syarah belerang merah

15
SYARAH BELERANG MERAH  Mukadimah مر ا نر ا  ا م    د  ی   ا ی و نظ ا ی إ نواد   و ن  ةا و ن ا ب ر   د ا ا د ا ن ٲ  و  ا ی ر    م  SYARAH Birhatiah ini telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu berdasarkan teks asalnya yang berbahasa Arab dari kitab Manbaul Usul Al-hikmah karangan Syeikh Ahmad Bin Ali  Albuni. Terdetik dalam hati saya untuk menterje mahkan syarah ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan memudahkan rakan-rakan penuntut dan para pembaca agar dapat memahaminya dengan lebih mudah dan betul. Walaupun saya bukanlah orang yang mahir dalam Bahasa Arab dan penterjemahan, namun dengan pertolongan Allah Taala, dapatlah saya usahakan sedikit sebanyak dengan pengetahuan dan ilmu yang saya ada ini untuk menterjemahkannya dengan sebaik mungkin walaupun tidak dengan secara keseluruhannya. Saya berharap dengan adanya maklumat ini, dapatlah kita sama-sama membongkar dan menghidupkan kembali ilmu hikmah yang telah dipusakakan oleh ulama-ulama silam dahulu. Kita perlu sedar, ini hanyalah secebis daripada keluasan ilmu para alim ulama dahulu yang dapat dikesan. Maka alangkah baiknya jika pusaka mereka dapat kita amal dan memanfaatkannya dalam kehidupan kita seharian agar jiwa kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadat dan menimba ilmu pengetahuan. مر ا نر ا  ا م  د  ی   ا ی و نظ ا ی إ ناود و ن  ةا و ن ا ب ر د ا  ا  ا د ن ٲ  و  ا ی ر    م  KETAHUILAH wahai sekelian penuntut, mudah-mudahan Allah SWT menolong kita dengan semangat dan kekuatan daripadaNya. Bahawasanya Isim-isim Birhatiah ini adalah merupakan qosam atau sumpah yang telah digunakan semenjak zaman dahulu kala. Orang-orang pada zaman dahulu menamakan Isim Birhatiah ini dengan pelbagai nama, antaranya ialah Perjanjian Purba, Misaq Besar, Rahsia Terpelihara, Gedung Yang Tersimpan dan Kibrit Merah (belerang merah). Isim-isim ini telah pun diguna dan dibahas bicara oleh ahli-ahli hikmah yang terawal, kemudian oleh Nabi Sulaiman alaihissalam, selepas itu pula oleh wazirnya Ashif Bin Barkhiya, seterusnya oleh Hakim Qolafthirius dan murid-muridnya sehinggalah sampai ke zaman kita sekarang ini.

Upload: jamil-abdullah

Post on 14-Apr-2018

377 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 1/15

SYARAH BELERANG MERAH

 Mukadimah 

ارم ارن

 ا  م

 د ی ا یو نظا یإ ناود و ن ةاو نا بر  داا دم  ری ا و ٲنا  

SYARAH Birhatiah ini telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu berdasarkan teks asalnyayang berbahasa Arab dari kitab Manbaul Usul Al-hikmah karangan Syeikh Ahmad Bin Ali

 Albuni. Terdetik dalam hati saya untuk menterjemahkan syarah ini dengan tujuan untukberkongsi pengetahuan dan memudahkan rakan-rakan penuntut dan para pembaca agar dapat memahaminya dengan lebih mudah dan betul. Walaupun saya bukanlah orang yang

mahir dalam Bahasa Arab dan penterjemahan, namun dengan pertolongan Allah Taala,dapatlah saya usahakan sedikit sebanyak dengan pengetahuan dan ilmu yang saya ada iniuntuk menterjemahkannya dengan sebaik mungkin walaupun tidak dengan secarakeseluruhannya.Saya berharap dengan adanya maklumat ini, dapatlah kita sama-sama membongkar danmenghidupkan kembali ilmu hikmah yang telah dipusakakan oleh ulama-ulama silamdahulu. Kita perlu sedar, ini hanyalah secebis daripada keluasan ilmu para alim ulamadahulu yang dapat dikesan. Maka alangkah baiknya jika pusaka mereka dapat kita amaldan memanfaatkannya dalam kehidupan kita seharian agar jiwa kita lebih bersemangatuntuk melakukan ibadat dan menimba ilmu pengetahuan.

