kandungan - pelan strategik aelb 2021-2025

67

Upload: khangminh22

Post on 17-Mar-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Perutusan Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom i

Prakata Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ii

Ringkasan Eksekutif 1

Kerangka Pelan Strategik AELB 2021-2025 2

PENGENALAN ORGANISASI

1. Latar Belakang AELB 3

2. Kerangka Perundangan 4

3. Anggota Lembaga dan Fungsi 6

4. Struktur Jabatan dan Fungsi Bahagian 7

5. Nilai-Nilai Bersama AELB 9

ANALISIS ORGANISASI

1. Status Pencapaian dan Sasaran Pencapaian 11

2. Penjajaran Pelan Strategik AELB 13

3. Pelanggan, Rakan Strategik dan Pihak Berkepentingan 14

4. Analisis Isu dan Cabaran 17

5. Faktor Penentu Kejayaan 20

HALA TUJU STRATEGIK

1. Teras Strategik 1 21

2. Teras Strategik 2 26

3. Teras Strategik 3 30

4. Teras Strategik 4 34

PELAN TINDAKAN

1. Teras Strategik 1 39

2. Teras Strategik 2 42

3. Teras Strategik 3 43

4. Teras Strategik 4 46

PENUTUP 49

Lampiran

Akronim

Senarai Alamat Ibu Pejabat dan Pejabat Zon

KANDUNGAN PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor

Telefon: +603-8922 5888

Faks: +603-8922 3685

E-mel: [email protected]

Laman sesawang: www.aelb.gov.my

Penafian: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang terdapat dalam penerbitan ini.

Dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada rakyat, Pelan Strategik AELB 2021-2025 telah dirangka

berasaskan empat teras strategik yang berupaya menjadi tunjang kepada kecemerlangan AELB pada masa

akan datang. Di samping itu, teras strategik ini diperkukuhkan dengan objektif strategik dan pelan tindakan

yang komprehensif bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan AELB dalam pengawalan dan

pengawalseliaan aktiviti tenaga atom merangkumi ‘3S’ iaitu Keselamatan (Safety), Sekuriti (Security) dan

Kawalgunaan (Safeguards). Selain itu, Pelan Strategik ini juga menggariskan nilai-nilai teras strategik iaitu

Accountability, Transparency, Openness, Mastery, Integrity dan Competency (ATOMIC) sebagai

pemangkin kejayaan AELB di peringkat dalam dan di luar negara.

Adalah menjadi harapan saya, agar pelan ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat

dan semoga AELB sentiasa mengorak langkah selari dengan hasrat kementerian dan kerajaan. Selaku

penjawat awam, warga kerja AELB hendaklah sentiasa berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab serta melestarikan budaya kecemerlangan ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah

badan kawal selia yang cekap dan terunggul.

PERUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Hormat

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya,

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah julung kalinya

berjaya menerbitkan Pelan Strategik AELB 2021-2025. Ucapan

tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja AELB yang telah

menggembleng tenaga, usaha serta mencurah buah fikiran dalam

pembangunan Pelan Strategik ini.

AELB ditubuhkan dengan peranan yang besar kepada negara

berlandaskan fungsi utama yang termaktub dalam Akta Perlesenan

Tenaga Atom 1984 (Akta 304). AELB memainkan tanggungjawab

dalam memastikan penggunaan tenaga atom di Malaysia adalah

selamat, terjamin dan terkawal demi melindungi masyarakat,

pekerja dan alam sekitar. Sejak lebih daripada tiga dekad, AELB

sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada para pelanggan.

YBhg. Datuk Wira Ir. Md Sidek bin Ahmad

Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 i

PRAKATA KETUA PENGARAH LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Pelan

Strategik AELB 2021-2025 dapat diterbitkan. Pelan Strategik ini

merupakan pelan perancangan komprehensif yang menjadi rujukan

paling utama dalam pembangunan dan pentadbiran organisasi AELB

untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Ia merupakan

sebahagian daripada aspirasi AELB untuk menjadi badan kawal selia

yang diiktiraf dan diyakini dalam mengawal selia aktiviti tenaga atom

di Malaysia. Selaras dengan visi dan misi Jabatan, Pelan Strategik ini

menetapkan hala tuju AELB yang mampu menyumbang kepada

pencapaian di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bagi

menambah baik penyampaian perkhidmatan, Pelan Strategik AELB

2021-2025 telah dirangka berasaskan empat teras strategik:

Melalui pelan yang komprehensif ini, AELB akan terus memfokuskan kepada pengukuhan kuasa melalui

pewartaan akta, peningkatan tahap integriti dan kualiti perkhidmatan, pemerkasaan jaringan hubungan

kerjasama, pembangunan kepakaran kakitangan, peningkatan keupayaan dan kecekapan dalam kawalan dan

kawal selia keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan perlindungan fizikal serta kawalgunaan

bahan nuklear. Hasrat ini dapat direalisasikan melalui pelaksanaan inisiatif strategik sekali gus ke arah

memposisikan AELB sebagai badan kawal selia tenaga atom yang kompeten.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan Pelan

Strategik AELB 2021-2025. Saya yakin semua warga AELB akan terus bersatu hati dan sentiasa komited dalam

memastikan kejayaan pelaksanaan pelan ini. Besar harapan saya, agar pelan ini dapat mempertingkatkan

tahap penyampaian perkhidmatan AELB demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Teras 1 : Kecemerlangan Tadbir Urus Organisasi

Teras 2 : Pengukuhan Kompetensi dan Bakat Profesional

Teras 3 : Pemerkasaan Pelaksanaan Undang-Undang

Teras 4 : Pengurusan Keselamatan, Sekuriti dan Kawalgunaan Terunggul

YBrs. Tn. Hj. Mohd Pauzi bin Mohd Sobari Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 ii

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan Strategik AELB 2021-2025 merupakan kesinambungan halatuju pembangunan Jabatan yang menjadi

rujukan penting dalam merangka aktiviti dan program utama di AELB bagi membina legasi kecemerlangan

yang berterusan. Pelan Strategik AELB 2021-2025 ini merupakan satu dokumen peneraju yang akan

menggariskan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan teras strategik utama perkhidmatan di Jabatan.

Dalam penyediaan Pelan Strategik ini, beberapa dokumen dasar utama telah dirujuk sebagai panduan utama

bagi memastikan Pelan Strategik ini memenuhi kehendak dan aspirasi semua pihak berkepentingan,

pemegang taruh dan pelanggan AELB.

Penyediaan Pelan Strategik ini amat penting bagi menjayakan matlamat berikut:

Memacu perkembangan dan kemajuan Jabatan selari dengan wawasan kepimpinan negara dan

dasar penubuhan Jabatan serta kehendak pemegang taruh;

Menggembleng segala usaha ke arah menjayakan visi dan misi Jabatan selari dengan dasar dan

peranan yang diamanahkan serta kehendak pemegang taruh; dan

Memantau segala pelaksanaan tindakan strategik secara sistematik dan berkala bagi memastikan

impak yang tinggi kepada kemajuan rakyat dan negara.

Penyediaan dokumen ini adalah berpandukan Pelan Strategik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Pelan Strategik MOSTI 2021-2025, Dasar Sains, Teknologi dan

Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN) dan rujukan kepada inisiatif utama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA) serta agenda utama Matlamat Pembangunan Mampan [Sustainable Development Goals (SDG)] United

Nation 2030. Pembangunan Pelan Strategik ini juga dijayakan dengan pelaksanaan siri bengkel dan

perbincangan kelompok bagi penetapan teras dan objektif strategik serta perancangan pelan tindakan

strategik yang komprehensif bagi menjayakan visi, misi dan teras strategik yang telah ditetapkan.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 1

1

2

3

Badan kawal selia yang diiktiraf dan diyakini di peringkat antarabangsa

dalam pengawalseliaan aktiviti tenaga atom

VISI

Mengawal selia penggunaan tenaga atom secara efektif berlandaskan standard dan

amalan terbaik antarabangsa demi kemakmuran rakyat dan negara

MISI

Teras Strategik 1

Kecemerlangan Tadbir Urus Organisasi

Teras Strategik 2

Pengukuhan Kompetensi dan Bakat Profesional

Teras Strategik 3

Pemerkasaan Pelaksanaan Undang-Undang

Teras Strategik 4

Pengurusan Keselamatan, Sekuriti dan Kawalgunaan Terunggul

5 Objektif

2 Objektif

2 Objektif

3 Objektif

24 Inisiatif Strategik

7 Inisiatif Strategik

17 Inisiatif Strategik

16 Inisiatif Strategik

KERANGKA PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 2

MISI

Mengawal Selia Penggunaan Tenaga Atom Secara Efektif Berlandaskan Standard

dan Amalan Terbaik Antarabangsa Demi Kemakmuran Rakyat dan Negara

Badan Kawal Selia yang Diiktiraf dan Diyakini

di Peringkat Antarabangsa Dalam Pengawalseliaan Aktiviti

Tenaga Atom di Malaysia

Kecemerlangan Tadbir Urus Organisasi

Pengukuhan Kompetensi dan Bakat Profesional

VISI

Keselamatan, Sekuriti dan Kawalgunaan

1.1 Memperluas dan memperkukuhkan bidang kuasa Jabatan

1.2 Meningkatkan tahap integriti perkhidmatan

1.3 Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan

1.4 Memposisikan Jabatan Tenaga Atom (JTA) sebagai pihak berkuasa kebangsaan untuk tenaga atom

1.5 Memperkukuhkan sistem komunikasi dalaman dan delegasi tugas

2.1 Memperkukuhkan pelaksanaan Pengurusan

Pengetahuan dalam Jabatan

2.2 Meningkatkan kompetensi dan kepakaran dalaman secara berterusan

3.1 Meningkatkan keberkesanan pelesenan dan kawal seliaan

3.2 Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang tenaga atom

4.1 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PTNK dalam pengurusan insiden nuklear dan radiologikal

4.2 Memperkasakan peranan NSSC sebagai pusat sokongan sekuriti nuklear serantau 4.3 Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam pelaksanaan kawalgunaan bahan nuklear

Pemerkasaan Pelaksanaan Undang-Undang

Pengurusan Keselamatan, Sekuriti dan

Kawalgunaan Terunggul TS 03 TS 04

TS 01

TS 02

Kandungan

1. Latar Belakang AELB 3

2. Kerangka Perundangan 4

3. Anggota Lembaga dan Fungsi 6

4. Struktur Jabatan dan Fungsi Bahagian 7

5. Nilai-Nilai Bersama AELB 9

1

Penubuhan AELB adalah untuk menjayakan peranan utama bagi menasihati Kerajaan Malaysia berkaitan Akta 304, mengawal dan mengawal selia aktiviti tenaga atom, mengembangkan kerjasama

saintifik dan teknikal dengan mana-mana organisasi lain berhubung dengan perkara-perkara berkaitan nuklear atau tenaga atom. Hala

tuju Jabatan sentiasa selari dengan dasar, perundangan dan peranan yang ditetapkan sebagai agensi pelaksana utama Negara dalam

kawalan dan kawal seliaan aktiviti tenaga atom.

Sejarah penggunaan tenaga atom di Malaysia bermula apabila pertama kalinya penjana sinar-X dihadiahkan

kepada Hospital Taiping, Perak sempena Jubli Intan Ratu Victoria pada penghujung 1897. Pada tahun 1905,

sebuah mesin sinar-X telah dipasang di Hospital Besar Kuala Lumpur dan diikuti pula di Hospital Besar Pulau

Pinang sekitar tahun 1910. Bahan radioaktif hanya mula digunakan sekitar tahun 1960-an apabila radioiodin

dan radiofosforus diperkenalkan dalam diagnosis perubatan, terapi dan penyelidikan. Aktiviti tenaga atom kini

telah digunakan secara meluas di Malaysia dalam bidang industri, kejuruteraan, pertanian, perubatan,

penyelidikan dan pembelajaran.

