
Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam
biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi
keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.
8. Pengaruh psikologi pendidikan
Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh
Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19.
Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi
Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik
perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’
mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada
rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah
menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil
untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini
bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan
teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).
SKILLSThere is a strong demand for semi-skilled and skilled workersacross multiple industries
SOURCE: MOHR Labour and Human Resources Statistics 2008, interviews conducted with industry association representatives
54,07955,36089,044107,421
269,272327,798
Wholesale and retail
Hotel and restaurant
Financial I’mediation
ConstructionAgricultureManuf’ing
Job vacancies 2008
Hospitality labour shortage of 150k
Textile labour shortage of 70kPlastic manufactures labour shortage of 30k
6,97313,97720,71728,21740,26646,00663,21997,705
180,047220,314
OG&EngPalmOil
H/care W/saleRetail
Finance Tourism E&E Telco AgriBusiness
1 Preliminary labour estimates from NKEA labs 2 Jobs commanding RM 4k/month and above
Labour shortage today
Demand in the future1
Number of high income jobs2 required, 2020
Keperluan kepada tenaga kerja
1.2.8.2 Objektif
Objektif korikulum yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan
dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan
(penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa
dititik beratkan. Antara objektif yang diambik kira ialah seperti berikut.
1) Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
2) Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
3) Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
4) Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
5) Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
6) Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
7) Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
8) Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu
pengetahuan.
9) Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
10)Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
berdikari.
Vocational College Program Technical expert/ technicians
with professional certificates recognized by industries
(J PA for government J17/J29 scheme)
OR Practitioners (e.g. fitters)
certified with SKM Levels 1, 2 & 3 has the potential to progress
into professional field
Skilled Workers
OBJECTIVESof
VOCATIONAL COLLEGE EDUCATION
Self Employment/Entrepreneur
Technologist
Highly Skilled Workers
Semi-Skilled Workers
• Employment ready and self-employment
• Customer focus• Good social and interactive skills• Business skills &
entrepreneurial• Keep abreast of market trend• Health and safety conscious
Objektif Pendidikan Kolej Vokasional.
TechnicalSkills
EntrepreneurialSkillsEmployability
Skills
PerformTechnical /Task Skills
DemonstrateKnowledge
Integrate Health,Safety & Security
Communication& Environmental
Sensitivity
Plan &Organise
Work
Exhibit Creativity &
Innovativeness
PracticePositive Values
& Attitudes
Response & SolveProblem
Objektif hasil pembelajaran PTV di Kolej Vokasional.
1.2.8.3 Penentuan Isi Kandungan kurikulum
Penentuan isi kandungan kurikulum adalah sangat penting untuk memastikan
matlamat pendidikan vokasional dicapai. Penentuan isi kandungan adalah
berdasarkan kepada factor faktor berikut seperti yang digambarkan seperti
dibawah. Peranan penasihat teknikal juga sambag penting untuk memastikan
rangka kurikulum adalah selaras dengan kehendak semasa. Ia berperanan untuk
menasihat dan memberi input kepada pihak kolej untuk membangunkan sesuatu
korikulum.
NEW TVET AGENDA
GLOBAL SCENARIO in TVET
Public Private Community Partnership
Demand Driven Labour Market
Private Financed Initiatives
Generic & HOT Skills in TVET
ICT Integration in TVET
Qualification Framework & Comparability
Entrepreneurship
QMS in TVET
QMS: Quality Management System
Meet both industry needs and quality-assured requirement
HOT: High Order Thinking
Faktor penentuan korikulum di Kolej Vokasional.
Jawatankuasa PenasihatTeknikal Pendidikan Voctech
(JPTPV)
JawatankuasaKurikulum Industri
(JKKI)
JawatankuasaKurikulum Industri
(JKKI)
Jawatankuasa Penasihat Teknikal Industri
• Terdiri daripada maksimum 15 orang ahli dari industri.
• Ahli jawatankuasa ini dilantik olehY.A.B Menteri
•Terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 orang wakil daripadaindustri, IPTA/S dan kementerianberkaitan.
