terima gelaran datuk juara siri 7 final.pdfpro maritim negeri p.pinang pro maritim negeri kedah...

32
1 SIRI 7/2019 ISSN2180-2513 LAKSDYA IBRAHIM TERIMA GELARAN DATUK WILSEL JUARA PROGRAM 3K 2019 37 TANGKAPAN SEPANJANG PATKOR OPTIMA BOT KARAM 4 NELAYAN DISELAMATKAN

Upload: others

Post on 02-Mar-2020

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

SIRI 7/2019ISSN2180-2513

LAKSDYA IBRAHIMTERIMA GELARAN DATUK

WILSEL JUARAPROGRAM 3K 2019

37 TANGKAPAN SEPANJANG

PATKOR OPTIMABOT KARAM4 NELAYAN DISELAMATKAN

2

KANDUNGANPERISTIWA

PENGUATKUASAAN

RENCANA

AGAMA

CARILAMAT

AKTIVITI

6

12

20

2224

30

3

4

Setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan kepada

Allah S.W.T kerana dengan izinNya majalah

Siri 7/2019 dapat diterbitkan. Untuk edisi kali ini, SeaHawk

merangkumi berita peristiwa, penguatkuasaan, carilamat

dan aktiviti sepanjang bulan Oktober hingga Disember

2019 untuk tatapan pembaca.

Antara kandungan utama penerbitan kali ini, adalah pengurniaan

pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) daripada Yang Dipertuan Agong

dan pengurniaan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa

gelaran Datuk kepada Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin

Mohamed oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun

Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob pada 12 Oktober lalu.

Disamping itu, ruangan rencana khas menampilkan sambungan isu

integriti berkenaan Revolusi Perjuangan Integriti dan ruangan agama

menampilkan Azam Tahun Baharu 2020.

siri 7/2019 ini merupakan siri terakhir untuk tahun 2019

sebelum kita melangkah ke tahun 2020. Pelbagai berita, peristiwa serta

aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 antaranya adalah

Majlis JasaMu Dikenang iaitu suatu majlis yang didedikasikan kepada

semua pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang telah bersara,

Malam Kecemerlangan Maritim sempena sambutan Hari Inovasi 2019.

Saya juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan setinggi-

tinggi tahniah kepada Wilayah Selatan kerana telah dinobatkan sebagai

juara keseluruhan bagi acara sukan Program 3K edisi ketiga yang telah

diadakan di Akademik Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Stadium

Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 17 November yang lalu.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada semua krew

penerbitan khususnya Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan doa saya

semoga majalah akan terus bertahan dan menampilkan lebih

banyak berita, peristiwa meliputi aktiviti dan program yang melibatkan

kejayaan demi kejayaan memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim

Malaysia dipersada dunia. AWESOME!

EDITORIALPENAUNG

LAKSAMANA MARITIMDATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM

PENASIHATLAKSAMANA MADYA MARITIM

DATUK HJ IBRAHIM BIN HJ MOHAMED

KETUA EDITORENCIK MOHD YUSOFF BIN AMAN

TIMBALAN KETUA EDITORPUAN HJH FARIDAH BINTI SHUIB

EDITORCIK IKLIL FATIHAH BINTI KAMAL REDZUAN

PENULIS TAMUUSTAZAH NAINI AKMAL BINTI CHE ALIAS

-BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANKDR (M) MOHD SHAH RULASHARI

BIN AHMAD OMAR-UNIT INTEGRITI

JURU GAMBARLK (M) MUHAMMAD FITRI BIN ELIAS

LK I (M) ZULHILMI BIN OTHMAN

KORESPONDENPRO MARITIM NEGERI JOHOR

PRO MARITIM NEGERI MELAKA & N. SEMBILANPRO MARITIM NEGERI SELANGORPRO MARITIM NEGERI P.PINANG

PRO MARITIM NEGERI KEDAH & PERLISPRO MARITIM NEGERI KELANTAN

PRO MARITIM NEGERI TERENGGANUPRO MARITIM NEGERI PAHANG

PRO MARITIM NEGERI SABAH & LABUANPRO MARITIM NEGERI SARAWAK

REKA BENTUK GRAFIKCIK NOR ATIKAH BINTI AB SAMAD

Mengalu-alukan sumbangan rencana dan berhak menyunting selagi tidak mengubah isi penulisannya.

Sumbangan rencana boleh disalurkan kepada:Emel: [email protected]

Faks: 03-89411000Alamat: Unit Komunikasi Korporat

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kementerian Dalam Negeri

Aras 12, One IOI Square IOI Resort

62502 PUTRAJAYA

NOTA KETUA EDITOR

Assalamualaikum WBT

ENCIK MOHD YUSOFF BIN AMANTimbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

5

6

PER

ISTI

WA

LAKSDYA IBRAHIM TERIMA PINGAT JOHAN SETIA MAHKOTA DAN GELARAN DATUK

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

Pada 12 November lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Mohamed telah dianugerahkan

pingat Johan Setia Mahkota dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

kebawah Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Baru-baru ini juga Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Mohamed juga telah dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, pada 12 Oktober lalu. Darjah kebesaran itu diberikan bersempena Hari Jadi ke-81, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Pengurniaan ini adalah sebagai penghargaan atas perkhidmatan dan jasa beliau kepada negeri Melaka dan negara.

7

PERISTIW

A

Pada 25 Oktober lalu, Komandan Kluster Pengajian & Pembangunan Operasi Maritim, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Mohamad Soharto bin Mat Said, mempengerusikan sesi kedua dialog Indo-Pacific: Towards Dialogue and Cooperation and Reducing Rivalry:The New Maritime Geopolitical Theatre. Panel jemputan lain yang turut hadir memberi pandangan dan perspektif dalam sesi dialog ini adalah Pengarah Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Washington, DC, Amerika Syarikat, Gregory B. Poling, Prof. Emeritus Carlyle A. Thayer dari Universiti New South Wales (UNSW), Canberra, Australia dan Felo Penyelidik dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S.Rajaratnam (RSIS), Singapura, Dr Collin Koh Swee Lean. Sesi dialog ini antara lain

membincangkan kerjasama strategik dalam ketenteraan dan ekonomi serta memberi pandangan tentang perkembangan strategik terkini dalam menggerakkan rangka kerja dan mempertingkatkan kesedaran domain bagi negara Indo-Pasifik bagi memberi fokus dalam membangunkan negara-negara di serantau Indo-Pasifik.

Persidangan antarabangsa Indo-Pacific: The New Maritime Geopolitical Theater ini adalah anjuran Institut Maritim Malaysia (MIMA) dengan kerjasama bersama Kedutaan Jepun di Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Australia yang dihadiri peserta dari dalam dan luar negara di Hotel Double Tree.

KOMANDAN AMSAS PENGERUSIKAN SESI DIALOG INDO-PASIFIK: THE NEW MARITIME GEOPOLITICAL THEATRE

Commander SPCG Cheang Keng Keong melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, pagi, 7 November lalu. Pertemuan antara agensi penguatkuasa dua buah negara berjiran ini berlangsung selama lebih kurang sejam di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor. Antara perkara yang dibincangkan

adalah untuk mempertingkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek seperti latihan bersama, sukan dan sebagainya. Kerjasama seperti ini dilihat begitu signifikan bagi memastikan kesejahteraan maritim serantau dapat dipertingkatkan dan sekaligus memberi keyakinan kepada dunia terutamanya terhadap para pengguna laluan laut di kawasan Johor dan

Singapura yang merupakan antara tersibuk di dunia.

