analisis uji minda pemikiran dan perancangan strategik

35
ANALISIS UJI MINDA PEMIKIRAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK Disediakan oleh ABDUL RAZAK ALIAS Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands Disediakan pada 10.07.2016 Terlebih dahulu, ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada semua responden yang telah melengkapkan Uji Minda ini melalui Google Form. Semoga hasil analisis ini akan membolehkan kita merenung kembali dan membuat refleksi diri berhubung dengan topik Pemikiran dan Perancangan Strategik. Semoga sebagai pemimpin pendidikan ianya membantu dalam usaha membina pelan pembangunan sekolah agar prestasi sekolah yang cemerlang dapat dicapai. Responden yang Telah Melengkapkan Google Form Peserta NPQEL Ambilan 2/2016 583 orang (IAB Induk dan cawangan-cawangan) Pensyarah 48 orang (IAB Induk dan cawangan-cawangan) Kaedah Kutipan Data dan Analisis Data Responden menjawab melalui Google Form yang telah diemailkan kepada semua peserta NPQEL Ambilan 2/2016 dan pensyarah (IAB Induk dan cawangan-cawangan). Uji Minda ini diemailkan setelah Modul 1 Dasar dan Hala Tuju telahpun selesai. Analisis berbentuk Peratus

Upload: independent

Post on 05-Dec-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ANALISIS UJI MINDA PEMIKIRAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK

Disediakan oleh ABDUL RAZAK ALIAS

Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands Disediakan pada 10.07.2016

Terlebih dahulu, ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada semua responden yang telah melengkapkan Uji Minda ini melalui Google Form. Semoga hasil analisis ini akan membolehkan kita merenung kembali dan membuat refleksi diri berhubung dengan topik Pemikiran dan Perancangan Strategik. Semoga sebagai pemimpin pendidikan ianya membantu dalam usaha membina pelan pembangunan sekolah agar prestasi sekolah yang cemerlang dapat dicapai.

Responden yang Telah Melengkapkan Google Form

Peserta NPQEL Ambilan 2/2016 583 orang (IAB Induk dan cawangan-cawangan) Pensyarah 48 orang (IAB Induk dan cawangan-cawangan) Kaedah Kutipan Data dan Analisis Data Responden menjawab melalui Google Form yang telah diemailkan kepada semua peserta NPQEL Ambilan 2/2016 dan pensyarah (IAB Induk dan cawangan-cawangan). Uji Minda ini diemailkan setelah Modul 1 Dasar dan Hala Tuju telahpun selesai. Analisis berbentuk Peratus

34.8

31.2

17.7

8.2

8.1

IABI IABGH IABU IABSW IABSB

78.4

21.6

SR SM

TABURAN RESPONDEN YANG MENJAWAB

1. Berdasarkan IAB NPQEL

IABI IABGH IABU IABSW IABSB JUMLAH

BIL 203 182 103 48 47 583

% 34.8 31.2 17.7 8.2 8.1 100.0

PENSYARAH

IABI IABGH IABU IABSW IABSB JUMLAH

BIL 25 15 3 3 2 48

% 52.1 31.3 6.3 6.3 4.2 100.0

2. Peserta NPQEL Mengikut SR dan SM

SR SM JUMLAH

Bil 457 126 583

% 78.4 21.6 100.0

NPQEL

NPQEL

24.9

16.8

6.2

52.1

A B C D

SOALAN 1

1. Gambarajah di atas memaparkan satu gelung pemikiran strategik. Sebagai pemimpin di sekolah, susun semula urutan berfikir secara strategik yang akan anda amalkan dari mula hingga akhir yang paling sesuai. A 1 – 2 – 3 – 4 – 5 B 3 – 4 – 5 – 1 – 2 C 5 – 1 – 2 – 4 – 3 D 4 – 5 – 1 – 2 – 3

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 145 98 36 304 24.9 16.8 6.2 52.1

Pensyarah

Sumber kerangka ini daripada Haines Centre for Strategic Management di laman sesawang http://www.csm-asia.com/csm/files/Strategic_Management_Framework.pdf. Seorang yang berfikir dan merancang secara strategik akan melalui peringkat-peringkat ini: Langkah 1 Akan menentukan dahulu hasil yang diingini atau ke manakah (kita) mahu sampai. Ini boleh kaitkan dengan Misi dan Visi (atau cita-cita / aspirasi) sekolah atau organisasi. Ianya memaparkan keberhasilan / kemenjadian secara umum. Samada

NPQEL

keberhasilan / kemenjadian murid ataupun sekolah. Menjawab soalan, mengapakah sekolah wujud? Sebab itu, dalam membangunkan pelan pembangunan sekolah, Misi dan Visi dicipta dahulu. Perbezaan Misi dan Visi – Misi menggambarkan kemenjadian / keberhasilan murid (contoh – “Membangunkan potensi murid melalui pendidikan yang berkualiti”); Visi menggambarkan kemenjadian / keberhasilan sekolah atau organisasi (Contoh – “Menjadi sekolah cemerlang”). Langkah 2 Kemudian disusuli dengan menetapkan ukuran kejayaan (indikator) yang akan menjadi petunjuk bagaimana kita tahu yang kita dah sampai ke sana (atau Misi dan Visi telah berjaya dicapai). Ini ditunjukkan melalui pencapaian Hasil (Matlamat dan Objektif). Matlamat dan Objektif dalam erti kata lain akan memaparkan atau menunjukkan ukuran kejayaan kemenjadian / keberhasilan murid (sebagai pelanggan utama) atau sekolah (kejayaan-kejayaan sekolah). Di sini perlu kita tahu membezakan antara Hasil dan Cara. Matlamat dan Objektif seharusnya tidak memaparkan perkara yang berkaitan dengan operasi atau kerja yang akan dilaksanakan (Contoh membina 10 pondok bacaan. Ianya bukan hasil tetapi cara). Dalam erti kata lain, Matlamat dan Objektif adalah ukuran yang memaparkan kejayaan yang akan digunakan untuk menentu kejayaan Misi dan Visi. Langkah 3 Setelah kita tetapkan Matlamat dan Objektif (atau keberhasilan / kemenjadian yang akan menjadi indikator kejayaan), barulah kita melihat secara terperinci dan mendalam di manakah kita berada sekarang. Melaksanakan analisis persekitaran yang akan menentukan keperluan untuk bertindak bagi mencapai Matlamat dan Objektif. Di sini kita akan mengenalpasti jurang yang akan kita kecilkan atau sifarkan. Di sinilah juga yang akan menentukan titik permulaan untuk kita bergerak (tak off value / nilai titik mula). Langkah 4 Mentukan tindakan merangkumi Strategi / Inisiatif serta Program / Projek / Aktiviti yang akan diambil bagi merapatkan jurang. Bahagian ini akan menentukan cara bagaimana untuk kita sampai ke tempat yang dituju. Di sinilah letaknya Perancangan Strategik (Pelan Jangka Masa Panjang, 3 – 5 tahun) dan Perancangan Tahunan (Pelan Jangka Masa Pendek, 1 tahun yang terdiri daripada Pelan Taktikal dan Pelan Operasi). Langkah 5 Peringkat terakhir dalam pemikiran strategik adalah untuk mengimbas persekitaran pada masa depan supaya apa yang kita rancang masa kini sejajar dengan suasana masa depan, mungkin 10 – 20 tahun akan datang. Apakah Program / Projek / Aktiviti yang dirancang dapat memenuhi keperluan masa depan.