• Ahli-ahli ini dilantik oleh KPPM11 jawatankuasa mengikut bidang
Jawatankuasa penasihat teknikal Industri
BIDANG : KEJURUTERAAN
SUBJEK TERASJAM
KREDITELEMEN
JUMLAH JAM
KREDITBahasa Melayu 2 Penekanan berdasarkan keperluan MBMMBI 8
Pendidikan Islam / Moral 2Penekanan kepada aspek praktikal berasaskan penilaiansekolah (teori dilaksanakan dalam praktikal)
8
Proficiency English 2
Cadangan: Sem 1 & Sem 2: Foundation in English (Basic English + Grammar)
8Sem 3 & Sem 4: Communication Skills + Report Writing + Project Presentation
Mandarin / Arab 1 Bahasa komunikasi 2Elementary Finance Management
2Elementary Finance Management, Entrepreneurship, Elementary Law, Ethics and Society digabungkan menjadisatu modul iaitu Entrepreneurship
4EntrepreneurshipElementary LawEthics and Society
PENGAJIAN VOCTECHJAM
KREDITELEMEN
JUMLAH JAM
KREDITMathematics for Technologist 2 Cadangan nama: Mathematics 8Physics for Technologist
2Cadangan: Modul Physics for Technologist & Chemistry for Technologist digabungkan menjadiScience
8Chemistry for Technologist
Computer Applications 2Pengisian topik: Basic Application + Hard Ware + Multimedia Creative
4
Engineering DrawingMengikut pengkhususan bergantung kepada keperluankursus.
Occupational Safety and Health 2Terdapat dalam Modul setiap kursus .Semester 6 sebagaipengukuhan sebelum ke alam pekerjaan. 2
CADANGAN ELEMEN KURIKULUM(Hasil konsultansi dengan industri dan IPT)
Contoh cadangan kurikulum bidang kejuruteraan Kolej Vokasional.
1.2.8.4 Kaedah Penyampaian
Pembelajaran mata pelajaran ini menekankan kepada kerja amali, eksperimen dan
projek yang memberi kemahiran dan disokong oleh pembelajaran teori dan konsep
untuk memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran yang dipelajari. Penekanan juga
diberikan kepada penghayatan nilai-nilai murni melalui tabiat kerja yang selamat,
pematuhan kepada peraturan dan amalan industri. Gabungan kemahiran dan
pengetahuan yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dapat membekalkan pelajar
dengan 'entry-level skills' bagi menceburi dalam bidang pekerjaan dan pengajian
lanjutan.
Keadah Penyampaian yang digunapakai ialah
i) Syarahan
ii) Demostarasi
iii) Perbincangan
iv) Persembahan
v) Tugasan berkumpulan
vi) Projek
vii) Projek tahun Akhir
viii) Pembelajaran kendiri
KOMPONEN TEKNIKAL (10 buah)
PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KPM(78 buah Kolej Voctech mulai 2013)
Program Pendidikan Teknikal Pendidikan Vokasional Latihan Kemahiran
Akademik : Kemahiran
90:10 30:70 20:80
Persijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sijil Kolej VokasionalDesigned for employment, self employment
and further training later
Sijil Kemahiran Malaysia Atau
Sijil Agensi Latihan Lain
Elemen Employability Skills, Work Values, Creativity and Innovation, and ICT skills. Wujudkan Jawatankuasa Kurikulum Industri bagi setiap bidang
Metodologi Problem -Based Production-Based Education (PBE) PBE
Project-Based Competency-Based Education & Training (CBET) CBET
Basic Project Mgmt.Basic Business Mgmt
School Enterprise (SE) – Earning while Learning
SEApprenticeship/Traineeship
Networking dengan institusi negara serantau (Thailand, Indonesia, Singapura)
Bahasa Tambahan Komunikasi Mandarin / Arab
Nilai Tambah Memenuhi keperluan IPTA/S dan badan profesional Memenuhi keperluan industri
Penglibatan industri (Centre Of Excellence) danagensi awam (sekolah angkat) di Kolej Voctech
Engineering Camp On Job Training (termasuk di negara serantau)
*Nota: Pengiktirafan JPA untuk bekerja di sektor awam dan memenuhi syarat MQA.
KERANGKA KURIKULUM
Contoh kerangka kurikulum PTV Kolej Vokasional.