 م ا ارن ارمد ی ا یو نظا یإ ناودو ن ةاو نا بر دا 

م  ری ا و ٲند ا ا  

KETAHUILAH wahai sekelian penuntut, mudah-mudahan Allah SWT menolong kita dengansemangat dan kekuatan daripadaNya. Bahawasanya Isim-isim Birhatiah ini adalahmerupakan qosam atau sumpah yang telah digunakan semenjak zaman dahulu kala.Orang-orang pada zaman dahulu menamakan Isim Birhatiah ini dengan pelbagai nama,

antaranya ialah Perjanjian Purba, Misaq Besar, Rahsia Terpelihara, Gedung YangTersimpan dan Kibrit Merah (belerang merah).Isim-isim ini telah pun diguna dan dibahas bicara oleh ahli-ahli hikmah yang terawal,kemudian oleh Nabi Sulaiman alaihissalam, selepas itu pula oleh wazirnya Ashif BinBarkhiya, seterusnya oleh Hakim Qolafthirius dan murid-muridnya sehinggalah sampai kezaman kita sekarang ini.

Page 2: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 2/15

Isim Birhatiah ini merupakan suatu qosam yang besar, dimana ianya tidak akan disalahioleh malakun dan tidak akan diderhakai oleh jin, ifrit, marid dan syaitan. Oleh itu, mana-mana penuntut (ilmu hikmat dan kerohanian) yang belum lagi memiliki atau mempelajariilmu ini, maka mengetahui dan mempelajarinya adalah lebih utama.Ringkasnya, semua isim-isim ini adalah merupakan qosam yang jalil, besar urusangunanya, banyak berkat dan petunjuknya. Jika kita sudah memilikinya maka sudahmemadailah, tidak perlu lagi kepada azimat dan qosam-qosam yang lain. Ilmu ini digunakanuntuk menurunkan Amlak, mendatangkan orang yang hilang, memohon apa-apa bantuandan pertolongan dan pelbagai lagi kelebihannya, samaada untuk kebaikan atau kejahatan.Kerana Asma Birhatiah ini adalah merupakan penghulu atau kepala kepada ilmu-ilmukerohanian dan asas-asasnya. Barangsiapa yang mengetahuinya maka dia tidak perlu lagikepada yang lainnya. Ilmu ini mempunyai 28 isim berdasarkan bilangan huruf hijaiyyah.Dan bagi setiap isim ada satu huruf.

Riwayat kaifiat membaca Asma Birhatiah

 Ada banyak riwayat tentang kaifiat membaca qosam/asma Birhatiah ini, dan riwayat yangpaling sahih ialah dari Al-Imam Syamsuddin Al-Bahansawi. Riwayatnya adalah merupakanriwayat yang telah diittifak pada zaman dahulu oleh Nabi Sulaiman Alaihissalam, Ashif binBarkhiya dan kebanyakan Ulama.Kaifiat ini sah dan telah terbuka rahsia-rahsianya kepada kami dan telah kami lihatkeberkatan, manafaat dan anwar-anwarnya. Berikut adalah riwayatnya :

 م ا ارن ارمھرررناروطلزلزبر  ظرنووطشرھش  ووھرزأارھ  وھدرھھرھط  روطوشرش  

أ  إ كز ج دورو ھ د لوٲ لوط شط  ق ماذ   س ن ن مھرأو م 

وھواء   ار ٭

Kaifiat Amalan• Hendaklah berpuasa 7 hari, isilah waktu berpuasa ini dengan riyadhah yang sempurna. • Hendaklah berbuka dengan roti yang tidak bergaram. • Hendaklah ditulis 28 isim ini setiap hari pada pinggan putih dengan menggunakan dakwatzakfaran yang dicampur dengan misik dan air mawar. Larutkan tulisan dengan air yangbersih dan minumlah airnya pada waktu pagi.