8.7

6.5

10.3

74.4

A B C D

SOALAN 2

2. Di atas adalah antara faktor-faktor kejayaan kritikal untuk seseorang berfikir secara

strategik. Apakah akibatnya, jika anda sebagai sebagai pemimpin di sekolah tidak membuat anjakan paradigma semasa membangunkan dasar dan hala tuju sekolah. Anjakan paradigma adalah keluar dari zon selesa – paradigma hari ini – dan menggunakan sempadan baru dan lebih luas untuk berfikir, merancang, melakukan, menilai dan penambahbaikan berterusan. I Pelanggan terlepas peluang baru. II Kita akan mendapat perkara yang sama. III Orang tidak belajar untuk berubah dan menyesuaikan diri. IV Kita mengurus dengan krisis dan menjadi reaktif daripada proaktif. A I dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 51 38 60 434 8.7 6.5 10.3 74.4

Pensyarah

(1) Membuat anjakan paradigma; (2) Membezakan antara matlamat dan cara; (3) Mengaitkan antara tahap outcome (mega), output (makro) dan produk (mikro); (4) Membina objektif yang boleh diukur; (5) Membangun misi dan visi yang unggul (ideal); dan (6) Menjadikan jurang keputusan adalah keperluan merupakan faktor-faktor kejayaan kritikal untuk seseorang berfikir secara strategik, sumber dipetik daripada Strategic Planning for Success by Roger Kaufman, Hugh Oakley-Browne, Ryan Watkins, & Doug Leigh. Copyright

© 2003 by John Wiley & Sons, Inc. Published by Jossey-Bass/Pfeiffer, San Francisco, CA. Untuk berfikir secara strategik, salah satu daripadanya adalah “Membuat anjakan paradigma” adalah amat perlu sebagai pemimpin. Apakah akibat jika kita mengabaikan anjakan paradigma? Kita tidak keluar daripada zon selesa? Maka ... (a) kita akan mendapat perkara yang sama; (b) kita perlahan-lahan “mati”; (c) pelanggan terlepas peluang baru; (d)

Membuat anjakan paradigma; Membezakan antara matlamat dan cara; Mengaitkan antara tahap outcome (mega), output (makro) dan produk (mikro); Membina objektif yang boleh diukur; Membangun misi dan visi yang unggul (ideal); dan Menjadikan jurang keputusan

adalah keperluan.

NPQEL

kita berada di belakang pesaing kita; (e) kita hilang kawalan terhadap masa hadapan dan menjadi mangsa; (f) orang tidak belajar untuk berubah dan menyesuaikan diri; (g) prestasi merosot di semua peringkat – di kalangan individu, pasukan dan unit; (h) kita mengurus dengan krisis dan menjadi reaktif daripada proaktif; dan (i) kita menjadi lisut atau layu oleh masa lalu. Dalam membina perancangan strategik adalah penting untuk kita merancang “memecah rekod sedia ada”. Sasaran yang luar daripada biasa, begitu juga dengan tindakan-tindakan.

6.0

0.9

9.9

83.2

A B C D

SOALAN 3

3. Anda akan membangunkan Perancangan Strategik sekolah bersama-sama

jawatankuasa yang akan dilantik. Semasa membangunkan perancangan strategik anda akan mengambil kira soalan-soalan

I Di manakah sekolah anda sekarang? II Ke manakah sekolah anda hendak tuju? III Bagaimanakah sekolah anda hendak sampai ke tujuan? A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 35 5 58 485 6.0 0.9 9.9 83.2

Pensyarah

Apabila membangunkan perancangan strategik sekolah. 3 perkara tersebut adalah antara yang perlu diambil kira. Pertama, “Ke manakah sekolah anda hendak tuju” merupakan Misi (Kemenjadian Murid) dan Visi (Kemenjadian Organisasi / Sekolah). Matlamat dan objektif menjadi indikator / ukuran kejayaan yang akan memberitahu kita dah sampai atau tidak. Sebab itu, seorang pemikir strategik perlu dapat membezakan antara Matlamat dan Cara. Matlamat adalah indikator keberhasilan / kemenjadian, manakala Cara adalah bagaimana untuk kita boleh sampai ke tempat yang hendak dituju. Kedua, “Di manakah sekolah anda

sekarang”. Di sinilah kita akan menentukan masalah yang ada yang perlu diambil tindakan. . Take of Value dikenalpasti. Jika masalah ini tidak selesai, maka Matlamat dan Objektif tidak tercapai, seterusnya Misi dan Visi juga tidak akan tercapai. Ketiga, “Bagaimanakah sekolah

anda hendak sampai ke tujuan” merupakan cara yang diterjemahkan dalam Pelan Jangka Masa Panjang (Perancangan Strategik) atau Pelan Jangka Masa Pendek / Pelan Tahunan (yang terdiri daripada Pelan Taktikal, Pelan Operasi).

