apa itu penyelidikan

Download Apa Itu Penyelidikan

Post on 10-Apr-2015

462 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Apa Itu Penyelidikan ? Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara , menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977, mukasurat 4) Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana didalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970, mukasurat 5) Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975 mukasurat 984) Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine Research and Methodology in Business) Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari pengunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine Research and Methodology in Business) Kerjasama adalah dipohon dari peserta kursus untuk memperbetulkan terjemahanterjemahan berikut , petikan diambil dari nota Hj Kamudin. Rasional permintaan ini adalah untuk melihat sejauh mana peserta memberi kerjasama dan membuktikan : Ho : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang hanya mementingkan diri sendiri ; Ha : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang tidak mementingkan diri sendiri; Mari kita sama-sama tunggu dan lihat beberapa ramai dari peserta yang akan membantu menterjemahkan perkara ini. Tetapi saya yakin ramai akan buat tak peduli sahaja. Ciri-Ciri Penyelidikan Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik Ia memerlukan satu perancangan Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan Ia melibatkan fakta dan makna fakta Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data (Prinsip 4A)

Azizi

Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang diperlukan Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sahPage 2009-08-12

Jenis-Jenis Penyelidikan Sejarah (Historical) Membina semula perkara yang selepas secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang dipertahankan. e.g. Kajian Asal-Usul Agama Islam di Malaysia bergantung kepada data sekunder yang diperhatikan atau pengamatan; mestilah mantap, bersistematik dan banyak serta bercambah; bergantung kepada data primer, dimana penulis memerhatikan kejadian yang direkodkan; kritikan asas mengambil kira nilai data dalam bentuk kritikan luaran yang mempersoalkan kesahan dokumen dan kritikan dalaman yang mempersoalkan ketepatan dan kerelevanan data; menyelidik informasi dari sumber yang banyak termasuk bahan-bahan lama dan yang tidak diterbitkan. Petikan (Descriptive) Menerangkan populasi atau kehendak minat secara sistematik dan tepat e.g. Kajian dan definisi keatas bilangan jawatan didalam Jabatan Perkhidmatan Awam Kajian keatas petani-petani Malaysia berteraskan perasaan untuk menerangkan keadaan pengumpulan rumusan data yang bercirikan petikan Kajian Tindakan Membentuk kaedah baru dan jalan menyelesaikan masaalah dengan aplikasi terus dengan kehendak dunia pekerjaan menghubung terus keadaan sebenar dengan perubahan orgnisasi menyediakan rangkakerja teratur bagi menyelesaikan masaalah fleksibel dan digunapakai pengstrukturan semula dengan insuran Kajian Tinjauan (Exploratory) Mengkaji sesuatu masaalah, fenomena atau hal baru dalam aturan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui masalaah, fenomena atau hal yang dikaji. Dijalankan bagi membolehkan kajian dijalankan atau dijalankan kemudiannya Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut : samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah yang dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masaalah tersebut. Bergantung kepada tahap liputan kajian Melibatkan pelbagai disiplin Bergantung kepada objektif kajian eg. Kajian pengesanan awal Kajian Hubungan (Casual Relationship) Kajian ini mencuba untuk menwujudkan hubungkait pembolehubah. Kajian ini bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor penyebab atau penentu kepada hasilan perkara atau hal yang dikaji.Azizi Page 2009-08-12

