ekonomi islam

58
SEU 231 Ekonomi Islam 201 3 PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN SEU 231 EKONOMI ISLAM SIDANG 2013/2014 “ANALISIS PRINSIP & PRODUK PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA” NAMA PENSYARAH : DR ZAKARIA BIN BAHARI BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK NO IC 01 NURAISYAH BINTI ANDO 117501 920805-12-6770 02 NURAZYDAH BINTI SULOTOHA 117502 921105-12-6782 03 TAN CHEONG CHUN 117513 921017-08-5319

Upload: independent

Post on 24-Jan-2023

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN

SEU 231

EKONOMI ISLAM

SIDANG 2013/2014

“ANALISIS PRINSIP & PRODUK PERBANKAN ISLAMDI MALAYSIA”

NAMA PENSYARAH : DR ZAKARIA BIN BAHARI

BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK NO IC

01 NURAISYAH BINTI ANDO 117501 920805-12-6770

02 NURAZYDAH BINTI SULOTOHA 117502 921105-12-6782

03 TAN CHEONG CHUN 117513 921017-08-5319

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

04 TEH POH GAIK 117516 921220-02-5936

05 YONG SIN EIE 117523 921124-02-5418

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Organisasi Penulisan

1-7

2.0

SOROTAN KAJIAN

2.1 Menyertai Polisi Insurans Konvensional

2.2 Malaysia willing to work with Britain to

promote Islamic finance

2.3 Kekurangan firma perundangan dalam kewangan

islam

2.4 Malaysia must provide best Islamic

8-11

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

financial and commercial services

2.5 Idea Perbankan Islam dapat memupukkan

kewangan hijau

2.6 Ulasan Artikel

3.0

METODOLOGI KAJAN

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Pengumpulan Data

3.3 Penganalisian Data

12-13

4.0

HASIL KAJIAN

4.1 Konsep Perbankan Islam

4.2 Prinsip-prinsip Perbankan Islam

4.3 Produk Perbankan Islam

4.4 Perbankan Islam sebagai Medium Baru Dakwah

14-25

5.0

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan Kajian

5.2 Implikasi data dan cadangan

5.3 Kekurangan dalam Kajian

5.4 Cadagan Kajian Lanjutan

26-29

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

6.0

RUJUKAN i

7.0

LAMPIRAN ii-v

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem perbankan Islam boleh dianggap sebagai satu sistem

yang masih baru jika dibandingkan dengan sistem perbankan

konvensional di Malaysia. Sekalipun tempoh pelaksanaan Skim

Perbankan Islam (SPI) telah menjangkau lebih daripada 20

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

tahun, namun sistem perbankan konvensional yang telah bertapak

lebih lama di negara ini iaitu sejak sebelum kemerdekaan telah

sebati dengan aktiviti harian masyarakat Malaysia.

Tuntutan untuk melaksanakan sistem muamalat Islam telah

termaktub dalam al-Qur'an. Antaranya Allah swt berfirman dalam

surah al-lsra ayat 26 yang bermaksud: " dan berikanlah kepada

kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya

masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu

dengan boros yang melampau-lampau." Allah swt juga tidak suka

kepada mereka yang kedekut dengan harta yang mereka miliki,

mereka hendaklah menggunakan harta mereka itu dengan jalan

yang sesuai dengan perkembangan semasa. Ini dapat dilihat dari

firman Allah swt yang bermaksud; " dan janganlah engkau

jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula

engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya kerana

akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela

serta kering keputusan".

Tambahan pula, tidak ada satu kajian yang mendalam tentang

trend keinginan masyarakat Melayu untuk menggunakan sepenuhnya

sistem muamalat Islam tersebut. Apakah masyarakat Melayu gagal

menggunapakai produk kewangan Islam itu disebabkan keengganan

mereka kesan daripada ketidakfahaman mereka dengan produk

Islam atau atas dasar mereka tetap menggunakan sistem

perbankan konvensional kerana dalam jangkaan mereka sistem

yang ditawarkan oleh perbankan konvensional mungkin lebih

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

cepat, mudah dan tidak membebankan. Malah tawaran yang

diberikan cukup menarik, atau sikap institusi kewangan Islam

tidak agresif untuk bersaing dengan sistem kewangan

konvensional dengan menawarkan produk-produk kewangan Islam

yang lebih menarik.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sejarah perbankan Islam di Malaysia

Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula

pada bulan September 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang

Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk

dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai

persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada

tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi

membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai

Lembaga Tabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983.

Penggubalan Akta Bank Islam 1983 telah membolehkan Bank Islam

yang pertama ditubuhkan dan seterusnya lebih banyak institusi

kewangan Islam telah ditubuhkan di dalam negara berikutan

liberalisasi sistem kewangan Islam. Sejak itu, industri ini

mengalami banyak perubahan dan kemajuan khususnya dalam

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

menyediakan perkhidmatan kewangan tanpa faedah bukan sahaja

kepada umat Islam, malah kepada masyarakat bukan Islam. Pada

tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan

mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan

perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki

mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam

daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada

percampuran dana. Bank Negara Malaysia juga telah

mengasaskan National Syariah Advisory Councilon Islamic Banking

and Takaful (NSAC) pada tahun 1997 sebagai kuasa tertinggi

dalam pembentukan interpretasi syariah dalam perbankan di

Malaysia dan untuk berunding dengan institusi kewangan Islam di

negara lain bagi menyeragamkan sistem ini di seluruh dunia.

Bank Islam Pertama di Malaysia

Bank Islam yang ditubuhkan pada 1983 adalah institusi

berasaskan Syariah pertama di Malaysia. Objektif utama

penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan operasi sebagai

bank perdagangan berlandaskan hukum syarak dan menyediakan

kemudahan kepada semua rakyat negara ini (Sudin Haron, 1999).

Matlamat jangka panjang BIMB adalah untuk mewujudkan sistem

perbankan Islam untuk beroperasi selari dengan perbankan

konvensional. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting untuk

mempunyai lebih banyak institusi kewangan Islam untuk beroperasi

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

dan membesarkan lagi pasaran kewangan Islam, maka BIMB telah

meluluskan konsep yang dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa

Faedah atau SPTF untuk membolehkan institusi kewangan sedia ada

menggunakan infrastruktur yang wujud bagi menubuhkan cabang

kewangan syariah.

Sejak penubuhannya, ia menjadi simbol perbankan Islam di

Malaysia dan visinya untuk menjadi “Pemimpin Global dalam

perbankan Islam” menggambarkan status Bank sebagai pemimpin dalam

industri perkhidmatan kewangan negara (“industri”). Bank Islam

telah berkembang dengan semakin kukuh seperti yang dapat dilihat

melalui prestasi kewangan dan modal berbayarnya, yang amat

penting dalam pertumbuhan asetnya. Sepanjang tahun ini, Bank

Islam telah memulakan beberapa program perluasan dengan

penglibatannya, antara lain dalam urus niaga penting Sukuk dan

Mandat Korporat. Setanding dengan semangat perintisnya, Bank

terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan lebih

menarik hingga berjaya meningkatkan bilangan pelanggan yang

memilih perbankan Islam sebagai alternatif sebenar kepada

perbankan konvensional. Senarai pelanggan yang semakin bertambah

ini serta penyelesaian perbankan yang sangat mengagumkan dan

berkualiti, telah diiktiraf oleh industri global yang ditunjukkan

melalui posisi Bank Islam yang berada dikalangan bank yang

terbaik di Malaysia.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Perkembangan Perbankan Islam di Dunia dan Negara Asia

