Transcript
Page 1: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN

PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014

1.0 PENGENALAN

Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang

dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan

aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan

tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan

pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam

bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah.

2.0 OBJEKTIF

Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk:

i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi

dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian.

ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau

pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan

mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.

iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi

pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha

membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.

Page 2: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart

partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan

kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang

persendirian di dalam dan di luar negeri.

v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang

dihasilkan oleh peserta.

3.0 TEMA PERTANDINGAN

3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Sustaining Agriculture.

3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang

pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna.

4.0 TEMPAT DAN MASA

4.1 Tarikh : 21 dan 22 Jun 2014 (Sabtu dan Ahad).

4.2 Tempat : Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

4.3 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori utama:

i. Kategori Sekolah (Terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah yang didaftarkan

di mana – mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

ii. Kategori Utama (Terbuka kepada individu yang berumur 13 tahun dan

keatas)

Page 3: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

6.0 KATEGORI BIDANG

Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyertai program

ini berdasarkan bidang kategori:

i. Pertanian

ii. Perikanan

iii. Penternakan

iv. Perhutanan tani

v. Industri asas tani

7.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 menekankan kepada 3

kategori produk yang dipertandingkan:

i. Invention/Penciptaan – Penciptaan proses atau produk baru.

ii. Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.

iii. Design/Rekabentuk – Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.

8.0 SYARAT PENYERTAAN

i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UPMKB dan mana-

mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

ii. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00

bagi setiap pasukan yang bertanding.

iii. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, PERLU

menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili jabatan

tersebut dalam pertandingan ini.

iv. Setiap jabatan dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.

v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan

dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada

gabungan pelajar dan staf.

Page 4: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-

masing.

vii. Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan

menyertai pertandingan ini.

9.0 SYARAT PERTANDINGAN

Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014

adalah seperti berikut:

i. Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema

pertandingan.

ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan

plagiat.

iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari

pertandingan adalah tanggungjawab peserta.

iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan

projek adalah sangat digalakkan.

v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek

penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.

vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau

dimajukan kepada sektor pembuatan.

vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana

pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah

TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia

Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang

bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan

penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.

viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi

undang-undang pengkomputeran Malaysia.

Page 5: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

ix. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang

kemudaratan adalah tanggungjawabnya.

x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

10.0 KOD ETIKA

i. Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah

menjaga integriti.

ii. Penyelidik/Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau

penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau

plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak

bertanding.

iii. Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar

dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh

mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.

Page 6: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

11.0 FORMAT KERTAS PROJEK

PERKARA PENERANGAN

Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan

institusi. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah

dibaca.

Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan

persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis

dan kesimpulan kajian)

Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan

kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan

kajian lepas.

Metodologi / Proses kajian

Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,

rawatan dan prosedur yang dijalankan.

Manual Operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam

pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto serta

lakaran bahan projek atau penyelidikan. Boleh direkod

dalam buku data.

Hasil Kajian Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

Perbincangan dan Keputusan

Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu

dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan

antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal

dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan

jika ada serta ringkasan perlu spesifik.

Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan

dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut

format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama

pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb.)

* Kertas Projek hendaklah dilampirkan bersama ketika sesi penghakiman dan

pameran dijalankan.

* Saiz poster adalah A1 (594 mm x 841 mm). Orientasi poster adalah Potrait (Lebar

: 594mm & Tinggi : 841 mm).

Page 7: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

CONTOH LAKARAN POSTER KERTAS PROJEK

Page 8: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

12.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

i. Peserta akan diberi masa selama 10 – 15 minit bagi membentangkan hasil

kajian / inovasi projek dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan 5 minit

untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.

ii. Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan

memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan

aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan

demonstrasi.

iii. Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan.

iv. Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan penyelidik/peserta

mengenai rekacipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi

terkini, fungsi model serta status rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan,

pembangunan dan penyediaan untuk hasil tersebut. Berikut adalah perincian

kriteria pemarkahan:

BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS

Persembahan

(40%)

Pameran

projek (20%)

-Menggunakan pengetahuan

kejuruteraan, prinsip

sains/matematik, kaunseling.

Mengaplikasikan pengetahuan

ilmu sains/matematik,

kaunseling dan kejuruteraan

yang menjurus kepada

penyelesaian masalah dan

penggunaan teknologi terkini.

10

-keaslian/kreativiti/inovasi yang

digunakan. 05

-Menggunakan komputer atau

teknikal grafik: 05

Page 9: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

Penggunaan multimedia/media

cetak sebagai platform

penyebaran maklumat

Penyampaian

laporan (20%)

-Kemahiran penyampaian

individu/pasukan; kemahiran

komunikasi, sebutan yang

lancar/jelas dan penerangan

teratur dan sistematik.

10

-Kemahiran saintifik dan

kreativiti.

Melihat kepada objektif yang

disasarkan, pengembangan

potensi dan kemahiran sainstifik

dan kemahiran dalam

penyelidikan dan pembangunan

inovasi.

03

-Kemahiran interaksi dan

menjawab soalan.

Berkebolehan berinteraksi dan

kebijaksanaan dalam

menghuraikan jawapan.

03

-Personaliti keseluruhan.

Kesesuaian pakaian, keyakinan

diri dan penampilan yang

beretika.

