merealisasikan hasrat melahirkan modal insan berkelas pertama

19
1 KANDUNGAN No. Muka Surat 1.0 Pendahuluan: Antara Realisasi Hasrat Negara dan Lahirnya 2 Modal Insan Kelas Pertama 2.0 Perspektif Pendekatan P & P: Isu dan Cabaran 5 3.0 Selayang Pandang: Konsep P & P IPT Negara 7 4.0 Pendekatan P & P: Kebaikannya 10 5.0 Pendekatan P & P: Menangani Kelemahan dan Keberhasilannya 13 6.0 Kesimpulan 16

Upload: uum

Post on 21-Feb-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

KANDUNGAN

No. Muka Surat

1.0 Pendahuluan: Antara Realisasi Hasrat Negara dan Lahirnya 2

Modal Insan Kelas Pertama

2.0 Perspektif Pendekatan P & P: Isu dan Cabaran 5

3.0 Selayang Pandang: Konsep P & P IPT Negara 7

4.0 Pendekatan P & P: Kebaikannya 10

5.0 Pendekatan P & P: Menangani Kelemahan dan Keberhasilannya 13

6.0 Kesimpulan 16

2

1.0 PENDAHULUAN: ANTARA REALISASI HASRAT NEGARA DAN LAHIRNYA

MODAL INSAN KELAS PERTAMA

Proses pendidikan menggambarkan sesuatu yang dibina dengan pengetahuan,

sikap dan keupayaan untuk menjana kehidupan menjadi sempurna. Ia

mencerminkan satu penentuan kehidupan kepada rakyat negara ini ke tahap yang

lebih tinggi di segi politik, ekonomi dan sosialnya. Apabila kita ditanya mengenaI

sistem pendidikan yang dihajatkan, pada asasnya kita mempersoalkan sifat-sifat

generasi muda yang ingin kita lahirkan dalam menyumbang pembangunan negara

di masa depan (Irwan, 2010). Sememangnya sebagai pendidik kita menaruh

harapan besar kepada generasi akan datang memandangkan keadaan dunia abad

ke 21 ini begitu pantas sekali berubah dengan kecanggihan perlaksanaan dan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasinya atau lebih tepat perkiraannya

ialah dunia tanpa batasan.

Justeru itu, kita harus sedar bahawa pembangunan pendidikan negara secara

universal ini kerana jarak waktu menjadi semakin kecil dan terdesak serta

berkaitan antara satu dengan lainnya. Maka tidak hairanlah zaman yang kini sudah

banyak berubahnya menuntut satu proses transformasi demi membangunkan

generasi akan datang yang mampu menghadapi isu serta cabarannya hingga

mampu menjadikan mereka sentisa bersedia walau dalam apa keadaan pun. Oleh

itu, kerajaan dalam menangani isu seumpama ini menekankan usaha

terhadap merealisasikan hasrat untuk melahirkan modal insan berkelas

pertama amat diutamakan agar menjadi satu kecenderungan budaya rakyat

negara ini setanding dengan negara maju, tambahan pula negara kini dalam usaha

ke arah Wawasan 2020, untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dan maju.

Nik Mustapha (2007) menyebut Kerajaan Malaysia menerusi Teras Kedua Misi

Nasional 2006-2020 menggariskan iltizam untuk meningkatkan keupayaan

pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama.

Bagaimanapun, kejayaan masa depan negara bergantung kepada kualiti modal

insan yang dimiliki baik di segi intelek dan juga keperibadian warganya. Oleh itu,

saluran utama penjanaan modal insan, Institut Pengajian Tinggi (IPT) di

3

negara ini perlu memberikan perhatian khusus kerana melaluinya akan lahir

generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap

progresif dan berfikiran kritis. Selain itu, usaha giat sedang dibuat oleh IPT

dalam meningkatkan kualiti sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di

peringkat universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dan berdaya

saing. Hasil pembelajaran berkenaan mampu membekalkan pelajar dengan

pengalaman pendidikan yang lengkap untuk dimanfaatkan setelah bergelar

graduan, khususnya ketika menempuh alam pekerjaan. Selain itu, kerajaan juga

mewujudkan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan

majikan selain menyediakan lebih banyak peluang dan akses pendidikan, latihan

dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat (Nik

Mustapha, 2007).

Sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad

Badawi, ketika pelancaran Teras Kedua Misi Nasional 2006 – 2020:

"Modal Insan Negara perlu digilap kerana ia merupakan elemen terpenting dalam memastikan Negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-Iebih lagi dalam zaman sejagat yang amat mencabar; ekonomi yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi.Atas hakikat itulah dalam kita mengejar pembangunan dan kemajuan demi mencapai hasrat menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan memberi penekanan yang amat besar kepada usaha membina serta memanfaatkan sepenuhnya potensi modal insan negara.Ini penting agar modal insan Negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini dan ditunjangi pula dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja yang dinamik dan menghayati budaya kerja berprestasi tinggi." (Nik Mustapha, 2007)

