keberkesanan latihan dalam perkhidmatan ( ldp ) dalam

32
KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) DALAM MEMBANGUNKAN INTELEK, KEMAHIRAN DAN NILAI GURU SEBAGAI PENERAJU PEMBELAJARAN DI SEKOLAH. 1.0 Pengenalan Profession perguruan adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan Negara. Sebagai guru yang professional,beliau perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuan yang sesuai dengan nilai profession ini (Ragbir kaur a/p Joginder Sigh, 2007). Guru yang professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran (p&p), sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun pengurusan. Akauntabiliti utama guru yang mempunyai sifat professional yang tinggi adalah bertindak sebagai penyebar ilmu. Guru yang berprofession harus peka terhadap pembangunan kemahiran, intelektual, dan nilai. 1.1 Pembangunan kemahiran Menurut dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 kemahiran dimaksudkan kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Guru- guru harus cekap dan pandai dalam melakukan apa jua aktiviti sama ada di luar dan didalam bilik darjah. Guru-guru juga harus pandai dan cekap mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran- kemahiran bagi guru adalah kemahiran belajar, kemahiran berkomunikasi, berfikir, merancang,

Upload: upsi-my

Post on 09-Apr-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) DALAM

MEMBANGUNKAN INTELEK, KEMAHIRAN DAN NILAI GURU SEBAGAI

PENERAJU PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.0 Pengenalan

Profession perguruan adalah antara beberapa jenis

pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,

masyarakat dan Negara. Sebagai guru yang professional,beliau

perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia

menanggung semua konsekuan yang sesuai dengan nilai profession

ini (Ragbir kaur a/p Joginder Sigh, 2007). Guru yang

professional dan berkualiti haruslah mampu memenuhi keperluan

murid dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan

pembelajaran (p&p), sahsiah, kemahiran, kepakaran mahupun

pengurusan. Akauntabiliti utama guru yang mempunyai sifat

professional yang tinggi adalah bertindak sebagai penyebar

ilmu. Guru yang berprofession harus peka terhadap pembangunan

kemahiran, intelektual, dan nilai.

1.1 Pembangunan kemahiran

Menurut dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 kemahiran

dimaksudkan kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Guru-

guru harus cekap dan pandai dalam melakukan apa jua aktiviti

sama ada di luar dan didalam bilik darjah. Guru-guru juga

harus pandai dan cekap mengendalikan pengajaran dan

pembelajaran. Kemahiran- kemahiran bagi guru adalah kemahiran

belajar, kemahiran berkomunikasi, berfikir, merancang,

kemahiran ICT, kemahiran mengajar, kemahiran pemudahcaraan dan

kemahiran mengurus.

Kemahiran komunikasi merangkuni kemahiran mendengar,

kemahiran bertanya, berucap, maklum balas, unsur bahasa,

mengubah sikap dan Tingkah laku, kemahiran penampilan dan

kemahairan komunikasi bukan Lisan. Komunikasi merupakan satu

proses di mana guru dan murid bersama-sama berkongsi

pengalaman dan pengetahuan. Dalam proses ini, guru dan murid-

murid bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka

mencipta makna antara satu sama lain. Sesuatu proses tiada

permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-

menerus tanpa berhenti (Mansor 1984).

Kemahiran mendengan merupakan kemahiran yang penting

bagi seseorang guru dalam komunikasi. Fungsi utama mendengar

ialah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang, menjalin

hubungan, berseronok dan menolong orang lain (Abdullah Hassan

& Ainon Mohd, 2002). Seterusnya, kemahiran bertanya merupakan

salah satu kemahiran yang penting semasa melakukan komunikasi.

Kemahiran bertanya penting kerana dapat mewujudkan iklim

komunikasi yang sihat dan juga memberi peluang kepada orang-

orang yang berkomunikasi dengan kita berasa bebas bagi

meluahkan perasaan, pendapat, keinginan, dan juga kebimbingan.

Jadi guru-guru harus membina kemahiran bertanya dalam diri

masing-masing. Dalam komunikasi juaga terdapat komunikasi

bukan lisan. Ia boleh dimaksudkan sebagai komunikasi ‘non-

verbal’ dan ‘bahasa badan’. Komunikasi bukan lisan merupakan

kemahiran yang penting bagi usaha mencapai matlamat P&P yang

baik.

