tugasan bbek1103 microeconomics i

21
Faculty of Business & Management SEMESTER MAY / 2013 BBEK1103 PRINCIPLES OF MICROECONOMICS TAJUK TUGASAN: Ciri-Ciri Dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Bagi Sistem Ekonomi Dunia Disediakan oleh: Rasman Abdullah ([email protected]) PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

Upload: openmalaysiaoum

Post on 25-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Faculty of Business & Management

SEMESTER MAY / 2013

BBEK1103

PRINCIPLES OF MICROECONOMICS

TAJUK TUGASAN:

Ciri-Ciri Dan Penyelesaian Masalah Asas

Ekonomi Bagi Sistem Ekonomi Dunia

Disediakan oleh:

Rasman Abdullah

([email protected])

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

BBEK1103

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

1 Pengenalan 2

2 Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis

2.1 Permasalahan Dalam Sistem Ekonomi Pasaran Bebas .

2.1.1 Penyelesaian kepada masalah apa jenis barang yang hendak

dikeluarkan.

2.1.2 Penyelesaian kepada masalah bagaimana barang dan perkhidmatan

dikeluarkan.

2.1.3 Penyelesaian kepada masalah untuk siapa barangdan perkhidmatan

dikeluarkan.

2

3

3

5

6

3 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat.

3.1 Kaedah penyelesaian masalah-masalah asas ekonomi.

6

7

4 Sistem Ekonomi Campuran

4.1 Kaedah penyelesaian masalah-masalah asas ekonomi.

4.1.1 Penyelesaian masalah apa barang yang hendak dikeluarkan.

4.1.2 Penyelesaian masalah bagaimana cara untuk

7

8

8

9

1

BBEK1103

mengeluarkan barang dan

perkhidmatan.

4.1.3 Penyelesaian masalah untuk siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan.

10

Kesimpulan 10

2

BBEK1103

1 Pengenalan

Sistem ekonomi adalah salah satu cara sesebuah kerajaan

dalam menguruskan pengeluaran, pengunaan, dan pengagihan

keperluan dalam masyarakat. Ini kerana ekonomi merupakan salah

satu kajian sosial berkenaan gelagat manusia dalam mengunakan

faktor penggeluaran atau sumber yang terhad untuk memenuhi

keperluan manusia yang tidak terhad. Di dalam sistem ekonomi,

terdapat pihak yang bertindak sebagai intitusi (pengeluar) dan

satu lagi ialah manusia (pengguna). Hubungan ini juga termasuk

sumber-sumber produktif seperti harta dan hasil bumi (sumber

mentah). Disebabkan kehendak manusia tidak terhad maka akan

timbul permasalahan seperti jenis barangan yang hendak

dikeluarkan, bagaimana cara untuk mengeluarkan barangan

tersebut dan pada siapa barang itu dikeluarkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut pendekatan yang berbeza

digunakan mengikut kepada sistem ekonomi yang digunakan oleh

sesebuah negara tersebut. Secara asasnya kebanyakkan negara

mengamalkan tiga sistem ekonomi, iaitu

a) Sistem ekonomi pasaran bebas / Kapitalis

b) Sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem ekonomi

terancang / Sosialis

c) Sistem ekonomi campuran

2 Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis

3

BBEK1103

Sistem ekonomi pasaran bebas atau dikenali juga sebagai

sistem ekonomi kapitalis adalah satu sistem dimana kerajaan

tidak memainkan peranan atau campur tangan dalam menentukan

sebarang keputusan. Dalam sistem ini sebarang keputusan

berkenaan apa jenis barang yang hendak dikeluarkan, bagaimana

cara barang tersebut hendak dikeluarkan, dan untuk siapa

barang tersebut dikeluarkan diputuskan oleh pengguna

(masyarakat) dan pengeluar (penjual).

