- perkembangan pendidikan di malaysia falsafah dan dasar

Upload: deen-sall

Post on 04-Jun-2018

2.809 views

Category:

Documents


138 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    1/172

    Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

    uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd

    fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx

    cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

    opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

    hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

    wertyuiopasdfgZAINhjklzxcvbnmqwe

    rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop

    asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb

    qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

    uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd

    fghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvb

    nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe

    rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop

    asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb

    KPF 3012

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

    MALAYSIA: FALSAFAH DAN

    DASAR

    ZAINI BIN ABDULLAH

    MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB

    IKHSAN BIN OTHMAN

    NORILA BINTI MD SALLEH

    ABU BAKAR BIN YUSUF

    ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    2/172

    PENGENALANPanduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungankursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untukmengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengancemerlang. Kursus KPF 3012 merupakan kursus Pendidikan Profesional yang mengandungi tujuh

    elemen penting dalam perkembangan pendidikan iaitu pendidikan dan pembangunan, falsafahpendidikan, dasar-dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, pelaksanaanpendidikan, etika dan peraturan pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Kandungan kursus ini saratdengan maklumat penting untuk pengetahuan asas kepada setiap guru. Kursus ini bernilai 2 jamkredit.

    KUMPULAN SASARANKursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikandi UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

    PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARANMengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jamwaktu pembelajaran. Oleh itu bagi setiap kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 80 jam waktupembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KPF 3012 adalah seperti dalam Jadual 1dan Jadual 2.

    Jadual 1Anggaran agihan masa pembelajaran (2 jam kredit)

    Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

    Bersemuka Tidak BersemukaMembaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan 32

    Tutorial di Pusat 10

    Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui Big BlueButton, Skype, dll.)

    18

    Forum (E-Learning melalui MyGuru2) 10

    Video P&P melalui MyGuru2 10

    Kuiz dalam talian melalui MyGuru2

    28 52Jumlah Masa Pembelajaran 80

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    3/172

    HURAIAN KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Di akhir kursus KPF 3012, anda diharap dapat:1. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasar-

    dasar (C4, TS3).2. Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi

    sukatan pelajaran (C4).3. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2).4. Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (A3, CS3).

    SINOPSIS KURSUSKursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya

    dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkanperkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusandengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara.Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagimembolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalammelaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.

    PENAKSIRAN

    Bentuk Penaksiran % WajaranKerja Kursus 60

    Peperiksaan Akhir 40

    Jumlah 100

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    4/172

    HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

    Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

    Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktivititermasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripadaInternet, buku, dan sumber lain-lain.

    Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

    Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

    Persembahan mikro- dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untukdipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerjakursus.

    Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

    Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan.

    Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.A

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    5/172

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    6/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    1

    UNIT 1

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAKE ARAH PEMBANGUNAN INSAN

    DAN NEGARA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir pembelajaran unit ini anda akan dapat:

    1. menjelaskan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan

    Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium.2. menyatakan tokoh-tokoh yang terdapat dalam pendidikan dari era sebelum penjajahan

    Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era milenium.3. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat

    membangunkan insan.4. menjelaskan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat

    membangunkan negara.

    PENGENALAN

    Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya.Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini dari semasa ke semasa berkembang selarasdengan keperluan dan cabaran; atau dengan kata lain pendidikan mengalami proses kritalisasi,iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat pentingdan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberisumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepadapembangunan negara. Unit ini akan membincangkan senario perkembangan pendidikan diMalaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya keera milenium. Perbincangan juga melibatkan bagaimana pendidikan yang berlangsung di negaraini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.

    ISI KANDUNGAN

    Latar Belakang Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

    Secara lebih terperincinya, perbincangan berkaitan perkembangan pendidikan di negara ini adalahmelibatkan pendidikan dalam era sebelum penjajahan Inggeris; semasa penjajahan Inggeris iaitubermula dari pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786; era sebelum kemerdekaan

    iaitu selepas Perang Dunia Kedua dan pembentukan Malayan Union pada 1946; dan era selepasmerdeka iaitu mulai tahun 1957. Pendidikan era selepas merdeka pula akan melibatkan pendidikan

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    7/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    2

    ketika sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988; sertapendidikan dalam era milenium.

    Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris

    Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah airini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masaitu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyatberpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agamaIslam yang teguh. Pendidikan melibatkan perkara-perkara asas bagi tujuan kelangsungankehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikantradisional juga melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai orangyang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan,dididik dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diterima pakai dalam

    lingkungan masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati oranglain terutama kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata sertaperbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmoniandalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

    Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masakelak. Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya menjalankankegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upahbertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep berbakti kepada tanah danalam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebut mencapai peringkat umur remajadan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi

    aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah merekamendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuhdengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi surirumah yang baik. Sehubungan itu, anak-anak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunyamenjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur.

    Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama.Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka akanmengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang bolehdianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat. Anak-

    anak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ain, fardhu kifayah,hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quransebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Selain di rumah Pak Imam, guruatau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid. Selain itupendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di Semenanjung TanahMelayu pada masa itu.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    8/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    3

    Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid secara tidak

    formal berjalan terus di kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang

    silam.

    . . . Abdullah Ishak 1995, hal. 135.

    Bagi golongan bangsawan, pendidikan secara lebih formal berlaku di istana. Guru-guru yang khasdiundang untuk mengajar anak-anak raja dan anak-anak para pembesar istana. Jadual belajar,mata pelajaran dan tempat belajar yang lebih khusus ditetapkan. Pelajaran membaca, menulis danmengira diajarkan selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Dalam

    erti kata lain, kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 1511) telahmemainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwahIslamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara.

    Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris

    Semasa penjajahan Inggeris (1786 1957), masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripadagolongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Masyarakat mula bersifatmajmuk dengan kedatangan buruh dari Cina dan India secara beramai-ramai untuk bekerja dilombong bijih timah dan di ladang-ladang seperti ladang kopi, kelapa, tebu dan getah. Inggerismelaksanakan dasar pecah dan perintah dengan budaya superior penjajah yang begitu ketara.Pengekalan budaya dan warisan berasaskan kaum berlaku dengan bebas sehingga mewujudkanpolarisasi antara kaum. Tiada usaha penyatuan oleh pemerintah pada masa itu ke arah perpaduanantara golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan; antara pendudukbandar dan luar bandar; lebih-lebih lagi antara suatu suku kaum dengan suku kaum yang lain.

    Dasar pecah dan perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi sistem pendidikanyang dilaksanakan pada masa itu. Hala tuju pendidikan pada masa itu bersifat kabur. Inggerismemperkenalkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah sekolah yang ditubuhkanberasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-

    masing. Sekolah vernakular yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakularCina dan sekolah vernakular Tamil. Pada tahun 1855 sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas,Pulau Pinang dan pada tahun 1856 di Telok Belanga dan di Kampung Gelam, Singapura. Disekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Tulisan Rumidan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara sekolah yang awal dibukaialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam, Singapura. Pada 1871, A.M Skinnertelah memperkenalkan sekolah Melayu yang digabungkan dengan kelas Al-Quran iaitu pelajaranakademik di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran di sebelah petang. Langkah ini bertujuan untukmenarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayumemberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini.

    Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka.Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Pada

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    9/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    4

    pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secaraberamai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengantujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Guru-guru danbahan pembelajaran adalah daripada tanah besar Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau

    menghalang usaha yang dilakukan sehingga Enakmen Pendaftaran Sekolah diadakan pada tahun1920 yang mana semua sekolah Cina perlu didaftarkan pembukaannya.

    Apabila Kod Buruh dikuatkuasakan pada tahun 1925, setiap ladang yang ada 10 orang anak-anakberumur persekolahan diwajibkan membuka sekolah. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamildibuka. Ciri sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikannegara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalahberkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-bahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itukebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh,pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu.Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut.

    Sekolah Inggeris dibuka untuk anak-anak pegawai kerajaan Inggeris pada masa itu selain untukanak-anak bangsawan dan golongan elit Melayu. R. Hutching telah membuka Penang Free Schoolpada tahun 1816 iaitu sekolah Inggeris pertama. Sekolah Inggeris banyak menerapkan ideologipenjajah termasuk pengekalan ciri-ciri ketuanan Inggeris sebagai penjajah. Selain itu sekolahmubaligh Kristian seperti sekolah Methodist, Katholik dan Anglican juga beroperasi mengikutkehendak mazhab masing-masing. Sistem persekolahan vernakular yang diperkenal adalahsebenarnya tidak bertapak di atas asas yang konkrit apalagi ke arah perpaduan rakyat di nagaraini.

    Semasa Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu ditakluki oleh tentera Jepun. Kebanyakan sekolahditutup untuk dijadikan markas tentera Jepun. Beberapa sekolah Nihongo dibuka oleh tenteraJepun. Pada masa itu anak-anak penduduk tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolahtersebut. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh tentera Jepun ini menggunakan bahasa Jepunsebagai bahasa pengantar. Mata pelajaran meliputi pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-laguklasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapannilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itumenggunakan sloganAsia for Asianiaitu Asia adalah untuk orang Asia.

    Pendidikan rakyat terus berkembang tanpa mengambil kira soal keperluan kepada kemajuan dan

    pembangunan Tanah Melayu secara khususnya. Iaitu tiada pembentukan identiti kebangsaan,perpaduan rakyat, apalagi pembangunan unsur insaniah dalam kalangan rakyat. Sistempendidikan lebih kepada usaha memecahbelahkan rakyat. Bagi peribumi pendidikan bertujuanuntuk mengekalkan mereka dengan aktiviti ekonomi yang sedia ada seperti bertani, bersawah atausebagai nelayan. Bagi etnik pendatang, Inggeris tidak berminat dan bersikap tidak mahu masukcampur berkaitan pendidikan mereka. Justeru pendidikan memberi laluan untuk mengekalkantumpuan taat setia masing-masing kepada negara asal mereka. Dalam pada itu Inggeris terusmengekalkan kuasa serta pengaruh ketuanan mereka sebagai penjajah.

    Walau bagaimanapun, beberapa jawatankuasa juga pernah dibentuk bagi mengkaji pelaksanaanpendidikan di Tanah Melayu pada masa penjajahan Inggeris. Jawatankuasa tersebut telah

    mengeluarkan laporan seperti Laporan Cheeseman (1946), Laporan Holgate (1949), LaporanBarnes (1950) dan Laporan Fenn Wu (1951). Walaupun jawatankuasa tersebut dalam laporannya

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    10/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    5

    telah mencadangkan beberapa cadangan bagi pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu, namunpelaksanaannya tidak dapat dilakukan atas beberapa alasan. Begitu juga dengan OrdinanPelajaran 1952 yang pernah diwartakan, namun pelaksanaan dan penguatkuasaannya adalahtidak jelas.

    Pendidikan Era Sebelum KemerdekaanPembentukan Malayan Union pada 1946 telah meningkatkan lagi semangat para pejuangkemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain untukmendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sesuatuperlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di tanah air ini. Langkah perlu diambil bagimenggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara berdaulat yangmempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari oleh para pemimpintempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaanbagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara yang merdekakelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein

    dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah negara yangmerdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara yangdiberi tumpuan secara serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaandaripada pihak penjajah.

    Sebagai persediaan ke arah kemerdekaan, satu jawatankuasa dinamakan sebagai JawatankuasaPelajaran 1956 telah ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksanaselepas tanah air mendapat kemerdekaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Razak Husseindan telah mengeluarkan laporannya yang dikenal sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razaktelah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun ordinan Pelajaran telah diwartakanpada 1957, namun ordinan ini tidak dapat dilaksana atau dikuatkuasakan kerana Tanah Melayu

    sudah hampir untuk mencapai kemerdekaan.

    Penyata Razak(Para 12)

    Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialahbermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalamnegeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semuabangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaryang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta

    melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

    Merujuk kepada rujukan yang relevan, apakah cadangan utama yangterkandung dalam:a. Laporan Cheesemanb. Laporan Barnesc. Laporan Fenn Wu

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    11/172

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    12/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    7

    September 1974, satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkanuntuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961.Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketikaitu. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah seperti berikut:

    Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasukkurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengantujuan untuk mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhisama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagiuntuk mempastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negarake arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

    (. . . Laporan Jawatankuasa Kabinet: Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran)

    Jawatankuasa telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai LaporanJawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenalsebagai Laporan Kabinet atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapapindaan telah dibuat ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepadapelaksanaan sistem pendidikan. Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasankepada keperluan pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohaniandan kurikulum ala Malaysia.

    Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru SekolahRendah (KBSR) oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988 bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selaindaripada itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan

    falsafah pendidikan negara yang lebih jelas dan tersurat.

    Pendidikan Berasaskan Falsafah Pendidikan

    Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan.Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan

    atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yangpatut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadikepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepadasegala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutupendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yangbertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada kurikulum yangsentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996.

    Senaraikan lima perkara utama yang terkandung dalam AktaPelajaran 1961.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    13/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    8

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebihmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK ialah gambaran cita-citaserta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan.Semua program dan aktiviti pendidikan ialah terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapatdalam FPK. FPK yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan pelaksanaan pengajarandan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan, seterusnyamampu mengangkat taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa.

    Pendidikan Era Milenium

    Era milenium menyaksikan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografimahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi. Justerupelaksanaan pendidikan tidak boleh berada di takuk yang lama, melainkan perlu kepadapengubahsuaian. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan global dan pada masa yangsama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat localatau biasa disebut sebagai glokal (global +local). Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancangmasa depan mereka; mampu menghadapi cabaran baru; dan berupaya membuat pilihan dengan

    bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikanperlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliranpembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikanumumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel, dan dinamik supaya dapat menentukan corakmasyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan. Perkara ini dapat dilihatDalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) danRancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-10) berkaitan pendidikan.

    RMKe-8 ialah bagi tempoh tahun 2001 hingga tahun 2005. Dalam rancangan ini sistem pendidikandan latihan akan dimantapkan untuk Malaysia dipromosi sebagai pusat kecemerlangan pendidikanserantau. Dalam rancangan ini penekanan kepada ICT adalah menjadi agenda penting.

    Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari diteruskan. Sebanyak 8,000 buah sekolah dibekali dengankomputer, manakala capaian internet disediakan di sekolah-sekolah bagi kemudahan murid-murid.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    14/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    9

    Selain itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi merapatkan jurang digital antara bandar danluar bandar. Dalam pada itu agenda perpaduan juga masih diteruskan. Konsep Sekolah Wawasandiperkenalkan bagi tujuan perpaduan.

    RMKe-9 ialah dari tahun 2006 hingga 2010. Dalam RMKe-9, pendidikan ialah bagi melahirkanmodal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia. Abdullah Ahmad Badawiiaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu inginkan agar pendidikan dapat melahirkan insanulul albab. Bagi tujuan ini Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 atau ringkasnya PIPP2006-2010 diperkenalkan dengan tema Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional. Dalam PIPP2006-2010 pembangunan pendidikan ialah berdasarkan enam teras strategik seperti berikut.

    Membina negara bangsa

    Membangunkan modal insan

    Memperkasa sekolah kebangsaan

    Merapatkan jurang pendidikan

    Memartabatkan profesion perguruanMelonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

    RMKe-10 ialah dari tahun 2011 hingga 2015. Dalam RMKe-10 sebahagian agenda pendidikanadalah kelangsungan daripada yang telah dirancang dalam RMKe-8 dan RMKe-9. Perkara ini jelasapabila temanya ialah Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia yangmerupakan sebahagian daripada yang terkandung dalam RMKe-9. Selain itu perkara-perkaraseperti peningkatan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan; pendemokrasian untukmendapatkan pendidikan; dan merapatkan jurang rakyat untuk perpaduan melalui pendidikanmasih kekal untuk dilangsungkan. Secara umumnya senario pendidikan di negara ini daripadasebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya adalah tidak terpisahdaripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke arah pembangunan dankemakmuran negara.

    Apakah Fungsi Pendidikan Untuk Pembangunan?

    Pendidikan dapat difahami sebagai satu proses mendidik sehingga seseorang yang dididikmemperoleh keilmuan yang akhirnya mampu menerbitkan tingkah laku atau amalan yangdikehendaki. Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi telah merubah senario dunia

    sehingga proses mendidik sering dikaitkan dengan persekolahan. Senario masa kini menunjukkantugas mendidik telah banyak berpindah daripada institusi keluarga di rumah kepada guru-guru diinstitusi bernama sekolah. Dari sudut fungsinya pendidikan dapat memainkan peranan secarameluas. Pendidikan diharapkan dapat memperkembangkan dimensi instrinsik seseorang. Iaitupendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia sertakeimanan individu manusia. Pada masa yang sama fungsi pendidikan tidak boleh lari daripadauntuk membangunkan dimensi sosial seseorang. Iaitu sumbangan seseorang kepada keluarga,masyarakat dan negara. Tegasnya pendidikan adalah untuk pembangunan insan dan seterusnyapembangunan negara. Nyatanya sebelum seseorang individu dapat memberi sumbangan kepadakeluarga, masyarakat dan negara daripada aspek-aspek dimensi sosial, terlebih dahulu seseorangindividu tersebut perlu membangunkan dirinya sendiri daripada aspek-aspek dimensi intrinsik.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    15/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    10

    Fungsi Pendidikan Ke Arah Pembangunan Insan

    Menurut John Stuart Mill pendidikan adalah aktiviti memahami potensi yang terdapat padaseseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan tabii. Sebagai yang terdapatdalam FPK pula, pendidikan adalah untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsurintelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani tidakboleh secara terasing (compartmentalised)antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan perluberlaku secara bersepadu (intergrated) dan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Penekanan hanya kepada mana-mana satu unsur hanya akan menjadikan individuyang tidak seimbang. Seterusnya tujuan pendidikan adalah ke arah melahirkan warganegara yangberpengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri hingga seterusnya dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha

    ini bagi membentuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi.Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanyaremaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda, remaja pelajar mudahterpengaruh dengan hedonisme yang boleh membawa kepada aktiviti sosial yang kurangberfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit,melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perludiambil untuk menanganinya sebelum ia merebak dan menjadi semakin berleluasa. Justeru,pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap akan dapat membendunggejala sosial daripada terus menular.

    Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan

    jasmani. Potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuanuntuk berfikir secara logik dan rasional; membuat keputusan dengan tepat dan menyelesaikanmasalah dalam kehidupannya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkansecara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatiftanpa memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya. Sebagai contoh ramai remaja yangmenunggang motorsikal dengan pelbagai gaya atau aksi rempit tanpa secara kritis memikirkankesannya jika mengalami kemalangan. Selain itu, individu yang terdidik perlu mempunyaikemampuan untuk berkomunikasi dengan berkesan; berinteraksi dengan persekitaran; dan dapatmenyesuaikan diri dengan keadaan kehidupan. Individu juga perlu mempunyai keimanan dankepatuhan kepada tuhan bagi melandasi segala aktiviti dalam kehidupannya.

    Apakah yang guru-guru boleh lakukan di sekolah untuk meningkatkan lagi usaha membantupelajar dari aspek pembangunan insan?

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    16/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    11

    Fungsi Pendidikan Ke Arah Pembangunan Negara

    Pendidikan juga merupakan mekanisme bagi pembangunan sesebuah negara. Tanpa sistempendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasillah bentuk pendidikan yang pelbagai corakserta tidak sempurna sifatnya. Implikasi daripada itu negara akan mengalami pelbagai masalahyang boleh menjejaskan proses pembangunan dan pemodenan negara. Oleh yang demikian satubentuk dasar yang mampu menyatukan kepelbagaian bentuk dan corak pendidikan adalah perlu.Pembangunkan rakyat dari sudut insaniah sahaja tidak mencukupi tanpa kesinambungannya kearah pembangunan negara. Tamadun sesebuah negara akan lenyap jika negara menjadi lemahatau musnah. Justeru pendidikan perlu berkeupayaan memperkembangkan individu dari segi fizikaldan mental untuk pembangunan negara. Pendidikan perlu ke arah melahirkan rakyat yang yangmempunyai kualiti keterampilan diri yang tinggi untuk pembangunan negara selaras dengan DasarPembangunan Negara (1991-2000) melalui pendidikan.

    Pembangunan untuk negara boleh dilihat daripada aspek-aspek tumpuan taat setia rakyat kepada

    negara. Pendidikan perlu membolehkan sesorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagimenghasilkan warganegara yang lebih baik, iaitu warganegara yang progresif dengan jati diri yangtinggi. Konsep negara bangsa sebagai yang digariskan dalam Teras Pertama PIPP (2006 2010)perlu di capai melalui pendidikan. Negara bangsa yang dimaksudkan ialah warganegara yangmempunyai ciri patriotik, cinta negara, glokal dan berdaya saing dengan meneruskan warisanbudaya dan kesenian bangsa serta menumpukan taat setianya kepada raja dan negara denganajaran agama sebagai pegangan. Melalui konsep negara bangsa, rakyat Malaysia akan berpautwalaupun dilanda gelombang globalisasi.

    Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagailatar belakang budaya dan pegangan agama. Sehubungan itu peranan pendidikan adalah untuk

    membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu dan bertoleransi. Sebagai yangdijelaskan sebelum ini, akta pendidikan baik Akta Pelajaran 1961 mahupun Akta Pendidikan 1996,perpaduan adalah merupakan agenda penting yang terkandung dalam akta tersebut. Telahdiperuntukkan agar pendidikan dilaksana menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarutama; selain menggunakan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua sekolah bagitujuan mencapai hasrat yang dinyatakan.

    Walaupun negara telah lama mencapai kemerdekaan, pembangunan infrastruktur di negara iniperlu terus berlangsung kerana masih banyak lagi kemudahan infrastruktur yang masih belumdiadakan mahupun belum dilengkapi. Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Jurang geografiantara rakyat perlu segera dikurangkan selaras dengan mengekal dan meningkatkan lagi

    perpaduan rakyat. Justeru pendidikan yang boleh melahirkan guna tenaga manusia yang terdiridaripada golongan teknokrat profesional dan semi profesional perlu diadakan. Dalam hal inipendidikan ke arah pembangunan negara secara fizikalnya begitu jelas dilihat rasionalnya.

    Selain itu pendidikan juga diharap dapat melahirkan modal insan iaitu pekerja yangberpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik,sosioekonomi dan budaya. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan pada masa ini memandangkanmasyarakat kini semakin maju. Kesemua petak pekerjaan dalam pelbagai bidang industri,perusahaan, ekonomi, sains dan teknologi perlu diisi demi kemakmuran negara. Sehubungan itupelbagai tahap modal insan perlu dikeluarkan melalui sistem pendidikan bagi mengisi petakpekerjaan yang sesuai bagi pembangunan negara.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    17/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    12

    Malaysia pada hari ini lebih mengutamakan modal insan atau pekerja ilmu dalam bidang sains danteknologi. Tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam sains dan teknologi perlu supaya setarafdengan negara lain. Harapan diletakkan kepada para pelajar lepasan institusi pengajian tinggiawam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam mengaplikasikan pengetahuanserta pendidikan yang mereka pelajari apabila berada di alam pekerjaan nanti. Tenaga kerja ini

    dilatih terlebih dahulu supaya menguasai kemahiran megguna peralatan teknologi seperti teknologiICT.

    Dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pendidikan diberikan keutamaan untukmenangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluangpendidikan yang sama untuk semua kaum. Pendidikan adalah sebagai medium untuk berlakunyamobiliti sosial untuk mencapai matlamat DEB Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai programpendidikan untuk siswazah yang menganggur. Ini salah satu program yang baik supaya tiadaantara bekas siswazah yang tercicir dalam menyumbangkan idea, tenaga dan usaha untukmeningkatkan lagi mutu pembangunan negara.

    RUMUSAN

    Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di negara iniberlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walaubagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terusmengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihatsebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain pendidikan yangberlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. Pembangunan insanperlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunannegara dapat dilakukan.

    KATA KUNCI1. Dimensi intrinksik

    2. Dimensi sosial

    3. Falsafah Pendidikan

    4. Minda kelas pertama

    5. Mobiliti sosial

    6. Modal insan

    7. Pembangunan insan

    8. Pembangunan negara

    9. Pemikiran kreatif dan kritis

    10. Pendidikan tradisional

    11. Sekolah vernakular

    12. Sekolah pondok

    Apakah hujah anda tentang kepentingan pendidikan untuk tujuan pembangunan insan dan negara?

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    18/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    13

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Bandingkan kesan pendidikan kepada pembangunan insan dan negara antara pendidikandalam era sebelum merdeka dengan pendidikan dalam era selepas merdeka.

    2. Jelaskan hubungan antara Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dengan AktaPelajaran 1961.

    3. Huraikan fungsi pendidikan untuk pembangunan dimensi intrinsik dan pembangunandimensi sosial pelajar.

    4. Jelaskan bagaimana pendidikan dikatakan mampu menyumbang kepada pembangunansesebuah negara?

    5. Pada pendapat anda apakah akan berlaku jika pembangunan sesebuah negara dilakukantanpa terlebih dahulu melakukan pembangunan insan.

    RUJUKAN

    Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.

    Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan (Edisi 2). KualaLumpur: Fajar Bakti.

    Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. KualaLumpur: Penerbit Fajar Bakti.

    Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984).

    Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: MDC Publishers Printers.(1996)

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji PelaksanaanDasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    19/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    14

    UNIT 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK):HURAIAN DAN PENGHAYATAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir pembelajaran unit ini, anda akan dapat:

    1. Mendefinisikan falsafah dan falsafah pendidikan

    2. Menjelaskan asas falsafah Barat dan Islam dalam pembentukan FPK

    3. Menghubungkaitkan antara ciri-ciri FPK dengan falsafah pendidikan Barat dan Islam

    4. Mengenal pasti kandungan dokumen FPK dari aspek yang tersurat dan tersirat

    5. Menghuraikan unsur-unsur dan elemen-elemen dalam FPK

    6. Menganalisis pendidikan negara dari segi bentuk, proses dan kesan akhir

    PENGENALAN

    Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah negara.Setiap negara mempunyai falsafah pendidikan negaranya sendiri yang berbeza daripada falsafah

    pendidikan negara lain. Di Indonesia, falsafah pendidikannya adalah merupakan hala tuju sistempendidikan negara itu yang dibina berdasarkan Pancasila yang mengandungi lima prinsip danmenjadoi pedoman hidup rakyat Indonesia. Hal ini tentunya berbeza dengan falsafah pendidikan diMalaysia yang merupakan halatuju sistem pendidikan berdasarkan matlamat negara, dasar-dasar,Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan tidakdinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan digambarkan melaluipenyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, AktaPelajaran 1962 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

    ISI KANDUNGAN

    Apakah Maksud Falsafah?

    Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philodan sophia. Philo bermaknamencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Oleh itu, falsafah bermaksudmencintai kebijaksanaan atau kehikmahan. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yangdilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencarikebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun demikian,

    aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulahmemiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap dan nilai-nilai yang teguh.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    20/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    15

    Definisi Falsafah Dan Falsafah Pendidikan

    Terdapat pelbagai definisi falsafah yang diberikan oleh tokoh-tokoh falsafah. Menurut Socrates,falsafah ialah usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapaikebijaksanaan. Menurut Plato pula, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubungdengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Aristotle mendefinisikanfalsafah sebagai disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Al-Farabi pulamendefinisikan falsafah sebagai ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikatyang sebenarnya. Manakala menurut Al-Ghazali falsafah ialah perbincangan berkaitan soal-soalagama dan ketuhanan semata-mata dan hasil pemikiran manusia yang spekulatif yangberdasarkan ujikaji dan pengamatan yang tajam.