Konsep perbankan Islam moden mula wujud pada tahun 1950an,

namun begitu situasi politik dunia pada waktu itu dengan

persaingan antara sistem kapitalis dan komunis

menyukarkan perkembangan perbankan berasaskan teologi. Banyak

negara-negara di benua arab ketika itu bercondong kearah kiri dan

agak khuatir terhadap pengaruh kuasa agama dalam politik manakala

negara-negara Islam di benua Afrika dan Nusantara dalam proses

mencapaikemerdekaan. Bank berkonsepkan Islam yang pertama telah

dibuka di Mit Ghamr, Mesir pada tahun 1963 tanpa menggunakan

perkataan syariah secara rasmi. Bank ini berasaskan model ‘German

Savings Bank’ yang diubahsuai berlandaskan konsep Islam (Clement

M.Henry, Rodney Wilson, 2004, hlm 267). Pada tahun 1973, Islamic

Development Bank (IDB) telah ditubuhkan pada sidang Menteri-

Menteri Luar OIC. Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB

dan telah membantu mengembangkan bank Islam di negara-negara

anggota. IDB juga terlibat dengan aktif dalam menggunakan dana

bank untuk membangunkan masyarakat muslim sedunia (About

IDB,2007). Antara bank-bank Islam yang mula ditubuhkan adalah

Dubai Islamic Bank pada tahun 1975 diikuti dengan Faisal Islamic

Bank of Sudan 1977, Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank

of Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahrain 1979, The

International Islamic Bank of Investment and Development,

Luxembourg, 1980 dan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Di sesetengah negara, sistem perbankan Islam telah menggantikan

sepenuhnya sistem kewangan konvensional. Bank Negara Sudan telah

mengarahkan semua bank di negara tersebut untuk mengharamkan riba

dan untuk menukar semua cara perbankan kepada sistem yang

berlandaskan syariah pada tahun 1984.

Kewangan Islam telah berkembang dengan begitu pesat sejak ia

mula dilaksanakan pada tahun 1970-an. Aset perbankan Islam global

dan aset di bawah pengurusan kewangan Islam pada masa ini telah

mencapai USD750 bilion dan dijangka mencecah USD1 trilion pada

2010. Kini, terdapat lebih daripada 300 institusi kewangan Islam

di 75 buah negara di seluruh dunia. Menurut Asian Banker Research

Group, 100 bank Islam terbesar di dunia telah mencatat kadar

pertumbuhan aset tahunan sebanyak 26.7% dan industri kewangan

Islam global mencatat pertumbuhan purata 15-20% setiap tahun.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian dilakukan bertujuan untuk menganalsis prinsip dan

produk yang ditawarkan dalam perbankan Islam. Oleh kerana

tidak terdapat kajian mendalam yang telah dilakukan dalam

bidang kewangan dan perbankan Islam di Malaysia sebagai medium

kepada gerakan dakwah. Pengkaji ingin menganalisis produk yang

ditawarkan dan kelebihan yang dimiliki oleh sistem perbankan

Islam sehingga boleh bertindak sebagai salah satu cara dakwah

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

melalui pengamalan konsep dan prinsip yang berlandaskan

syariah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Melalui penulisan ini beberapa ciri unik dan potensi yang

dimiliki oleh perbankan Islam akan ditonjolkan bagi

membuktikan industri perbankan Islam berpotensi dijadikan

antara saluran dakwah yang berkesan bagi menarik orang ramai

khususnya golongan bukan Islam di Malaysia kepada Islam

menerusi pengaplikasian produk serta perkhidmatan kewangan

patuh Syariah yang ditawarkan. Penulisan ini turut menjelaskan

hubungan perbankan Islam dengan peranan dakwah yang

kemudiannya diikuti sejarah ringkas pelaksanaan sistem

perbankan Islam di Malaysia di samping beberapa aspek yang

membezakan perbankan Islam dengan perbankan konvensional.

1.4 Objektif Kajian

i) Mengenal pasti konsep dan prinsip yang diamalkan dalam

perbankan Islam.

ii) Mendapatkan maklumat yang jelas tentang produk-produk

yang ditawarkan oleh perbankan Islam.

iii) Memperkasakan lagi sistem perbankan Islam sebagai medium

yang mampu dan mampan dalam membantu penyebaran dakwah

dan perkembangan ekonomi umat Islam.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

iv) Menyedarkan masyarakat bahawa sistem perbankan Islam

adalah standing dengan sistem perbankan konvensional

malahan lebih baik.

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah konsep dann prinsip yang diamalkan dalam perbankan

Islam?

ii) Apakah produk-produk yang ditawarkan oleh institusi

perbankan Islam.

iii) Sejauh manakah perbankan Islam berfungsi sebagai meduim

baru dakwah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman dan

menganalisis konsep, prinsip dan produk yang diamalkan dan

ditawarkan dalam perbankan Islam. Keputusan yang diperolehi

dari kajian ini diharap akan membantu dan digunakan pihak bank

dan pihak-pihak yang berkenaan bagi menilai serta merangka

strategi dan perancangan yang lebih berkesan bagi meningkatkan

lagi kefahaman dan penyertaan masyarakat bukan Islam di dlaam

sistem perbankan Islam.

Kajian ini adalah perlu berdasarkan kepada beberapa

kepentingan seperti berikut:

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

i) Dapat memberikan gambaran secara umum mengenai prinsip

perbankan Islam

ii) Dapat mengenalpasti produk-produkyang ditawarkan kepada

pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perbankan Islam

iii) Dapat memperlihatkan secara umum mengenai persepsi dan

penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap produk-produk

perbankan Islamyang ditawarkan

1.7 Skop Kajian

Skop kajian ini menumpukan kepada sistem perbankan yang

beroperasi di sekitar Pulau Pinang. Dalam kajian ini,

pengakaji hanya menggunakan instrument kajian berbentuk

diskriptif iaitu perpustakaan, dokumentasi, journal dan sumber

internet. Pengkaji tidak menggunakan instrument soal selidik

kerana data yang digunakan adalah daripada sumber sekunder.

1.8 Organisasi Penulisan

Bab 1

Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian, penyataan

masalah mengenai analisis prinsip dan produk perbankan Islam

secara mendalam dan permasalahan sejauh mana prinsip dan

produk perbankan Islam itu sendiri mampu dijadikan sebagai

medium baru dakwah. Bab ini turut membincangkan persolan-

persoalan kajian yang wujud sebelum ini dan signifikan kajian

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

yang dikaji dengan menghuraikan kepentingan kajian. Skop

kajian yang terbatas juga dinyatakan dalam bab ini.

Bab 2

Bab ini meringkaskan lima artikel terpilih yang berkaitan

dengan prinsip dan produk perbankan Islam secara khusus.

Secara umumnya, artikel yang terpilih juga berkaitan dengan

isu-isu perbankan Islam itu sendiri seperti servis

perkhidmatan perbankan Islam, daya usaha mempromosi produk-

produk perbankan Islam ke luar negara serta prinsip yang

berbeza dan haram bagi sistem perbankan Islam. Ulasan kelima-

lima artikel juga dirumuskan dan dirangkum secara khusus.

Bab 3

Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Bab ini akan menyatakan metodologi kajian yang merangkumi reka

bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan proses menjalankan

kajian. Metodologi kajian amat penting untuk memastikan kajian

yang dijalankan oleh pengkaji mengikut prosedur yang

sepatutnya dan dijalankan secara tersusun bagi mendapatkan

maklumat-maklumat dan data-data yang benar dan tepat. Akhir

sekali, pengkaji akan menyatakan cara data dianalisis

sepanjang proses kajian dilakukan.

Bab 4

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi

daripada kajian yang telah dilaksanakan. Bab ni akan

membincangkan, menjelaskan dan menjawab segala persoalan-

persoalan dan permasalahan yang wujud dalam bab 1. Pengkaji

akan membuat analisis terhadap produk-produk perbankan Islam

yang ditawarkan dari segi ketetapan dan kecakupannya dengan

prinsip-prinsip Islam,

Bab 5

Bab ini membincangkan dapatan dan rumusan daripada analisa

hasil kajian dalam bab 4. Pengkaji membuat rumusan dengan

memberikan rumusan tentang hasil kajian yang diperolehi

tentang prinsip dan produk perbankan Islam serta peranan

perbankan Islam sebagai medium dakwah baru. Cadangan untuk

kajian masa hadapan bagi kajian yang dijalankan juga

dikemukakan dengan jelas dalam bab ini. Implikasi daripada

hasil kajian juga akan dibincangkan.

