tajuk projek -...

9
TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENJANAAN EKONOMI PENTERNAK IKAN PATIN DI TEMERLOH, PAHANG KOD PROJEK: K-ECO/43(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA LAR. DR. NORDIN ABD RAHMAN AKADEMIA: DR. ANNIE CHRISTIANUS PROFESOR MADYA DR. CHE ROOS SAAD PROFESOR MADYA DR HASSAN DAUD PROFESOR MADYA DR. NORSIDA MAN RAKAN KOMUNITI: KOPERASI PENTERNAKAN IKAN SANGKAR DAN NELAYAN SUNGAI TEMERLOH BERHAD BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN PETANI-PETANI DI DAERAH- DAERAH TERTENTU 2) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH: 2011 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif utama projek dari Universiti Putra Malaysia ini adalah untuk membangunkan penternak ikan patin yang berilmu di samping meningkatkan taraf hidup melalui pembenihan dan pengeluaran anak benih ikan yang berkualiti dari segi kadar tumbesaran, kemandirian dan tahan penyakit. Projek ini telah membangunkan modul pemahaman dan teori untuk pengurusan sangkar, pengurusan benih ikan dan pengurusan organisasi kepada rakan komuniti, khususnya Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh Bhd. Selain itu, program ini telah menyahut kempen Komuniti Temerloh untuk menjadikan ikan patin sebagai satu produk Satu daerah Satu Industri (SDSI) di Temerloh. Bagi merealisasikan agenda ini, pengeluaran ikan patin perlu dipertingkatkan. Para penternak pula perlu diberikan pengetahuan mendalam mengenai penternakan ikan patin dan industri hiliran berkaitan. Maka program pemindahan ilmu ini bukan sahaja dapat membantu penternak untuk lebih menjadi berpengetahuan, malah juga membantu mereka meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk di Temerloh.

Upload: vandien

Post on 06-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

TAJUK PROJEK:

PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENJANAAN EKONOMI PENTERNAK

IKAN PATIN DI TEMERLOH, PAHANG

KOD PROJEK:

K-ECO/43(UPM-11)

IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR MADYA LAR. DR. NORDIN ABD RAHMAN

AKADEMIA:

DR. ANNIE CHRISTIANUS

PROFESOR MADYA DR. CHE ROOS SAAD

PROFESOR MADYA DR HASSAN DAUD

PROFESOR MADYA DR. NORSIDA MAN

RAKAN KOMUNITI:

KOPERASI PENTERNAKAN IKAN SANGKAR DAN NELAYAN SUNGAI TEMERLOH

BERHAD

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN PETANI-PETANI DI DAERAH-

DAERAH TERTENTU

2) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH:

2011 – 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek dari Universiti Putra Malaysia ini adalah untuk membangunkan penternak ikan

patin yang berilmu di samping meningkatkan taraf hidup melalui pembenihan dan pengeluaran anak

benih ikan yang berkualiti dari segi kadar tumbesaran, kemandirian dan tahan penyakit. Projek ini

telah membangunkan modul pemahaman dan teori untuk pengurusan sangkar, pengurusan benih ikan

dan pengurusan organisasi kepada rakan komuniti, khususnya Koperasi Penternakan Ikan Sangkar

dan Nelayan Sungai Temerloh Bhd. Selain itu, program ini telah menyahut kempen Komuniti

Temerloh untuk menjadikan ikan patin sebagai satu produk Satu daerah Satu Industri (SDSI) di

Temerloh. Bagi merealisasikan agenda ini, pengeluaran ikan patin perlu dipertingkatkan. Para

penternak pula perlu diberikan pengetahuan mendalam mengenai penternakan ikan patin dan industri

hiliran berkaitan. Maka program pemindahan ilmu ini bukan sahaja dapat membantu penternak untuk

lebih menjadi berpengetahuan, malah juga membantu mereka meningkatkan pendapatan dan taraf

hidup penduduk di Temerloh.

Page 2: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk melahirkan penternak ikan patin yang berilmu. 2) Untuk meningkatkan taraf hidup penternak ikan patin. 3) Untuk mewujudkan penternak yang berkeyakinan membuat keputusan

tentang pengurusan penternakan ikan patin (pemerkasaan penternak ikan patin).

AKTIVITI

Program ini menggunakan pendekatan secara pertemuan bersemuka, kursus, latihan, bengkel, lawatan, demonstrasi dan khidmat nasihat serta bimbingan yang berterusan dari semasa ke semasa.

1) Mereka Bentuk Projek (Latihan) Kaedah latihan yang telah digunakan bagi meningkatkan pengetahuan petani tentang cara pengendalian pengurusan ladang, pengeluaran, pembiakan, pemasaran dan sebagainya. Data kualitatif dan kuantitatif dikumpulkan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu dan keadaan semasa yang dihadapi oleh para penternak ikan patin. Data dikumpulkan melalui latihan dan aktiviti lawatan graduan pelatih dan akademia.

2) Latihan dan Sistem Lawatan (T&V) Sistem T&V telah digunakan dalam projek ini. Sistem ini digunakan bagi mengukur serta menerangkan kepentingan ilmu pengetahuan penternakan di samping dapat memberi kemahiran kepada para penternak.

