kajian trend kependudukan di mesir dan ramalan masalah dan kelebihan berkaitan penduduk dan sumber...

23
1.0 PENGENALAN Mesir merupakan salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk. Jumlah penduduk Mesir pada ketika itu seramai 74 million telah meletakkan negara tersebut sebagai salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk berbanding negara Arab yang lain iaitu Iran dan Turki. Pada tahun 1897, penduduk Mesir telah mencatatkan seramai 10 million orang penduduk. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak enam kali semenjak abad ke-20 dan meningkat sebanyak tiga kali daripada tahun 1950 hingga tahun-tahun yang berikutnya. Pertumbuhan penduduk telah berlaku secara perlahan pada kadar purata 1.3% setahun daripada tahun 1897 hingga tahun 1947. Namun, jumlah tersebut telah meningkat dengan pesat kepada 2.5% pada tahun 1950. Pada tahun 1970, kadar purata pertumbuhan penduduk telah menurun kepada 2.2%. Keadaan ini disebabkan berlakunya penangguhan perkahwinan. Penurunan kesuburan yang berlaku disebabkan oleh Perang Dunia Kedua pada tahun 1973 turut menjadi penyebab kepada berlakunya masalah tersebut. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat penduduk Mesir telah berlaku terutamanya pada abad ke-20 berbanding abad ke-21 (Alya Awad & Ayman Zohry, 2005). Pertumbuhan pesat penduduk Mesir telah menyebabkan berlakunya tekanan terhadap ekonomi dan persekitaran di negara tersebut. Pertumbuhan tersebut juga turut mempengaruhi kesihatan dan kehidupan penduduk di negara berkenaan. Pada tahun 1994 hingga tahun 2014, populasi penduduk Mesir telah menunjukkan peningkatan sebanyk 46% iaitu meningkat daripada 60 million kepada hampir 80 million. Peningkatan ini melebihi jumlah penduduk Syria dan Lebanon apabila kedua-dua negara tersebut dicantumkan. Pertumbuhan penduduk Mesir sebanyak 2.6% setahun telah menyebabkan kerajaan di negara Mesir mengalami masalah dalam menyediakan keperluan asas untuk penduduknya. Misalnya, penyediaan kawasan perumahan yang selesa, penjagaan kesihatan yang baik, pendidikan dan pekerjaan. Keadaan tersebut telah menjauhkan lagi jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Sebelum itu, negara Mesir sememangnya mengalami masalah dalam mendapatkan air bersih dan tenaga yang mana ia diperlukan untuk memastikan kesihatan penduduk terjaga, penghasilan makanan dan pembangunan ekonomi (Hala, Magued & Farzaneh, 2014). Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan berkenaan dengan trend penduduk Mesir yang berkaitan dengan pertumbuhan penduduk (kadar kematian, kadar kesuburan, migrasi) dan juga 1

Upload: independent

Post on 14-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Mesir merupakan salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk. Jumlah

penduduk Mesir pada ketika itu seramai 74 million telah meletakkan negara tersebut sebagai

salah sebuah negara Arab yang mempunyai ramai penduduk berbanding negara Arab yang lain

iaitu Iran dan Turki. Pada tahun 1897, penduduk Mesir telah mencatatkan seramai 10 million

orang penduduk. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak enam kali semenjak abad ke-20 dan

meningkat sebanyak tiga kali daripada tahun 1950 hingga tahun-tahun yang berikutnya.

Pertumbuhan penduduk telah berlaku secara perlahan pada kadar purata 1.3% setahun daripada

tahun 1897 hingga tahun 1947. Namun, jumlah tersebut telah meningkat dengan pesat kepada

2.5% pada tahun 1950. Pada tahun 1970, kadar purata pertumbuhan penduduk telah menurun

kepada 2.2%. Keadaan ini disebabkan berlakunya penangguhan perkahwinan. Penurunan

kesuburan yang berlaku disebabkan oleh Perang Dunia Kedua pada tahun 1973 turut menjadi

penyebab kepada berlakunya masalah tersebut. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pesat

penduduk Mesir telah berlaku terutamanya pada abad ke-20 berbanding abad ke-21 (Alya Awad

& Ayman Zohry, 2005).

Pertumbuhan pesat penduduk Mesir telah menyebabkan berlakunya tekanan terhadap

ekonomi dan persekitaran di negara tersebut. Pertumbuhan tersebut juga turut mempengaruhi

kesihatan dan kehidupan penduduk di negara berkenaan. Pada tahun 1994 hingga tahun 2014,

populasi penduduk Mesir telah menunjukkan peningkatan sebanyk 46% iaitu meningkat daripada

60 million kepada hampir 80 million. Peningkatan ini melebihi jumlah penduduk Syria dan

Lebanon apabila kedua-dua negara tersebut dicantumkan. Pertumbuhan penduduk Mesir

sebanyak 2.6% setahun telah menyebabkan kerajaan di negara Mesir mengalami masalah dalam

menyediakan keperluan asas untuk penduduknya. Misalnya, penyediaan kawasan perumahan

yang selesa, penjagaan kesihatan yang baik, pendidikan dan pekerjaan. Keadaan tersebut telah

menjauhkan lagi jurang antara golongan kaya dan golongan miskin. Sebelum itu, negara Mesir

sememangnya mengalami masalah dalam mendapatkan air bersih dan tenaga yang mana ia

diperlukan untuk memastikan kesihatan penduduk terjaga, penghasilan makanan dan

pembangunan ekonomi (Hala, Magued & Farzaneh, 2014).

Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan berkenaan dengan trend penduduk Mesir yang

berkaitan dengan pertumbuhan penduduk (kadar kematian, kadar kesuburan, migrasi) dan juga

1

demografi penduduk di negara berkenaan. Selain itu, tugasan ini juga turut menyentuh serba

sedikit mengenai ramalan bagi masalah yang akan timbul iaitu hal-hal yang berkaitan dengan

pertumbuhan penduduk dan sumber yang terdapat di negara itu. Namun, kelebihan pertumbuhan

penduduk dan sumber yang terdapat di negara Mesir juga turut dibincangkan secara ringkas

dalam tugasan ini. Di samping itu, terdapat ramalan berkaitan dengan pertumbuhan penduduk

pada masa akan datang yang cuba untuk diterangkan.