MARITIM JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SINGAPORE POLICE COAST GUARD (SPCG)

8

Rentetan beberapa siri tangkapan dan senario jenayah penyeludupan di negeri ini, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob melakukan lawatan kunjungan hormat bertemu Ketua Polis Negeri Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, 5 November lalu. Pertemuan yang diadakan bertujuan membincangkan perkembangan semasa berhubung ketenteraman awam disamping memperkenalkan diri beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan yang baharu. Muhammad berkata, antara perkara yang ditekankan dalam pertemuan itu adalah aktiviti berkaitan penyeludupan yang mana kita telah menekankan sebelum ini bahawa kita akan menutup laluan laut kepada mana-mana individu atau sindiket yang menjalankan jenayah penyeludupan.

“Kita akan membanteras kegiatan ini dari laut sehingga ke daratan dan sentiasa mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som yang mana beliau mahukan sindiket penyeludupan dibanteras sehingga ke akar umbi,” katanya. “Kita perlu mempererat hubungan kita dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan. Dato’ Hasanuddin juga turut berkongsi beberapa perkara kepada kita

dan bersependapat dengan hasrat kita dalam hal ini.” Jelasnya. “Pertemuan dengan hasil perbincangan yang positif ini sudah pasti akan meletakkan pasukan penguat kuasa selangkah ke hadapan dalam membanteras jenayah penyeludupan, meningkatkan ketenteraman awam, mengurangkan masalah sosial dan sekaligus memakmurkan negeri Kelantan, “ katanya.

PER

ISTI

WA

MARITIM KELANTAN SERIUS TANGANIJENAYAH RENTAS SEMPADAN

9

PERISTIW

A

Initial Planning Conference Search And Rescue Exercise Malaysia dan Indonesia (IPC SAREX MALINDO) dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari pada 12 November dan 13 November lalu, di Johor Bahru, Malaysia. Menurut Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid IPC SAREX MALINDO merupakan persediaan kepada Latihan SAREX MALINDO yang bakal diadakan pada tahun hadapan melibatkan Maritime Rescue Sub-Coordination Centre Johor Bahru (MRSC Johor Bahru), Malaysia dan Rescue Coordination Centre Pekan Baru (RCC Pekan

Baru), Indonesia. Hubungan akrab dan toleransi antara kedua-dua negara memainkan peranan besar dalam kejayaan operasi CARILAMAT Maritim terutamanya bagi kejadian yang berlaku di perairan yang bersempadan dengan negara jiran. “Dengan adanya latihan sebegini dapat meningkatkan keberkesanan CARILAMAT Maritim disamping meningkatkan kesediaan dan keupayaan semua agensi di bawah organisasi SAR Malaysia dan Indonesia,” ujar beliau lagi. Maritim Malaysia telah diamanahkan di dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara sebagai

Agensi yang bertanggungjawab mengkoordinasikan CARILAMAT Maritim sentiasa komited dalam menjalankan amanah tersebut. Pelbagai usaha dilakukan bagi menggalas tanggungjawab ini bagi menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan agar segala sumber dan aset dapat dioptimumkan penggunaannya untuk menjamin keberkesanan operasi CARILAMAT Maritim.

MALAYSIA-INDONESIA JALIN KERJASAMA UNTUK AKTIVITI CARILAMAT

Pada 2 Oktober lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia Encik Mohd Yusoff Bin Aman, telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Maritim Negeri (MN) Johor. Lawatan seumpama ini diadakan bagi mendengar sendiri serta membincangkan sebarang permasalahan yang dihadapi pegawai dan anggota yang bertugas di Maritim Negeri bagi menambah baik perkhidmatan khususnya dalam sektor pengurusan. Menurut beliau, dengan adanya lawatan seperti ini, pihak sektor pengurusan dapat melihat sendiri segala penambahbaikan yang boleh dilakukan pada fasiliti Maritim Negeri termasuk kuarters-kuarters warga Maritim Malaysia. Beliau juga turut

menyampaikan amanat pengurusan tertinggi Maritim Malaysia kpada warga Maritim Negeri Johor. Encik Mohd Yusoff bin Aman bersama delegasi disambut oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Hj. Abdul Rashid, Pengarah Maritim Negeri Johor dan warga kerja di Maritim Negeri Johor. Lawatan kerja dimulakan

dengan taklimat dan penerangan mengenai MN Johor. Selain itu, turut diadakan sesi dialog bersama warga kerja MNJ untuk mendengar permasalah berbangkit . Delegasi kemudian dibawa melawat jeti maritim di Sungai Pulai, Pos Maritim Tanjung Penggerang dan Zon Maritim Tg. Sedili.

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) KE MARITIM NEGERI JOHOR

10

PEN

GUA

TKUA

SAAN

PATKOR OPTIMA SIRI 28B/2019 LAKUKAN 37 TANGKAPAN

Acara dwi tahunan PATKOR OPTIMA atau Operasi Patroli Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim yang telah berjalan lebih 28 tahun telah melabuhkan tirai pada 22 oktober lalu, di Johor Bahru. Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim, Kepten (M) Nurul Hizam bin Zakaria

berkata, operasi ini telah dilaksanakan sejak 7 hingga 20 Oktober 2019. Ia merupakan operasi bersepadu antara agensi penguatkuasaan maritim dari Malaysia dan Indonesia, Sepanjang operasi dilaksanakan, sebanyak 655 pemeriksaan telah diadakan. Manakala, 37 tangkapan telah dilakukan yang melibatkan

pelbagai kesalahan maritim. Antaranya, kesalahan dibawah Akta Perikanan, Akta Kastam, Akta Pelantar Benua, Akta Imigresen dan Ordinan Perkapalan Saudagar diantara kedua-dua negara. “Sebanyak 42 aset dari Malaysia dan enam buah aset dari Indonesia diatur gerakan untuk membuat pengawasan di sepanjang Selat Melaka,” katanya. Acara Perasmian Penutup operasi ini telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Hj Abdul Rashid selaku Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) bagi Negara Malaysia dan Laksamana Pertama BAKAMLA Nursyawal Embun, Direktor Operasi Laut BAKAMLA selaku Ketua TPOM bagi Negara Indonesia.

MARITIM SELANGOR GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK ROKOK BERNILAI HAMPIR RM 7 JUTA

Maritim Selangor berjaya mengagalkan cubaan sebuah bot barter trade membawa 52,000 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM 6,936,800 termasuk cukai pada jarak 3.2 batu nautika dari Tanjung Gabang pada jam lebih kurang 11.35 pagi pada 10 Oktober lalu. Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim

Mohammad Rosli bin Kassim berkata, sewaktu melaksanakan Operasi Patkor Optima,pihaknya telah memeriksa sebuah bot barter trade dalam keadaan yang mencurigakan yang dinaiki seorang nakhoda dan tujuh kru lelaki warganegara Indonesia berumur di antara 31 hingga 52 tahun. “Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami berjaya menemukan 1040 peti bungkusan mengandungi 10,400,000 batang rokok seludup terbabit yang disyaki cuba dibawa masuk ke negara ini,” ujarnya. Rosli memberitahu, bot terbabit disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam

1967 kerana cuba membawa masuk rokok seludup ke dalam negara melalui pemalsuan ‘stamp duty paid’ pada kotak-kotak rokok berkenaan. Bot dan kesemua mereka ditahan dan diiring masuk ke jeti Pulau Indah bagi siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor.