Didalam sistem ekonomi pasaran bebas ini membolehkan

pengguna mempunyai hak pemilikan ke atas faktor-faktor

pengeluaran dalam pasaran. Ini membolehkan setiap pengguna

mempunyai kebebasan yang luas untuk menentukan jenis pekerjaan

dan kegiatan ekonomi yang mereka ingin lakukan. Pengguna juga

mempunyai objektif untuk memaksimumkan keperluan mereka

manakala pengeluar pula mempunyai objektif dalam memaksimumkan

keuntungan mereka. Ini menunjukkan bahawa dalam sistem ekonomi

pasaran bebas pengguna dan pengeluar bebas dalam membuat

keputusan bagi memastikan objektif masing-masing tercapai

tanpa campur tangan daripada pihak pemerintah atau kerajaan.

2.1 Permasalahan Dalam Sistem Ekonomi Pasaran Bebas .

Didalam sistem ekonomi ini, masalah-masalah asas iaitu

apa jenis barang, bagaimana cara barang dikeluarkan, dan untuk

siapa barang dikeluarkan mesti diselesaikan oleh pengguna dan

pengeluar. Berdasarkan ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas

pengguna mempunyai hak ke atas faktor-faktor pengeluaran dalam4

BBEK1103

negara tersebut. Misalnya, tenaga buruh, tanah, dan modal

adalah hak pemilikkan keatas pengguna. Tenaga buruh yang

merupakan juga pengguna boleh dijual kepada pengeluar atau

firma. Ini mengakibatkan pengguna tersebut mendapat pendapatan

dalam bentuk upah. Bagi pengguna yang memiliki tanah atau

bangunan, beliau boleh memajak atau menyewa tanah atau

bangunannya kepada firma dan dengan ini akan mendapat

pendapatan iaitu dalam bentuk sewa. Dalam bentuk pemilikkan

modal, pengguna akan mendapat faedah atau kadar bunga

bergantung kepada jumlah modal tersebut.

Ini menjadikan pengguna yang mempunyai hak keatas faktor-

faktor pengeluaran tersebut mempunyai pendapatan. Dengan ini

pendapatan yang diperolehi akan digunakan untuk membeli

barang-barang keperluan dan perkhidmatan. Dengan lain

perkataan pengguna dapat mewujudkan permintaan ke atas barang

dan perkhidmatan di pasaran.

2.1.1 Penyelesaian kepada masalah apa jenis barang yang

hendak dikeluarkan.

Setiap pengguna akan memberikan keutamaan terhadap

barangan yang akan memberikan kepuasan yang lebih tinggi. Ini

bermakna barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada

keinginan pengguna itu sendiri. Pengguna secara tidak sedar

akan menyusun barang-barang tersebut mengikut barang yang mana

akan memberi kepuasan yang lebih tinggi. Contonya, barangan

seperti nasi beriani, mee goreng, bihun sup, bihun goreng, dan5

BBEK1103

kueh merupakan diantara barang yang diinginkan oleh pengguna,

ini akan mengakibatkan pengguna tersebut harus menyusun

barangan tersebut mengikut keutamaan barangan yang mana akan

memberikan kepuasan yang lebih tinggi. Jika nasi beriani

adalah barangan yang memberikan kepuasan yang lebih tinggi

maka nasi beriani akan menduduki kedudukan atau keutamaan yang

tertinggi sekali diikuti oleh barangan yang lain. Berdasarkan

keutamaan ini pengguna tersebut akan mengunakan pendapatan

yang dimiliki itu dan menterjemahkan kehendaknya dalam bentuk

permintaan keatas nasi beriani itu tadi dan permintaan itu

pula akan disokong dengan kuasa beli. Daripada bentuk

permintaan hasil keinginan pengguna dan disokong pula oleh

kuasa beli, maka wujudlah keluk permintaan yang mencerun ke

bawah dari kiri ke kanan seperti gambarajah 2.1

Rajah 2.1

Secara teorinya, keluk permintaan(D) ini mencerun ke

bawah dari kiri ke kanan menunjukkan bahawa pengguna akan

meningkatkan kuantiti barangan yang dibeli apabila harga

6

BBEK1103

barang tersebut rendah. Sebaliknya akan berlaku jika harga

barang tersebut tinggi. Ini bererti jika wujud permintaan

keatas barangan tersebut maka akan ada pengeluaran ke atas

barang tersebut.

Perkara yang perlu dipastikan juga agar barangan tersebut

dapat dikeluarkan di dalam pasaran ialah sama ada terdapat

pengusaha yang sangup untuk mengeluarkan barangan tersebut.