Kemahiran belajar harus diterapkan dalam diri seseorang

guru. Dalam kehidupan guru, belajar merupakan satu proses

yang berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran tidak hanya

berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula

maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai

konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat

mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Ilmu

yang diperolehi oleh guru melaui pembelajaranya harus

berkongsi bersama murid-muridnya. Ini dapat membantu

menjalankan proses p&p yang lancar dan penuh berilmu.

Selain itu, kemahiran berfikir amat penting bagi seseorang

guru dalam professionnya. Kementerian pendidikan

memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

dalam kurikulum pendidikan. Guru –guru perlu mahir dalam

berfikir secara kritis dan kreatif bagi mewujudkan murid yang

berfikiran maju. De Bono (1976) berpendapat bahawa keperluan

kemahiran berfikir bukan sekadar melibatkan penyelesaian

masalah tetapi juga melibatkan pencarian masalah dan

penerokaan peluang-peluang yang baru, kemungkinan kemungkinan

baru serta penjanaan idea-idea baru. Guru-guru sentiasa

mengeluarkan idea-idea yang baru untuk p&p yang kreatif.

Kemahiran perancangan juaga harusada pada diri guru.

Perancangan di sini merupakan perancangan masa dan perancangan

aktiviti p&p. Perancangan masa amat penting dalam mengurus

masa untuk proses pengajaran guru. Peancangan aktiviti p&p

juga harus dirancangan sebelum masuk bilik darjah dan juga

bersesuain dengan tahap keceedasan kepelbagaian murid di dalam

bilim darjah. Bagi mengelakan berlakunya pengajaran yang bosan

guru-guru harus mempunyai kemahiran pemudahcaraan.

Pemudahcaraan seperti demonstrasi, penglibataan, keprihatinan

dapat mengubah situasi bilik darjah kepada yang lebih kondusif

dan jua berpusatkan murid.

Guru-guru bukan sahaja mengurus murid dan aktiviti bilik

darjah malah, guru-guru juga mengurus orang awam seperti ibu

bapa, dan juga mengurus sumber-sumber. Dalam mengurus setiap

satu guru-guru mesti berhtai-hati. Pada era globalisasi ini,

guru-guru perlu dan harus memajukan diri dalam kemahiran ICT.

Kemahiran ICT boleh diperkatakan merupakan tulang belakang

bagi pendidikan pada masa kini. Seperkara yang jelas ialah

pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam ICT dapat

meningkatkan keyakinan guru semasa mengajar (Balakrishnan,

2002). Dalam kajian yang lain Wan Mohamad Wan Ibrahim et al.

(2002) telah mendapati bahawa lebih 80% guru-guru sekolah

mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam

profesion mereka. Guru-guru perlulah pembangunkan diri dengan

kemahiran ICT ini.

1.2 Pembangunan Intelektual

Intelektual bermaksud dalam kamus dewan orang yang

berintelek iaitu orang yang cerdik pandai. Guru-guru

merupakan orang yang berkemampuan menggunkan intelek unutk

berkerja, belajar, membayangkan, mengagak, atau menyoal dan

menjawab soalan tentang berbagai-bagai idea.Guru yang

berintelek dapat mewujudkan murid yang berintelek tinggi.

Menurut Suparno(2003) sikap yang dikembangkan oleh

seorang yang berintelek adalah, terus belajar berfikiran

rasional, aktif cari, berani bertindak dan

bertanggungjawabsikap reflektif, membela kebanaran dan

keadailan. Sebagai seorang guru, pembelajara berterusan dapat

mengembangakan ilmu dan peka terhadap isu-isu semasa. Guru-

guru berintelek dapat berfikir secara rasional , kritis.dan

bebas. Dengan memikiran secara kritis, rasioanal dan bebas

mereka mengembangkan memikiran serta diharapkan dapat lebih

kreatif dan mengembangkan inovsi baru dalam proses pendidikan.

Guru-guru yang berintelek harus aktif dalam pencarian ilmu dan

sumber yang terbaik bagi murid-muridnya. Guru-guru perlu

mengambil inisiatif dan mengaktifkan diri bagi mencari

perkara-perkara yang baru dan sumber-sumber yang kreatif untuk

murid. Guru-guru bukan sahaja menurut perintah malah guru-guru

bertindak dan mengambil tindakan merujuk kepada situasi yang

sebenar.

1.3 Nilai

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia karangan W.J.S.

Poerwadarminta (2007: 801) dinyatakan bahwa nilai adalah

harga, hal-hal yang penting atau berguna bagi kemanusiaan.

