disediakan oleh -...

31
DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN AUDIT & INTEGRITI CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT IBU PEJABAT JKR MALAYSIA 1

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

DISEDIAKAN OLEH :

BAHAGIAN AUDIT & INTEGRITI

CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT

IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

1

Page 2: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

PUSAT PENYELIDIKAN ANTARABANGSA TANAMAN MASA HADAPAN [CROPS FOR THE FUTURE RESEARCH CENTRE (CFFRC)]

2

Page 3: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

KANDUNGAN PEMBENTANGAN

3

Page 4: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

1) PENGENALAN

4

Page 5: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

LATAR BELAKANG RINGKAS Program Crops for the Future Research Centre (CFFRC) diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Jun 2010 dengan anggaran kos sejumlah RM119 juta meliputi kawasan seluas 50 hektar di Semenyih, Selangor yang dibeli/pajak daripada Boustead Holdings Berhad. Kos siling yang diluluskan berjumlah RM115 juta melibatkan RM52 juta untuk projek pembinaan CFFRC dan perolehan peralatan makmal, manakala sejumlah RM63 juta untuk perbelanjaan mengurus CFFRC bagi tempoh tujuh tahun (2011 hingga 2017). Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) adalah pengasas bersama CFFRC. Pemilik projek CFFRC adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), manakala pengguna akhir adalah syarikat Crops for the Future Sdn. Bhd. (CFF) yang ditubuhkan sebagai Company Limited by Guarantee and Not Having a Share Capital di bawah Akta Syarikat 1965.

Objektif projek CFFRC adalah untuk mewujudkan pusat penyelidikan dan latihan bagi menjalankan penyelidikan sama ada secara in-house (tersendiri) atau collaboration (kerjasama) dengan agensi tempatan atau antarabangsa berkaitan underutilized crops. Usaha ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membangunkan tumbuhan (makanan dan bukan makanan) yang dapat dikomersialkan bagi memenuhi keperluan jaminan makanan dan bahan mentah industri melalui perkongsian kepakaran. Pembinaan CFFRC dilaksana secara konvensional melalui tender terbuka melibatkan Fasa I - Kerja Tanah dengan kos kontrak bernilai RM0.58 juta mulai 31 Julai 2012 hingga 5 November 2012 dan Fasa II - Kerja Bangunan dengan kos kontrak bernilai RM25.01 juta mulai 25 Februari 2013 hingga 3 Ogos 2014. Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi pelaksana dengan Pegawai Penguasa (PP) Projek adalah Pengarah II, Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA), JKR.

5

Page 6: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

OBJEKTIF PENGAUDITAN

6

• Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pembinaan dan pengurusan operasi

CFFRC telah dirancang dan dilaksana secara ekonomi, cekap dan berkesan bagi mencapai

objektif CFFRC.

Page 7: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

Pengauditan ini meliputi tiga skop program CFFRC iaitu projek pembinaan, pengurusan peralatan makmal dan operasi. Ia merangkumi lapan bidang utama (key area) iaitu prestasi fizikal dan kewangan, pencapaian objektif CFFRC, pencapaian Key Performance Indicator (KPI), pengurusan geran Kerajaan, pengurusan pembinaan, pentadbiran kontrak, perolehan peralatan makmal dan pemantauan projek. Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Industri Ternakan, Tanaman dan Perikanan (ITTP), MOA; CKBA, JKR, Kuala Lumpur; dan CFFRC, Semenyih, Selangor meliputi tempoh tahun 2011 hingga bulan April 2017.

SKOP PENGAUDITAN

7

Page 8: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

Pengauditan dijalankan dengan menyemak dan menganalisis rekod, dokumen dan kontrak berkaitan pembinaan, pengurusan peralatan makmal dan operasi CFFRC. Temu bual dan perbincangan dengan pegawai terlibat di MOA, JKR dan CFF diadakan untuk penjelasan lisan dan ketepatan maklumat yang dilaporkan. Selain itu, lawatan fizikal ke tapak pembinaan turut dijalankan pada bulan Mac hingga Mei 2017 bagi memeriksa tahap pematuhan spesifikasi dan kualiti kerja pembinaan

METODOLOGI

8

Page 9: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

9

Audit Dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

Penemuan Audit.