Sehubungan itu adalah menjadi tanggungjawap yang besar bagi kerajaan dalam

usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama demi menangani cabaran

perkembangan ekonomi yang berteraskan inovasi dan ilmu pengetahuan (KPT,

2007).Modal insan yang dibentuk ini mesti memiliki keupayaan pengetahuan,

kemahiran serta ciri-ciri peribadi yang unggul.Selaras dengan urusan itu, demi

mencapai hasrat ini, pihak KPT telah mengubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN) pada tahun 2007.PSPTN bertujuan mentransformasikan

4

pengajian tinggi ke arah kegemilangan dan kelestarian sektor ini melangkaui tahun

2020.Perkembangan semasa ini menuntut negara menyediakan satu sistem

pendidikan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat (Mohd Jailani, Noraini,

Hassan, & Wan Hamidon, 2005).Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pendidikan,

Datuk Seri Idris Jusuh dalam Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Pertama

Program Pemindahan Ilmu, beliau menyatakan:

“Budaya ilmu bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati sesuatu bidang ilmu semata-mata, malah lebih penting juga menjelmakan sifat keilmuan yang pelbagai bidang (multi disciplinary) dan merentas bidang (inter disciplinary). Sifat sebegini harus dibajai dalam diri setiap anggota masayrakat dan dalam institusi masyarakat dan Negara” (Idris, 2013).

Kesimpulannya, melalui inisiatif berkenaan, IPT mampu menghasilkan pelajar yang

mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mantap di samping membolehkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran diukur melalui pemantauan

terhadap kualiti produk atau graduan yang dilahirkan selain kemahiran yang

menyeluruh dan seimbang di segi kemahiran insaniah seperti aspek akhlak dan

sikap. Sesungguhnya antara hasrat negara dan usaha melahirkan modal insan

kelas pertama adalah nawaitu kerajaan yang amat murni dan wajar direalisasikan

oleh semua warga pendidik negara ini. Perubahan dalam globasisasi perniagaan

dan kecanggihan teknologi maklumat kini memerlukan negara mempunyai

penduduk yang mempunyai kualiti modal insan yang terbaik demi kejayaan

membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi dan setanding dengan negara

maju lain. Justeru kesimpulannya, relevannya IPT kepada masyarakat yang

berada di luar pagar institusi perlu diketengahkan dan bukan sedikit pelaburan

yang diperuntukan untuk tujuan demikian (Khalid, 2012).

Untuk penjelasan selanjutnya, penulis turut mengupas beberapa isu dan cabaran

terhadap P & P IPT, kebaikan, kelemahan serta kesimpulan yang dapat kita ambil

iktibarnya dalam usaha kita menangani masalah melahirkan modal insan berkelas

pertama demi memenuhi hasrat kerajaan.

5

2.0 PERSPEKTIF PENDEKATAN P & P: ISU DAN CABARAN

Bersesuaian dengan perubahan pendidikan negara, Kerajaan ketika melancarkan

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Fasa Kedua, telah menegaskan

bahawa sektor pengajian tinggi negara perlu memberi pertimbangan sewajarnya

terhadap impak dinamika kepada hala tuju strategik, sistem serta institusi

pengajian tingginya. (Khalid, 2011).Ini bermakna pengajian tinggi dicorakkan

menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak jemud dan bercirikan hubungan jaringan

yang berasaskan kepada kolaborasi dan komplementari bukannya kepada

persaingan.Selain itu, isu dan cabaran sampingan seperti menarik dan

mengekalkan pelajar dan staf yang baik, perubahan dalam keperluan latihan

tenaga kerja mahir, pendekatan baru dalam pedagogi, tuntutan yang semakin

meningkat daripada pelajar, kakitangan, kerajaan dan orang awam, dan

akhirnya peningkatan kos pendidikan yang melonjak tinggi yang

memerlukan pihak pengurusan untuk menjana pendapatan baru (Brown,

2001; Shawyun, 2012), juga menjadi sebahagian daripada urusan yang wajar

ditangani seiring dengan objektif yang mahu dicapai.Berdasarkan kenyataan ini

juga IPT kini wajar mengorak langkah dengan lebih agresif bagi melaksanakan

pelan strategik universiti masing-masing agar mereka tidak ketinggalan dalam

mencapai Key Performance Index (KPI) yang digariskan oleh Kementerian

Pendidikan.Dalam PSPTN Fasa Kedua ini juga disebut jelas bahawa sasaran

pencapaiannya menjelang 2015 ialah:

100% pensyarah berupaya melaksanakan Students Centred Learning

(SCL).

100% pensyarah baru mempunyai sijil pengajaran pengajian tinggi.

100% graduan mencapai skor minimum 6.5 bagi semua elemen

Generic Students Attributes (GSA).

Peningkatan bilangan program di IPT yang mendapat pengiktarafan

antarabangsa.

40% staf bukan akademik mendapat pendedahan berkaitan OBE.

Maka tidak hairan perlaksanaan P & P untuk menukar perspektif Lecturers Centred

Learning (LCL) kepada Students Centred Learning (SCL), yang menjurus kepada

6

kualiti pensyarah yang wajar dimiliki serta kemampuan mereka mendidik pelajar

mereka diutamakan dalam KPI ini. Dalam perlaksanaan PSPTN ini, terdapat

sekurang-kurangnya sembilan hasil pembelajaran perlu ada pada mana-

mana program akademik yang ditawarkan, yang kesemua menyumbang

kepada kekuatan IPT dengan mutu keberhasilan modal insan yang dihasilkan

di universiti (Nik Mustapha, 2007).Hasil pembelajaran yang bertumpu kepada

Generic Students Attributes (GSA) ini seperti yang disasarkan dalam PSPTN Fasa

Kedua dan pastinya mengundang cabaran yang besar ialah:

Pengetahuan dalam bidang pengajian.