1.2.8.5 Kaedah Penilaian
Proses penilaian dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian
Pelajaran dengan menggunakan kaedah gabungan kompetensi modular dan
peperiksaan berpusat. Peperiksaan bertulis berpusat ditadbirkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia pada bulan November sesi persekolahan Tingkatan 5.
Manakala kompetensi modular dijalankan sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran Tingkatan 4 hingga 5 yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran (guru
pentaksir). Sebelum kurikulum baru MPAV dilaksanakan, penilaian prestasi pelajar
yang diamalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui sistem peperiksaan berpusat (Jabatan Pendidikan Teknikal, 2003). Dengan
sistem baru ini pelajar dapat diuji tahap pencapaiannya dalam menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pelajar
tersebut akan dilaporkan secara keseluruhan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Modular.
Melalui sistem kompetensi modular, penilaian dilakukan dengan mentaksir bukti-
bukti yang diperolehi daripada pelajar terhadap setiap modul. Bukti-bukti yang
diperolehi adalah bermaksud sebarang bentuk respon dari pelajar yang bersifat
penulisan, lisan, projek dan apa sahaja yang boleh menjadi bukti. Menurut Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2003), kompetensi adalah satu unit tugasan (task) yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam menggunakan alat,
bahan dan kaedah menyempurnakan tugasan yang diberi oleh guru pentaksir.
Kompetensi mestilah bersifat boleh diperhatikan dan boleh diukur. Di peringkat
sekolah, guru pentaksir (guru yang mengajar mata pelajaran tersebut) yang
bertanggungjawab membina alat pentaksiran (item).
Peperiksaan dan ujian merupakan ukuran yang digunakan bagi menentukan sama
ada seseorang pelajar mampu menguasai sesuatu mata pelajaran atau tidak. Najib
(1997) menyatakan fungsi-fungsi penilaian tersebut yang amat penting dalam
menentukan kemahiran kemasukan dan menempatkan mereka dalam kumpulan
yang sesuai, menentukan kemajuan pembelajaran dan pengajaran yang dicapai dan
merawat masalah pembelajaran yang wujud..
Keadah Penilaian
1)Penilaian Secara Berterusan (Kerja Khusus)-Teori dan Amali
2)Penilaian-Ujian, Kuiz, Amali,
3)Peperiksaan Akhir
4)Projek Akhir
5)Latihan Industri
2.13 RUMUSAN
Kurikulum yang bersifat universal tidak menolak kemajuan dan perubahan selagi
asas perlaksanaannya berdiri di atas fitrah yang benar dan mampu mengukuhkan
konsep nilai sejagat terhadap pembentukan masyarakatnya. Kurikulum PTV perlu
dipastikan berasaskan kepada nilai murni, luhur dan kukuh supaya mampu meletakkan
masyarakat Malaysia di mercu kejayaan dan kemuliaan. Rancangan yang teliti dan
menyeluruh perlu diimplimentasikan agar PTV mampu memainkan peranan sebagai
penghubung manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia, serta manusia dengan
persekitarannya. Semua pihak yang terlibat dalam pendidikan perlu berusaha secara
kolektif dan bersepadu agar pembinaan kurikulum PTV sebagai pemacu proses
pencarian kebenaran melalui penerapan aplikasi ilmu dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
2.14 AKTIVITI
1. Sila senaraikan Falsafah PTV dalam kerangka PTV diMalaysia.
2. Tahukah anda konsep Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem
pendidikan di negara kita?
3. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi
penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.
Sehubungan itu, jelaskan kepentingan PTV.
4. Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita.
5. Terangkan kaedah yang digunakan untuk merangka korikulum PTV
dimalaysia.
2.15 RUJUKAN
1. Abdullah (2009). Jurnal Pendidikan: Aspirasi Negara dan Falsafah Pendidikan
Negara.
2. Dr. Mohd. Safarin Bin Nordin Transformasi Pendidikan Voctech-BPTV.
KPM(2010). Edaran.Kuala Lumpur
3. Wan Ahmad, W.S. (2007). „To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian
Industry through National Dual Training System (NDTS).
4. Mustapar Muhamad dan Ahmad Tajudin Jab (2007). Integrating TVE in the Malaysian Education System. Department of Technical Education, Ministry of Education Malaysia.