tajuk projek: sistem lampu isyarat paparan...

8
TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN TUNGGAL UNTUK PARA PEMANDU YANG KURANG PENGLIHATAN WARNA KOD PROJEK: I-ECO/39 (UTEM-11) IPTA: UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. MUHAMMAD GHAZIE BIN ISMAIL AKADEMIA: ENGR. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM ENGR. RANJIT SINGH SARBAN SINGH ENGR. ZULKIFLI SHARIFF RAKAN INDUSTRI: INDUSTRONICS BERHAD BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 1 JUN 2011 30 MEI 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat Industronics Berhad salah sebuah pengeluar produk lampu isyarat bagi pasaran luar negara telah dipilih menjadi rakan industri dalam projek ini. Projek ini bertujuan untuk memindahkan ilmu dalam sistem paparan lampu isyarat untuk pemandu buta warna. Pemindahan ilmu ke atas sistem paparan lampu isyarat ini termasuklah pengesanan kerosakan, pengurusan bateri dan kuasa serta kawalan melalui SMS. Kawalan sistem yang diperkenalkan ini dibuat secara berperingkat dan dimulakan dengan proses integrasi dengan sistem lampu isyarat yang akan digunakan. Cetusan idea daripada ketua projek dan kerjasama dengan pihak industri telah membuahkan kejayaan projek ini. Pengkomersialan produk bagi menjana kewangan pihak universiti telah dapat dicapai menerusi projek ini, manakala kepada pihak industri pula ilmu yang dipindahkan telah dapat memberi manfaat kepada (R&D) syarikat bagi mencari idea yang boleh menjana keuntungan dan hasil pendapatan syarikat.

Upload: hoangkhanh

Post on 06-Feb-2018

311 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

TAJUK PROJEK:

SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN TUNGGAL UNTUK PARA PEMANDU YANG

KURANG PENGLIHATAN WARNA

KOD PROJEK:

I-ECO/39 (UTEM-11)

IPTA:

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. MUHAMMAD GHAZIE BIN ISMAIL

AKADEMIA:

ENGR. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM

ENGR. RANJIT SINGH SARBAN SINGH

ENGR. ZULKIFLI SHARIFF

RAKAN INDUSTRI:

INDUSTRONICS BERHAD

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL

PASTI

2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH:

1 JUN 2011 – 30 MEI 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat Industronics Berhad salah sebuah pengeluar produk lampu isyarat bagi pasaran luar negara telah dipilih menjadi rakan industri dalam projek ini. Projek ini bertujuan untuk memindahkan ilmu dalam sistem paparan lampu isyarat untuk pemandu buta warna. Pemindahan ilmu ke atas sistem paparan lampu isyarat ini termasuklah pengesanan kerosakan, pengurusan bateri dan kuasa serta kawalan melalui SMS. Kawalan sistem yang diperkenalkan ini dibuat secara berperingkat dan dimulakan dengan proses integrasi dengan sistem lampu isyarat yang akan digunakan. Cetusan idea daripada ketua projek dan kerjasama dengan pihak industri telah membuahkan kejayaan projek ini. Pengkomersialan produk bagi menjana kewangan pihak universiti telah dapat dicapai menerusi projek ini, manakala kepada pihak industri pula ilmu yang dipindahkan telah dapat memberi manfaat kepada (R&D) syarikat bagi mencari idea yang boleh menjana keuntungan dan hasil pendapatan syarikat.

Page 2: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk meningkatkan produk sistem dan teknologi lampu isyarat paparan tunggal melalui input industri.

2) Untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan kepakaran daripada UTEM kepada industri supaya industri dapat mengkomersialkan sistem lampu isyarat paparan tunggal.

