apa itu microfon
DESCRIPTION
Detail microfonTRANSCRIPT
APA ITU MIKROFON?Mikrofon adalah sejenis alat ubah
(transducer) yang menukarkan tenaga akustik (kinetik) kepada
tenaga elektrik. Arus elektrik yang ditukarkan adalah sangat rendah
iaitu 0.1 volta sahaja.
JENIS-JENIS MIKROFONMikrofon boleh dikelaskan kepada 3 jenis
tetapi bergantung kepada bagaimana pengguna menyalurkan bunyi kepada
tenaga elektrik.
a) Mikrofon dinamik ( moving coil mic )Mikrofon ini tidak perlu menggunakan
bantuan bekalan kuasa untuk menghidupkannya/mengaktifkannya.Ianya tahan lasak, murah dan tidak menghasilkan bunyi bising/ distortion pada volume yang tinggi. Ianya lebih lambat bertindakbalas
terhadap bunyi berbanding jenis condenser. Ia sesuai untuk rakaman alat wood winds atau
brass. Bentuknya pula biasanya lebih ‘rugged’.
b) Mikrofon kondensor atau capasitorMikrofon jenis ini perlu menggunakan bantuan kuasa
untuk menaikkan tenaga elektrik ke ‘ line level’dengan menggunakan sel kering atau ‘Phantom Power’.
Mikrofon jenis ini menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan halus, sangat sensitif dan lebih pantas
bertindakbalas daripada jenis mikrofon dinamik. Ianya sangatsesuai untuk merakam bunyi-bunyian yang kaya dengan harmoniserta ‘overtones’. Jenis ini adalah yang
termahal di antara semua kategori mikrofon. Sering digunakan untuk rakaman untuk merakam untuk
merakam alat muzik, simbal atau suara. Sesetengah mikrofon jenis ini mempunyai suis on/off.
Terdapat dua jenis condenser iaitu:1. True condenser
2. Elektrostatik condenser
c) Mikrofon ribenIa dikenali juga sebagai ‘velocity atau pressure gradient mic’. Jenis ini tidak
banyak digunakan kecuali untuk rakaman muzik dan suara. Ianya sensitive, mahal
tetapi mudah rosak. Walaupun deminkian, ianya baik untuk frekuensi tinggi.
SIFAT-SIFAT MIKROFON( Polar Patterns )Mikrofon juga mempunyai tahap sensitive tertentu untuk memerangkap gelombang bunyi yang terhasil samada dari satu arah, hadapan dan belakang atau
dari semua arah. Jika kita mahu mengetahui bagaimana cardiod polar pattern berfungsi dengan lebih jelas, cuba bercakap menggunakan mikrofon
jenis cardiod dengan menggunakan pembesar suara untuk mengetahui kadar sensitivity bunyi mengikut jenisnya. Hasilnya kita akan dapati bahawa tahap sensitivity dan kejelasan suara adalah lebih baik
apabila kita bercakap dari arah hadapan daripada di sebelah tepi mengikut kategori mikrofon itu.
1. Bentuk ‘Omnidirectional’Memerangkap bunyi dari semua arah. Sensiviti terhadap bunyi ‘pop’ daripada
penghasilan bunyi daripada mulut adalah lebih rendah.Ia tidak memerangkap bunyi
bising atau bunyi letupan bass. Oleh kerana frekuensinya lebih rendah, maka ia sesuai
untuk bunyi pipe organ atau bass dram dalam orkestra atau simfoni. Kosnya lebih
rendah. Ia sering digunakan untuk rakaman dalam studio.
2. Bentuk ‘Unidirectional’Memerangkap bunyi dari arah depan sahaja.
Ia tidak memerangkap bunyi bising yang tidak dikehendaki dari belakang atau
persekitaran yang lebih jauh.Bagaimanapun ia sensitive terhadap bunyi ‘pop’ daripada suara mulut yang terhasil
sewaktu rakaman suara.
Terdapat 3 jenis unidirection mic iaitu:
a. Jenis Cardioidtahap sensitivitinya lebih kurang 6 dB dari
arah tepilebih kurang 15 ke 25 dB lebih sensitif jika
dari arah hadapan.Ia sensitive terhadap bunyi dari arah
bersebelahan walaupun tidak keterlaluan.
b. Jenis Supercardioidtahap sensitivitinya lebih kurang 8.7 dB dari arah tepi pada jarak 125 darjah di hadapan.
