pengurusan bilik darjah (complete)
Post on 23-Dec-2015
316 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
2.2 Model Asertif Canter
2.3 Model Logikal Dreikurs
2.4 Model Kelompok Kounin
2.5 Model Terapi Realiti Glasser
3.0 Analisis Kajian Kes
3.1 Situasi 1
3.2 Situasi 2
4.0 Kesimpulan
5.0 Refleksi Kendiri
- Ashvini
- Munitha
- Roobendhiran
- Sivasangary
6.0 Rujukan
7.0 Borang Kolaborasi
8.0 Lampiran
1.0 Pengenalan
Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang
khusus atau pola tingkah laku. (American Heritage Dictionary of the English Language
dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2009), disiplin dalam
bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk
mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk
berkelakuan baik. Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan
latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi
pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani
dan sosial.
Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman (Mok Soon Sang,
2009). Terdapat lima model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah.
Model-model modifikasi yang akan kami menghuraikan adalah seperti Model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok
Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser.
Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan
oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar
dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan
menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan model
modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah penting. Hal ini
kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah murid dan
seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang
berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi
yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang
mereka hadapi akan turut dibincangkan.
2.0 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah ialah “pengorkestraan
kehidupan dalam bilik darjah iaitu dengan merancang kurikulum, mengorganisasi
prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan,
memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah”. Seterusnya,
merujuk Anderson (1989), pula menyatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan
adalah terdiri daripada tiga aspek yang umum seperti, penglibatan pelajar yang
maksimum, meminimumkan tingkah laku pelajar yang menggangu tugas guru dan
pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efesian. Ketiga –tiga aspek ini
dapat tercapai melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang tersendiri. Misalnya,
pendekatan Autoritarian, Permisif, Modifikasi tingkah laku pelajar, dan menggalakkan
persekitaran pembelajaran yang positif.
Merujuk tugasan yang diarahkan kepada kami, lebih mengutamakan pendekatan
perubahan tingkah laku murid dalam bilik darjah. Dalam pendekatan ini, istilah disiplin
yang ditekankan yang membawa maksud satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini. Melalui
pernyatan ini, tertimbul satu persoalan iaitu, bagaimanakah melaksanakan pengurusan
displin murid dalam bilik darjah? Jawapan yang paling ketara ialah pengetahuan
tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin
dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan
berkesan.
Terdapat lima jenis model pengurusan displin telah dicadangkan oleh ahli-ahli
psikologi tingkah laku, para pendidik dan ahli-ahli akademik.
Sumber : Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
2.1 Model modifikasi tingkah laku oleh B.F.Skinner.
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) yang digelar sebagai bapa tingkah laku
psikologi memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931
dalam bidang Psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model
Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan.
Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada
seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila
seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan
pembelajaran pada hari tersebut. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika
dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Hal ini
kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi semakin
lemah.
MODEL MODIFIKASI/
PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI
TINGKAH LAKU oleh
B.F.SKINNER MODEL DISIPLIN
ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh
RUDOLF DREIKURS
MODEL TERAPI REALITI oleh
WILLIAM GLASSER
MODEL MODIFIKASI/
PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI
TINGKAH LAKU oleh
B.F.SKINNER MODEL DISIPLIN
ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh
RUDOLF DREIKURS
MODEL TERAPI REALITI oleh
WILLIAM GLASSER
Skinner (2008) telah mencadangkan teknik peneguhan (reinforcement) untuk
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong individu melakukan tingkah laku yang diingini bertambah. Sebagai contoh di
dalam bilik darjah, untuk mendapat respon yang baik, pujian perlu diberikan kepada
murid-murid. Manakala peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau
dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif. Contohnya seperti
menghalau murid yang membuat bising untuk keluar dari kelas yang sedang
berlangsung. Hal ini supaya murid lain dapat meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran tanpa sebarang gangguan daripada murid yang nakal.
Menurut Skinner (2008) lagi, cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan
terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah
seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang
tetap dan berkala. Misalnya, semasa setiap kali murid yang pemalu tersebut
mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan
sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid
tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa
akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya
Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum
melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut.Guru juga perlu membuat
pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang
perlu diberi perhatian yang khusus.Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu
dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanaknnya di dalam bilik darjah.
Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap
mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini.
2.2 Model displin asertif oleh Lee Canter
Dalam Teori Displin Asertif yang dikemukakan oleh Canter, menekankan
tentang hal guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar
dalam persekitaran yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.
Menurut Model Disiplin Asertif, Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.
Melalui kaedah ini, guru dapat mengenalpasti keinginan murid dan dapat menyatakan
dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini. Sebagai
contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada
murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga
diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan menyebabkan murid-murid sedar
dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut
tidak dipatuhi.
Pendekatan asertif ini juga dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan
murid dan sekaligus guru dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten.