    Terdapat perbezaan dalam usaha untuk mencari kebenaran sebagaimana yang dilakukan oleh ahlisains dan ahli falsafah. Apakah perbezaannya? Ahli-ahli sains melakukan kajian untuk mencarikebenaran ke atas sesuatu hipotesis. Sebagai contoh, untuk membuktikan kebenaran sesuatu

    hipotesis ahli-ahli sains perlu melakukan ujikaji di makmal ataupun kajian lapangan. Denganmelakukan ujikaji atau kajian lapangan, data-data empirikal diperoleh bagi membuktikan sama adasesuatu hipotesis itu boleh diterima menjadi teori atau sebaliknya. Ahli-ahli falsafah juga mencarikebenaran tetapi mereka tidak melakukan ujikaji di makmal atau kajian lapangan. Sebaliknya ahli-ahli falsafah mencari kebenaran melalui penaakulan.. Dapatlah dirumuskan bahawa falsafahbermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakankebijaksanaan. Oleh itu, dalam berfalsafah memerlukan ketajaman akal, kemantapan ilmu danketeguhan nilai agar dapat memberi penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana.

    Dalam proses pendidikan, penetapan falsafah pendidikan adalah penting agar perancangan danpelaksanaan sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan bertujuan. Falsafah

    pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kaitdengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan falsafahpendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan juga,maka segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian programpendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainyaakan berfokus dan menuju ke arah yang sama.

    Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah dan falsafah pendidikan?

    Cabang Falsafah

    Terdapat empat cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Seterusnya akandihuraikan tentang keempat-empat cabang falsafah berkenaan. Cabang falsafah yang pertamaialah metafisik. Metafizik bermaksud beyond the physical Metafizik ialah cabang falsafah yangmembincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. Metafizik cubamenjawab persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik seperti tentanghakikat realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat. Sebagai contoh

    kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    21/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    16

    Cabang falsafah yang kedua ialah epistemologi. Epistemologi merupakan cabang falsafah yangmembincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. Epistemologi membahaskan secara terperincisegenap proses untuk memperoleh pengetahuan iaitu asal usul pengetahuan, bagaimanaseseorang boleh memperoleh pengetahuan berkenaan serta kesahihannya. Terdapat lima jenisilmu iaitu ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional. Ilmu wahyu

    diperturunkan dari tuhan kepada manusia sebagai pedoman hidup. Ilmu wahyu adalah seperti yangterdapat dalam al-Quran dan hadis. Keperluan ilmu wahyu ini adalah kerana keterbatasan akalpemikiran manusia. Oleh itu terdapat perkara-perkara tertentu yang akal fikiran manusia tidakmampu untuk memikirkannya. Ilmu empirikal adalah ilmu yang diperoleh berdasarkan pengalamanderia manusia. Sebagai contoh ahli-ahli sains melakukan kajian di makmal atau kajian lapanganbagi membuktikan kebenaran sesuatu hipotesis. Dalam kajian yang dilakukan data-data empirikalmungkin diperoleh melalui deria penglihatan seperti memerhatikan pertukaran warna kertas litmusbagi menentukan keasidan sesuatu bahan atau membaca perubahan nilai pada sesuatu alat ukuryang digunakan. Berdasarkan data-data empirikal yang diperoleh ini barulah sesuatu hipotesis itudapat dibuktikan kesahihannya.

    Ilmu intuitif pula merupakan ilmu yang diperoleh melalui celik akal atau ilham. Ilham sangatsubjektif mengikut idea yang mampu diperoleh oleh seseorang. Dalam menyelesaikanmasalah,yang sama, orang yang berbeza menyelesaikannya dengan kaedah yang berbeza keranaidea yang berbeza walaupun tujuannya sama iaitu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Ilmuautoritatif adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh seseorang.Contohnya, seseorang doktor ialah orang yang mempunyai autoriti dalam memberikan ubat yangsesuai untuk pesakitnya. Autoriti ini diperoleh berdasarkan ilmu yang dipunyai oleh doktor keranamengkhusus dan mendalami bidang perubatan. Justeru, ubat yang diberikan oleh seseorangdoktor diyakini oleh pesakit akan mampu membantu menyembuhkan penyakit yang dihidapi.Manakala ilmu rasional adalah berdasarkan pemikiran logik manusia. Manusia menggunakan

    kemampuan pemikiran logik akalnya dalam menentukan tindakannya. Begitu juga dalammenghujahkan sesuatu perkara, manusia menggunakan logik akal bagi memastikan sesuatupenghujahan diterima. Namun begitu, oleh kerana secara semula jadi akal pemikiran manusiaterbatas, maka kadang kala apa yang difikirkan logik oleh manusia, hakikatnya ia tidak benar.

    Seterusnya ialah cabang falsafah yang ketiga iaitu aksiologi. Aksiologi juga dikenali sebagai teorinilai di mana cabang falsafah ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai.Nilai ini dikategorikan kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika adalah berkaitan denganperaturan, nilai moral, tingkah laku, adat dan sebagainya. Tujuannya adalah ke arah kebaikan iaitumemastikan seseorang itu bertanggung jawab sebagai individu, ahli keluarga, ahli masyarakat,rakyat sesebuah negara dan juga sebagai hamba kepada tuhannya. Estetika pula adalah nilai yang

    berkaitan dengan keindahan dan kesenian.

    Adakah nilai bersifat objektif atau subjektif? Dalam banyak hal, seringkali sesuatu nilai itu dikatakanbersifat subjektif. Sebagai contoh nilai yang ingin diberikan kepada sesuatu objek sama ada cantikatau tidak adalah bergantung kepada penilainya. Si A mungkin mengatakan objek A cantik tetapi siB pula mungkin tidak bersetuju. Nilai yang diberikan terhadap objek berkenaan dikaitkan denganperasaan individu yang menilainya. Oleh kerana perasaan individu berbeza, maka nilai yang diberi

    juga berbeza. Namun begitu, sesuatu nilai boleh juga bersifat objektif. Sesuatu peraturan bertulisyang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja adalah bersifat objektif. Jika seseorangpekerja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan berkenaan, maka ia telah ingkarterhadap peraturan, walau siapapun pegawai yang menilai tingkahlakunya. Dalam hal ini nilai

    adalah objektif dan tidak bergantung kepada si penilai sebaliknya bergantung kepada peraturanbertulis yang telah ditetapkan.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    22/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    17

    Cabang falsafah logik pula merupakan bidang falsafah yang berkaitan dengan penaakulanmanusia. Dalam penaakulan, manusia menggunakan rasional bagi sesuatu perkara, kejadian atautindakan. Walaupun akal fikiran manusia terbatas, berdasarkan pertimbangan logik membolehkanseseorang itu bertindak dengan alasan yang boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati,

    Penaakulan yang dilakukan oleh manusia boleh jadi secara logik induktif atau logik deduktif. Logikinduktif adalah apabila seseorang itu membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkanbeberapa contoh atau kejadian khusus. Logik deduktif pula adalah apabila suatu kesimpulan ataugeneralisasi digunakan dalam perkara atau situasi khusus.

    Apakah perbezaan antara logik induktif dan logik deduktif? Berikan contoh bagi setiapsatunya.

    Falsafah Umum Barat

    Terdapat banyak mazhab dalam falsafah umum Barat. Walaubagaimana pun, dalam modul inihanya empat mazhab utama yang akan dibincangkan. Mazhab-mazhab ini dapat dibahagikankepada dua aliran iaitu aliran tradisional dan aliran moden. Antara mazhab falsafah umum yangutama yang dikategorikan sebagai aliran tradisional ialah idealisme dan realisme. Manakala aliranmoden ialah pragmatisme dan eksistensialisme.