Bergantung kepada penentuan pembolehubah dependent atau independent Bergantung kepada ketepatan data yang dikumpul Bergantung kepada kekuatan hubungkait e.g hubungkait diantara program latihan dengan produktiviti Kajian Eksperimen Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu prosedur atau kaedah sebelum sesuatu rumusan di nyatakan Bergantung kepada kaedah atau teknik ujian dijalankan Bergantung kepada bilangan /unit ujian yang digunakan Bergantung kepada kesahan dan kepbolehpercayaan data dalaman References What Is a Research What Is A Survey A Guide To Writing A Research Paper Social Science Research Network American Educational Research Journal American Journal of Education American Journal for Vocational Education Research British Educational Research Journal British Educational Research Journal Australian Educational Research Journal Statistics Research Educational Journal Proses Penyelidikan Proses Merancang dan Merekabentuk Penyelidikan Tentukan masalaah sebenar/spesifik penyelidikan (Define) Mulakan dengan menumpukan permasaalahan sebenar (Initiate) Nyatakan alasan sebenar tujuan menjalankan penyelidikan (Justify) Nyatakan objektif menjalankan penyelidikan (Objective) Kaji semula maklumat asal (Literature review) Sejarah masaalah penyelidikan (History) Membuat jangkaan peluang kejayaan (Estimating) Konsep masaalah penyelidikan Pandangan mengenai kajian semula maklumat asal Kerangka teori masaalah penyelidikan Soalan-Soalan Penyelidikan Hipotesis yang akan dijalankan Populasi yang akan dikaji Memilih dan menentukan kaedah penyelidikan Kaedah penganalisaan yang akan dijalankan Data yang akan dikumpulkan Kaedah pengumpulan data Memilih dan menentukan alat pengumpulan data Menulis laporan Mengurus dan mentadbir penyelidikan Ciri-Ciri Proses PenyelidikanAzizi Page 2009-08-12

Masaalah dinyatakan dengan jelas Hipotesis dinyatakan dengan jelas Masaalah adalah bermakna (significant) Anggapan yang dibuat hendaklah dinyatakan dengan jelas Batasan kajian dinyatakan (Limitations) Isitilah/makna sesuatu perkara hendaklah dinyatakan (terms) Hubungkait permasaalahan dengan penyelidikan sebelumnya hendaklah jelas dam nyata Rekabentuk kajian hendaklah dinyatakan sepenuhnya Rekabentuk kajian hendaklah sesuai dengan penyelesaian permasaalahan Rekabentuk kajian hendaklah bebas dari sebarang kelemahan Populasi dan sampel kajian mestilah dinyatakan Kaedah persampelan adalah sesuai Kaedah pengumpulan data atau prosedur hendaklah dinyatakan Kaedah pengumpulan data atau prosedur hendaklah sesuai dengan penyelesaian permasaalahan Kaedah pengumpulan data atau prosedur hendaklah digunakan dengan tepat dan betul Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility) bukti dan fakta kajian dikumpul dan di adakan Kaedah yang sesuai digunakan untuk penganalisaan data Kaedah penganalisaan data hendaklah digunakan dengan betul Keputusan analisa hendaklah dinyatakan dengan jelas dan benar Rumusan hendaklah dinyatakan dengan jelas Rumusan hendaklah disokong dengan penemuan bukti yang diperolehi Rumusan dan kesimpulan kajian hendaklah terbatas kepada populasi dari mana sampel diperolehi Laporan hendaklah ditulis dengan jelas dan teratur Laporan hendaklah di atur dan disusun secara logic Nada laporan hendaklah adil, saksama, tidak berat sebelah dan saintifik

METODOLOGI PENYELIDIKAN 2004 (Untuk Kajian Biasa)Rumuskan Masaalah Asal

Rumuskan Hipotesis

Jalankan Penyelidikan Awal

Temuan METODOLOGI Permasaalahan Berlainan

Rumusan PENYELIDIKAN 2004 Semula Permasaalahan

Azizi

Page

2009-08-12

Jalankan Penyelidikan Sebenar

(Untuk Kegunaan Kaedah Saintifik/Akademik) RumusanSemula Hipotesis Data Asal

Analisa Pendapat (Estimation) Penyelidikan

Penemuan Hasilan Kenal Pasti Masaalah

Rumusan Ubah Hipotesis

TeoriHipotesis Model Kajian Awal Cadangan Tolak Hipotesis

Pengumpulan Data

Analisa Data

Ujian Hipotesis

Penerimaan Hipotesis

Penemuan

Rumusan

Cadangan

Panduan Pembentukkan Hipotesis Kajian dan Mengenalpasti Permasaalahan Sebelum kita meneruskan, disertakan sedikit keterangan mengenai hipotesis.Azizi Page 2009-08-12

Menurut Fraenkel (1993) menyatakan hipotesis ialah merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) menyatakan bahawa hipotesis ialah merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi. Menurut Maleske (1995) menyatakan bahawa hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang