syarat dan terma pertandingan rekacipta · pdf file11.0 format kertas projek perkara...

of 16 /16
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014 SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014 1.0 PENGENALAN Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah. 2.0 OBJEKTIF Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk: i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian. ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru. iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.

Author: hadat

Post on 30-Jan-2018

306 views

Category:

Documents


6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN

    PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014

    1.0 PENGENALAN

    Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang

    dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan

    aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan

    tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan

    pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam

    bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah.

    2.0 OBJEKTIF

    Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk:

    i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi

    dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian.

    ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau

    pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan

    mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.

    iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi

    pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha

    membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart

    partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan

    kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang

    persendirian di dalam dan di luar negeri.

    v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang

    dihasilkan oleh peserta.

    3.0 TEMA PERTANDINGAN

    3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Sustaining Agriculture.

    3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang

    pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna.

    4.0 TEMPAT DAN MASA

    4.1 Tarikh : 21 dan 22 Jun 2014 (Sabtu dan Ahad).

    4.2 Tempat : Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

    4.3 Masa : 8.00 pagi 5.00 petang.

    5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

    Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori utama:

    i. Kategori Sekolah (Terbuka kepada pelajar pelajar sekolah yang didaftarkan

    di mana mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

    ii. Kategori Utama (Terbuka kepada individu yang berumur 13 tahun dan

    keatas)

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    6.0 KATEGORI BIDANG

    Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyertai program

    ini berdasarkan bidang kategori:

    i. Pertanian

    ii. Perikanan

    iii. Penternakan

    iv. Perhutanan tani

    v. Industri asas tani

    7.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN

    Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 menekankan kepada 3

    kategori produk yang dipertandingkan:

    i. Invention/Penciptaan Penciptaan proses atau produk baru.

    ii. Innovation/Inovatif Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.

    iii. Design/Rekabentuk Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.

    8.0 SYARAT PENYERTAAN

    i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UPMKB dan mana-

    mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

    ii. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00

    bagi setiap pasukan yang bertanding.

    iii. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, PERLU

    menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili jabatan

    tersebut dalam pertandingan ini.

    iv. Setiap jabatan dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.

    v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan

    dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada

    gabungan pelajar dan staf.

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-

    masing.

    vii. Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan

    menyertai pertandingan ini.

    9.0 SYARAT PERTANDINGAN

    Syaratsyarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014

    adalah seperti berikut:

    i. Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema

    pertandingan.

    ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan

    plagiat.

    iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari

    pertandingan adalah tanggungjawab peserta.

    iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan

    projek adalah sangat digalakkan.

    v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek

    penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.

    vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau

    dimajukan kepada sektor pembuatan.

    vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana

    pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah

    TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia

    Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang

    bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan

    penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.

    viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi

    undang-undang pengkomputeran Malaysia.

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    ix. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang

    kemudaratan adalah tanggungjawabnya.

    x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

    10.0 KOD ETIKA

    i. Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah

    menjaga integriti.

    ii. Penyelidik/Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau

    penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau

    plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak

    bertanding.

    iii. Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar

    dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh

    mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    11.0 FORMAT KERTAS PROJEK

    PERKARA PENERANGAN

    Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan

    institusi. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah

    dibaca.

    Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan

    persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis

    dan kesimpulan kajian)

    Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan

    kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan

    kajian lepas.

    Metodologi / Proses kajian

    Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,

    rawatan dan prosedur yang dijalankan.

    Manual Operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam

    pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta

    lakaran bahan projek atau penyelidikan. Boleh direkod

    dalam buku data.

    Hasil Kajian Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

    Perbincangan dan Keputusan

    Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu

    dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan

    antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal

    dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan

    jika ada serta ringkasan perlu spesifik.

    Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan

    dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut

    format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama

    pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb.)

    * Kertas Projek hendaklah dilampirkan bersama ketika sesi penghakiman dan

    pameran dijalankan.

    * Saiz poster adalah A1 (594 mm x 841 mm). Orientasi poster adalah Potrait (Lebar

    : 594mm & Tinggi : 841 mm).

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    CONTOH LAKARAN POSTER KERTAS PROJEK

  • PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

    12.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

    i. Peserta akan diberi masa selama 10 15 minit bagi membentangkan hasil

    kajian / inovasi projek dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan 5 minit

    untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.

    ii. Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan

    memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan

    aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan

    demonstrasi.

    iii. Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan.

    iv. Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan penyelidik/peserta

    mengenai rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi

    terkini, fungsi model serta status rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan,

    pembangunan dan penyediaan untuk hasil tersebut. Berikut adalah perincian

    kriteria pemarkahan:

    BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS

    Persembahan

    (40%)

    Pameran

    projek (20%)

    -Menggunakan pengetahuan

    kejuruteraan, prinsip

    sains/matematik, kaunseling.

    Mengaplikasikan pengetahuan

    ilmu sains/matematik,

    kaunseling dan kejuruteraan

    yang menjurus kepada

    penyelesaian masalah dan

    penggunaan teknologi terkini.

    10

    -keaslian/kreativiti/inovasi yang

    digunakan. 05

    -Menggunakan komputer atau