pemahaman modul pt3 sm 108 nama : - edubest

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 1 08 Nama : _____________________________

Upload: khangminh22

Post on 24-Mar-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 108

Nama : _____________________________

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

1. Pemahaman Pantun [10 markah]

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Berapa jauh wujud dengan sitat,

Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,

Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,

Satu memegang satu memikul.

Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Maksud:

Rangkap 1 : Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat

seseorang itu sendiri.

Rangkap 2 : Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap 3 : Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, tetapi dia tetap

mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4 : Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan menghadapi

kegagalan.

Rangkap 5 : Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau

kerja.

Tema

Nasibat tentang sikap dan diri sendiri menentukan semua yang dilakukan. Oleh itu,

setiap aktiviti yang dilakukan itu tentunya akan memberikan kesan kepada diri sendiri.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Persoalan

(a) Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap perbuatan dan tingkah lakunya.

(b) Orang yang kuat tidur tidak aktif dan kurang produktif.

(c) Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang

berfaedah.

(d) Orang yang malas untuk bernsaha tentu ridak akan berjaya untuk memperoleh

sesuatu.

(e) Setiap inisiatif untuk melakukan pekerjaan hendaklah dilakukan dengan penuh

kesungguhan.

(f) Sifat manusia menzahirkan diri sendiri.

(g) Orang yang berjaya tidak banyak tidur.

(h) Setiap kejayaan mesti dimulakan dengan usaha dan ikhtiar yang penuh komitmen.

Bentuk

(a) Pantun ini tcrdiri daripada lima rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,

• rangkap 1: dua baris

• rangkap 2: dua baris

• rangkap 3: dua baris

• rangkap 4: dua baris

• rangkap 5: dua baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.

Contohnya,

Hitam-hitam pucuk rawa (3 patah kata)

Berapa jauh wujud dengan sifat (5 patah kata)

(d) Jumlah suku kata dalam dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata.

Contohnya,

Sarang semut dalam gelap

Berapa jauh wujud dengan sifat

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

(e) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Malas bergerak tidak merasa (perulangan vokal a)

• Emas, perah, tembaga suasa (perulangan vokal e)

• Sejauh lutut dengan pelikat (perulangan vokal u)

(b) Aliterasi, Contohnya,

• Sarang semut dalam gelap (perulangan konsonan s)

(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: aa

• rangkap 2: aa

• rangkap 3: aa

• rangkap 4: aa

• rangkap5 : aa

Gaya Bahasa

(a) Imej alamo Contohnya, pucuk kawa; buah sintang; buah senikul.

(b) Penggunaan bahasa Arab. Conrohnya, wujud; sifat

(c) Repetisi, Contohnya,

Buah sintang buah senikul,

Satu memegang satu memikul.

Nilai

(a) Berhati-hati. Contohnya, setiap perbuatan atau tindakan perlu dilakukan secara

berhati-hati kerana perbuatan atau tindakan tersebut akan mencerminkan diri kita.

(b) Kerajinan. Contohnya, orang yang suka atau banyak tidur merupakan orang yang

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

bersifat malas dan tidak produktif.

(c) Keredaan. Contohnya, sifat reda dengan diri sendiri penting bagi menjadikan diri

tidak mudab berpurus asa.

(d) Kesungguhan. Contohnya, sesuatu matlamat hanya tercapai sekiranya kita

berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.

(e) Kecekalan. Contohnya, seseorang perlu cekal dan tabah menghadapi cabaran

untuk memperoleh sesuatu matlamat.

Pengajaran

(a) Kita harus berhati-hari dalam setiap perbuaran dan tindakan kita supaya kita tidak

malu atau menanggung keburukan.

(b) Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur supaya kita cergas dan

produktif.

(c) Kita janganlah kecewa dengan kekurangan diri supaya kita tidak berputus asa.

(d) Sifat malas hendaklah kita hindari supaya kita memperoleh kejayaan.

(e) Kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi untuk menghadapi cabaran supaya

kita berjaya mencapai matlamat dengan cemerlang.

Latihan

(i) Berdasarkan "Pantun Dua Kerat (Nasihat)" di atas, nyatakan faktor-faktor yang

menyebabkan seseorang itu gagal. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh daripada "Pantun Dua Kerat (Nasihat)".

Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jlka seseorang itu banyak tidur?

