teori huraian bahasa

37
TEORI HURAIAN BAHASA Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional Pembentang : Epredjolly Justin Fatimah Azaharah Mohama Muhammad Ikhwan Saaroni

Upload: fatimah-azaharah-mohamad

Post on 21-Oct-2015

150 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Huraian Bahasa

TEORI HURAIAN BAHASA

Nahu TradisionalStrukturalTransformasi GeneratifTeori Fungsional

Pembentang : Epredjolly Justin Fatimah Azaharah Mohama Muhammad Ikhwan Saaroni

Page 2: Teori Huraian Bahasa

PENGENALAN

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif.

Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut.

Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan.

Page 3: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan Ciri-ciri

tatabahasa Kelemahan

TEORI TRADISIONAL (PANINI)

Page 4: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan

Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M).

Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam.

Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logikal. Hal ini menyebabkan penyelidik tidak dapat memberikan penilaian yang sama rata terhadap ciri-ciri bahasa yang dikaji.

Page 5: Teori Huraian Bahasa

Kata

Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb)

Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan perbuatan menggambarkan tindakan (predikat)

Page 6: Teori Huraian Bahasa

Ayat Pembahagian ayat pula berdasarkan

fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut.

Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap.

Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah.

Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan.

Kewujudan kesemua bahagian ayat telah menampilkan istilah-istilah utama seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif.

Page 7: Teori Huraian Bahasa

Tatabahasa

Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logikal dalam ayat.

Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna.

Page 8: Teori Huraian Bahasa

Ciri-ciriKONSEP NAHU TRADISIONAL

Bukan formal atau struktural

Gabungan semantik dan tatabahasa

Tiada pola-pola contoh dalam aspek sintaksis atau morfologi

Tidak utamakan pemilihan dan pemeringkatan bahan pengajaran (gramatik atau leksikon); berasaskan mudah

kepada lebih rumit.

Bahasa hidup dan berubah-ubah.

Bahasa ialah tulisan, lisan kurang penting.

Bahasa bersifat konvensional.

Page 9: Teori Huraian Bahasa

Kelemahan terlalu mengutamakan tindakan

menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata

guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran

akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis

analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal

Page 10: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan Konsep Rumusan

Analisis Struktural (Bloomfield)

Page 11: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’

atau ‘bloomfeildian’.

muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional

tentangan utama ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal

Page 12: Teori Huraian Bahasa

Konsep aliran struktural mengkaji bahasa sebagai

lambang-lambang pertuturan.

data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji

analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’- setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik

Page 13: Teori Huraian Bahasa

Konsep

setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik

analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan aat serta unsur-unsur supra segmental

ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan).

konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat.

Page 14: Teori Huraian Bahasa

Cara yang digunakan untuk menghubungkan konstituen-konstituen dalam sesuatu konstruk

Page 15: Teori Huraian Bahasa
Page 16: Teori Huraian Bahasa

Rumusan kajian dibuat secara objektif dan

penggolongan kata serta peraturannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis

menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat difahami

tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logikal dan metafizik.

tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa

Page 17: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan Konsep Jenis ayat Ciri-ciri teori Penukaran

struktur Kesimpulan

Transformasi Generatif(Chomsky)

Page 18: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan muncul dalam tahun 50-an selepas aliran

struktural dipelopori oleh Noam Chomsky transformasi bermaksud menukar atau

mengubah, dalam konteks ini, menulis semula

generatif bermaksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur terhad kemudian berkembang dan bertambah menjadi lebih besar

teori ini menekankan kepada menukarkan bentuk ayat kepada bentuk ayat yang lain tanpa mengubah makna asalnya

Page 19: Teori Huraian Bahasa

Konsep“Grammar is caught and not taught.”

-Noam Chomsky Aspek tatabahasa diserap oleh kanak-kanak

secara semula jadi dan bukannya diajarkan secara formal

Sewaktu lingkungan umur 3 tahun, kanak-kanak sudah bercakap menggunakan tatabahasa secara Transformasi Generatif

Kanak-kanak yang boleh berbahasa dikatakan telah menguasai “kebolehan bahasa”

Manakala kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan mengenai bahasa misalnya struktur ayat dan sistem bahasa pula menguasai “pengetahuan bahasa”

Kebolehan dan pengetahuan ini tidak diajar secara formal, tetapi ditiru oleh kanak-kanak.

Page 20: Teori Huraian Bahasa

Konsep

Teori ini menyatakan bahawa penutur asli sesuatu bahasa:

Mempunyai kecekapan berbahasa Mampu membentuk dan memahami

pelbagai ayat dalam bahasa Berupaya membezakan pelbagai struktur

ayat dan mengenal pasti kegramatisan ayat yang merupakan intuitif (gerak hati) seseorang penutur asli

Page 21: Teori Huraian Bahasa

Jenis Ayat

Ayat berparafrasa Iaitu ayat yang mempunyai kelainan struktur

permukaan Tetapi mempunyai struktur dalaman yang

sama

Contoh:Anjing mengejar kucing.

Kucing dikejar oleh anjing.

Page 22: Teori Huraian Bahasa

Jenis AyatAyat yang mengandungi unsur ketaksaan

Iaitu ayat yang mempunyai satu struktur permukaan

Tetapi mempunyai dua atau lebih struktur dalaman

Contoh:Ibu bapa Ahmad, telah berangkat ke Mekah.

Boleh membawa maksud:1. Nenek Ahmad (Ibu kepada bapa Ahmad)

telah berangkat ke Mekah.2. Kedua-dua ibu dan bapa Ahmad telah

berangkat ke Mekah.