Walaupun penggunaan tenaga atom di Malaysia telah lama diperkenalkan, namun pengawalan penggunaan

benda-benda radioaktif hanya bermula pada tahun 1968 apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Benda

Radioaktif 1968. Pada ketika itu, Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan badan penguatkuasa ke atas

Akta tersebut.

Sejajar dengan perkembangan penggunaan tenaga atom di Malaysia, pengawalan yang lebih menyeluruh dan

berkesan diperlukan. Sehubungan dengan itu pada 28 Jun 1984, Akta 304 telah diwartakan setelah mendapat

kelulusan Parlimen. Tujuan pewartaan Akta ini adalah untuk memastikan bahawa penggunaan tenaga atom,

khususnya bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran adalah selamat, terjamin

dan terkawal serta dapat dimanfaatkan untuk tujuan aman bagi memacu pembangunan sosio-ekonomi

negara.

Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan

di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguatkuasa

ke atas Akta 304 dan perundangan subsidiari yang di bawah akta tersebut. Bermula 27 Oktober 1990, AELB

telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Jemaah Menteri pada 27

Mac 2004 telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE dan nama kementerian ditukar kepada

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh

Menteri. Ahli-ahli ini adalah berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.

LATAR BELAKANG AELB

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 3

KERANGKA PERUNDANGAN UTAMA

Nuclear Regulatory Statement 2010

Pernyataan Polisi Pengawalseliaan Keselamatan Nuklear dan Sinaran 2020

Pernyataan Polisi Pengurusan Sisa Radioaktif dan Bahan Api Nuklear Terpakai 2021

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708)

Arahan No. 20 (Semakan Semula) Dasar dan Mekanisma Pengurusan Bencana Negara

Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986 -P.U.(A)149

Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Pengangkutan) 1989 -P.U(A)146

Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Rayuan) 1990 -P.U.(A)206

Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 -P.U.(A)46

Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011 -P.U(A)274

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Alat Pengesan Asap) 1989 -P.U(A)422

Perintah Zon Ekonomi Eksklusif (Pemakaian Akta Perlesenan Tenaga Atom) 1990 -P.U(A)175

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Pemajakan dan Sewa Beli) 1990 -P.U(A)205

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Penangkap Kilat) 1990 -P.U(A)12

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Kilang Amang Kecil) (Pengecualian) 1994 -P.U.(A)435

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Mikroskop Elektron Pengimbas) 1998 -P.U(A)432

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian) (Radas Penyinaran di bawah 5 Kilo Elektron

Voltan) 2002 -P.U.(A)181

Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir Terlarang)

(Pindaan) 2016 -P.U.(A)177

Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Bahan Radioaktif Keaktifan Rendah) (Pengecualian) 2020 -P.U(A)256

Senarai Perdagangan Strategik (Barangan Strategik) 2021

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 4

Kanun Keseksaan (Akta 574)

Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562)

Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680)

Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747)

Kanun Prosedur Jenayah 2012 (Akta 593)

Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769)

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 -P.U(A)103

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) 2021 -P.U.(A)130

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 5

KERANGKA PERUNDANGAN RUJUKAN

Pemberitahuan Fi Kad Pekerja 2015

Pemberitahuan Fi Penyertaan dan Penganjuran Latihan dan Fi Penceramah Sambilan 2015

Pemberitahuan Perisytiharan Di Bawah Subseksyen 399 (2) Kanun Tatacara Jenayah 2020 (Akta 593)

KERANGKA PERUNDANGAN UTAMA

ANGGOTA LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

Mengawal dan mengawasi pengeluaran, pemakaian dan penggunaan

tenaga atom;

Menubuh, menyenggara dan mengembang kerjasama saintifik dan

teknik dengan organisasi lain berhubung nuklear atau tenaga atom;

Melaksanakan obligasi berhubung perjanjian, konvensyen atau triti

berhubung perkara-perkara nuklear atau tenaga atom; dan

Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia berhubung

dengan Akta 304, perkembangannya dan implikasi perkembangan bagi Malaysia;

Melakukan perkara-perkara lain yang berbangkit dari fungsi-fungsi

Lembaga.

2

3

4

1

5

FUNGSI LEMBAGA

PERLESENAN TENAGA

ATOM

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 6

YBrs. Dr. Muhd Noor bin Muhd

Yunus

Pesara Kerajaan

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Aishah

binti Hj. Bidin

Pensyarah Undang-Undang

UKM

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor

Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan

Malaysia

YBhg. Dato’ Parang

Abai@Thomas

Timbalan Ketua Setiausaha

(Perancangan &

Pembudayaan STI) MOSTI

YBhg. Datuk Wira Ir. Md Sidek

bin Ahmad

Pengerusi

YBrs. Tn. Hj. Mohd Pauzi bin

Mohd Sobari

Setiausaha Eksekutif

STRUKTUR JABATAN

FUNGSI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA TETAP KESELAMATAN JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 7

Bertanggungjawab kepada Lembaga dalam membantu melaksanakan fungsi di bawah Akta 304; Bertanggungjawab membuat pengesyoran untuk membuat, meminda atau memansuhkan sebarang undang-undang, peraturan, dan lain-lain dokumen perundangan melalui jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta 304; dan Bertanggungjawab membuat pengesyoran untuk meningkatkan tahap keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear.

Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Tetap Keselamatan; Bertanggungjawab memastikan kepentingan Lembaga diambil kira dalam membangunkan draf dokumen yang ditetapkan; Bertanggungjawab memastikan input yang meluas sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa diambil kira dalam penyediaan dan penelitian ke atas dokumen yang ditetapkan; Bertanggungjawab memberi ulasan terhadap cadangan penyediaan dokumen baru yang diterima; Bertanggungjawab memastikan penyediaan atau semakan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan; dan Bertanggungjawab membentangkan cadangan draf dokumen.

1

2

3

1

2

3

4

5

6

Bahagian Sokongan Teknikal

Ketua Setiausaha MOSTI

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Ketua Pengarah

Timbalan Ketua Pengarah

Bahagian Dasar dan Hubungan Luar

Bahagian Khidmat Pengurusan

Unit Komunikasi Korporat

Bahagian Kawalselia Sinaran

Bahagian Penilaian dan Perlesenan

Bahagian Instalasi Nuklear

Pejabat Zon Sabah & Sarawak

Pejabat Zon Utara

Pejabat Zon Timur

Pejabat Zon Selatan

Setiausaha Eksekutif

Jawatankuasa Kecil Keselamatan

Jawatankuasa Tetap Keselamatan

Menyediakan bahan perundangan dan panduan, menjalin hubungan kerjasama saintifik dan teknikal, memberi khidmat nasihat berkaitan perundangan tenaga atom serta merancang dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia.

Bahagian Dasar dan Hubungan Luar (BDHL)

Menjalankan pemeriksaan pematuhan terhadap Akta 304, penyiasatan dan pendakwaan, menilai permohonan kebenaran, melaksanakan kesiapsiagaan, pengesanan dan tindak balas kecemasan nuklear/radiologikal serta kejadian sekuriti nuklear.

Bahagian Kawal Selia Sinaran (BKS)

Melaksanakan penilaian risiko, menilai dan memproses permohonan lesen, kebenaran, pengiktirafan, pendaftaran dan permit.

Bahagian Penilaian dan Perlesenan (BPP)

Menyediakan perkhidmatan pengurusan sumber manusia, pentadbiran, kewangan, perolehan, aset, pengurusan sistem maklumat dan lain-lain khidmat sokongan.

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

Menjalankan penilaian keselamatan ke atas pepasangan nuklear dan melaksanakan obligasi antarabangsa berhubung kawalgunaan bahan nuklear, sekuriti nuklear dan perlindungan fizikal pepasangan nuklear.

Bahagian Instalasi Nuklear (BINS)

Bahagian Sokongan Teknikal (BST)

Menyelaras peralatan saintifik dan makmal, kajian perundangan, perkhidmatan makmal, persampelan radiologi dan alam sekitar, penyelenggaraan ERMS dan sistem RPM serta infrastruktur AELB.

Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej korporat Jabatan, pengurusan media, perhubungan awam, khidmat pelanggan dan aduan awam.

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Menjalankan pemeriksaan pematuhan terhadap Akta 304, menilai permohonan kebenaran, melaksanakan kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan nuklear/radiologikal serta kejadian sekuriti nuklear.

Pejabat Zon

FUNGSI BAHAGIAN

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 8

ATOMIC

NILAI-NILAI BERSAMA AELB

Memastikan semua tugas dilaksanakan dengan penuh

tanggungjawab dan profesionalisme

Memastikan pembangunan

dokumen perundangan melibatkan pihak

berkepentingan untuk kepercayaan dan

keyakinan masyarakat

Memastikan semua pendapat, idea dan dipertimbangkan untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan

Mencapai semua objektif jabatan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat dan

negara

Memastikan semua tindakan yang diambil

berdasarkan etika, peraturan dan

undang-undang

Memastikan semua kakitangan cekap dan

berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan

Kompetensi Akauntabiliti

Ketelusan

Keterbukaan Penguasaan

Integriti

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 9

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 10

Majlis Perasmian Ibu Pejabat AELB bertempat di Dengkil, Selangor oleh Y.B. Dato Law Hieng Ding,

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar

Sebahagian Struktur Bangunan AELB - Blok C (Pandangan Belakang)

Kandungan

1. Status dan Sasaran Pencapaian 11

2. Penjajaran Pelan Strategik AELB 13

3. Analisis Pelanggan, Rakan Strategik

dan Pihak Berkepentingan 14

4. Analisis Isu dan Cabaran 17

5. Faktor Penentu Kejayaan 20

2

Dalam usaha menjayakan perancangan dan pelaksanaan strategi, pelbagai cabaran luaran dan dalaman akan ditempuhi oleh

organisasi. Pengurusan dalam organisasi perlu berupaya untuk mengatasi kelemahan dan halangan serta memanfaatkan kekuatan

untuk meneroka peluang yang ada.

STATUS PENCAPAIAN AELB DARI TAHUN 2016-2020

Peratusan penggunaan Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan (eSPP)

Peratus pelaksanaan aktiviti pelesenan dan kawal seliaan sepenuhnya secara atas talian.

100

Peratusan pematuhan Piagam Pelanggan

Peratus pelaksanaan proses permohonan lesen, permohonan kebenaran dan tindakan penguatkuasaan berdasarkan piagam pelanggan yang telah ditetapkan.

Purata peratus ketidakpatuhan terhadap Akta 304

Purata peratus pencapaian ketidakpatuhan pemegang lesen terhadap Akta 304 kurang daripada 5 peratus.

Peratus pencapaian “Zero Dentrimental” disebabkan insiden nuklear/ radiologikal

Peratus pencapaian kecekapan pengurusan pengendalian insiden nuklear/ radiologikal di bawah Akta 304.

Jumlah penghasilan dokumen perundangan, panduan, notis pemberitahuan

Jumlah penghasilan dokumen perundangan dan teknikal yang dihasilkan oleh AELB bagi membantu meningkatkan pematuhan dan pemahaman terhadap Akta 304.

Jumlah khidmat kepakaran di bawah NSSC

Jumlah khidmat kepakaran di peringkat kebangsaan dan serantau bagi makmal pengujian dan penerimaan peralatan pengesanan, makmal perlindungan fizikal dan Loaner Pool peralatan pengesanan.

Purata jumlah lesen yang diproses

Purata jumlah permohonan lesen tahunan bagi permohonan baru, meminda dan membaharui lesen di bawah Akta 304 yang diproses secara atas talian.

Purata jumlah permit import dan eksport yang diproses

Purata jumlah tahunan permohonan permit import dan eksport di bawah Akta 304 dan Akta 708 yang diproses secara atas talian.

Purata jumlah pengiktirafan Pekerja Sinaran yang diproses

Purata jumlah tahunan pengiktirafan Pekerja Sinaran yang diproses di bawah Akta 304.

99.9

4.8

100

81

53

1200

4700

5000

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 11

SASARAN PENCAPAIAN AELB BAGI TAHUN 2021 - 2025

Mendapat mandat sebagai pihak berkuasa tunggal (single authority).