2.0 KAJIAN TREND KEPENDUDUKAN MESIR

Kajian yang berkaitan dengan penduduk dapat dibahagikan kepada dua iaitu kajian

kependudukan dan demografi. Kajian kependudukan atau demografi merupakan kajian yang

berkaitan dengan kependudukan manusia. Kajian kependudukan merupakan kajian yang dibuat

terhadap angkubah-angkubah penduduk seperti saiz, komposisi dan taburan dan juga yang

berkaitan dengan aspek-aspek sosial, ekonomi, politik dan biologi. Kependudukan merupakan

fungsi kepada tiga pembolehubah utama iaitu kelahiran, kematian dan migrasi. Demografi pula

melibatkan kajian yang mempunyai perkaitan dengan saiz, struktur dan taburan penduduk serta

perubahan-perubahan yang berlaku ke atasnya dalam satu tempoh masa tertentu (Usman, 1989).

Kajian terhadap kependudukan Mesir akan dibincangkan melalui pelbagai aspek seperti kadar

kelahiran, kadar kematian, migrasi, kadar kesuburan, pertumbuhan penduduk dan sebagainya.

2.1 Kadar Kelahiran Penduduk Mesir

Berdasarkan Rajah 1 seperti yang tertera di bawah, kadar kelahiran penduduk Mesir bagi

setiap 1000 penduduk telah menunjukkan penurunan dari tahun 2000 hingga tahun 2002. Kadar

kelahiran penduduk Mesir pada tahun 2000 adalah 25.38% dan kadar kelahiran tersebut telah

menurun hingga tahun 2002 kepada 24.41% iaitu menurun sebanyak 0.97%. Walaupun berlaku

penurunan dalam kadar kelahiran penduduk pada tahun 2002 hingga tahun 2003 namun

penurunan tersebut tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Penurunan dalam kadar kelahiran

penduduk antara tahun tersebut adalah 0.05% sahaja. Walau bagaimanapun, semenjak dari tahun

2003 hingga tahun 2009, kadar kelahiran penduduk di negara Mesir telah menunjukkan

penurunan yang amat signifikan seperti yang telah ditunjukkan di Rajah 1 dan Lampiran 1.

Misalnya, pada tahun 2003 kadar kelahiran di Mesir adalah 24.36 %. Namun, pada tahun-tahun

yang seterusnya iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2009 kadar kelahiran tersebut telah menurun

2

sebanyak 2.66 % kepada 21.7 %. Pada tahun 2009 hingga tahun 2010 telah berlaku peningkatan

dalam kadar kelahiran iaitu daripada 21.7 % (2009) kepada 25.02 % (2010) iaitu meningkat

sebanyak 3.32%. Manakala, pada tahun 2010 hingga tahun 2012, kadar kelahiran dalam

kalangan penduduk di negara Mesir turut menunjukkan penurunan sebanyak 0.8 %.

Rajah 1: Kadar Kelahiran Penduduk Mesir (per 1000 penduduk) dari Tahun 2000 Hingga

2012.

Sumber: Index Mundi (2011).

Penurunan kadar kelahiran bayi di Mesir pada tahun 2003 hingga tahun 2009 adalah

disebabkan oleh wujudnya perkaitan antara status wanita dengan kemiskinan. Pendidikan yang

dimiliki oleh warga ibu di Mesir merupakan antara kayu ukur untuk wanita pada ketika itu dalam

menghadapi masalah kemiskinan. Hal ini demikian kerana lebih banyak pendidikan yang

diterima oleh wanita Mesir maka keadaan tersebut akan menjadi pendorong kepada wanita di

negara tersebut kurang gemar untuk membesarkan anak mereka dalam keadaan kemiskinan.

Oleh itu, sampai pada satu masa, wanita di negara berkenaan tidak berkeinginan untuk

melahirkan anak kerana tidak mahu anak-anak tersebut menjadi beban kepada keluarga. Keadaan

ini adalah didorong oleh berlakunya masalah kemiskinan di negara berkenaan. Hampir satu

pertiga kanak-kanak bagi setiap isi rumah yang tidak datang langsung ke sekolah. Keadaan ini

disebabkan oleh masalah kemiskinan dan pendapatan yang rendah dalam seisi keluarga yang

tidak mampu menampung perbelanjaan persekolahan. Keadaan ini berbeza berbanding warga ibu

yang telah dahulu mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sampai di peringkat sekolah

rendah. Hal ini demikian kerana sebanyak 18.6 % wanita Mesir yang telah mendapat pendidikan

3

sekolah rendah dan 13.4 % lagi telah mendapat pendidikan menengah atas dan ke peringkat yang

lebih tinggi. Keadaan kemiskinan yang dialami negara tersebut telah menyebabkan wanita di

negara berkenaan lebih cenderung untuk tidak melahirkan anak (UNICEF, 2010).

Rajah 2: Pelbagai Aspek Kemiskinan dalam Kalangan Kanak-Kanak

Sumber: UNICEF (2010).

Berdasarkan Rajah 2 di atas dapat dikenalpasti bahawa penurunan dalam kadar kelahiran

bagi negara Mesir pada ketika itu adalah disebabkan oleh kurang akses kepada perkhidmatan

penjagaan kesihatan, kurang mendapat air bersih dan makanan, kurang mendapat hak

perlindungan yang mencukupi, kurang mendapat peluang pendidikan formal dan sebagainya.