Oleh sebab itu keluk permintaan(D) dan pada masa yang sama

wujudnya keluk penawaran(S) di dalam pasaran. Berdasarkan

rajah 2.1 keluk penawaran(S) yang wujud di dalam pasaran

adalah mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Ini kerana

pengeluar akan cuba untuk memaksimumkan keuntungannya. Dengan

kata lain jika keluk permintaan(D) itu wujud di dalam pasaran

manakala keluk penawaran(S) tidak wujud (pengeluar atau firma

tidak berminat untuk mengeluarkannya), maka barang tersebut

juga tidak akan dikeluarkan di dalam pasaran.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, berapa banyak sesuatu

barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan bergantung kepada

keluk permintaan(D) dan keluk penawaran(S) yang wujud di dalam

pasaran. Ini juga disebut sebagai mekanisma harga. Seperti

rajah 2.1 persoalan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan

dan harga yang ditetapkan dapat diselesaikan di mana mekanisma

harga akan membawa kedua-dua keluk permintaan(D) dan

penawaran(S) bersilang pada titik E. mengikut mekanisma harga

tersebut pengeluar ini akan mengeluarkan sebanyak 10 unit

barang dan menetapkan harga di pasaran sebanyak RM3. Ini

7

BBEK1103

bermakna jika tiada persilangan diantara keluk-keluk

permintaan(D) dan penawaran(S) atau mekanisma harga gagal

membawa kedua-dua keluk permintaan(D) dan penawaran(S)

bersilang maka barang tersebut tidak wujud di dalam pasaran.

2.1.2 Penyelesaian kepada masalah bagaimana barang dan

perkhidmatan dikeluarkan.

Bagi menyelesaikan masalah bagaimana barang dan

perkhidmatan dikeluarkan ini pula diselesaikan oleh pihak

pengeluar. Berdasarkan ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas

objektif utama bagi pengeluar adalah memastikan supaya

keuntungan mereka adalah maksimum.

Bagi mencapai objektif tersebut pengeluar harus melihat

barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna terlebih

dahulu. Jadi, pengeluar harus memastikan bahawa keluk

permintaan keatas barang tersebut wujud di pasaran. Jika keluk

permintaan ke atas barang tersebut tidak wujud maka pengeluar

tidak akan mengeluarkan barang tersebut kerana barang tersebut

tidak mendapat permintaan atau pengguna tidak mampu untuk

memiliki barang tersebut. Contohnya barang awam seperti

perkhidmatan pertahanan negara. Dalam memastikan pengeluar

dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang telah wujud

permintaannya, teknik pengeluaran yang paling cekap sekali

akan digunakan oleh pengeluar bagi memastikan kos pengeluaran

adalah minimum. Ini ditunjukkan oleh keluk penawaran(S) dalam

rajah 2.1 yang mana keluk penawaran(S) ini mencerun ke atas8

BBEK1103

dari kiri ke kanan. Ini menunjukkan semakin tinggi harga

sesuatu barang, pengeluar sanggup meningkatkan kuantiti barang

yang ditawarkan.

2.1.3 Penyelesaian kepada masalah untuk siapa barang dan

perkhidmatan dikeluarkan.

Permasalahan ini akan diselesaikan oleh pasaran itu

sendiri berdasarkan siapakah yang sanggup mewujudkan keluk

permintaan keatas sesuatu barang tersebut. Dengan kata lain

siapa yang mempunyai kuasa beli maka dialah yang akan

mendapatkan barangan tersebut. Bagi pengguna yang tidak

mempunyai kuasa beli ke atas barang tersebut mereka tidak akan

mendapatkannya. Ini bermakna kuasa beli keatas barang tersebut

adalah pengguna yang mempunyai pendapatan dan sanggup

memperuntukkan pendapatannya untuk membeli barang tersebut.

Dengan itu persoalan untuk siapa barang dan perkhidmatan

itu dikeluarkan akan juga bergantung kepada taburan pendapatan

yang dihasilkan oleh pemilikan faktor-faktor pengeluaran di

dalam sesebuah ekonomi tersebut. Contohnya, bagi seseorang

yang memiliki tanah, modal dan kemahiran yang tinggi akan

mendapat jumlah pendapatan yang lebih tinggi. Ini akan

memberikan seseorang itu kemampuan atau keupayaan untuk

memperolehi sesuatu barang itu dengan lebih banyak.