Page 3: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 3/15

• Bacalah Asma Birhatiah ini selepas solat fardhu lima waktu sebanyak 45 kali. • Hendaklah memasang setanggi yang harum tiap-tiap hari• Jika genaplah seminggu ini dengan sempurna amalan dan mengikut kaifiatnya, makaberhaklah kita menggunakannya dengan apa yang kita kehendaki.Insya-Allah makbul.

1. Isim Pertama (  ” ) “ BirhatihinرھهWazannya ialah (ه) “tif -alihin”. Huruf Ba berbaris di bawah, Ra bertanda mati, Haberbaris atas, Ta berbaris bawah, Ya tandanya mati dan Ha berbaris dua di bawah.Demikianlah semua isim-isim yang lain, huruf akhirnya berbaris dua di bawah. Dan baginyaialah huruf alif.Makna nya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus, ada pendapat lain mengatakan maknanyaSubbuhun.Khasiatnya :

• Perempuan yang susah beranak Tulislah isim ini pada pinggan putih sebanyak 35 kali, dan larutkan tulisan itu dengan air.Beri minum insya-Allah mudah beranak.• Meluaskan rezeki Bacalah isim ini sebanyak seratus kali tiap-tiap hari selama 40 hari, insya-Allah akanterbuka pintu kekayaan kepadanya.• Menguatkan ingatan Tulis isim ini pada tapak tangan kanan sebanyak 7 kali pada waktu pagi, kemudian di jilathingga hilang tulisan itu. Insya-Allah kuat ingatannya.

2. Isim kedua (  ” ) “ KaririnررWazannya ialah (ل) “fa-ilin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ra berbaris di bawah, huruf Ya tandanya sukun dan huruf Ra terakhir berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah huruf Ba.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah:  ل ء اه (tuhan bagi tiap-tiap sesuatu) dan adapendapat lain dengan makna Ya Allah.Khasiatnya :• Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkannya 100 kali pada setiap malam,insya-Allah dia akan dapat melihat jin dengan mata kepalanya. Kemungkinan jin itu akan

menjadi khadamnya.• Jika Isim ini ditulis pada kertas sebanyak 11 kali dan diletakkan di dalam tempatperniagaan, kedai, peti simpanan harta dan lain-lain, insya-Allah tidak akan dicuri.• Sakit MataTulis Isim ini pada pinggan dan larutkan tulisan ini dengan air yang bersih. Titik air ini kedalam mata yang sakit sebanyak 17 titik selama 3 hari, insya-Allah akan segera sembuh.• Pengasih 

Page 4: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 4/15

Tulislah isim ( Birhatiihin, Karirin) pada sebarang makanan dengan air liur, Sesiapa yangmakan makanan itu, akan timbul lah perasaan kasih sayang dalam hatinya insya-Allah. Jikadibaca pada minuman pun akan terhasil juga kasih sayang.• Cepat dipinang orang Ukirlah kedua-dua Isim ini pada cincin dan diberi pakai kepada anak dara yang belumdipinang, InsyaAllah akan segera mendapat pinangan.• Pelaris Jika kedua-dua Isim ini ditulis pada barang yang tidak laku dijual, insya-Allah akan segeradibeli dan akan mendapat keuntungan yang banyak.

3. Isim Ketiga (  ) “ Tatlihin ” Wazannya ialah (ل) “taf -ilin”. Huruf Ta berbaris di atas, Huruf Ta kedua bertanda sukun,huruf Lam berbaris di bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah. Baginyaialah huruf Jim.

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus Al-Qaadir, ada pendapat lain denganmakna Subbuhun Quddusun, Al-Khabir dan Mujir Khasiatnya :• Kaya Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 70 kali,insya-Allah akan mendapat rezeki, kekayaan dan kehidupan yang baik.• Pendamai Jika berlaku salah faham di antara suami dan isterinya, maka tulislah Isim ini sebanyak 70kali pada kulit kijang dengan menggunakan misik dan zakfaran. Pakailah kulit kijang itudiatas kepalanya, insya-Allah akan segera berdamailah keduanya.• Penunduk Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkan Isim (BIRHATIIHIN, KARIRIN,TATLIIHIN) insya-Allah akan tunduk kepadanya arwah-arwah alam tinggi dan rendah.