Maklumbalas Audit ke Jabatan Audit Negara bagi Penemuan Audit.

Pre Council oleh KSU KKR.

Exit Conferrence Maklumbalas Audit oleh Jabatan Audit Negara.

Confirmatory Letter (CL) dikeluarkan sebelum dibentangkan di Parlimen.

Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan dan dibahaskan di Parlimen.

PROSES AUDIT BAGI LKAN

Page 10: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

2) PENEMUAN AUDIT

10

Page 11: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

PENEMUAN AUDIT

11

Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mei 2017 mendapati program CFFRC

adalah satu aspirasi negara yang baik untuk menjadi pusat penyelidikan dalam underutilized

crops serta memanfaatkan sumber dalam negara. Bagaimanapun, pelaksanaan pembangunan

CFFRC secara keseluruhannya berdasarkan lapan bidang utama yang diaudit adalah tidak

memuaskan. Selain itu, Dome 3 (Makmal Penyelidikan) yang merupakan bangunan utama untuk

pelaksanaan aktiviti CFFRC tidak dapat digunakan sepenuhnya walaupun telah siap dibina pada

16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya, kerja

pembaikan kecacatan pembinaan masih sedang dilaksanakan walaupun telah melepasi Tempoh

Tanggungan Kecacatan, dan makmal tidak mematuhi keperluan piawaian antarabangsa.

Beberapa kelemahan lain yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. projek CFFRC gagal disiapkan mengikut jadual asal di mana peratus tempoh EOT kerja tanah

adalah 56.1% dan kerja bangunan adalah 55.2% daripada tempoh asal serta kos projek

meningkat sejumlah RM9.99 juta (33.3%);

ii. perbelanjaan pembangunan melebihi siling peruntukan berjumlah RM4.77 juta (9.2%)

daripada siling asal RM52 juta;

iii. tahap kebergantungan belanja operasi CFFRC dengan peruntukan Kerajaan masih tinggi

iaitu 89.6% walaupun telah memasuki tahun akhir pembiayaan Kerajaan;

Page 12: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

PENEMUAN AUDIT

12

iv. KPI Hasil Penyelidikan yang Berpotensi Untuk Dikomersialkan tahun 2015 gagal dicapai. Manakala KPI Geran Penyelidikan Diperoleh tahun 2015 adalah sangat rendah iaitu RM5.2 juta (26%) berbanding RM20 juta yang disasarkan; v. pembayaran tidak wajar meliputi bonus dan perkhidmatan perunding sejumlah RM0.77 juta; vi. kualiti pelaksanaan kerja tidak mengikut spesifikasi As-Built Drawing, kerja/ material kurang bersesuaian dan reka bentuk handrail dan lantai koridor tidak selamat; vii. perbelanjaan di luar kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan skop kontrak sejumlah RM10.18 juta bagi pembinaan Field Research Centre (FRC), pembinaan jalan masuk baru berserta lampu isyarat dan perolehan peralatan makmal/perabot; viii. sasaran rating Platinum Green Building Index (GBI) gagal dicapai dan perunding GBI lewat dilantik menyebabkan perubahan kerja dengan tambahan kos projek RM0.69 juta; ix. tiga perkhidmatan perunding dibayar berjumlah RM0.32 juta sebelum SST dikeluarkan dan sebelum kontrak ditandatangani; dan x. pengecualian tatacara perolehan secara tender bagi kerja pembekalan gluedlaminated timber (Glulam) dan perolehan peralatan makmal tanpa kelulusan Kementerian Kewangan (MoF). Perkara yang ditemui dan maklum balas MOA, CFF dan JKR telah dibincangkan dalam Exit Conference pada 5 September 2017.