Sebagai contoh, apabila wanita Mesir kurang mendapat perkhidmatan yang baik maka keadaaan

tersebut akan memberikan kesan kepada kandungannya (UNICEF, 2010). Oleh itu, keadaan

tersebut sama sekali akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang, kematian bayi yang

baru lahir, bayi yang tidak sihat dan sebagainya. Apabila sampai pada suatu tahap, bayi atau

kanak-kanak yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang baik akan mendorong kepada

berlakunya kematian dalam kalangan kanak-kanak pada usia yang muda sebelum mereka sempat

mencapai umur dewasa. Oleh yang demikian, kadar kelahiran di negara Mesir telah

menunjukkan penurunan dalam kalangan penduduknya kerana bayi-bayi yang lahir tidak dapat

hidup lama untuk mencapai umur dewasa.

4

2.2 Kadar Kematian Penduduk Mesir

Berdasarkan Rajah 2 kadar kematian penduduk Mesir pada tahun 2000 hingga tahun

2002 masih menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun terdapat berlakunya sedikit

penurunan antara tahun-tahun berkenaan. Pada tahun 2000 hingga tahun 2002, kadar kematian

penduduk di negara Mesir masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 7.83%, 7.70% dan

7.58%. Melalui catatan tersebut dapat dikenalpasti bahawa peningkatan terhadap kadar kematian

penduduk di negara tersebut adalah tinggi berbanding tahun-tahun yang seterusnya. Keadaan ini

dapat dilihat melalui Rajah 1 dan Lampiran 2 yang mana selepas tahun 2002, kadar kematian

penduduk di negara Mesir telah menunjukkan penurunan yang mendadak daripada 7.58% (2002)

ke 5.35% (2003) iaitu menurun sebanyak 2.23%.

Rajah 2: Kadar Kematian Penduduk Mesir (per 1000 penduduk) Antara Tahun 2000 Hingga

Tahun 2012.

Sumber: Index Mundi (2011).

Kadar kematian dalam kalangan penduduk di Mesir pada tahun 2000 hingga 2002 adalah

boleh dikatakan masih berada pada tahap yang tinggi yang mana keadaan tersebut boleh

dikaitkan dengan kematian dalam kalangan ibu mengandung, kemiskinan, taraf sosial yang

rendah dan kematian dalam kanak-kanak (kesihatan). Hal ini demikian kerana wanita di Mesir

yang lazimnya melahirkan anak pada jangka masa yang pendek yang mana setiap kelahiran

antara anak-anak adalah sangat rapat. Misalnya, di negara Mesir 77% wanita yang sudah

5

berkahwin berpotensi untuk melahirkan anak-anak yang akan menghadapi risiko kematian bayi

yang tinggi. Kanak-kanak yang lahir secara rapat (adik beradik ramai) bagi seseorang ibu muda

atau tua lazimnya akan menghadapi risiko kematian. Kehamilan yang sangat rapat antara kanak-

kanak akan mendorong kepada masalah kesihatan bayi yang mana bayi tersebut akan mendapat

berat badan yang ringan (Khalifa, Julie & Adamson, 1998). Masalah ini boleh dibuktikan melalui

kajian yang telah dilakukan oleh Woodbury pada tahun 1925 di Baltimore, Amerika Syarikat

iaitu apabila jarak kelahiran adalah terlalu rapat maka kadar kematin bayi akan melambung

tinggi. Selain itu, kadar kelahiran bayi yang tidak cukup sembilan bulan (prematurity) berlaku

dengan lebih kerap sekiranya jarak antara kelahiran adalah pendek. Malah, kalau hidup sekalipun

kanak-kanak ini akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti kecacatan otak, masalah

penglihatan dan pendengaran dan penyakit gila babi (Nor, 1982).

Kematian dalam kanak-kanak Mesir merupakan salah satu petunjuk yang digunakan

untuk melihat tahap kesejahteraan kanak-kanak di negara tersebut. Kemajuan yang baik terus

dibuat dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian dalam kanak-kanak yang berada di

bawah umur 5 tahun. Kadar kematian dalam kalangan kanak-kanak telah menunjukkan

penurunan daripada 41 kematian bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 2005 kepada 28

kematian bagi setiap 1000 penduduk. Kadar kematian yang tinggi di Mesir juga boleh dikaitkan

dengan tempat tinggal penduduk yang tinggal di sesebuah kawasan. Keadaan ini boleh

dibuktikan apabila kadar kematian penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar adalah lebih

tinggi berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar. Kadar kematian penduduk yang

tinggal di atas negara Mesir (luar bandar) adalah 45.7% manakala kadar kematian bagi mereka

yang tinggal di kawasan bawah negara Mesir pula adalah 18.0%. Pada ketika itu, kadar kematian

kanak-kanak dalam kalangan lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak

perempuan Cabaran bagi negara Mesir adalah untuk merapatkan jurang perbezaan antara

wilayah termasuklah untuk menangani kematian bayi dan bayi yang baru lahir. Kadar kematian

bayi (pada tahun pertama hidup) adalah 25 kematian bagi setiap 1000 penduduk dan kematian

bayi yang baru lahir adalah 16 kematian bagi setiap 1000 penduduk. Keadaan ini menunjukkan

bahawa 9 orang bayi akan mati awal sebelum bayi yang berikutnya menyambut kelahiran

pertama (UNICEF, 2010). Selepas tahun 2002 iaitu semenjak dari tahun 2003 hingga tahun

2012, kadar kematian penduduk Mesir terus menunjukkan penurunan. Misalnya, pada tahun

2003 kadar kematian penduduk di negara berkenaan adalah 5.35% dan kadar tersebut telah

6

menurun kepada 4.8% pada tahun 2012 iaitu menurun sebanyak 0.55%. Walaupun penurunan

dalam kadar kematian tersebut tidak ketara namun dapat dikenalpasti bahawa taraf kesihatan

dalam kalangan penduduk Mesir termasuk kanak-kanak telah menunjukkan peningkatan yang

amat baik.