4. Isim keempat (  ” ) “ ThuraninطورانWazannya ialah (ن) “fu’lanin”. Huruf Tho’ berbaris hadapan, huruf Wau tandanya sukun,huruf Ra berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Nun berbaris dua di bawah.Baginya ialahhuruf Dal.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Hayyu, ada pendapat lain dengan makna Ya

Muhyi.Khasiatnya :• Pendinding Sebagai pendinding, hendaklah ditulis isim ini sebanyak 5 kali bersama dengan 4 ayatterakhir surah Al-Hasyr, 3 kali huruf ha (ھ ) dan tujuh kali huruf Hamzah (ء). Tulisan inidijadikan sebagai azimat dan dipakai. Insya-Allah selamat dari sebarang kejahatan jin danmanusia atau dari kezaliman pembesar-pembesar kerajaan/orang berpangkat.

Page 5: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 5/15

• Panah malam Barangsiapa yang menuju isim ini kepada orang yang zalim di setiap malam denganmembacanya sebanyak 1000 kali dan mewakilkannya dengan kecelakaan pada setiap 100kali bacaan. Tidak sampai 3 malam orang itu akan ditimpa kecelakaan.• Melepaskan orang yang dipenjara Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 21 kali pada sekeping roti (spt : rotitempayan), setelah siap ditulis roti itu diberi kepada orang yang dimaksudkan. Roti ituhendaklah dibahagi empat, dan makan satu bahagian sehari. Ini bererti roti tersebutdihabiskan dalam masa 4 hari. Insya-Allah Allah akan mempermudahkan jalan keluarnya.• Masuk hantu/disihir. Caranya dengan menulis ( BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN, THURANIN ) padasekeping kertas dan kalungkan kepada orang yang dirasuk hantu, insya-Allah dia akansedarkan diri dan terbakarlah hantu/jin yang merasuk itu. Jika dia disihir, insya-Allah akanterbatallah sihir itu dengan kuasa Allah Taala.

5. Isim kelima (  ” ) “ MazjalinزلWazannya ialah (ل) “maf -alin”. Huruf Mim berbaris atas, Huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim berbaris atas dan huruf Lam berbaris dua di bawah, baginya ialah huruf Ha (ھ).Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Qayyum, ada pendapat lain dengan makna YaQoimu (مء )Khasiatnya :• Perempuan mandul Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 7 kali bersama dengan 8 asma’ Althohathilpada cawan atau pinggan. Tulisan itu hendaklah dilarutkan dengan air dan diberi minumkepada perempuan yang mandul sebanyak 7 kali minum selama 7 hari. InsyaAllah dia akanhamil.Dan inilah 8 asma’ Althohathil itu : 

( ططل ططل ططل ططل ططل ططس ططل ل )• Pangkat besar  Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 50 kali, insya-Allah akan terampundosa-dosanya, akan dapat menzirahi maqam Baginda Rasulullah SAW sebelum sampaiajalnya, akan mencapai martabat yang besar dan dikasihi siapa yang melihatnya.

6.Isim keenam (  ” ) “ BazjalinزلWazannya sama dhobit dengan isim sebelumnya. Huruf Ba berbaris atas, huruf Zaitandanya sukun, huruf Jim baris diatas dan huruf Lam berbaris dua di bawah. Baginya ialahhuruf Wau.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Wadud. Ada empat lagi pendapat lain denganmakna Ya-Allah, Ya-Qoohir, Ya-Ahad dan Ya-Wahid.Khasiatnya :