11

PENG

UATKUASAAN

TIGA BOT NELAYAN ‘TARIK TEPI’ DENGAN IKANCAMPUR SETENGAH TAN DITAHAN

Maritim Negeri Selangor berjaya menahan tiga buah bot nelayan tempatan dalam jarak lebih kurang 5 batu nautika dari Sungai Tengkorak, Tanjung Karang pada 7 petang pada 16 Oktober lalu. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, ketiga-tiga bot nelayan Kelas B1 itu ditahan bersama tiga orang tekong dan sembilan awak-awak warganegara Myanmar ketika sedang menunda pukat pada jarak kurang dari 8.0 batu nautika di perairan berkenaan. “Kesemua yang ditahan berumur di antara 20 hingga 40 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka juga tidak memiliki

permit kerja sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, malah melanggar syarat sah lesen bot berkenaan apabila menangkap ikan di bawah 8 batu nautika dari pesisir pantai,” ujar beliau. Ketiga-tiga bot tersebut ditahan dan ikan campur seberat 580 Kilogram turut dirampas. Bot-bot itu diiringi ke Jeti Pulau

Indah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Perikanan 1985. “Syarat sah lesen telah ditetapkan buat mereka namun kesalahan tetap dilakukan. Tindakan tersebut boleh menjejaskan ekosistem dan pendapatan nelayan tradisional di pesisir pantai,” jelas beliau lagi.

INGKAR PERATURAN MARITIM PULAU PINANG TAHANBOT PUKAT TUNDA

Nafsu tamak haloba sebuah bot nelayan tempatan kelas C membawa padah apabila ditahan oleh Maritim Pulau Pinang di kedudukan 10.8 batu nautika dari Barat Pasir Pandak pada jam 2.05 petang pada 29 Oktober lalu menerusi Operasi Pertiwi. Pengarah Maritim Negeri

Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, hasil pemeriksaan mendapati, seorang tekong lelaki warga Thailand berumur 60 tahun bersama tiga awak-awak lelaki warga Thailand berumur 29, 39 dan 40 tahun dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari daratan terhampir. “Bot berkenaan bersama dua gulung pukat tunda, dua unit papan tunda, ikan baja 1000 kilogram dan ikan campur 1000 kilogram telah dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai

Penyiasat Maritim Pulau Pinang bagi tindakan lanjut,” katanya. Hamizan menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam memastikan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dapat dibanteras sebaiknya.

12

PEN

GUA

TKUA

SAAN

MARITIM MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN TAHAN DUA KAPAL KOREK PASIR BERSAMA 12 WARGA CHINA DAN FILIPINA

Maritim Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan dua kapal yang digunakan untuk mengorek dan memindah pasir selepas kedua- dua kapal didapati telah melanggar syarat lesen iaitu beroperasi pada luar waktu yang dibenarkan di kedudukan lebih kurang 4.6 Batu Nautika Barat

Daya Tanjung Keling, pada 15 oktober lalu. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, kapal terbabit ditahan selepas pihak Maritim Malaysia menerima maklumat berkenaan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir laut dalam keadaan yang mencurigakan sewaktu melakukan rondaan rutin. ”Kapal yang ditahan bertanda nama WEI YANG 001 dan JIA SHENG 218 yang membawa 12 orang kru warga China dan Filipina yang kesemuanya

berumur dalam lingkungan 24 hingga 61 tahun. Siasatan awal juga mendapati kapal JIA SHENG 218 tidak mempunyai kebenaran menjalankan operasi pemindahan pasir dari pihak berkuasa” katanya. Jelas Azman, dua kru dari setiap kapal dibawa kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan lanjut.“Pihak kami sedang mengesan pemilik dan agen kedua-dua kapal berkenaan yang berdaftar di Palau dan Belize dan kes akan disiasat mengikut Akta Pelantar Benua 1966” kata beliau.

8 PATI DAN 5 TEKONG GAGAL KELUAR MALAYSIA SECARAHARAM

Pada 4 Oktober lalu, lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta lima orang tekong darat dan laut berjaya ditahan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini ke Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan Sungai Pelek, Sepang awal pagi ini. Pemangku Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman bin Samsudin berkata, pihaknya berjaya menahan tekong dan PATI terbabit dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 8 malam. ”Hasil maklumat risikan, kita berjaya menahan lima lelaki dan tiga wanita warganegara Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 36 tahun serta lima tekong warga Malaysia dan Indonesia yang kesemuanya lelaki berumur

lingkungan 43 hingga 52 tahun. Selain itu, tiga buah kenderaan dan sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran turut disita ” katanya. Tambahannya, operasi khas ini dijalankan selepas mereka menerima maklumat tentang pergerakan sebuah bot yang mencurigakan di perairan Kuala Sepang, dan pihak Maritim Malaysia berjaya mengekori serta menahan bot tersebut. ”Kesemua yang ditahan

akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” jelasnya. Menurut Azman, setakat ini sebanyak 17 kes tangkapan berjaya direkodkan di bawah Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) oleh Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

13

PENG

UATKUASAAN

MARITIM TANJUNG SEDILI TEGAS TANGANI ISU TEKSI AIR

Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menahan sebuah lagi ‘teksi air’ atau bot kayu tanpa tanda nama. Ia adalah sindiket membabitkan warga Indonesia yang dikesan menggunakan bot kayu atau bot “pom-pom” untuk menjalankan aktiviti penyeludupan terutama pada waktu malam. Teksi air tersebut dipercayai dari Indonesia dan ditahan di Perairan Johor Timur, pada kedudukan 3.1 batu nautika Tenggara Tanjung Ramunia, Kota Tinggi sekitar jam 4 petang pada 16 Oktober lalu. Pengarah ZMTS, Kepten

Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, bot kayu tanpa tanda nama yang lebih dikenali sebagai ‘teksi air’ bot tersebut ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia setelah dilihat bergerak dan cuba merapat ke kapal dalam keadaan mencurigakan. “Dua lelaki warga Indonesia yang berumur 41 dan 55 tahun ditahan bersama bot kayu tersebut dengan lima penumpang warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 54 tahun yang juga merupakan kru-kru kapal dagang” katanya. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967 kerana berapung-apung dalam keadaan mencurigakan, Seksyen 26J Atipsom 2007 kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran dan Seksyen 447 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dibaca bersama pekeliling Pelabuhan 67/2017

iaitu Larangan Vesel asing melakukan perkhidmatan dalam Had Pelabuhan. Zulfadli menjelaskan, penahanan dibuat sebagai langkah pencegahan kejadian curi dan rompak yang melibatkan bot kayu jenis sama. Penahanan tersebut dilakukan bagi menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang menghadkan bot-bot asing menjalankan apa-apa perkhidmatan dalam Had Pelabuhan. Pengusaha kapal sekali lagi diseru supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa agar kejadian tidak diingini dapat ditangani dengan lebih efektif dan mencadangkan agar mereka menggunakan perkhidmatan marin yang ditawarkan oleh kapal atau bot tempatan berpangkalan di Malaysia.

