syarah kitab futuhat al makiyyah

Download Syarah Kitab Futuhat Al Makiyyah

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Syarah Kitab Futuhat Al Makiyyah

    1/63

    pg. 1

    3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkan dengan

    jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya.Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan. (17:43). Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannyadalam ketulenan dan putusnya kekuatandan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan bagaimana atau yang seumpamanyaadalah petanda yang memberikan keputusan muktamadtentang kedudukan hamba dan pujiannyaketeguhan pengetahuan dan pengesahannyadan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan[Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal] Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yang di

    bumi, adalah Akal yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiada sebarangpengetahuan mengenai makhluk alam tinggi dan alam rendah tersembunyi daripadanya.Semuanya datang daripada kurniaan dan kemurahan-Nya, dan daripada penerangan-Nya,cahaya-Nya dan ketulenan limpahan-Nya. Akal mempelajari daripada Allah s.w.t dan iamengajar kepada diri. Diri yang belajar daripada Akal melahirkan tindakan. Ia meliputi sekalipengetahuan mengenai apa yang berhubungan dengan Akal , iaitu segala yang di bawahdaripadanya. Kita disempadani oleh apa yang di bawah daripadanya dalam hubunganpembelajaran yang dikatakan. Berhati-hati bila kamu fikirkan, ingatlah Allah s.w.t berfirman,sehingga Kami tahu 47:31) .Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.[melainkan dunia yang membingungkan]

    Ketahuilah bahawa dunia yang menipu-daya ini tidak mempelajari apa-apa daripada Akal Awdan Akal Awal tidak ada kuasa terhadap mereka yang dibingungkan oleh cinta dunia. Merekadan dunia yang membingungkan itu berada pada taraf yang sama, seperti individu-individuyang keluar daripada kawalan Kutub, walaupun Kutub itu sendiri adalah satu daripada individindividu. Tetapi Akal dipilih untuk menyampaikan sebagaimana Kutub dipilih bagi pengangkdi kalangan individu.[dan melainkan pengetahuan mengenai tauhid tajrid (pengasingan)] Prinsip pengajaran Akal kepada apa yang di bawahnya menjadi kenyataan pada semua, bahawtiap sesuatu ada perhubungan dengan pengetahuan Akal melainkan bagi tauhid tajrid (tauhidpengasingan). Kaedah tauhid tajrid berbeza daripada segala perkara yang diketahui dalamsemua hal, kerana dalam kaedah ini tidak ada sebarang hubungan di antara Allah s.a.w denganciptaan-Nya, walaupun jika hubungan itu digunakan pada hal tertentu sebagaimana yangdilakukan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali di dalam bukunya dan juga oleh beberapa oranglain. Itu adalah satu gaya penyampaian, dan ianya sangat berbeza daripada kebenaran.Hubungan apakah yang ada di antara sesuatu yang disempadani oleh masa dengan yangmelampaui masa. Atau bagaimanakah diadakan persamaan terhadap Dia yang tidak mungkinada persamaan, dengan sesuatu yang menerima persamaan. Ini adalah tidak mungkin seperti

  • 7/28/2019 Syarah Kitab Futuhat Al Makiyyah

    2/63

    pg. 2

    kata Abul- Abbas ibn al- Arif as-Sanhaji dalam Mahasin al-Majalis, Tidak ada perhubungan diantara Allah dengan hamba kecuali urusan. Di sana tidak ada asbab melainkan keputusan dantidak ada masa melainkan azali. Apa juga yang lain adalah kegelapan dan kekaburan yangmenipu daya. Satu kelainan mempunyai pengetahuan menggantikan kegelapan.Perhatikanlah betapa unggulnya perkataan ini dan betapa lengkapnya makrifat Allah ini danbetapa tulen musyahadahnya. Semoga Allah mengurniakan faedah kepada kita melaluiperkataannya.[Kelemahan akal dalam mencapai makrifat tentang Allah] Pengetahuan tentang Allah terlalu sukar bagi keupayaan yang ada pada akal dan diri untuk mengerti, melainkan sekadar pengakuan bahawa Dia wujud dan suci. Akal yang warasmengakui bahawa Allah berlainan daripada apa yang dikatakan tentang-Nya, baik dalam bentunyata atau khayalan, dalam apa juga anasir atau apa sahaja. Khayalan tidak sampai kepadakebenaran tentang-Nya. Ungkapan juga tidak mampu menerangkan hal-Nya sepertimenerangkan tentang makhluk. Ianya digunakan itu hanyalah untuk memudahkan pendengarmemahami akan keteguhan wujud menurut apa yang mampu diterima oleh pendengar, bukanuntuk mengemukakan yang sebenarnya tentang Yang Haq. Allah berfirman,