Page 13: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

3) ISU DAN PENEMUAN

13

Page 14: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

14

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.1 Prestasi Fizikal Projek

a. Kontrak kerja tanah (Fasa I) yang dimeterai pada 7 November 2012 antara JKR dengan kontraktor Exquisite Resources Sdn. Bhd. (ERSB) menetapkan kerja tanah hendaklah disiapkan pada 5 November 2012. Manakala kontrak kerja bangunan (Fasa II) yang dimeterai pada 6 Jun 2013 antara JKR dengan kontraktor S.N. Akmida Holdings Sdn. Bhd. (SNAH) dan kontrak tambahan yang dimeterai pada 27 Mei 2014 menetapkan kerja bangunan hendaklah disiapkan pada 3 Ogos 2014. b. Semakan Audit mendapati kedua-dua Fasa I dan II tidak disiapkan pada tarikh siap asal kontrak. Kontraktor Fasa I telah diberikan kelulusan lanjutan masa/Extension of Time (EOT) selama 55 hari (56.1%) dan Fasa II selama 290 hari (55.2%) daripada tempoh kontrak asal. Bagaimanapun, Fasa II gagal disiapkan dalam tempoh EOT dan Perakuan Siap Kerja/Certificate of Practical Completion (CPC) hanya dikeluarkan pada 16 Oktober 2015 iaitu kelewatan selama 150 hari. Liquidated and Ascertained Damages (LAD) sejumlah RM0.51 juta dikenakan berdasarkan kadar yang ditetapkan di dalam kontrak.

Page 15: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

15

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.1 Prestasi Fizikal Projek

Page 16: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

16

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.1 Prestasi Fizikal Projek

c. Kegagalan projek CFFRC disiapkan pada tarikh siap asal kontrak telah menyebabkan CFF terpaksa menyambung bayaran perkhidmatan di UNMC sejumlah RM150,000 (RM10,000 sebulan) sehingga projek disiapkan. Selain itu, ia juga menjejaskan pencapaian KPI CFFRC bagi tahun 2015.

Maklum Balas JKR yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 dan 16 Oktober 2017 EOT terpaksa diberi atas perubahan reka bentuk kerana keadaan tapak bina yang di luar jangkaan dan keperluan pengguna yang berubah dan penting bagi memastikan CFFRC beroperasi. JKR telah berusaha memastikan projek ini disiapkan mengikut tempoh masa siap semasa. Namun disebabkan kelewatan kontraktor dan tiada alasan yang layak dipertimbangkan maka LAD telah dikenakan kepada Kontrakor. Pada pendapat Audit, prestasi fizikal projek pembinaan adalah tidak memuaskan kerana kelemahan dalam perancangan menyebabkan projek mengalami time overrun selama 15 bulan.

Page 17: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

17

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.2 Pencapaian Prestasi Kewangan a. Siling peruntukan yang diluluskan oleh EPU pada 8 Jun 2012 berjumlah RM115 juta meliputi peruntukan mengurus RM63 juta dan peruntukan pembangunan RM52 juta. Setakat bulan April 2017, peruntukan sejumlah RM109.89 juta merangkumi RM57.89 juta peruntukan mengurus dan RM52 juta peruntukan pembangunan telah disalurkan kepada CFF. Semakan Audit mendapati setakat pada 30 April 2017, peruntukan pembangunan sejumlah RM56.77 juta telah dibelanjakan iaitu melebihi siling ditetapkan sejumlah RM4.77 juta (9.2%). Ini disebabkan peningkatan kos projek pembinaan Fasa II dan perbelanjaan di luar kelulusan EPU/skop kontrak

i. Prestasi Kewangan Pembinaan CFFRC Secara keseluruhannya, kos projek pembangunan CFFRC telah melebihi nilai kontrak asal sejumlah RM9.99 juta (33.3%) menjadikan kos projek setakat pada 30 April 2017 sejumlah RM40.03 juta berbanding kos asal projek RM30.04 juta. Ini disebabkan peningkatan kos bagi Fasa II - Kerja Bangunan berjumlah RM9.14 juta (36.5%) melibatkan Arahan Perubahan Kerja (APK) sejumlah RM4.20 juta dan Pelarasan Harga Kontrak (PHK) sejumlah RM4.94 juta. Selain itu, peningkatan kos projek juga disebabkan oleh peningkatan dalam yuran perkhidmatan perunding sejumlah RM0.97 juta (21.8%). Semakan selanjutnya terhadap APK mendapati secara keseluruhannya 33 APK telah dikeluarkan dengan kos tambahan sejumlah RM4.21 juta (16.4%). Analisis Audit mendapati semua APK yang dikeluarkan adalah disebabkan penambahan kuantiti dalam skop kerja asal melibatkan 13 APK dengan tambahan kos berjumlah RM2.49 juta, perubahan reka bentuk melibatkan tujuh APK berjumlah RM1.03 juta, pematuhan GBI melibatkan 12 APK berjumlah RM0.69 juta dan satu APK kerja pembersihan dengan kos RM3,120. Berdasarkan 52 baucar bayaran JKR, setakat pada 30 April 2017 sejumlah RM32.65 juta (82.0%) telah dibayar dan baki sejumlah RM7.17 juta masih belum dimuktamadkan.