Di manakah sekolah anda sekarang?

Bagaimanakah sekolah anda hendak sampai ke tujuan?

Kemanakah sekolah anda hendak tuju

Apakah ukuran kejayaan?

NPQEL

17.2

69.3

2.7 10.8

A B C D

SOALAN 4

4. Berikut adalah antara fasa-fasa dalam proses Perancangan Strategik yang anda

akan patuhi semasa membangunkan Perancangan Strategik I Pra Perancangan II Analisis Persekitaran III Implementasi Strategi IV Penyediaan Pelan Taktikal A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 100 404 16 63 17.2 69.3 2.7 10.8

Pensyarah

Pengurusan Strategik merangkumi Perancangan, Pelaksanaan (Implementasi) dan Penilaian. Soalan ini berkait dengan Perancangan Strategik. Fasa dalam Perancangan Strategik melibatkan Pra Proses Perancangan, Mendefinasikan Hala Tuju Sekolah, Analisis Persekitaran, Isu – Matlamat – Objektif – KPI – Sasaran, dan Strategi (Penjanaan Strategi - Pelan Taktikal – Pelan Operasi).

NPQEL

0.7

79.4

1.7

18.2

A B C D

SOALAN 5

5. Mandat berkait dengan “akauntabiliti” atau kewajipan sekolah untuk memberi jawapan

dan menanggung segala akibatnya. Berikut adalah antara mandat dalaman dan formal. I Arahan-arahan Perbendaharaan II Surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) III Surat-surat Pekeliling Kementerian Kesihatan IV Surat Siaran Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri A I dan III sahaja B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 4 463 10 106 0.7 79.4 1.7 18.2

Pensyarah

Mandat - 1 amanah yg diberikan oleh orang ramai kpd wakil mereka utk melakukan sesuatu.

2 kuasa atau tugas yg diberikan oleh pihak-pihak yg lebih tinggi. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 – 2013)

Mandat menjadi asas kepada pembinaan pernyataan Misi dan Visi atau merancang pelan pembangunan sekolah. Mandat boleh dibahagikan kepada Mandat Dalaman (Formal, Tidak Formal) dan Mandat Luaran (Formal, Tidak Formal). Mandat Dalaman adalah mandat daripada KPM dan terlibat secara terus dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Contoh Mandat Dalaman – Surat-surat Pekeliling Ikhtisas, Arahan Perbendaharaan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dll. Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan dikategorikan Mandat Luaran kerana ia berada di luar KPM. Contoh Mandat Luaran – Kawalan Aedes / Denggi, Pematuhan Lesen untuk pengguna motorsikal oleh murid yang dikeluarkan JPJ, permintaan oleh PIBG dll. Formal adalah mandat yang telah disuratkan, manakala Tidak Formal mungkin berdasarkan arahan lisan, akhbar atau ucapan dll.

NPQEL

5.5

93.8

0.3 0.3

A B C D

SOALAN 6

6. Manakah antara berikut merupakan pemegang taruh utama di sekolah anda

A Pengusaha kantin B Ibu bapa atau penjaga

C Jabatan Bomba Daerah D Jabatan Kesihatan Daerah

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 32 547 2 2 5.5 93.8 0.3 0.3

Pensyarah

Pemegang taruh adalah setiap orang, kumpulan atau organisasi yang boleh meletakkan tuntutan terhadap sumber sekolah, perhatian, hasil atau sesuatu yang dipengaruhi oleh hasil. Di sekolah Ibu Bapa telah TARUH anak mereka di sekolah bagi memperolehi pendidikan. Banyak pihak boleh menjadi Pemegang Taruh, saperti PPD, JPN, dll. Tetapi Ibu Bapa adalah Pemegang Taruh UTAMA.

NPQEL

86.6

0.5 8.9

3.9

A B C D

SOALAN 7

7. Manakah antara berikut merupakan pelanggan utama di sekolah anda I Guru II Murid III Kontraktor Kawalan Keselamatan

IV Kontraktor Pembersihan Kawasan A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 505 3 52 23 86.6 0.5 8.9 3.9

Pensyarah

Pelanggan adalah orang perseorangan atau badan yang mendapatkan nasihat atau perkhidmatan daripada ahli profesional. Murid sudah pasti pelanggan utama kerana mereka menerima perkhidmatan pendidikan daripada sekolah, Begitu juga dengan Guru menerima perkhidmatan dalam bentuk penyediaan bahan pengajaran oleh pihak pengurusan sekolah. Kontraktor Kawalan Keselamatan dan Pembersihan bukanlah pelanggan sekolah tetapi sekolah adalah pelanggan mereka kerana mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

NPQEL Pensyarah

6.9

36.4

54.0

2.7

A B C D

SOALAN 8

8. Anda bersama-sama jawatankuasa akan menggubal misi sekolah. Pernyataan misi

yang akan anda gubal perlu menggambarkan I hasil akhir murid yang diingini II bagaimanakah sekolah ingin dikenali III apakah perkhidmatan yang ditawarkan IV kepada siapakah perkhidmatan tersebut diberikan A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 40 212 315 16 6.9 36.4 54.0 2.7

Pensyarah

Misi menjawab kepada soalan, Mengapakah sekolah wujud? Ia juga dibangunkan berdasarkan 3 soalan di bawah.

Perkhidmatan 1 Menggambarkan apakah yang sekolah / organisasi lakukan sekarang (apakah perkhidmatan yang ditawarkan?) Dan bagaimanakah cara melakukannya Pelanggan 2 Menggambarkan kepada siapakah perkhidmatan tersebut diberikan. Ianya menjawab soalan siapakah pelanggan utama sekolah atau organisasi? Hasil Akhir, Outcome, Akibat 3 Menggambarkan hasil akhir yang diingini. Apakah keperluan pelanggan?