Kemahiran Teknikal/Psikomotor/Praktikal.

Kemahiran berkomunikasi.

Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kemahiran berpasukan.

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.

Kemahiran Keusahawanan.

Moral dan Etika Profesional.

Kemahiran Kepimpinan.

Sehubungan itu juga, isu pengangguran yang kini menjadi ‘duri dalam daging’

pengurusan negara berikutan kelemahan pelajar IPT hingga menyebabkan

pihak majikan enggan mengambil mereka sebagai pekerja meskipun faktor lain

juga turut mempengaruhi isu ini seperti keadaan ekonomi meleset dan sebagainya.

Tetapi kelemahan pelajar IPT yang begitu ketara sekali disebabkan

ketidakmampuan mereka memenuhi keperluan dan kualiti industri.Nik

Mustapha (2007) merujuk pada hasil laporan perspektif majikan (AC Nielson

Research, 2000) terhadap graduan yang tidak diambil bekerja atau

menganggur adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

Pencapaian akademik yang rendah.

Sikap dan semangat keyakinan diri yang rendah.

Tidak bermotivasi dan halatuju.

Kurang bakat kepemimpinan.

7

Kurang persediaan menghadiri temuduga.

Ekpektasi dan gaji yang tidak realistik.

Latarbelakang yang lidak sesuai.

Kurang aktiviti Ko-kurikulum.

Berdasarkan kesimpulan itu, semua isu-isu ini menjadi satu dimensi cabaran yang

tidak boleh diketepikan begitu saja dan bukan hanya wajar diprogramkan untuk

dilaksanakan, tetapi juga memastikan ia mesti mencapai objektif yang disasarkan.

Adunan P & P dalam merealisasikan pencapaian modal insan yang berkelas

pertama wajar diterapkan dengan berkesan dan wajib diutamakan di

peringkat IPT lagi.Sememangnya satu dasar kurikulum yang terbaik dan fleksibal

bagi menghasilkan pelajar yang bukan setakat berilmu tetapi juga mempunyai

kepakaran yang mampu menandingi cabaran industri wajar diterima dan

dilaksanakan oleh semua peringkat di IPT.Antaranya adalah

perlaksanaanOutcome Based Learning(OBE)dalam P & P yang menekankan

kepada SCL.Antara penekanan kepada SCL ialah Kajian Kes (Case Studies),

Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning), Pembelajaran

Berasaskan Orientasi Projek (Project Oriented Based Learning) dan

Pendekatan Bermodular (Modular Approach), yang pastinya membolehkan

pelajar IPT kita lebih cenderung untuk berdikari dan berfikir secara kritis

tanpa mengharapkan bantuan pensyarah yang mendidik mereka.

3.0 SELAYANG PANDANG: KONSEP P & P IPT NEGARA

Sejajar dengan laporan UNESCO (1998) yang menyatakan sektor pendidikan

tinggi diseluruh dunia mengalami perubahan pesat pada abad 21 ini, Malaysia

secara tidak langsungnya juga mengalami perubahan mendadak dalam beberapa

fasa pendidikan dan perkembangannya sejak merdeka lagi (Noran&Ahmad, 1997).

Sewajarnya, perubahan berkenaan menuntut satu perubahan persekitaran yang

telus, akauntabil serta kesedaran kualiti yang terbaik, terutama bagi sektor

pendidikan tinggiawam yang sentiasa terdedah kepada penilaian masyarakat

umum (Bolden, Petrov, &Gosling, 2008).Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk

Seri Khalid Nordin ketika melancarkan Program Pemindahan Ilmu menyatakan

8

intitusi pengajian tinggi perlu keluar daripada kongkongan anutan mentaliti

menara gading kepada peranan yang lebih holistik melalui pendekatan

keterangkuman (inclusiveness) dan pemanfaatan institusi pengajian tinggi

demi faedah negara dan masyarakat (Khalid, 2012).

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa negara

yang selama ini sudah menjalani proses penukaran keremajaan pendidikan dan

kini kepada pendewasaan pendidikan ke arah kematangan adaptation dalam

suasana business globalization yang begitu mencabar sekali wajar membuat satu

perubahan yang mendadak. Mohd Jailani et. al. (2005) menyatakan di akhir suku

ketiga abad ini, telah berlaku anjakan dan perubahan dalam mendefinasikan kualiti

pendidikan.Sebelum ini, kualiti pendidikan ditentukan oleh parameter seperti

input, proses pembelajaran, institusi, sumber perkhidmatan dan output

keberhasilannya.Hakikatnya, para bijak pandai sistem pendidikan negara kita kini

giat mencanai idea dan usaha mempromosikan usaha ke arah pencapaian yang

dihasratkan oleh kerajaan agar sistem pendidikan negara di IPT diubah demi

kebaikan rakyat negara ini dan juga masa depan generasi mereka dengan

menekan mereka wajib memiliki mentality kelas pertama.