Page 18: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

18

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.2 Pencapaian Prestasi Kewangan

Page 19: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

19

1. Prestasi Projek & Kewangan

1.2 Pencapaian Prestasi Kewangan Maklum Balas JKR yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 JKR telah memohon pertambahan siling kepada MOA untuk kelulusan EPU pada 7 Julai 2017. Kenaikan yuran perunding adalah disebabkan peningkatan kos projek akibat daripada permintaan tambahan end user dan penambahbaikan reka bentuk bangunan untuk keperluan GBI serta keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi mengawal bilangan APK, Surat Arahan KPKR Bil. 8 Tahun 2014 menetapkan semua projek yang melaksana Value Management (VM) perlu melaksanakan Value Engineering(VE) sebagai intervensi peringkat kedua untuk mengoptimum reka bentuk dan mempertingkatkan fungsi dan kualiti projek serta keberkesanan kos mengikut bajet dan skop yang telah diluluskan oleh agensi pusat. Maklum Balas CFF yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 Sebahagian besar perbelanjaan melebihi siling adalah disebabkan oleh kos pembinaan, peralatan dan perabot di Field Research Centre (FRC), jalan masuk baru dan lampu isyarat. CFF telah mengadakan pelbagai mesyuarat bersama EPU dan MOA serta agensi berkaitan dan akan meneruskannya sehingga selesai isu ini. CFF ambil maklum isu ini dan akan memastikan tiada perbelanjaan yang tidak dibenarkan berlaku pada masa akan datang. Maklum Balas MOA yang Diterima Pada 10 Oktober 2017 EPU melalui surat rujukan UPE (S) 15/100/218 Jld. 5 (2) bertarikh 28 Ogos 2017 mengambil maklum pelarasan harga kontrak yang melibatkan pertambahan kos siling berjumlah RM2.34 juta bagi skop kerja sedia ada dan mengarahkan MOA mengambil tindakan membuat pembayaran berdasarkan kos muktamad yang diperaku dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding JKR.

Page 20: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

20

2. Pencapaian Objektif CFFRC

Pencapaian objektif CFFRC amat bergantung kepada aktiviti penyelidikan yang dirancang dilaksanakan di Dome 3, CFFRC yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan latihan serta menarik pelabur dalam aktiviti penyelidikan. Lawatan Audit pada 17 April 2017 (selepas 18 bulan CPC dikeluarkan) mendapati Dome 3 iaitu Makmal Penyelidikan masih belum digunakan sepenuhnya. Didapati hanya satu daripada 12 bilik/makmal yang diguna bagi menjalankan penyelidikan. Ini adalah disebabkan kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi As-Built Drawing, kecacatan pembinaan menyebabkan bilik makmal tidak mematuhi keperluan standard dan peralatan makmal tidak mencukupi di mana hanya lima daripada 57 item peralatan diperoleh setakat tarikh pengauditan pada 30 April 2017. Semakan selanjutnya mendapati CPC telah dikeluarkan pada 16 Oktober 2015 dan Defects Liability Period (DLP) yang berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2015 hingga 15 Oktober 2016 telah tamat walaupun masih ada kecacatan pembinaan. Semakan lanjut terhadap Senarai Kecacatan oleh CFF mendapati sebanyak 505 kecacatan dilaporkan dan setakat 27 September 2017, sebanyak 154 kecacatan masih belum dibaiki. Perakuan Certificate of Making Goods Defect (CMGD) dan penyata akaun muktamad masih belum dikeluarkan oleh JKR.