    Tiada sesuatu menyerup ai- Nya (47:19). Walau bagaimanapun, mengenal Allah adalah fardu bagi kita menurut peraturan Syariat keran Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w,Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (47:19) .Dia mengatakan, Kenalilah Aku melalui perkhabaran daripada-Ku, yang harmoni denganrenungan kamu supaya kepercayaanmu akan melahirkan pengetahuan yang benar, sepertiboleh jadi benarnya pengetahuan yang menimbulkan tidak percaya yang datang melaluikepastian. Jadi, keadaannya adalah demikian.Oleh kerana sebahagian orang berpandangan dan berpendapat demikian, kita renungkantentangnya untuk melihat bagaimana makrifat mengenai-Nya boleh dicapai. Kita kaji secara adan munasabah. Akal yang sempurna tidak berupaya mencapainya melalui usaha dan ikhtiaryang gigih. Kita hanya mencapai kepada makrifat mengenai-Nya melalui ketidakupayaan untumengenali-Nya. Sesuatu yang wujud yang tidak menyerupai sesuatu dan tidak boleh difikir dadikhayalkan, bagaimana mungkin akal menguasai perkara ini? Hal ini tidak boleh berlakusekalipun pengetahuan mengenai kewujudan-Nya diyakini sunguh-sungguh. Kita tahu bahawaDia wujud dan Esa pada Zat-Nya. Ini adalah pengetahuan yang dituntut daripada kita, bukanlakita mengetahui hakikat Zat-Nya yang Dia ketahui, yang Dia miliki. Ini adalah pengetahuantanpa pengetahuan, yang dituntut daripada kita. Dia tidak menyerupai sebarang makhluk dalapandangan akal, dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya. Ia menjadi fardu kepada kitaapabila dikatakan kepada kita, Ketahuilah tiada Tuhan melainkan Allah untuk mengetahuiapakah pengetahuan itu. Kita mempelajarinya dan kita mempelajari apa yang mula-muladifardukan kepada kita untuk mengetahui apakah pengetahuan itu.

    [Induk kepada tuntutan ilmu pengetahuan] Ada empat hujah ilmu:iakah?, apakah?, bagaimanakah?, mengapakah?. Ia? dan mengapa? adalah tuntutan kerohanian yang satu disusuli oleh apakah ianya. Ia? dan mengapa? adalahdua sumber bagi anasir yang mudah sementara apakah ianya? adalah sesuatu yang bolehdikatakan kompleks. Tuntutan yang empat ini tidak boleh ditanyakan tentang Allah, sesuaidengan kenyataan kerana ianya tidak benar bahawa sebarang pengetahuan tauhid boleh

  • 7/28/2019 Syarah Kitab Futuhat Al Makiyyah

    3/63

    pg. 3

    diketahui melainkan melalui penafian pada apa yang wujud kecuali Dia. Oleh itu Diamengatakan,Tiada sesuatu menyerupai - Nya(41:11) danMaha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang mereka sifatkan(37:180). [Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah] Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah. Begitu juga kita tidak dibenarkan bertanya bagaimana mengenai roh. Ianya adalah terlalu seni untuk dipersoalkandan hakikatnya berlainan daripada apa yang diucapkan. Alat bagi pertanyaan yang tidak dapatdiajukan kepada roh, tidak boleh juga diajukan kepada Allah. Yang Haq tidak mampu diketahmelalui tuntutan-tuntutan ini.[Yang kelihatan melalui zat dirinya, yang kelihatan melalui perbuatannya dan yangtidak kelihatan sama sekali] Jika kita pandang kepada yang selain Allah kita akan temui dua kategori. Kategori pertamaadalah yang kelihatan melalui zat dirinya, iaitu sesuatu yang padat dan boleh dicapai olehpancaindera. Keduanya adalah yang kelihatan melalui tindakannya, iaitu sesuatu yang seni dadapat ditangkap oleh akal. Yang dapat ditangkap oleh akal lebih tinggi daripada yang dapatditangkap oleh pancaindera: zatnya terlalu seni untuk menjadikan dirinya kelihatan, tetapitindakannya ada kenyataan. Keadaan ini adalah keadaan makhluk, Allah bukan makhluk. Diaterlalu murni untuk disaksikan Zat-Nya seperti kategori pancaindera, ataupun tindakan-Nyauntuk disamakan dengan kategori seni, kerana tidak ada hubungan langsung di antara-Nyadengan makhluk ciptaan-Nya. Zat-Nya tidak kelihatan kepada kita untuk menjadikan-Nyaseperti makhluk yang dapat ditangkap oleh pancaindera, tidak juga perbuatan-Nya untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat ditangkap oleh akal. Perbuatan Yang Haq adalahpermulaan kepada sesuatu bukan daripada sesuatu. Makhluk rohani yang seni memperolehisesuatu daripada sesuatu. Jadi, apakah hubungan keduanya? Bila hubungan tidak mungkinpada perbuatan, maka semestinya juga tidak mungkin pada zat.Jika kamu berhasrat untuk mencapai sebahagian daripada kesedaran dalam tahap ini,perhatikan kepada kesan tindakan menurut tahap kesan-kesan tersebut, misalnya kesan kerja-tangan seperti baju dan kerusi. Kita dapati tukang itu tidak dikenali melainkan dia sendirimemberi gambaran akan kewujudannya dan ilmunya mengenai kerja-tangannya. Begitu jugadengan kesan pembentukan makhluk cakerawala dan bintang-bintang yang tidak mengenalipenggubahnya dan yang membentuknya. Ia adalah Diri Universal yang melingkungi mereka.Begitu juga dengan kesan semulajadi seperti penghasilan bahan logam, tumbuh-tumbuhandan haiwan, yang memberi kesan semulajadi yang menjadi sebahagian daripada kesanpembentukan makhluk. Tetapi mereka tidak dapat mengongkong sesuatu yang bertindak bagimereka, iaitu cakerawala dan bintang-bintang.

    Jadi, pengetahuan mengenai cakerawala bukanlah apa yang kamu lihat pada jisimnya danbukan apa yang kamu saksikan mengenai mereka. Di manakah jisim matahari dalam hubungadengan dirinya sendiri pada pandangan kita yang melihatnya? Pengetahuan mengenaicakerawala datang daripada roh dan tujuannya yang Allah bawakan kepada kewujudandaripada Diri Universal yang meliputi, yang menjadi asbab bagi cakerawala dan apa yangterkandung di dalamnya.