2.3 Migrasi

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) migrasi merupakan suatu bentuk

mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang melibatkan perubahan tempat

tinggal. Perubahan tempat tinggal merujuk kepada tempat tinggal asal atau tempat bertolak ke

tempat yang ditujui atau tempat yang baru (Usman, 1989). Perbezaan migrasi yang diterima

umum ialah dari segi umur. Hal ini demikian kerana migrasi dalam dan luar negeri biasanya

melibatkan peringkat lewat remaja dan baru dewasa. Terdapat pelbagai jenis migrasi iaitu

migrasi antarabangsa dan migrasi dalam negeri. Emigrasi merujuk kepada golongan yang

melakukan penghijrahan keluar manakala imigrasi pula merupakan penghijrahan masuk ke

sesebuah negeri atau negara (Clarke, 1987).

Rajah 3: Faktor Asal, Destinasi dan Halangan dalam Migrasi

Sumber: Lee (1966).

Mengikut Lee (1966) kawasan asal dan destinasi boleh memberikan kesan positif atau negatif.

Keberkesanan faktor positif dan negatif tersebut adalah bergantung kepada kawasan, bangsa,

umur, pekerjaan, pelajaran, jantina dan agama. Selain itu, beliau juga turut mentakrifkan migrasi

7

sebagai perubahan tempat tinggal secara tetap dan secara separuh tetap. Terdapat empat faktor

penting yang menentukan sama ada seseorang itu hendak berpindah atau tidak. Misalnya, faktor

tempat asal, destinasi, halangan berpindah dan peribadi. Beliau telah memperkatakan bahawa

faktor teknologi kurang memainkan peranan penting dalam migrasi berbanding faktor peribadi

tersebut sendiri.

Migrasi di negara Mesir pada awalnya telah menunjukkan peningkatan dalam kalangan

negara lain yang masuk ke negara tersebut. Pada tahun 1969, migrasi antarabangsa di negara

Mesir tidak menjadi faktor penting terhadap pertumbuhan penduduk di negara berkenaan

khususnya di kawasan moden Mesir. Namun, bagi kawasan-kawasan lain keadaan tersebut telah

menunjukkan peningkatan dalam kalangan imigran. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila ramai

penduduk lelaki yang telah didapati berhijrah ke negara Mesir. Imigran lelaki yang masuk ke

Mesir adalah dalam lingkungan 60% dan lebih kurang 40% adalah imigran perempuan. Pada

tahun berkenaan juga, golongan yang berumur dalam lingkungan bawah daripada 30 tahun

(60%) adalah lebih tinggi berbanding dengan golongan yang berumur dalam lingkungan 30

hingga 39 tahun dan lebih 40 tahun yang mana golongan ini masing-masing telah mencatatkan

sebanyak 25% dan 15% (Atef, 1974).

Jadual 3: Peratusan Sumbangan Migran Utama Berdasarkan kepada Taraf Pendidikan

dan Destinasi Negara pada Tahun 1969.

Negara Bawah

Tahap

Universiti

Tahap

Universiti

Lain-lain Pendidikan

Tidak

Formal

Jumlah

U.S.A. 5.6 81.2 9.9 3.3 100

Australia 1.3 18.7 5.3 2.7 100

Kanada 1.4 28.6 42.8 27.2 100

Lain-lain ---- 21.4 46.5 32.1 100

Jumlah 3.9 58.4 25.0 12.7 100

Sumber: Atef (1974

Antara negara yang telah menjadi penyumbang kepada pertumbuhan penduduk negara Mesir

adalah imigran dari negara United Kingdom, Australia dan Kanada. Sebanyak 99% emigran

8

dalam tahun 1969 yang telah memilih Mesir sebagai destinasi berbanding 90% pada tahun 1968

(Atef, 1974). Jadual 2 telah menunjukkan taraf pendidikan emigran yang rata-ratanya

berpendidikan tinggi. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila golongan yang berpendidikan tinggi

dari negara berkenaan telah mencatatkan sebanyak 60% atau lebih dan hanya 12.7% tidak

berpendidikan. Emigran U.S.A mempunyai emigran yang berpendidikan yang paling tinggi iaitu

85% diikuti oleh emigrant Australia dan Kanada. Manakala, emigran dari negara lain-lain

terutamanya Eropah tidak berpendidikan (Atef, 1974).

Beberapa dekad yang lalu, Mesir telah menjadi salah sebuah negara destinasi kepada

migrasi dari negara lain. Mesir telah menjadi negara persinggahan kepada pendatang utama dari

Sub-Sahara Afrika. Pendatang dari Sub-Sahara Afrika yang dalam perjalanan ke Eropah akan

singgah di Algeria, Morocco, Tunisia, Mesir dan Libya. Tiga jenis migran masuk ke negara

Mesir terutamanya kawasan Kaherah (Daniel, 2010). Oleh itu, Kaherah telah menjadi kawasan

tumpuan kepada migrant yang ingin mendapatkan perlindungan. Menurut United Nations High

Commissioner for Refugees (UNCHR) Kaherah telah menempatkan salah satu daripada lima

penduduk pelarian terbesar tinggal di kawasan bandar di serata dunia. Berdasarkan permohonan

yang telah diterima oleh UNCHR, jumlah migran di kawasan bandar dianggarkan antara 300 ribu

hingga 3 juta orang. Walau bagaimanapun, hanya 86 ribu pelarian telah diiktiraf oleh UNHCR

pada tahun 2005. Palestin telah membentuk kumpulan terbesar diikuti oleh pelarian dari Sudan,

Somalia, Ethiopia dan Eritrea. Kebanyakan pelarian tersebut tidak diberikan status pelarian dan

tidak mendapat manfaat dari sebarang penajaan yang telah dijalankan oleh Kanada, Australia dan

Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, mereka telah tinggal di Mesir terutamanya di kawasan

Kaherah (Nassar, 2009).