Persekitaran pembelajaran yang tenang dan sokongan kepada perkembangan murid
dapat dibantu melalui pendekatan ini. Manfaat lain yang boleh diambil daripada Model
Disiplin Asertif Canter pula ialah akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan
kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan
selesa. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas.
Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut
keutamaan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan. Setiap
tindakan pembertulan atau akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada
sebelumnya.
Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid yang ditekankan oleh Canter
bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid
2.3 Model akibat logikal oleh Rudolf Dreikurs
Model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku berlaku serta
membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Seterusnya, murid
perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan displin bilik darjah.
Apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, mereka kadang-kadang akan
menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut.
Menurut teori ini, Dreikurs (1968) menyatakan empat motif utama salah laku
berlaku dalam suasana pembelajaran. Pertamanya, mendapatkan perhatian, murid
sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah sekiranya
mereka tidak mendapat penghargaan atau kepujian di dalam kelas. Motif salah laku
yang kedua pula, murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap
tidak adil dan bersikap autokratik. Sekiranya murid bertindak mencabar kewibawaan
guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba
kenal pasti punca kelakuan mereka. Akhirnya, murid yang gagal mendapat
pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya
sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.
Beliau juga menekankan langkah langkah dalam menangani murid yang
mempunyai motif yang salah dalam karya beliau dalam versi bahasa inggeris bertajuk
New Approach to Discipline: Logical Consequences seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah.
Motif Teknik yang disyorkan Inginkan perhatian: • Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan
tingkahlaku tersebut.• Iktiraf tingkahlaku bermasalah-serapkan dalam sesi
pengajaran.
Menggunakan kuasaMembalas dendam
• Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif.• Alihkan fokus ke tempat lain• Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari
kelakuannya
Memaparkan kekurangan • Ubahsuai kaedah mengajar• Gunakan bahan bantu pembelajaran berbentuk maujud
atau ICT
(Dreikurs,1968)
2.4 Model pengurusan kelompok oleh Jacob S.Kounin
Jacob Kuonin (1971) seorang pakar psikologi Pendidikan dari Wayne State
University yang memfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan
pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Asas kepada
keberkesanan pengurusan displin bilik darjah mengikut model pengurusan Kelompok
Kounin adalah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru
terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.
Menurut kajian Kuonin (1977), teguran atau tindakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan kesalahan sama ada berat atau tidak akan memberi kesan
kepada rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Fenomena ini disebut sebagai
kesan riak. Sebagai contoh, murid A ini ialah seorang yang nakal dan selalu membuat
bising di dalam kelas. Selain itu, dia juga mempunyai seorang sahabat yang baik iaitu
murid B. Namun setelah mereka ini bersahabat terlalu lama, tingkah laku murid A ini
telah, menjadi ikutan bagi murid B tersebut itu. Jadi murid A telah mempengaruhi murid
B untuk juga membuat bising di dalam bilik darjah. Kesan ini juga disebut sebagai
kesan gelombang (Ripple Effect). Justeru itu, situasi ini menggambarkan bahawa
tingkah laku itu mampu mempengaruhi seseorang. Dalam kes tersebut, Kounin telah
mencadangkan beberapa cadangan supaya guru memberi teguran dan tindakan disiplin
kepada murid A yang membuat kesalahan. Teguran yang diberi mestilah jelas dan
menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan serta mengelakkan
daripada memberikan teguran secara umum kepada murid-murid.
Selain daripada itu, dalam illmiah yang sama beliau juga telah mencadangkan
supaya kelancaran dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah sangat memainkan peranan yang penting dalam mengawal salah laku murid.
Selain itu, beliau juga amat memberi tumpuan utama terhadap pengurusan pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan murid sentiasa terlibat dengan aktivti bilik darjah
dan sentiasa memberi murid tugasan-tugasan yang berkenaan. Guru perlu
mengaplikasikan pelbagai strategi yang sesuai dan menarik supaya murid lebih
memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, Kounin (1977) juga ada menyatakan guru perlu mempunyai
momentum pengajaran yang baik agar membantu murid untuk bersedia melibatkan diri
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Momentum merujuk kepada keadaan di
mana guru memulakan pengajaran, meneruskan pengajaran dan membuat penutup
dengan baik dan lancar. Tambahan pula, Kounin menegaskan bahawa guru yang baik
adalah guru yang sentiasa menimbulkan suasana ceria di dalam bilik darjah. Guru perlu
mengambil kira pelbagai aspek yang diutamakan iaitu aspek minat, kebolehan dan
perkembangan murid supaya mereka akan menumpukan kepada aktiviti yang ingin
disampaikan oleh guru. Setiap aktiviti yang dirancangkan mestilah mencabar serta
mampu untuk menjana idea dan minda murid-murid.
Namun begitu, model Kounin ini dilihat tidak memberi kesan yang mendalam
terhadap masalah disiplin yang berlaku. Pendekatan model ini tidak meliputi sistem
pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan tetap berlaku
walaupun pelbagai pendekatan telah dilakukan. Hal ini mungkin seseorang murid itu
didorong oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada keluarga, latar belakang,
personaliti ataupun masalah luar sekolah.