Nilai merupakan sesuatu kritiria yang penting bagi mengukur

kemutuan guru yang berprofession. Guru harus membentuk murid-

murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-

nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan

ialah moral, agama, terminal dan instrumental.

Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,

profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna nilai

seperti menghargai masa, menghargai jasa, menepati masa,

kerajianan, kegigihan, bertoleransi, rasioanal dan bertimbang

rasa merupakan nilai-nilai yang perlu ada dan perlu diamalkan

oleh seseorang guru bagi situasi-situasi yang tertentu.

Dalam konteks pendidikan, latihan dalam perkhidmatan

dianggap sebagai elemen penting untuk meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran guru. Guru-guru dalam bidang

pendidikan ini memerlukan pengetahuan, pengalaman serta

kemahiran yang tinggi memandangkan proses pengajaran guru

dalam bidang ini banyak melibatkan pengaplikasian teknologi.

Pendedahan guru-guru kepada program latihan dalam perkhidmatan

sangat bersesuaian dengan aspirasi negara dalam memperkasakan

modal insan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan

pengetahuan untuk menjadikan guna tenaga yang produktif.

2.0 Penyataan Masalah

Dalam era globalisasi masa sekarang, peranan guru menjadi

semakin kompleks dan mencabar. Karisma seorang guru sememagnya

mampu memberikan impak yang besar kepada pembangunan integriti

anak didiknya. Tetapi, guru – guru pada masa kini tidak begitu

peka terhadap pembangunan intelektual, kemahiran dan nilai

dalam diri mereka. Ini memberikan impak yang besar terhadap

murid – murid mereka.

Guru – guru pada masa kini tidak begitu sedar dengan

peredaran masa dan mereka masih kekal dengan cara lama

walaupun pelbagai perubahan telah berlaku dalam pendidikan.

Didapati guru – guru sangat kurang pendedahan dengan

perubahan yang telah berlaku dari segi intelektual, kemahiran

dan nilai. Oleh sebab itu, guru –guru masih kekal dengan

tradisi lama ( chalk and talk ) dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran mereka.

Kekurangan pembangunan intelektual dalam diri guru,

mengakibatkan mereka tidak dapat memikir dengan lebih luas.

Walaupun guru – guru boleh memberikan idea – idea yang banyak

namun ia tidak begitu kreatif dan tidak mengikuti citarasa

murid dan tahap murid. Dengan ini, guru tidak dapat

menyediakan sesuati bahan untuk kalangan guru dan tidak dapat

menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai kepada murid –

murid mereka. Kekurangan intelektual dalam diri guru juga

mengakibatkan mereka ketinggalan zaman. Mereka tidak mengikuti

perubahan dalam pelajaran sekarang. Sebagai contoh, guru –

guru tidak begitu peka dengan system KSSR sekarang dan masih

mengikuti system lama iaitu KBSR. Selain itu, guru – guru juga

tidak pandai menilai seseorang murid dan akhirnye murid itu

sendiri mengalami masalah pada akhir tahun walaupun murid

tersebut sudah mencapai tahap yang baik. Guru – guru pada masa

kini juga tidak teringin untuk mengambil tahu tentang dunia

luar. Mereka tidak berusaha untuk meluaskan pengetahuan am

mereka dan kekal sebagai katak di bawah tempurung.

Jika kita melihat dari segi kemahiran, guru – guru pada

masa kini kurang pendedahan dengan ICT. Walaupun pelbagai

kemudahan telah diwujudkan untuk kegunaan guru, namun guru –

guru tidak mengambil inisiatif untuk menggunakan kemudahan

tersebut. Sebagai contoh, guru – guru dibekalkan dengan

computer riba untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka dan

untuk menyediakan pelbagai bahan untuk PNP dalam bilik darjah

tetapi guru – guru tidak menggunakan kemudahan itu dengan

bernas malah menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh sebab

itu, tahap kemahiran mereka tidak dapat ditingkatkan. Guru

harus mendahului murid dalam perkara ini sebab murid – murid

sekarang lebih celik ICT.

Di samping itu, guru – guru juga kurang mengamalkan nilai

– nilai yang patut ada pada seseorang guru. Pertama sekali,

mereka tidak bekerjasama dengan sesama guru di sekolah. Mereka

tidak berkongsi pendapat dan ilmu antara satu sama lain. Oleh

sebab itu, mereka sangat kekurangan dengan ilmu pengetahuan.