2.4 Kadar Kesuburan Penduduk Mesir

Pada mulanya, negara Mesir merupakan salah sebuah negara yang mengalami

peningkatan dalam tahap kesuburan. Keadaan ini merupakan perubahan penting dalam

penentuan kesuburan dalam kalangan wanita khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan

bandar (Giusti & Vignoli, 2006). Pada fasa pertama, perubahan dalam kadar kesuburan adalah

disebabkan oleh peningkatan dalam umur yang berkahwin.

9

Rajah 4: Trend Kesuburan Penduduk di Kawasan Mediterranean: Perbandingan dalam Jumlah Kadar Kesuburan antara negara Utara dan Selatan.

Sumber: Mencarini & Salvini (2003).

Jumlah penduduk Mesir dijangkakan dalam lingkungan 69.9 million, Negara Mesir telah

diletakkan sebagai salah sebuah negara yang mempunyai saiz keluarga yang besar. Hal ini

demikian kerana kebanyakan penduduk Mesir tidak mempunyai pendidikan atau hanya

mempunyai sedikit sahaja pendidikan (lebih 60% wanita). Penurunan dalam kadar kesuburan di

Mesir bermula pada tahun 1960-an walaupun pada tahun 2005, jumlah kadar kesuburan (TFR)

adalah masih tinggi dengan 3 orang anak bagi setiap wanita. Menurut Kajian Demografi dan

Kesihatan 1995-2003, purata bilangan anak-anak yang dikehendaki oleh wanita adalah antara 2.5

dan 3.0 orang dan yang paling terkini adalah dianggarkan 2.6 orang. Sekiranya golongan wanita

muda Mesir lambat mengalami kesuburan, maka dijangkakan bahawa akan berlaku penurunan

kesuburan dalam kalangan wanita pada tahun 1980-an (Vignoli, 2006). Kadar kesuburan

penduduk di negara Mesir berlaku semenjak tahun 1967. Perubahan tahap kesuburan dalam

kalangan wanita Mesir antara tahun 1966 dan tahun 1969 adalah sangat ketara (Atef, 1974).

Melalui Rajah 2 dapat dilihat daripada tahun 1948 hingga tahun 2003, jumlah kadar kesuburan

wanita telah menunjukkan peningkatan pada peringkat awal dan pada tahun-tahun yang

berikutnya, jumlah kadar kesuburan telah menunjukkan penurunan. Walaupun dalam tempoh

masa tersebut telah berlaku sedikit peningkatan, namun kesuburan dalam kalangan wanita Mesir

masih lagi rendah. Penurunan terhadap tahap kesuburan adalah disebabkan oleh penduduk di

negara Mesir yang lazimnya menangguhkan perkahwinan. Mesir merupakan salah sebuah negara

10

Islam yang sering kali menangguhkan perkahwinan (Eltigani, 2000). Keadaan ini adalah

disebabkan oleh peningkatan dalam tahap pendidikan dalam kalangan wanita Mesir. Penglibatan

wanita Mesir dalam pendidikan adalah sangat ketara. Oleh itu dapat diperkatakan di sini bahawa

pendidikan mampu menjadi penyebab kepada keterlewatan wanita Mesir berkahwin dan

melahirkan anak. Hal ini demikian kerana golongan wanita yang telah menamatkan sekolah di

peringkat menengah adalah cenderung untuk menangguhkan perkahwinan dan secara tidak

langsung lambat mendapatkan anak. Malah, anak-anak mereka akan menjadi lebih sihat dan

penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan adalah agak tinggi (Vignoli, 2006).

2.5 STRUKTUR UMUR PENDUDUK NEGARA MESIR

Berdasarkan Rajah 4 telah didapati bahawa wujudnya ketidakseimbangan jumlah

penduduk antara kaum lelaki dan perempuan mengikut kohort umur di Mesir pada tahun 2014.

Melalui rajah tersebut dapat disimpulkan secara ringkas bahawa jumlah penduduk (juta) pada

peringkat umur 0-14 tahun adalah seramai 27 912 044 juta penduduk. Manakala, pada peringkat

kohort umur 15-24 tahun, 25-54 tahun dan 55-64 tahun masing-masing mencatatkan jumlah

penduduk seramai 15 270 276 juta penduduk, 33 340 669 juta penduduk dan 5 861 724 juta

penduduk. Pada peringkat umur 65 tahun ke atas telah mencatatkan jumlah penduduk yang

paling sedikit iaitu 4 330 386 juta penduduk. Dengan merujuk kepada Lampiran 3 dapat

dikenalpasti bahawa terdapat berlakunya perbezaan dalam jumlah penduduk antara kaum lelaki

dan perempuan. Misalnya, pada peringkat umur 0-14 tahun, jumlah penduduk lelaki dan

perempuan masing-masing telah mencatatkan seramai 14 272 494 juta penduduk dan 13 639 550

juta penduduk. Manakala, pada peringkat umur 15-24 tahun, jumlah penduduk lelaki dan

perempuan adalah 7 913 351 juta penduduk dan 7 356 925 juta penduduk. Bagi peringkat umur

25-54 tahun pula, kedua-dua jantina tersebut masing-masing telah merekodkan seramai 16 942

145 juta penduduk dan 16 398 524 juta penduduk. Seramai 2 888 193 juta penduduk lelaki dan 2

973 531 juta penduduk perempuan telah dicatatkan pada peringkat umur 55-64 tahun. Begitu

juga dengan peringkat umur penduduk 65 tahun ke atas yang telah mencatatkan seramai 1 949

145 juta penduduk lelaki dan 2 381 241 juta penduduk perempuan.

11

Rajah 5: Struktur Jantina Mengikut Umur di Mesir Pada Tahun 2014

Sumber: Index Mundi (2014).

Berdasarkan piramid penduduk Mesir pada tahun 2014 tersebut, dapat dikenalpasti

jumlah kelahiran penduduk Mesir pada peringkat umur 0-14 tahun adalah amat tinggi (tapak

lebar) iaitu 27 912 044 juta penduduk. Jumlah ini telah memberikan gambaran awal berkenaan

dengan faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya kelahiran yang tinggi pada peringkat

umur tersebut. Misalnya, keperluan terhadap anak-anak untuk membantu ibu bapa menjalankan

kerja telah mendorong kepada keperluan anak-anak untuk mengambil bahagian dalam ekonomi.