Page 23: Teori Huraian Bahasa

Ciri-ciri Teori

Penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan

Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi

Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental

Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif Ayat mempunyai struktur dalaman (ayat

dasar yang membawa maksud) dan permukaan (ayat dasar yang telah mengalami perubahan)

Page 24: Teori Huraian Bahasa

Penukaran Struktur

Penukaran struktur dinamakan transformasi, manakala ayat yang terbit daripada proses ini dipanggil terbitan

Terbitan adalah berasaskan kepada rumus struktur frasa dan rumus transformasi

Kedua-dua jenis rumus ini (struktur frasa dan transformasi) menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang

Penukaran yang berlaku ialah penukaran struktur dalaman kepada struktur permukaan yang melibatkan kesan perluasan, pengguguran dan penyusunan semula

Page 25: Teori Huraian Bahasa

Penukaran Struktur

Proses Maksud Contoh

Perluasan Penambahan unsur-unsur dalam ayat baru.

Kilang kain itu milik saya + Kilang itu terletak di Arau, Perlis.

Perluasan: kilang kain milik saya itu terletak di Arau, Perlis.

Pengguguran Transformasi atas struktur ayat yang menyebabkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat.

Pada peringkat permukaan unsur yang digunakan tidak lagi wujud.

- Anda boleh daftar esok. Pengguguran: boleh daftar esok

- Aidil Zafuan bermain bola sepak di Bukit Jalil + Aidil Zaquan bermain bola sepak di Bukit Jalil. Pengguguran: Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan bermain bola sepak di Bukit Jalil.

Page 26: Teori Huraian Bahasa

Penukaran Struktur

Proses Maksud Contoh

Penyusunan semula

Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam struktur ayat gramatis yang baharu.

Guru menghadiahkan jam tanya kepada Shahurain Abu Samah.

Penyusunan Semula:Guru menghadiahi Shahurain Abu Samah jam tangan.

Page 27: Teori Huraian Bahasa

Kesimpulan

Teori ini menekankan sifat semula jadi atau keaslian yang terdapat dalam diri manusia iaitu potensi berbahasa yang wujud dalam diri seseorang di mana pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran yang formal

Keupayaan berbahasa secara semula jadi boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui penguasaan tatabahasa.

Page 28: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan Aplikasi teori Kriteria

TEORI FUNGSIONAL

Page 29: Teori Huraian Bahasa

Pengenalan Teori ini berkembang pada tahun 1960-an

dan 1970-an

Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins

Kajian bahasa bukan sahaja dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi

Page 30: Teori Huraian Bahasa

Anggapan-anggapan ahli bahasa fungsional tertentu terhadap bahasa :

Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi merupakan sistem yang terbuka & dinamik.

Bahasa sebagai alat komunikasi, bukan sahaja berfungsi untuk menggambarkan fikiran, perasaan, keadaan penuturnya tetapi juga seluruh situasi.

Page 31: Teori Huraian Bahasa

Aplikasi teori

Bahasa yang digunakan mestilah mempunyai standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati

Bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan

Penguatkuasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna hendaklah dilaksanakan

Penyediaan rancangan pembelajaran yang kemas dan teratur

Page 32: Teori Huraian Bahasa

Kriteria

Bahasa yang baik, betul dan tepat Pendekatan lisan diutamakan

Penguasaan pertama kanak-kanak adalah daripada orang yang hampir dengannya

Senang dikuasai Kemahiran lisan merupakan kemahiran

menulis dan membaca

Penggunaan bahasa standard yang diterima masyarakat

Page 33: Teori Huraian Bahasa

Kriteria

Bahan-bahan Pengajaran

• Sesuai dengan tujuan dan tahap pencapaian murid

1. Pemilihan

• Disusun dengan tertib dari peringkat awal ke peringkat akhir

2. Penyusunan

• Kawal masa dan bahan-bahan pengajaran yang digunakan supaya sesuai dengan waktu diperuntukkan

3. Kawalan

Page 34: Teori Huraian Bahasa

Kriteria

Pemeringkatan Bahan-bahan Pengajaran

Bahan-bahan pengajaran dibahagikan secara berperingkat mengikut kesesuaian

Penguasaan kemahiran mengikut susunan :

I. MendengarII. BertuturIII. MembacaIV. Menulis

Aktiviti menarik dan bermakna secara terancang

Page 35: Teori Huraian Bahasa

Kriteria

Penyediaan Rancangan Pengajaran

Menyusun rancangan pengajaran dengan kemas dan teratur

Ciri-ciri rancangan pengajaran yang baik : Bersifat komprehensif (tingkah laku yang

boleh diukur dan kemahiran) Mempunyai matlamat dan objektif yang

spesifik Disusun dan dirangka dengan baik mengikut

perkembangan pelajaran

Page 36: Teori Huraian Bahasa

Rumusan

TEORI RUMUSAN

Nahu Tradisional (Panini) Kajian bahasa yang dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan

Tatabahasa Struktural (Bloomfield)

Bahasa ialah satu sistem bunyi yang bersifat arbitrari. Bahasa juga merupakan salah satu media perhubungan.

Tatabahasa Transformasi Generatif ( Chomsky)

Manusia berkeupayaan berbahasa secara semula jadi dan boleh dikuasai melalui penguasaan tatabahasa.

Teori Fungsional (Halliday) Bahasa sebagai media komunikasi. Pengukuhan bahasa boleh dicapai melalui verbal dan nonverbal.

Page 37: Teori Huraian Bahasa

Sekian…..