keberkesanan esscom dalam memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di sabah

10
Keberkesanan ESSCOM Dalam Memberi Jaminan Keselamatan Kepada Penduduk Sabah Oleh: Lt Col Saiful Anwar Md Ali (B) [email protected] Mohd Aidiel Fitri Bin Rosdi - [email protected] dan Anis Nabila Binti Kamalariffin, [email protected] UiTM Sarawak Konsep keamanan nasional tidak dapat dipisahkan dengan keselamatan. Tanpa keselamatan yang terjamin, keamanan tidak mungkin dapat dikecapi. Secara amnya, tanggungjawab dalam mengekalkan keselamatan negara perlulah digalas oleh sesuatu kerajaan negara itu sendiri (Saiful:2008:22). Konsep keselamatan nasional merangkumi keinginan emosi yang tinggi untuk menjamin keselamatan masyarakat serta beberapa polisi yang dijana oleh kerajaan yang memerintah. Situasi ini menjelaskan faktor kewujudan pelbagai polisi berkaitan keselamatan dan keamanan. Pelbagai polisi telah diwujudkan bagi menangani masalah atau ancaman yang mungkin akan wujud pada masa akan datang. Polisi-polisi yang berkaitan dengan keselamatan atau keamanan adalah penting kerana ia bertindak sebagai panduan atau peringatan kepada semua rakyat sesuatu negara. Menurut United Nation Development Program (UNDP) pada 1994, keselamatan manusia terbahagi kepada dua aspek. Aspek yang pertama adalah keselamatan daripada ancaman kronik seperti penyakit merbahaya dan kekurangan bekalan makanan di sesuatu tempat. Bebas daripada ancaman atau konflik yang boleh mengganggu kehidupan seharian pula merupakan aspek kedua dalam keselamatan manusia. Terdapat tujuh elemen telah dikenalpasti yang berkait rapat dengan keselamatan manusia iaitu kestabilan ekonomi (bebas dari kemiskinan), akses kepada makanan harian, keselamatan daripada penyakit kronik, keselamatan daripada pencemaran alam, keselamatan pribadi, keselamatan komuniti serta kestabilan politik tanah air (UNDP:1994:23). Seluruh elemen ini sentiasa berkait rapat dengan keselamatan negara.

Upload: independent

Post on 16-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Keberkesanan ESSCOM Dalam Memberi Jaminan Keselamatan Kepada Penduduk Sabah

Oleh: Lt Col Saiful Anwar Md Ali (B) – [email protected]

Mohd Aidiel Fitri Bin Rosdi - [email protected] dan Anis Nabila Binti Kamalariffin,

[email protected]

UiTM Sarawak

Konsep keamanan nasional tidak dapat dipisahkan dengan keselamatan. Tanpa keselamatan

yang terjamin, keamanan tidak mungkin dapat dikecapi. Secara amnya, tanggungjawab dalam

mengekalkan keselamatan negara perlulah digalas oleh sesuatu kerajaan negara itu sendiri

(Saiful:2008:22). Konsep keselamatan nasional merangkumi keinginan emosi yang tinggi untuk

menjamin keselamatan masyarakat serta beberapa polisi yang dijana oleh kerajaan yang

memerintah. Situasi ini menjelaskan faktor kewujudan pelbagai polisi berkaitan keselamatan

dan keamanan. Pelbagai polisi telah diwujudkan bagi menangani masalah atau ancaman yang

mungkin akan wujud pada masa akan datang. Polisi-polisi yang berkaitan dengan keselamatan

atau keamanan adalah penting kerana ia bertindak sebagai panduan atau peringatan kepada

semua rakyat sesuatu negara.