BAB 2 : SOROTAN KAJIAN

2.1 Ringkasan Artikel : Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

By: Abdul Muhaimin Mahmood

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Pelbagai insuran konvensional mempuanyai hukum-hukum yang tidak

dapat diterima dalam sistem perbankan islam. Hukum-hukum tersebut

adalah seperti yang berikut:

a) Hukum insuran nyawa

- hukum ini mempunyai unsur yang tidak dapat diterima oleh

islam iaitu unsur gharar, unsur judi dan unsur muamalah

riba.

b) Hukum insuran am

- Pihak Muzakarah telah memutuskan hukum ini tidak

diharuskan dalam islam.

c) Hukum mempromosi produk insuran konvensional

- produk konvensional selalunya mempunyai unsur faedah

untuk menarik penggunanya. Contohnya, riba yang

diletakkan dalam insuran konvensional.

- Maka, muzakarah telah memutuskan hukum ini tidak

dibenarkan dalam sistem perbankan islam termasuk insuran.

- Selain itu, orang islam juga dilarang mempromosi produk

insuran konvensional.

Natijahnya, produk isuran konvensional adalah haram dan tidak

halal. Dengan ini, orang islam tidak dibenarkan mengguna produk

tersebut menurut konsep taqwa dan al-fain. Tetapi, perlindungan

insuran masih diperlukan untuk kebajikan rakyat islam. Untuk

mengatasi masalah ini, produk takaful yang tanpa konsep riba

dikeluarkan untuk pengguna islam bagi tujuan menggantikan produk

konvensional yang tidak halal.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Kesimpulannya, sistem perbankan dan kewangan islam dapat

mencapai matlamat al-falah yang tidak mementingkan kebendaan

melalui kewujudan takaful.

2.2 Ringkasan Artikel : Malaysia willing to work with Britain to

promote Islamic finance

Posted on November 2, 2013, Saturday

Malaysia sanggup dan rela untuk bekerjasama dengan Britian

untuk mempromosi Kewangan Islam dan meletakkan London sebagai

pusat kewangan islam dan pelaburan. Perdana Menteri Malaysia

menyatakan bahawa London adalah sesuatu tempat yang sesuai untuk

menghubungi muslam seluruh dunia keutamanya Europa. Hal ini dapat

mempromosikan produk dan idea perbankan islam yang mementingkan

kebajikan kepada dunia. Selain itu, terdapat ramai pakar

perbankan dalam London keutamanya daripada bank konvensional.

Dengan ini, sistem perbankan islam dapat mengumpul pakar-pakar

tersebut dan menggunakan pakar tersebut untuk mengembangkan idea

islam kepada keseluruhan dunia.

Konsep kewangan islam adalah lebih kepada pekongsian risiko.

Maka, produk kewangan islam adalah lebih stabil dan adil kepada

semua pelabur. Dengan ini, produk kewangan islam akan digemari

oleh semua pihak kerana kebajikan mereka dapat dipentingkan. Oleh

itu, al-falah boleh dicapai dalam masyarakat islam.

2.3 Ringkasan Artikel : Kekurangan firma perundangan dalamkewangan islam

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

The Malaysian Reserve | October 28, 2013

Malaysia mempunyai pasaran sukuk yang terbesar dalam dunia,

tetapi terdapat kekurangan peguam di dalam Malaysia untuk

mengurus urusniaga sukuk. Hal ini kerana Malaysia telah

menghadapi masalah brain-drain yang kronik dalam bidangan ini.

Pakar-pakar bidangan ini selalunya telah menghijrah ke tempat

yang terdapat permintaan buruh bidangan ini yang tinggi seperti

Gulf Cooperation Country.

Masalah ini juga memberikan kesan yang besar dalam sistem

perbankan dan kewangan islam. Kekurangan firma perundangan

memyebabkan penawaran tidak dapat memuaskan permintaan dalam

produk kewangan islam. Maka, masalah kelalaian dan masalah rasuah

mungkin berlaku dalam situasi ini. Seterusnya, terdapat juga

pihak yang ingin mendapat faedah yang tidak halal dalam kelalaian

ini. Oleh itu, keadilan dalam sistem perbankan islam akan

terjejas, maka matlamat al-falah susah dicapai.

Untuk menangani masalah ini, Malaysia mestilah menawarkan

program-program to menghasilkan modal insane bidangan ini. Walau

bagaimanapun, pendekatan ini susah mengatasikan masalah ini dalam

jangka masa yang pendek. Maka, pelaburan modal insane tersebut

seharusnya berlaku berturut-turut dalam jangka masa yang panjang.

Selain itu, Malaysia juga perlu member lebih insentif untuk

menarik modal insane untuk memasuk bidangan ini.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

2.4 Ringkasan Artikel : Malaysia must provide best Islamic financial and commercial services, says Rais Yatim

KUALA LUMPUR, Nov 6

Malaysia perlu menawarkan perkidmatan kewangan dan perniagaan

Islam yang paling di dunia, dikatakan oleh president IIUM, Rais

Yatim. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia perlu menarik

kedua-kedua pengguna Muslim dan bukan Muslim bagi tujuan

globalisasi kewangan islam. Hal ini kerana perindustrian kewangan

islam kini sedang bertumbuh keutamanya urusniaga sukuk dan bon

islam. Produk-produk tersebut telah menarik ramai pengguna bukan

Muslim dari Negara barat. Antaranya sebabnya adalah risiko yang

rendah kerana kewangaan islam mememtingkan konsep perkongsian

risiko. Dengan ini, kebajikan pengguna dapat dipentingkan bagi

tujian al-falah.

Sebagai pusat perbankan dan kewangan islam, pakar-pakar yang

mempunyai pengetahuan Islam amat diperlukan dalam Malaysia.

Untuk mengatasi masalah ini, IIUM akan menawarkan program yang

dapat melahirkan pakar kewangan islam, ekonomi islam, teori islam

dan undang-undang islam yang diperlukan oleh Malaysia. Dengan

ini, produktiviti Malaysia untuk mengurus urusniaga produk

perbankan dan kewangan islam dapat dipertingkatkan. Selain itu,

kebajikan pengguna produk islam dapat meningkat dengan status

kewangan islam yang stabil.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Kesimpulannya, pengguna bukan muslim dapat membandingkan

produk kewangan islam dan produk konvensional daripada segi

kebajikan. Dengan ini, pengguna bukan muslim akan memilih produk

islam yang berrisiko rendah walaupun faedahnya adalah rendah

daripada produk konvensional. Oleh itu, pengguna dapat mencapai

matlamat al-falah di bawah Allah swt tanpa mengira keuntungan.

2.5 Ringkasan Artikel 5: Idea Perbankan Islam dapat memupukkan

kewangan hijau

Perbankan islam merupakan sesuatu platform untuk memupuk kewangan

hijau dengan konsep mempromosi perlakuan dan nilai yang baik

dalam kegiatan ekonomi. Selain itu, perbankan islam bukan sahaja

merupakan sesuatu sistem kewangan islam tetapi juga merupakan

suatu sistem yang mememting kebajiakan masyarakat yang mempunyai

nilai positif.

Perbankan islam mempunyai konsep hijau kerana perbankan

islam boleh memastikan membangunkan persekitaran secara berturut-

nurut, sanggup menghadapi pemanasan global, pengurusan air yang

cekap, memastikan kemasukan tenaga wanita dan pembangunan indusri

perusahaan kecil. Dengan idea yang menarik tersebut, kewangan

islam telah bertumbah dalam populasi Jepun daripada segi sukuk

ijara. Selain itu, produk kewangan islam juga menarik pengguna

Canada dan Spain.

Oleh sebab permintaan yang tinggi, ramai bank konvensional

telah menawarkan produk kewangan islam dengan menubuh bank

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

kewangan islam bank konvensional masing-masing. Kesimpulannya,

idea perbankan islam adalah bank yang paling baik berbanding

dengan sistem bank konvensional yang hanya mementingkam

keuntungan bank melalui sistem riba.