Ia tidak sensitive terhadap bunyi yang terhasil atau yang datang dari arah
bersebelahan berbanding jenis ‘cardiodSangat sesuai untuk ‘stage floor miking’.
c. Jenis Hypercadioidtahap sensitivitinya adalah 12 dB lebih
sensitif pada arah bersebelahan dan 110 darjah pada arah hadapan.
Ia lebih tidak sensitive terhadap bunyi yang terhasil atau yang datang dari arah
bersebelahan berbanding jenis ‘cardiod’ atau supercardiod’.
Ia menolak bunyi reverb, feedback atau bunyi latar yang bising
3. Bentuk ‘Bidirectional’Memerangkap bunyi dari arah hadapan dan belakang . Tetapi tidak memerangkap bunyi
dari arah kiri atau kanan yang lebih jauh.sesuai untuk rakaman vocal kumpulan (2
part vocal group ) sangat sesuai untuk rakaman orkestra jika
diletakkan di atas/siling (overhead).Boleh dirakamkan secara stereo jika 2
bidirectional mikrofon digunakan secara bersilang yang akan mencapai sensitivity meliputi 90 darjah sekeliling setiap satu.
MIKROFON KEGUNAAN KHASTerdapat tiga jenis mikrofon kegunaan khas
untuk proses rakaman iaitu:1. Boundary Microphone2. Miniature Microphone
3. Strereo Microphone
Mikrofon ‘boundary’Ianya dicipta khas untuk digunakan di atas
permukaan rendah khususnya dinding, lantai dan seumpamanya. Mikrofon khas ini akan
memerangkap bunyi secara langsung dan pada masa yang sama memantulkannya semula pada
kelajuan dan kadar yang tepat pada semua frekuansi. Sesetengah mikrofon jenis ini direka
dengan memiliki ‘polar pattern’ seperti mikrofon jenis cardioid atau supercardioid atau
gabungan daripada kedua-duanya. Ia sangat sesuai khususnyauntuk pementasan drama
atau muzikal.
Mikrofon ‘akustik’ (contact mic)Dicipta khas untuk diletakan pada sesuatu
instrument contohnya violin. Mikrofon jenis ini akan memerangkap getaran yang terhasil di permukaan sesuatu instument muzik itu.
Mikrofon jenis bidirectional digunakan untuk memerangkap frekuensi renj seperti bes ke bawah. Mikrofon jenis cardioid pula sesuai untuk memerangkap bunyi dari renj tengah
sehingga ke treble.
Mikrofon StereoTerdapat lebih daripada satu sistem
elektronik diletakkan di adalamnya. Ia adalah gabungan dua directional mic di
dalam satu kapsul. Oleh kerana tiada ruang di antara kedua-dua kapsul maka ianya
menghalang berlakunya pengulangan (delay) atau phase shift di antara dua arah bunyi
yang diterima. Terdapat dua elemen berbeza aitu satu lagi boleh diputarkan antara 180 hingga 360 darjah. Sesetengah mikrofon
jenis ini boleh dikawal dari jauh.
Middle Side (M-S) MicMikrofon jenis ini mempunyai dua kapsul di adalam sebatang mikrofon. Satu daripada kapsul itu dikhaskan untuk memerangkap bunyi terus/langsung. Kebiasaannya mic
cardios yang terletak di bahagian tengah dan kapsul yang kedua diletakkan 90 darjah
daripada sumber bunyi untuk menangkap bunyi ambient atau menyeluruh. Output
daripada kapsul ini pula digabungkan.
Lokasi dan posisi mikrofon sewaktu rakaman.
Terdapat beberapa kaedah untuk merakam bunyi/suara:
i. Kaedah Distant Mikingii. Kaedah Close Miking
Kelebihan Distant Mikingi. Menghasilkan bunyi persekitaran akustik
yang sebenar.ii. Menggunakan mikrofon yang minima dan
bunyi bising yang dijanakan oleh alat elektrik.iii. Membolehkan hasil-hasil rakaman
dijalankan dalam jangka masa pendek iaitu masa ensembel berlaku. Takperlu over-
dubbing.iv. Tidak perlu masa yang panjang untuk
memberi keseimbangan dan pengadun bunyi walaupun menggunakan instrumen yang
banyak.