Berdasarkan ulasan sedemikian, Lui dan Shum (2012) menekankan banyak usaha

dilakukan dan antaranya ialah satu pendekatan baru yang lebih memfokuskan

kepada hasil dan pencapaian objektif terhadap sesuatu kursus akademik, telah

diperkenalkan dan dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Hasil atau Outcome

Base Learning (OBE).Penerimaan pendekatan OBE dalam P & P ini di semua

institusi pengajian tinggi (IPT) di negara menjadi usaha murni pihak kerajaan

memastikan para graduan yang keluar dari IPT tempatan menepati kehendak serta

keperluan negara (Mohd Jailani,&Azami Zaharim, 2007).

Menurut Malcom (1997) OBE “is a learner-centered, where learning results in

students changing the way they understand and act in the world around

them”. Atau dalam erti lain, OBE adalah satu proses pendidikan yang

berasaskan pencapaian ‘outcomes’ tertentu dalam proses pembelajaran

seseorang pelajar. Menetapkan tahap kefahaman dan kemampuan pelajaruntuk

melakukan atau membangunkan sesuatu, maka kedua-dua struktur pendidikan

9

dan sistem kurikula serta perlaksanaannyaharuslah saling bergantung dan

berkesan bagi membolehkan tahap kamampuan atau kualiti yang diharapkan

dicapai (H. Basri, 2004). Ini bermakna terdapat 3 fokus utama yang perlu

difahami iaitu dari aspek teori pendidikannya, struktur pendidikan yang

sistematik dan implementasi di dalam kelas (Killen, 2000).

Ketiga-tiga konsep ini dapat dilihat dalam Rajah 1.0, OBE memfokuskan kepada

pencapaian hasil (outcomes) dan objektif yang telah ditetapkan berbanding

memfokus kepada proses untuk mencapai ‘outcomes’ tersebut dan semua bukti

haruslah didokumentasikan sebagai rujukan. Secara logiknya, pendekatan OBE

memberi tumpuan kepada pencapaian penghasilan (outcomes) serta

matlamat yang telah ditentukan lebih awal dan semua bukti haruslah

rekodkan sebagai bukti.Manakala pendekatan tradisional pula lebih memberi

tumpuan kepada proses atau kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat

(outcomes) yang ditetapkan. Rajah 1 menunjukkan dengan jelas penekanan utama

dalam pendekatan OBE.

RAJAH 1.0 Fokus Utama dalam Sistem OBE

Sehubungan itu, IPTperlu sentiasa peka dan memantau kualiti graduan mereka

secara sistematik.Sejajar dengan definisi OBE itu sendiri yang membawa

maksud fokus dan menyusunatur terhadap keseluruhan sistem pendidikan,

terutamanya khasnya terhadap kebolehan, kemampuan dan pengalaman

Fokus

Falsafah pendidikan

Pelaksanaan Struktur

pendidikan

10

pembelajaran setiap pelajar di hujung peringkat pengajian mereka. Proses ini

bermula dari peringkat pengenalpastian hasil (outcomes) atau tahap kebolehan.

Kesimpulannya, Spady (1994) menyarankan bahawa pendekatan baru (OBE) ini

bertitik tolak dari tahap mengenalpasti matlamat (outcomes) atau tahap keupayaan

pelajar, pengendalian kursus yang lebih inovatif, proses pengubalan kurikulum,

dan sehinggalah kepada proses penilaian yang bersesuaian untuk mencapai

matlamat tadi. Sesungguhnya, pendekatan baru ini menggalakkan satu

bentuk pengajaran yang lebih sistematik, fleksibel serta inovatif (Davis,

2003).Sebagai contoh, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan

pendekatan Problem Based Learning (PBL) yang lebih interaktif berbanding corak

pembelajaran tradisional yang berbentuk satu hala sahaja.Sememangnya,

keberhasilan OBE yang dilaksanakan sekarang sudah mulai menampakkan

keberhasilannya di kebanyakan IPT yang melaksanakannya.Meskipun masih

baru dan banyak perkara yang perlu dilakukan demi kebaikan pelajar serta

pengukuhan program akademik di IPT itu sendiri, keberkesannnya dijangka

dapat dinilaikan bersamaan dengan penerimaan pihak majikan terhadap

pelajar IPT yang diterima masuk kerja di industry kemudian nanti.

Sememangnya ia adalah cabaran utama terhadap OBE dan tenaga pengajarnya

tetapi keberhasilannya menandingi hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan

kelas pertama.