Oleh itu, wanita Mesir telah merancang untuk melahirkan anak yang ramai lebih-lebih lagi

keadaan di negara Mesir yang berada dalam keadaan kemiskinan yang memerlukan mereka

untuk mambantu ibu bapa mencari pekerjaan dan makanan untuk menyara keluarga. Misalnya,

dianggarkan sebanyak 6.5% kanak-kanak Mesir yang berada di dalam lingkungan umur 6 hingga

14 tahun telah terlibat dalam sektor pertanian yang boleh dianggap sebagai pekerjaan yang

berbahaya kepada peringkat umur tersebut. Aktiviti ekonomi tersebut dikelaskan sebagai salah

satu aktiviti ekonomi luaran yang berbayar yang mana ia tidak mengambil kira kesesuaian

penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan berkenaan. Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang

12

bekerja adalah mereka yang berada di bawah lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Terdapat

perbezaan yang signifikan antara penglibatan kanak-kanak dalam bidang ekonomi bagi kanak-

kanak yang tinggal di luar bandar dan bandar. Misalnya, kanak-kanak luar bandar yang terlibat

dalam pekerjaan adalah sebanyak 12.4 % manakala penglibatan kanak-kanak bandar adalah

hanya 2.4 % sahaja. Malah, kanak-kanak yang datang daripada ibu yang tidak berpendidikan

akan lebih cenderung untuk terlibat dalam pekerjaan untuk membantu ibu bapa menyara

keluarga. Oleh itu, keperluan anak-anak di negara Mesir adalah suatu yang amat mustahak dalam

aspek ekonomi.

Bagi golongan dewasa pada tahun 2014 di Mesir telah didapati akan berlakunya sedikit

ketidakseimbangan dalam nisbah tanggungan untuk golongan muda. Hal ini demikian kerana

jika dilihat kepada piramid penduduk Mesir seperti di Rajah 4 di atas telah didapati golongan

dewasa yang berumur antara 25 hingga 54 tahun akan mempunyai tanggungan yang tinggi untuk

golongan muda. Hal ini demikian kerana apabila jumlah penduduk muda di negara Mesir lebih

ramai berbanding dengan jumlah penduduk dewasa, maka golongan dewasa terpaksa

membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan banyak pusat kesihatan untuk

menjamin kesihatan warga muda yang akan menjadi seorang yang dewasa kelak. Golongan

muda (bayi) yang lahir dalam jumlah yang tinggi telah mendorong kepada pembinaan klinik atau

hospital yang banyak untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat. Malah,

penyediaan kemudahan kesihatan juga turut dilakukan bagi menjamin kesihatan penduduk yang

semakin meningkat. Selain itu, penyediaan kemudahan pendidikan juga turut dipertingkatkan

untuk menjamin lebih ramai penduduk atau golongan muda mendapat pendidikan formal secara

langsung. Apabila lebih ramai golongan muda berbanding golongan muda maka negara Mesir

akan mengalami masalah buruh pada masa akan datang. Malah, penduduk yang ramai juga akan

menyukarkan negara tersebut untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan yang

terbaik kepada penduduknya. Oleh itu, akan berlakunya masalah keciciran dalam memberikan

hak sama rata kepada penduduk di negara Mesir.

Walaupun, jumlah penduduk dewasa Mesir pada peringkat umur dewasa seolah-olah

hampir sama dengan jumlah penduduk muda namun risikonya pada masa akan datang turut

memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi negara Mesir. Saiz penduduk Mesir yang

semakin mengecil mengikut peringkat umur telah memberikan gambaran bahawa jangka hayat

13

penduduk warga emas di negara Mesir tidak mempunyai jangka hayat hidup yang tinggi.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kurangya perkhidmatan dalam bidang kesihatan yang

mampu merawat penyakit berbahaya yang terdapat di negara berkenaan. Malah, penyediaan

pusat kesihatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk telah menyebabkan

warga tua berkenaan tidak dapat mengekalkan kesihatan mereka pada tahap yang terbaik.

3.0 RAMALAN MASALAH DAN KELEBIHAN BERKAITAN PENDUDUK DAN

SUMBER DI NEGARA MESIR

Rajah 6: Piramid Menunjukkan Jumlah Penduduk Mesir Mengikut Umur dan Jantina

Dari Tahun 1950 Hingga Tahun 2050.

Sumber: United Nations (2012).

14

Melalui piramid penduduk Mesir tersebut telah dapat diramalkan bahawa akan

berlakunya perubahan terhadap komposisi penduduk. Jika dilihat kepada piramid penduduk pada

tahun 1950 hingga tahun 2010 didapati telah berlakunya perubahan terhadap kadar kelahiran dan

kadar kematian dalam kalangan golongan muda yang berumur antara 0 hingga 14 tahun. Pada

tahun 1950, kita telah mendapati bahawa jumlah kelahiran penduduk muda Mesir adalah lebih

ramai berbanding golongan dewasa. Jumlah penduduk golongan dewasa yang lebih sedikit

berbanding golongan muda akan memberi impak terhadap aspek sosioekonomi penduduk di

negara tersebut. Hal ini demikian kerana apabila golongan dewasa lebih sedikit maka golongan

dewasa yang lebih produktif akan semakin berkurangan. Maka, apabila keadaan ini berlaku ia

akan memberi kesan terhadap pembangunan negara Mesir yang mana negara tersebut akan

menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh. Golongan tua yang sedikit telah memberikan

gambaran bahawa kurangnya taraf kesihatan penduduk di negara Mesir sehinggakan golongan

tua tidak dapat hidup pada jangka masa yang panjang.

