teori-teori an bahasa

28
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Upload: dewa18

Post on 13-Jun-2015

3.333 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Page 2: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Behavioris

- Teori Psiko-linguistik

- Teori Semantik-kognitif

- Teori Pragmatik-interaksionis

Page 3: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Pembelajaran

Pembelajaran ialah

- proses pemerolehan maklumat dan

pengetahuan

- penguasaan kemahiran dan tabiat

- pembentukan sikap dan kepercayaan .

Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat.Proses pembelajaran berlaku di mana-mana dan pada sebarang masa.

Page 4: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walau bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.

Page 5: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.

Page 6: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.

Page 7: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan.

Page 8: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Behavioris

Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov

Dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.

Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.

Page 9: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akanmempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.

Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Page 10: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Menurut (Hartley & Davies, 1978 ), prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya benar.d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.

Page 11: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Menurut Gagne, Briggs & Wager(1992), terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran -

a) menarik perhatianb) menyatakan objektif pelajaranc) merangsang proses mengingat semula kandungan lepasd) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar

Page 12: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

e) memberikan bimbingan f) tugasan dan soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar h) mengekal dan mengembangkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Page 13: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Psiko-linguistik

Menurut Aitchison ( 1998: 1 ) - psikolinguistik sebagai suatu kajian tentang bahasa dan minda.

Harley (2001:1) - psikolinguistik sebagai suatu kajian tentang proses-proses mental dalam penggunaan bahasa.

Clark dan Clark(1977:4) - mengatakan psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama, iaitu kefahaman, penghasilan, dan pemerolehan bahasa.

Page 14: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada definisi yang diberikan oleh para sarjana ialah psikolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membina pengetahuan berbahasa.

Page 15: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

- Teori Psiko-linguistik

Strategi dan teknik aplikasi Teori Psikolinguistik bagi meningkatkan Kualiti Bahasa, cukup relevan dan boleh dipertahankan.

Bukan setakat untuk kemahiran bahasa bertulis, malah merangkumi kemahiran berbahasa lisan, menyanyi sebagai vokalis (mendengar vokalis yang baik) membaca al Quran berlagu (mendengar qari yang baik), bersyarah dan pelbagai ketrampilan lain.

Page 16: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah –

- kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa.

Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi.

Page 17: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Penyelidikan moden menggunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memproses bahasa.

Terdapat beberapa subdisiplin (yang mengkaji tentang neurologi) iaitu bagaimana otak memproses maklumat yang berkaitan dengan bahasa.

Page 18: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik meliputi

- proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa

- serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.

Page 19: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Psikolinguistik perkembangan mengkaji

- keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa.

Biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak).

Page 20: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Semantik-kognitif

Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal,fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku.

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar.

Page 21: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti

Pemikiran, celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.

Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Page 22: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Pada tahap kognitif, fungsi psikolinguistik mula mengarah kepada fungsi kognitif dan landasan biologis manusia dalam pemerolehan bahasa.

Pemerolehan bahasa pada manusia bukanlah penguasaan komponen bahasa dengan tidak berlandaskan pada prinsip-prinsip kognitif.

Tatabahasa merupakan suatu aspek penting dan tidak terlepas daripada kognitif manusia kerana konstituen dalam sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut.

Page 23: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Ujaran bukan sesuatu bunyi yang linear, tetapi membentuk unit-unit konstituen yang berhiraki dan unit-unit ini merupakan realiti psikologi.

Pada tahap kognitif orang juga mula membincangkan peranan biologi bahasa kerana menurut Chomsky dan Lenneberg pertumbuhan bahasa manusia itu berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.

Page 24: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Pragmatik-interaksionis

Apakah Pragmatik ?

Menurut Jucker(1998)-- Pragmatik merujuk kepada kajian makna dalam interaksi antara seseorang penutur dengan penutur yang lain.

Pragmatik merupakan salah satu komponen dalam bahasa, ia memberikan perspektif kepada bahasa.

Page 25: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Teori interaksionis (interactionist theories)

Tumpuan teori ini adalah proses interaksi. Kehidupan sosial dipandang sebagai suatu

proses interaksi dalam banyak hal seperti pemaknaan, bahasa, perubahan perilaku, dan pemeliharaan.

Komunikasi dalam hal ini dianggap sebagai suatu proses interaksi. Manakala informasi sebahagian dari proses komunikasi.

Page 26: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Tidak ada masyarakat tanpa komunikasi. Semua struktur kemasyarakatan termasuk kelompok, keluarga, dan organisasi, lahir dari interaksi.

Dalam hal ini para sarjana memandang struktur sosial sebagai produk dari interaksi.

Page 27: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Struktur sosial lahir dari komunikasi. Namun pendapat interaksionis lebih berlandaskan kepada proses interaksi manusia.

Contoh - keluarga dibentuk oleh peristiwa komunikasi, yang juga dari interaksi.

Page 28: Teori-Teori an Bahasa

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Sekian, terima kasih.