Melaksanakan proses pelesenan dan kawal seliaan melalui pendekatan peringkat

(graded approach).

Meningkatkan kerjasama dalam aspek keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti

nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear dengan rakan strategik kebangsaan,

serantau dan antarabangsa.

Melaksanakan perluasan skop Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (Nuclear Security

Support Centre, NSSC) sebagai hub peralatan pengesanan sinaran serantau.

Meningkatkan pematuhan pemegang lesen melalui Program Kepatuhan Industri

(Industrial Compliance Programme, i-COMPLY).

Menambah bidang kepakaran dan bilangan pakar.

Meningkatkan jumlah sumbangan kepakaran dalam 3S di peringkat kebangsaan,

serantau dan antarabangsa.

Memantapkan permonitoran radiologi dan alam sekitar, kawalan sempadan dan

pintu masuk negara.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 12

PENJAJARAN PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 DENGAN HALA TUJU KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Pembangunan RMKe-12 memfokuskan kepada 7 Tonggak berikut; Sumber Pertumbuhan, Pertumbuhan Hijau,

Pemboleh Pertumbuhan, Modal Insan, Inklusiviti dan Kesejahteraan Rakyat, Reformasi Institusi dan Modal

Sosial. AELB akan mendokong kejayaan RMKe-12 dengan melaksanakan peranan sebagai badan kawal selia

penggunaan teknologi atom dan nuklear negara dengan efektif dan selamat serta menjadikan teknologi ini

pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dalam bidang kesihatan, pendidikan, pertanian, industri dan

penyelidikan dengan pematuhan kepada standard dan undang-undang yang berkaitan. Beberapa inisiatif

strategik telah dicadangkan di dalam pelan ini sebagai projek berimpak tinggi berkaitan dimensi pemerkasaan

ekonomi, dan kemampanan alam sekitar.

Dalam Pelan Strategik AELB 2021-2025 ini, teras dan objektif strategik telah dirangka bagi menjayakan

peranan AELB sebagai salah satu agensi utama di bawah MOSTI. AELB komited untuk mendokong visi dan misi

MOSTI melalui tindakan berikut:

i. Menerajui pengawalan dan pengawalseliaan aktiviti tenaga atom negara secara cekap, berkesan dan

komprehensif berlandaskan kerangka perundangan, perjanjian, triti, konvensyen, kepakaran, standard dan

amalan terbaik antarabangsa demi kesejahteraan rakyat, pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara;

ii. Menyediakan perkhidmatan pelesenan yang profesional dan efisien melalui pendekatan saintifik dan

penggunaan teknologi terkini; dan

iii. Membudayakan penggunaan tenaga atom di semua lapisan masyarakat secara selamat dan lestari bagi

tujuan aman melalui komunikasi strategik yang berkesan.

DSTIN 2030 telah menetapkan enam (6) teras utama untuk direalisasikan; tadbir urus STI yang responsif,

pembangunan teknologi melalui R&D&C&I, industri berasaskan teknologi tempatan, bakat STI yang adaptif,

pembelajaran dan pengaplikasian STIE dan keunggulan global. Pelan Strategik AELB 2021-2025 ini telah

menggariskan langkah dan tindakan berkaitan peranan utama AELB untuk menjayakan pelaksanaan Teras 1.

AELB perlu memastikan kemajuan sains dan teknologi berkaitan aplikasi teknologi atom dan nuklear diuruskan

dengan responsif dan selamat.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 13

PELANGGAN, RAKAN STRATEGIK AELB DAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Sejak awal penubuhannya, AELB telah berperanan sebagai agensi penting untuk mengawalselia semua perkara

berkaitan aktiviti tenaga atom dan nuklear negara. Kemajuan industri dalam penggunaan teknologi sinaran

mengion telah berkembang dengan pesatnya. Perkembangan positif ini juga memberikan pelbagai cabaran di

pihak AELB untuk mendepani pelbagai isu seperti pelanggaran Akta 304, pematuhan peraturan dan prosedur,

pengurusan risiko dan juga kekangan di peringkat dalaman dan luaran. Bagi memastikan kelancaran

pengurusan pentadbiran dan operasi untuk tempoh 5 tahun yang akan datang, pihak AELB telah menganalisis

pelanggan, rakan strategik dan pihak yang berkepentingan bagi memahami keperluan, kehendak, ekspektasi,

permasalahan dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara berkaitan isu keselamatan sinaran dan

nuklear, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear untuk kesejahteraan dan kesihatan hidup rakyat.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 14

Warga kerja adalah aset penting kepada kecemerlangan Jabatan WARGA KERJA

PIHAK BERKEPENTINGAN

AELB perlu berkerjasama secara strategik dengan pelbagai pihak dalam menjalankan perkhidmatan

PELANGGAN DALAMAN

Kekuatan sinergi antara bahagian, antara agensi penting bagi melancarkan segala urusan perkhidmatan

PELANGGAN LUARAN

AELB sentiasa komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan pihak luar yang memerlukan perkhidmatan daripada Jabatan

Pelanggan, Rakan Strategik dan Pihak Berkepentingan

Parlimen Kementerian Agensi Pusat

Kerajaan Negeri

Agensi Kerajaan Agensi Bukan Kerajaan

Universiti Pembekal

Badan Profesional Agensi Antarabangsa

Universiti

Industri Pemegang Lesen Pekerja Sinaran

Masyarakat

Pihak Berkepentingan

Rakan Strategik

Pelanggan Dalaman

Pelanggan Luaran

ANALISIS EKSPEKTASI DAN KEPERLUAN

PIHAK BERKEPENTINGAN

i. Melaksanakan peranan dan fungsi utama

ii. Menjaga kesihatan dan kesejahteraan

hidup

iii. Memelihara kelestarian alam sekitar

iv. Mengutamakan keselamatan dan

kedaulatan negara

v. Menjalin kerjasama strategik

vi. Menyedia khidmat nasihat dan

kepakaran

vii. Menjayakan dasar-dasar kerajaan

viii. Memelihara kepentingan negara

PELANGGAN LUARAN

i. Menyediakan perkhidmatan berkualiti

ii. Menilai keberkesanan tindakan undang-

undang

iii. Menyediakan khidmat sokongan yang

efisien dan produktif

iv. Menjamin ketelusan dalam aspek

penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan

v. Memastikan jaminan keselamatan,

sekuriti nuklear dan kawal seliaan yang

berkesan

vi. Menjadi sumber rujukan utama dalam

pematuhan Akta 304 dan Akta 708

vii. Menggubal dasar, garis panduan dan

peraturan yang berimpak tinggi

PELANGGAN DALAMAN

i. Menggubal Akta dan peraturan yang telus

ii. Menyediakan garis panduan tugas yang jelas

dan sistematik

iii. Menjalin kerjasama dan kolaborasi

strategik dan berimpak tinggi

iv. Mewujudkan sistem komunikasi dalaman

dan luaran yang berkesan

v. Menyediakan keperluan teknikal tugas dan

sistem sokongan yang efisien dan produktif

vi. Memberikan tunjuk ajar, bimbingan,

khidmat nasihat profesional dan khidmat

sokongan

vii. Menyedia input dasar yang lengkap dan

berkualiti dan halatuju yang jelas untuk

kejayaan pelaksanaan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 15

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 16

PEMEGANG TARUH

KEBANGSAAN

PEMEGANG TARUH

ANTARABANGSA

ANALISIS ISU DAN CABARAN AELB

AELB adalah sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengawal dan mengawasi pengeluaran,

pemakaian dan penggunaan tenaga atom dan nuklear yang berkembang pesat di Malaysia seperti di dalam

bidang industri, fasiliti kesihatan, pusat pendidikan, fasiliti penyelidikan, perkhidmatan veterinar dan

sebagainya. Selain itu, AELB juga berperanan untuk mengembangkan kerjasama saintifik dan teknikal dengan

organisasi lain berhubung tenaga atom.

AELB juga bertanggungjawab bagi melaksanakan obligasi dari perjanjian, konvensyen atau triti berhubung

perkara-perkara nuklear atau tenaga atom di peringkat antarabangsa. AELB turut bertindak sebagai penasihat

kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia berhubung dengan Akta 304, perkembangannya dan implikasi

perkembangan bagi Malaysia serta melakukan perkara-perkara lain yang berbangkit dari fungsi-fungsi

lembaga di bawah Akta 304. Dalam menjalankan fungsi dan peranan utama AELB tersebut, beberapa isu dan

cabaran berikut telah dikenal pasti untuk ditangani dalam Pelan Strategik ini:

Pengurusan data yang cekap

Limitasi dan keupayaan teknologi Penguasaan maklumat atau pengetahuan

yang diterima secara berterusan

Birokrasi dan campur tangan luar

Penglibatan proaktif daripada industri

Penggunaan teknologi dalam penguatkuasaan dan pemantauan

Jumlah tenaga kerja terhad untuk melaksanakan tugas yang kritikal

Komunikasi dan arahan yang sentiasa berubah

Penyelesaian masalah dengan berkesan dan pengukuhan perkhidmatan ke tahap terbaik

Bidang kuasa yang terhad dan tidak menyeluruh dalam Akta 304

Penyediaan sistem yang dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti

Proses kerja terkini dan sistem kerja yang efektif

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 17

CABARAN 1

Dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai pengawalselia aktiviti tenaga atom dan nuklear di Malaysia,

AELB berhadapan dengan beberapa cabaran utama berkaitan isu orang (Man). Antara cabaran yang dihadapi

adalah:

AELB berhadapan dengan pelbagai cabaran yang melibatkan pelbagai lapisan pentadbiran

dalam membuat sesuatu keputusan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian

perkhidmatan. Terdapat kekangan dalam membuat keputusan, perancangan operasi, aktiviti

penguatkuasaan, perolehan peralatan penting untuk kelancaran aktiviti kawalan dan kawal

seliaan, pembangunan projek dan sebagainya.

AELB berhadapan cabaran dalam meningkatkan penglibatan secara aktif dan berterusan

daripada pihak industri. Kekurangan komitmen dan pemahaman daripada pihak industri

dalam pematuhan peraturan berkaitan dengan tenaga atom dikhuatiri menjejaskan usaha ke

arah pembudayaan kawalan kendiri dan keselamatan di dalam aktiviti industri.

AELB berhadapan dengan cabaran sumber manusia yang terhad untuk mengimbangi

pelaksanaan tugas yang kritikal dan peranan yang semakin bertambah. Peningkatan peranan

AELB dalam menguatkuasakan Akta 304 dan Akta 708 telah memberikan cabaran tambahan

kepada kakitangan sedia ada dan dikhuatiri memberi kesan kepada kelancaran serta

keberkesanan perkhidmatan dalam jangka masa panjang.

AELB juga berhadapan dengan kekangan warga kerja dalam menguasai teknologi maklumat

dan pengetahuan terkini serta komitmen untuk meningkatkan kepakaran secara berterusan.

Ketidakupayaan penguasaan maksimum terhadap teknologi terkini dalam melaksanakan

fungsi dikhuatiri akan menjejaskan peranan AELB sebagai badan penguatkuasa yang menjadi

rujukan utama orang awam dan industri dalam aspek keselamatan sinaran dan nuklear,

sekuriti nuklear serta kawalgunaan bahan nuklear.

CABARAN 2

Dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai pengawalselia aktiviti tenaga atom dan nuklear di Malaysia,

AELB berhadapan dengan beberapa cabaran utama berkaitan isu kaedah (Method). Antara cabaran yang

dihadapi adalah:

AELB berhadapan dengan cabaran melaksanakan peranan utama kawalan dan kawal seliaan

aktiviti tenaga atom dan nuklear dengan skop dan bidang kuasa yang terhad dalam Akta 304.

Limitasi ini menghadkan pelaksanaan penguatkuasaan secara komprehensif dan berkesan.