Menurut United Nation Development Program (UNDP) pada 1994, keselamatan manusia

terbahagi kepada dua aspek. Aspek yang pertama adalah keselamatan daripada ancaman

kronik seperti penyakit merbahaya dan kekurangan bekalan makanan di sesuatu tempat. Bebas

daripada ancaman atau konflik yang boleh mengganggu kehidupan seharian pula merupakan

aspek kedua dalam keselamatan manusia. Terdapat tujuh elemen telah dikenalpasti yang

berkait rapat dengan keselamatan manusia iaitu kestabilan ekonomi (bebas dari kemiskinan),

akses kepada makanan harian, keselamatan daripada penyakit kronik, keselamatan daripada

pencemaran alam, keselamatan pribadi, keselamatan komuniti serta kestabilan politik tanah air

(UNDP:1994:23). Seluruh elemen ini sentiasa berkait rapat dengan keselamatan negara.

Sebagai tambahan, Tan See Seng berpendapat bahawa konsep keselamatan sesuatu negara

perlu meletakkan keselamatan nyawa dan fizikal rakyat sebagai objektif paling utama. Tanpa

satu kerajaan yang berdaulat, keselamatan rakyatnya tidak dapat terjamin (Tan See

Seng:2001:15).

Namun begitu, kita perlulah sedar bahawa tiada keselamatan secara total yang wujud di dunia

ini. Dominasi global diperlukan dalam memperoleh keselamatan secara menyeluruh. Pelbagai

bentuk ancaman yang wujud dari dalam dan luar negara merupakan bukti bahawa wujudnya

kekangan dalam menjamin keselamatan rakyat secara menyeluruh. Hal ini dapat dibuktikan

melalui isu keselamatan di Sabah. Walaupun kerajaan persekutuan telah mewujudkan Eastern

Sabah Security Command (ESSCOM), masih terdapat insiden yang menggugat keselamatan

negara. Tiada negara di dunia ini yang tidak ditembusi sempadannya. Namun begitu terdapat

negara yang sukar dibolosi sempadannya seperti Israel dan Vatican City. Perlulah diingatkan

bahawa negara Israel sukar dibolosi kerana wujudnya tembok yang tinggi manakala Vatican

City pula dikelilingi oleh bandar Rom. Hatta Amerika Syarikat juga sehingga hari ini berdepan

masalah pembolosan sempadan oleh warga Mexico walaupun dilengkapi aset keselamatan

yang canggih dan moden. Berdasarkan sejarah negara Cina pula, sungguhpun terkenal dengan

Great Wall, negara itu juga dicerobohi oleh bangsa Mongolia nomad yang berulang-alik

merentasi negara itu.

Penubuhan ESSCOM pada tahun 2013 sebagai benteng utama keselamatan penduduk pantai

timur Sabah telah mewujudkan pelbagai persepsi dan pandangan rakyat Malaysia. Malah,

terdapat beberapa tokoh politik di Malaysia beranggapan bahawa ESSCOM gagal mencapai

objektif penubuhannya dalam menjaga keselamatan negara khususnya di sekitar perairan

pantai timur Sabah. Sungguhpun kerajaan memerintah menyalurkan jumlah dana yang tinggi

yang khusus untuk ESSCOM, namun masih wujud pelbagai isu yang berkaitan keselamatan

penduduk di sekitar kawasan dibawah jagaan ESSCOM iaitu Eastern Sabah Security Area

(ESSZONE). ESSZONE merangkumi beberapa daerah di sekitar pantai timur Sabah seperti

Kudat, Kota Marudu, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Pitas, Beluran, Semporna

dan Tawau. Penubuhan ESSCOM berasaskan beberapa matlamat. Matlamat yang pertama

adalah untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Kedua, memastikan kesejahteraan hidup serta kesihatan awam. Ketiga, memelihara dan

memudahkan perjalanan di dalam kawasan timur Sabah secara bebas. Manakala matlamat

yang terakhir adalah melaksanakan tindakan susulan untuk penempatan semula kumpulan

penduduk yang berkaitan dengan operasi-operasi yang dilaksanakan ESSCOM.