Guru – guru juga tidak mengamalkan nilai toleransi. Mereka

tidak bertoleransi dengan guru – guru lain semasa membuat

sesuatu tugasan. Guru – guru tidak ada nilai yang dapat

melihat sesuatu perkara daripada pelbagai pandangan.

Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat meningkatkan tahap

mereka ke peringkat tinggi lagi. Kekurangan nilai – nilai

seperti ini dalam diri mereka mengelakkan mereka daripada

melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

Pihak sekolah sentiasa mengadakan Latihan Dalam

Perkhidmatan untuk membangunkan dan meningkatkan intelektual,

kemahiran dan nilai guru. Walaupun setiap guru menghadirkan

diri dalam Latihan Dalam Perkhidmatan, namun mereka tidak

menghayati keberkesanan LDP. Oleh yang demikian, guru – guru

tidak ada peluang untuk mengetahui kandungan LDP dan mereka

tidak dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan

pembelajaran seharian. Latihan dalam perkhidmatan merupakan

peluang kepada semua guru untuk menerajui ilmu profession

perguruan dan pembelajaran di sekolah.

3.0 Objektif Kajian

Objektif yang diingin capai melalui kajian ini adalah:

i) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan intelektual guru meneraju pembelajaran di

sekolah.

ii) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan kemahiran guru meneraju pembelajaran di

sekolah.

iii) Mengenal pasti Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan nilai guru meneraju pembelajaran di

sekolah.

4.0 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Latihan Dalam

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada guru – guru di sekolah

rendah. Untuk menilai keberkesanan Latihan Dalam Perkhidmatan

beberapa soalan kajian telah dibina :

i) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan intelektual guru meneraju pembelajaran di

sekolah ?

ii) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan kemahiran guru meneraju pembelajaran di

sekolah?

iii) Sejauh manakah Latihan Dalam Perkhidmatan dapat

membangunkan nilai guru meneraju pembelajaran di

sekolah.

5.0 Tinjauan Literatur

5.1 Pengenalan

Kekuatan sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan

kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Sistem

pendidikan sudah semestinya diberi tanggungjawab yang begitu

besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya.

Jika sistem pendidikan sesebuah negara itu kurang berkesan

ataupun gagal memberikan ilmu dan kemahiran yang diperlukan

kepada rakyatnya untuk negara tersebut bersaing dengan negara-

negara lain, maka akan ketinggalanlah negara tersebut (N.S

Rajindran, 2001)

Menutup tirai 2004 menyaksikan Negara Malaysia melangkah

setapak lagi ke hadapan meloloskan dirinya dari terus dilabel

sebagai Negara Dunia Ketiga. Pembangunan yang bersifat multi

dimensi telah dikecapi oleh Malaysia, kini dapat diukur

melalui pembangunan fizikal yang cukup pesat dan pertambahan

pelbagai infrastruktur yang berteraskan Sains dan Teknologi.

Kesemuanya telah memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Taraf kehidupan semakin meningkat dan segala urusan boleh

dilakukan secara instant di atas kecanggihan teknologi

terkini. Untuk menguruskan kecanggihan teknologi ini perlukan

modal insan yang berpengetahuan. Insan yang berpengetahuan

terlahirnya daripada tunjuk ajar seorang guru yang

berpendidikan dan berpengetahuan yang tinggi.

5.2 GURU

Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan

keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan,

keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran

yang harus didepani dengan profesional. Selain itu, guru dalam

konteks pendidikan berperanan sebagai ejen penyalur budaya san

ilmu. Guru juga berperanan sebagai ejen pewarisan budaya yang

penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. (Rencana yang

dipetik daripada Dewan Masyarakat Mei 2012)

Guru dan pemimpin sekolah ialah pemacu yang amat penting

bagi pencapaian murid. Kajian yang dijalankan di Tennessee,

Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an menunjukkan

bahawa secara relatif guru berprestasi tinggi dapat

meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50% dalam tempoh tiga

tahun berbanding guru yang berprestasi rendah. Begitu juga,

pengetua/guru besar yang berprestasi cemerlang yang menumpukan

kepada kepimpinan instruksional berbanding pentadbiran dapat

meningkatkan pencapaian murid sehingga 20%. (PPPM 2013-2025)

Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah

sumber penyampai ilmu pengetahuandan kemahiran kepada para

pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk

memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta

sebagai wadah untuk membina dayapemikiran yang kritis dan

kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri

dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang

guru yang telah menyempurnakan latihan samada di maktab

perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak

seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah

sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar.

Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain

bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan

profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan

secara formal,informal atau nonformal. Guru akan melalui

pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di

luarprofesion. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah

kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping

menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum

serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim &

Zuraidah Majid, 2002).

Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor

dalam membangunkan pendidikandi sesebuah negara. Perkembangan

profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan

guruterutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun

mengajar di sekolah masih mengguna cara lamadalam mengajar,

misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah

lama mengajarlebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai

fokus utama dan kurang memberi fokuskepada proses itu sendiri

atau ilmu yang dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek

tersebut.Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi dengan

memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkanpenglibatan pelajar

dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Dengan

ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di

universitiperlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti

pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmudan kerajaan

negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha

yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan profesional

para guru (Wu, 1999).

5.3 PEMBANGUNAN INTELEKTUAL

Matlamat pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan

daya intelek dan kerohanian ke peringkat yang maksimum.

Perkembangan daya intelek dan kerohanian generasi muda dikira

perlu kerana generasi muda merupakan penyumbang tenaga kerja

utama negara.

Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah

sebagaimana yang disarankanoleh Anna Cratt (1996) ialah ia

dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki

ketrampilan,menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya

atau untuk naik pangkat, membina pengetahuanprofesional dan

pemahaman seorang guru, meningkatkan giperibadinya, menghargai

sumbangan guru, memberi kepuasan dari segi ikhtisas,

meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangkadan

bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan

jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru perlu dibuat

dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana,kita

tidak mahu usaha kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak

mendapat hasil yang sepatutnya.

5.4 KEMAHIRAN

Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran pembelajaran

yang tersusun di samping mempunyai keazaman untuk

memperbaikinya dan diikuti dengan latihan (Torrance, 1963:

Bono, 1978; Philips, 1997).

Kemahiran guru boleh dibahagiakan kepada dua bahagian

dimana bahagian pertama menyentuh Kemahiran – kemahiran

profesional yang perlu ada pada seorang guru. Manakala

bahagian kedua pula menyentuh tentang kemahiran yang perlu

diterapkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru adalah

seperti berikut:-

i. Kemahiran Belajar

ii. Kemahiran Berfikir

iii. Kemahiran Merancang

iv. Kemahiran Pemudahcara

v. Kemahiran Berkomunikasi

vi. Kemahiran Mengurus

Kemahiran yang perlu terapkan dalam proses Pembelajaran dan

Pengajaran

i. Sebelum – Perancangan

ii. Semasa – Penyampaian

iii. Selepas - Penilaian

5.5 NILAI GURU

Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu

yang dikira baik seperti kasih saying, baik hati, kepuasan

hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketentangan dan

kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai

sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis

panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang

atau anggota sesuatu masyarakat. Mengikut Redfirld (1953)

nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu

atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang

mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan.

Manakala Hutcheon (1972), seorang ahli antropologi mempunyai

beberapa pengertian lain untuk mentakrifkan nilai. Menurut

beliau, nilai merupakan norma, idealism budaya, kepercayaan,

barang-barang berharga, orientasi nilai, tingkah laku yang

baik dan sikap.

5.6 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PRESTASI

Seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dibawah Bab 5 :

Guru dan Pemimpin Sekolah aspek Latihan dan Pembangunan

Prestasi (LDP) diberi penekanan yang lebih khusus. Latihan

Dalam Perkhidmatan merupakan satu latihan yang

berorientasikan model defisit, dimana ianya merupkan program

yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba

kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu

adalah menjadi tanggujawab sekolah untuk merangka latihan yang

bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-

guru di sekolah.

Keperluan guru mendapat maklumat terkini dianggap penting

kerana mereka adalah merupakan sumber utama dalam menyampaikan

ilmu dan melaksanakan dasardasar serta peraturan yang

disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan staf

juga mestilah dijadikan sebagai budaya sekolah serta perlu

dilaksanakan secara berkala sepanjang tahun. Menurut Joyce dan

Calhoun (1999), …“Staff development programs must be carefully

designed as educational programs for students and the

implication of not doing so is serious.”