AELB berhadapan dengan isu ketersediaan dan keupayaan sistem bagi meningkatkan

kecekapan penyampaian perkhidmatan. Kekurangan dalam sistem pengurusan operasi dan

pentadbiran sedia ada dikhuatiri akan menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan

dan menambah beban kepada pelaksanaan tugas-tugas yang dilaksanakan secara manual

yang kurang produktif.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 18

Selaras dengan perkembangan keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan

kawalgunaan bahan nuklear, proses kerja yang melibatkan perkhidmatan penyampaian perlu

dikaji dari semasa ke semasa oleh AELB agar ianya sentiasa terkini dan setara dengan

perkembangan di peringkat antarabangsa. AELB hendaklah secara berterusan menambahbaik

prosedur kerja dan dokumentasi untuk memastikan proses kerja mencapai matlamat yang

dikehendaki.

AELB perlu memantapkan warga kerja dengan kompetensi berkaitan untuk membantu dalam

membuat keputusan dengan tepat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan lebih

inovatif dan penambahbaikan secara berterusan.

AELB menghadapi isu jurang komunikasi dan penyampaian arahan yang tidak konsisten. Ianya

dikhuatiri akan menjejaskan kelancaran dan mutu perkhidmatan pelanggan.

CABARAN 3

Dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai pengawalselia aktiviti tenaga atom dan nuklear di Malaysia,

AELB berhadapan dengan beberapa cabaran utama berkaitan isu peralatan (Machine). Antara cabaran yang

dihadapi adalah:

AELB berhadapan dengan cabaran dengan limitasi dan keupayaan teknologi. Kekurangan ini

menghadkan kelancaran pelaksanaan tugas dan usaha untuk meningkatkan produktiviti kerja.

Penggunaan teknologi yang tinggi dapat menyelesaikan banyak permasalahan dan

meningkatkan hasil kerja daripada tahap pencapaian sekarang.

AELB perlu bergerak pantas selari dengan pelan pendigitalan perkhidmatan awam bagi

memastikan proses perkhidmatan penyampaian kepada rakyat dapat dilakukan secara

berkesan. Bagi menjayakan pendigitalan perkhidmatan awam, projek menaiktaraf infra dan

fasiliti ICT berkaitan bidang pelesenan, penguatkuasaan dan pengurusan data perlu

diutamakan bagi menjayakan peranan AELB dalam mengawal dan mengawal selia tenaga

atom.

CABARAN 4

Dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai pengawalselia aktiviti tenaga atom dan nuklear di Malaysia,

AELB berhadapan dengan beberapa cabaran utama berkaitan isu bahan (Material). Antara cabaran yang

dihadapi adalah:

AELB berhadapan dengan cabaran dalam pengumpulan, penyelarasan data yang sistematik dan

komprehensif. Perancangan strategik ke arah pengumpulan dan pengurusan data yang lebih

tersusun perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian dan membuat

keputusan di semua peringkat.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 19

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 20

FAKTOR PENENTU KEJAYAAN STRATEGI

Bagi menjayakan pembangunan dan pelaksanaan Pelan Strategik AELB 2021-2025 ini, dimensi analisis faktor

penentu kejayaan organisasi perlu dilakukan bagi mengenal pasti elemen-eleman utama yang perlu digarap

dan diperkasa di dalam organisasi. Kajian perbandingan berkaitan skop tadbir urus organisasi

penguatkuasaan, keselamatan, sekuriti dan pembangunan kepakaran warga kerja perlu dilakukan bagi

mengenal pasti idea inovasi untuk memacu perkembangan organisasi.

Sebagai salah satu agensi kawalan dan kawal seliaan di Malaysia, perbandingan boleh dilakukan dengan

pelbagai agensi lain yang melaksanakan fungsi yang sama. Berdasarkan analisis perbandingan ini, faktor

kekuatan dan penentu kejayaan boleh dikenal pasti untuk melaksanakan inovasi dalaman organisasi dan

mengurus perubahan dengan lebih berkesan. Analisis ini juga boleh dilaksanakan dengan mengkaji

pengalaman yang diperolehi dan mengenal pasti aspek pengukuhan yang perlu dilaksanakan.

Analisis faktor kritikal kejayaan ini juga penting bagi mengenal pasti aspek risiko yang boleh menggagalkan

pencapaian objektif strategik dan sasaran pencapaian yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik AELB

2021-2025 ini. Berikut adalah faktor kritikal kejayaan yang perlu diurus dengan baik bagi menjayakan visi dan

misi AELB:

Kandungan

1. Teras Strategik 1 21

2. Teras Strategik 2 26

3. Teras Strategik 3 30

4. Teras Strategik 4 34

3

Aspek paling kritikal yang menentukan kejayaan organisasi adalah keupayaan barisan kepimpinan untuk menentukan hala tuju masa

depan, memacu segala aktiviti dan pengoptimaan sumber daya organisasi ke arah menjayakan wawasan yang dibina.

TERAS STRATEGIK 1 KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

ISU DAN CABARAN DALAM KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

AELB berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran untuk meningkatkan kecemerlangan tadbir urus organisasi.

Beberapa sesi perbincangan telah diadakan bagi mengenalpasti isu-isu utama yang perlu diatasi dengan

berkesan berkaitan dengan komponen utama dalam tadbir urus organisasi iaitu dasar dan punca kuasa,

pengurusan sumber manusia, ICT dan pentadbiran. Perincian isu-isu tersebut adalah seperti di bawah. Isu dan

cabaran ini akan ditangani dengan strategik melalui penetapan objektif dan inisiatif tindakan yang akan

dilaksanakan sepanjang tempoh 5 tahun.

CABARAN DASAR DAN PUNCA KUASA

i. Keperluan perundangan yang

komprehensif

II. Dua pihak berkuasa dalam melaksanakan Akta 304

CABARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

i. Struktur organisasi yang kurang mampan dan delegasi bebanan kerja

ii. Kurang budaya kekitaan (esprit de corps) dan komunikasi antara bahagian

iii. Penempatan pegawai kurang sesuai

iv. Masalah kelancaran perkhidmatan kerana kekerapan pertukaran kakitangan

v. Bebanan kerja yang tidak diselaras dengan baik

vi. Pembudayaan nilai integriti yang rendah

i. Data inventori bagi peralatan teknikal/aset tak alih masih tidak lengkap

ii. Kefahaman polisi dan keperluan melibatkan perolehan/aset

iii. Kelemahan koordinasi dan penyelarasan

iv. Kelemahan penguasaan tatacara pengurusan dokumen

v. Peningkatan kos operasi setiap tahun

vi. Kewujudan Jabatan yang kurang dirasai disebabkan kekurangan strategi promosi yang berkesan

vii. Konflik SOP versus Amalan

viii. Masalah birokrasi

ix. Kelemahan penyampaian dan perkongsian maklumat

x. Kekangan kewangan dalam melaksanakan perolehan

xi. Pematuhan syarikat/kontraktor kepada kontrak perkhidmatan/kerja yang diberikan

CABARAN PENGURUSAN PENTADBIRAN

i. Kebolehfungsian perkakasan pejabat dan ICT

ii. Kekurangan dalam modul sistem eSPP

CABARAN PENGURUSAN ICT

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 21

OBJEKTIF STRATEGIK DAN SASARAN PENCAPAIAN

Memperluas dan memperkukuhkan

bidang kuasa Jabatan

Kecekapan dan keberkesanan

Kawal seliaan (3S)

Mencapai tahap cemerlang

1.1

Meningkatkan tahap integriti perkhidmatan

Tahap risiko integriti dan kes dilaporkan

Mencapai tahap cemerlang 1.2

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan

Tahap kualiti perkhidmatan pelanggan

Minimum 85% tahap kepuasan pelanggan 1.3

Pematuhan Audit ISO

Tiada kes ketakakuran

Memposisikan Jabatan Tenaga Atom (JTA) sebagai pihak berkuasa kebangsaan untuk tenaga atom

Tahap penilaian oleh badan organisasi antarabangsa (peer review IAEA) 1.4

2022—INSServ

2023—EPREV

2024—EduTA

2025— ISSAS

Tahap kompetensi dan profesional khidmat kepakaran

Mencapai minimum tahap tertinggi

Memperkukuhkan sistem komunikasi dalaman dan delegasi tugas

Tahap kepuasan bekerja

Melebihi 85% tahap kepuasan 1.5

Pematuhan Audit ISO

Tiada kes ketakakuran

Objektif Strategik Sasaran Pencapaian

AELB telah menetapkan 5 objektif strategik bagi menangani isu dan cabaran berkaitan tadbir urus organisasi.

Objektif strategik ini akan dijayakan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif tindakan bagi meningkatkan

keberkesanan tadbir urus di organisasi. Berikut adalah objektif strategik dan sasaran pencapaian yang telah

ditetapkan:

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 22

OBJEKTIF DAN INISIATIF STRATEGIK KE ARAH KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

1.1 : Memperluas dan memperkukuhkan bidang kuasa Jabatan

AELB perlu memperluas dan memperkukuhkan bidang kuasa untuk menjadi pihak berkuasa tunggal dalam

kawalan dan kawal seliaan aktiviti tenaga atom dan nuklear di Malaysia bagi menjalankan fungsi dan peranan

dengan lebih komprehensif. Peranan dan tugas pelaksanaan kawalan dan kawal seliaan sekarang sebahagiannya

dikongsi bersama dengan agensi lain yang telah menghadkan kelancaran dan menjejaskan keberkesanan aktiviti

penguatkuasaan dan kawal seliaan secara menyeluruh. Antara inisiatif yang dicadangkan untuk menjayakan

objektif strategik adalah:

1.1.1 Penjenamaan AELB kepada Jabatan Tenaga Atom 1.1.2 Pelaksanaan pindaan Akta 304 1.1.3 Perluasan skop berkaitan sekuriti nuklear dan kawalgunaan 1.1.4 Pemindahan kuasa kelulusan kepada Ketua Pengarah JTA 1.1.5 Pemansuhan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1.1.6 Penubuhan Majlis Penasihat 1.1.7 Pembangunan Pelan Komunikasi bagi pindaan Akta 304 1.1.8 Pembangunan Pernyataan Dasar Pengurusan Sisa Radioaktif dan Bahan Api Nuklear Terpakai Kebangsaan 1.1.9 Pembangunan Pernyataan Dasar Kawalselia Radiologi dan Nuklear 1.1.10 Pelaksanaan Konvesyen Keselamatan Nuklear (CNS)

1.1.11 Pembangunan Pekeliling/Arahan Berkaitan Protokol Tambahan (AP) Kepada Perjanjian Komprehensif kawalgunaan Nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (CSA)

1.1.12 Pelaksanaan terhadap Pindaan kepada Konvensyen Perlindungan Fizikal Bahan Nuklear (CPPNM)

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 23

1.2 : Meningkatkan tahap integriti perkhidmatan

Usaha berterusan akan dilakukan bagi meningkatkan tahap penghayatan nilai integriti dan pembudayaannya di

kalangan warga kerja. Walaupun tiada kes pelanggaran integriti dilaporkan sehingga tahun 2020, usaha ke arah

memperkasakan amalan dan penambahbaikan SOP bagi mengurangkan risiko dan menutup ruang untuk

berlakunya kes rasuah dan salah guna kuasa di AELB akan dilaksanakan. Sekiranya pelanggaran kes integriti

berlaku, kesan buruknya sangat besar sehingga boleh mencemarkan imej Jabatan sebagai pihak berkuasa

kawalan dan kawal seliaan tenaga atom di Malaysia. Berikut adalah inisiatif yang dicadangkan untuk

menjayakan objektif strategik tersebut:

1.2.1 Pelaksanaan Pelan OACP 2021 - 2025

1.2.2 Penubuhan Unit Integriti

1.3 : Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan

Penyampaian perkhidmatan merupakan antara aspek yang perlu dipertingkatkan di AELB. Proses ini

memerlukan sokongan dan penglibatan mantap dari seluruh lapisan warga kerja. Usaha ke arah peningkatan

penglibatan masyarakat sebagai mata dan telinga bagi AELB dapat membantu dalam meningkatkan pematuhan

undang-undang yang dikuatkuasakan. Berikut adalah inisiatif yang dicadangkan untuk menjayakan objektif

strategik tersebut:

1.3.1 Pemerkasaan sistem komunikasi pelanggan (dua hala) dan pemantauan mutu perkhidmatan

1.3.2 Pembangunan Dokumen Pemantauan Pengurusan Kualiti dan program pensijilan bagi pematuhan kepada aspek keselamatan dan sekuriti nuklear pemegang lesen 1.3.3 Peningkatan aktiviti libat urus 1.3.4 Pelaksanaan strategi merakyatkan perkhidmatan Jabatan

Pelan Tindakan

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 24

1.4 : Memposisikan Jabatan Tenaga Atom (JTA) sebagai pihak berkuasa kebangsaan untuk tenaga atom

Strategi mempromosikan fungsi, peranan, kepakaran dan perkhidmatan dalam bidang kawal seliaan tenaga

atom dan nuklear yang ditawarkan perlu digiatkan bagi meningkatkan penerimaan dan sokongan padu oleh

seluruh lapisan masyarakat. Kegagalan rakyat Malaysia menyedari kewujudan dan peranan besar AELB dalam

mengawal selia aktiviti berkaitan tenaga atom dan nuklear akan menjejaskan usaha untuk meningkatkan

kesedaran terhadap aspek keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear

seiring dengan perkembangan teknologi nuklear yang pesat di masa akan datang. Berikut adalah inisiatif yang

dicadangkan untuk menjayakan objektif strategik tersebut:

1.4.1 Pelaksanaan Pelan Komunikasi Strategik Jabatan

1.4.2 Pengembangan kolaborasi strategik di dalam dan luar negara 1.4.3 Perluasan penglibatan dalam skop perundingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

1.5 : Memperkukuhkan sistem komunikasi dalaman dan delegasi tugas

Kekurangan semangat kerja berpasukan, jurang antara bahagian, halangan komunikasi, isu penyelarasan

bersama, sinergi kekuatan dan perkongsian sumber adalah antara isu yang sering dibangkitkan dan berpotensi

melemahkan daya saing organisasi. Isu-isu tersebut perlu ditangani dengan berkesan bagi mengelakkan konflik,

tekanan perasaan, kekecewaan, lemah semangat motivasi kerja, sabotaj, isu akauntabiliti dan komitmen,

ketandusan idea inovasi, kurang perkongsian pintar, kehilangan bakat, masalah integriti dan sebagainya.

Berikut adalah inisiatif yang dicadangkan untuk menjayakan objektif strategik tersebut:

1.5.1 Pembudayaan amalan ‘Do it right at first time and all the time’

1.5.2 Penambahbaikan SOP dan dokumen panduan untuk semua proses utama 1.5.3 Pelaksanaan kajian semula fungsi, tanggungjawab dan bebanan tugas

Pelan Tindakan

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 25

TERAS STRATEGIK 2 PENGURUSAN KOMPETENSI DAN BAKAT PROFESIONAL

ISU DAN CABARAN DALAM PENGURUSAN KOMPETENSI DAN BAKAT

Dasar Latihan Sektor Awam telah menekankan kepentingan pembangunan modal insan sebagai pemangkin

kepada pemantapan kecemerlangan perkhidmatan kerajaan. Modal insan yang berkualiti akan menambah

nilai dan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

AELB hendaklah menyediakan program latihan yang sistematik, berkualiti dan berimpak tinggi kepada semua

warga kerja dalam aspek pembangunan kompetensi berkaitan bidang tugas serta membangunkan bakat

kepimpinan dan pengurusan secara berterusan. Ianya penting untuk memastikan Jabatan ini dipimpin dan

ditadbir oleh warga kerja yang kompeten, mempunyai sikap yang positif dan dapat menerajui kemajuan

organisasi ke tahap yang maksimum.

Pelbagai isu dan cabaran telah dikenal pasti sebagai antara fokus utama yang perlu diberikan tumpuan dalam

usaha memperkasakan pengurusan kompetensi dan bakat profesional di AELB.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 26

OBJEKTIF STRATEGIK DAN SASARAN PENCAPAIAN KE ARAH PENGURUSAN KOMPETENSI DAN BAKAT PROFESIONAL

AELB telah menetapkan 2 objektif strategik bagi menangani isu dan cabaran berkaitan pengurusan kompetensi

dan bakat professional. Objektif strategik ini akan dijayakan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif tindakan

bagi meningkatkan kecemerlangan modal insan di Jabatan. Berikut adalah objektif strategik dan sasaran

pencapaian yang telah ditetapkan:

Memperkukuhkan pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan dalam Jabatan

Tahap penguasaan kompetensi dan kepakaran

Jumlah laluan SME yang diwujudkan

Jumlah sumbangan dalam program RISE

2.1

Meningkatkan kompetensi dan kepakaran dalaman secara berterusan

2.2

Objektif Strategik Sasaran Pencapaian

Perancangan latihan di Jabatan perlu dirangka dengan sistematik bagi memastikan setiap warga kerja

mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan dan dapat menjadi kakitangan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi.

Pengurusan latihan perlu diurus secara sistematik dengan melalui fasa pembangunan berikut:

Menganalisis keperluan latihan bagi menilai

keperluan latihan di peringkat organisasi,

operasi dan individu;

Mereka bentuk program latihan dengan

penetapan objektif latihan, pembangunan

pengisian program, pemilihan kaedah

penyampaian dan penetapan kaedah

penilaian keberkesanan kursus;

Membangunkan modul kursus, nota dan

bahan kursus, penyediaan peralatan dan

aktiviti kursus;

Melaksanakan program latihan dengan

berkesan dan penyelarasan latihan yang cekap

bagi memastikan penguasaan pengetahuan

dan kemahiran yang tinggi oleh peserta; dan

Melaksanakan penilaian keberkesanan latihan

bagi menilai respon peserta berkaitan kualiti

program latihan yang telah diikuti, kefahaman

dan peningkatan kemahiran berkaitan tugas

serta hasil kerja di organisasi.

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 27

2.1 : Memperkukuhkan pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan dalam Jabatan

AELB perlu merangka program pembangunan pengurusan pengetahuan yang bersistematik bagi melahirkan

warga kerja yang kompeten dalam bidang kepakaran yang ditetapkan. Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) dan IAEA dalam melahirkan SME boleh dijadikan motivasi kepada warga kerja dalam meningkatkan

tahap kepakaran dan perkembangan kerjaya. Berikut adalah inisiatif yang dicadangkan untuk menjayakan

objektif strategik tersebut:

2.1.1 Penganjuran kolokium tahunan

2.1.2 Penambahbaikan sistem iPakar 2.0 2.1.3 Peningkatan keberkesanan perkongsian ilmu menggunakan teknologi 2.1.4 Pengukuhan Program Pembangunan Sumber Manusia (HRD) melalui pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan dan Penilaian

Program pengurusan pengetahuan perlu dirancang dengan baik bagi mencapai objektif berikut:

Dapat mengekalkan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran di dalam organisasi.

Setiap warga kerja perlu mendapat akses kepada pengetahuan ini bagi membantu dalam

membuat keputusan, panduan dalam melaksanakan tugas dengan baik dan melaksanakan

inovasi untuk kemajuan organisasi.

Dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan di AELB dengan pemanfaatan dari

sesi perkongsian yang dilaksanakan dan setiap orang dapat belajar dengan lebih baik dari

pengalaman dan perkongsian tersebut

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 28

2.2 : Meningkatkan kompetensi dan kepakaran dalaman secara berterusan

Program latihan yang terancang akan dilaksanakan bermula dengan proses penetapan kompetensi, analisis

jurang kompetensi dan penetapan latihan pembangunan dalam bidang yang strategik dan kritikal berkaitan

bidang kepakaran AELB serta penilaian keberkesanan latihan. Berikut adalah inisiatif yang dicadangkan untuk

menjayakan objektif strategik tersebut:

2.2.1 Penganalisaan kompetensi melalui SARCoN

2.2.2 Pelaksanaan latihan pembangunan kompetensi yang berterusan dan sistematik 2.2.3 Pewujudan laluan Subject Matter Expert (SME)

Kompetensi merupakan rujukan penting dalam skop pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Setiap

warga kerja perlu didedahkan dengan ilmu, kemahiran, tingkah laku dan sikap yang penting untuk membantu

mereka menguasai tugas dengan baik dan menjadi kakitangan yang berprestasi tinggi. Pihak AELB perlu

membangunkan kerangka kompetensi yang menyeluruh untuk menjadi rujukan utama dalam aspek penempatan

dan pembangunan kerjaya, latihan dan pembangunan kepakaran (Subject Matter Expert), penilaian prestasi indi-

vidu dan pelan penggantian kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan atau bersara. Program latihan

pembangunan kompetensi kepimpinan dan pengurusan perlu juga diikuti bagi pemantapan perkembangan

kerjaya warga kerja.

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 29

TERAS STRATEGIK 3 PEMERKASAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

ISU DAN CABARAN DALAM PEMERKASAAN UNDANG-UNDANG

Tindakan Penguatkuasaan 2020 2019 2018

Penggantungan pekerja sinaran 4 1 1

Pendakwaaan kes di mahkamah 1 7 6

Pembatalan lesen 0 0 0

Arahan henti operasi 5 0 3

Amaran dan peringatan 12 30 20

Penggantungan lesen 1 4 0

Pembukaan kertas siasatan 32 49 41

Kajian berkaitan faktor penyebab kepada ketidakpatuhan sangat penting untuk menjadi rujukan utama oleh

warga kerja bagi memahami isu ini dan merangka program intervensi yang berimpak tinggi bagi mengatasi

punca ketidakpatuhan yang telah dikenalpasti. Berikut adalah punca penyebab kesalahan yang dilakukan oleh

pemegang lesen berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh AELB:

Penguatkuasaan undang-undang adalah antara peranan utama yang dilaksanakan oleh AELB untuk memastikan

pematuhan undang-undang oleh pemegang lesen di bawah Akta 304. Pelbagai tindakan penguatkuasaan dan

undang-undang ke atas pemegang lesen telah dijalankan berdasarkan pelbagai kesalahan dan ketidakpatuhan

yang berlaku pada setiap tahun. Berikut adalah rekod tindakan penguatkuasaan dan undang-undang yang telah

dijalankan sejak tahun 2018 sehingga tahun 2020.

Kurang komitmen daripada pemegang lesen menyebabkan

mereka tidak memberi

keutamaan dalam pematuhan perundangan termasuk dalam

memperuntukkan kewangan

Masalah kewangan yang dihadapi pemegang

lesen untuk memenuhi keperluan perundangan

yang melibatkan kos

Kurang memahami keperluan

perundangan

Sikap ambil mudah pemegang lesen

Pengendali Perunding dan Pengendali Perunding Bebas

tidak menjalankan tugas sewajarnya dalam memastikan

kepatuhan pemegang lesen yang diberi khidmat

Kurang kesedaran mengenai budaya keselamatan dan

budaya sekuriti oleh pemegang lesen

Pegawai Perlindungan Sinaran tidak

menjalankan tanggung-jawab dengan cekap

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 30

AELB hendaklah membuat perancangan strategik bagi mengatasi jurang dalam pematuhan undang-undang di bawah Akta 304. Antara inisiatif yang telah diambil oleh AELB bagi meningkatkan pematuhan pemegang lesen terhadap Akta 304 dan perundangan subsidiari di bawahnya adalah seperti berikut:

i. Menambahbaik prosedur bagi memastikan kawalan yang lebih komprehensif;

ii. Menambahbaik panduan sedia ada dan menerbitkan panduan baharu kepada pemegang lesen dari semasa ke semasa agar pemegang lesen jelas terhadap peraturan dan keperluan yang ditetapkan;

iii. Memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pemegang lesen dari semasa ke semasa terutamanya semasa melakukan pemeriksaan;

iv. Menggalakkan budaya keselamatan dan budaya sekuriti kepada pemegang lesen; dan

v. Menambahbaik sistem pelesenan dan penguatkuasaan atas talian agar lebih mesra pelanggan.