Sejak penubuhan ESSCOM, terdapat beberapa ahli politik memilih untuk mengkritik penubuhan

ESSCOM. Merujuk kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga

merangkap Setiausaha Agung DAP, beliau berpendapat bahawa ESSCOM telah gagal dalam

melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan (The Malaysian Insider, 19

Nov. 2013). Selain itu, ahli parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt juga mengkritik

penubuhan ESSCOM. Katanya, “Walaupun diberi peruntukan RM200 juta, disuntik tambahan

RM75 juta dalam Bajet 2014 dan RM11 juta untuk baik pulih 65 pos keselamatan, namun tidak

ada sebarang perubahan berlaku. Jika berterusan begini, saya cadang ia ditutup saja”

(Rocketkini.com, 8 April 2014). Namun, perlulah diingatkan bahawa pandangan beberapa ahli

politik tanah air tidak menggambarkan pandangan keseluruhan warga ESSZONE. Pandangan

warga ESSZONE sendiri mengenai ESSCOM jarang diketengahkan oleh pihak media massa

negara ini. Walaupun ESSCOM ditubuhkan secara khusus untuk warga ESSZONE, media lebih

cenderung untuk mendapatkan pandangan ahli politik berbanding kelompok manusia yang

mendiami ESSZONE itu sendiri. Oleh itu, berdasarkan pandangan atau kenyataan yang

dikeluarkan oleh beberapa ahli politik tanah air, adalah sukar dan tidak adil untuk kita simpulkan

bahawa ESSCOM sememangnya gagal dalam melaksanakan tugas mereka. Pandangan atau

persepsi orang awam yang menetap sekitar ESSZONE perlu diberikan penekanan untuk

menilai keberkesanan ESSCOM. Kami telah berkunjung ke beberapa daerah ESSZONE untuk

memahami dengan lebih dekat berkenaan pandangan warga ESSZONE mengenai ESSCOM.

Hasilnya, beberapa orang awam yang turut merangkumi ahli politik, dan wakil NGO telah

ditemubual. Malah, penulis juga berkesempatan untuk menemubual Komander ESSCOM, DCP

Datuk Abdul Rashid Harun di Markas ESSCOM di Lahad Datu.

Kami telah berkunjung ke dua daerah ESSZONE iaitu Sandakan dan Lahad Datu. Menariknya,

sewaktu hari pertama kunjungan kami di Sandakan, kami telah dikejutkan dengan satu insiden

penculikan di Restoran Ocean King, Jalan Tanah Merah, Sandakan. Pada 14 Jun 2015,

seorang pemilik restoran dan seorang warga asing berwarganegara Kemboja telah diculik.

Thien Nyuk Fuk, 50, dan Bernard Ghen Ted Fen, 39 telah diculik pada jam 7:40 petang waktu

tempatan oleh sekumpulan pengganas bersenjata (Utusan, 15 Mei 2014). Sewaktu di

Sandakan, penulis berkesempatan untuk menemubual seorang bekas anggota Moro Islamic

Liberation Front (MILF), Encik Anuar Bin Mutalib yang kini menetap di Sandakan. Pada

pendapat beliau, penubuhan ESSCOM merupakan langkah yang bijak oleh kerajaan Malaysia

untuk menangkis sebarang ancaman yang wujud di sekitar perairan pantai timur Sabah.

Tambah beliau, ESSCOM yang merangkumi beberapa organisasi yang berkait rapat dengan

keselamatan di bawah satu organisasi khas juga merupakan langkah yang bijak dan

memudahkan operasai dijalankan secara bersepadu. Namun, beliau berharap agar penubuhan

ESSCOM sejak tahun 2013 bukanlah merupakan penyelesaian jangka masa pendek oleh

kerajaan memerintah. Beberapa kekangan dan halangan yang wujud dalam mengekalkan

keselamatan di sekitar perairan pantai timur Sabah perlulah dihayati oleh warga yang berasal di

luar ESSZONE. Halangan yang paling ketara ulas Encik Anuar Bin Mutalib adalah jarak

perairan negara kita yang begitu hampir dengan negara jiran. Permukaan laut yang terbentang

luas turut menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak ESSCOM. Menurutnya

lagi, terdapat juga warganegara Malaysia khususnya yang menetap di pantai timur Sabah

memiliki hubungan persaudaraan dengan warganegara jiran. Kebanyakan etnik Suluk dan

Tausug memiliki hubungan persaudaraan yang telah lama terjalin sejak sekian lama. Keadaan

ini turut menjadi permasalahan yang dihadapi oleh ESSCOM dan penjelasan tentang isu

pencerobohan bersenjata pada tahun 2013.