Kelemahan Distant Mikingi. Memerlukan kedudukan mikrofon dan
pemuzik yang tepat untuk mendapatkan bunyi yang seimbang, jelas dan bermutu.
ii. Semasa dalam rakaman pemuzik perlu berhati-hati dan berkemahiran tinggi untuk
mengelakkan dari melakukan kesilapan. Jika seorang melakukan kesalahan, maka perlu diulang semula.
iii. Terlau sukar untuk mengasingkan dan menaikkan signal bagi instrumen yang melakukan
permainan solo.iv. Memerlukan suasana akustik yang baik supaya
tidak mengganggu persembahan dan rakaman.
Kaedah Mikrofon Berjarak Dekat (Close Miking)
Jarak mikrofon dengan sumber bunyi adalah dekat. Cara ini menghasilkan bunyi yang
jelas dan kuat dan kita terpaksa melakukan pelarasan terhadap ‘gain’ pada ‘mixer’ untuk
mengatasi panulan bunyi yang memberi kesan bunyi bising seperti ‘bassy,
humbucking atau distortion’.
Kelebihan Close Mikingi. Boleh mengawal banyak elemen dalam
rakaman.ii. Menambah pengasingan dan
perletakkan sumber bunyi.iii. Boleh merakam muzik yang
berasingan.
Kelemahan Close Mikingi. Sukar untuk menghasilkan bunyi
akustik.ii. Memerlukan kesan akustik tiruan dan
perletakkan bahagian bunyi,iii. Meningkatkan masalah fasa bunyi.iv. Memerlukan ketelitian dan masa
sewaktu proses pengadunan bunyi.
CARA MENJAGA MIKROFONBunyi atau hasil rakaman yang baik tidak
semestinya memerlukan perkakasan yang mahal dan begitu juga halnya dengan mikrofon.
Perkakasan yang baik dan canggih tidak berguna jika tiada mikrofon dan kualiti bunyi
atau rakaman yang baik perlu diberi perhatian terhadap mikrofon kerana ia adalah laluan
yang pertama sekali oleh sunmber bunyi sebelum menuju ke perkakasan yang lain.
Berikut adalah beberapa garis panduan penjagaan mikrofon supaya sentiasa berada
keadaan yang baik.
a. Simpanlah mikrofon di dalam bekasnya (case) jika ada.
Jika tiada, masukkan ke dalam kotak yang bersesuaian dengan
saiznya.b. Elakkan mikrofon daripada terjatuh atau terhempas
kerana ini mengakibatkan kerosakkan terhadap ‘ diaphragm ’ dan ‘ coil ’.
c. Elakkan daripada menhembus, mengetuk kepala mikrofon semasa mikrofon sedang aktif kerana diaphragm sangat
lembut. Pengeluaran angin yang sangat kuat daripada mulut boleh menyebabkan diaphragm pecah terutamanyajenis
mikrofon yang murah.d. Elakkan daripada terdedah kepada habuk, kelembapan,
air, minyak dan hembusan oleh asap rokok secara langsung.
PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEBELUM PEMASANGAN MIKROFON
Pengucapan awam:
Kenalpasti kedudukan tempat orang yang akan
memberi ucapan atau ceramah.Anda perlu mengambil kira keadaan dewan ucapan
itu sama ada tertutup atau terbuka. Kehilangan bunyi di udara lebih ketara jika tempat aktiviti itu
adalah jenis dewan terbuka atau tertutup.Anda perlu mengambil kira bahawa dewan yang
besar, luas, dan tertutup pula boleh mengundang kesan ‘ reverb ’ dan seumpamanya.
Anda perlu mengambil kira jarak diantara perucap dengan pembesar suara samada terlalu jauh atau
terlalu dekat. Jika jaraknya dekat, kesan ‘ bassy humming’ akan berlaku. Jika jarak sangat jauh, signal yang diterima oleh pembesar suara akan mengalami
kelewatan. Kita akan dapati pergerakkan bibir perucap tidak sekata dengan apa yang terhasil di
pembesar suara yakni terlewat sesaat dua.