3 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat.

9

BBEK1103

Sistem ekonomi perancangan pusat atau dikenali juga

sebagai sistem ekonomi sosialis merupakan satu sistem ekonomi

di mana masalah asas ekonomi diselesaikan oleh pihak kerajaan

dan agen-agen perancang ekonomi. Di dalam sistem ini pengguna

dan pengeluar tidak mempunyai hak atau kuasa keatas faktor-

faktor pengeluaran. Ini bermakna kerajaan mengawal sepenuhnya

kegiatan ekonomi seperti apa yang harus dikeluarkan, bagaimana

cara barang harus dikeluarkan, dan untuk siapa barang tersebut

dikeluarkan.

Sistem ekonomi perancangan pusat ini berkembang akibat

daripada ketidakadilan dan ketidakstabilan yang wujud didalam

sistem ekonomi pasaran bebas. Oleh sebab itu kegiatan ekonomi

telah diambil alih oleh badan atau agen yang akan merancang

kegiatan ekonomi sesebuah negara. Sistem ekonomi perancangan

pusat ini dapat mewujudkan taburan pendapatan yang lebih

seimbang dan keadaan ekonomi adalah lebih stabil berbanding

dengan keadaan ekonomi pasaran bebas.

Di antara ciri-ciri penting dalam sistem ekonomi

perancangan ini adalah semua faktor-faktor pengeluaran iaitu

tanah, buruh, modal dan keusahawanan adalah dimiliki oleh

kerajaan. Pengguna tidak mempunyai hak atau pemilikan keatas

faktor-faktor pengeluaran tersebut. Pengguna juga tidak

mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan keatas barang dan

perkhidmatan yang diinginkan untuk memaksimumkan kepuasan

mereka. Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat ini juga

10

BBEK1103

membenarkan kerajaan memiliki firma dan industri di dalam

negara tersebut.

3.1 Kaedah penyelesaian masalah-masalah asas ekonomi.

Sistem ekonomi perancangan pusat adalah satu sistem

ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan, maka semua

permasalahan asas ekonomi akan diatasi oleh pihak kerajaan.

Bagi masalah apakah jenis barang yang hendak dikeluarkan,

kerajaan akan memutuskan apa barang yang akan dikeluarkan.

Kerajaan bertindak seolah-olah mengetahui apa barang yang

diperlukan oleh masyarakat (pengguna). Ini akan menyebabkan

pengguna dan pengeluar tidak mendapat banyak pilihan keatas

barang yang mereka inginkan. Pengguna tidak dapat

memaksimumkan kepuasan mereka manakala pengeluar tidak

mendapat pilihan selain mengeluarkan apa yang telah ditetapkan

oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menetapkan jumlah barang dan

perkhidmatan yang hendak dikeluarkan.

Masalah bagaimana barang dan perkhidmatan itu hendak

dikeluarkan juga akan ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan

memainkan peranan yang aktif dalam sektor pengeluaran

menyebabkan pihak pengeluar tidak dapat memaksimumkan

keuntungan. Begitu juga dengan masalah kepada siapa barang dan

perkhidmatan itu dikeluarkan. Kerajaan secara lazimnya

mengarahkan keseluruhannya kepada rakyat.

11

BBEK1103

4 Sistem Ekonomi Campuran

Sistem ekonomi campuran adalah satu sistem yang

mengabungkan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi

perancangan pusat. Sistem ekonomi ini menjadikan pihak

persendirian dan kerajaan bekerjasama dalam mengeluarkan

barangan dan perkhidmatan. Sistem ekonomi ini juga membolehkan

kedua-dua pihak bersama-sama menyelesaikan masalah asas

ekonomi. Dengan kata lain di bawah sistem ekonomi ini

sebahagian barang dan perkhidmatan akan diselesaikan melalui

mekanisma harga dan sebahagian lagi diselesaikan oleh

kerajaan.