4.0 PENDEKATAN P & P: KEBAIKANNYA

Sebelum pendekatan OBE serta supporting elements lain seperti PBL, Kajian Kes,

Modular Approach dan POBL digunapakai dalam P & P, khususnya di IPTA,

penilaian yang dibuat adalah semata-mata berdasarkan kepada kemahiran serta

keupayaan akademik/teknikal pelajar dengan mengenepikan elemen-elemen

bukan akademik/teknikal yang lain seperti keupayaan komunikasi, daya

kepimpinan, semangat berpasukan, moral dan etika, pemikiran kritis,

keusahawanan, dan pembelajaran berterusan (KPT, 2012; Manno, 1995).Sebagai

tambahan, kurikulum program yang ditawarkan di IPT hanya dikaji dan dikemaskini

bagi setiap limatahun sekali berasaskan kepada pandangan dari pemeriksa luar,

11

tanpa mengambil kira ulasan pihak berkepentingan lain seperti pihak industri dan

alumni (Mohd Jailani et. al., 2005). Di sudut keperluan kepatuhan kepada

kehendak akreditasi sendiri, pendekatan tradisional meletakkan syarat dan

keperluan yang hanya memberi fokus kepada pengisian kurikulum program serta

proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Contohnya, pihak majikan yang

dianggap tidak menyumbang kepada salah satu komponen penting dalam proses

menghasilkan graduan bagi memenuhi kehendak pasaran modal insan semasa.

Apabila OBE dilaksanakan dalam P & P, ia menyarankan pelajar perlu diberi

pendedahan secara amali atau profesional melalui site visit ke industri selain

memanggil profesional dari industrimemberi ceramah atau dialog, yang

membabitkan pelajar dan wakil dari pihak industri. Mohd Jailani et. al. (2005)

melihat kaedah ini satu landasan terbaik untuk memberi pendedahan kepada

pelajar mengenai persekitaran sebenar sebelum mereka melangkah ke alam

pekerjaan apabila tamat pengajian mereka di IPT.Tindakan ini memudahkan

mereka diterima dalam pasaran gunatenaga seawal akhir semester pengajian

mereka dan memberikan satu input besar sumbangannya dalam keberhasilan

pendidikan negara kepada industry di segi tenaga berkemahiran tinggi.

Kesimpulan kepada kebaikan OBE ini dalam P & P, Spady (1994) telah

membincangkan empat prinsip penting dalam pendekatan OBE iaitu tumpuan yang

jelas, rekabentuk semula, jangkaan yang tinggi, dan akhir sekali ialah membuka

peluang yang luas kepada para pelajar.

Kejelasan tumpuan (clarity of focus) - prinsip ini bermaksud para

pendidik mestilah mempunyai tumpuan yang jelas mengenai apakah

yang mereka inginkan supaya para pelajar kuasai atau pelajari. Dengan

yang demikian, para pendidikmampu untuk membantu para pelajar

mencapai kejayaan yang diharapkan.

Reka bentuk semula (designing back) - prinsip kedua ini

dirujuksebagaimereka bentuk semuladan ia berkait rapat dengan prinsip

yang pertama di atas. Prinsip kedua ini bermakna asas untuk semua

bentuk kurikulum mesti takrifkan dengan jelasiaitu apakah yang ingin

12

dicapai di akhir proses pembelajaran. Lanjutan daripada itu, kaedah

pembelajaran yang akan digunakan akan ditautkan dengan hasil

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Jangkaan yang tinggi kepada para pelajar (high expectations) – para

pendidik perlu mempunyaiharapan dan keyakinan yang tinggiterhadap

semua pelajar mereka.Terdapat banyak bukti empirikal bahawa jangkaan

para pendidik ini akan menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri

secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada

itu, sokongan para pendidik juga di dapati mampu meningkatkan

keyakinan diri para pelajar.

Membuka peluang yang luas (expanded opportunities) - kualiti

intelektual merupakan milik semua dan bukan hanya terhad kepada

sebahagian kecil pelajar sahaja. Para pendidik mestilah memberi peluang

yang luas kepada semua pelajar untuk menguasai ilmu yang diajar

kerana kita perlu menerima hakikat bahawa bukan semua pelajar boleh

belajar perkara yang sama dengan cara yang sama dan pada masa yang

sama(not all learners can learn the same thing in the same way and in

the same time).

Davis (2003) telah membincangkan secara terperinci beberapa kebaikan dari

pelaksanaan pendekatan OBE dalam P & P ini yang antaranya termasuklah

relevannya OBE ini dalam keadaan dunia pendidikan sekarang yang mampu

memberi lonjakan keberhasilan proses pendidikan negara; penggunaan yang

meluas dalam pelbagai sektor pendidikan di dalam maupun luar negara

disebabkan intuitive appeal (bersepadu); jelas mengenai matlamat/objektif proses

pendidikanyang mahu dicapai oleh pihak guru dan pendidik; rangka kerja yang

komprehensif serta mengintegrasikan kurikulum yang digunapakai dalam P & P;

aspek akauntabiliti yang menyediakansatu penyataan (statement) jelas mengenai

objektif yang ingin dicapai diakhir proses pembelajaran serta mengukur prestasi

pelajar dan jaminan kualitinya; memupuk kaedah pembelajaran kendiri (self-

directed learning) terhadap proses pembelajaran mereka sendiri yang

memfokuskan penglibatan aktif pelajar semasa proses P & P SCL; fleksibiliti yang

13

tidak terlalu menekankan kepada strategi atau kaedah P & P tetapi memberi

tumpuan kepada hasil yang ingin dicapai; panduan untuk penilaian dengan

garispanduan jelas dalam proses-proses P & P, penilaian atau peperiksaan serta

mampu untuk mengukur pencapaian sebenar bagi setiap pelajar; penerusan

pendidikan (continuum of education) yang memberi penekanan jelas kepada hasil

P & P, yang membantu pelajarmempunyai hala tuju dan terus majudalam

pendidikan dari peringkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya hingga ke

peringkat pengajian tinggi.