2.6 Ulasan artikel

Sistem Perbankan Islam merupakan suatu sistem yang

mememtingkan matlamat al-falah dan bukannya keuntungan,

kenbendaan dan kemeterialan manusia. Dalam sistem perbankan

islam, riba dan untung tidak produktif seperti premiumadalah

diharamkan. Hal ini kerana kegiatan ini akan mnjejaskan sistem

pengagihan pendapatan rakyat iaitu orang miskin semakin miskin

dan orang kaya semakin kaya. Dengan ini, matlamat al-falah tidak

dapat dicapaikan kerana jurang pendapatan akan menimbulkan

masalah ketidakadilan. Maka, Sistem Perbankan Islam ialah sesuatu

yang sistem yang dapat menjaminkan keadilan.

Selain itu, Sistem Perbankan Islam menjaminkan kesejahteraan

manusia tanpa kira iaitu orang muslim atau bukan muslim. Hal ini

kerana semua manusia adalah dicipta oleh allah.swt, maka orang

bukan muslim juga boleh menikmati dunia al-falah yang dicipta

oleh allah. Seterusnya, Sistem Perbankan Islam juga mengharamkan

kegaitan pencemaran alam sekitar yang akan menjejaskan al-falah

pada masa yang akan datang. Maka, program yang pemeliharaan dan

pemulihan alam sekitar juga dilaksanakan berturut-turutnya.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Malaysia merupakan Negara yang amat berpontensi bagi Sistem

Perbankan Islam. Oleh itu, pembangunan modal insan perlu

diperhatikan supaya bidang ini dapat diperkembangakan sepenuhnya.

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai

untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang

efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian

ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan

pembentukan pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data dan

kaedah penganalisisan data.

3.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk membantu

pengkaji dalam usaha mendapatkan maklumat dan perincian data-

data supaya ianya menepati objektif kajian. Pengkaji telah

memilih kaedah aplikasi bagi mendapatkan maklumat berkaitan

dengan kajian ini. Kajian menggunakan kaedah aplikasi ini

menggunakan pendekatan kualitatif dan menganalisa dengan

menggunakan pendekatan diskriptif. la satu bentuk kajian

pengalisisan data dari pelbagai aspek dan pendekatan ini lebih

sesuai dan menepati dengan kehendak kajian yang akan dilakukan

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

bagi mendapatkan ketepatan keputusan dengan menggunakan data

sekunder.

3.2 Penggumpulan Data

Kajian ini menggunakan kaedah-kaedah pengumpulan

data dan fakta iaitu kaedah perpustakaan, kaedah dokumentasi

dan kaedah internet. Kaedah-kaedah ini diaplikasi oleh

pengkaji sepanjang proses pengkajian.

3.2.1 Kaedah Perpustakaan

Dalam proses kaedah perpustakaan, pengumpulan data dan

fakta sekunder dilakukan menerusi penyelidikan dan

pengkajian di perpustakaan seperti Perpustakaan Hamzah Sendut

I dan Perpustakaan Hamzah Sendut III. Melalui kaedah

perpustakaan ini, bahan kajian yang boleh didapati adalah

terdiri daripada buku-buku yang berkaitan dengan perbankan

Islam, majalah, akhbar, laporan-laporan dan bahan-bahan

bercetak yang relevan. Oleh itu, bagi memudahkan

pengkajian, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan

membuat pinjaman, membuat catatan sendiri dan membuat

salinan pendua bergantung kepada kepentingan dan keperluan

bahan-bahan tersebut kepada kajian yang dilakukan.

3.2.2 Kaedah Dokumentasi

Kaedah dokumentasi pula dilakukan apabila sesuatu bahan

tersebut tidak dapat ditemui dan didapati di mana-mana

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

perpustakaan. Kaedah dokumentasi ini membolehkan pengkaji

mendapatkan bahan-bahan kajian secara dokumen yang terdiri

daripada Annual Report dan juga risalah-risalah yang

diedarkan kepada pelanggan yang selalunya terdapat di

bank-bank yang mengendalikan Perbankan Islam berkaitan

seperti Bank Islam Malaysia. Data juga didapati daripada

maklumat yang diperolehi daripada kajian yang telah

dilakukan tentang Perbankan Islam oleh mana-mana institusi

kewangan yang berkaitan dengan Perbankan Islam.

3.2.3 Kaedah Internet

Penyelidikan menggunakan kaedah internet dilakukan bagi

mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di

perpustakaan mahupun institusi berkaitan. Bagi kaedah

internet melalui laman web, laman web utama ialah laman

web kerajaan Bank Negara Malaysia dan laman web sampingan

ialah Google dan Yahoo. Kaedah internet membolehkan

pengkaji mendapatkan bahan-bahan yang sukar didapati

terutamanya bahan dari luar negara.

3.3 Penganalisan Data

Data-data yang diperoleh dari pelbagai sumber dianalisiskan

sebelum diaplikasikan dalam kajian ini. Data dikumpul dan

digunakan selaras dengan objektif kajian, iaitu mengenai

produk-produk yang ditawarkan dalam perbankan Islam dan

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

mengenal pasti keupayaan perbankan Islam dalam menangani

kegawatan ekonomi. Kaedah pemerhatian dan penjelasan digunakan

untuk menganalisis data ini. Dalam proses pemerhatian, kami

mengenalpastikan tafsiran tentang objektif kajian. Dengan

menggunakan kaedah penjelasan seperti jadual, gambar rajah dan

sebagainya bagi menerangkan data yang diperoleh supaya ia

lebih mudah difahami.

BAB 4 : HASIL KAJIAN

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang

Islam (Syariah), iaitu qh muamalat (peraturan Islam dalamfi

transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam qh muamalatfi

berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang

Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama

mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara

baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha

daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai

melalui kaedah istinbat (ijtihad).

4.1 Konsep Perbankan Islam

Perbankan Islam merujuk kepada satu sistem yang diwujudkan

bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada

umat Islam. Ia merupakan pengendalian perbankan yang berlandaskan

undang-undang Islam (Syariah), iaitu qh muamalat (peraturanfi

Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

qh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumberfi

undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan

pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah

(ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi

(qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan

sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Manakala sistem perbankan Islam pula bermaksud institusi kewangan

yang beroperasi dengan objektif untuk mengimplementasikan prinsip

ekonomi dan kewangan Islam dalam arena perbankan.

Perbankan Islam juga merupakan konsep normatif yang boleh

ditakrifkan sebagai pengurusan bank yang bersesuaian dengan

sistem nilai Islam. Apabila sesuatu sistem perbankan dianggap

sebagai Islam, setiap urus niaganya adalah berasaskan kepada

konsep perkongsian untung dan rugi yang didasari oleh ekuiti para

peserta. Asas bagi urus niaga tersebut pula adalah konsep

perkongsian dengan pelanggan, bukan sebagai penghutang dengan

pemiutang. Dalam erti kata lain, perbankan Islam bukan sahaja

terhenti pada prinsip penghapusan faedah. Perbankan Islam tidak

membenarkan pembayaran dan penerimaan faedah sementara

menggalakkan perkongsian keuntungan. Bank-bank dan institusi-

institusi kewangan Islam yang menawarkan produk perbankan

dikehendaki menubuhkan satu jawatankuasa penasihat Syariah untuk

menasihatkan  mereka mengenai peraturan Syariah dan memastikan

bahawa mereka beroperasi mengikut prinsip-prinsip Syariah. 

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

4.2 Prinsip-Prinsip Perbankan Islam

a. Al - Wadiah (Akaun Simpanan)

Wadiah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta

sebagai amanah. Dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan

wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank. Bank akan

menjamin keselamatan barang yang di simpan oleh pelanggannya.

Produk perbankan yang mengamalkan konsep ini ialah deposit

tabungan dan deposit semasa. Mekanisme operasi Al-Wadiah adalah

seperti berikut:

1. Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut

akan dipulangkan kepada anda.

2. Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.

3. Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit

pelanggan dan membayar Hibah (hadiah) jika perlu.

4. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan

deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit.

b. Al - Mudharabah (Berkongsi untung)

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara

pemodal dan pengusaha. Pemodal akan menyediakan dana bagi

pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan

hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga

tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

dipersetujui. Keuntungan atau kerugian akan dibahagikan antara

pemodal dan pengusaha. Urus niaga perbankan berdasarkan prinsip

ini ialah deposit tabungan, deposit pelaburan am, pembiayaan

projek dan perkongsian serta unit amanah. Mekanisme operasi

Mudarabah adalah seperti berikut :-

1. Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan

terma dalam perjanjian Mudarabah.

2. Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang

dipersetujui.

3. Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.

4. Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank

berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.

5. Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan

mengurangkan nilai aset/ pelaburan dan seterusnya, amaun dana

yang telah anda laburkan di bank.

c. Musyarakah (Usaha Bersama)

Musyarakah ialah satu persetujuan usaha bersama di antara anda

dan bank di mana keuntungan dan kerugian kedua-duanya dikongsi

mengikut syarat persetujuan yang mungkin tidak sama nisbahnya

dengan pelaburan yang dibuat. Bagaimanapun, kerugian yang dialami

akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap

rakan kongsi. Produk perbankan yang menggunakan konsep ini ialah

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

pembiayaan projek, pengeluaran surat kredit, perkongsian dan unit

amanah.

d. Murabahah (Tambahan Kos)

Berdasarkan konsep ini, pembiayaan kewangan akan berdasarkan

konsep tambah untung, iaitu harga dikenakan kepada pelanggan

merupakan harga setelah mengambil keuntungan, iaitu kos tambah

untung. Dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli

kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan

dibuat. Produk yang mengamalkan prinsip ini ialah pembiayaan

modal, overdraf, bil penerimaan Islam dan pembiayaan kredit

eksport.

e. Al - Bai’ Bithaman Ajil (Jualan Pembayaran Tertunda)

Prinsip ini ialah jual beli dengan harga tangguh. Konsep ini

merupakan kontrak berdasarkan prinsip jualan dengan harga

ansuran, di mana harga jualan akan dibayar secara hutang dengan

bayaran ansuran dalam satu jangka masa tertentu. Produk perbankan

yang menggunakan prinsip ini ialah pembiayaan perumahan,

pembiayaan harta komersial, kad kredit, pembiayaan bon kerajaan

dan sijil deposit Islam boleh runding. Mekanisme operasi Al-Bai’

Bithaman Ajil adalah seperti berikut :

1. Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

2. Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan

membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk

keuntungan.

3. Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.

4. Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.

5. Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset

kepada anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk

keuntungan.

6. Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu

tempoh yang telah dipersetujui.

f. Al - Wakalah (Agensi)

Al-Wakalah bermaksud wakil atau agensi. Dalam kontrak wakalah,

satu pihak melantik wakil bagi pihak dirinya yang dalam hal ini

wakil diberi kuasa untuk melaksanakan tugas bagi pihak dirinya.

Produk perbankan yang mengamalkan konsep ini ialah surat kredit

dan kad kredit. Contohnya, seorang pelanggan meminta bank membuat

pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu.

Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk

melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank

akan dibayar atas perkhidmatannya.fi

g. Qardhul ul - Hassan (Pinjaman Ikhsan)

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Qardhul ul-Hassan ialah hutang/pinjaman ikhsan. Ia merupakan aqad

pinjaman ikhlas, iaitu pinjaman tanpa komisen. Pihak yang

meminjam tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan daripada

pinjamannya. Produk yang menggunakan konsep ini ialah pembelian

bon, pembiayaan projek peribadi dan pembiayaan pelaburan

kerajaan.

h. Al - Ijarah Thumma Al Bai’ (Sewa Beli)

Ijarah bermaksud sewa. Terdapat dua kontrak di bawah prinsip sewa

beli ini. Yang pertama ialah kontrak ljarah

(pemajakan/penyewaan), iaitu apabila anda menandatangani satu

persetujuan dengan bank anda untuk memajak kereta daripada bank

pada sewa dan tempoh masa yang dipersetujui.  Kedua ialah kontrak

Bai’ (pembelian), iaitu apabila tempoh pemajakan tamat kontrak

itu berkuatkuasa dan membolehkan anda membeli kereta itu pada

harga yang dipersetujui. Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’

(Sewa beli) adalah seperti berikut :-

1. Anda memilih kereta yang ingin dibeli.

2. Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar

deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta

tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.

3. Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

4. Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.

5. Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda.

6. Anda membayar sewa Ijarah untuk suatu tempoh yang telah

ditetapkan.

7. Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada

anda pada harga yang telah dipersetujui.

i. Bai’ al-Inah (Persetujuan Jual dan Beli Balik)

Prinsip ini merupakan satu kontrak jual beli hutang-tunai.

Kontrak pembelian barang adalah secara hutang manakala penjualan

semula barang adalah secara tunai. Kontrak ini dilakukan adalah

untuk tujuan mendapatkan wang tunai. Pinjaman yang dilaksanakan

di bawah konsep ini ialah pinjaman untuk mendapatkan keperluan

wang tunai yang dikenali sebagai pinjaman peribadi.

j. Hibah (Hadiah)

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai

balasan kepada manfaat yang diterima. Contohnya, dalam simpanan

yang beroperasi di bawah Wadi’ah, bank lazimnya membayar kepada

penyimpan Wadi’ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin

membuat simpanan mereka di bank.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

k. Al - Ujr (Fi)

Al-Ujr bermaksud ganjaran atau upah. Ia merupakan satu kaedah

yang menunjukkan bahawa perkhidmatan yang diberi akan dikenakan

komisen atau yuran perkhidmatan. Produk perbankan yang

menggunakan prinsip ini ialah sekuriti bank, jaminan penghantaran

perkapalan, pindahan dana, cek kembara dan pertukaran mata wang

asing.

l. Bai’ Al – Dayn (Jual beli hutang)

Ia merupakan kontrak atas prinsip jual beli hutang, iaitu

penjualan kontrak hutang. Produk yang menggunakan prinsip ini

ialah pemfaktoran, bil penerimaan Islam dan pembiayaan kredit

eksport.

m. Al – Istisna’ (Pesanan)

Ia merupakan kontrak jual beli barang tempahan sama ada dengan

mendahulukan harganya atau tidak. Pembeli boleh membuat tempahan

daripada pembuat barang dan harganya boleh dibayar dahulu atau

dibayar kemudian. Amalan yang menggunakan konsep ini ialah

pembiayaan perumahan, bridging/financing dan pembiayaan projek.

n. Al – Kafalah (Jaminan)

Kontrak ini merupakan kontrak jaminan yang diberikan oleh satu

pihak untuk menanggung liabiliti pihak yang lain sekiranya pihak

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

tersebut gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Produk yang

mengamalkan konsep ini ialah jaminan tender, jaminan prestasi,

jaminan deposit sekuriti dan bon kastam.

4.3 Produk Perbankan Islam

Institusi perbankan Islam menawarkan pelbagai produk kewangan

kepada pengguna yang mencari produk kewangan berlandaskan

prinsip-prinsip Syariah.