3) Untuk bekerjasama dengan industri dalam pengurusan kakitangan, penggunaan peralatan, dan promosi terhadap produk berpotensi yang dihasilkan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

AKTIVITI

1) Menetapkan peraturan dan persetujuan oleh kedua-dua pihak. 2) Membuat kajian mengenai teknologi semasa sistem lampu isyarat

paparan tunggal. 3) Mereka bentuk spesifikasi sistem yang dikehendaki. 4) Mereka bentuk paparan LED dan fabrikasi bersama rakan industri. 5) Mereka bentuk papan pengawal dan fabrikasi bersama rakan industri.

a) Bahagian 1: Mereka bentuk papan antara muka (interface board) b) Bahagian 2: Membentuk pengawal komunikasi bersama-sama

dengan rakan industri. 6) Mereka bentuk fabrikasi mekanikal bersama-sama rakan industri. 7) Mereka bentuk sistem komunikasi dan fabrikasi. 8) Mengintegrasikan keseluruhan sistem dan membuat ujian bersama-

sama dengan rakan industri. 9) Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran.

OUTPUT

Industri: 1) Sistem lampu isyarat paparan tunggal telah berjaya dibangunkan. 2) Kos pengeluaran kepada industri dapat dikurangkan. Hal ini dapat

meningkatkan keuntungan syarikat hasil pengurangan kos operasi. 3) Industri memperoleh manfaat yang cukup besar dari segi program

pembangunan dan penyelidikan (R&D) di samping menjana keuntungan syarikat.

4) Penambahan produk baharu kepada syarikat.

IPTA: 1) Peluang menjadi lebih terbuka kepada kehendak industri untuk mereka

bentuk mengikut standard pasaran. 2) Pengetahuan yang lebih terperinci tentang peraturan-peraturan sistem

lampu isyarat.

Pembangunan Modal Insan:

Page 3: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

1) Graduan pelatih mendapat pendedahan tentang latihan, penyelidikan, pengurusan dan aktiviti promosi syarikat.

2) Graduan pelatih mendapat peluang mereka bentuk sistem lampu isyarat berdasarkan teknologi terkini.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2) Industronics Berhad

KEBERHASILAN

Industri: 1) Produk yang berdasarkan teknologi terbaharu di pasaran. 2) Kepercayaan IPTA terhadap industri untuk mempamerkan produk IPTA

dalam pasaran. 3) Manfaat bersama hasil daripada perkongsian pengalaman dan

kemahiran antara industri dan akademia.

IPTA: 1) Hubungan antara industri dan akademia semakin erat 2) Pengetahuan tentang piawaian mereka bentuk lampu isyarat mengikut

kehendak pasaran dan industri. 3) Kontrak penyelidikan dan pembangunan produk baharu oleh rakan

industri di UTEM.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman bekerja dalam industri. 2) Graduan pelatih mendapat ilmu daripada pihak IPTA dan industri yang

memberi kelebihan kepada mereka dalam dunia pekerjaan sebenar.

Page 4: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 5: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Industronics Berhad Tarikh Lawatan : 3 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UITM) 2) Dr. Ng Kim Soon (UTHM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 25%

B AKADEMIA (10%) 6% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 6% 8%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 23% 23%

MARKAH KESELURUHAN (%) 70% 72%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 71%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 6: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil daripada analisis penilaian yang telah dibuat berdasarkan laporan berkala, maklum balas dan panel penilai, projek ini telah dirombak semula kerana tidak mencapai objektif sasarannya. Perkara ini adalah kerana sistem paparan tunggal yang dicadangkan pada permulaan projek bercanggah dengan peraturan kerajaan tempatan. Oleh yang demikian, panel pakar berpendapat bahawa projek ini masih pada peringkat penyelidikan dan berada pada kategori merah.

Page 7: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

LAMPIRAN

Sistem Lampu Isyarat Paparan Tunggal yang telah direka bentuk

Lampu isyarat jenis LED yang digunakan dalam projek ini

Page 8: TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ISYARAT PAPARAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO39(UTEM-11).pdf · TAJUK PROJEK: SISTEM LAMPU ... Mereka bentuk fabrikasi mekanikal

Lawatan panel penilai ke Industronics Berhad

Integrasi pengujian terhadap sistem lampu isyarat paparan tunggal sentiasa dibuat dari semasa ke

semasa