Oleh kerana sistem ekonomi campuran adalah gabungan

diantara sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi

perancangan pusat, maka ciri-ciri di dalam sistem ekonomi

campuran diantaranya adalah faktor-faktor pengeluaran dimiliki

oleh pengguna dan pengguna juga boleh membuat keputusan untuk

mendapatkan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan

kepuasannya. Dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan,

pengeluar dapat memaksimumkan keuntungannya. Ciri-ciri dalam

sistem ini yang ditentukan oleh kerajaan adalah cukai akan

dikenakan keatas pengguna dan pengeluar. Kerajaan juga akan

memberikan bantuan dalam bentuk subsidi kepada pengguna dan

pengeluar, terlibat dalam penawaran barang-barang dan

perkidmatan, dan mengadakan kawalan dalam bentuk perundangan

kepada sektor swasta.

12

BBEK1103

4.1 Kaedah penyelesaian masalah-masalah asas ekonomi.

Dalam sistem ekonomi campuran, masalah asas ekonomi dapat

diselesaikan dengan menggunakan dua kaedah iaitu dengan kaedah

mekanisma harga dan campur tangan secara langsung oleh pihak

kerajaan. Penyelesaian dengan kaedah mekanisma harga adalah

seperti di dalam sistem ekonomi pasaran bebas manakala

penyelesaian secara campur tangan pihak kerajaan dalam

menawarkan barang dan perkhidmatan adalah seperti sistem

ekonomi perancangan pusat. Pembahagian penyelesaian ini adalah

bergantung kepada jenis barang dan perkhidmatan yang

dikeluarkan. Contohnya, jika pengguna sanggup membayar ke atas

barang dan perkhidmatan, iaitu jenis barang persendirian atau

barang ekonomi maka barang dan perkhidmatan itu akan

dikeluarkan dengan menggunakan mekanisma harga. Manakala bagi

barang dan perkhidmatan yang dikelaskan sebagai barang awam

yang mana pengguna yang tidak membayar pun boleh menikmatinya,

maka kerajaan akan campur tangan dalam menentukan barang dan

perkhidmatan itu dikeluarkan. Contohnya jalanraya, keselamatan

dan sebagainya.

4.1.1 Penyelesaian masalah apa barang yang hendak

dikeluarkan.

Mengikut kepada sistem ekonomi campuran penyelesaian

kepada masalah apa barang dan perkhidmatan yang hendak

dikeluar ini terbahagi kepada dua. Ia bergantung kepada jenis

barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada barang dan13

BBEK1103

perkhidmatan tersebut adalah barang persendirian atau jenis

barang awam.

Bagi jenis barang persendirian atau barang ekonomi,

penyelesaian masalah apa barang yang hendak dikeluarkan adalah

menggunakan mekanisma harga. Ini bermakna keluk permintaan

boleh menggambarkan keinginan pengguna ke atas barang dan

perkhidmatan tersebut. Dengan lain perkataan kuasa beli

pengguna akan mewujudkan keluk permintaan(D) seperti dalam

rajah 2.1. Dengan wujudnya keluk permintaan(D) maka pengeluar

akan melihat apakah barang dan perkhidmatan yang diminta oleh

pengguna. Pengeluar juga akan melihat adakah barang tersebut

mampu untuk dikeluarkan dan mampu untuk memberikan keuntungan

kepada mereka. Jika pengeluar memikirkan barang dan

perkhidmatan tersebut mampu untuk memberikan keuntungan maka

akan wujudlah keluk penawaran(S) seperti dalam rajah 2.1.

Sekiranya keluk permintaan(D) dan keluk penawaran(S) wujud

dalampasaran maka barang dan perkhidmatan itu akan

dikeluarkan. Permasalahan berapa banyak barang dan

perkhidmatan itu dikeluarkan dalam pasaran dan harga yang

ditetap akan dapat diselesaikan melalui persilangan di antara

kedua-dua keluk permintaan(D) dan keluk penawaran(S).