2.5 Model terapi reality oleh William Glasser
Dalam model disiplin Terapi Realiti yang telah dikemukakan oleh William Glasser
(1985), beliau telah memperkenalkan Teori Pilihan (Choice Theory). Istilah realiti terapi
digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk
“Reality Therapy”: A Realistic Approach To The Young Offender” pada tahun 1964.
Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach To
Psychiatry telah diterbitkan. Beliau menambah baik teori yang terdahulu dengan
memasukkan elemen keperluan asas, kualititi dan kreativiti. Antara keperluan-keperluan
asas tersebut adalah kasih sayang lah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah akibat
daripada murid-murid gagal memenuhi empat keperluan asas tersebut. Untuk itu, guru
perlu memastikan bahawa keperluan-keperluan ini perlu difokuskan dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Pertamanya, rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah
yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang murid.
Keperluan seterusnya ialah, kebebasan perlu diberikan kepada murid bersepadan
dengan keupayaan murid serta kebebasan membuat pilihan yang akan membangkitkan
tanggungjawad murid. Tambahan pula murid juga memerlukan kuasa dan kawalan
kendiri untuk membuat pilihan terhadap aktiviti–aktiviti bilik darjah mengikut
kecendurungan dan kebolehan mereka. Selain itu, Glasser berpegang kepada tingkah
laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik dan bijak. Bagi mendapatkan hasil
tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat
pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan
dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik
ataupun buruk.
Pengurusan Displin Bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas
pengurusan displin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk
merancang satu bentuk pengurusan displin bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai
dengan persekitaran bilik darjah masing-masing. Teori-teori yang telah dibincangkan di
atas boleh menjadi panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai
dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing-masing. Guru juga harus bijak menilai
dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri. Pengetahuan yang
luas di dalam pengurusan bilik darjah ditambah dengan pengalaman yang ada akan
membantu guru mensintesis satu pengurusan yang kondusif untuk kegunaan sendiri di
dalam bilik darjah masing-masing.
3.0 Analisis Kajian Kes
3.1 Situasi 1
Masalah :
Melalui situasi di atas, didapati bahawa beberapa pelajar di kelas Lima Orkid
mempunyai masalah disiplin.
Punca masalah :
Apabila meneliti kajian kes, kita mendapati bahawa tingkah laku bermasalah yang
sering kali ditunjukkan oleh pelajar dalam kelas Cikgu Hashim adalah bising dan asyik
tidur. Maka, mereka sepatutnya tidak dihukum malah perlu memberi tunjuk ajar dan
bimbingan untuk membentuk sikap mereka.
Model modifikasi yang sesuai :
Model yang paling sesuai digunakan oleh Cikgu Hashim untuk masalah ini adalah
Model Asertif Canter dan Model Kelompok Kounin juga sesuai diaplikasikan bagi
membendung masalah tersebut.
Cikgu Hashim mengajar matapelajaran Sains di kelas Lima Orkid. Ada
beberapa orang pelajar di kelas itu yang suka membuat bising seperti tidak
berminat untuk belajar. Sebagai seorang guru yang baru, situasi tersebut
menimbulkan masalah kepada Cikgu Hashim dalam pengajaran. Dalam masa
yang sama ia juga telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah menjadi
guru kelas tersebut.
Sehubungan itu, sesuatu peraturan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih
dahulu oleh Cikgu Hashim dalam situasi sebegini. Contohnya seperti peraturan di
jadual dibawah:
Peraturan Bilik Darjah
Dilarang bercakap apabila guru sedang bercakap; apabila murid-murid lain sedang memberi pandangan mereka; semasa ujian dijalankan; semasa kuiz dilaksanakan;Jalan dengan teratur di koridor dan jangan buat bising;Dilarang memukul, menendang atau menyentuh orang lain dengan menggunakan tangan atau kaki anda atau objek;Bawa semua bahan keperluan pembelajaran pada setiap masa;
Konsekuen Melanggar Peraturan Bilik Darjah
Kali pertama : Diberi amaranKali ke-2 : Lima minit di Sudut Senyap dan tulisan Jurnal Tingkah Laku.Kali ke-3 : Sepuluh minit di Sudut Senyap dan tuliskan Jurnal Tingkah Laku.Kali ke-4 : Lima belas minit di Sudut Senyap dan ibu bapa dihubungi.Kali ke-5 : Berjumba dengan guru besarBagi kes serius : Berjumpa dengan guru besar.
Pengiktirafan Positif / Ganjaran secara peribadi
Nota makluman kepada ibu bapaPanggilan telefon kepada ibu bapaPas “dikecualikan daripada membuat kerja rumah”
Ganjaran secara kelas
Markah untuk menyertai lawatan sambil belajar;Markah untuk hadir jamuan makan.
