pengurusan makmal sains

Download PENGURUSAN MAKMAL SAINS

If you can't read please download the document

Upload: azmi-hussin

Post on 02-Jul-2015

3.667 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Bengkel/KhususPENGURUSAN MAKMAL SAINS Kolej Mara & MRSM

7.0 ObjektifBab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.

7.1 Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.

7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah : Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal. Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. Mengelak pembaziran. Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran. Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.

7.3 Peruntukan Makmal SainsMakmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.

7.4 Belanjawan Makmal SainsSuatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut.

7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan

Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal1. 2. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. Ketua Jabatan Sains tentukan:a. b. c. d. e. Kegunaan tahunan item-item pakai habis. Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.

3. 4. 5. 6.

7.

Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. Periksa kemudahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahanbahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

Garis panduan menyediakan senarai keperluan Apakah item-item yang: sangat diperlukan? boleh diubahsuaikan? boleh dibeli dengan murah? boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran? boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?

7.4.3 Pesanan dan pembelian

Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tngan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: Kuantiti banyak, lebih murah. Bahan kimia, jangan beli banyak. Masa pembelian: Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. Cari pembekal yang murah: Harga mahal dari pembekal alatan sains. Beli dari syarikat yang belum terkenal. Beli dari kedai biasa.

3.

4.

7.4.4 Prosedur pembelian Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:

1.

2.

3.

Meminta Sebut harga Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Borang pesanan Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. Simpan salinan pesanan

4. 5.

Surat/nota tanda terima Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.

Nota hantaran Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.

6.

Penerimaan barangan Pembekal menghantar barangan. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.

7.

Invois Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran

7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains7.5.1 Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.STOR UTAMA Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihkan kepada stor di setiap makmal. STOR AGIHAN Di setiap makmal.

Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada pelajar di makmal berkenaan.

Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.

7.5.2 Sistem penyimpanan itemitem sainsDi stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok. Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5. Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kadkad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod.

Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.

7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal.

Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok. Kad-kad Stok i. Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. ii. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. iii. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu itemitem pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (itemitem tahan lama).

Contoh kad stok: Item-item tahan lama.(a) Item-item tahan lama (Nama sekolah) Item : Kelalang,Volumetrik 500ml Lokasi :K8 Tarikh Stok masuk 5 Tarikh Kuantiti Harga Jumlah Tarikh dibeli stok 2 RM12 5 6 Dipinjam Baki ,rosak,dll 1 pecah 4 6 Tanda tangan

1996 25/3

26/4

b. Bahan pakai habisSTOK MAKSIMUM 2 kg Nama sekolah Nama Bahan : Kuprum sulfat (hablur) Lokasi :K3 Tarikh Stok Masuk Tarik h Kuant Harga iti diteri ma 0.5kg RM30 Pem Jumla bekal h stok Digunakan Baki Tanda tangan STOK MINIMUM 0.5kg

1996 19/3

1.5kg

26/4

R&R

2.0kg

0.5kg

1.5kg

7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.

Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.

b) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang. c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.

d)

Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.

e) f) g) h)

Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat aktif . Disimpan di dalam air sejuk.

Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk.

Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta merta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

B. Cara menyimpan peralata) Bahan kaca Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipp s Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelalang mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.. Buret disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat. . Tiub dan batang kaca disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat keduadua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan bahan ini mesti disimpan mengikut berat (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan berdiri tegak pada rak khusus.

b) c) d) e) f) g)

Bahan/alat plastik Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat. Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lutsinar. Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu. Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.

Bahan-bahan logam Bahan bantu mengajar Pelbagai item kecil Model-model yang besar Mikroskop

7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal SainsPara pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

7.6.1 Mengapa kemalangan berlakuKajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal sains berlaku antaranya kerana: Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan. Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya. Guru tidak merancang aktiviti dengan baik. Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan. Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan. Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali. Tergesa-gesa dalam melakukan amali. Sikap tidak apa pengguna makmal.

7.6.2 Keselamatan makmal tanggungjawab siapa?SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL

Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat.

GURU

Merancang aktiviti makmal dengan baik.Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan

PELAJAR

Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari kimia peralatan dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakanrakan semasa di makmal.