Bagi barang awam yang mana pengguna yang tidak membayar

pun dapat menikmati faedah dari penggunaan barang dan

perkhidmatan tersebut, penyelesaian masalah barang yang hendak

dikeluarkan adalah melalui campur tangan kerajaan. Ini adalah

kerana pengguna tidak akan mahu membayar apabila

14

BBEK1103

menggunakannya dengan alasan ada pengguna yang lain yang tidak

membayar tetapi juga mendapat faedah dari penggunaan barang

dan perkhidmatan tersebut. Ini akan menyebabkan pihak

pengeluar tidak sanggup untuk mengeluarkan atau untuk

menyediakan barang dan perkhidmatan jenis ini kerana barang

dan perkhidmatan tersebut tidak memberi keuntungan kepada

mereka. Oleh sebab itu kerajaan akan campur tangan dalam

menentukan pengeluaran barang tersebut. Sebagai contoh di

Malaysia, kerajaan akan membentangkan belanjawan negara setiap

tahun untuk menjelaskan perbelanjaan negara dalam menyediakan

barang dan perkhidmatan awam kepada rakyat (pengguna).

4.1.2 Penyelesaian masalah bagaimana cara untuk mengeluarkan

barang dan perkhidmatan.

Di dalam sistem ekonomi campuran, pengeluaran barang

persendirian dan barang ekonomi adalah seperti di dalam sistem

ekonomi bebas. Mengikut sistem ekonomi bebas, pengeluar

mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan. Dengan ini

pihak pengeluar akan menggunakan teknik pengeluaran yang akan

menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan kos yang minimum

agar pengeluar dapat mencapai keuntungan yang maksimum.

Campur tangan kerajaan bagi masalah bagaimana barang dan

perkhidmatan dikeluarkan pula adalah melibatkan kepada barang

awam. Kerajaan akan bertindak dalam menentukan teknik

pengeluaran barang dan perkhidmatan tersebut. Ini bermakna

kerajaan bertindak seolah-olah mengentahui teknik pengeluaran15

BBEK1103

yang lebih cekap dan baik untuk digunakan. Seperti di

Malaysia, kerajaan akan menawarkan tender untuk barang awam

yang hendak dikeluarkan oleh kerajaan. Tender-tender ini akan

ditawarkan kepada pengeluar. Bagi mendapatkan tender-tender

tersebut pengeluar harus membuat satu senarai harga dan

senarai harga itu harus dipersetujui oleh kerajaan. Ini

bermakna harga untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan itu

mestilah mendapat persetujuan oleh kerajaan setelah dikaji

oleh agensi-agensi yang dilantik oleh kerajaan. Ini bererti

pengeluar tidak dapat untuk memenuhi objektif untuk

memaksimumkan keuntungan kerana harga itu telah ditetapkan

oleh kerajaan. Jadi, situasi ini adalah sama dengan situasi

dalam sistem ekonomi perancangan pusat.

4.1.3 Penyelesaian masalah untuk siapa barang dan

perkhidmatan dikeluarkan.

Bagi barang persendirian dan barang ekonomi, masalah

untuk siapa barang dan perkhidmatan itu dikeluarkan adalah

sama seperti penyelesaian dalam sistem ekonomi bebas. Pengguna

yang memiliki kuasa beli akan mewujudkan keluk permintaan(D)

di dalam pasaran. Jadi pengeluar akan melihat kepada keluk

permintaan ini untuk menyediakan barang dan perkhidmatan

tersebut.

Bagi barang awam pula, kerajaan sendiri yang akan

menentukan untuk siapa barang itu dikeluarkan. Contohnya di

Malaysia, kerajaan akan membina klinik kesihatan atau sekolah16

BBEK1103

di satu-satu kawasan bertujuan untuk memberi perkhidmatan bagi

kemudahan masyarakat (pengguna) di kawasan tersebut.