Model Pengurusan Kelompok Kounin
Selain daripada itu, Cikgu Hashim boleh mengaplikasikan Model Kelompok
Kounin dalam menangani masalah disiplin ini. Hal ini kerana, model ini adalah untuk
pengurusan kumpulan. Model ini menekankan kemesraan dan pemahaman yang diberi
kepentingan supaya pengurusan bilik darjah lebih sistematik dan berkesan.
Kepekaan kelompok juga akan membantu untuk mengurangkan masalah disiplin di
kalangan murid- murid dalam kelas tersebut. Cikgu Hashim boleh mengekalkan
penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Contohnya, Cikgu Hashim
boleh kemukakan soalan setelah pastikan tumpuan semua murid. Soalan yang ditanya
oleh Cikgu Hashim perlu wujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspen
dan minta seluruh kelas menjawab bersama-sama. Beliau juga boleh mengelilingi kelas
sambil minta murid tunjukkan hasil kerja masing. Dengan ini, murid akan lebih peka dan
sedar bahawa cikgu perhatikan apa yang dibuat oleh setiap orang dalam tersebut.
Model ini menggunakan teknik-teknik seperti with-itness supaya guru boleh
mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa. Hal ini
akan mengawal keadaan dalam kelas sekiranya salah laku dikesan. Kepekaan
kelompok juga akan membantu untuk mengurangkan masalah disiplin di kalangan
murid dalam kelas tersebut.
Kesimpulannya, interaksi antara guru dan murid penting bagi menjamin
kefahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Ia boleh mewujudkan
suasana bilik darjah yang kondusif. Oleh itu, Cikgu Hashim boleh mengaplikasikan
model seperti model kelompok Kounin dan Asertif Canter untuk menangani masalah
yang dihadapi sewaktu P&P. Dengan itu, Cikgu Hashim boleh menjalankan P&P
dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan.
Strategi bagi menangani masalah :
Dalam situasi yang diberikan, Cikgu Hashim sedang menghadapi dua jenis
masalah besar iaitu kelakuan segelintir pelajar yang suka membuat bising dan Edra
yang menimbulkan masalah dalam kelas semasa proses P&P dalam kelas. Hal ini
merupakan satu masalah yang agak serius yang mungkin menjejaskan taraf
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, Cikgu Hashim haruslah
mengambil strategi yang sewajarnya bagi membantu pelajar yang bermasalah ini.
Strategi pertama yang boleh diambil oleh Cikgu Hashim iaitu guru darjah kelas
Lima Orkid ialah mewujudkan persekitaran yang kondusif. Jika proses P&P yang
menarik, aktif serta penuh dengan ceria sudah tetap akan mendorong mewujudkan
persekitaran yang kondusif bagi murid untuk belajar. Jadi beliau perlu menggunakan
pengukuh serta menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran bagi
mencungkil minat murid bagi belajar (Mok Soon Sang (2011). Cikgu Hashim boleh
mengukuhkan beberapa jenis ganjaran bagi menarik minat murid untuk belajar dengan
aktif sehingga mereka menyukai mata pelajaran Sains tersebut. Pengukuh yang
pertama ialah pengukuh sosial iaitu senyuman dan kata-kata pujian. Pengukuh ini dapat
memberanikan murid untuk bercakap atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru. Pengukuh yang kedua ialah grafik iaitu pelekat dan bintang. Pengukuh ini dapat
menarik murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan secara sukarela bagi
mendapatkan kepentingan. Pengukuhan yang seterusnya ialah pengukuh aktiviti. Cikgu
Hashim yang boleh melepaskan murid lebih awal bagi masa rehat jika tugasan disiap
dengan baik. Yang terakhir ialah pengukuh fizikal iaitu makanan dan hadiah. Cikgu
Hashim boleh menawarkan atau memberikan makanan dan hadiah jika tingkahlaku
yang diingini ditunjukkan. Keempat-empat pengukuh mesti menarik minat perhatian
murid tersebut bagi menyertai proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai guru darjah Lima Orkid, Cikgu Hashim dipertanggungjawabkan
terhadap hak asasi murid. Beliau harus dibekalkan persekitaran pembelajaran yang
optimum. Selain itu, beliau harus sedia membantu murid-murid bagi mengurangkan
tingkah laku yang kurang wajar dan menyokong tingkah laku yang wajar. Beliau juga
harus dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkah laku yang baik dan jahat. Cikgu
Hashim juga dipertanggungjawabkan bagi mengekalkan persekitaraan pembelajaran
yang optimum. Secara keseluruhannya, Cikgu Hashim harus memastikan hak dan
tanggungjawab murid-murid disokong dengan satu pelan disiplin yang menyatakan
jangkaan dengan jelas.
Menurut Canter (1992), perancangan adalah komponen utama pengajaran yang
berkesan dan pengurusan bilik darjah yang baik. Oleh itu, Cikgu Hashim disarankan
sesuatu pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian
dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas sebagai garis
panduan bagi menyediakan pelan disiplin mengikut kelas. Cikgu Hashim digalakkan
pertimbangkan soalan-soalan seperti “Apakah tingkahlaku yang ingin dihapuskan atau
disemai dalam diri murid-murid anda? Apakah jenis konsekuen positif yang wajar bagi
murid-murid serta bagaimanakah cara mengesan tingkah laku yang wajar dan tidak
wajar?”