MISI berkait dengan keberhasilan / kemenjadian murid manakala VISI berkait dengan keberhasilan / kemenjadian sekolah. Cth (1 – Perkhidmatan) Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk (3 – Hasil Akhir) Membangunkan Potensi (2 – Pelanggan) Individu (MURID) Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

NPQEL

51.5 45.6

0.7 2.2

A B C D

SOALAN 9

9. Di dalam sesuatu pernyataan visi yang akan digubal oleh anda dan jawatankuasa

perlu menggambarkan hasil akhir A sekolah B pelanggan

C pengupaya D pemegang taruh Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 300 266 4 13 51.5 45.6 0.7 2.2

Pensyarah

Visi mengandungi pernyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah sekolah / organisasi dan lazimnya mengandungi maklumat mengenai cita-cita sekolah / organisasi. Pernyataan visi adalah gambaran keunggulan prestasi sekolah / organisasi yang dikongsi bersama. Misi berkait dengan keberhasilan / kemenjadian murid manakala visi berkait dengan keberhasilan / kemenjadian sekolah secara menyeluruh.

Misi (KPM) Visi (KPM)

Kemenjadian Murid Kemenjadian Sekolah

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti (lama)

Melestarikan sistem pendidikan berkualiti

untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara (baru)

Sekolah unggul penjana generasi terbilang (lama)

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara

sejahtera (baru)

Nota: Setiap pernyataan misi dan visi perlu diperjelaskan maksud setiap patah perkataan dalam pernyataan berkenaan. Perlu didokumenkan dalam dokumentasi. Ini bertujuan semua warga sekolah memahaminya sabagai satu maksud yang sama. Misi dan visi boleh sama (seperti menggunakan misi dan visi KPM) tetapi penjelasan maksud berdasarkan sekolah sendiri yang akan membezakannya. Sebagai contoh – bagi sekolah rendah, ”membangunkan potensi individu” bermaksud mengupayakan kebolehan murid dalam literasi dan numerasi. Manakala bagi sekolah rendah pendidikan khas tertentu bermaksud mengupayakan murid untuk mengurus diri. Begitu juga dengan sekolah menengah biasa, kolej vokasional, sekolah menengah agama dll. Berbeza potensi murid untuk dibangunkan.

NPQEL

8.4

29.0

13.9

48.7

A B C D

SOALAN 10

10. Ciri-ciri di atas akan disenaraikan oleh anda dan jawatankuasa dalam perancangan

strategik sekolah anda. Ianya perlu sebagai I set panduan setiap orang dalam organisasi mematuhi janji. II faktor kemanusiaan yang mendorong melakukan pekerjaan. III memberikan panduan tentang bagaimana visi harus dicapai. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS

A B C D A B C D

NPQEL 583 49 169 81 284 8.4 29.0 13.9 48.7

Pensyarah

Ciri-ciri di atas adalah nilai-nilai yang perlu ada oleh warga sekolah. Nilai - /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Nilai merupakan faktor kemanusiaan yang akan mendorong pekerjaan. Ia juga set panduan, prinsip, kepercayaan, atau pernyataan yang akan menyokong mematuhi janji dan sebagai panduan mencapai visi.

Kerja Berpasukan, Berintegriti, Cekap

NPQEL

56.4

3.1 0.9

39.6

A B C D

SOALAN 11 11. Manakah antara pernyataan berikut merupakan pernyataan matlamat strategik

I Meningkatkan tahap kecemerlangan akademik sekolah II Meningkatkan tahap iklim sekolah III Meningkatkan tahap kecemerlangan kokurikulum sekolah IV Meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

A I dan III sahaja B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 329 18 5 231 56.4 3.1 0.9 39.6

Pensyarah

Mengapakah sekolah wujud? Apakah indikator keberkesanan / keberhasilan / kemenjadian sekolah? Sudah semestinya kemenjadian murid. Indikator kejayaan sesebuah sekolah boleh dibahagikan kepada dua – (1) Berfokuskan murid; dan (2) Tidak berfokuskan murid. Indikator menyediakan standard untuk sekolah atau murid dilihat dan boleh diukur. Tanpanya, ianya susah, ataupun mustahil untuk mengukur kejayaan murid atau keberkesanan sekolah atau cuba menambahbaik pembelajaran. Indikator juga yang akan mengukur sejauh mana Misi dan Visi sekolah tercapai. Indikator berfokuskan murid – Cth. Pencapaian akademik, pencapaian sahsiah dan pencapaian kokurikulum. Indikator tidak berfokuskan murid – Cth. Band sekolah, prestasi kewangan berdasarkan audit, tahap kepuasan pelanggan, penglibatan ibu bapa dan penjaga dll. Kejayaan Misi dan Visi dilihat berdasarkan kejayaan Matlamat. Kejayaan Matlamat pula dilihat berdasarkan kejayaan Objektif.