Sesungguhnya, kesimpulan yang dinyatakan oleh Spady (1994) dan Davis (2003)

adalah selaras dengan hasrat Kerajaan yang menggalakkan pembelajaran

sepanjang hayat (KPT, 2007), yang kemudiannya berakhir dengan kemampuan

sebagai modal insan berkelas pertama maupun bermentaliti kelas pertama.

5.0 PENDEKATAN P & P: MENANGANI KELEMAHAN DAN KEBERHASILANNYA

Selaras dengan objektif PSPTN Fasa Kedua, demi mencapai hasrat dalam

menghasilkan modal insan kelas pertama seiring juga dengan peranan OBE dalam

P & P IPT, wajar dinyatakan bahawa perlaksanaan mencapainya memerlukan

masa, tenaga dan sumber kewangan yang bukan sedikit. Objektif utama adalah

menukarkan perspektif LCL kepada SCL atau Pemusatan Pelajar dan usaha ini

memerlukan gabungan semua pihak iaitu Kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan, IPT dan industri dalam memastikan ianya berhasil sebagaimana yang

dinyatakan dalam KPI PSTPN Fasa kedua itu.

Perubahan dalam corak dan gaya P & P juga mesti dirubah mengikut selera dan

keadaan semasa. Sudah pastinya yang bertanggungjawap sepenuhnya dalam

perkara ini untuk mendidik dan mencorakkan hasil ‘product’ atau pelajar kita

adalah pensyarah atau guru yang membimbing mereka.Tidak keterlaluan jika

dinyatakan peranan pensyarah di IPT kini semakin dibebani dengan

tanggungjawap besar bagi mencapai KPI yang digariskan itu. Sehubungan itu,

pengukuhan usaha melahirkan modal insan, memperkayakan kreativiti dan

inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan globalisasi

dan kepemimpinannya yang bertransformasikan di kalangan institusi pengajian

14

tinggi adalah antara fokus baharu yang wajar dilaksanakan untuk mencapai KPI

PSTPN itu.Sebagaimana hasrat Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan,

usaha menangani permasalahan P & P ini wajar diperkukuhkan dengan

beberapa cadangan yang mampu menghasilkan usaha memartabatkan P & P

IPT negara (Khalid, 2011) sebagaimana yang dinyatakan di bawah ini.

Pertamanya, pensyarah sewajarnya mampu mencorakkan gaya P & P mereka

dengan pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi dalam

konteks P & P, pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-

program baharu yang relevan dengan perkembangan semasa supaya mereka

mampu menepati keperluan negara untuk bersaing dengan cabaran global. Pelajar

yang dibimbing itu wajar mempunyai ciri-ciri 5Cs sebagai satu keberhasilannya

pendidikannya iaitu:

Pemikiran kritikal dan penyelesai masalah (Critical Thinking and

Problem Solving).

Keberkesanan Komunikasi (Effective Communications skills).

Boleh Berkolaborasi dan Bekerja dalam Satu Pasukan dengan

kumpulan yang berbeza pendapat (Collaboration and Team

Buildings).

Kreativiti dan Inovasi (Creative and Innovative).

Celik Budaya untuk Bergerak dakam Dunia Kepelbagaian (Culturally

Literate)

Kedua, IPT wajar menganjak paradigma mereka untuk meningkat modal

intelektual (intelectual capital) selain daripada modal insan yang kini sedang giat

dilaksanakan.Ia sewajarnyaberterusan menghasilkan dan membangunkan

pengalaman dan pengetahuan berkualiti yang diterima oleh pelajar selama berada

di IPT. Keberhasilan usaha ini kini dalam proses menjayakan P & P yang ada

sekarang sebagai satu laluan sambungan kearah pencapaian modal

intelektual.Sememangnya kesinambungan pendidikan berterusan seumpama

ini wajib diteruskan tanpa henti demi menjaga mutu pendidikan yang ada

sekarang.

15

Ketiga, P & P secara SCL atau pemusatan pelajar ini mesti memanfaatkan dan

menghasilkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan memikat hati

kerana aspek-aspek perkembangan ini memberi perhatian kepada perkembangan

serta potensi pelajar secara menyeluruh. Keberhasilan proses ini sudah mulai

diterima ramai pihak terutamanya di IPTA dan melalui P & P dengan Program

OBEnya, suasana pencapaian program ini dapat dilihat dengan penerimaan

pihak majikan apabila menerima pelajar-pelajar IPT bekerja dengan mereka.

Ia adalah petunjuk bahawa pelajar IPT sudah mulai berubah daripada too

academic studies kepada multi-disciplines studies serta bersikap lebih

hands-on-it dan berfikiran pragmatik dan terbuka.

Keempat, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) wajar diarusperdanakan kepada

masyarakat formal maupun tidak formal demi mencapai potensi sebenar yang

sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komuniti

setempat.Keberhasilannya hanya dapat dilihat apabila perubahan terhadap

sokongan dan minat generasi muda yang ada sekarang mulai bertumpu

kepada sembilan faktor Generic Students Attributes (GSA) yang

dibincangkan sebelum ini.Sememangnya proses ini dapat dilihat apabila

berlakunya minat mereka dalam pembelajaran yang berterusan secara tidak

formal walau di mana-mana mereka berada.