Istilah pembangunan profesionalisme guru sering kali dikaitkan

dengan pembangunan staf atau pembangunan profesional. Namun

begitu banyak perdebatan berlaku tentang makna khusus istilah

tersebut. John West Burnham dan Pergus O”Sullivan (2004),

keadaan ini menjadi sukar kerana mereka yang dianggap pakar

dalam bidang pembangunan guru juga tidak mendefinisikan dengan

tepat apa yang dimaksudkan dengan istilah. Ini disebabkan oleh

amalan proses perkembangan yang pantas dalam bidang

pembangunan guru telah mempengaruhi kedua-dua makna dan

penggunaan istilah berkenaan (Glover dan Law 1996). Mereka

yang mendefinisikan pembangunan profesionalisme guru sebagai

“produk” melihat produk dalam bentuk impak langsung dan impak

secara tidak langsung tetapi kritikal dalam menentukan

keberkesanan pembangunan profesionalisme guru. Produk dalam

impak tidak langsung itu berbentuk peningkatan personel.

Pembangunan profesionalisme dilakukan oleh program latihan

dalaman dengan tujuan untuk mengembangkan pengetahuan dan

kemahiran baru di kalangan staf sekolah yang menekankan

kesediaan, perancangan, latihan, perlaksanaan dan penilaian

(Word dan Thompson 1998).

Secara umumnya, Latihan dan pembangunan adalah mengenai

memberi manusia kemahiran yang akan membolehkan mereka

membangun atau mengembangkan potensi mereka sepenuhnya dan

membuat sumbangan yang maksimum kepada organisasi di mana

mereka bekerja, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga pada

masa akan datang. Memberi latihan atau tidak, bukan lagi

merupakan satu pertanyaan yang memerlukan jawapan. Tanya suatu

tindakan yang diperlukan sebaik sahaja organisasi ditubuhkan.

Ia harus menjadi sebahagian daripada falsafah dan budaya

organisasi selagi ia beroperasi. Tambahan pula, latihan dan

pembangunan tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang boleh

membantu organisasi atau syarikat menghadapi cabaran-cabaran

yang komparatif dengan jayanya. Namun pada masa kini ,

pandangan sedemikian kian berubah. Organisasi yang menggunakan

latihan yang berinovatif dan memperkenalkan amalan - amalan

baru dilihat sebagai lebih berpotensi dan kukuh dari segi

kewangan berbanding dengan organisasi yang tidak mempunyai

latihan.

Latihan adalah usaha yang dirancang oleh syarikat untuk

memudahkan pembelajaran pekerja mengenai keperluan berkaitan

dengan prosedur kerja mereka. Antara keperluan keperluan ini

termasuklah pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang

diperlukan supaya pekerja menjalankan tugas dengan efektif.

Oleh itu matlamat latihan ialah supaya pekerja dapat

memperolehi kemahiran, menguasai pengetahuan dan tingkahlaku

yang boleh dipraktikkannya dalam pekerjaan seharian. Latihan

digunakan untuk memperolehi faedah yang kompetitif dan untuk

mewujudkan 'intellectual capital'. 'Intellectual capital' ini

termasuklah:

i. kemahiran asas untuk menjalankan tugas masing-masing.

ii. kemahiran lanjutan iaitu bagaimana menggunakan

teknologi untuk berkongsi maklumat dengan pekerja lain;

iii. Pemahaman mengenai pelanggan atau sistem pengeluaran

dan kreativiti yang didorong sendiri.

Pembangunan pula merujuk kepada pembangunan pengurusan

pasukan termasuk penyelia, pengurus menengah serta pengurusan

atasan. Ia bertumpu kepada mengembangkan secara sistematik,

pengetahuan asas, sikap, kemahiran asas, kemahiran

interpersonal dan kemahiran teknikal golongan yang menjadi

nadi kepada organisasi. Oleh kerana pengurus adalah orang yang

bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan sesebuah

organisasi, maka perhatian khas harus diberikan kepada

pembangunan mereka. Adalah penting lagi bagi golongan `nadi'

ini memiliki pengetahuan, kemahiran dan motivasi.

6.0 Metadalogi

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang

berbentuk kajian tinjauan semasa. Maklumat dan data kajian

diperolehi melalui soal- selidik. Kajian ini menggunakan

kaedah tinjauan dengan mengumpul maklumat data daripada soal

selidik serta mencari taburan kekerapan dan peratusan min.

Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru

akademik dari sebuah sekolah rendah di daerah Butterworth,

Pulau Pinang. Populasi kajian adalah seramai 24 orang di mana

sampel kajian adalah seramai 15 orang guru akademik. Pemilihan

sampel adalah secara rawak kelompok atas kelompok

bersistematik. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah

yang berada di negeri Pulau Pinang iaitu Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil Mak Mandin Butterworth. Lokasi ini dipilih

kerana sekolah ini dan semua guru yang dikehendaki memenuhi

kriteria dan ciri-ciri yang diperlukan untuk kajian ini.