Misi

Visi

Matlamat

Matlamat

Objektif

Objektif

NPQEL

Matlamat dan Objektif merupakan indikator ini. Di sini perlunya kita membezakan antara HASIL – MATLAMAT / OBJEKTIF dan CARA. MATLAMAT 1. Nominal (Kurang dipercayai, samar-samar dan mungkin keliru) - Menamakan sesuatu (contoh, cemerlang, cantik, sejuk, panas) 2. Ordinal (Samar-samar dan kabur tetapi lebih dipercayai daripada nominal) - Menentukan sesuatu lebih hebat daripada yang lain (contoh, pasukan ini lebih hebat daripada pasukan tersebut) OBJEKTIF 3. Interval – Sela (Lebih dipercayai, tepat) - Berkaitan item sepanjang skala dengan selang yang sama yang mempunyai titik sifar secara rambang (contoh, darjah celsius) 4. Ratio – Nisbah (Lebih dipercayai, tepat) - Berkaitan item sepanjang skala pada satu titik sifar diketahui dengan selang yang sama. (contoh, berat, jarak) Berdasarkan soalan di atas – Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum adalah menceritakan tentang MATLAMAT manakala Iklim Sekolah dan Keberkesanan PdP adalah CARA (Isu Operasi) INPUT -> PROSES -> OUTPUT OUTPUT. Keberhasilan diukur pada pencapaian akademik, sahsiah, kokurikulum dll. Seperti kewangan (audit), band sekolah. PROSES. Keberhasilan diukur pada pencapaian proses seperti bilangan latihan, bilangan pencerapan dll. INPUT. Keberhasilan diukur pada kompetensi murid, guru dll. Seperti Motivasi Belajar Murid, Keupayaan Guru Menggunakan ICT, Keberkesanan PdP, Iklim Sekolah Kondusif dll. MATLAMAT/OBJEKTIF keseluruhan Perancangan Sekolah merujuk keberhasilan OUTPUT. MATLAMAT/OBJEKTIF Pelan Operasi merujuk keberhasilan PROSES / INPUT.

Matlamat: Kecemerlangan Akademik

Yang Tinggi

Objektif:

GPS 2.0 PMR pada tahun 2018

Strategi:

Kecukupan Latihan

Program / Projek / Aktiviti:

Kelas Tambahan (Petang) Kelas Tambahan (Cuti Sekolah)

Datang dari isu operasi (Tak cukup latihan)

Datang dari isu yang lebih luas (Tak cemerlang akademik)

13.7 0.7 1.2

84.4

A B C D

SOALAN 12

12. Di atas adalah matlamat strategik sekolah anda. Manakah antara berikut merupakan

pernyataan objektif yang paling tepat bagi mencapai matlamat tersebut A Murid menunjukkan menunjukkan sikap dan perlakuan positif pada tahun

2015 B 90 peratus Pelanggan mencapai tahap kepuasan pelanggan terhadap

persekitaran pembelajaran C Pelanggan mencapai tahap kepuasan pelanggan terhadap persekitaran

pembelajaran melebih Skor 4 (Skor 1 Amat Tidak Puas Hati dan Skor 5 Amat Pusat Hati)

D 90 peratus murid menunjukkan sikap dan perlakuan positif dengan memperolehi sekurang-kurang Skor 5 pada tahun 2015 (berdasarkan Standard 5.5 Standard Kualiti Pelajaran Malaysia).

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 80 4 7 492 13.7 0.7 1.2 84.4

Pensyarah

OBJEKTIF yang akan menjadi indikator kejayaan MATLAMAT. Objektif seharusnya SMART. Mesti Spesific, Measureable, Attainable, Reasonable, Timeline.

Peningkatan tahap kemenjadian sahsiah murid

NPQEL

19.7

31.2

3.1

46.0

A B C D

SOALAN 13

13. Apakah Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) bagi objektif di

atas. A 100 peratus murid B Peratus murid menguasai

C Murid menguasai numerasi D Peratus murid menguasai numerasi

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 115 182 18 268 19.7 31.2 3.1 46.0

Pensyarah

KPI merupakan parameter yang menjadi indikator. Sekiranya ada angka ianya telah menjadi sasaran yang ingin dicapai. Merujuk PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM, BILANGAN 2 TAHUN 2005. Key Performance Indicators (KPI) – Petunjuk-petunjuk prestasi utama yang ditentukan sebagai asas mengukur prestasi; Sasaran Prestasi – Sasaran yang ditetapkan kepada setiap KPI bagi membolehkan prestasi diukur. Contoh Objektif 100% murid menguasai Literasi Bahasa Melayu tahun 2018. KPI adalah % murid menguasai Literasi Bahasa Melayu manakal SASARAN adalah 100%, Tahun 2018.

KPI SASARAN

Peratus murid menguasai numerasi (dalam Linus) 100 peratus; tahun 2018

OBJEKTIF

100 peratus murid menguasai numerasi (dalam Linus) pada tahun 2018

100 peratus murid menguasai numerasi pada tahun

2015

NPQEL

Dalam kes jadual templat bacaan objektif adalah seperti urutan 1 -> 2 -> ->3 -> 4

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi

Utama

TOV

ETR

2016 2017 2018

Pencapaian prestasi akademik yang

tinggi oleh semua murid.

Linus

% Murid

Menguasai

Numerasi

95.80 96.00 98.00 100.00

1 2

3

4

70.0 0.9

13.2

16.0

A B C D

SOALAN 14

AR

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi Utama

TOV

ETR

2013 2014 2015 2016 2017 2018

98.22 93.21 90.54 Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh

semua murid.

Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR)

% Murid Lulus

A C B

TOV Take of Value (Nilai Titik Mula);

ETR Estimate Targeted Results (Keputusan Sasaran yang Disasarkan) AR Actual Results (Keputusan Sebenar)

14. Berdasarkan jadual di atas. Apakah nilai TOV ‘A’ yang anda akan tetapkan.

A 90.54 B 93.21 C 93.99 D 98.22

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 408 5 77 93 70.0 0.9 13.2 16.0

Pensyarah

TOV (Take Off Value) menggambarkan kedudukan di mana kita akan memulakan langkah tindakan. 90.54 %, tahun 2015 dipilih kerana secara realiti, itulah pencapaian terkini berdasarkan kekuatan, keupayaan yang ada di sekolah, samada guru, persekitaran dll. pada masa itu. Murid pun tidak terlalu berbeza tingkahlakunya, begitu juga dengan perubahan persekitarannya. Walaupun begitu ada pendekatan menentukan TOV dengan mengambil pencapaian terbaik 3 atau 5 tahun sebelum ini ataupun dengan mengambil purata 3 atau 5 tahun. Menetapkan TOV berdasarkan pencapaian terkini adalah lebih praktikal berdasarkan keupayaan semasa.

NPQEL

5.1 6.2

10.1

78.6

A B C D

SOALAN 15

AR

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi Utama

TOV

ETR

2013 2014 2015 2016 2017 2018

98.22 93.21 90.54 Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh

semua murid.

Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR)

% Murid Lulus

A C B

TOV Take of Value (Nilai Titik Mula);

ETR Estimate Targeted Results (Keputusan Sasaran yang Disasarkan) AR Actual Results (Keputusan Sebenar)

15. Berdasarkan jadual di atas. Apakah nilai ETR ‘B’ pada tahun 2018 yang anda akan

tetapkan. A 91.00 B 93.99 C 96.00 D 99.00

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 30 36 59 458 5.1 6.2 10.1 78.6

Pensyarah

Dalam menentukan ETR ada beberapa cara. Antaranya ialah untuk memecah rekod pencapaian terbaik sebelum ini. Rekod terbaik adalah 98.22%. Jadi untuk pecahkan rekod adalah perlu melebihi 98.22 iaitu 99.00%. Pendekatan lain adalah dengan melihat pencapaian sekolah lain yang lebih baik prestasi berbanding sekolah sendiri. Sekolah yang menjadi penandaaras perlu lebih kurang sama dari banyak aspek, latar belakang murid dan ibu bapa.

NPQEL

6.7

65.9

12.3

15.1

A B C D

SOALAN 16

AR

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi Utama

TOV

ETR

2013 2014 2015 2016 2017 2018

98.22 93.21 90.54 Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh

semua murid.

Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR)

% Murid Lulus

A C B

TOV Take of Value (Nilai Titik Mula);

ETR Estimate Targeted Results (Keputusan Sasaran yang Disasarkan) AR Actual Results (Keputusan Sebenar)

16. Berdasarkan jadual di atas. Apakah nilai ETR ‘C’ pada tahun 2016 yang anda akan

tetapkan. A 91.00 B 93.00

C 96.00 D 99.00 Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 39 384 72 88 6.7 65.9 12.3 15.1

Pensyarah

TOV 90.54, 2016 93.00, 2017 96.00, 2018 99.00 (Berdasarkan kenaikan yang boleh digunapakai adalah 3.00 setahun) (99.00 – 90.00) bahagi 3 = 3.00 kenaikan tahunan

NPQEL

9.3 1.9

86.1

2.7

A B C D

SOALAN 17

AR

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi

Utama

TOV

ETR

2013 2014 2015 2016 2017 2018

90.21 90.45 92.32

Pencapaian prestasi

sahsiah yang tinggi oleh

semua murid.

Kehadiran ke

Sekolah

% Murid

Hadir Ke

Sekolah

Melebihi

90.00

Peratus

Kehadiran

Setahun

X Y

TOV Take of Value (Nilai Titik Mula)

ETR Estimate Targeted Results (Keputusan Sasaran yang Disasarkan)

AR Actual Results (Keputusan Sebenar)

17. Berdasarkan jadual di atas. Apakah nilai TOV ‘X’ yang anda akan tetapkan A 90.99 B 90.21 C 92.32 D 93.00

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 54 11 502 16 9.3 1.9 86.1 2.7

Pensyarah

Jika dilihat soalan ini, TOV masih tetap menggunakan kaedah tahun sebelum / terhampir. Tahun 2015 adalah pencapaian terbaik 3 tahun lepas, maka TOV akan bermula dengan pencapaian yang tertinggi..

NPQEL

8.1 4.1

80.8

7.0

A B C D

SOALAN 18

AR

Matlamat Strategik Objektif

Petunjuk

Prestasi

Utama

TOV

ETR

2013 2014 2015 2016 2017 2018

90.21 90.45 92.32

Pencapaian prestasi

sahsiah yang tinggi oleh

semua murid.

Kehadiran ke

Sekolah

% Murid

Hadir Ke

Sekolah

Melebihi

90.00

Peratus

Kehadiran

Setahun

X Y

TOV Take of Value (Nilai Titik Mula)

ETR Estimate Targeted Results (Keputusan Sasaran yang Disasarkan)

AR Actual Results (Keputusan Sebenar)

18. Berdasarkan jadual di atas. Jika kenaikan keberhasilan yang dicadangkan adalah 0.50

peratus setiap tahun. Apakah nilai ETR ‘Y’ yang anda akan tetapkan.

A 92.80 B 93.30 C 93.80 D 94.30

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 47 24 471 41 8.1 4.1 80.8 7.0

Pensyarah

Jika dilihat soalan ini, tahun 2015 adalah pencapaian terbaik 3 tahun lepas. TOV masih menggunakan kaedah tahun sebelum / terhampir. Jika keadaan sedemikian, untuk memecah rekod pencapaian bukan di tahun ke 3, ttp perlu ada kenaikan terus pada tahun 2016. 92.32 + 0.50 = 92.82 (2016); 92.82 + 0.50 = 93.32 (2017); 93.32 + 0.50 = 93.82 (2018)

24.3% (122)

15.1% (76)

6.4% (32)

NPQEL

6.3

7.2 3.8

82.7

A B C D

SOALAN 19

19. Analisis SWOT adalah alat yang akan digunakan oleh anda dan jawatankuasa untuk

mengenalpasti Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran / Ancaman sekolah. Manakah antara pernyataan berikut yang BETUL tentang Kekuatan?

I Institut Pendidikan Guru telah menjadikan sekolah En. Ahmad sebagai sekolah angkat.

II Kehadiran penjaga semasa hari pelaporan murid sentiasa melebihi 80 peratus.

III Semua guru mata pelajaran Sejarah menggunakan modul dalam pengajaran dan pembelajaran.

IV 90 peratus murid menunjukkan tahap kepuasan amat memuaskan terhadap persekitaran sekolah.

A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 37 42 22 482 6.3 7.2 3.8 82.7

Pensyarah

Dalam analisis SWOT, Kekuatan dan Kelemahan adalah perkara yang berkaitan dengan dalaman sekolah. Manakala Peluang dan Cabaran / Ancaman perkara yang berkaitan dengan luaran sekolah.