Page 21: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

21

2. Pencapaian Objektif CFFRC

Maklum Balas MOA yang Diterima Pada 10 Oktober 2017 JKR bersama perunding arkitek sedang memantau kualiti kerja pembaikan terutamanya kad akses dan kebocoran. Pada bulan Ogos 2017, enam daripada 12 makmal telah siap dan boleh digunakan untuk aktiviti penyelidikan iaitu Makmal 1 (Pemprosesan Makanan), Makmal 2 (Fisiologi Tumbuhan), Makmal 4A (Makmal Penyediaan Kimia), Makmal 8 (Teknologi Pembangunan Makanan), Makmal 8A (Makmal Penyediaan Kimia) dan Control Environment. Berkenaan 154 kecacatan yang masih belum dibaiki, JKR telah mengeluarkan surat amaran pada 2 Oktober 2017 supaya kontraktor menyiapkan kesemuanya dalam masa 14 hari. Maklum Balas JKR yang Diterima Pada 16 Oktober 2017 JKR telah membuat semakan senarai kecacatan dan didapati kecacatan adalah bersifat minor dan dijangka akan dapat diselesaikan pada 30 November 2017. Pada pendapat Audit, pencapaian objektif CFFRC adalah tidak memuaskan kerana Dome 3 tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan penyelidikan.

Page 22: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

22

3. Pelaksanaan Kerja Pembinaan Tidak

Memuaskan Kerja pembinaan perlu dilaksanakan dengan sempurna, praktikal dan kemas supaya dapat digunakan secara optimum, selamat dan kondusif. Lawatan fizikal Audit pada bulan Mac dan April 2017 mendapati berlaku kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi As-Built Drawing, kurang sempurna, penggunaan bahan binaan/material yang kurang bersesuaian dan reka bentuk pembinaan yang tidak selamat.

Page 23: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

23

3. Pelaksanaan Kerja Pembinaan Tidak

Memuaskan

Page 24: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

24

3. Pelaksanaan Kerja Pembinaan Tidak

Memuaskan

Page 25: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

25

3. Pelaksanaan Kerja Pembinaan Tidak

Memuaskan

Page 26: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

26

3. Pelaksanaan Kerja Pembinaan Tidak

Memuaskan

Maklum Balas JKR yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 Bagi kerja yang tidak mengikut spesifikasi, JKR akan merujuk kepada CFF untuk menentukan sama ada lantai di kawasan peralatan CE perlu dikekalkan dengan lantai jenis vinyl atau tidak dan mengambil tindakan seperti mana yang dikehendaki. Bagi kerja yang kurang sempurna/material yang kurang sesuai, kontraktor sedang membaiki dan dipantau oleh JKR. Selain itu, kekurangan dalam reka bentuk adalah kerana kelemahan komunikasi antara perunding arkitek, mekanikal dan elektrikal mengenal pasti keperluannya semasa perubahan skop di Dome 3. Manakala, bagi membaiki reka bentuk yang tidak selamat JKR telah memohon peruntukan tambahan kepada MOA melalui surat bertarikh 2 Ogos 2017 selepas perbincangan dengan Seksyen Pengurusan Nilai, EPU pada 1 Jun 2017. Maklum Balas MOA yang Diterima Pada 10 Oktober 2017 Kontraktor telah membaiki lantai Flamable Storage Area dan Corrosive Storage Area kepada jenis epoxy dan telah disahkan oleh JKR pada 18 Ogos 2017. Mengenai tapak CE Chamber yang dipasang vinyl, JKR akan menyusuli untuk menanggalkan vinyl dengan kaedah yang bersesuaian. Pada pendapat Audit, kualiti kerja pembinaan adalah tidak memuaskan kerana reka bentuk tidak ideal, praktikal dan selamat menyebabkan bangunan tidak dapat digunakan secara optimum dan menjamin keselamatan serta keselesaan kepada pengguna.