Gambar 1 Penulis (kanan) bersama Encik Anuar Mutalib (kiri)

Selain itu, kami juga telah menemubual tiga orang penduduk tempatan mengenai pandangan

mereka terhadap ESSCOM dan keberkesanannya dalam menjaga keselamatan di pantai timur

Sabah. Mereka bersetuju bahawa ESSCOM merupakan pendekatan yang terbaik oleh kerajaan

Malaysia. Sejak insiden pencerobohan bersenjata di Felda Sahabat, satu langkah proaktif perlu

dilakukan dengan segera oleh kerajaan Malaysia dalam menangkis sebarang isu berkaitan

dengan keselamatan. Perkara ini turut dikongsi oleh Encik Hassan Bin Sedek dan Encik Zainal

Bin Andami, yang telah menetap di Sandakan sejak sekian lama. Pada pendapat mereka,

walaupun masih wujud beberapa insiden yang mencemarkan rekod ESSCOM, penduduk

tempatan masih yakin dengan kredibiliti serta kemampuan ESSCOM. Mereka juga berpendapat

bahawa penubuhan ESSCOM tepat pada masanya dan ESSCOM mampu untuk mengawal

insiden-insiden yang tidak diingini. Sebagai tambahan, Encik Hamid Bin Sabal juga merasakan

bahawa sebarang fahaman atau idealogi politik yang berlainan perlulah ditolak tepi dalam

mengekalkan kedaulatan serta keamanan negara. Beliau yang juga merupakan Presiden

Perkasa Cawangan Sandakan berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu menilai dan

memahami tujuan utama penubuhan ESSCOM dan kepentingannya terhadap rakyat tempatan

khususnya yang mendiami di sekitar ESSZONE. Ulas beliau, sejak insiden pencerobohan

bersenjata di Lahad Datu, penduduk tempatan memerlukan satu langkah khas sebagai jaminan

keselamatan terhadap mereka dan ESSCOM merupakan langkah yang terbaik setakat ini.

Gambar 2 Penulis bersama Encik Hassan Bin Sedek (tengah)

Gambar 3 Penulis bersama Encik Zainal Andami (tengah)

Gambar 4 Penulis bersama Encik Hamid Bin Sabal (kanan)

Sebelum menamatkan kunjungan kami di bumi ESSZONE, kami berpeluang untuk berkunjung

ke Markas ESSCOM yang terletak di Lahad Datu. Kunjungan kami disambut baik oleh

Komander ESSCOM, DCP Datuk Abdul Rashid Harun. Beliau sempat meluangkan masa

bersama kami untuk menerangkan serba sedikit mengenai ESSCOM. Apabila ditanya

mengenai perbezaan ESSCOM dan Rajang Area Security Command (RASCOM), beliau

menjawab bahawa kedua-dua organisasi ini memiliki cabarannya yang tersendiri. Kedua-dua

organisasi ini turut berbeza dari sudut bentuk muka bumi yang dihadapi. RASCOM

menumpukan keselamatan di darat manakala ESSCOM berdepan dengan cabaran serta

halangan yang wujud dengan lautan luas. Berbanding RASCOM yang berdepan dengan

pengganas komunis yang berasal dari Kalimantan Utara, ESSCOM berdepan dengan pelbagai

bentuk pengganas seperti lanun-lanun laut, penculik bersenjata dan militan bersenjata yang

berasal dari selatan Filipina. Selain menumpukan ancaman yang wujud daripada pengganas,

ESSCOM turut bertanggungjawab dalam membasmi insiden penyeludupan dan pendatang

tanpa izin. Tambah beliau, ESSCOM tetap komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya

walaupun dikritik oleh beberapa ahli politik tanah air. Pada pendapat penulis, ahli politik perlu

turun padang untuk memahami dengan lebih dekat tentang tujuan utama penubuhan ESSCOM

serta kekangan yang dihadapi mereka dalam mengekalkan keselamatan negara khususnya di

perairan pantai timur Sabah.