KEKUATAN

Faktor yang diambil kira semasa menyenaraikan Kekuatan adalah People = Sumber Manusia Resource = Sumber Bukan Manusia Inovation = Inovasi / kreatif Marketing = Pemasaran (Suka / Minat) Operation = Operasi Finance = Kewangan

KELEMAHAN

Faktor yang diambil kira semasa menyenaraikan Kelemahan adalah People = Sumber Manusia Resource = Sumber Bukan Manusia Inovation = Inovasi / kreatif Marketing = Pemasaran (Suka / Minat) Operation = Operasi Finance = Kewangan

PELUANG

CABARAN / ANCAMAN

NPQEL

Faktor yang diambil kira semasa menyenaraikan Peluang adalah

Politic Economic Social Technology Legistative Environment

Faktor yang diambil kira semasa menyenaraikan Cabaran / Ancaman adalah

Politic Economic Social Technology Legistative Environment

Dalam menulis Kekuatan / Kelemahan elak bersifat terlalu subjektif atau kabur. Seperti komitmen cikgu tinggi, ada guru cemerlang dan guru berpengelaman. Nyatakan angka supaya gambaran sebenar jelas. 90 % guru komitmen pada tahap 4 atau 5. Walau bagaimanapun menulis Peluang / Cabaran-Ancaman mungkin agak sukar memaparkan angka.

KEKUATAN

90 % murid hadir ke sekolah melebihi 95 % kehadiran setahun 80 % guru berpengalaman > 3 tahun 95 % guru menunjukkkan komitmen pada tahap 4 atau 5 80 % kelas mempunyai kelengkapan LCD 30 % guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara kolaboratif Tahap persepsi murid terhadap iklim sekolah adalah 3.5 (daripada 5 skala) 20 % guru berjaya dicerap sebanyak 2 kali setahun

KELEMAHAN

10 % murid hadir ke sekolah melebihi 95 % kehadiran setahun 20 % guru berpengalaman < 3 tahun 5 % guru menunjukkkan komitmen pada tahap 1, 2 atau 3 20 % kelas tidak mempunyai kelengkapan LCD 70 % guru tidak menggunakan pendekatan pembelajaran secara kolaboratif 70 % guru berjaya dicerap 1 kali 10 % guru tidak dicerap 20 % peruntukan tidak dibelanjakan diakhir tahun 2015

PELUANG

Kerjasama PIBG pada tahap 5 (Sangat Tinggi)

80 % penjaga berpendapatan > RM 1,500 sebulan.

10 % ibu bapa memiliki komputer dan talian internet di rumah

CABARAN / ANCAMAN

20 % Penjaga berpendapatan < RM 1500 sebulan 90 % ibu bapa tidak memiliki komputer dan talian internet di rumah

21.3

53.7

9.4

15.6

A B C D

SOALAN 20

20. Manakah antara pernyataan berikut merupakan pernyataan isu operasional?

I Guru-guru tidak cekap menggunakan komputer II Persekitaran pembelajaran yang kurang menyokong III Tahap pencapaian kecemerlangan akademik tidak memuaskan IV Sekolah kurang memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme A I dan III sahaja B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV Seorang yang berfikir strategik boleh membezakan antara Matlamat dan Cara. Isu Strategik adalah Isu yang berkaitan dengan MATLAMAT. Kejayaan mencapai Matlamat menentukan kejayaan mencapai Misi dan Visi. Matlamat adalah keberhasilan / kemenjadian daripada tindakan atau Cara yang telah dilaksanakan dan perlu dicapai dalam satu-satu tempoh masa tertentu. Isu Operasi adalah isu berkaitan dengan CARA. Jika isu operasi ini tidak dapat di atas, kemungkinan matlamat tidak tercapai. Sebagai contoh. Isu Operasi adalah “Guru-guru tidak cekap menggunakan komputer” ia akan menjejaskan keupayaan guru dalam mencapai kecemerlangan Akademik. Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 124 313 55 91 21.3 53.7 9.4 15.6

Pensyarah

NPQEL

39.6

7.2

30.9

22.3

A B C D

SOALAN 21

21. Bagi mencapai objektif di atas, anda dan jawatankuasa telah merangka inisiatif atau

strategi berikut I Kelas Tambahan II Pembimbing Rakan Sebaya III Meningkatkan jumlah latihan murid IV Menambah waktu pembelajaran

A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 231 42 180 130 39.6 7.2 30.9 22.3

Pensyarah

Inisiatif atau Strategi usaha yang boleh kita buat bagi mencapai Objektif yang telah ditetapkan. Inisiatif atau Strategi masih lagi umum sifatnya. Aktiviti adalah Program / Projek / Aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi Inisiatif / Strategi. Contoh objektif, supaya 100 % murid memperolehi sekurang-kurangnya C - Tingkatkan jumlah latihan murid - Laksanakan aktiviti Kelas Tambahan, PRS. Jadi Inisiatif / Strategi adalah himpunan beberapa Program / Projek / Aktiviti. Apa beza antara program dan projek. Program adalah himpunan beberapa projek. Sebagai contoh Program Sekolah Penyayang – antara projek yang dilaksanakan adalah Menyambut Kehadiran Murid ke Sekolah, Hadiah Kecemerlangan dll. Antara cadangan dalam menentukan Inisiatif / Strategi adalah mengenalpasti dulu Masalah – Cth. Murid tidak cukup latihan) yang membawa kepada prestasi akademik yang rendah. Tukarkan kepada usaha yang akan dibuat, cth. Meningkatkan kecukupan latihan. Inilah Inisiatif / Strategi yang akan digunakan. Jadi, untuk Meningkatkan kecukupan latihan, projek yang akan dijalankan adalah (1) Kelas Tambahan; (2) Kem Cuti Sekolah dll.