Kategori Produk Prinsip Syariah

DepositAkaun Semasa-i Al-Wadiah, Mudharabah &

QardAkaun Simpanan-i Al-Wadiah, Mudharabah &

Qard

Pelaburan

Komoditi

Murabahah-i 

Murabahah/ Tawarruq/

WakalahAkaun Pelaburan

Am-i

Mudharabah & Qard

Akaun Pelaburan

Khas-i

Mudharabah

Akaun Pelaburan

Spesifik-i

Mudharabah

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Pembiayaan

Berdasarkan

Dana

Pembiayaan Aset-i Tawarruq/ Murabahah,

Mudharabah, Musharakah &

IjarahPembiayaan

Bersandarkan

Aset-i

Ijarah

Pinjaman Ihsan-i QardPendiskaunan

Blok-i

Bai'Dayn

Pembiayaan

Penyambung-i

Istisna', Bai Bithaman Ajil

Pembiayaan Lot

Banglo-i

Bai Bithaman Ajil

Barisan Tunai-i Bai' Inah, Bai' Bithaman

Ajil & MurabahahPembiayaan Kelab

Keahlian-i

Bai Bithaman Ajil

Pembiayaan

Komoditi

Murabahah-i

Murabahah/ Tawarruq

Pembiayaan

Komputer-i

Bai' Bithaman Ajil

Pembiayaan

Kontrak-i

Murabahah, Bai' Bithaman

Ajil, Istisna', Musharakah,

Mudharabah, IjarahPembiayaan Murabahah, Bai' Bithaman

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Pendidikan-i Ajil,Bai'InahPembiayaan

Peralatan-i

Bai' Bithaman Ajil

Kemudahan

Pemfaktoran-i

Bai'Dayn

Pembiayaan Aset

Tetap-i

Bai' Bithaman Ajil

Pembiayaan

penstokan lantai-

i

Murabahah, Bai' Bithaman

Ajil

Agensi-i WakalahPembiayaan

Perumahan-i

Bai' Bithaman Ajil,

Istisna', Variable Rate

Bai' Bithaman AjilSewa Beli

Industri-i

Ijarah

Pembiayaan Tanah-

i

Bai' Bithaman Ajil

Pajakan-i IjarahPajak Gadai-i Rahnu (Qard and Wadiah Yad

Dhamanah), Rahnu (Qard)Pembiayaan

Peribadi-i

Bai' Bithaman Ajil,

Murabahah, Bai'InahPembiayaan Loji &

Mesin-i

Bai' Bithaman Ajil,

Istisna', IjarahPembiayaan Bai' Bithaman Ajil,

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Projek-i Istisna, Ijarah,

Musharakah, Mudharabah,

Tawarruq/ MurabahahPembiayaan

Hartanah-i

Bai' Bithaman Ajil,

Istisna', Variable Rate

Bai' Bithaman AjilKemudahan Kredit

Pusingan-i

Bai' Bithaman Ajil,

Murabahah, Hiwalah,

Bai'InahPembiayaan Saham-

i

Bai' Bithaman Ajil, Bai'

InahPembiayaan

Membeli Rumah-i

Bai' Bithaman Ajil,

Istisna', Variable Rate

Bai' Bithaman AjilPembiayaan

Runcit-i

Bai' Bithaman Ajil

Pembiayaan

Bersindiket-i

Istisna', Bai Bithaman

Ajil, IjarahPembiayaan

Berjangka-i

Bai' Bithaman Ajil,

Variable Rate Bai' Bithaman

AjilPembiayaan

Lawatan-i

Bai' Bithaman Ajil

Pembiayaan Umrah

& Ziarah-i

Bai' Bithaman Ajil

Pembiayaan Ijarah, Bai' Bithaman Ajil,

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Kenderaan-i MurabahahPembiayaan Modal

Kerja-i

Murabahah, Bai' Bithaman

Ajil, Tawarruq/ Murabahah,

Musharakah, Mudharabah

Pembiayaan

Berdasarkan Fi

Bil Setuju-i Murabahah, Bai' DaynJaminan Bank-i KafalahBil Pertukaran-i WakalahPembiayaan Semula

Kredit Eksport-i

Murabahah & Bai' Dayn

Surat Kredit-i Wakalah, Murabahah, Ijarah,

Bai' Bithaman AjilJaminan

Perkapalan-i

Kafalah

Resit Amanah-i Wakalah, Murabahah

Kewangan

Perdagangan

Bil Setuju-i Murabahah, Bai' DaynJaminan Bank-i KafalahBil Pertukaran-i WakalahPembiayaan Semula

Kredit Eksport-i

Murabahah & Bai' Dayn

Surat Kredit-i Wakalah, Murabahah, Ijarah,

Bai' Bithaman AjilJaminan

Perkapalan-i

Kafalah

Resit Amanah-i Wakalah, MurabahahKad Caj-i QardKad Kredit-i Bai' Inah, Bai' Bithaman

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Servis KadAjil

Kad Debit-i Ujr

4.4 Perbankan Islam Sebagai Medium Baru Dakwah

Sistem perbankan Islam merujuk kepada setiap urus niaganya

adalah berasaskan kepada konsep perkongsian untung dan rugi

yang didasari oleh ekuiti para pelanggan. Asas bagi urus niaga

tersebut pula adalah konsep perkongsian dengan pelanggan,

bukan sebagai penghutang dengan si pemiutang. Dalam erti kata

lain, perbankan Islam bukan sahaja terhenti pada prinsip

penghapusan faedah. Pada dasarnya, institusi perbankan Islam

ditubuhkan adalahuntuk menyediakn perkhidmatan perbankan

alternatif kepada umat Islam. Melalui dasar ini, institusi

perbankan Islam dapat ditonjolkan secara tidak langsung dan

berpotensi menjadi medium baru dakwah di Malaysia ekoran

keupayaan menarik minta orang ramai sama ada dalam kalangan

masyarakat Islam dan juga bukan Islam untuk menggunakan produk

dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan. Oleh itu, perbankan

Islam dapat memainkan dua fungsi secara serentak iaitu

menyediakan produk serta perkhidmatan perbankan tanpa riba

yang dituntut kepada umat Islam dan berperanan dalam

memperkembangkan aktiviti dakwah.

Apabila bank Islam pertama di Malaysia telah diperbadankan

pada 1983, institusi kewangan Islam telah banyak mengalami

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

perubahan dan kemajuan khususnya dalam menyediakan

perkhidmatan kewangan tanpa faedah bukan sahaja kepada umat

Islam, malah kepada masyarakat bukan Islam. Dalam konteks

dakwah, ia boleh dikatakan menjadi satu cara berdakwah dengan

kesan khususnya dari aspek menzahirkan kesyumulan dan

keindahan Islam, dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang

bukan sahaja unik malah boleh diterima oleh semua golongan.

Sehubungan itu, bahagian ini menjelaskan bagaimana industri

perbankan Islam boleh dijadikan medium baru dakwah bagi

menarik lebih ramai masyarakat bukan Islam untuk mendekati

Islam sama ada secara langsung ataupun sebaliknya. Berikut

merupakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh industri

perbankan Islam yang mampu menarik minat orang bukan Islam

untuk mendekati Islam dan menggunakan perkhidmatan yang

ditawarkan.

i) Bebas daripada unsur faedah (riba) yang membebankan

Sebarang faedah atau tambahan yang dikenakan akan

membebankan seseorang dan seterusnya akan mewujudkan jurang

yang luas antara golongan kaya dan golongan miskin.

Larangan pengenan faedah bukan sahaja terdapat dalam agama

Islam tetapi juga kepada Yahudi dan Kristian dan dianggap

boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat dan

menjejaskan ekonomi. Prinsip yang diamalkan oleh perbankan

Islam ini secara tidak langsung dapat menarik lagi minta

orang bukan Islam untuk mendekati Islam.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

ii) Kepelbagaian produk

Pengumpulan kekayaan amat digalakkan dalam Islam tetapi

tidak melaui kaedah menghasilkan wang dengan wang. Setiap

transaksi yang dilakukan perlu didasari oleh aset atau wujud

perusahaan atau aktiviti pelaburan yang memerlukan

pembiayaan. Implikasinya orang ramai melihat perbankan Islam

hamper menyerupai operasi perbankan konvensional yang

dilihat konservatif dan mengamalkan prinsip-prinsip

perbankan tulen. Bagi pelanggan bukan Islam, mereka tidak

perlu risau akan keadaan ini. Hal ini kerana, walaupun

syarat transaksi dilihat ketat, namun perbankan Islam masih

mampu menghasilkan pelbagai jenis produk kewangan dan

instrumen kewangan yang berdaya saing bermula daripada

instrumen tradisi iaitu perkhidmatan deposit dan pembiayaan

hingga melibatkan produk-produk bermutu tinggi seperti

pembiayaan perdagangan, hartanah, saham dan sebagainya.