Kami menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian.

Terdapat dua bahagian soal selidik yang digunakan untuk

mengumpul data seperti berikut :

Bahagian A : Soal selidik mengenai latar belakang

responden. Bahagian ini mengandungi 18 soalan untuk dijawab

oleh para responden tentang diri mereka, akademik mereka dan

juga tentang perkhidmatan mereka di sekolah.

Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 35 item soalan

soal selidik yang di bahagikan kepada 3 bahagian seperti

Jadual 1 di bawah .

Jadual 1 : Pembahagian dan taburan bilangan soal selidik

BAHAGIAN Aspek Kajian Jumlah Soalan

A Maklumat Responden 18

BPembangunan Intelek

Guru

8

Pembangunan

Kemahiran

18

Pembangunan Nilai 9

Jumlah Item Soalan 53

Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi

daripada responden akan dianalisis menggunakan statistik

parmetrik dan juga program perisian komputer ‘ Statistical

Package For Social Sciences ‘ (SPSS version 10.0 For windows)

dan dilaporkan secara deskriptif inferens iaitu menggunakan

taburan kekerapan dan peratusan.

Untuk membuat penilaian dan Perbincangan terhadap dapatan

kajian, pengkaji telah mengkategorikan pengurusan penilaian

kepada 3 kategori berdasarkan kepada purata peratus

keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Jadual 2 di bawah

menunjukkan takrifan penilaian pengkaji terhadap dapatan

kajian

Jadual 2 : Penilaian Terhadap Analisis Kajian

Peratus ( % ) Penilaian/Takrifan0 – 49.9 Lemah / Rendah

50.0 – 69.9 Sederhana70.0 - 100 Baik / Tinggi

7.0 Dapatan Kajian

Jadual 3 : Analisis keseluruhan berkaitan dengan tahap

pembangunan intelek, kemahiran dan nilai guru melalui Latihan

Dalam Perkhidmatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak

Mandin.