3) Seminar, Kursus dan Bengkel Mengadakan perbincangan dengan komuniti, agensi setempat tentang ikan patin dan penternak ikan sekitar kawasan. Kursus-kursus lain termasuklah Kursus Pengkulturan Ikan Patin, Kursus Pemakanan Ikan, Kursus Pengurusan Ternakan, Kursus Pembenihan, Kursus Pengurusan Penyakit Ikan Patin, Kursus Filet Ikan Patin dan sebagainya.

4) Klinik Akuakultur Patin Kaedah klinik telah digunakan dalam projek ini. Dalam kaedah ini, segala permasalahan dan isu dibincangkan secara terperinci oleh pakar-pakar bidang akuakultur bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

Page 3: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

5) Lawatan Sangkar Tujuannya untuk membimbing serta membangunkan amalan akuakultur yang baik seperti cara pembenihan ikan kepada petani. Akademia berperanan memberi nasihat berdasarkan teknologi yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penternak.

6) Ujian Air Kualiti air sungai juga merupakan aspek penting dalam penternakan ikan. Ujian air telah diperkenalkan dalam projek ini untuk memeriksa kualiti air sungai Pahang bagi menjalankan aktiviti penternakan ikan.

OUTPUT

Komuniti: 1) Pengurusan koperasi yang lebih baik. 2) Pengurusan dan pemasaran hasil penternakan ikan ternakan yang

lebih baik. Jualan telah meningkat, kos dapat dikurangkan dan ahli koperasi telah memahami kaedah dan proses penghasilan ikan bagi mengurangkan kos pengurusan sangkar.

3) Ikan patin yang diternak berkualiti tinggi. Ahli koperasi telah dapat menghasilkan saiz jualan ikan patin yang berkualiti dalam tempoh masa yang dikehendaki.

4) Pengetahuan tanda-tanda awal penyakit ikan dapat dikesan oleh penternak.

5) Keterlibatan antara ahli koperasi dan masyarakat telah meningkat dan manfaat dapat dikongsi bersama-sama.

6) Pendapatan isi rumah semakin stabil dan keadaan ini mewujudkan peluang perniagaan lain sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduk.

7) Pertambahan keahlian koperasi adalah bukti jalinan kerjasama antara koperasi dan ahli koperasi.

8) Kesedaran penternak untuk menjaga kebersihan meningkat bagi menjaga kualiti air sungai.

9) Penternak mampu melakukan pembenihan ikan sendiri setelah menyertai kursus.

10) Penternak juga lebih terbuka dalam hal mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari melalui kursus-kursus yang disertai seperti pengurusan kualiti air, pembenihan ikan dan pengurusan sangkar.

IPTA: 1) IPTA telah dapat memperbaiki teknologi sedia ada kepada peringkat

yang lebih baik. 2) Pengalaman yang didapati dapat digunakan dalam pembelajaran

kepada pelajar di IPTA.

Page 4: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat peluang untuk memahami cara-cara

pengendalian ikan berdasarkan teknologi terkini. 2) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan

lebih terdedah kepada dunia sebenar penternakan ikan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia 2) Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh

Berhad

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Ilmu pengurusan koperasi dipindahkan kepada ahli pentadbiran

koperasi. 2) Perhubungan antara ahli koperasi semakin erat. 3) Lebih ramai penternak baharu berminat dalam bidang ini. 4) Pemindahan ilmu pengurusan ternakan kepada penternak. 5) Ilmu teknologi pemprosesan makanan berasaskan ikan patin

dipindahkan kepada nelayan. 6) Ilmu pengurusan sangkar, penyakit dan pemasaran ikan patin

didedahkan kepada penternak. 7) Penternak lebih berdikari dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. 8) Penternak yang lebih berpengetahuan.

IPTA:

1) Perhubungan universiti dengan komunikasi lebih erat. 2) Hubungan yang baik dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi

sokongan.

Pembangunan Modal Insan: 1) Minda graduan pelatih lebih terbuka dan mereka lebih berminat kepada

perusahaan ternakan ikan. 2) Graduan pelatih lebih menyedari tentang kepentingan hidup

bermasyarakat dan mereka lebih memahami kehidupan sebenar para penternak dan nelayan.

Page 5: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh Berhad Tarikh Lawatan : 27 Ogos 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Mohd Noor Ghani (UNISZA) 2) Profesor Dr. Zulkefli Yaacob (UMP)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31%

B AKADEMIA (10%) 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 7%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 25%

MARKAH KESELURUHAN (%) 79%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 7: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

- Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil daripada penilaian ke atas laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati mempunyai nilai tambah dan mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan komuniti. Projek ini berada di kategori hijau.

Page 8: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

LAMPIRAN

Kaedah pengurusan sangkar ikan patin yang lebih baik

Kualiti air sungai sentiasa dipantau dengan menggunakan kaedah ujian air

Page 9: TAJUK PROJEK - ktpmonitoring.usm.myktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO43(UPM-11).pdf · tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan penjanaan ekonomi penternak

Hubungan erat antara ahli koperasi dan koperasi semakin erat hasil daripada pemindahan ilmu dalam

projek ini

Lawatan panel penilai ke Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh Berhad