7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal

Ruang Peralatan Pengguna Langkah Jenis Kemalangan

Stor Makmal Api, Spesimen,Elektrik,Kaca,Bahan Kimia

Guru Pelajar Pembantu Makmal

Peraturan am. Arahan keselamatan Prosedur kecemasan rawatan Pelupusan Peralatan khusus Persediaan guru

Luka, Kejutan, Bahan Beracun, Bahan Kimia, kebakaran

7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal Peraturan makmal Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar. Kemahiran manipulatif Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali. Kotak pertolongan cemas Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan. Peralatan keselamatan Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan. Petunjuk Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.

Kebersihan Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan. Rancangan untuk keadaan kecemasan Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. Panduan keselamatan Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu. Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik. Pelupusan bahan sisa Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul. Rawatan kecemasan Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.

Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu: Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, Rancangan tindakan untuk keadaan cemas

7.7 Rawatan KecemasanPengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan ialah:

AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN JANGAN CEMAS TAHU PUNCA KEMALANGAN TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL

Jenis dan punca kemalanganJENIS KEBAKARAN LITAR PINTAS UNSUR-UNSUR LOGAM AKTIF KERACUNAN BAHAN KIMIA GAS SPESIMEN BIOLOGI LUKA KEJUTAN ALATAN KACA RADAS ALAT ELEKTRIK PENDAWAIAN PUNCA KUASA PALAM PUNCA PENUNU BUNSEN

7.7.1

Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.

Prosedur pertolongan cemasTERBAKAR Mengurangkan kesan haba. Mengurangkan kesakitan. Mengurangkan bengkak. Memastikan mangsa mendapat cukup minuman. Mententeramkan mangsa. Mengurangkan kejutan.

Kaedah rawatan kebakaranApiRenda kan ba agian yang terbakar dala air sej k(ais) dengan segera nt k eng rangkan kesakitan

a an Kimia

Tanggalkan pakaian dan barang-barang yang terkena ba an. as dengan air mengalir selama 1 minit.

Jika l ka, bal tkan dengan pembal t yang steril nt k mengelakkan infeksi.

Dapatkan rawatan profesional. Jika melec r ringan, beri rawatan awal.

Dapatkan rawatan profesional. Jika melec r ringan, beri rawatan awal.

Kebakaran RinganAsid

Basuh dengan air. Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan asid asetik 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan larutan ammonia cair (1 bahagian ammonia : 15 bahagian air) Buang logam dengan menggunakan penyepit. Rendam dalam air selama 20 minit. Keringkan dan balut dengan pembalut yang steril.

Alkali

Bromin

Natrium dan Kalium

Fosforus

Basuh dengan air. Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%.

7.7.2

Merawat kecederaan ringan

KERACUNAN

7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan dengan simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah terbakar. Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan. Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik, merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya

Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu terhadap kesihatan: Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru. Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis. Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah. Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air. Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera. Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada lelaki. Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui kulit. Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati

7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal. Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas membebaskan terlalu banyak hidrogen. 2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan t Tindak balas yang hebat dan sangat berbahaya. 3. Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk logam sulfur. 4.

4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara mencairkan asid pekat ialah:

CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA ASID KUAT

Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:Bahan 1. Air Bahaya jika dicampurkan dengan Kalium,natrium, asid pekat, kalsium karbida. Etanol, metanol, selulosa Hidrogen,ammonia, benbeza Asid oksalik, asid formik,format, oksalat Kesan Meletup

2. 3. 4.

Asid Nitrik pekat Klorin Asid sulfurik pekat

Meletup Meletup Membebaskan gas karbon monoksida yang beracun

7.10 Pelupusan Bahan Sisa Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan-bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran, pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut: Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan? Bolehkah dicairkan dengan sempurna? Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan? Adakah bahan itu boleh larut dalam air?

Cara-cara pelupusan yang sesuai:a) Pencairan merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas. Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak. Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran.

b)

c) d)

Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialahberbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang. Garam-garam logam, terutamanya logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini. Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula. Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan

Sekian terima kasih

Dipanjangkan oleh Azmi b. Hussin, Pembantu Makmal Kanan. Kolej Mara Seremban