Walau bagaimanapun, perlu ada usaha berterusan untuk memperkasakan pematuhan kepada Akta 304 dengan program-program intervensi yang lebih berimpak tinggi. Berdasarkan analisis jurang ketidakpatuhan yang dilaporkan sebelum ini, wujud keperluan untuk menambahkan lagi program-program yang lebih berimpak tinggi ke arah perubahan sikap dan kesedaran bagi meningkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang dan peraturan oleh pemegang lesen.

OBJEKTIF STRATEGIK DAN SASARAN PENCAPAIAN KE ARAH PEMERKASAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

AELB telah menetapkan 2 objektif strategik bagi menangani isu dan cabaran berkaitan pemerkasaan pelaksanaan undang-undang. Objektif strategik ini akan dijayakan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif tindakan bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang di organisasi. Berikut adalah objektif strategik dan sasaran pencapaian yang telah ditetapkan:

Meningkatkan keberkesanan pelesenan dan kawal seliaan

3.1

Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang tenaga atom

3.2

Objektif Strategik Sasaran Pencapaian

Tahap pematuhan kepada akta dan perundangan dan pengurangan kes tindakan Tahap ketidakpatuhan lebih rendah dari 4% menjelang 2025

Tahap pematuhan piagam proses permohonan lesen Pematuhan 100% setiap tahun

Pengurangan kes tindakan henti operasi Pengurangan peratusan kes daripada 14% pada 2021 kepada 10% di akhir 2025 Tahap pematuhan kepada akta dan perundangan dan pengurangan kes tindakan Tahap ketidakpatuhan lebih rendah dari 4% menjelang 2025 Peratusan pengurangan kes yang berulang Pengurangan minimum 50% kes berulang

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 31

3.1 : Meningkatkan keberkesanan pelesenan dan kawal seliaan

AELB perlu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dalam aspek pelesenan dan kawal seliaan.

Beberapa cadangan tindakan strategik telah diketengahkan bagi memperkasakan sistem pelesenan dan

kawal seliaan di AELB antaranya melalui inisiatif pendigitalan penyampaian perkhidmatan, pembangunan dan

pemantapan sistem berkaitan bagi meningkatkan kelancaran proses kerja, menggalakkan penggunaan sistem

digital, melaksanakan pemonitoran masa sebenar dan analisis data untuk mengkaji tren serta permasalahan

untuk membantu membuat keputusan. Pengukuhan proses dan sistem ini dapat mengatasi limitasi capaian

kepada perkhidmatan, mengurangkan masa pemprosesan dan penilaian lesen serta memastikan pemantauan

boleh dilakukan dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa. Pengukuhan ini juga akan meningkatkan ketelusan,

kepantasan penyampaian dan produktiviti perkhidmatan. Berikut adalah inisiatif bagi menjayakan objektif

berkenaan:

3.1.1 Pembangunan Sistem Pemantauan Parameter Utama RTP (i-SPOT)

3.1.2 Pengemaskinian proses kerja yang lebih sistematik bagi memenuhi keperluan pelanggan (graded approach) 3.1.3 Pelaksanaan menaiktaraf sistem perkhidmatan utama (eSPP) 3.1.4 Pembangunan Sistem Atas Talian

i. Penilaian Mata Program Pembelajaran Berterusan (Continuous Education Programme, CEP)

ii. Sistem Peperiksaan Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS)

3.1.5 Pemantapan sistem pengkalan data dos dedahan pekerja sinaran (eDose) 3.1.6 Pemantapan sistem pendigitalan aktiviti pemeriksaan di bawah Akta 304

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 32

3.2 : Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang tenaga atom

Pengukuhan penguatkuasaan undang-undang tenaga atom ke arah pelaksanaan yang lebih komprehensif

dipengaruhi oleh faktor penyediaan dokumen polisi, peraturan dan prosedur operasi standard yang berkualiti

dan berimpak tinggi. Dokumen rujukan ini penting sebagai panduan utama untuk melaksanakan tindakan bagi

meningkatkan pematuhan pemegang lesen, penyediaan rekod yang sistematik dan kajian perundangan juga

penting bagi membantu AELB dalam memantau pematuhan oleh pemegang lesen dan membuat keputusan.

Usaha ke arah meningkatkan pembudayaan keselamatan juga perlu dipertingkatkan secara berterusan bagi

mencapai kesan perubahan yang berkekalan. Berikut adalah pelan tindakan strategik yang akan dilaksanakan

bagi menjayakan pencapaian objektif ini.

3.2.1 Pembangunan polisi, peraturan, SOP, bahan panduan dan program kesedaran awam

3.2.2 Pembangunan Sistem Industrial Compliance Programme (i-COMPLY) berasaskan rekod pematuhan kepada Akta 304 dalam memupuk budaya keselamatan dan sekuriti terhadap pemegang lesen 3.2.3 Penyelidikan perundangan dan pengumpulan data terkini 3.2.4 Pengukuhan kawalan Kilang Amang Kecil di bawah Akta 304

3.2.5 Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengangkutan bahan radioaktif dan nuklear

3.2.6 Pelaksanaan projek pelupusan alat penangkap kilat mengandungi bahan radioaktif 3.2.7 Penubuhan tabung wang sisa radioaktif 3.2.8 Pembudayaan keselamatan dan sekuriti nuklear 3.2.9 Peningkatan libat urus klinik pelesenan 3.2.10 Perolehan peralatan saintifik 3.2.11 Peningkatan pengetahuan untuk mengendalikan peralatan terkini

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 33

TERAS STRATEGIK 4 PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN

TERUNGGUL

ISU DAN CABARAN DALAM PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN TERUNGGUL

Pengurusan keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear adalah antara peranan penting yang perlu dilaksanakan dengan berkesan oleh AELB berdasarkan peruntukan dalam Akta 304 dan bidang kuasa yang ditetapkan. AELB melalui Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (PTNK) menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), AELB dilantik menjadi Agensi Peneraju Teknikal dalam aspek keselamatan dan sekuriti nuklear serta radiologikal. Kepakaran pasukan tindak balas dan peralatan kecemasan yang diatur gerak bagi tindak balas insiden nuklear dan radiologikal adalah setanding dengan mana-mana agensi tindak balas yang lain.

Data di bawah menunjukkan bilangan insiden nuklear dan radiologikal yang direkodkan sepanjang tahun 2018 sehingga tahun 2020. Hasil daripada Analisa data menunjukkan jumlah kejadian atau kemalangan berkaitan keselamatan tenaga atom dan nuklear meningkat pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya. Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh AELB dan wujud keperluan untuk mengkaji keberkesanan aktiviti kawal seliaan serta pengukuhan dengan penetapan intervensi yang lebih strategik dan berkesan dengan melibatkan semua pihak yang berkaitan.

Jenis Kejadian/ Kemalangan 2020 2019 2018

Punca sinaran tersangkut di dalam lubang gerek/ jatuh ke dalam laut 5 4 2

Kebakaran melibatkan punca/ kemudahan sinaran 0 0 0

Kehilangan punca sinaran 1 1 2

Punca sinaran tersangkut/ terkeluar/ terjatuh dari bekas punca 0 0 0

Kontaminasi/ Kebocoran bahan radioaktif 1 1 1

Dedahan melebihi had/ tidak sengaja 0 0 1

Kemalangan pengangkutan melibatkan punca sinaran 0 1 1

Punca sinaran dijumpai 0 2 1

Pengesanan bahan radioaktif melalui RPM 4 0 1

Jumlah 11 9 9

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 34

OBJEKTIF STRATEGIK DAN SASARAN PENCAPAIAN KE ARAH PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN

TERUNGGUL AELB telah menetapkan tiga (3) objektif strategik bagi menangani isu dan cabaran berkaitan pengurusan

keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan. Objektif strategik ini akan dijayakan dengan pelaksanaan beberapa

inisiatif tindakan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti

nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear di Jabatan. Berikut adalah objektif strategik dan sasaran pencapaian

yang telah ditetapkan:

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PTNK dalam pengurusan insiden nuklear dan radiologikal

4.1

Memperkasakan peranan NSSC sebagai pusat sokongan sekuriti nuklear serantau

4.2

Objektif Strategik Sasaran Pencapaian

1. Peratus insiden berjaya diatasi 100% setiap tahun 2. Tempoh masa bertindak ke lokasi Maksimum 6 jam 3. Kes kematian/ kecederaan teruk disebabkan insiden nuklear dan radiologikal Sifar (0) kes

1. Tahap kebolehfungsian peralatan Minimum 90% berfungsi dengan baik 2. Tahap pengoptimaan penggunaan peralatan Minimum 50% penggunaan peralatan 3. Jumlah perkhidmatan yang ditawarkan Minimum 20 perkhidmatan dalam setahun 4. Peratusan pengurangan kes yang berulang Pengurangan minimum 50% kes berulang

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam pelaksanaan kawalgunaan bahan nuklear

4.3

1. Tahap inventori lengkap bahan nuklear kebangsaan disediakan

100% pada tahun 2025

2. Tahap pematuhan obligasi CSA 100% pada tahun 2025

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 35

4.1 : Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PTNK dalam pengurusan insiden nuklear dan radiologikal

Mandat di bawah Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara telah menekankan kepentingan dan peranan besar

AELB dalam pengurusan insiden nuklear dan radiologikal di Malaysia. Usaha yang giat perlu juga dilakukan

untuk mempromosikan PTNK, menaik taraf peralatan, meningkatkan kompetensi responder serta pemantapan

SOP berkaitan. Perancangan rapi perlu disediakan untuk mewujudkan pangkalan data yang lebih efektif bagi

tujuan memantau kesiapsiagaan dalam menangani insiden berkaitan. Kolaborasi strategik dengan agensi lain

seperti JPBM, HAZMAT, MKN dan NADMA akan ditingkatkan dengan pelaksanaan latihan amal kebangsaan

secara berkala dengan pelbagai agensi tersebut. Berikut adalah pelan tindakan strategik yang akan dilaksanakan

bagi menjayakan pencapaian objektif ini:

4.1.1 Pengekalan dan pengemaskinian pengoperasian peralatan sesuai dengan perkembangan semasa

i. Menilai semula kewajaran sistem/ peralatan ii. Menilai kebolehfungsian peralatan

4.1.2 Pembangunan Pusat Pengurusan Data Kebangsaan 4.1.3 Pelaksanaan latihan penggunaan dan penyelenggaraan peralatan terkini

4.1.4 Perluasan kerjasama strategik berterusan bersama agensi/ badan yang berwibawa

4.1.5 Pemantapan SOP berkaitan

4.1.6 Pelaksanaan program latihan amal kecemasan 4.1.7 Pembangunan Pangkalan Data Kesiapsiagaan Insiden Nuklear dan Radiologi (MyAtom) 4.1.8 Penggunaan Decision Support System (DSS) untuk memperkukuhkan keupayaan dalam membuat keputusan berkaitan insiden nuklear dan radiologikal 4.1.9 Pemantapan sistem pemonitoran alam sekitar daripada pencemaran bahan radioaktif dan nuklear ke udara dan perairan negara

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 36

4.2 : Memperkasakan peranan NSSC sebagai pusat sokongan sekuriti nuklear serantau

Peranan NSSC sebagai pusat sokongan sekuriti nuklear serantau perlu dikembangkan dengan pengukuhan skop

dan peranan di peringkat serantau. Usaha ke arah pengembangan perkhidmatan perlu dilaksanakan melalui

strategi promosi yang berkesan kepada negara lain dan mengekalkan kelestarian peralatan pengesanan melalui

program pengurusan penyelenggaraan yang komprehensif dan sistematik. Berikut adalah inisiatif tindakan yang

akan dilaksanakan bagi menjayakan pencapaian objektif ini:

4.2.1 Penubuhan pusat pemindahan teknologi bagi peralatan pengesanan sinaran

4.2.2 Pengukuhan inisiatif Loaner Pool peralatan pengesanan sinaran

4.2.3 Pembangunan Life Cycle Management bagi peralatan pengesanan sinaran

Pelan Tindakan

4.3 : Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam pelaksanaan kawalgunaan bahan nuklear

Komitmen Malaysia kepada obligasi antarabangsa berkaitan dengan kawalgunaan bahan nuklear adalah penting

untuk dilaksanakan oleh AELB. Usaha ke arah meningkatkan penglibatan proaktif (engagement) dengan

pemegang lesen dalam skop kawalgunaan perlu diperkasakan melalui pengukuhan tahap kesedaran dan

komitmen berkaitan kepentingan pengisytiharan pemilikan bahan nuklear secara berterusan serta pengukuhan

kecekapan pemantauan melalui pembangunan sistem pemantauan yang efektif di peringkat kebangsaan.