15 DITAHAN POSITIF DADAH Pada 14 November lalu, seramai 15 orang kru bot berjaya ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu yang dilaksanakan Maritim Negeri Pulau Pinang bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di sekitar perairan Pulau Pinang. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun, berkata, seramai 154 orang telah menjalani saringan air kencing dan 15 daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja, methamphetamine dan morfin. “Seorang warganegara Thailand lelaki, 26 tahun dan seorang warganegara Indonesia lelaki, 33 tahun turut ditahan

dalam operasi yang dijalankan bermula pada 7 pagi hingga 3 petang itu. Manakala selebihnya adalah warga tempatan,” katanya. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Hamizan menjelaskan operasi bersepadu tersebut adalah operasi kali kedua

dilaksanakan yang mana seramai 12 nelayan ditahan selepas didapati positif dadah pada operasi yang lepas. Tegasnya, operasi bersepadu ini akan dilakukan secara berterusan bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Pulau Pinang khususnya.

14

PEN

GUA

TKUA

SAAN

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA BOT BERSAMA338 BUBU NAGA

Dua buah bot bersama 338 unit bubu naga berjaya dirampas Maritim Negeri Perak di sekitar perairan Pulau Talang kira-kira jam 4.30 petang pada 4 November lalu. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, semasa bot melakukan rondaan, mereka mengesan dua bot fiber yang sedang memasang bubu naga. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut mempunyai tiga orang kru dan salah satunya bot tersebut tidak

mempunyai lesen. Pemeriksaan lanjut mendapati, enam orang awak-awak warganegara Malaysia yang berusia diantara 16 hingga 45 tahun kemudiannya di bawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Acheh untuk tindakan lanjut. “Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan menangkap ikan tanpa lesen. Jika disabitkan kesalahan, denda sebanyak RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya”. katanya.

BALAT SABAH JADI BURUAN NELAYAN ASING VIETNAM

Enam warga asing vietnam ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan (ZM Sandakan) kerana disyaki menceroboh dan merompak hasi laut negara dengan menggunakan peralatan yang diharamkan berhampiran laut Kinabatangan, 5 November lepas. Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, Kapal Maritim Kota Belud (KM Kota Belud) mengesan sebuah

bot dalam keadaan bergelap dan bergerak laju ketika cuba dihampiri disyaki bot nelayan asing dari Vietnam. selepas insiden kejar mengejar selama 50 minit, bot itu akhirnya berjaya ditahan lebih kurang pukul 9.55 malam di posisi 15.5 batu nautika Timur Laut Kuala Kinabatangan Besar. “Hasil pemeriksaan mendapati kesemua enam awak-awak termasuk tekong warga Vietnam berumur diantara 27

hingga 44 tahun disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah. “Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap balat (gamat) secara haram dengan menggunakan peralatan besi direka khas yang ditarik sehingga sampai ke dasar laut menyebabkan kerosakkan ekosistem terutamanya terumbu karang,” katanya. Tambahnya lagi, ini adalah kes keempat bot nelayan asing Vietnam ditahan sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan dengan menyasarkan balat. Bot, peralatan dan hasil balat seberat satu tan dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 285,000 dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

15

MARITIM SEMPORNA BERJAYA SEKAT AKTIVITI PENYELUDUPAN PETROL

Zon Maritim Semporna berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan minyak petrol oleh dua individu selepas bot peronda Maritim Malaysia berjaya menahan sebuah bot jongkong disyaki menyeludup minyak petrol di perairan Semporna pada pagi, 3 November lalu. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata, bot peronda yang sedang menjalankan tugas rutin telah menahan bot jongkong berkenaan berhampiran perairan Pulau Bohayen, Semporna sekitar jam 1.00 pagi.

Hasil pemeriksaan ke atas bot jongkong mendapati seorang juragan bot serta seorang awak-awak berumur dalam lingkungan 35 tahun dan 31 tahun berada dalam bot berkenaan dan mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. “Mereka ditahan bersama dua buah enjin sangkut dan 260 tong disyaki minyak petrol dianggarkan sebanyak 6500 liter dalam bot jongkong. Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Sitangkai, Filipina dari Semporna,” jelasnya.

PENG

UATKUASAAN

MARITIM MIRI RAMPAS IKAN, BOT BERNILAI RM500,000

Zon Maritim Miri berjaya menahan 10 kru bot nelayan dari Sabah bersama lapan kru warga Filipina ketika mereka sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Miri sekitar 4 petang pada 1 Oktober lalu. Pengarah Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kru bot terdiri daripada dua lelaki tempatan serta lapan lelaki warga Filipina berumur 18 dan 75 tahun ditahan di kedudukan 88.1 batu nautika dari sungai Miri kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta

Imigresen 1959/63. “Menggunakan khidmat warga asing untuk dijadikan pekerja tidak menyalahi undang-undang namun yang menjadi kesalahan apabila warga asing tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah,” katanya. Selain 10 nelayan ditahan untuk membantu siasatan, tangkapan ikan seberat dua tan

bersama lima buah bot kecil serta enam buah enjin sangkut 15HP disita dengan anggaran sitaan berjumlah RM500,000.

16

ZON MARITIM SANDAKAN TAHAN NELAYAN VIETNAM CURI 200 KILOGRAM GAMAT

Zon Maritim Sandakan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara di perairan Kinabatangan pada 19 November lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki bot tersebut ditahan sekitar jam 4 petang selepas insiden kejar mengejar selama 30 minit di posisi 18.6 batu nautika Timur

Kuala Kinabatangan Besar. Empat tekong dan awak-awak lelaki warga Vietnam berumur diantara 36 hingga 61 tahun , tanpa dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah berada dalam bot berkenaan. “Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap balat (gamat) secara haram dengan menggunakan peralatan yang dilarang dan menyebabkan kerosakkan kepada ekosistem laut terutamanya terumbu karang.,” katanya. Bot, peralatan dan hasil balat seberat lebih kurang 200 kilogram dirampas untuk siasatan lanjut.Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta perikanan 1985.

GAGAL SELUDUP 800 KILOGRAM KETAM BAKAU DAN3 TONG GAS

Zon Maritim Tawau menahan dua buah bot jongkong kerana disyaki melakukan kesalahan yang sama di sekitar perairan Tanjung Saima, Tawau. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot jongkong pertama itu ditahan sekitar jam 2.35 pagi berhampiran perairan Tawau, pada 19 November lalu. “Hasil pemeriksaan lanjut, seorang juragan lelaki warga Indonesia berumur 57 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengemukakan lesen bot tamat tempoh. Juragan termasuk bot jongkong berisi muatan ketam bakau sebanyak 37 buah kotak

(lebih kurang 800 Kilogram) dan 3 tong jerrycan berisi minyak petrol ditunda masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya. Bot jongkong terbabit dipercayai menuju masuk dari Pulau Sebatik ke Tawau. Ketika bot kedua ditahan, terdapat seorang juragan lelaki warga Indonesia berumur 32 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri serta lesen bot yang sah. Pemeriksan lanjut mendapati, bot jongkong tersebut turut membawa 3 tong muatan tong gas cecair petroleum (LPG). Juragan tersebut dan bot jongkong terbabit ditahan seterusnya diiring masuk ke jeti

Maritim Malaysia Tawau untuk pemeriksaan lanjut. Kedua-dua juragan bot jongkong tersebut ditangkap serta bot jongkong mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. Jumlah keseluruhan barang-barang yang dirampas dalam kedua-dua tangkapan dianggarkan bernilai hampir RM40,000.00.