    Terlebih dahulu, marilah kita lihat pandangan mazhab yang dogolongkan dalam aliran tradisional

    iaitu idealisme dan realisme. Idealisme merupakan mazhab terawal yang dipelopori oleh Plato.Fokus mazhab ini ialah pada akal, jiwa dan kerohanian. Mazhab idealisme berpendapat bahawasesuatu kebenaran itu boleh dibuktikan melalui penaakulan bukan melalui kewujudan fizikal. Darisudut metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran kerana bagimazhab ini kewujudan fizikal tidak penting. Dari sudut epistemologi, sesuatu kebenaran adalahsebagai idea yang berada dalam pemikiran. Hal ini melibatkan keupayaan berfikir, memahami danmenaakul kerana mazhab idealisme berpendapat pengetahuan boleh diperoleh tanpa melibatkanderia atau pengalaman; sebaliknya boleh melalui celik akal atau secara intuitif. Dari sudut aksiologipula, sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu sesuatu nilai adalah tetap dan tidak berubah samaada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakatyang lain.

    Realisme yang juga dikenali sebagai materialisme dipelopori oleh Aristotle. Mazhab inimementingkan kewujudan di alam nyata. Dari segi metafizik, fokusnya ialah kepada objek dan

    jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang manusia lahir dengan fikiran,kefahaman dan ingatan yang kosong. Oleh itu, pengetahuan adalah hasil interaksi manusiadengan alam kebendaan di sekelilingnya. Semakin banyak seseorang itu berinteraksi dengan alamkebendaan, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi, penerimaansesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepadasejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yangditerima boleh jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

    Seterusnya kita lihat pula pandangan mazhab dalam aliran moden iaitu pragmatisme daneksistensialisme. Pragmatisme dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti John Dewey, Charles Darwin

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    23/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    18

    dan William James. Fokusnya ialah terhadap pengalaman. Mazhab pragmatisme berpendapatalam semesta tidak statik; sebaliknya bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan.Manusia adalah mahkluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan serta berada dalamalam semesta. Setiap hari manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yangdilaluinya. Justeru, mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam pemikiran

    tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan. Sebagai contoh, kehidupan selepas matimerupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran kita sebagai manusia. Adakah sesiapaantara anda yang mempunyai pengalaman berkaitan kehidupan selepas mati? Jawapannya,tentulah tidak mungkin bagi manusia yang masih hidup mempunyai pengalaman berkaitankehidupan selepas mati. Oleh itu, dapatkah anda rumuskan pandangan mazhab pragmatismeterhadap konsep metafizik? Dari sudut epistemologi, pengetahuan adalah hasil dari pengalamanyang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan persekitaran. Oleh keranapengetahuan manusia sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, makakebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula, ia sangat bergantung kepada situasi iaitudari aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan diaplikasikan.

    Mazhab falsafah eksistensialisme yang juga dikenali sebagai falsafah orang Eropah, dipeloporioleh tokok-tokoh seperti Soren Kierkegaad, Friedrich Wilhelm Nietzsche dan Martin Buber. Sepertimazhab pragmatisme, mazhab eksistensialisme juga mengutamakan pengalaman. Fokusnya ialahterhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi mencapaikesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat individu.Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas menentukanpersekitaran bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu pengetahuanseseorang adalah berpunca dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana individu bebasmenentukan persekitarannya, maka semakin banyak interaksi seseorang itu denganpersekitarannya, maka semakin banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari sudut aksiologi pula,

    mazhab eksistensialisme berpendapat persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal inibermakna, seseorang itu bebas menentukan sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya; tidakbergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.

    Falsafah Pendidikan Barat

    Sebelum ini telah dinyatakan dalam mazhab umum falsafah Barat terdapat dua aliran iatu alirantradisional dan aliran moden atau kontemporari. Seperti falsafah umum Barat, terdapat dua aliranyang sama dalam falsafah pendidikan Barat. Walaupun terdapat banyak mazhab falsafahpendidikan Barat, dalam modul ini hanya empat mazhab utama yang akan diperincikan iaitu

    perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme dan esensialismeialah mazhab tradisional falsafah pendidikan Barat manakala progresivisme danrekonstruksionisme pula ialah mazhab moden falsafah pendidikan Barat.

    Perenialisme adalah berasaskan pemikiran Aristotle dan Plato. Mazhab ini berpendapat bahawakebenaran adalah sejagat dan tidak berubah dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.Tujuan pendidikan ialah mencari kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban manusia.Justeru, ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas dalampendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan untuk memperkembangkan mental manusia ke arahkebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat, maka kurikulum adalah sama untuk semuapelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran dan fokus terhadapkesusasteraan, kemanusiaan, bahasa, sejarah dan matematik. Guru merupakan orang yangberautoriti dalam bidangnya. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    24/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    19

    guru merupakan orang yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklahmenerima ilmu yang disampaikan oleh guru. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi mudaagar mereka berupaya untuk hidup dalam masyarakat kelak.

    Bagaimana pula dengan mazhab falsafah pendidikan esensialisme? Antara tokoh mazhab ini ialah

    William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed. Pendidikan adalah bertujuan untukmenyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat sekian lama.Mazhab ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untukdisampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkatsekolah rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Di peringkat sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran, matematik,sains, bahasa, kesusateraan dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting. Guruadalah sebagai pakar yang menguasai bidangnya dan role model. Oleh itu guru perlu dihormatikerana kepakaran dan kewibawaannya. Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajarmemperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi menyediakan mereka menjadi ahlimasyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan kepada pelajar warisanbudaya dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada.

    Mazhab progresivisme dipelopori oleh ahli-ahli falsafah seperti Charles Pierce, William James danJohn Dewey. Mazhab ini meletakkan persekitaran dan masyarakat sebagai faktor penting dalampembentuk generasi masa hadapan. Individu yang dilahirkan di dunia ini diibaratkan sebagaisehelai kain putih. Oleh itu pendidikan berperanan mencorakkan manusia mengikut persekitarandan masyarakatnya. Kurikulum adalah berfokuskan kepada mata pelajaran sains sosial danmerentas disiplin. Progresivisme meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pastikeperluan dan minat sendiri. Oleh itu peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbingyang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap

    sesuatu masalah.

    Mazhab rekonstuksionisme merupakan mazhab moden falsafah pendidikan Barat yang dipeloporioleh George Counts dan Harold Rugg. Mazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukansemula masyarakat iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untukmenyedarkan pelajar tentang masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu,proses pembelajaran merupakan proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadapmasalah yang berlaku dalam masyarakat semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasimasalah-masalah yang ada agar masalah yang berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akandatang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-masalah sosial, ekonomi dan politikyang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai pembimbing iaitu membimbing

    pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seterusnyapelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka memperoleh kemahirandalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai agensi utamadalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi mahupunpolitik sesuai dengan masyarakat akan datang.