04

Produk

(60%)

Dokumentasi

(20%)

-Abstrak/ringkasan projek

Sinopsis keseluruhan kajian

melibatkan persoalan kajian,

hipotesis, metodologi, hasil

analisis dan kesimpulan.

02

Page 10: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

-Pengenalan.

Latar belakang projek,

penyataan masalah, signifikan

kajian.

03

-Metodologi dan perincian

projek. 05

-Keputusan,hasil dapatan dan

perbincangan.

Analisis data, tafsiran keputusan

dan hasil dapatan serta

perbincangan analisis.

05

-Kesimpulan dan cadangan

kajian.

Melakukan ringkasan keputusan

dan perbincangan inovasi dan

pembaharuan.

05

Projek

Signifikan

(15%)

-Pemikiran sainstifik/matlamat

inovasi menepati tema.

Memenuhi matlamat inovasi dan

tema pertandingan.

05

-Efisien (kecekapan).

Jimat masa, jimat kos,

tingkatkan produktiviti dan

mudah digunakan.

05

-Kesan kepada kualiti alam

sekitar masyarakat.

Implikasi terhadap alam sekitar,

penggunaan bahan tempatan

kitar semula dan mesra alam.

05

Page 11: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

Status

Prototaip

(25%)

-Kekemasan/warna yang ceria. 05

-Keselamatan

Mudah, mesra pengguna, stabil,

kukuh dan selamat digunakan.

05

-Ciptaan inovasi. 10

-Potensi komersial/kos.

Memenuhi kehendak pengguna,

kebolehpasaran dan dapat

meningkatkan perkembangan

teknologi pertanian di Malaysia.

05

13.0 HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah pertandingan akan diberikan mengikut kategori pertandingan:

i. Pemenang bagi kategori Sekolah akan menerima pengiktirafan seperti

berikut:

Bil TEMPAT HADIAH

1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

ii. Pemenang bagi kategori Utama akan menerima pengiktirafan seperti

berikut:

Bil TEMPAT HADIAH

1. Tempat pertama Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

2. Tempat kedua Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

3. Tempat ketiga Wang tunai, hamper dan sijil penghargaan.

Page 12: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

14.0 PAMERAN

Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi satu meja lipat

dan 4 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi

sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan

untuk mempamerkan dan memberi demontrasi rekacipta / inovasi mereka.

Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth

pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

15.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG

i. Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan

hadiah yang diberi pada hari pertandingan.

ii. Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada

pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

16.0 PENAFIAN

i. Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus,

mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang

diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur

atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan

kehilangan barangan di atas.

ii. Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.

Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur.

Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat

sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau

berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan

iii. Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara

lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan

hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta

dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi

Page 13: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan

berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa

Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta

yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam

penyertaan ini.

Page 14: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN

PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014

“Innovation for Sustaining Agriculture”

*Sila baca arahan berikut:

1) Penyertaan dari:

Sila tanda X pada petak yang berkenaan dan nyatakan.

Nyatakan:

2) Butir-butir peserta (maksimum 4 orang):

Nama peserta No. Kad Pengenalan No. Telefon

Semua peserta harus membaca terma dan syarat-syarat pertandingan.

Semua maklumat mestilah diisi dengan lengkap dengan menggunakan huruf besar.

Borang ini perlu dihantar dan dikembalikan semula kepada pihak uruetia pertandingan

sebelum ataupun pada 3 MAC 2014.

Lain-lain

Individu Agensi Swasta Agensi Kerajaan

IPTA Sekolah Menengah IPTS

Page 15: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

3) Pegawai Iringan (jika ada):

No Kad Pengenalan : _________________________________

No Telefon : _________________________________

4) Kategori bidang yang dipertandingkan:

Pertanian

Perikanan

Penternakan

Perhutanan Tani

Industri Asas Tani

5) Kategori produk yang dipertandingkan:

Invention/Penciptaan Innovation/Inovasi Design/Rekabentuk

6) Nama Produk (nama yang ringkas)

_________________________________________________________________________

7) Pengisytiharan:

- Kumpulan kami mengisytiharkan bahawa kami telah membaca dan bersetuju mematuhi

peraturan dan syarat pertandingan.

- Keputusan panel hakim dan jawatankuasa penganjur adalah muktamad.

- Kami bertanggungjawab untuk menanggung semua kos yang terlibat dalam menyertai

pertandingan ini.

- Kami juga ingin mengisytiharkan bahawa produk rekaan kami adalah asli dan sekiranya

hal ini tidak berlaku kami bersedia untuk memulangkan semula anugerah dan hadiah

yang kami menangi kepada pihak penganjur.

Tarikh : ______________________

Tandatangan ketua kumpulan : __________________________________

( )

No Kad Pengenalan : _________________________________

Page 16: SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling

PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014

Borang penyertaan ini boleh dihantar ke alamat berkenaan:

Ketua Urusetia Pertandingan Rekacipta Inovasi Pertanian 2014,

Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan,

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan,

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,

Peti Surat 396 Jalan Nyabau,

97008 Bintulu, Sarawak.

No Telefon : 086 – 855217 / 019 – 9528984

No Fax : 086 – 855428

Laman blog : upmkbagrotechexhibition.blogspot.com

E-mail : [email protected]

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

Tarikh Terima Diterima Oleh Tandatangan


Top Related