PEN

GUA

TKUA

SAAN

17

18

REN

CAN

A

REVOLUSI PERJUANGAN INTEGRITIdisediakan oleh : Komander Maritim Mohd Shah Rulashari b. Ahmad Omar

Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti APMM

Pelbagai perancangan sedang dilakukan oleh kerajaan dalam memer-angi aktiviti rasuah dan ketirisan sama ada dalam dimensi nyata mahupun gelap. Kesungguhan ini dapat dilihat dengan terlancarnya Pelan Antirasuah Nasional (NACP) oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 29 Jan 2019. Di peringkat sektor awam pula, terdapat strategi di dalam NACP yang mewajibkan setiap sektor awam untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing yang mana ianya kini se-dang melalui proses pembangunan fasa pertama. OACP merupakan dasar antira-suah bagi setiap sektor awam. Pendeka-tan secara preventif digunakan di dalam OACP yang mana ianya diyakini akan memberi kesan yang positif terhadap tahap rasuah dan ketirisan di dalam

negara. Matlamat kerajaan terhadap pembangunan dan pelaksanaan OACP di setiap sektor awam adalah bagi me-mastikan setiap kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dapat diperbai-ki dengan lebih komprehensif. OACP ini akan mengandungi pelbagai strategi untuk menurunkan indeks rasuah dan ketirisan dalam kedua-dua dimensi nya-ta dan gelap. Segala strategi yang sedang dirancang ini akan selari dengan aspirasi nasional iaitu agar Malaysia dikenali ker-ana integriti dan bukannya rasuah. Oleh yang demikian peranan se-tiap cabang di dalam organisasi adalah penting bagi mengenal pasti kelemahan sistem tadbir urus sedia ada. Ini dise-babkan, kelemahan dalam sistem tadbir urus sedia ada hanya boleh dikenal pas-ti oleh individu yang sedang berada di dalam sistem tersebut. Selain itu, pihak

yang mempunyai kapasiti besar untuk mengesan kelemahan-kelemahan ini adalah mereka yang pernah bekerja di dalam organisasi tersebut. Selain itu, bagi memastikan OACP ini kekal relevan sepanjang zaman,kaji-an ancaman rasuah dan ketirisan pada masa hadapan juga sedang dan akan dilakukan secara berterusan. Ini bagi mengekang peluang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mengambil faedah daripada kelemahan sistem tad-bir urus dan antirasuah yang lapok. Negara kini sedang melangkah serius dalam memerangi rasuah serta mengukuhkan tadbir urus dan integriti. Pelbagai strategi dibuat untuk memasti-kan kejayaan dapat dicapai dalam tem-poh masa yang dirancang. Untuk jang-kamasa 10 tahun akan datang, mungkin sahaja penambahan strategi ini tidak hanya tertumpu untuk memerangi ra-suah serta pengukuhan tadbir urus dan integriti di peringkat nasional sahaja. Ramalan menjangkakan, akan tim-bulnya beberapa strategi tambahan yang lebih proaktif seperti, menghalang indi-vidu-individu luar negara yang disyaki terlibat dalam rasuah atau penyalahgu-naan kuasa yang melibatkan ketirisan besar agar tidak memasuki negara ini. Strategi ini berkemungkinan timbul agar Malaysia tidak menjadi platform peng-gubahan wang haram bagi individu-indi-vidu tersebut. Revolusi peperangan rasuah yang hebat telah pun bermula. Pelbagai leda-kan peristiwa para pelaku rasuah dan salah guna kuasa diheret ke muka pen-gadilan. Janganlah kita hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Marilah kita sama-sama berpatisipasi aktif dan serius di dalam peperangan ini agar kejayaan-nya kelak bakal menjadi sejarah yang membanggakan generasi akan datang. Ayuh, full ahead both main engine !

19

20

AGAM

A

AZAM TAHUN BAHARU 2020

dari Jendela Darul Ilmi

Alhamdulillah.. Seluruh dunia tidak lama lagi akan menyambut tahun baru yang istimewa iaitu tahun 2020! Tahun secantik itu pastilah ramai yang merancang azam dan hasrat yang cantik juga. Pada tahun 2020, ramai yang merancang untuk bertunang, berkahwin, menimang cahaya mata, melancong, mengembangkan kerjaya dan pelbagai lagi perancangan yang menarik dalam hidup mereka. Bagaimana pula dengan anda? Apa yang anda rancangkan untuk tahun 2020? Setiap manusia yang ingin berjaya, mestilah merancang awal pada tahun sebelumnya bersesuaian dengan kehendak dan keperluan masing masing. Malah azam tahun yang lepas yang belum tertunai masih boleh dibawa ke tahun berikutnya untuk direalisasikan semula. Apa yang anda azamkan untuk tahun 2020? Wawasan 2020 diri kita perlulah seiring dengan kemampuan diri dan mengambil kira pengajaran yang kita perolehi daripada tahun sebelumnya iaitu tahun 2019. Tahun 2019 pasti banyak meninggalkan pengalaman pahit manis yang boleh kita jadikan pengajaran dalam hidup. Yang membenci kita, kita jadikan

mereka sebagai guru disiplin yang keras mengajar kita untuk lebih tahan lasak dan kental dalam menangani emosi yang pelbagai. Manakala yang menyayangi kita, kita anggaplah mereka sebagai guru yang lembut mengajar kita erti keindahan kasih sayang dalam kehidupan. Siapa pun yang hadir dalam hidup kita, anggaplah mereka sebagai guru simbolik yang Allah utuskan untuk kita lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Apa yang berlaku di dalam hidup kita sepanjang tahun ini semuanya terkandung hikmah untuk kita pelajari dan bukan untuk kita saling menyalahkan dan membenci. Semua manusia adalah makhluk Allah yang istimewa, seadanya mereka. “Everyday, we get lessons from them!”. Bangkitlah dari kelemahan dan kegagalan azam tahun 2019 dan majukan diri di tahun baru nanti dengan mencari ilmu baru yang belum kita kuasai seperti ilmu psikologi manusia, psikologi perkahwinan, psikologi anak-anak , pengurusan trauma yang berkesan malah pelbagai lagi ilmu lain untuk membantu kita merealisasikan sebarang perubahan yang kita hasratkan untuk tahun baru.

Memajukan diri dengan menambah ilmu terutamanya ilmu Fardhu Ain adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Ayuh, bangkit semula mempelajari ilmu baru demi kemajuan diri sendiri serta orang-orang di sekeliling kita. Selain memperbaharui ilmu, kemahiran komunikasi juga perlu diperbaiki lagi supaya apa yang kita hajatkan lebih mudah kita capai. Setiap manusia diberi keupayaan berkomunikasi tetapi sering saja berlaku kegagalan dan kehampaan kerana cara komunikasi kita yang tidak baik. Oleh sebab itu ada pepatah mengatakan, “The distance between you and what you want is just communication.” - Lisa Nichols. Sebagai contoh, andai kita hajatkan sesuatu perkara daripada Tuhan, maka kita perlulah berkomunikasi dengan tuhan secara bersungguh-sungguh dan memberi puji-pujian padaNya. Mudah-mudahan apa yang kita hajatkan berjaya diadukan dan dibalas oleh Tuhan. Manakala kalau kita berhajat sesuatu daripada manusia, susunlah juga tutur gaya komunikasi yang baik dan bermakna supaya manusia senang memberi apa yang kita hajatkan.

