edu 3101 falsafah & pendidikan di malaysia

22
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Upload: vail

Post on 12-Feb-2016

119 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA. NORDIN TAHIR JAB. ILMU PENDIDIKAN. TAJUK 9. PERJUANGAN INSAN PENDIDIK . Perjuangan Insan Pendidik ( Ahli-ahli Falsafah ). Plato Rosseau Confucius Lao Tze Al-Ghazali - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Page 2: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK 9

Nordin Tahir, JIP

Page 3: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Plato• Rosseau• Confucius• Lao Tze• Al-Ghazali Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-

ahli falsafah tersebut dan bincangkan peranan /sumbangan mereka dalam pembinaan modal insan

Perjuangan Insan Pendidik(Ahli-ahli Falsafah)

Nordin Tahir, JIP

Page 4: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tokoh-tokoh Pendidik Barat: - John Dewey -Maria Montessori -Jean Piaget -Carl Rogers -Albert BanduraTokoh-tokoh Pendidik Timur: -HAMKA -Confucius -Lao Tze -Tokoh-tokoh Pendidik Negara: -ZA’BA -Burhanuddin Helmi -Aminuddin Baki -Awang Had Salleh

Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh pendidik tersebut dan bincangkan sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal insan

Nordin Tahir, JIP

Page 5: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ahli Falsafah Pendidikan

Nordin Tahir, JIP

Page 6: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ahli Falsafah Pendidikan

Nordin Tahir, JIP

Page 7: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Nordin Tahir, JIP

Page 8: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Al-Ghazali

• Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam: • DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan

perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran “Hujjatul Islam” adalah ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.

Nordin Tahir, JIP

Page 9: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

Nordin Tahir, JIP

Page 10: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri. Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi, al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.

Nordin Tahir, JIP

Page 11: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali: • Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada

enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Nordin Tahir, JIP

Page 12: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para filosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:

a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.

b. Golongan at-Tobi’iyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.

c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golongan yang telah dinyatakan.

Nordin Tahir, JIP

Page 13: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandangan para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu dan pemikiran mereka wajib ditolak.

• Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam (meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini.

• Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitab tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islam iaitu:

1. Filsuf menganggap qadimnya alam . 2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di

bumi . 3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.

Nordin Tahir, JIP

Page 14: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali, orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah dan Maqasid al-Falasifah.

• Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islam sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau bagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para ilmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan pendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlaku terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh muridnya, Aristotles.

Nordin Tahir, JIP

Page 15: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat juga sering menulis tentang al-Ghazali.

• Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran kekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali.

• Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al-Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang berbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana Augustinus dalam dunia Kristian.

• Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada pendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.

Nordin Tahir, JIP

Page 16: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Karya Al-Ghazali:• Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang

sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif oleh para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan makhtutah negara-negara Arab.

• Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada tiga kategori.

1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazali berjumlah 72 kitab.

2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab.• Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti ilmu al-

Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain.

Nordin Tahir, JIP

Page 17: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah:1. Tahafut al-Falasifah 2. Ihya’ Ulumiddin 3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal 4. Miskat al-Anwar 5. Maqasid al-Falasifah 6. Majalis Al-Ghazali 7. Al-Mustazhari• Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah ialah

Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau. • Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang

bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai dzuq seorang Muslim sejati.

• Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun.

Nordin Tahir, JIP

Page 18: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jean Jacques Rousseau(1712-1778)

• Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva.• Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and

Sciences (1754) dan Social Contract (1762).• Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan

pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliau manusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadi masing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body) yang menentukan bentuk undang-undang yang akan melindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyai hak asasi yang sama.

• Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umum yang telah dipersetujui secara kolektif.

Nordin Tahir, JIP

Page 19: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalam pemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat

i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagai satu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmu pegetahuan yang baru. ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyai tanggungjawab penting untuk membantu dalam usaha membina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektual awam (public intellectuals). iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnya diwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaran ilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidang dalam disiplin sains sosial.

Nordin Tahir, JIP

Page 20: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuat beberapa sumbangan penting kepada pertumbuhan pendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:-

1. Mereka telah membuat penelitian intensif dan ekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat, sifat manusia dan ciri alam semula jadi. 2. Mereka berjaya mengembangkan sistem pendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmu sekular. 3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuan ilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

Nordin Tahir, JIP

Page 21: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tokoh-tokoh Pendidik Barat: - John Dewey -Maria Montessori -Jean Piaget -Carl Rogers -Albert BanduraTokoh-tokoh Pendidik Timur: -HAMKA -Confucius -Lao Tze -Tokoh-tokoh Pendidik Negara: -ZA’BA -Burhanuddin Helmi -Aminuddin Baki -Awang Had Salleh

Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh pendidik tersebut dan bincangkan sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal insan

Nordin Tahir, JIP

Page 22: EDU 3101  FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Prof. HAMKA

Nordin Tahir, JIP