Anda perlu mengambil kira jenis mikrofon yang digunakan samada jenis biasa atau jenis khas yang
lebih sensitf menyebabkan kita terpaksa menaikkan ‘ volume’ agar lebih sensitif. Kenaikkan ini
menyebabkan bunyi bising yang akan mengganggu perjalanan dan keselesaan sesuatu majlis.
Anda perlu mengambil kira jenis mikrofon yang digunakan samada jenis biasa atau jenis khas yang lebih sensitf menyebabkan kita terpaksa menaikkan ‘ volume’ agar lebih sensitif.
Kenaikkan ini menyebabkan bunyi bising yang akan mengganggu perjalanan dan keselesaan
sesuatu majlis. Anda perlu mengambil kira samada
menggunakan mic stand yang tinggi atau rendah. ‘music stand’ itu turut memberi kesan terhadap hasilan bunyi walaupun tidak ketara. Oleh itu, music stand perlulah sesuai dengan
kehendak aktiviti
GANGGUAN BUNYISetiap mikrofon mempunyai karektor
tertentu dan adakala memberi gangguan kepada sebarang bentuk produksi audio.
Oleh itu sebagai pengguna perlu mengetahui gangguan yang seringkali dijumpai dalam
setiap produksi dan bagaimana harus mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
tersebut. Antara masalah gangguan yang sering terjadi ialah:
Breath PopsKebiasaannya apabila suara dikeluarkan samada menyanyi atau bercakap yang menggunakan perkataan ‘p’ atau ‘t’,
gelombang ‘puff’ atau ‘tuff’ atau letupan kecil yang keluar daripada mulut lalu melanggar diaphragm mikrofon.
Keadaan ini dikenali sebagai bunyi ‘Pop’. Bagi mengatasi masalah sebegini, letakkan pop filter menyelubungi kepada mikrofon. Pop filter ini akan berfungsi untuk memerangkap
gelombang ‘Puff’ dan ‘Tuff’ ini tetapi memberi laluan terhadap gelombang itu agar lebih lembut. Sungguhpun begitu, Pop Filter ini tidak dapat menghilangkan bunyi
frekuensi rendah yang dihasilkan seperti bunyi pernafasan atau bunyi pergerakkan dua bibir mulut. Jika di studio
rakaman yang berbumbung rendah, gunakan penapis bunyi pop jenis ‘Hoop’ untuk memanimakannya dan siling pada bumbung perlu dilapisi untuk mengelakkan refleksi bunyi.
Selain daripada itu, boleh juga diletakkan mikrofon 45 darjah di sebelah kiri atau kanan penyanyi untuk
menghalang kesan pop ini.
SibilanceSibilance ini berlaku disebabkan oleh
produksi bunyi ‘s’ atau ‘sh’ daripada mulut yang bergelombang antara 5 kHz hingga 10 kHz. Namun begitu banyak penerbit yang
menyukai bunyi seolah-olah ‘sizzly’ ini bersama kesan bright splash terhadap kesan
bunyi reverb pada vokal. Kesan-kesan ini tidak menjejaskan mutu rakaman kerana terbukti terdapat album di pasaran yang kaya dengan kesan ini tetapi mendapat
sambutan.
Kesan Pantulan daripada Music StandKebiasaanya dalam menyanyi, penyanyi akan
menggunakan music stand untuk meletakkan skor lagu atau senikata lagu. Kedudukan music stand ini akan
memberi kesan kepada pembalikan suara. Sebahagian daripada gelombang bunyi daripada mulut penyanyi akan
menuju terus ke mikrofon dan sebahagian yang lainnya akan melanggar helaian skor lagu atau music stand lalu memantul kembali ke semua permukaan studio. Music stand ini boleh memberi kesan jika kedudukannya sama
atau lebih tinggi daripada paras mulut penyanyi. Oleh itu, untuk mengelakkannya, rendahkan ketinggian music
stand ke bawah pada ketinggian yang bersesuaian atau diletakkan kertas skor lagu di belakang mikrofon jenis tangkapan cardioid. Mikrofon jenis tangkapan ini akan menolak sebarang refleksi bunyi yang datang dari arah
yang tidak difokuskan
Proximity EffectIanya juga dikenali sebagai Bass Tip-Up. Ia berlaku
disebabkan tekanan yang lebih berlaku pada frekuensi rendah dan kesannya tindak balas
terhadap bunyi bass meningkat. Contohnya apabila beberapa mikrofon jenis bidirectional dan
unidirectional diletakkan berhampiran sumber bunyi. Kesannya sudah tentulah frekuensi bass meningkat berbanding frekuensi midrange atau treble. Jika kita menyanyi atau bercakap dalam keadaan mikrofon
yang rapat pada mulut, mikrofon akan melantunkan kembali bunyi bass yang keluar melalui mulut. Ia
disebut sebagai proximity effect dan mungkin dikenali sebagai bassy sound. Sungguhpun demikian,
kesan ini hanya dapat didengar setelah proses rakaman berlangsung.