100 peratus murid memperolehi sekurang-kurangnya C dalam semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2015

Matlamat: Kecemerlangan Akademik

Yang Tinggi

Objektif:

GPS 2.0 PMR pada tahun 2018

Strategi:

Kecukupan Latihan

Program / Projek / Aktiviti: Kelas Tambahan (Petang)

Kelas Tambahan (Cuti Sekolah)

Datang dari isu operasi

(Tak cukup latihan) Datang dari isu yang lebih luas

(Tak cemerlang akademik)

NPQEL

8.9 2.6

83.7

4.8

A B C D

SOALAN 22

Menggunakan skala likert 1 - Amat Rendah

2 - Rendah

3 - Sederhana

4 - Tinggi

5 - Amat tinggi

22. Jadual di atas adalah matriks keputusan, kaedah pemilihan program / projek / aktiviti

yang anda dan jawatankuasa akan gunakan bagi menentukan keutamaannya. Manakah program / projek / aktiviti yang akan anda utamakan dahulu? A P1 B P2 C P3 D P4

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 52 15 488 28 8.9 2.6 83.7 4.8

Pensyarah

Bil Kriteria Pemilihan P1 P2 P3 P4

1 Tahap keupayaan melaksanakan proses kerja 2 3 5 4

2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 5 5 5 4

3 Keupayaan memperolehi sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat 4 2 2 3

4 Keupayaan memperolehi kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan 4 2 2 4

5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 5 5 5

6 Andaian hasil yang dijangkakan untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi 4 5 5 4

7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan 5 5 5 5

8 Rekod keberkesanan yang lepas 3 5 5 3

9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini 4 4 4 4

Jumlah Skor

Keputusan

NPQEL

Jumlahkan semua nilai. P1 = 35; P2 = 31; P3 = 38; P4 = 36. Matrik keputusan adalah alat yang digunakan bagi menentukan keutamaan dan kebolehlaksanaan sesuatu program / projek / aktiviti. Pastikan perkara yang ingin dilihat keutamaannya atau kebolehlaksanaan sesuatu yang jelas dan nyata pelaksanaannya, bukan sesuatu yang kabur. Sebagi contoh, jika strategi yang ingin dipilih, ”meningkatkan keberkesanan PdP”, ianya masih kabur kerana kita tidak dapat melihat lagi apakah aktiviti dan kerja yang akan dijalankan. Tetapi bagi ”meningkatkan keberkesanan PdP”, antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Pembelajaran Secara Kolaboratif, maka jelas ianya bersifat latihan (kurus dsb). Sudah boleh tentukan kos dsb.

2.6

20.1

72.0

5.3

A B C D

SOALAN 23

23. Anda telah merancang pelan taktikal. Menurut anda pelan taktikal adalah

A terdiri daripada strategi umum yang akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun

B terdiri daripada program atau projek yang akan dilaksanakan bagi memenuhi satu-satu strategi

C terdiri daripada program atau projek yang akan dilaksanakan bagi memenuhi satu-satu strategi dalam tempoh 1 tahun

D terdiri daripada program atau projek yang akan dilaksanakan bagi memenuhi satu-satu strategi dalam tempoh 3 tahun

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 15 117 420 31 2.6 20.1 72.0 5.3

Pensyarah

Pelan Taktikal terdiri dari Satu-satu Strategi yang di dalamnya ada beberapa Program / Projek / Aktiviti bagi menjayakan Strategi tersebut. Adakalanya Program / Projek / Aktiviti adalah sama, bagi memenuhi lebih daripada satu Strategi.

NPQEL

0.5 1.7

97.1

0.7

A B C D

SOALAN 24

24. Manakah antara berikut adalah yang terkandung dalam pelan taktikal anda bagi

melaksanakan strategi di atas I Mentor (Guru) Mentee (Murid) II Kempen Membaca III Penghargaan Murid IV Guru mengalu-alukan kehadiran murid

A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Jawapan Pilihan Responden

N

BILANGAN PERATUS A B C D A B C D

NPQEL 583 3 10 566 4 0.5 1.7 97.1 0.7

Pensyarah

Inisiatif / strategi merupakan himpunan beberapa program / projek / aktiviti. Inisiatif / strategi: Meningkatkan Kecergasan Murid Aktiviti: (a) Senam pagi; (b) Ceramah Kesihatan; (c) Menyediakan Air

Berpenapis; dll.

Mewujudkan budaya penyayang di kalangan guru terhadap murid

NPQEL

3.8

7.2

79.6

9.4

A B C D

SOALAN 25

25. Pelan operasi adalah subset rancangan kerja strategik yang merujuk kepada pelan

taktikal. Pelan operasi adalah huraian kerja setiap I aktiviti II strategi III program IV projek

A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Jawapan Pilihan Responden

N BILANGAN PERATUS

A B C D A B C D

NPQEL 583 22 42 464 55 3.8 7.2 79.6 9.4

Pensyarah

Strategi masih lagi bersifat umum. Program / Projek / Aktiviti adalah usaha yang dibuat bagi memenuhi Strategi. Pelan Operasi juga merupakan kertas kerja / kertas cadangan bagi melaksanakan sesuatu Program / Projek / Aktiviti.

NPQEL

SEMOGA SEDIKIT PENCERAHAN INI DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN KEFAHAMAN TERHADAP PEMIKIRAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK

A right school is like a motorcyle the have all the capabilities to be a champion. A motorcyle that have the engine power, technology, systems, engineering and technical support. Without the right driver, a motorcyle or a school will stay as merely a competitor. Thus to become a champion it need a character of a champion driver to drive and achive the desire goal. Looking forward to see this to happen. Although the small size of the motor or school. Sebuah sekolah adalah seperti motosikal yang mempunyai semua keupayaan untuk menjadi juara. Motosikal yang mempunyai kuasa enjin, teknologi, sistem, kejuruteraan dan sokongan teknikal. Tanpa pemandu yang betul, motosikal atau sekolah akan kekal sebagai pesaing semata-mata. Oleh itu untuk menjadi juara ia memerlukan watak pemandu seorang juara untuk memandu dan mencapai matlamat yang diinginkan. Melihat ke hadapan untuk melihat semua perkara ini berlaku. Walaupun saiz motor atau sekolah kecil. Fokus masalah kepada fokus penyelesaian (Problem focus to solution focus).

Untuk bacaan tambahan sila layari sesawang srikemuningindah.orgfree.com