Berikut adalah inisiatif tindakan yang akan dilaksanakan bagi menjayakan pencapaian objektif ini:

4.3.1 Pembangunan Pangkalan Data Bahan Nuklear Kebangsaan (National Nuclear Inventory)

4.3.2 Peningkatan komitmen pengisytiharan pemilikan bahan nuklear

4.3.3 Pelaksanaan verifikasi bahan nuklear bagi sektor industri di bawah obligasi kawalgunaan 4.3.4 Pelaksanaan obligasi di bawah CSA

Pelan Tindakan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 37

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 38

Pusat Tindak Balas Nuklear Kebangsaan (PTNK)

Makmal Perlindungan Fizikal, NSSC

Kandungan

1. Teras Strategik 1 39

2. Teras Strategik 2 42

3. Teras Strategik 3 43

4. Teras Strategik 4 46

4

Pemantauan dan pelaporan pelaksanakan pelan tindakan strategik akan dilaksanakan secara berkala bagi menilai kejayaan pelaksanaan

dan pencapaian objektif strategik yang telah disasarkan.

TERAS STRATEGIK 1 KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

Objektif Strategik 1.1 Memperluas dan memperkukuhkan bidang kuasa Jabatan

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

1.1.1 Penjenamaan AELB kepada Jabatan Tenaga Atom

Pertukaran nama Q1 2022 BKP

Program promosi dan penjenamaan

2022-2023 UKK

1.1.2 Pelaksanaan Pindaan Akta 304

Pelaksanaan Q2 2022 BDHL

1.1.3 Perluasan skop berkaitan sekuriti nuklear dan kawalgunaan

Pelaksanaan Q1 2024 BDHL

1.1.4 Pemindahan kuasa kelulusan kepada Ketua Pengarah JTA

Pelaksanaan Q4 2022 BDHL

1.1.5 Pemansuhan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Pelaksanaan Q4 2022 BDHL

1.1.6 Penubuhan Majlis Penasihat

Pelaksanaan Q1 2023 BDHL

1.1.7 Pembangunan Pelan Komunikasi bagi pindaan Akta 304

Program penyelarasan promosi pindaan akta

Q2 2022 sehingga

2024 BDHL

1.1.8 Pembangunan Pernyataan Dasar Pengurusan Sisa Radioaktif dan Bahan Api Nuklear Terpakai Kebangsaan

Pelaksanaan Q1 2022 BDHL

1.1.9 Pembangunan Pernyataan Dasar Kawalselia Radiologi dan Nuklear

Pelaksanaan Q2 2023 BDHL

1.1.10 Pelaksanaan Konvensyen Keselamatan Nuklear (CNS)

Pelaksanaan Q4 2023 BDHL

1.1.11 Pembangunan Pekeliling/Arahan Berkaitan Protokol Tambahan (AP) kepada Perjanjian Komprehensif Kawalgunaan Nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Pelaksanaan Q2 2024 BDHL

1.1.12 Pelaksanaan terhadap pindaan kepada Konvensyen Perlindungan Fizikal Bahan Nuklear (CPPNM)

Pelaksanaan Q4 2024 BDHL

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 39

TERAS STRATEGIK 1 KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

Objektif Strategik 1.2 Meningkatkan tahap integriti perkhidmatan

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

1.2.1 Pelaksanaan Pelan OACP 2021-2025

Pelaksanaan Sepanjang

tahun BKP

1.2.2 Penubuhan Unit Integriti

Pelaksanaan Q1 2022 BKP

Objektif Strategik 1.3 Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan

Inisiatif Strategik Pelaksana KPI Sasaran Pelaksanaan

1.3.1 Pemerkasaan sistem komunikasi pelanggan (dua hala) dan pemantauan mutu perkhidmatan

Pelaksanaan Sepanjang

tahun UKK

1.3.2 Pembangunan Dokumen Pemantauan Pengurusan Kualiti dan program pensijilan bagi pematuhan kepada aspek keselamatan dan sekuriti pemegang lesen

Menjalankan kajian kebolehlaksanaan QMS kepada pemegang lesen iaitu 32% saiz populasi (pemegang lesen) berdasarkan pecahan sembilan (9) aktiviti lesen

Q1 2022 Zon Timur

Pembangunan satu (1) bahan panduan untuk rujukan pemegang lesen

Q2 2022 sehingga Q3 2022

Zon Timur

Satu (1) notis pemberitahuan kepada pemegang lesen berkenaan bahan panduan

Q4 2022 Zon Timur

1.3.3 Peningkatan aktiviti libat urus

Pelaksanaan Sepanjang

tahun UKK

1.3.4 Pelaksanaan strategi merakyatkan perkhidmatan Jabatan

Pelaksanaan Sepanjang

tahun UKK

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 40

TERAS STRATEGIK 1 KECEMERLANGAN TADBIR URUS ORGANISASI

Objektif Strategik 1.4 Memposisikan Jabatan Tenaga Atom (JTA) sebagai pihak berkuasa kebangsaan

untuk tenaga atom

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

1.4.1 Pelaksanaan Pelan Komunikasi Strategik Jabatan

Pelaksanaan Bermula Q4 2023

UKK

1.4.2 Pengembangan kolaborasi strategik di dalam dan luar

negara

Dalam negara

Minimum 3 MoU/LoI setahun

BDHL

AELB-PDRM mengenai data

siasatan BKS

Luar negara Minimum 3 MoU/

LoI setahun BDHL

1.4.3 Perluasan penglibatan dalam skop perundingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Dalam negara Minimum 20

perkhidmatan setahun

BDHL

Luar negara Minimum 5

perkhidmatan setahun

BDHL

Objektif Strategik 1.5 Memperkukuhkan sistem komunikasi dalaman dan delegasi tugas

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

1.5.1 Pembudayaan amalan ‘Do it right at first time and all the time’

Pelaksanaan Sepanjang

tahun Pejabat TKP

1.5.2 Penambahbaikan SOP dan dokumen panduan untuk semua proses utama

Jumlah SOP dimantapkan oleh setiap bahagian

Minimum 3 BDHL

Kajian 2020

BKP 1.5.3 Pelaksanaan kajian semula fungsi, tanggungjawab dan bebanan tugas

Kelulusan 2021

Kajian semula 2025

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 41

TERAS STRATEGIK 2 PENGURUSAN KOMPETENSI DAN BAKAT PROFESIONAL

Objektif Strategik 2.1 Memperkukuhkan Pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan dalam Jabatan

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

2.1.1 Penganjuran

i. Kolokium tahunan

ii. Program RISE

Jumlah program

Jumlah program

Minimum 1 setahun

Minimum

program 16 setahun

BDHL

2.1.2 Penambahbaikan sistem iPakar 2.0

2021 2022 2023 2024 2025

10 % 20 % 20 % 30 % 20 %

BDHL & ICT

2.1.3 Peningkatan keberkesanan perkongsian ilmu menggunakan teknologi

E-learning platform 2022 - 2023 BDHL & ICT

2.1.4 Pengukuhan Program Pembangunan Sumber Manusia (HRD) melalui pelaksanaan Analisa Keperluan Latihan dan Penilaian

Pelaksanaan Q3 2022 BDHL

Objektif Strategik 2.2 Meningkatkan kompetensi dan kepakaran dalaman secara berterusan

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

Pelaksanaan Q3 2021 dan

Q3 2024 BDHL

2.2.1 Penganalisaan kompetensi melalui SARCoN

2.2.2 Pelaksanaan latihan pembangunan kompetensi yang berterusan dan sistematik

Jumlah kursus Minimum 30

kursus setahun BDHL

2.2.3 Pewujudan laluan Subject Matter Expert (SME) i. Keselamatan Sinaran & Nuklear ii. Sekuriti Nuklear iii. Kesiapsiagaan Tindak balas Kecemasan iv. Kawalgunaan dan Kawalan Eksport v. Nuklear Forensik

Penyediaan kertas cadangan

Q1 2021 BDHL

Pengiktirafan SME oleh JPA

Q4 2023 BDHL

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 42

TERAS STRATEGIK 3 PEMERKASAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

Objektif Strategik 3.1 Meningkatkan keberkesanan pelesenan dan kawal seliaan

KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana Inisiatif Strategik

3.1.1 Pembangunan Sistem Pemantauan Parameter Utama RTP (i-SPOT)

Kelulusan bajet untuk Pembangunan Sistem Pemantauan Parameter Utama RTP (i-SPOT)

2023 BINS

3.1.2 Pengemaskinian proses kerja yang lebih sistematik bagi me-menuhi keperluan pelanggan (graded approach)

100% proses kerja memenuhi prosedur kerja terkini

Q4 2023 BKS, BPP & BINS

3.1.3 Pelaksanaan naik taraf sistem perkhidmatan utama (eSPP)

Kelulusan bajet bagi pembangunan sistem

Q1 2022

Semua Bahagian Pembangunan sistem 2022-2024

Pelancaran sistem Q1 2025

3.1.4 Pembangunan Sistem Atas Talian i. Penilaian mata Program Pembelajaran Berterusan

(Continuous Education Programme, CEP) ii. Sistem Peperiksaan Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS)

Pembangunan Sistem CEP

2023 -2024

BPP & ICT

Pembangunan Sistem Peperiksaan PPS

2023 -2024

3.1.5 Pemantapan sistem pengkalan data dos dedahan pekerja sinaran seluruh Malaysia (eDose)

Tahap kemaskinian sistem

100% dikemaskini setiap suku

tahun dengan tepat dan

komprehensif

BKS

3.1.6 Pemantapan sistem pendigitalan aktiviti pemeriksaan di bawah Akta 304

Pembangunan sistem pendigitalan aktiviti pemeriksaan

2022- 2024

BKS & ICT

Pelancaran sistem Q1 2025

80% pelaksanaan pemeriksaan tahunan dan penyimpanan rekod secara digital bagi Kategori 3, 4 dan 5

Q3 2025 BKS

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 43

TERAS STRATEGIK 3 PEMERKASAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

Objektif Strategik 3.2 Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang undang tenaga atom

KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana Inisiatif Strategik

3.2.1 Pembangunan polisi, peraturan, SOP, bahan panduan dan program kesedaran awam

Penggubalan penyataan polisi

2021-2022

BDHL

Pendrafan peraturan 2021-2025

Pembatalan perintah 2021-2022

Pengemaskinian SOP 2021-2025

Promosi dan sesi libat urus

Sepanjang tahun

3.2.2 Pembangunan Sistem Industrial Compliance Programme (i-

COMPLY) berasaskan rekod pematuhan kepada Akta 304

dalam memupuk budaya keselamatan dan sekuriti ter-

hadap pemegang lesen

Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Projek

Q3 2022

Pejabat Zon

Selatan &

BKS Pelaksanaan sepenuhnya sistem i-COMPLY ke atas pemegang lesen

Q4 2023

3.2.3 Penyelidikan perundangan dan pengumpulan data terkini

Kajian perundangan bagi pengukuhan kawalan produk pengguna yang mengandungi bahan radioaktif