Kesimpulannya, bagi menangani isu dan cabaran P & P yang ada sekarang,

setiap pensyarah di IPT wajar mempunyai kepelbagaian kualiti yang cukup

berkerampilan selain daripada kelulusan akademik yang baik (sekurang-

kurangnya Ph.D, DBA dll) serta menambah nilai berlatar belakang

pengalaman di bidang industri. Tetapi yang pentingnya mereka mesti

mempunyai kesungguhan serta minat yang tinggi (passionate) dalam

mendidik pelajar mereka menjadi modal insan berkelas pertama yang boleh

dikatakan sekarang ini begitu kurang diterapkan serta diutamakan.Tidak

hairan masalah kualiti graduan kita sentiasa dipertikaikan oleh pihak industri dan

ini menjejaskan pasaran product atau pelajar kita di dunia pekerjaan.Sehubungan

itu, keberhasilan P & P ini wajib dicapai objektifnya supaya masalah

pengangguran dapat diselesaikan dengan berkesan apabila pelajar IPT

mempunyai sikap yang positif serta terbuka sepanjang pembelajaran mereka dan

16

pentingnya tidak bersikap memilih kerja dan yakin melakukan yang terbaik dalam

kerjaya masing-masing. Sikap yang positif ini pastinya memberI kesan positif

kepada majikan dalam industri yang menerima mereka bekerja dengan tangan

terbuka kerana yakin kemampuan mereka. Kelemahan penguasaan bahasa

Inggeris yang selama ini menghantui sebahagian pelajar IPT dapat dikurangkan

dengan kesungguhan mereka untuk memperbaikinya kerana sedar kesukaran

pihak industri menerima mereka bekerja. Ia juga bakal meningkatkan ilmu dalam

bidang teknologi maklumat dan mampu membina jaringan yang baik serta

seterusnya berhasil menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu faktor spiritual dan

kepimpinan turut mewarnai keberhasilan yang dibuat melalui program OBE ini dan

kita mampu menyelami penerimaan pelajar dengan gaya berkesan dalam P & P

ini.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai memenuhi cabaran negara dan mencapai objektif misi nasional,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengenal pasti lima keutamaan (Nik

Mustapha, 2007):

Meningkatkan kualiti pendidikan di IPTA dan IPTS negara agar

sebilangan daripadanya mencapai taraf dunia.

Menjalin hubungan lebih rapat dengan universiti terkemuka antarabangsa

berlujuan meningkatkan mutu IPT tempatan serla menjadikan Malaysia

pusat kecemerlangan pendidikan serantau dengan sasaran menarik

100,000 pelajar asing belajar di negara ini menjelang 2010.

Menjalin hubungan baik antara IPT dan swasta agar kurikulum universili

relevan dengan tuntutan semasa dan pasaran.

Meningkatkan mutu graduan agar mereka menjadi lebih 'employable' dan

memenuhi keperluan negara bukan sahaja dari segi mengisi peluang

pekerjaan malah menguasai pelbagai bidang kemahiran dan

keusahawanan.

17

. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup (lifelong learning).

Berdasarkan objektif misi berkenaan, dapat dikatakan bahawa P & P melalui OBE

serta supporting elements seperti PBL, POBL, Kajian Kes dan Modular Approach

masih mampu meneruskan usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar kita sebagai

modal insan yang bertaraf kelas pertama jika semua usaha itu mengikut garisan

yang disediakan oleh KPT. Adalah menjadi sesuatu yang amat mendukacitakan

jika usaha berkenaan yang sekian lamanya dilaksanakan dengan perahan tenaga

pengajar, masa yang lama untuk dilaksanakan serta sumber kewangan yang

banyak, masih tidak lagi mampu menghasilkan apa yang dihasratkan.

Sememangnya usaha yang ada ini adalah titik-tolak daripada setiap keringat

tenaga pengajar di negara ini bagi memastikan P & P IPT kita yang dilaksanakan

melalui Program OBE ini diusahakan dengan penuh dedikasi dan disiplin selain

daripada sikap patriotisma yang tinggi untuk melihat anak bangsa Malaysia

cemerlang dipersada global.

Sebagai kesimpulannya, cabaran pendekatan P & P perlu diubah dan diselaraskan

mengikut keadaan zaman yang berubah dan berorientasikan pelajar. Meskipun

Program OBE kini memainkan peranan yang amat penting dalam P & P IPT

negara, ianya hanya dilihat sebagai satu alternatif yang ada untuk mengatasi

masalah P & P yang ada sebelum ini, yang dikatakan terlalu tradisional atau

Lecturer Centered Learning (LCL). Revolusi pendidikan terhadap apa yang

dilakukan di IPT kini sudah mencapai ke kemuncaknya dalam menghasilkan

modal insan berkelas pertama dan sememangnya jangkaan perubahan

terhadap sistem pendidikan kita ikut terubah akibat business globalization

yang tidak ada batasan sempadannya serta perleluasaan teknologi canggih

internetnya. Jika perubahan ini tidak dilakukan segera, negara dan generasi yang

ada sekarang ini akan ketinggalan dalam segala bentuk perhubungan dan

kemajuan teknologi. Malah, jika perkara ini berterusan dan tidak diambil serius,

masyarakat kita dan generasi akan datang juga bakal menghadapi satu situasi

yang amat mencabar sekali dalam mengharungi dunia perniagaan dan

perhubungan globalnya. Ia dilihat bukan sahaja sebagai satu kerugian besar

negara tetapi juga menjadi satu ancaman besar akibat pengaruhan faktor luar

yang lebih bertenaga dan cerdik dalam dunia manipulasi perniagaan sejagat.