Pada tahun 2010, jumlah golongan muda dengan golongan dewasa hampir sama di

negara Mesir. Peningkatan terhadap jumlah penduduk bagi kedua-dua peringkat golongan adalah

disebabkan oleh berlakunya peningkatan taraf kesihatan dalam kalangan penduduk Mesir. Hal ini

demikian kerana kesedaran penduduk berkenaan dalam menangani masalah kesihatan. Malah,

program perancangan keluarga yang dilakukan di negara tersbut telah menyebabkan peningkatan

terhadap taraf kesihatan. Apabila wanita Mesir mengamalkan program perancangan keluarga

maka mereka akan membuat keputusan untuk menjarakkan kelahiran untuk anak pertama dengan

anak kedua. Melalui, kaedah tersebut maka golongan wanita yang telah bersalin mempunyai

masa untuk menyembuhkan kesakitan semasa bersalin. Seperti yang telah diketahui bahawa

kehamilan melibatkan penggunaan banyak tenaga baik tenaga jasmani atau rohani. Oeh itu,

tempoh rehat antara kehamilan diperlukan supaya warga ibu dapat memulihkan kesihatannya.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Yerushalmy di Hawaii pada tahun 1953, beliau telah

mendapati bahawa kadar kematian akan menjadi rendah sekiranya jarak antara kehamilan satu

hingga dua tahun (Nor, 1982). Oleh itu, pada tahun 2010 penduduk Mesir pada peringkat

golongan dewasa dan muda adalah tinggi. Apabila penduduk semakin ramai maka negara

tersebut tidak akan mengalami masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, harus diambil

penekanan iaitu apabila berlakunya pertambahan penduduk yang berterusan maka sumber

makanan yang terdapat di negara Mesir tidak akan mencukupi untuk menampung jumlah

15

penduduk yang terlalu ramai. Kesihatan warga emas juga semakin menunjukkan keadaaan

kesihatan yang semakin memberansangkan berbanding pada tahun 1950. Peningkatan jangka

hayat dalam kalangan warga emas adalah disebabkan oleh wujudnya teknologi atau kemudahan

kesihatan yang mampu menyembuhkan penyakit berbahaya.

Pada jangka masa panjang, Mesir telah diramalkan berada di dalam kategori negara maju.

Keadaan ini dapat dibuktikan melalui Rajah 6 seperti yang tertera di atas. Unjuran penduduk

Mesir pada masa akan datang iaitu pada tahun 2050 telah diramalkan mempunyai jumlah

penduduk pada peringkat golongan muda, dewasa dan tua yang hampir-hampir sama iaitu telah

mencatatkan jumlah yang tinggi. Malah, jumlah penduduk lelaki dan wanita pada kohort umur

yang sama adalah hampir seimbang walaupun jumlah penduduk lelaki telah didapati lebih ramai

berbanding wanita. Peningkatan terhadap jumlah penduduk akan mempengaruhi tahap

sosioekonomi penduduk di negara Mesir. Hal ini demikian kerana apabila berlakunya

pertambahan penduduk pada peringkat umur golongan dewasa, muda dan warga tua maka negara

Mesir tidak akan sama sekali menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh. Malah, negara

tersebut juga tidak akan mengimport tenaga kerja daripada luar. Peningkatan terhadap jumlah

penduduk pada setiap peringkat umur akan mendorong kepada perlunya meningkatkan

kemudahan atau perkhidmatan kesihatan. Jumlah penduduk yang semakin meningkat akan

menyebabkan negara Mesir memerlukan sumber makanan yang mencukupi untuk menampung

pertambahan penduduk yang semakin meningkat. Keadaan ini merupakan salah satu aspek

penting dalam memastikan setiap penduduk di negara tersebut mendapatkan makanan yang sama

rata. Walau bagaimanapun, sampai pada satu tahap akan wujudnya masalah kepada penduduk

dalam usaha untuk mendapatkan hak masing-masing. Maksudnya di sini adalah apabila

berlakunya peningkatan penduduk selari dengan peningkatan makanan, maka akan berlakunya

persaingan untuk mendapatkan sumber makanan yang mencukupi. Persaingan dalam

mendapatkan sumber makanan ini pada masa akan datang mendorong kepada masalah kebuluran

yang mana mereka yang berada dalam kemiskinan tidak mampu untuk mendapatkan makanan

yang cukup. Keadaan ini berbeza dengan mereka yang berpendapatan tinggi yang mana mereka

mampu untuk melabur dalam jumlah yang tinggi untuk mendapat sumber makanan. Kekurangan

makanan dan kebuluran yang berlaku akan mendorong negara tersebut untuk mendapatkan

sumber makanan import daripada luar. Kebergantungan negara Mesir dengan negara lain untuk

16

mendapatkan makanan akan menyebabkan peningkatan pelaburan mata wang asing ke negara

lain. Keadaan ini sudah pasti memberi impak negatif terhadap ekonomi negara berkenaan.

5.0 KESIMPULAN

Mesir merupakan salah sebuah negara sedang membangun yang mempunyai jumlah

kelahiran dan kematian yang masih lagi tinggi. Begitu juga dengan golongan tua bagi negara

tersebut yang masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini demikian kerana

sampai sekarang jumlah penduduk warga tua di Mesir masih lagi kekurangan dan keadaan ini

mempunyai perkaitan secara langsung dengan tahap kesihatan. Nisbah tanggungan yang

ditanggung oleh golongan dewasa terhadap golongan muda adalah masih lagi tinggi. Keadaan ini

secara tidak langsung memerlukan negara Mesir untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk

menangani masalah tersebut.