Gambar 5 Bersama DCP Datuk Abdul Rashid Harun (tengah)

Akhir sekali, kami turut merancang temu bual ringkas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri

Sukau, YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman. Pada pendapat beliau, pihak ESSCOM perlu

melakukan beberapa program bersama penduduk tempatan agar penduduk tempatan lebih

memahami tujuan utama pembentukan ESSCOM. Sehingga hari ini, masih wujud beberapa

kelompok penduduk tempatan yang kurang peka terhadap penubuhan ESSCOM. Beliau juga

berharap agar beberapa program dapat dirancang antara kerajaan negeri dan pihak ESSCOM

dalam usaha memperkenalkan lagi organisasi tersebut agar setiap sudut masyarakat pantai

timur Sabah dapat memahami serta peka akan penubuhan ESSCOM. Beliau juga berpendapat

bahawa wujud beberapa ahli parti pembangkang kurang memahami akan kepentingan

ESSCOM kerana mereka hanya menilai ESSCOM berdasarkan jumlah yang dibelanjakan

kerajaan. Oleh kerana ESSCOM mendapat dana yang tinggi oleh kerajaan, organisasi ini sering

menjadi tumpuan dan dikritik hebat oleh pihak parti pembangkang.

Gambar 6 Temu bual bersama YB Datuk Daddi Haji Abdul Rahman

Walaupun ESSCOM masih lagi beberapa tahun ditubuhkan, organisasi ini telah membuktikan

bahawa mereka merupakan langkah yang bijak dalam membendung isu keselamatan di pantai

timur Sabah. Namun, beberapa faktor perlu ditekankan lagi seperti kredibiliti anggota-anggota

keselamatan agar mereka bebas daripada gejala rasuah atau berpaling tadah terhadap tanah

air kita. Sehingga hari ini, rata-rata penduduk yang mendiami sekitar ESSZONE setuju dengan

penubuhan ESSCOM. Malah, ESSCOM juga turut memberikan jaminan keselamatan terhadap

mereka dalam menjalani kehidupan harian seperti biasa. Oleh itu, sebarang persepsi buruk

masyarakat luar ESSZONE terhadap ESSCOM yang meliar di media sosial perlulah dihentikan.

Kita perlulah sedar bahawa langkah sedia ada untuk menjamin keselamatan negara khususnya

di perairan pantai timur Sabah merupakan antara langkah yang terbaik setakat ini. Malah,

inisiatif ini turut dipuji oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Ray Kyles (Utusan, 24 Sept. 2014).

Bibliografi

Buku

Lt Col Saiful Anwar Bin Md Ali (R) (2008). “Konsepsi Keselamatan”, Sorotan Darat Vol. 51(6),

Kementerian Pertahanan Malaysia

Tan See Seng (2001), “Human Security: Discourse, Statecraft, Emancipation,” IDSS Working

Paper 11 Singapore: Institute of Defence and Strategic Studies

United Nations Development Program (1994), Human Development Report, New York: Oxford

University Press

Surat Khabar

“Lagi kes culik di Sabah”, Utusan, 15 Mei 2014

“Penubuhan ESSCOM langkah bijak”, Utusan, 24 Sept. 2014

“Sabah security zone failed, so seek UN’s help, Putrajaya told”, The Malaysian Insider, 19 Nov.

2013

Internet

Rocketkini.com. (2014). “Pencerobohan makin serius di perairan Sabah, ESSCOM terbukti

gagal”. Diambil pada 9 Oktober 2015 dari www.roketkini.com/2014/04/08/pencerobohan-

makin-serius-di- perairan-sabah-esscom-terbukti-gagal/