18

Rujukan Bolden, Petrov & Gosling (2008). Tensions in Higher Education Leadership: Towards a

Multi Level Model of Leadership Practice. Diperolehi daripada http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1468-2273.2008.00398.x/abstract pada 7 September 2013.

Brown (2001).Thing Theory.Critical Inquiry. 28 (1), 1-22, University of Chicago Press. Davis, J. E. (2003). Boys to men: Masculine diversity and schooling. In

F. C. Worrell (Ed.), Boys to men: The challenges of engaging boys academically and emotionally in the primary and school system (pp. 1-14). Port of Spain, Trinidad: The School Leadership Center of Trinidad and Tobago.

H.Basri (2004). Keynote Speech titled “Malaysia and the Washington Accord: The way

forward for engineering education,” Conference on Engineering Education, Institution of Engineers Malaysia/Malaysian, Council of Engineering Deans/University of Technology Malaysia, 14-15 December 2004, Kuala Lumpur.

Idris Jusuh (2013). Teks Ucapan Menteri Pendidikan II di Majlis Perasmian Persidangan

Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP01) pada 22 Ogos 2013, 9.45 pagi di Hotel Equatorial, Bangi.

Irwan Rosleh (2010). Transformasi PTV Ke Arah Melahirkan Modal Insan Kelas

Pertama.Diperolehi daripada eprints.utm.my/14920/ bertarikh 6 September 2013. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012).Asas pembelajaran dan pengajaran

pensyarah institusi pengajian tinggi. Batu Pahat, Johor: UTHM. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007).Pelan strategik pengajian tinggi Negara:

Perletakan asas melangkaui 2020. Putra Jaya: Ministry of Higher Education. Khalid Nordin (2011). Teks Ucapan Menteri Pengajian Tinggi di Majlis Perasmian Pelan

Tindakan Negara Fasa Kedua, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada 7 Jun 2011, 9.00 pagi di PICC.

Khalid Nordin (2012). Teks Ucapan Menteri Pengajian Tinggi di Majlis Pelancaran dan

Seminar Program Pemindahan Ilmu (KTP) pada 26 Jun 2012, 9.30 pagi di Pan Pacific, KLIA.

Killen, R. (2000). Outcome-based education: Principles and possibilities. Manuskrip

yang tidak diterbitkan, University of Newcastle, United Kingdom.Diperolehi daripada drjj.uitm.edu.my/DRJJ/CONFERENCE/UPSI/OBEkillen.pdf.pada 6 September 2013.

Lui, G., & Shum, C. (2012).Outcome-based education and student learning in

managerial accounting in Hong Kong.Journal of Case Studies in Accreditation and Assessment, 2(July), 1-13.

19

Manno, B. V. (1995). Educational outcomes do matter. Public Interest, Spring (119), 19-27.

Malcom, C (1999) Outcome based education has different forms. DalamJonanthan D.

Jansen&Pam Christie(eds), Changing curriculum: Studies on outcome-based education in South Africa (ms. 77-113). Cape Town: Maskew Miller Longman.

Mohd Jailani Mohd Nor&Azami Zaharim (2007).Perbandingan pendekatan pendidikan

bersepadu dalam pembelajaran berasaskan hasil(OBE) dengan model pendidikan Islam. Diperolehi dari www.ukm.my p k images sppb0 .pdf

. Mohd Jailani Mohd Nor, Noraini Hamzah, Hassan Basri, & Wan Hamidon Wan

Badruzzaman (2005). Pembelajaran berasaskan hasil: Prinsip dan cabaran. Diperolehi dariwww.ukm.my p k images sppb0 .pdf

Nik Mustapha R Abdullah (2007). Institusi Pengajian Tinggi Penjana Pembangunan

Modal Insan Kelas Pertama.Prosiding Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (CTLIHE07) pada 12-14 Disember 2007 di Palace of Golden Horses, seri Kembangan, Selangor.

Noran Fauziah Yaakub, & Ahmad Mahdzan Ayob (1997).Privatization of Higher Education in Malaysia and Its Implications on Industrialization.Paper presented at the Sixth Tun Razak Conference, 18-20 April, 1997, Ohio Univerity, USA.

Rosniza Mohd Taib (2008). Modal Insan Tingkat Saingan.Diperolehi daripada http://ippbm.gov.my/dokumen/rencana/modal-insan-tingkat-saingan.pdf bertarikh 6 September 2013.

Shawyun (2012).Developing and Actioning Strategic planning in Higher Education

Institutions, Assumption University Press, Bangkok, Thailand. Spady, W. G. (1994).Outcome-based education: Critical issues and answers. Arlington,

VA: American Association of School Administrators.