    Buat peta minda yang menggambarkan pandangan mazhab-mazhab falsafahpendidikan Barat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    25/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    20

    Falsafah Islam

    Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Falsafah bermaksudpenaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu perlulah diamalkan. Kebenaranhendaklah menjadi amalan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia agar hidup bermakna danmendapat kebaikan.

    Dari sudut metafizik, kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah swt.Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran atau wahyu Allah swt. Epistemologi dalamfalsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasankemampuan akal manusia. Walaupun seseorang itu bijak dan cemerlang, terdapat perkara-perkaratertentu yang di luar kemampuan akal dan mindanya untuk difikirkan. Namun begitu,penggabungan ilmu wahyu dan ilmu akal adalah bagi membolehkan manusia memahami setiapperaturan atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah swt.

    Dari sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang telahditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat. Nilai sepertiketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia. Dari segi logik,walaupun manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional, namunmanusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata. Setiap tindakan hendaklahmerujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas walau sebijakmana sekalipun seseorang itu.

    Falsafah Pendidikan Islam

    Dalam Islam, pendidikan adalah wajib. Pendidikan bukan setakat melatih akal tetapi juga rohani,jasmani, tingkah laku serta akhlak berasaskan nilai-nilai yang ditetapkan dalam Islam agar individumenjadi insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Hal ini adalah ke arahkejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al-Quran.Pernyataannya seperti berikut:

    Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani,intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman,berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membinamasyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satusama lain.

    Pernyataan di atas menunjukkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan,bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad. Fokusnya ialah terhadapperkembangan individu secara bersepadu.

    Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia

    Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi perhatian ialahperpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat

    majmuk dengan tiga kaum utama yang ada iaitu Melayu, Cina dan India. Agenda perpaduan initerutamanya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    26/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    21

    utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan RahmanTalib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikanusaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoranperistiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan DasarEkonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun

    Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut:Kepercayaan kepada Tuhan

    Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    Keluhuran Perlembagaan

    Kedaulatan Undang-undang

    Kesopanan dan KesusilaanSatu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistempendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yangdinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaantelah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa

    Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalamiperubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupunsehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan matlamat pendidikan negara dinyatakan dalam Penyata Razak 1956,Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

    Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dandiperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:

    "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Tahukah anda bahawa FPN ini telah dimurnikan? FPN telah dimurnikan pada tahun 1996 dandikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut adalah pernyataan FPK:

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebihmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    27/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    22

    FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yangberilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjagakeharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikanyang merupakan proses yang berterusan. Selain daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagisemua aktiviti pendidikan yang dlaksanakan di negara ini.

    Huraian Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1. Pendidikan ialah satu usaha berterusan

    Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan ialah satu usahaberterusan?

    Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalamkandungan sehingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh sejak lahir hingga ke akhir hayat,pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusanmelibatkan:

    Pengetahuan

    Nilai murni

    KemahiranPendidikan berterusan melibatkan 3 peringkat iaitu Peringkat Awal, Peringkat Sekolah danPeringkat Lepas Sekolah. Pada Peringkat Awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidakformal yang memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:

    Pertuturan

    Bimbingan agama

    Asuhan budi pekerti

    Penjagaan kesihatan

    Perhubungan fizikal

    Di rumah, seseorang kanak-kanak menerima pendidikan asas yang melibatkan ibu bapa dan ahlikeluarga yang lain. Sejak lahir, seseorang kanak-kanak dididik untuk makan, minum, bertutur,mengenali anggota badan, mengenali ahli keluarga, membersihkan diri, menguruskan diri dansebagainya. Kanak-kanak juga dididik oleh ibu bapa dan ahli keluarganya dari segi adab sopandan budi pekerti seperti adab makan, adab bertutur, tingkah laku yang boleh dan tidak boleh

    diamalkan dan sebagainya. Pada peringkat awal ini juga, kanak-kanak menerima pendidikan asassemasa di tadika sebagai kesinambungan pendidikan yang diterima di rumah. Sebagai contoh,seseorang kanak-kanak diajar oleh ibu bapa serta ahli keluarganya untuk bertutur agar memahamidan dapat berkomunikasi menggunakan bahasa. Sepanjang di tadika, kanak-kanak terus belajaruntuk berkomunikasi melaui didikan pengasuh atau guru pendidikan awal kanak-kanak. Semasa ditadika juga kanak-kanak belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasabelajar atau bermain serta pengasuh atau guru yang bukan dalam kalangan ahli keluarga mereka.

    Pada peringkat sekolah, murid-murid mendapat pendidikan formal yang melibatkan dua peringkatpersekolahan iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini, penekanan adalahterhadap aspek-aspek berikut:

    Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiranPenghayatan agama dan nilai murni

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    28/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    23

    Perkembangan bakat dan potensi

    Pembentukan jati diriProses pendidikan berterusan sehingga ke Peringkat Lepas Sekolah. Selepas alam persekolahan,pendidikan terus berlaku semasa seseorang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, ditempat kerja mahupun dalam komuniti. Selain daripada itu, pendidikan terus berlaku secara

    pembelajaran kendiri sama ada melalui media massa atau melalui internet. Pada Peringkat LepasSekolah, penekanan adalah terhadap:

    Peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

    Penghayatan agama dan nilai murni

    Penyesuaian hidup

    Perkembangan bakat dan potensi

    Pendidikan berterusan melibatkan Peringkat Awal, Peringkat Sekolah dan Peringkat LepasSekolah. Huraikan bagaimana murid-murid memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahirandi Peringkat Sekolah?

    2. Memperkembangkan lagi potensi individu

    Apakah yang dimaksudkan dengan potensi? Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaanyang ada pada seseorang individu. Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan. Namunbegitu, tidak semua bakat atau keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya lagiadalah terpendam dalam diri individu. Sehubungan dengan itu, pendidikan berperananmemperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang.

    Usaha ini memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan dipertingkatkan secaraberterusan dan hal ini bukanlah suatu usaha yang mudah sebaliknya perlu dirancang dandilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh.Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu:

    Intelek

    Rohani

    Emosi

    JasmaniBerikut dihuraikan empat potensi berkenaan seperti yang ditegaskan dalam FPK.

    i. IntelekPotensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yangdimiliki oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalamperkembangan sesuatu bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikanseseorang itu memperoleh yang berikut:

    Mempunyai kemahiran asas 3M (Menulis, membaca, mengira) Berfikir secara kreatif dan kritis Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

    Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaatdi samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta

    tidak bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yanginovatif tetapi kritis dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    29/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    24

    sejagat dan alam agar sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepadakemudaratan dan kerosakan.

    ii. RohaniPotensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang

    dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak daninsaf kepada Pencipta. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu sepertiberikut:

    Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta Menyedari dan menginsafi tanggung jawab Membentuk akhlak mulia Memupuk dan membina disiplin kendiri

    iii. EmosiEmosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititikberatkan kerana emso mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK,perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut:

    Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian

    iv. JasmaniPotensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitandengan kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan

    seseorang individu berkeupayaan seperti yang berikut: Menjaga kesihatan badan Melakukan riadah Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat Berusaha meningkatkan daya pengeluaran

    Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkannegara tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergastubuh badan agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang

    yang diceburi. Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahirandan kepakaran dalam bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaanmaju dan membangun. Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju padatahun 2020 tentulah memerlukan rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaranuntuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.