[4 markahl

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

2. Pemahaman Syair [10 markah]

“Syair Pohon Buluh

Menara tinggi banyak bertingkat,

Di sana dada bilik bersekat,

Tiada bertangga naik melekat,

Mara-mara menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,

Hingga sampai kemuncak menara,

Banvak ada ia bersaudara,

Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,

Tinggi rendah dijerat pangkatnya,

Besar kecil ikat binanya,

Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,

Gelapnya di dalam seperti malam,

Air tak tiris seperti kolam,

Ikat tingkatnya tak nampak alam.

Tema

Perpaduan atau keutuhan hidup bersatu. Hal ini dapat digambarkan dengan sifat

kepaduan atau keutuhan yang dimiliki oleh pohon-pohon buluh.

Persoalan

(a) Pihak berwajib yang melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

(b) Anggota masyarakat yang hidup bersaudara.

(c) Anggota masyarakat berkongsi matlamat dan berusaha untuk mencapainya secara

bersama-sama.

(d) Pangkat tidak membezakan seseorang dalam masyarakat.

(e) Kekukuhan perpaduan hidup dapat dibentuk sekiranya masyarakat dapat

menempuh segaia cabaran dan dugaan dengan jayanya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

(f) Setiap anggota masyarakat tanpa mengira tua atau muda hidup bersatu padu.

(g) Setiap anggora masyarakat bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Bentuk

(a) Syair ini terdiri daripada empat rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,

• rangkap 1: empat baris

• rangkap 2: empat baris

• rangkap 3: empat baris

• rangkap 4: empat baris

(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitn antara empat hingga enam patah kata.

Contohnya,

Banyak ada ia bersaudara (4 patah kata)

Ikatnya licin di luar di dalam (6 patah kata)

(d) jumlah suku kata dalam dalarn sajak ini antara sembilan hingga dua belas suku

kata. Contohnya,

Besar kecil ikat binanya ( 9 suku kata)

Mata-mata menjaga segenap pangkat (12 suku kata)

(e) Syair ini berbentuk terikat.

UnsurBunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Di sana. tiada bilik bersekat. (perulangan vokal a)

• Hingga sampai ke kemuncak: m~nara (perulangan vokal e)

• Yang sedia ada panji-panji bendera (perulangan vokal i)

(b) Aliterasi. Contohnya,

• Menara tinggi banyak bertingkat ( perulangan konsonan b)

• Selalu dipandang dilihat adanya; (perulangan konsonan d)

• Mata-mata menjaga segenap pangkat (perulangan konsonan m)

• Air tak tiris seperti kolam (perulangan konsonan t)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangka p 1: aaaa

• rangkap 2: aaaa

• rangkap 3: aaaa

• rangkap 4: aaaa

• rangkap 5: aaaa

Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, Terlalu kuat pula asasnya; Besar kecil ikat binanya

(b) Kataganda. Comohnya, mata-mata; panji-panji

(c) Penggunaan kata arkaik. Contohnya, gara

(d) Repetisi. Contohnya, tinggi (baris 1 rangkap 1; baris 2 rangkap 3)

(e) Simile. Contohnya, Gelapnya di dalam seperti malam; Air tak tiris seperti kolam

(f) Sinkope. Contohnya, tak

Nilai

(a) Keadilan. Contohnya, pihak berwajib bersikap adil kepada semua pihak tanpa

mengira pangkat.

(b) Tolong-menolong. Contohnya, semua anggota masyarakat tolong-menolong

antara satu sama lain.

(c) Perpaduan. Contohnya, anggota masyarakat hidup bersatu padu tanpa mengira

pangkat.

(d) Persaudaraan. Contohnya, anggota masyarakat hidup seperti bersaudara.

(e) Bertanggungjawab. Contohnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab

menjaga nama baik negara.

Pengajaran

(a) Pihak berkuasa hendaklah menjalankan tugas dengan adil supaya tidak timbul

ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat.

(b) Anggota masyarakat haruslah hidup dalam semangat persaudaraan yang kukuh.

(c) Kita tidak sepatutnya menjadikan pangkat sebagai pemisah antara anggota

masyarakat supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat diperkukuh.

(d) Setiap anggota masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara nama baik

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

negara dan melindungi negara daripada sebarang ancaman.

(e) Kita perlulah memberikan layanan dengan saksama supaya tidak menimbulkan

sebarang masalah.

(f) Golongan tua dan muda hendaklah berganding bahu dan bekerjasama supaya dapat

memperkukuh asas perpaduan.

Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan syair di atas, nyatakan dua ciri yang terdapat pada buluh.

[3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam "Syair Pahan Buluh. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk rnenyatupadukan masyarakat

yang berpecah-belah? [KBAT] [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Antologi SM108 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my