21

AGAM

A

Manakala andai kita hajatkan sesuatu daripada alam, berkomunikasilah dengan cara yang lembut dan indah supaya alam juga memberikan kita keindahan dan kelembutannya jua buat kita. Itulah yang dimaksudkan dalam petikan ayat Al Quran dalam surah Luqman, ayat 18 : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri”. Kerana yang tidak berkomunikasi dengan baik dengan Tuhan, manusia dan alam, maka mereka akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang sombong. Orang yang sombong, tidak akan berjaya di mata Tuhan. Maka, janganlah kita sombong berkomunikasi dengan Tuhan, sesama manusia malah dengan alam seluruhnya. Perbaiki komunikasi kita di dalam doa, di dalam perbualan seharian malah perbualan di dalam media massa juga. Semuanya akan menentukan apa yang kita mahu itu semakin jauh, atau semakin dekat. Berkomunikasilah juga dengan diri sendiri dengan kata-kata yang positif supaya kita lebih being present dengan diri kita setiap hari! Justeru, perbaiki azam kita, doa kita, impian kita dengan komunikasi yang betul terhadapTuhan, kepada diri sendiri dan maklumkan kepada orang sekeliling bahawa kita mahu berubah ke arah yang lebih baik dan bermutu untuk tahun 2020 nanti! Mudah-mudahan kita saling menjaga, saling mengingatkan dan saling memberi semangat untuk azam tahun baru masing-masing. Selain itu, jangan dilupakan juga jasa insan-insan yang tersayang di dalam kehidupan kita. Mereka adalah tulang belakang kita sepanjang tahun ini. Ayuh kita perbaiki akhlak kita terhadap pasangan kita, keluarga kita, anak-anak kita dan rakan-rakan kita agar mereka turut berubah mengikut pengaruh dan pilihan sosial yang betul. Kerana bila kita berubah, bukan diharap orang membalas kita

dengan perubahan yang sama. Tetapi selalunya hukum alam berlaku, bila anda berubah, orang di sekeliling anda juga akan berubah sama seperti kita melayan mereka. Pada tahun 2020 nanti, setiap suami isteri berazamlah untuk tidak bergaduh lagi, kerana anak-anak belajar hidup berumahtangga melalui ibu bapanya. Mereka akan berbuat yang sama pada ahli keluarga mereka nanti. Alangkah sedihnya apabila generasi muda belajar perkara yang salah dari orang yang dianggapnya betul! Pada tahun baru nanti juga, kita sesama rakan pejabat, tidak mahu lagi saling bersangka buruk atau berhasad dengki. Kerana sangkaan buruk, hinaan, dengki dan dendam itu akan merosakkan hormon kasih sayang yang Allah bekalkan dalam setiap badan manusia. Kita asalnya bayi suci yang sukakan kasih sayang dan kebaikan, sangat disenangi oleh semua orang. Maka teruskan sifat itu sehinggalah kita kembali semula bertemu Tuhan nanti, dalam keadaan yang membawa kasih sayang dan kebaikan. Itulah kematian yang baik iaitu kita membawa pulang jiwa kita yang suci dan baik! Sempena tahun baharu ini juga, marilah kita sama-sama untuk lebih menyanyangi dan menyintai diri kita sendiri. Kesihatan kita perlu diambil peduli, kecantikan kita perlu dipelihara lagi, keelokan tubuh badan kita perlu diberi perhatian dengan lebih lagi. Pada tahun 2020 nanti, marilah kita sama-sama cakna diri, sayang diri dan cintai diri! Kerana orang yang tidak peduli kesihatan diri, kecantikan diri dan tubuh badan

sendiri sememangnya selalu gagal menyayangi orang lain! Selalu ada masalah dengan orang lain kerana diri sendiri pun selalu buat masalah terhadap diri sendiri. Jagalah pemakanan kita sehari-hari kerana badan kita bukannya tong sampah dan bahan uji kaji untuk kita rosakkan begitu saja. Kurangkanlah pengambilan gula, garam , kopi , rokok, makanan pedas , makanan berminyak dan lain-lain makanan yang tidak elok untuk peringkat umur yang kian meningkat kerana menjaga tubuh badan itu tandanya anda sangat menyayangi diri anda sendiri! Bila anda menyayangi diri anda,maka dengan mudah anda akan disayangi dan menyayangi orang-orang di sekeliling anda juga. Pujilah diri sendiri di atas setiap kebaikan dan nikmat yang Tuhan beri kerana dengan pujian dan perhargaan terhadap diri sendiri dapat membantu diri kita untuk kekal positif! “Reward yourself first, everyday!”-Naini Akmal. Selamat Tahun Baru buat semua warga yang budiman, semoga azam baru lahir dari semangat yang baharu, cara fikir yang baru , tetapi dalam badan yang sama! Hargailah tubuh anda, usia anda dan masa anda! Semuanya akan bersedia berkhidmat untuk dimanfaatkan sebaiknya untuk tahun 2020. Sayangi diri dan hargai diri. Semoga kita semua sama-sama melangkah masuk ke tahun baharu dengan hati yang lapang dan tenang tanpa mengulang lagi kesilapan atau kelalaian yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

22

CAR

ILAM

AT

Empat orang nelayan bot pukat tunda berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki karam pada 3 November lalu. Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10

malam dan bot nelayan tersebut dipercayai telah karam pada jarak 1.4 batu nautika Timur Laut Pulau Songsong. Kesemua nelayan tersebut telah berenang ke Pulau Songsong untuk menyelamatkan diri. Sebaik tiba di pulau tersebut mereka meminta pertolongan daripada sekumpulan pemancing yang kebetulan berada di pulau tersebut untuk menghubungi pasukan penyelamat. Sejurus sahaja menerima panggilan kecemasan, Zon Maritim Kuala Kedah telah

mengarahkan sebuah bot bersama empat anggota ke lokasi tersebut Dua nelayan warga tempatan tempatan berusia 28 dan 35 tahun, manakala dua orang lagi nelayan warganegara Thailand berusia 42 dan 45 tahun diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Tambah beliau, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan cuma kelihatan agak keletihan setelah agak lama berada di laut.

BOT KARAM, EMPAT NELAYAN DISELAMATKAN

PENERBANGAN IHSAN BAWA BAYI HIDAPI JANGKITANPARU-PARU

Satu penerbangan ihsan dilakukan Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) bagi membawa seorang bayi berusia setahun empat bulan yang mengalami jangkitan pada paru-paru dari Pulau Perhentian ke Pangkalan Udara Gong Kedak sebelum dihantar ke Hospital Besut,Terengganu pada 4 November lalu. Helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu membawa adik Nur Amani Aafeeya bersama keluarganya serta pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, Hasrull Yadidi Ab Hamid. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada jam 10.30 malam dan menyatakan bayi tersebut dalam keadaan sukar untuk bernafas.

”AW139 mempunyai saiz yang lebih besar daripada AS365 N3 Dauphin. Oleh itu, pesawat mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan pendaratan di Pulau Perhentian kerana tapak pendaratan yang lazimnya digunakan dikelilingi oleh pokok tidak diselenggara menjadikan laluan pendaratan semakin sempit. Muhammad berkata, pendaratan perlu dilakukan segera memandangkan keadaan adik Nur Amani yang sukar untuk bernafas dan berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil. Pesawat terpaksa mengubah tempat pendaratan ke lokasi lapang lain walaupun lokasi tersebut juga agak berisiko,” katanya. ”Pesawat berlepas dari Pulau Perhentian pada jam 3.57 pagi dan mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak pada jam 4.10 pagi sebelum ambulans membawa

bayi tersebut ke hospital sambil diiringi oleh pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan. Kepakaran juruterbang dan pembantu juruterbang mengendalikan pesawat telah berjaya menerbangkan bayi tersebut dan tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak dengan selamat. “Bantuan penerbangan ini bergantung kepada keadaan aset Maritim Malaysia dan keutamaan diberikan kepada bidang penguatkuasaan dan carilamat tetapi kita tetap akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dalam situasi sebegini,” tambahnya lagi.