Menurut Kounin pula, strategi seterusnya yang boleh diambil oleh guru kelas
ialah mengubah tempat duduk pelajar dalam bilik darjah. Tempat duduk setiap
pelajar dalam sesuatu bilik darjah adalah salah satu aspek terpenting yang harus diberi
perhatian oleh setiap guru. Terdapat beberapa cara penyusunan meja-meja pelajar
dalam bilik darjah. Meja-meja pelajar yang disusun bolehlah menghadap satu sama lain
dan tidak diganggu dengan aktiviti lain di dalam bilik tersebut. Susun atur berbentuk
bulatan, separa bulatan atau berbentuk ‘U’ amat sesuai untuk tujuan perbincangan.
Pola kedudukan berbentuk ‘U’ amat sesuai kerana memberikan kuasa/ autoriti kepada
guru atau ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Beliau mempunyai laluan
untuk bergerak ke dalam bentuk ‘U’ agar dapat mendekati pelajar. Susun atur
berbentuk bulatan mengurangkan jarak fizikal dan emosi antara pelajar dengan ketua
atau guru. Corak berbentuk ini memberikan ruang optimum untuk pelajar berbincang
antara satu sama lain. Beliau juga berperanan untuk memilih bentuk yang paling sesuai
dengan mengambil kira keadaan persekitaran bilik darjah. Oleh itu, melalui cara ini
pelajar tersebut yang sering membuat bising akan berasa takut untuk membuat
kesalahan malah akan menumpukan perhatian pada P&P Sains.
Strategi seterusnya yang boleh diambil ialah memuji pelajar yang tidak
bersalah di hadapan pelajar yang bermasalah iaitu segelintir pelajar yang suka
membuat bising di dalam bilik darjah. Tujuannya adalah bagi meningkatkan kesedaran
dalam diri pelajar bermasalah tersebut dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan
dalam diri mereka. Contohnya, beliau boleh menggunakan kata-kata pujian seperti
“Bagus”, “Syabas”, “Baik” dan sebagainya. Selain itu, beliau juga boleh mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada mereka. Melalui pujian sebegini pelajar tersebut yang
sering membuat bising akan terangsang minda dan sedar akan kesalahan merekan dan
akan mula mengambil bahagian dalam P&P pada hari tersebut. Selain itu, mereka juga
boleh meningkatkan taraf akademik mereka. Cara sebegini dapat memperbaiki tingkah
laku pelajar bermasalah itu. Justeru, pelajar yang dipuji dalam kelas akan menjadi rol
model kepada pelajar lain dan mereka akan menunjukkan inisiatif masing-masing
dalam kelas. Oleh itu, cara memuji pelajar adalah bergantung kepada guru yang
mengajar bagi menarik perhatian pelajar yang bermasalah dalam bilik darjah.
Selain itu, Cikgu Hashim juga boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan
secara tiba-tiba. Hal ini adalah bagi menarik perhatian pelajar semasa proses P&P
dijalankan di dalam bilik darjah. Contohnya, memasang lampu secara tiba-tiba, bermain
alat muzik, memainkan muzik dalam radio atau laptop, membunyikan visel dan
bertepuk tangan. Justeru, kaedah ini juga boleh menyedarkan pelajar tentang tahap
P&P yang sedang berlangsung dalam kelas. Pada masa yang sama, kaedah ini juga
dapat membantu Edra yang suka tidur daripada terjaga dan mula menumpukan
perhatian pada apa yang diajar oleh guru di kelas. Lantaran itu, beliau juga boleh
mengajukan soalan secara tiba-tiba pada pelajar yang berbuat bising semasa P&P.
Bagi memudahkan tugas beliau, Cikgu Hashim hendaklah menghafal nama setiap
pelajar yang terdapat dalam kelas tersebut supaya dapat memanggil nama pelajar
untuk menjawab soalan tanpa diduga. Pendek kata, aktiviti di luar jangkaan ini dapat
membantu guru untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kelas.
Strategi terakhir bagi model pengurusan kelompok Kounin yang boleh dilakukan
oleh Cikgu Hashim ialah pemberian pangkat atau jawatan kepada pelajar yang
bermasalah. Ini adalah bertujuan untuk merasa keadaan sebenar mereka dan
seterusnya mengubah suai tingkah laku yang negatif itu. Contohnya, Cikgu Hashim
boleh memberi pangkat kepada pelajar tersebut jika dia tidak tidur dalam kelas pada
setiap hari. Selain itu, pangkat juga boleh diberikan kepada kumpulan pelajar yang
seringkali membuat bising dalam kelas sekiranya mereka tidak membuat bising lagi. Ini
akan menyedarkan dan melahirkan semangat untuk mendapatkan pangkat tersebut
dari hari ke hari. Pangkat ini juga merupakan salah satu motivasi intrinsik yang akan
wujud dalam kalangan pelajar. Kesannya, masalah pelajar lain dapat diatasi oleh Cikgu
Hashim dengan mudah. Oleh itu, setiap guru patut mengambil inisiatif untuk mengubah
corak pembelajaran dalam kelas masing-masing.