Persoalan Kajian Analisis Kajian

A. Pembangunan Intelek Guru

Ilmu pengetahuan & pendidikan dan

matapelajaran atau bidang pengkhususanSTS TS KS S SS

1. Meningkatkan perkongsian ilmu dalam

bidang pengkhususan 7 93

2. Meningkatkan ilmu dan pengaplikasian

ilmu10

0

3. Meningkatkan pedagogi Terkini

mengikut kecerdasan murid 20 67 13

4. Meningkatkan ilmu ICT dalam PNP 20 67 13

Pengurusan kurikulumSTS TS KS S SS

5. Meningkatkan pengetahuan Penilaian

dan Pentaksiran : pembinaan item dan

analisis item7 80 13

6. Meningkatkan pengetahuan Pengurusan

Panitia: Pelan Strategik; head count 20 67 13

Kreativiti dan inovasi pedagogiSTS TS KS S SS

7. Kursus Pedagogi berkesan bagi guru 7 86 7

8. Mengetahui Strategi pemulihan dan

masalah pembelajaran 13 74 13

Purata % 11 79 10B. Kemahiran Profesionalisme

Kejurulatihan (Training of Trainers)STS TS KS S SS

9. Kursus Mentoring dan Coaching 100

10. Kursus Team building 13 87

Kejurulatihan dan Pentauliahan

Kokurikulum

STS TS KS S SS

11. Kursus Kemahiran Asas 

Unit Beruniform

Kelab dan Persatuan

Sukan Permainan

7 86 7

12. Kursus Kejurulatihan

Unit Beruniform

Kelab dan Persatuan

Sukan Permainan

13 80 7

13. Kursus Kepegelolaan dan Pentadbiran

Unit Beruniform

Kelab dan Persatuan

Sukan Permainan

3 67 20

14.Kursus Kepegawaian dan Pengadilan

Unit Beruniform

Kelab dan Persatuan

Sukan Permainan

13 74 13

Penulisan IlmiahSTS TS KS S SS

15. Kursus Kaedah Penulisan ilmiah :

artikel, jurnal, modul P&P13 87

Kajian dan penyelidikan AkademikSTS TS KS S SS

16. Kursus Analisis data27 60 13

17. Kursus Jenis-jenis Kajian13 74 13

18. Kursus Kajian Tindakan 20 67 13

19. Kursus Reka bentuk kajian20 67 13

Kepimpinan STS TS KS S SS

20. Kursus kepimpinan berkesan87 13

21. Kepimpinan pengajaran (Instructional

leadership) 93 7

22. Kepimpinan Islam27 20 33 20

23. Kepimpinan 27trategic2720 80

Pengurusan KewanganSTS TS KS S SS

24. Kursus asas kewangan7 7 73 13

Pengurusan StrategikSTS TS KS S SS

25. Kursus Pengurusan 27trategic7 7 86

26. Kursus Pengurusan Perubahan7 93

Purata % 3 12 77 8C. Nilai dan Amalan Profesionalisme

Nilai dan Etika STS TS KS S SS

27. Kursus membangun sahsiah cemerlang7 93

28. Kursus pengurusan tingkah laku dalam

kurikulum 7 7 79 7

29. Kursus pengurusan tekanan atau

pengurusan krisis 13 7 73 7

30. Kursus Peningkatan 28rotocol28 dan

budaya kerja cemerlang7 7 79 7

31. Kursus pembelajaran organisasi

(learning organization) 7 7 73 13

32. Kursus 28rotocol dan etiket.7 7 86

Komunikasi berkesanSTS TS KS S SS

33. Kursus komunikasi berkesan 7 80 13

34. Kursus pengucapan awam 7 7 66 20

35. Kursus kemahiran perundingan 7 13 67 13

Purata % 8 6 77 9

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan analisis kajian secara

keseluruhan berkaitan dengan tahap pembangunan intelek,

kemahiran dan nilai guru melalui Latihan Dalam Perkhidmatan di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin.

Analisis mendapati bilangan responden yang bersetuju

Latihan Dalam Perkhidmatan membangunkan intelek guru adalah

pada tahap tinggi iaitu peratus purata sebanyak 79 %.

Bilangan responden yang kurang bersetuju adalah rendah iaitu

peratus purata sebanyak 11% manakala bilangan responden yang

menyatakan sangat setuju adalah rendah iaitu peratus purata

sebanyak 10 %.

Analisis menunjukkan bahawa peratus purata 77 %

responden bersetuju bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan

membangunkan kemahiran guru meneraju pembelajaran sekolah. Ini

menunjukkan ia adalah pada tahap baik. Responden yang kurang

bersetuju ialah peratus purata 12 % dan responden yang

menyatakan tidak setuju adalah peratus purata 21.89 % iaitu

pada tahap rendah. Selain itu, peratus purata sebanyak 8%

responden sangat setuju bahawa Latihan Dalam Perkhidmatan

membangunkan kemahiran guru.

Analisis mendapati bilangan responden yang bersetuju

Latihan Dalam Perkhidmatan membangunkan nilai guru adalah pada

tahap tinggi iaitu peratus purata 77%. Responden yang

kurang bersetuju pula ialah peratus purata sebanyak 6 %

iaitu dalam tahap. Peratus purata sebanyak 8% respondan

menyatakan Latihan Dalam Perkhidmatan tidak membangunkan nilai

guru dan selebihnya sebanyak peratus purata 9% sangat setuju

dengan pernyataan di atas.

Analisis keseluruhan secara peratus pada Jadual 3

menunjukkan maklumat balas responden terhadap ciri Latihan

Dalam Perkhidmatan yang paling dominan ialah Pembangunan

Intelek. Ia menunjukkan tahap yang tertinggi sekali iaitu

purata 79% responden bersetuju . Faktor yang paling dominan

bagi responden yang kurang bersetuju pula adalah berkaitan

dengan nilai guru iaitu 6 %

Persoalan STS TS KS S SS

A. Pembangu

nan Intelek

Guru

Ilmu pengetahuan

& pendidikan dan

matapelajaran

atau bidang

pengkhususan

6 50 4

Pengurusan

kurikulum

4 22 4

Kreativiti dan

inovasi pedagogi

2 1 24 3

B. Kemahiran

Profesional

isme

Kejurulatihan 1 21

Kejurulatihan dan

pentauliahan

kokurikulum

6 46 8

Penulisan Ilmiah 2 13

Kajian dan

Penyelidikan

Akademik

17 35 8

Kepimpinan 5 5 4 42 4

Pengurusan

Kewangan

1 1 11 2

Pengurusan

Strategik

2 1 27

C. Nilai dan

Amalan

Profesional

isme

Nilai dan Etika 1 3 81 5

Komunikasi

Berkesan

3 33 8