23

BOT KARAM, 3 WARGA INDONESIA BERJAYA DISELAMATKAN

Pada 1 November lalu, sebuah bot barter trade KM Putra Pantai Sulop yang dalam pelayaran pulang dari Pelabuhan Batu Pahat, Johor menuju ke Kepulauan Karimun, Indonesia telah karam di perairan Karimun Anak, Tanjung Balai, Indonesia pada lewat tengah malam semalam akibat cuaca buruk. Sebaik pihak Maritime Rescue Sub-Coordination Centre (MRSC Johor Bahru) menerima laporan mengenai penemuan tiga lelaki sedang terapung di laut, 7 batu nautika berhampiran Pulau Kukup pada jam 7 pagi. Ketiga tiga lelaki tersebut yang berumur diantara 41 hingga 50 tahun itu telah ditemukan oleh sebuah kapal persiaran mewah Genting Dream yang sedang melalui kawasan tersebut.

Satu operasi menyelamat (SAR) dilancarkan oleh MRSC Johor Bahru, dan sebuah kapal Maritim Malaysia telah diatur gerak menuju ke lokasi tersebut. Pada jam 9 pagi kapal persiaran mewah itu menyerahkan ketiga tiga mangsa kepada kapal Maritim Malaysia. Setelah siasatan dan mendapat maklumat dari wakil pemilik bot yang karam itu, operasi SAR telah ditamatkan selepas kesemua mangsa telah ditemukan dan tiada mangsa lain yang hilang. Menurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Hj. Abdul Rashid, pihak Maritim Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa Badan Nasional Pencarian Dan Pertolongan (BASARNAS) Tg. Pinang,

Indonesia untuk memaklumkan mengenai kejadian penemuan mangsa dan seterusnya untuk menyerahkan mereka. Kesemua mangsa tersebut berada dalam keadaan selamat dan selesai diserahkan ke pihak berkuasa Indonesia pada lebih kurang jam 11 pagi di sempadan perairan negara.

CARILAM

AT

LELAKI TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG DITEMUI

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) memasuki hari kedua bagi mencari seorang lelaki tempatan terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang di kilometer 8 arah pulau menghala ke Perai akhirnya ditemui pada jam 10.50 pagi, berhampiran Jeti Resort Pulau Jerejak pada 4

November lalu. Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun, mayat mangsa iaitu Cheah Chee Chang, 31 tahun ditemui oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada PDRM dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini. Tambahannya, mangsa dilaporkan terjun ke laut dari Jambatan Pertama Pulau Pinang pada 10.25 malam dua hari lepas. Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi ini melibatkan pelbagai agensi keselamatan iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia. Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat dalam penglibatan Operasi SAR ini.

24

CAR

ILAM

AT

PELAYARAN IHSAN UNTUK WARGA EMAS DAN BAYI

Seorang warga emas dan seorang bayi telah diberi bantuan pelayaran ihsan oleh pihak Maritim Malaysia Negeri Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera di Klinik Kesihatan Besut pada 21 November lalu. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Besut pada jam 3.30 petang yang meminta bantuan memindahkan kedua pesakit tersebut. Che Omar bin Che Mat, 70 tahun, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan asthma dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen. Manakala Nor Ayra Aidelia binti Mohd Khairul Azwan yang berumur setahun lima bulan mengalami demam panas. Beliau menjelaskan pihak Klinik Kesihatan Pulau Perhentian berjaya menstabilkan kedua pesakit namun perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut segera.

”Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana keadaan laut yang bergelora pada ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter, kami segera menggerakkan Bot Maritim Penyelamat 7 (Penyelamat 7) yang diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Faris bin Mohd Sidek untuk memastikan pesakit segera menerima rawatan yang lebih baik. ”Bot Maritim Penyelamat 7 tiba di Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan pada jam 6.25 petang. Pesakit warga emas ditemani oleh isteri beliau, Bidah binti Samad manakala bayi tersebut ditemani oleh ayahnya, Mohd Khairul Azwan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Besut. Namun kedua pesakit dijangka akan dibawa ke Hospital Jerteh,” katanya. ”Kita mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som bagi memperhebatkan pengoperasian dan

memperkukuh hubungan Maritim Malaysia melalui kerjasama dengan agensi lain. Dengan itu kita berjaya memberikan respon pantas seawal 30 minit terhadap panggilan kecemasan seterusnya memberikan bantuan kepada pihak klinik. Saya percaya, aset dan anggota kita dapat bertindak dengan lebih pantas sekiranya semua aset berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan,” tambahnya lagi. Sehingga semalam, pihak Maritim Malaysia Negeri Kelantan telah melaksanakan sebanyak enam bantuan pemindahan pesakit (medevac) daripada Pulau Perhentian.

25

NAKHODA KAPAL CEDERA, MARITIM MALAYSIA, LAKUKANPELAYARAN IHSAN

Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) melakukan pelayaran ihsan kepada seorang nakhoda (Master) kapal yang cedera di kaki pada petang 4 Disember lalu. Pengarah ZMTS, Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut, sebuah bot peronda maritim telah diatur gerak ke lokasi kapal tangki dengan tanda nama MRM V bagi memberi bantuan kecemasan dan membawa mangsa ke Klinik

Kesihatan Pengerang untuk rawatan lanjut. “Mangsa mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh dan terkena besi bangku berikutan cuaca buruk,” katanya. Menurut beliau lagi, kejadian berlaku, ketika kapal sedang bersauh di perairan Tompok Utara telah dipukul ombak, mereka segera bergerak ke Tanjung Pengelih bagi mendapatkan bantuan. Mangsa merupakan seorang lelaki, warganegara Myanmar berumur 63 tahun. CAR

ILAMAT

KRU KAPAL PERSIARAN SESAK NAFAS, MARITIM MALAYSIA LAKUKAN PELAYARAN IHSAN

Pada 3 Disember lalu, Maritim Negeri Selangor melakukan pelayaran ihsan berbentuk Medical Evacuation (MEDEVAC) kepada seorang kru

kapal warganegara Jepun yang mengalami sesak nafas ketika kapal persiaran ‘Ocean Dream’ melalui perairan Selat Melaka pada jam 2 petang, pada jarak lebih kurang 5.7 batu nautika selatan Pulau Ketam, Selangor. Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, sebaik menerima panggilan dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat, Putrajaya, beliau telah mengarahkan bot maritim ke lokasi kapal berkenaan untuk tujuan menyelamat. “Lelaki warganegara Jepun, Higeno Masaru, 68 tahun, berjaya dipindahkan ke bot

maritim dan dibawa ke Jeti Komersial Pelabuhan Klang bagi mendapatkan rawatan di Hospital Pantai, Klang, Selangor,” jelas beliau. Difahamkan kapal persiaran milik Jepun itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Singapura dan terpaksa menangguhkan perjalanan untuk mendapatkan bantuan dari Maritim Malaysia.