Page 27: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

27

4. Pemantauan

Pemantauan pembinaan CFFRC secara amnya dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu Mesyuarat Tapak, Laporan Mingguan dan Buku Harian Tapak (Site Diary). Bagaimanapun, hal-hal berkaitan pembinaan CFFRC juga ada dibincangkan dalam Mesyuarat ALP CFFRC. Mengikut Minit Mesyuarat Tapak Bina Bil. 1/2012 bertarikh 19 September 2012 yang dipengerusikan oleh PP (JKR) telah diputuskan supaya mesyuarat tapak diadakan sebulan sekali. Semakan Audit mendapati: secara keseluruhannya 23 mesyuarat tapak bina telah diadakan bagi tempoh tahun 2012 hingga

2015. Bagaimanapun, didapati mesyuarat tidak diadakan setiap bulan. Analisis selang masa (interval period) antara mesyuarat mendapati 12 mesyuarat diadakan melebihi tempoh sebulan iaitu antara 34 hingga 66 hari. Selain itu, mesyuarat Bil. 18/2015 dan Bil. 19/2015 diadakan pada hari yang sama iaitu 31 Mac 2015 pada pukul 9.30 pagi dan 2.30 petang;

kehadiran wakil MOA dalam mesyuarat tapak bina adalah enam kali sahaja, MARDI 11 kali dan CFF 19 kali. Selain itu, semakan Audit tidak dapat dibuat terhadap Buku Harian Tapak dan Laporan Bulanan kerana tidak dikemukakan sepanjang tempoh pengauditan; dan

pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada ALP dimaklumkan mengenai pembinaan FRC dan jalan masuk baru dilaksana di luar kelulusan EPU dan skop asal kontrak.

Page 28: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

28

4. Pemantauan Maklum Balas JKR yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 JKR pada masa hadapan akan memastikan kekerapan dan kehadiran semua stakeholder dalam setiap mesyuarat dipatuhi bagi meningkatkan tahap pemantauan dari awal hingga akhir pelaksanaan projek. JKR mendapati Buku Harian Tapak dan Laporan Bulanan telah hilang semasa proses perpindahan pejabat. Maklum Balas MOA yang Diterima Pada 29 Ogos 2017 MOA akan mengambil tindakan penambahbaikan bersesuaian antaranya: i. menggerakkan Jawatankuasa Pemandu CFFRC sebagaimana dihasratkan dalam

Memorandum Jemaah Menteri (MJM); ii. memperkemaskan semula keanggotan ALP dengan penyertaan Kementerian/Agensi/Jabatan

yang bersesuaian; dan iii. menyarankan supaya ALP dan pengurusan CFFRC menyertai kursus bagi mempertingkatkan

kefahaman dan profesionalisme mereka. Pada pendapat Audit, pemantauan projek CFFRC adalah tidak memuaskan kerana mesyuarat tidak dibuat secara berkala. Tindakan sewajarnya tidak dapat diambil dengan segera untuk memastikan pelaksanaan kerja pembinaan dapat dibuat secara teratur dan sempurna.

Page 29: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

4) SYOR AUDIT

29

Page 30: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

30

5. Syor Audit

Bagi memastikan objektif CFFRC dicapai dan perkara yang dibangkitkan tidak berulang adalah disyorkan pihak yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara berikut: i. MOA hendaklah menubuhkan jawatankuasa melibatkan MARDI, CFF dan ALP CFFRC

untuk mengkaji hala tuju, proses kerja penyelidikan, operasi program dan pemantauan projek CFFRC bagi memastikan objektif dan KPI program tercapai;

ii. CFF hendaklah berbincang dengan MoF, EPU dan MOA mengenai perbelanjaan melebihi siling yang diluluskan, perbelanjaan tidak wajar, kerja-kerja di luar kelulusan EPU dan skop kontrak dan ketidakpatuhan tatacara perolehan dan pastikan ia tidak berulang pada masa hadapan;

iii. CFF hendaklah mengkaji mekanisme untuk meningkatkan dana luar atau lain-lain usaha bagi meningkatkan peruntukan operasinya dengan segera bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan CFFRC; dan

iv. JKR hendaklah memastikan kelemahan dalam kerja, kualiti dan reka bentuk pembinaan diambil tindakan pembaikan segera.

Page 31: DISEDIAKAN OLEH - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/9/9d/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_2_-_Pusat... · 16 Oktober 2015. Ini disebabkan peralatan makmal belum diperoleh sepenuhnya,

SEKIAN, TERIMA KASIH