3.2 Situasi 2
Masalah :
Melalui situasi di atas, didapati Edra mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas.
Punca masalah :
Masalah ini kerana kekurangan kasih sayang, kemiskinan dan kurang perhatian dalam
keluarganya. Masalah peribadi Edra sedikit sebanyak menjadi faktor berlakunya
masalah tingkah laku seperti ditunjukkan di dalam kelas. Oleh itu, Cikgu Taufik
hendaklah mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan model modifikasi yang
sesuai untuk membantu Edra menggubah tingkah lakunya.
Model modifikasi yang sesuai:
Apabila meneliti kajian kes ini, didapati bahawa tingkah laku yang sering ditunjukkan
oleh Edra dalam kelas Cikgu Taufik ialah tidak bersedia untuk mengikuti sesi
pengajaran kerana sering tidak membawa buku teks, jarang menyiapkan kerja rumah
dan bersifat pasif. Maka, Cikgu Taufik tidak seharusnya menghukum malah perlu
memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk membentuk sikap mereka.
Oleh itu, model yang paling sesuai digunakan untuk masalah ini adalah Model
Terapi Realiti oleh William Glasser (1993).
Cikgu Taufik yang mengajar kelas Tahun 5 Lily mendapati seorang
murid bernama Edra agak lemah dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak bersedia
untuk mengikuti sesi pengajaran kerana sering tidak membawa buku teks,
jarang menyiapkan kerja rumah dan bersifat pasif semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Edra suka melepak bersama-sama rakan-rakan sehingga
larut malam. Ibunya baru meninggal dunia dan ayahnya bekerja sambilan
sebagai pengawal keselamatan dari pukul 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.
Model Teori Realiti Glasser
Model Teori Realiti Glasser merupakan teori yang berkaitan dengan cara
mendisiplinkan murid dengan menggunakan pelbagai langkah dan peringkat. Pada
tahun 1965, William Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti yang
menyatakan bahawa tingkah laku secara luarannya dipengaruhi oleh motivasi dalaman.
Keadaan ini berlaku ke atas anak murid Cikgu Taufik iaitu Edra, tingkah laku yang
ditunjukkan oleh Edra semasa di dalam bilik darjah adalah dipengaruhi oleh masalah
dalaman yang dihadapinya ketika di rumah. Hal ini kerana, asas utama kepada model
ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang
dibuat.
Dalam kajian kes 2, Edra telah memilih cara hidupnya sendiri setelah kematian
ibunya kerana ayahnya tidak mengambil tahu tentang keadaan Edra di rumah mahupun
semasa di sekolah. Oleh itu, Edra telah menimbulkan masalah disiplin di sekolah
dengan menunjukkan tingkah laku yang kurang baik dan gagal memberi perhatian yang
sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, model teori ini juga menekankan tingkah laku manusia didorong oleh
keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas seperti rasa dipunyai dan
disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan serta keperluan untuk bersuka
ria. Di dalam persekitaran sekolah dan bilik darjah, salah laku dan masalah disiplin
timbul apabila murid-murid gagal memenuhi empat keperluan asas tersebut. Hal ini
terjadi kepada Edra kerana dia tidak mendapat empat keperluan asas ini dengan
sempurna. Pertamanya, Edra baru sahaja kehilangan seorang ibu dan ayahnya pula
bekerja seharian tanpa mengambil tahu tentang keadaan Edra. Dengan ini, jelaslah
bahawa Edra kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ayahnya. Selain
itu, Edra juga tidak mendapat pengawasan daripada ayahnya yang hanya sibuk
bekerja. Jadi, Edra bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang diingininya dan
bersuka ria dengan apa yang dipilihnya. Kekurangan keperluan asas ini, telah
mengakibatkan terjadinya masalah disiplin di dalam kelas Cikgu Taufik yang berkesan
daripada pilihan yang dibuatnya sendiri.
Strategi bagi menangani masalah :
Dalam situasi yang diberikan, Cikgu Taufik sedang menghadapi masalah pelajar
yang tidak bersedia untuk mengikuti sesi pengajaran kerana sering tidak membawa
buku teks, jarang menyiapkan kerja rumah dan bersifat pasif membuat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan salah satu masalah yang agak serius
yang mungkin menjejaskan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Oleh itu, Cikgu Taufik haruslah melaksanakan strategi yang sewajarnya bagi membantu
pelajar-pelajar yang bermasalah ini.