5 Kesimpulan

Terdapat kebaikan dan keburukan di dalam setiap sistem

ekonomi yang dinyatakan di atas. Bagi sistem ekonomi pasaran

bebas, diantara kebaikannya adalah pengguna dan pengeluar

memainkan peranan utama dalam kegiatan ekonomi negara. Ia juga

dapat menyelesaikan permasalahan ekonomi dengan lebih cepat

dan cekap dengan menggunakan mekanisma harga. Kerajaan juga

tidak akan terbeban dengan penggunaan proses mekanisma harga

ini. Sistem ini juga memastikan faktor-faktor pengeluaran

dapat dijalankan dengan lebih cekap. Namun begitu keburukan

sistem ekonomi pasaran bebas ini menyebabkan wujudnya taburan

pendapatan yang tidak seimbang. Ini bererti akan wujudnya

pengguna yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan pengguna

yang mempunyai pendapatan yang rendah. Sistem pasaran bebas

ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah penawaran barang

awam. Ekonomi negara juga akan terdedah kepada kadar inflasi

dan kemelesetan yang serius.

Kebaikan di dalam sistem ekonomi perancangan pusat pula

adalah dapat mewujudkan taburan pendapatan yang lebih seimbang

di dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem ini. Ia juga

dapat menjadikan ekonomi di dalam negara menjadi lebih stabil

berbanding ekonomi pasaran bebas. Disebabkan kawalan ekonomi

oleh kerajaan maka keburukan dalam sistem ini adalah17

BBEK1103

menyebabkan pengguna tidak mempunyai hak untuk memiliki

faktor-faktor pengeluaran. Ini akan menyebabkan pengguna tidak

akan bekerja bersungguh-sunggu kerana kerajaan telah

menetapkan pendapatan keatasnya. Pengeluar juga akan hilang

kreativiti dalam meminimumkan kos pengeluaran disebabkan

teknik pengeluaran telah ditentukan oleh kerajaan. Penggunaan

keatas factor-faktor pengeluaran juga akan menjadi tidak cekap

kerana teknik pengeluaran bukan berdasarkan untuk meminimumkan

kos. Ini akan memungkinkan kos pengeluaran akan menjadi lebih

tinggi berbanding sistem pasaran bebas.

Disebabkan sistem ekonomi campuran adalah gabungan sistem

ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat,

terdapat banyak kebaikan di dalam sistem ini. Di antara

kebaikannya adalah kebebasan kepada pengguna dalam memiliki

faktor-faktor pengeluaran dan kebebasan dalam penggunaan

barang dan perkhidmatan bagi memastikan pengguna dapat

memaksimumkan kepuasannya. Bagi pengeluar, ia dapat bertindak

bebas dalam membuat keputusan untuk mengeluarkan barang dan

perkhidmatan agar dapat memaksimumkan keuntungannya. Kebaikan

ekonomi campuran juga akan dapat memastikan barang awam akan

sentiasa ditawarkan dalam pasaran dengan cara kerajaan akan

memberikan subsidi kepada sektor-sektor tertentu yang

difikirkan mustahak untuk kebajikan dan manfaat kepada

masyarakat. Kerajaan juga akan bertindak sebagai penstabil

kepada keadaan ekonomi yang tak stabil yang mungkin disebabkan

oleh inflasi dan kemelesetan. Dasar cukai dan subsidi yang

18

BBEK1103

dikenakan oleh kerajaan akan mewujudkan taburan pendapatan

yang lebih stabil dan seimbang dikalangan rakyat.

Namun begitu terdapat juga kelemahan dalam sistem ekonomi

campuran iaitu sistem cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan

tingkat kebajikan rakyat di dalam negara tersebut terutama

golongan kaya. Aliran perdagangan dalam sebuah negara juga

akan terganggu dengan perlaksanaan sistem percukaian ini.

Kebanyakan kerajaan di dunia sekarang ini mengamalkan

sistem ekonomi campuran. Ini kerana pada masa sekarang banyak

faktor yang telah menganggu ekonomi dalam negara seperti

inflasi dan kemelesetan ekonomi. Dalam kemelesetan ekonomi

tahun 2009 negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Britain

yang mengamalkan sistem ekonomi bebas telah beralih kepada

sistem ekonomi campuran. Ini berlaku apabila kerajaan terpaksa

mengambil alih beberapa syarikat besar di dalam negara

tersebut. Ini juga berlaku kepada negara China yang

mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat telah membenarkan

syarikat-syarikat asing membuat pelaburan di negara tersebut.

Ini menunjukkan sistem ekonomi campuran telah menjadi pilihan

untuk diamalkan di kebanyakkan negara di dunia ini.

19

BBEK1103

20