OverloadApabila sumber bunyi menghasilkan tekanan bunyi yang kuat dan lebihan ini tidak mampu ditampung oleh sesebuah mikrofon ia panggil
overload. Ia adalah satu tahap di mana penghasilan bunyi daripada pembesar suara
atau sumber bunyi melalui sesebuah mikrofon mula terhasil bunyi distort. Mikrofon jenis
dinamik dan kapasitor lebih tahan terhadap overload berbanding mikrofon jenis ribbon. Walaupun demikian, sesetengah mikrofon
mempunyai ‘pad’ yang terbina di adalamnya untuk mengatasi dan mengurangkan overload
ini. Pad ini berfungsi untuk menurunkan keseluruhan tahapan kekuatan bunyi.
SensitivitiSensitiviti dikira berdasarkan jumlah voltan yang dihasilkan oleh sesuatu mokrofon (dBV). Ia juga
bermaksud level tekanan bunyi akustik (SPL) yang boleh dihasilkan oleh sesebuah speaker atau suara pada jarak tertentu. Mikrofon yang kurang sensitif
pelrlu didekatkan ke arah sumber bunyi untuk meningkat kadar sensitiviti. Sensitiviti sesebuah
mikrofon tidaklah memberi kesan terhadap kualiti sesuatu bunyi tetapi ia memberi kesan yang jelas
terhadap keseluruhan bunyi yang dihasilkan khususnya untuk rakaman. Kadar sensitiviti yang baik adalah pada kadar lebih kurang 93dB. Kadar 110dB-
SPL adalah baik untuk rakaman studio dan 140dB-SPL pula sesuai untuk persembahan di pentas.
Berikut adalah contoh kadar sensitiviti sesebuah mikrofon.
i- Ribbon Mic -85dBV kurang sensitif
ii- Dinamik Mic -75dBV sederhana sensitifiii- Kapasitor Mic -65dBV sangat sensitif
DistortionApa itu distortion? Ia adalah satu keadaan di
mana signal yang dihasilkan tidak seperti signal asal. Keadaan ini menyebabkan kesan bunyi bising yang menyakitkan telinga dan mengganggu persembahan atau rakaman.
Terdapat berbagai bentuk distortion di antaranya disebut sebagai ‘transient’, harmonic, loudness dan sebagainya.
Self NoiseBuzzing atau Hiss yang terhasil disebabkan oleh bunyi pergerakkan elektrik di adalam mikrofon.
Puncanya adalah kerana penghasilan sumber bunyi mengikut dB-SPL, sepatutnya dihasilkan
bersamaan atau bersesuain dengan jumlah keluaran voltannya. Mikrofon juga
menghasilkan bunyi humming sehingga beberapa dB tetapi kadar itu berubah dan berbeza mengikut bagi setiap mikrofon.
Terdapat sesetengah mikrofon telah dilengkapi di dalamnya dengan litar anti dengung atau humbucking-circuit yang tidak memerlukan
operasi khas untuk menjalankan.
DistortionApa itu distortion? Ia adalah satu keadaan di
mana signal yang dihasilkan tidak seperti signal asal. Keadaan ini menyebabkan kesan bunyi bising yang menyakitkan telinga dan mengganggu persembahan atau rakaman.
Terdapat berbagai bentuk distortion di antaranya disebut sebagai ‘transient’, harmonic, loudness dan sebagainya.