Strategi pertama Cikgu Taufik hendaklah menjalinkan hubungan mesra demi
membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk P&P serta dapat menyampaikan
pelajarannya dengan berkesan. Dengan adanya hubungan yang mesra, murid rela
mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah, demi memupuk arahan kerja
dan disiplin dalam kalangan mereka. Selain itu, hubungan guru dan murid merupakan
pra syarat untuk mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan
kelancaran aktiviti P&P dalam bilik darjah. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang
menarik, dan seterusnya melahirkan murid mencintai ilmu melalui budaya belajar ke
arah pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Strategi kedua ialah dinamika bilik darjah, Cikgu Taufik seharusnya
memastikan suasana bilik darjah yang selesa serta dapat menggalakkan semua murid
untuk mengambil bahagian dalam P&P. Cikgu Taufik juga seharusnya menghargai latar
belakang dan pengalaman murid, dan mengambil kira unsur kepelbagaian dalam
lingkungan mereka supaya mereka tidak merasa disisihkan. Selain itu, dinamik bilik
darjah juga merujuk kepada persepsi murid terhadap darjat keselamatan dan sifat
saling hormat- menghormati dan jangkaan yang wujud dalam bilik darjah.
Seterusnya, Cikgu Taufik juga perlu menggunakan strategi agihan tanggungjawab
bersama. Strategi ini dapat melibatkan murid dalam membuat keputusan dan bersama-
sama memikul tanggungjawab dalam kelas seperti menjaga kesejahteraan kelas,
membuat peraturan bilik darjah. Peraturan yang dibuat berdasarkan persetujuan dan
perbincangan antara guru dan murid. Peraturan dibina bersama akan menimbulkan
rasa tanggungjawab untuk mematuhi peraturan tersebut. Di persekitaran sekolah, guru
harus menegaskan murid-murid tentang kelakuan-kelakuan yang diterima di sekolah
dan peraturan yang harus diikuti di sekolah supaya murid mempunyai panduan dan
pilihan yang memberi manfaat kepada mereka.
Sementara itu, Wiliam Glasser (1993) pula menyatakan bahawa Model Terapi
Realiti adalah satu bentuk siri langkah-langkah yang boleh membantu murid untuk
memahami tindakan dan pilihan yang dibuat oleh mereka. Pada peringkat permulaan,
guru boleh membantu murid mengenalpasti akibat daripada tingkah laku tersebut.
Akibat mestilah realistik dan dikenalpasti atau dipilih oleh murid itu sendiri dan
bukannya dikenakan oleh guru. Guru kemudiannya perlu mengemukakan satu pelan
perancangan untuk membantu murid menguruskan tingkahlaku atau membiarkan murid
menanggung akibat daripada tingkahlaku yang dilakukannya. Menurut Glasser (1993),
guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui beberapa cara seperti guru perlu
bersifat sebagai pembimbing dan bukannya pengarah. Oleh itu, Cikgu Taufik perlu
memberi bimbingan kepada Edra supaya dapat memotivasikan dirinya sendiri dan
memberi komitmen yang tinggi semasa sesi pembelajaran. Selain itu, Cikgu Taufik juga
harus berbincang dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid seperti Edra
dengan memberikan perhatian dan motivasi yang tertentu. Tambahan lagi, Cikgu Taufik
juga perlu memainkan peranan penting ketika proses pengajaran kerana menurut
Glasser tugas seseorang guru ialah mengutamakan kualiti di dalam pengajaran,
pembelajaran dan kurikulum.
Selain itu, murid juga memerlukan guru yang memberikan perhatian dan
mengambil berat ke atas diri mereka. Guru boleh memenuhi keperluan ini dengan
mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik darjah. Pandangan dan
pendapat murid perlu diambil kira dalam pembentukan persekitaran bilik darjah.
Peneguhan-peneguhan yang sesuai harus diberikan kepada murid-murid yang
menunjukkan usaha yang baik dalam mengekalkan keharmonian bilik darjah. Guru juga
perlu menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan murid.
Dengan cara ini, murid akan berasa disayangi dan dipunyai di dalam persekitaran bilik
darjahnya.
Di samping itu, kebebasan merupakan salah satu keperluan yang dinyatakan
oleh Glasser yang perlu dimiliki oleh individu. Hal ini berkait dengan kebebasan untuk
menentukan matlamat hidup dan bertanggungjawab atas tingkah laku mereka. Kanak-
kanak memerlukan kebebasan terapi pada masa yang sama, guru-guru perlu
mengawasi dengan memberi kebebasan yang bersesuaian dengan peringkat umur
mereka. Guru harus memberikan peluang dan kebebasan yang sepadan dengan
keupayaan murid untuk memilih aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu sama ada secara
individu atau berkumpulan. Hal ini akan membangkitkan rasa tanggungjawab kepada
murid-murid untuk melaksanakan aktiviti P&P yang dipilih oleh mereka sendiri. Guru
perlu mengimbangi tahap kebebasan yang diberikan sesuai dengan aktiviti dan
persekitaran bilik darjah.
Strategi berikutnya ialah guru perlu mengelakkan aktiviti P&P dan persekitaran
bilik darjah yang sama dan berulang-ulang. Keadaan ini akan membangkitkan rasa
bosan dalam kalangan murid. Apabila mereka berasa bosan, mereka akan mula
mencari tingkah laku yang boleh menyeronokkan mereka. Guru perlu
mempelbagaikan strategi dan kaedah P&P yang melibatkan atau berpusatkan pelajar
seperti kaedah bermain, sumbangsaran, main peranan, kolaboratif dan sebagainya.
Apabila murid berasa seronok untuk belajar, guru juga akan bermotivasi untuk
mengajar.
Guru juga perlu mengelakkan daripada menggunakan kawalan luaran
seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah.
Sebaliknya cuba bercakap, berinteraksi dengan murid apabila mereka membuat
kesalahan atau mempunyai masalah. Dengar masalah mereka. Selepas itu, guru perlu
masukkan unsur-unsur kecindan/humor untuk mengelakkan ketegangan tanpa
memandang remeh kepada masalah yang dihadapinya.
Tindakan terakhir yang boleh dilakukan oleh Cikgu Hashim ialah pemberian
pangkat atau jawatan kepada pelajar yang bermasalah di dalam kelas atau untuk
subjek-subjek tertentu. Ini adalah bertujuan untuk merasa keadaan sebenar mereka
dan seterusnya mengubahsuai tingkah laku yang negatif itu. Contohnya, Cikgu Hashim
boleh memberi pangkat kepada Edra agar dia memberi tumpuan semasa P&P
dijalankan. Selain itu, pangkat juga boleh diberikan kepada kumpulan pelajar yang
seringkali membuat bising dalam kelas sekiranya mereka tidak membuat bising lagi. Ini
akan menyedarkan dan melahirkan semangat untuk mendapatkan pangkat tersebut
dari hari ke hari. Pangkat ini juga merupakan salah satu motivasi intrinsik yang akan
wujud dalam kalangan pelajar itu. Implikasinya, masalah Edra dan pelajar-pelajar lain
dapat diatasi oleh Cikgu Hashim dengan mudah. Oleh itu, setiap guru patut mengambil
inisiatif untuk mengubah corak pembelajaran dalam kelas masing-masing.
Kesimpulannya, penggunaan Teori Glasser (1993) dapat mengatasi pelbagai
masalah tingkah laku dan emosi yang negatif dalam kalangan pelajar di samping
memberi peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu seseorang
individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya demi mencapai matlamat masa
depan dengan lebih berjaya. Guru pula hendaklah memainkan peranan untuk
menyediakan persekitaran yang kondusif dan mengambil kira dari segi ciri fizikal dan
iklim bilik darjah tersebut dan mempunyai pengetahuan tentang ciri perkembangan
emosi dan sosial kanak-kanak serta keperluan mereka.
4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami telah menghuraikan beberapa jenis model
modifikasi tingkah laku yang sesuai digunakan dalam pengurusan bilik darjah. Di
samping itu, kami juga menganalisasikan dua jenis situasi yang dihadapi oleh dua
orang guru dan mengemukakan tindakan serta strategi yang boleh diambil untuk
menangani masalah yang dihadapi.
Model-model modifikasi tingkah laku ini memainkan peranan penting dalam
membantu guru bagi mengekalkan disiplin bilik darjah. Hal ini kerana model-model
modifikasi ini menjelaskan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam
pengurusan bilik darjah. Model-model modifikasi ini juga boleh diaplikasikan oleh guru
untuk memastikan bahawa pengendalian proses pengajaran-pembelajaran dapat
berjalan dengan lebih berkesan dan efektif. Di dalam sebuah bilik darjah, murid-murid
yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang
berkesan.
Secara keseluruhan, guru yang berkesan akan berpandukan model yang selaras
dengan ciri-ciri personaliti murid yang dipertanggungjawabkan agar mampu
memudahkan proses pengajaran-pembelajaran dan meminimumkan gangguan. Oleh
itu, guru perlulah sentiasa merancang pembelajaran, dan memilih strategi pengajaran
yang sesuai supaya objektif pengajaran-pembelajaran dapat dicapai.
5.0 Rujukan
Buku
Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dreikurs, R. and Grey,L.(1993). Logical Consequences: A New Approach to Discipline .
New York: Plume, pp. 143-4
Ee Ah Meng (2000). Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan
Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Halizah Hamzah (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. Selangor:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor:
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Myint, S.K.et.al. (2005). Classroom Management: Faciliting Teaching and Learning,
Singapore. Prentice hall.
Web
Sayidatul Syariifah Yahaya. Proses Pembelajaran & Pengajaran.
http://philosophysayidatulsyaifahyahaya.blogspot.com/ dilayari pada 22 Februari
2012.
Mazlan. Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar
http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/14/punca-punca-dan-cara-cara-
mengatasi-masalah-disiplin-pelajar/ dilayari pada 22 Februari 2012.
Airil Haimi. (-) Classroom Management
http://teechconsult.com/documents/e-Learning%20Degree/TSL427-ClassMgt-
W4.pdf dilayari pada 20 Februari 2012.
top related