26

AKTI

VITI

MARITIM MALAYSIA TERIMA 31 PROTON PERSONA

Pada 15 November, Maritim Malaysia menerima 31 unit kenderaan jenis Proton Persona Premium 1.6 cc di ibu pejabat Maritim Malaysia. Majlis penerimaan kenderaan baru tersebut disempurnakan oleh

Pengarah Bahagian Pengangkutan, Laksamana Pertama Maritim Amir Azwa bin Mohd Alias sambil disaksikan wakil daripada Kementerian Kewangan, Puan Azizatul Yusna binti Ahmad

Yusuff, Ketua Seksyen Pengurusan Kenderaan (SPK), Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Yang Berbahagia Dato’ Hamzah bin Mohd Salleh dan Pengarah Bahagian Jualan Korporat Proton, Encik Fazli Hisyam bin Shukor. Sebanyak 11 kenderaan baru di berikan untuk Ibu Pejabat, 15 kenderaan di Semenanjung meliputi Maritim Negeri, Zon dan Pos Pengkalan. Manakala, 5 kenderaan di Borneo meliputi Zon Maritim di Sabah dan Sarawak.

MALAM KECEMERLANGANMARITIM DIRAIKAN GILANG GEMILANG

Pada tanggal 16 November, Malam Kecemerlangan Maritim Malaysia 2019 telah diadakan serentak bersama Majlis JasaMu Dikenang bagi memberi penghargaan kepada warga kerja yang cemerlang dalam pertandingan Hari Inovasi. Hari Inovasi telah dilangsungkan sepanjang tahun di seluruh penempatan Maritim Malaysia, manakala Program 3K berlangsung pada 11 November sehingga 17 November 2019. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim Hj Mohamed, program seumpama ini dapat meningkatkan produktiviti yang berkualiti tinggi, semangat kerjasama berpasukan dan bersaing secara sihat di semua peringkat pekerja dan Bahagian yang pasti

akan melonjakkan lagi keberkesanan agensi dalam melaksanakan tugas selaku penguatkuasa maritim di negara ini. Beliau juga percaya, program yang dijalankan telah dapat mengetengahkan bakat-bakat yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi. Selain itu, ia turut membantu untuk menghindarkan warga agensi daripada terlibat dalam aktiviti atau perlakuan yang tidak berfaedah bagi individu atau organisasi. Acara penyampaian hadiah turut diadakan bagi pemenang pertandingan Hari Inovasi yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 yang disampaikan oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Hj Mohamed.

27

AKTIVITI

MARITIM MALAYSIA DAN AUSTRALIAN BORDER FORCES PERKUKUH KERJASAMA TANGANI ANCAMAN KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Operasi Redback XIV anjuran Maritim Malaysia dan Australian Border Forces selama 10 hari bermula 28 Oktober lalu akhirnya menutup tirai pada 7 November lalu dalam satu majlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Langkawi, Kedah. Ketua Cawangan, Cawangan Penguatkuasaan Maritim dan Latihan Operasi Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, operasi Redback XIV ini memfokuskan dua isu utama yang menjadi keutamaan bagi Malaysia dan Australia iaitu isu penyeludupan manusia dan pemerdangangan manusia. Sepanjang operasi ini dijalankan 216 pemeriksaan telah dibuat di sepanjang perairan Kedah dan Perlis, dengan lima tangkapan berjaya dilakukan atas pelbagai kesalahan seperti kes penyalahgunaan dadah, tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan kesalahan bot melanggar syarat sah lesen.

Operasi ini membuktikan kerjasama yang utuh antara dua agensi ini dalam berkongsi maklumat risikan dan kepakaran masing-masing mengenai keselamatan sempadan bagi mengukuhkan lagi keberkesanan dan keupayaan bagi menangani isu ini. “Hubungan erat antara Maritim Malaysia dan ABF merupakan penyumbang utama kejayaan

Operasi Redback ke-14 ini dalam memerangi ancaman keselamatan maritim bersama-sama,” katanya. Kedua-dua negara mempunyai sempadan maritim yang luas dan kami serius untuk bekerjasama demi menjaga rantau ini sekaligus komited untuk memerangi ancaman dalam kawasan perairan negara,” kata Nurul Hizam.

28

AKTI

VITI

MAJLIS JASAMU DIKENANG RAI KHIDMAT BAKTIWARGA MARITIM YANG BERSARA

Majlis JasaMu Dikenang telah diadakan pada 16 November lalu di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), bagi meraikan pegawai dan anggota yang telah bersara dari perkhidmatan bersama Maritim Malaysia. Majlis kali ini meraikan seramai 29 orang pesara termasuklah mantan Ketua Pengarah. Walaubagaimanapun hanya 11 pesara dan wakil pesara yang dapat menghadirkan diri pada

malam tersebut. Pesara-pesara yang diraikan adalah daripada Ibu Pejabat, AMSAS, Maritim Negeri Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta Sabah. Keraian ini adalah penghargaan ikhlas warga Maritim Malaysia kepada semua pesara yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada Agensi ini. Bakti yang telah dicurahkan sememangnya

tidak mampu dinilai dengan majlis. Namun keraian yang diadakan dapat memberi makna yang berharga dan meninggalkan kenangan indah. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan daripada peserta-peserta program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) daripada seluruh Malaysia yang menambahkan lagi kemeriahan majlis pada malam tersebut.

29

30

PROGRAM 3K DIDIK WARGA MARITIM KEKAL CERGAS DAN AKTIF

Pada 17 November lalu telah berlangsungnya acara penutup Program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) edisi ketiga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Acara tahunan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) ini, merupakan salah satu usaha Maritim Malaysia bagi melahirkan warga Maritim yang sentiasa aktif dan sihat dalam melaksanakan fungsi utama Agensi sebagai sebuah pasukan keselamatan negara. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Hj Ibrahim bin Hj Mohamed di Stadium Darul Makmur, program ini bertujuan mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan memupuk

semangat berpasukan antara pegawai dan anggota tanpa mengira pangkat dan usia, bagi memastikan kelangsungan dan kebolehupayaan menjalankan fungsi Agensi ini terus disegani sebagai agensi coast guard di negara ini. “Ia diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan, terutamanya bagi memastikan warga Maritim kekal cergas dan dapat membina keterampilan yang segak dalam mencapai visi dan misi agensi,” katanya. Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2017, ibu pejabat Maritim Malaysia Putrajaya telah mengelola Program 3K ini selama dua tahun dan buat julung kalinya, Wilayah Utara (WILUTA) dilantik sebagai

penganjur bagi mengelolakan program pada tahun ini. Lebih 490 pegawai dan anggota terlibat dalam penganjuran Program 3K pada kali ini dengan melibatkan 18 acara sukan antaranya, bola sepak, acara renang, menembak, badminton, ping pong, larian, golf, assault course, menembak, dan banyak lagi. Untuk edisi kali ini , Wilayah Selatan merangkumi Maritim Negeri Johor,Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Program 3K dengan pungutan mata sebanyak 63 mata dan diikuti rapat oleh A-Tim yang merangkumi gabungan AMSAS dan wilayah timur iaitu Pahang,Terengganu dan Kelantan. Manakala, tempat ketiga menjadi milik kontinjen ibu pejabat Putrajaya.

AKTI

VITI

31

32

Agensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaKementerian Dalam NegeriAras 4-12, One IOI Square

IOI Resort, 62502 PutrajayaMALAYSIA

603-8995 700 603-8941 4000/MERS 999

http://www.mmea.gov.my/

http://www.facebook.com/maritimmalaysia/

@KPMaritimMsia

Malaysia Coast Guard

malaysia_coastguard