iii) Pengurusan yang cekap dan berkesan

Terdapat perbezaan yang jelas antara perbankan Islam dan

konvensional. Perbankan Islam berasaskan kepada ekuiti

sedangkan bank konvensional pula berasaskan pinjaman. Bank

Islam bergantung sepenuhnya kepada perjanjian pembahagian

untung rugi, jadi dalam hal ini bank Islam perlu memberi

perhatian yang lebih dari semasa ke semasa terhadap operasi

perniagaannya dengan pelanggan berbanding perbankan

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

konvensional. Sebuah bank konvensional lebih cenderung untuk

mendapatkan faedah daripada peminjam justeru kurang

bertanggungjawab dalam menyediakan bimbingan kewangan yang

tepat dalam usaha memaksimumkan keuntungan kerana tidak

mempunyai bahagian dalam projek perniagaan ataupun

pelaburan. Manakala di pihak bank Islam, mereka mempunyai

kepentingan langsung bagi menggalakkan amalan pengurusan

yang baik dan efektif dalam perniagaan dan pelaburan yang

diceburi oleh pelanggan mereka.

iv) Perbankan Islam lebih murah

Dalam sistem pinjaman konvensional yang berasaskan faedah,

jika berlaku sebarang kemungkiran di pihak peminjam, kadar

faedah pinjaman akan terus meningkat secara automatik yang

berfungsi sebagai pencegah kepada kemungkiran. Keadaan ini

amat membebankan pihak pelanggan khususnya kepada mereka

yang membuat pembiayaan. Akan tetapi dalam perbankan Islam,

tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan. Kadar yang

dikenakan oleh perbankan Islam bersifat tetap sepanjang

tempoh pembayaran balik oleh pelanggan. Walaubagaimanapun

dalam perbankan konvensional, jumlah bayaran balik pinjaman

akan menjadi lebih mahal berbanding perbankan Islam kerana

kadar faedahnya sentiasa berubah bergantung kepada perubahan

kadar asas pinjaman walaupun pada peringkat awal pinjaman

dibuat ia kelihatan lebih murah. Kelebihan ini digunakan

sepenuhnya oleh pelanggan bukan Islam di negara ini yang

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

merupakan pelanggan terbanyak yang membuat pembiayaan di

bank-bank Islam.

v) Perbankan untuk semua

Prinsip perbankan Islam adalah berlandaskan syariah untuk

memenuhi keperluan umat Islam. Walaubagaimanapun,

perkhidmatan perbankan ini tidak hanya terbatas kepada umat

Islam, tetapi juga boleh digunakan oleh masyarakat bukan

Islam. Buktinya sehingga kini produk dan perkhidmatan

perbankan Islam mendapat sambutan luar biasa di kalangan

pelanggan bukan Islam di seluruh dunia. Institusi kewangan

gergasi bertaraf antarabangsa termasuk institusi kewangan

domestik juga turut terlibat dalam menawarkan perkhidmatan

perbankan Islam.

BAB 5 : RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Ringksan Kajian

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, pengkaji mendapati

bahawa persoalan kajian tentang apakah prinsip yang diamalkan

dalam perbankan Islam telah pun terjawab. Ya, sememangnya

perbankan Islam mempunyai beberapa konsep dan prinsip yang

telah dijadikan sebagai penanda aras pelaksanaan perbankan

Islam secara menyeluruh. Ini dapat dilihat melalui analisa

data yang diperolehi daripada Mustafa Dakian (2005) dalam

bukunya Sistem Kewangan Islam. Prinsip dan konsep yang

diperkenalkan adalah menepati nas-nas daripada al-Quran dan

Al-Sunnah seperti Wadi`ah (Simpanan), Mudarabah (Perkongsian

keuntungan),

Bai’ Bithaman Ajil, Murabahah, Musyarakah dan Ijarah Thumma

Bai’, Wakalah, Hibah, dan Qardhul ul-Hassan. Manakala untuk

persoalan kedua, apakah produk-produk yang ditawarkan oleh

instiitusi perbankan Islam juga telah terjawab. Pengkaji telah

menyenaraikan dan membincangkan produk-produk perbankan Islam

dengan jelas mengikut kategori pelbagai aspek seperti deposit,

pelaburan, pembiayaan berdasarkan dana, pembiayaan berdasarkan

fi’, kewangan perdagangan dan servis kad. Ini dapat dilihat

bahawa semua produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam

adalah selari dengan kehendak syariah dan seiring dengan

sistem perbankan Islam yang memperkenalkan konsep keadilan,

pengharaman riba dan kadar faedah terhadap pembiayaan serta

operasi yang berlandaskan sistem nilai Islam.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Perbankan Islam juga menampilkan produk khusus yang

membezakan bank-bank Islam daripada bank-bank lain yang

berlandaskan falsafah perbankan yang berbeza. Dalam

menjalankan aktiviti-aktiviti perbankan dan pembangunan,

perbankan Islam turut menitikberatkan implikasi sosial yang

terhasil oleh sebarang keputusan atau tindakan yang diambil.

Sebaliknya, perbankan Islam mengimbangi objektif kebendaan dan

sosial yang akan memenuhi keperluan masyarakat secara

keseluruhannya, serta membantu mereka untuk memenuhi peranan

masing-masing di dalam lingkungan jaminan sosial bersama.

Persoalan ketiga kajian iaitu sejauh manakah perbankan Islam

bertindak sebagai medium dakwah baru juga telah dijawab. Ya,

sememangnya prinsip dan produk yang ditawarkan oleh perbankan

Islam secara tidak langsung menjadi medium dakwah baru apabila

bank Islam berjaya mengatasi halangan-halangan psikologi dan

prejudis daripada masyarakat. Malah, produk demi produk yang

ditawarkan dan tahap perkhidmatan yang bertamabah baik dari

masa ke masa turut meningkatkan imej perbankan Islam. Tidak

dinafikan bahawa sasaran pelanggan perbankan Islam yang utama

ialah masyarakat Islam namun masyarakat bukan Islam turut cuba

bermuamalat dengan perbankan Islam. Sesungguhnya keupayaan dan

keutuhan konsep dan prinsip perbankan Islam mampu menjadi

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

medium dakwah baru lebih-lebih lagi apabila apabila kejayaan

perbankan Islam melepasi halangan kegawatan ekonomi yang

melanda Malaysia akhir tahun 1997. Jadi, tidak hairanlah kini

masyarakat telah berpaling dan bertukar kepada perbankan

Islam.

5.2 Implikasi Data dan Cadangan

Dapatan dari kajian ini sesungguhnya memberikan keputusan

yang memberangsangkan. Meskipun keputusan tidak 100% , namun

ia telah membuktikan bahawa prinsip dan produk perbankan Islam

semakin meluas penggunaannya di Malaysia.

Bagi pihak Kerajaan Malaysia seharusnya lebih menitik

beratkan untuk menggubal lebih banyak undang-undang khusus

untuk melaksanakan prinsip dan produk perbankan Islam. Walau

bagaimanapun, komitmen kerajaan yang menggubal undang-undang

sebelum ini juga harus dipuji. Pada masa ini, ada dua akta

berkaitan kewangan Islam iaitu Akta Bank Islam 1983 dan Akta

Takaful 1984 yang diguna pakai lebih dua dekad. Diharap pada

masa akan datang bukan sahaja lebih banyak undang-undang

khusus digubal tetapi ia juga melibatkan lebih banyak hubungan

diplomasi dua hala kerjasama antara Malaysia dengan negara

lain dalam usaha mengumpul lebih banyak modal dan dana untuk

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

mengembangkan dan memperluaskan pelaksanaan prinsip dan produk

perbankan Islam.

Sektor perbankan Islam juga perlu melahirkan lebih ramai

tenaga pakar dalam perbankan Islam. Tenaga pakar tersebut

hendaklah dilatih secara kondusif supaya mempunyai kredibiliti

dan kemampuan untuk menguruskan aktiviti perbankan Islam

secara cekap. Bahkan, tenaga pakar tesebut juga harus

didedahkan secara mendalam tentang prinsip dan produk

perbankan Islam itu sendiri kerana sehingga ke hari masih

ramai tenaga kerja perbankan Islam gagal untuk menerangkan

dengan jelas kepada para pelanggan tentang prinsip dan produk

yang ditawarkan dalam perbankan Islam. Sokongan pihak kerajaan

juga amat diperlukan dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga

pakar dalam sektor perbankan Islam.