    3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

    Perkembangan keempat-empat potensi iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah bagimembolehkan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai. Ilmu, kemahiran dan nilai diperlukan oleh

    manusia dalam memenuhi pelbagai keperluan kehidupannya, Oleh itu, perkembangan keempat-empatnya hendaklah dilakukan secara menyeluruh kerana kesemuanya adalah sama penting.

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    30/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    25

    Kesemua potensi juga hendaklah hubungkaitkan antara satu dengan yang lain dan dikembangkansecara bersepadu bukannya satu persatu. Perkembangan potensi-potensi ini adalah berpaksikanprinsip ketuhanan iaitu penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai tidak boleh bertentangan denganprinsip ketuhanan.

    4. Insan yang seimbang dan harmonis

    Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatianlebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yangpembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, iaboleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapipada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi,bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin.Sebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan

    pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudipekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. FPK jelasmenegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnyamembentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai.

    5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

    Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip pertama Rukun Negara. Mempunyai kepercayaanberagama serta mematuhi dan mengamalkan segala perintah agama adalah penting dalammengawal diri individu. Dalam FPK, pembangunan diri individu adalah berpaksikan ketuhanan iaitu:

    Mengakui wujudnya PenciptaMengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta

    Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan olehPencipta

    Melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan

    Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam

    Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama

    Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama

    Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatannyaSetiap individu perlu yakin wujudnya Pencipta yang mencipta manusia dan alam. Hukum dan

    fenomena alam hendaklah difahami dan dipatuhi agar kesejahteraan dan kemakmuran terpelihara.Manusia yang dijadikan oleh Pencipta adalah dipertanggungjawabkan untuk menjaga danmentadbir alam. Sekiranya amanah ini diabaikan boleh membawa kepada bencana danmalapetaka yang boleh mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran manusia dan alam.

    6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

    Ilmu adalah kuasa. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia hendaklah sentiasa berusaha bukan sahajamendapatkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkat dan menyebarkan ilmu pengetahuan.Namun, haruslah diingat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah digunakan ke arah

    kebaikan bukan sahaja kepada diri individu itu sendiri bahkan kepada orang lain di sekelilingnya,masyarakat dan negara. Ilmu pengetahuan yang disalahguna pasti membawa kepada

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    31/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    26

    kemudaratan dan kehancuran. Dalam FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan adalah bagi memastikan rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

    Mencintai ilmu pengetahuan

    Gemar membaca

    Sentiasa menambah ilmu pengetahuan

    Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

    Berfikiran luas dan terbuka

    Meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuanIlmu pengetahuan tidak bersifat statik. Perkembangan ilmu pengetahuan terus berlaku denganpesat dari semasa ke semasa. Bagi membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,konsep pendidikan sepanjang hayat hendaklah menjadi amalan agar ilmu pengetahuan yangdipunyai oleh seseorang terus dikemaskini selari dengan perkembangan ilmu yang berlaku. Olehitu, setiap individu tidak boleh berpuas hati denga ilmu yang ada padanya pada satu-satu ketika.

    7. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

    Seseorang yang berakhlak mulia merupakan orang yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilaimurni, bertingkah laku baik, berdisiplin serta bersopan santun. Dalam FPK, rakyat Malaysia yangberakhlak mulia yang dimaksudkan merangkumi aspek-aspek berikut:

    Mengetahui nilai baik dan buruk Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk Yakin kepada nilai murni

    Rakyat Malaysia dituntut agar berakhlak mulia sesuai dengan amalan budaya ketimuran. Sifat ini

    jika dihayati dan diamalkan boleh menjadi perwatakan rakyat Malaysia yang diingini.

    8. Rakyat Malaysia yang bertangungjawab

    Pendidikan berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang amanah, produktif dan bertanggungjawabdalam menjalankan tugas. Dalam FPK, ditegaskan bahawa pendidikan hendaklah melahirkanrakyat Malaysia yang bertanggungjawab seperti berikut:

    Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah Menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan sempurna Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah Sentiasa mempertingkatkan daya pengeluaran Mematuhi peraturan dan undang-undang negara Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara

    9. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

    Seseorang yang berketerampilan merupakan orang yang kompeten dan cekap dalammelaksanakan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu, pendidikan hendaklan dapat melahirkanrakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar dapat menjalankan tugas dengan

    berkesan seperti yang ditekankan dalam FPK: Memiliki pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    32/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    27

    Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas

    Dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020, negara sangat memerlukan tenagakerja yang berketerampilan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi terus membangunkan negara.

    10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    Kesejahteraan diri adalah penting dalam kehidupan manusia. Terdapat manusia yang kaya raya,berkelulusan tinggi dan berpangkat besar tetapi kehidupannya tidak sejahtera. Sebagai contohterdapat manusia yang kaya raya tetapi sentiasa risau akan kehilangan hartanya atau mungkinsentiasa diancam oleh pihak lain. Terdapat juga manusia yang berkelulusan tinggi tetapikehidupannya tidak bahagia. Dalam hal ini, kekayaan, kelulusan tinggi serta pangkat tidakmenjamin kesejahteraan hidup. Seharusnya seseorang itu bukan sahaja mampu memiliki harta,berpendidikan dan berkelulusan tinggi tetapi juga kehidupannya sejahtera, aman dan bahagia.

    Oleh itu, bagi mencapai kesejahteraan, seseorang itu haruslah: Fikiran yang waras, jiwa tenang dan badan yang sihat Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup Mewujudkan perhubungan baik

    Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara

    Perpaduan adalah sangat penting bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Denganadanya perpaduan dalam kalangan rakyat, dapat hidup dalam keadaan aman damai, tenteram dan

    harmoni. Keharmonian dan kemakmuran sesebuah negara dihasilkan oleh masyarakat yangharmoni dan makmur. Masyarakat yang harmoni dan makmur pula adalah berasaskan kepadakeluarga yang harmoni dan makmur. Keadaan negara yang harmoni dan makmur dapat menjaminperkembangan ekonomi serta pembangunan negara dalam semua bidang. Sehubungan denganitu, rakyat Malaysia perlu terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang agar menjadi modal insan yangproduktif dan inovatif. Kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan teknologi juga perlu bagimeningkatkan produktiviti dan seterunya memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.Dalam FPK, hal ini ditegaskan seperti berikut:

    Memupuk keharmonian keluarga Memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan, dan

    hormat-menghormati Memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara dengan menggunakan

    sains dan teknologi Mengekalkan kestabilan negara Mematuhi, mengekal dan mempertahankan perlembagaan Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara Bersemangat patriotik dan cintakan negara

    Jelas bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapijuga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individubermula dari keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysiahendaklah berkebolehan dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajinberusaha untuk meningkatkan kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah

  • 8/13/2019 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar

    33/172

    Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar__________________________________________________________________________

    28

    mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, saling hormat menghormati danberkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara.

    RUMUSAN

    Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahajauntuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dankesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluaskepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan ak