Namun, pada jangka masa yang panjang negara Mesir akan dijangkakan tersenarai dalam

negara maju. Hal ini demikian kerana peningkatan terhadap taraf kesihatan yang didorong oleh

peningkatan yang memberangsangkan dalam perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang

mampu merawat pelbagai jenis penyakit berbahaya. Malah, jumlah kelahiran bagi semua

peringkat umur telah menunjukkan sedikit keseimbangan yang mana setiap jumlah penduduk

bagi setiap kohort umur boleh diperkatakan mencatatkan jumlah penduduk yang ramai. Keadaan

ini telah mendorong kepada peningkatan terhadap produktiviti dalam kalangan penduduk dalam

bidang pekerjaan. Keadaaan yang sedemikian juga telah menyebabkan sumber tenaga yang

berkemahiran dan memiliki produktiviti yang tinggi mencukupi untuk memajukan pembangunan

sosioekonomi negara Mesir. Malah, suatu hal yang harus diambil perhatian adalah sampai pada

suatu tahap negara Mesir akan menghadapi masalah kekurangan makanan akibat daripada

peningkatan terhadap jumlah penduduk. Keadaan ini akan memaksa negara Mesir untuk

mengimport makanan daripada negara luar untuk menampung jumlah penduduk yang semakin

ramai. Oleh yang demikian, dapat diperhatikan di sini bahawa telah berlakunya perubahan

terhadap penduduk di negara Mesir yang meliputi pelbagai aspek seperti jumlah penduduk, taraf

kesihatan, sumber makanan dan sebagainya.

17

LAMPIRAN 1

Kadar Kelahiran Penduduk (per 1000 penduduk) Mesir Mengikut Tahun (Tahun 2000

Hingga Tahun 2012).

TAHUN KADAR KELAHIRAN (Per 1000 Penduduk)

(%)

2000 25.28

2001 24.89

2002 24.41

2003 24.36

2004 23.84

2005 23.32

2006 22.94

2007 22.53

2008 22.12

2009 21.70

2010 25.02

2011 24.63

2012 24.22

Sumber: Index Mundi (2011)

18

LAMPIRAN 2

Kadar Kematian Penduduk Mesir Mengikut Tahun (2000-2012).

Tahun Kadar Kematian (per 1000 penduduk)

(%)

2000 7.83

2001 7.70

2002 7.58

2003 5.35

2004 5.30

2005 5.26

2006 5.23

2007 5.11

2008 5.09

2009 5.08

2010 4.85

2011 4.82

2012 4.80

Sumber: Index Mundi (2011).

LAMPIRAN 3

Jadual Menunjukkan Jumlah Penduduk Mengikut Jantina Berdasarkan Peringkat Umur

Pada Tahun 2014

Peringkat Umur (Tahun) Jumlah Penduduk

(Juta)

Peratusan Penduduk

(%)

Lelaki Perempuan

0-14 1 4 272 494 13 639 550 32.1

15-24 7 913 351 7 356 925 17.8

25-54 1 6 942 145 16 398 524 38.4

19

55-64 2 888 193 2 973 531 6.7

65 + + 1 949 145 2 381 241 5

*ramalan

Sumber: CIA (2010)

BIBLIOGRAFI

20

Atef Khalifa (1974). The Population of The Arab Republic of Egypt. Cairo: Institute of Statistical

Studies and Research.

Central Intelligence Agency (2010). The World Factbook: Age Structure. Dicapai daripada

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2010.html pada 23

April 2015.

Clarke, J.I. (1987). Geografi Penduduk. Terjemahan oleh Hassan Naziri Bin Khalid. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daniel (2010, September 9). Integration Building Inclusive Societies: Migration and Integration

in Cairo. Dicapai daripada http://www.unaoc.org/ibis/2010/09/09/background-research-

on-cairo/ pada 22 April 2015.

Eltigani, E.E. (2000). Changes in Family-Building Pattern in Egypt and Morocco: A

Comparative Analysis. International Family Planning Perspectives, 26(2): 73-78.

Giustti, C. & Vignoli, D. (2006). Determinants of a Contraceptive Use in Egypt: A Multilevel

Approach. Statistical Methods and Application, 15(1): 89-106

Hala Youseff, Magued Osman & Farzaneh Roudi (2014). Responding to Rapid Population

Growth in Egypt. Diakses daripada http://www.prb.org/Publications/Reports/2014/egypt-

rapid-population-growth.aspx pada 21 April 2015.

Index Mundi (2011). Death Rate of Egypt. Dicapai daripada

21

http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=26&c=eg&l=en pada 21 April 2015.

Khalifa, M., Julie, D. & Adamson, D.M. (1998). Population Growth in Egypt: A continuing

Policy Challenge: Improved Health for Children. Diakses daripada

http://www.rand.org/pubs/issue_papers/IP183/index2.html pada 22 April 2015.

Lee, E.S. (1966). A Theory of Migration. Demography, 3(1): 45-57. Dicapai daripada

http://www.jstor.org/stable/pdf/2060063.pdf?acceptTC=true pada 22 April 2015.

Mencarini, L & Salvini, S (2003). Mediterranean Fertility: Toward a South-North Convergence.

Popolazione e Storia 2: Udine.

Nassar, H. (2009). Egypt: The Demographic and Economic Dimension of Migration. CARIM

Mediterranean Migration Report 2008-2009. Robert Schuman Centre for Advanced

Studies: European University Institute.

Nor Laily (1982). Kependudukan dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Usman Haji Yaakob (1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

United Nations (2012). World Population Prospects: The 2012 Revisions. Dicapai daripada

http://esa.un.org/wpp/Demographic-Profiles/index.shtm# pada 21 April 2015.

United Nations Children’s Fund (2010). Child Poverty and Disparities in Egypt: Building the

22

Social Infrastructure for Egypt’s Future. Dicapai daripada

http://www.unicef.org/egypt/Child_poverty_and_disparities_in_Egypt_FINAL_-

_ENG_full_report_-_23FEB10.pdf pada 22 April 2015.

Vignoli, D. (2006). Fertility Change in Egypt: From Second to Third Birth. Demographic

Research, 15(18): 499-516. Dicapai daripada

http://www.demographic-research.org/volumes/vol15/18/15-18.pdf pada 21 April 2015.

23