Bagi pihak masyarakat pula mereka perlulah sentiasa peka

dengan prinsip dan produk perbankan Islam. Penduduk Malaysia

perlulah berusaha meningkatkan tahap keintelektualan mereka

tentang operasi dan produk perbankan Islam dan tidak lagi

berada di takuk yang lama seperti “katak di bawah tempurung”.

Sikap positif masyarakat perlulah dipupuk sehingga mereka

sanggup menerima perubahan dan menukar perbankan mereka dari

perbankan konvensional kepada produk perbankan Islam kerana

perkara ini juga dituntut dalam Islam iaitu pengharaman riba

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

dalam perbankan konvensional. Para masyarakat terutamanya

bukan Islam juga harus lebih berfikiran terbuka tentang

perbankan Islam kerana prinsip dan produk perbankan Islam

dilaksanakan bukan untuk masyarakat Islam sahaja tetapi sesuai

untuk semua lapisan masyarakat.

5.3 Kekurangan dalam Kajian

Setelah menganalisis prinsip dan produk perbankan Islam,

terdapat beberapa kukurangan dalam kajian yang dijalankan yang

telah dikenalpasti oleh kumpulan penyelidik. Kekurangan ini

sudah tentu akan diperbaiki pada kajian masa hadapan.

Kesilapan menggunakan skop kajian yang sangat kecil bagi

mewakili skop kajian yang umum yang mempunyai skop yang besar.

Dalam hal ini, sample kajian yang dijalankan lebih tertumpu di

Pulau Pinang sahaja. Keadaan ini menyebabkan pengkaji

mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat sehingga

memungkinkan kumpulan penyelidik menemui kesukaran untuk

membuat penilaian.

Proses menganalisis prinsip dan produk perbankan Islam juga

agak sukar kerana permasalahan kajian sukar untuk diselesaikan

jika hanya bergantung kepada sumber bahan rujukan buku dan

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

internet. Penyelesaian masalah yang diutarakan seharusnya

turut diselesaikan melalui temubual bersama tenaga kerja pakar

perbankan Islam agar hasil kajian yang didapati adalah lebih

relevan, menyakinkan dan menyokong faktor praktikal. Oleh

sebab kekurangan ini, kumpulan penyelidik terpaksa

menganalisis prinsip dan produk perbankan Islam dengan kaedah

yang rumit dan mungkin tidak menyedari masalah domain yang

timbul. Tambahan lagi, secara umumnya tenaga pakar perbankan

Islam adalah lebih domain dengan masalah sebenar yang dihadapi

oleh perbankan Islam pada masa ini.

Kumpulan pengkaji juga menghadapi masalah pengekstraan

maklumat yang betul pada masa yang sesuai dalam kajian.

Malahan, kumpulan penyelidik juga agak sukar mencari teknik

perolehan maklumat secara inovatif bagi menyakinkan dan

menyelesaikan persoalan, permasalahan dan objektif kajian

dengan desakan kesuntukan masa serta kekurangan sumber.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kaijian ini telah memperihatkan prinsip dan produk perbankan

Islam di Malaysia. Bagi mendapatkan keputusan kajian yang

lebih tepat, kajian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

buah negeri dan kajian juga perlu meliputi seluruh negara.

Dengan itu, kajian ini akan mendapat keputusan 100% tepat.

Kajian masa hadapan juga boleh dijalankan di luar negara

untuk membandingkan prinsip dan produk perbankan Islam dan

sejauh mana prinsip dan produk tersebut dapat dijadikan medium

dakwah dalam kehidupan. Oleh itu, cadangan penyelidikan pada

masa akan datang ialah cuba mengenal pasti prinsip dan produk

dalam operasi perbankan Islam di Indonesia. Penyelidikan

tersebut juga akan mencari solusi terhadap permasalahan

tersebut serta menganalisis prospek dan peranan perbankan

Islam dalam pembangunan sosio-ekonomi perbankan Islam di

Indonesia.

Pengkaji memilih negara Indonesia kerana Indonesia merupakan

negara Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Namun, wujud

persoalan adakah penggunaan prinsip dan produk perbankan Islam

menepati sayarak? Semua dapatan kajian kelak selanjutnya akan

dianalisis agar peranan prinsip dan produk perbankan Islam

dalam pembangunan sosial dan ekonomi di Indonesia dapat

dilihat. Oleh dicadangkan juga supaya penyelidikan yang

selanjutnya perlu meliputi aspek-aspek yang lebih banyak dan

relevan.

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Selain daripada itu dicadangkan juga agar kajian akan datang

memfokuskan persoalan masalah berkaitan faktor-faktor yang

menyumbang ke arah permasalahan perbankan yang wujud di kedua-

deua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Pada umumnya,

sejarah, prinsip dan produk perbankan Islam di Indonesia

berbeza dengan sejarah perbankan Islam di Malaysia. Oleh itu,

penyelidikan yang dicadangkan juga akan membandingkan prinsip

dan produk perbankan Islam di Indonesia dan Malaysia secara

keseluruhannya. Dengan itu, kita dapat melihat bahawa wujudnya

perbezaan dari pelbagai aspek seperti sejarah, masalah,

perkembangan, prinsip dan produk di sesebuah negara yang

mengamalkan perbankan Islam.

RUJUKAN

1. www.bankislam.com.my

2. www.utusan.com.my

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

3. www.islamicfinanceinfo.com.my

4. www.islam.gov.my

5. www.bnm.gov.my

6. www.muamalat.com.my

7. http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-

insurans-konvensional-halal-atau-haram

8. http://www.freemalaysiatoday.com/category/business/

2013/10/28/not-enough-law-firms-in-islamic-finance/

9. http://www.themalaymailonline.com/money/article/malaysia-must-

provide-best-islamic-financial-and-commercial-services-says-r

10. http://www.theborneopost.com/2013/11/02/malaysia-willing-to-

work-with-britain-to-promote-islamic-finance/

11. http://www.bloomberg.com/news/2013-11-21/maybank-posts-

record-profit-as-islamic-banking-income-fees-grow.html

12. Mustafa Dakian (2005), Sistem kewangan Islam instrumen,

mekanisme dan pelaksanaannya di Malaysia, Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

LAMPIRAN

Sistem perbankan Islam : Sumber dan kegunaan dana

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Sistem perbankan Islam: Kecukupan modal pada tahun 2004

Sistem perbankan Islam: Konsep pembiayaan utama

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

Sistem perbankan Islam: Pembiayaan tidak berbayar dan peruntukankerugian

MINIT MESYUARAT

i) Perjumpaan 1 :

Tempat : Cafe Tekun

Tindakan : Perbincangan tentang pemilihan tajuk kajian.

Setiap ahli kumpulan mencadangkan satu tajuk kajian

dan potensi hasil kajian yang akan diperolehi. Tajuk

yang dipilih ialah analisis prinsip dan produk

perbankan Islam di Malaysia.

ii) Perjumpaan 2 :

Tempat : Perpustakaan Hamzah Sendut

Tindakan : Setiap ahli kumpulan mengemukakan data yang

diperolehi. Analisis data yang diperolehi yang

sesuai dan relevan dengan tajuk kajian. Pembahagian

tugas dilakukan

iii) Perjumpaan 3 :

Tempat : Perpustakaan Hamzah Sendut

Tindakan : Perbincangan tentang hasil dan perkembangan

tugasan setiap ahli kumpulan. Penambahbaikan

SEU 231 Ekonomi Islam 2013

dilakukan di setiap bahagian kajian dengan

mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulan

iv) Perjumpaan 4 :

Tempat : Cafe Tekun

Tindakan : pengumpulan hasil kajian “comfile”. Menyusun

hasil dan tugasan yang telah dilakukan oleh setiap

ahli kumpulan.