2021

BST

Kajian perundangan bagi isodos kebangsaan

Q2 2022 sehingga Q2 2025

Kajian perundangan dos sinaran marin

Q1 2024 sehingga Q4 2025

Kajian perundangan menggunakan kaedah FISH ke atas fasiliti Lynas

Q1 sehingga Q4 2025

3.2.4 Pengukuhan kawalan Kilang Amang Kecil di bawah Akta 304

100% syarikat mendapatkan lesen

Menjelang Q1 2023

BPP

3.2.5 Pengukuhan kawalan ke atas aktiviti pengangkutan ba-

han radioaktif dan nuklear

Sesi libat urus bersama pihak berkaitan pengangkutan barangan berbahaya

Minimum 2 sesi bermula

Q1 2022 BDHL

Pelesenan oleh agen pengangkutan Kategori 1 dan 2

100% BPP

Pemeriksaan pengangkutan Kategori 1

100% BKS

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 44

TERAS STRATEGIK 3 PEMERKASAAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG

Objektif Strategik 3.2 Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang undang tenaga atom

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

3.2.6 Pelaksanaan projek pelupusan alat penangkap kilat mengandungi bahan radioaktif

Pelupusan 100% alat penangkap kilat mengandungi bahan radioaktif

Sebelum 2024

BKS

3.2.7 Penubuhan Tabung Wang Sisa Radioaktif

Penubuhan Tabung Wang Sisa Radioaktif

Q1 2023 BDHL

3.2.8 Pembudayaan keselamatan dan sekuriti nuklear

Kajian terhadap budaya keselamatan dan sekuriti

Bermula Q1 2021 sehingga Q4 2022

BDHL

3.2.9 Peningkatan libat urus klinik pelesenan

Jumlah penyertaan mengikut zon

80 orang BPP

3.2.10 Perolehan peralatan saintifik

Peralatan makmal PPS 2022

BST Meter tinjau 2022

GSWMS 2024

Pelaksanaan latihan berterusan yang berstruktur di bawah program persijilan dan latihan spesifik untuk peralatan tertentu secara bersiri

Sepanjang tahun

BST & BDHL 3.2.11 Peningkatan pengetahuan untuk mengendalikan peralatan terkini

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 45

TERAS STRATEGIK 4 PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN TERUNGGUL

Objektif Strategik 4.1 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PTNK dalam pengurusan insiden

nuklear dan radiologikal

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

4.1.1 Pengekalan dan pengemaskinian pengoperasian peralatan sesuai dengan perkembangan semasa

Menilai semula kewajaran sistem/ peralatan

Setiap 2 tahun

BKS & BST

Menilai kebolehfungsian peralatan

Minimum 95% berfungsi dengan baik

untuk operasi tindak balas

4.1.2 Pembangunan Pusat Pengurusan Data Kebangsaan

80% penyelarasan data permonitoran dan perkongsian data pemantauan kepada pihak berkaitan semasa insiden nuklear dan radiologikal

2023-2024 BKS & ICT

4.1.3 Pelaksanaan latihan penggunaan dan penyelenggaraan peralatan terkini

Pelaksanaan latihan berterusan yang berstruktur di bawah program persijilan

Sepanjang tahun

BST, BKS

& BDHL

4.1.4 Perluasan kerjasama strategik berterusan bersama agensi/

badan yang berwibawa

Agensi sedia ada disasarkan dengan 2 tambahan skop kerjasama

PDRM , MKN, NADMA, JKN,

BOMBA, JKDM, APMM,

PNBK, ASEANTOM,

IAEA, EU, NNSA

BKS

Agensi baru disasarkan dengan 1 skop kerjasama

Angkatan Pertahananan

Awam Malaysia (APAM),

Airport Fire Rescue Ser-vice (AFRS),

Polis Bantuan, KDN

4.1.5 Pemantapan SOP berkaitan

Kekerapan dikemaskini Setiap 2 tahun BKS

Minimum 2 program dalam setahun

2021-2025 BKS 4.1.6 Pelaksanaan program latihan amal kecemasan

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 46

TERAS STRATEGIK 4 PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN TERUNGGUL

Objektif Strategik 4.1 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PTNK dalam pengurusan insiden

nuklear dan radiologikal

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

4.1.7 Pembangunan Pangkalan Data Kesiapsiagaan Insiden Nuklear dan Radiologi (MyAtom)

Pelancaran Q3 2022 BKS

4.1.8 Penggunaan Decision Support System (DSS) untuk memperkukuhkan keupayaan dalam membuat keputusan berkaitan insiden nuklear dan radiologikal

2 sesi latihan Setiap tahun

BKS Pembangunan 2 manual

2022

4.1.9 Pemantapan sistem pemonitoran alam sekitar daripada pencemaran bahan radioaktif dan nuklear ke udara dan perairan negara

Pemasangan 6 unit 2022 BST, BKS

& ICT Kajian kesesuaian tapak untuk GSWMS

2023

Objektif Strategik 4.2 Memperkasakan peranan NSSC sebagai pusat sokongan sekuriti nuklear serantau

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

4.2.1 Penubuhan pusat pemindahan teknologi bagi alat pengesanan sinaran

Pembangunan 3 SOP 2021 – 2022 BST &

Latihan/ perkhidmatan

20 kali / setahun

BDHL

4.2.2 Pengukuhan inisiatif Loaner Pool peralatan pengesanan

sinaran

Kebolehfungsian peralatan

Minimum 90% BST

Tahap Penggunaan Minimum 50%

Pembangunan sistem pengurusan

2023

BST 4.2.3 Pembangunan Life Cycle Management bagi peralatan pengesanan sinaran

Sesi peer-to-peer bersama pemegang taruh

3 kali pada 2021

3 kali pada 2022

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 47

TERAS STRATEGIK 4 PENGURUSAN KESELAMATAN, SEKURITI DAN KAWALGUNAAN TERUNGGUL

Objektif Strategik 4.3 Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam pelaksanaan kawalgunaan

bahan nuklear

Inisiatif Strategik KPI Sasaran Pelaksanaan Pelaksana

4.3.1

Pembangunan Pangkalan Data Bahan Nuklear

Kebangsaan (National Nuclear Inventory)

Pangkalan data

kebangsaan

dilengkapkan

Q4 2022 BINS & ICT

4.3.2

Peningkatan komitmen pengisytiharan pemilikan

bahan nuklear

Jumlah klinik

kawalgunaan 1 kali setahun

BINS

Tahap komitmen 100% sehingga

Q4 2022

4.3.3

Pelaksanaan verifikasi bahan nuklear bagi sector industri

di bawah obligasi kawalgunaan negara

Jumlah pelaksanaan

verifikasi

100%

dilaksanakan BINS

Tahap pematuhan 100% BINS 4.3.4

Pelaksanaan obligasi di bawah CSA

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 48

Kandungan

1. Penutup 49

2. Akronim 50

3. Senarai Alamat Ibu Pejabat dan Pejabat Zon 51

5

Semoga segala perancangan dan inisiatif strategik dapat dijayakan bagi memacu pengembangan organisasi serta merealisasikan visi,

misi dan sasaran pencapaian yang ditetapkan.

AELB mempunyai peranan besar untuk memastikan keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan

kawalgunaan bahan nuklear di Malaysia. Perkara ini dapat direalisasikan dengan kerjasama rakan strategik

yang berkaitan di samping sokongan padu daripada warga kerja yang mempunyai kepakaran yang khusus.

Sejak awal penubuhannya, AELB telah memainkan peranan yang besar dalam memastikan kecekapan kawalan,

kawal seliaan tenaga atom dan nuklear agar tidak mengancam nyawa serta mencegah insiden radiologikal dan

nuklear yang boleh menggugat keselamatan orang awam, pekerja dan alam sekitar. AELB juga berperanan

untuk memastikan keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear seiring

dengan perkembangan kepesatan teknologi nuklear tanpa mengurangkan manfaat besar kepada kehidupan

rakyat.

Bagi memastikan AELB kekal relevan, perubahan kepada proses kerja perlu direalisasikan bagi fasilitasi proses

penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, terdapat keperluan untuk menandatangani dan

meratifikasi instrumen-instrumen perundangan tenaga atom di peringkat antarabangsa bagi memastikan AELB

seiring dengan amalan terbaik antarabangsa. Ianya boleh dijayakan dengan pindaan Akta 304 bagi

memberikan punca kuasa yang komprehensif untuk pelaksanaan keperluan tersebut di peringkat kebangsaan

sekali gus meletakkan Malaysia seiring dengan negara-negara lain yang berketerampilan dalam menjamin

keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti nuklear dan kawalgunaan bahan nuklear.

Penyediaan Pelan Strategik AELB 2021-2025 ini adalah kesinambungan daripada perancangan organisasi yang

lalu. Pelan strategik ini akan menjadi rujukan utama seluruh warga kerja AELB dalam merangka, melaksana,

memantau dan menilai kejayaan perancangan jangka masa panjang organisasi serta memacu pengembangan

Jabatan ke tahap yang lebih baik. Pelan ini akan menjadi pemangkin dalam menjayakan visi AELB untuk

menjadi badan kawal selia yang diiktiraf dan diyakini di peringkat antarabangsa dalam pengawalseliaan aktiviti

tenaga atom.

PENUTUP

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 49

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 50

1 AELB Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

2 AP Additional Protocol

3 ASEANTOM ASEAN Network of Regulatory Bodies on Atomic Energy

4 BDHL Bahagian Dasar dan Hubungan Luar

5 BKP Bahagian Khidmat Pengurusan

6 BKS Bahagian Kawal selia Sinaran

7 BINS Bahagian Instalasi Nuklear

8 BPP Bahagian Penilaian dan Perlesenan

9 BST Bahagian Sokongan Teknikal

10 CEP Continuous Education Programme

11 CSA Comprehensive Safeguards Agreements

12 DSS Decision Support System

13 DSTIN Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara

14 EPREV Emergency Preparedness Review

15 EduTA Educational and Training Appraisal

16 EU European Union

17 FISH Fluorescence In Situ Hybridization

18 GSWMS Groundwater and Surface Water Monitoring Systems

19 HAZMAT Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (The Hazardous Materials Unit Team)

20 IAEA International Atomic Energy Agency

21 INSServ International Nuclear Security Advisory Service

22 ISO International Organization for Standardization

23 ISSAS State System of Accounting for and Control of Nuclear Material Mission

24 JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

25 JKN Jabatan Kesihatan Negeri

26 JTA Jabatan Tenaga Atom

27 MKN Majlis Keselamatan Negara

28 MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

29 NADMA Agensi Pengurusan Bencana Negara

30 NM Agensi Nuklear Malaysia

31 NNSA National Nuclear Security Administration

32 NSSC Nuclear Security Support Centre

33 OACP Organisational Anti-Corruption Plan

34 PDRM Polis Diraja Malaysia

35 PPS Pegawai Perlindungan Sinaran

36 PTNK Pusat Tindak balas Nuklear Kebangsaan

37 RISE Researcher Industry Scientific Exchange

38 RTP Reaktor TRIGA PUSPATI

39 SARCoN Systematic Assessment of Regulatory Competence Needs

40 SDG Sustainable Development Goals

41 SME Subject-Matter Expert

42 SOP Prosedur Operasi Standard

43 SSAC State Systems of Accounting for and Control of Nuclear Material

44 UKK Unit Komunikasi Korporat

AKRONIM

ALAMAT IBU PEJABAT DAN PEJABAT ZON AELB

Hotline PTNK : 1800 88 7999

E-mel : [email protected]

Aduan perkhidmatan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)

Pejabat Zon Timur Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Pt 6980, Bukit Kuang Business Centre, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman Telefon: +609-8503360 Faks: +609-8503361

Pejabat Zon Utara Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi No. 29, Lorong Perda Selatan 1 Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Telefon: +604-5398391 / 04-5390486 Faks: +604-5376380

Ibu Pejabat AELB Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia Telefon: +603-8922 5888 Faks: +603-8922 3685 www.aelb.gov.my

Pejabat Zon Selatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi No 26, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra 81000 Kulai Johor Darul Takzim Telefon: +607-6632431/07-6634300 /07-6606650 Faks: +607-6632409

Pejabat Zon Sabah dan Sarawak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sub Lot 13, Lots 2370 dan 2371, Block 32, Kawasan Perindustrian Sibiyu 97000 Bintulu, Sarawak Telefon: +6086-330469/086-343469/086-339469 Faks : +6086-332469

PELAN STRATEGIK AELB 2021-2025 51