Page 6: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 6/15

• Tunai Hajat Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas merah. Waktu menulisnya ialah sebelumterbit matahari hari khamis dan sebelum bercakap-cakap dengan sesiapa. Pergi ke tepipantai dan pohonlah hajat itu kepada Allah Taala. Setelah hajat disebutkan, maka kertasmerah itu dicampakkan ke dalam laut. Insya-Allah hajat kita akan ditunaikan pada hariJumaatnya.• Membatalkan sihir  

 Ambil sedikit air yang telah dicampur dengan tiga biji garam. Kemudian bacalah pada air itu( زل زل ) sebanyak 66 kali. Berikan air itu kepada mangsa sihir untuk dibuat air tawar dan mandian. Insya-Allah akan hilanglah sihir itu dan terhurailah ikatan-ikatannya.• Kejayaan Barangsiapa yang membaca kedua-dua isim ini ketika melaksanakan sesuatu urusan ataukerja, insya-Allah akan cepat mendapat kejayaan.

7. Isim ketujuh (  ” ) “ TarqobinربWazannya ialah (ل) “taf -alin”. Huruf Ta berbaris atas, huruf Ra tandanya sukun, Qafnyaberbaris atas dan huruf Ba berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Zai.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Salam.Khasiatnya :• Pelaris Caranya ialah dengan menulis isim ini pada sekeping kertas berserta dengan Firman Allah :

رز  لد زر ھد دو بارا   dan bersama wifiq ini :

٥١١ ٥ ٧ ٢١١ ٢١١ ٥١١ ٥ ٧ ٧ ٢١١ ٥١١ ٥ ٥ ٧ ٢١١ ٥١١ 

Setelah siap, hendaklah diasapkan dengan kayu gaharu. Kemudian gantunglah di kedaiatau tempat perniagaan. Insya-Allah akan ramailah pelanggan yang datang.

8. Isim kelapan (  ” ) “BarhasyinرھشWazannya ialah (ل) “taf -alin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf Haberbaris atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf ha (ح). Maknanyadalam Bahasa Arab ialah ( أ ا دك  ), pendapat lain dengan makna Ya-Muqtadir. Isimini merupakan tasbih Malaikat Mikail alaihissalam.Khasiatnya :• Supaya musuh/penjahat ditimpa sakit 

Page 7: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 7/15

Takutlah kamu kepada Allah, Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 11 kali padakertas kuning. Tulis bersamanya Thilsam ini:(tak dapat dimasukkan )Waktu menulisnya ialah pada akhir bulan Ramadhan. Setelah siap ditulis hendaklahdiasapkan dengan kayu cendana. Kemudian gantunglah pada pokok tamar/kelapa yangkuning mayangnya dengan nama musuh kita itu. Maka akan bertambahlah sakitnya danberkemungkinan akan membawa maut.• Menyeru orang dari jarak jauh Bacalah (  رھش ) sebanyak 1209 kali. Setiap kali cukup bacaannya seratus kaliربhendaklah diwakilkan dengan menyeru nama orang yang kita kehendaki itu supaya datangdengan segera.Khadam bagi kedua-dua isim ini ialah Zahroyiilin (لارز) dan Syithoyiilin (ل  ط ).Bukhur untuk kedua khadam ini ialah gaharu dan liban zakar. Waktu membacanya ialahtengah malam.

9. Isim kesembilan (ش ) “Ghalmasyin” Wazannya juga (ل). Huruf Gha berbaris atas. Lamnya sukun, Mim berbaris atas danhuruf Syin berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf Tho (ط).Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Hamidu Ya-Majidu.Khasiatnya :• Supaya hajat kita ditunai orangBacalah isim ini setiap malam sebanyak 300 kali secara riadhah dan berpuasa. Tiap kalibacaan cukup 100 kali, baca pula : Tawakkalu ya khuddamu hazal ismi fi shifati (fulan) ila(fulan),Wa amaruh (sebut hajat /perintah kita itu ). Insya-Allah hajat kita akan ditunaikandalam masa tiga hari.• Mengusir Jin Caranya ialah dengan membaca isim ini sebanyak 1370 kali di tempat yang ada jin itu.Semasa membaca isim ini pasanglah setanggi daripada Barnuf (فور). Insya-Allah jinakan segera keluar dari tempat itu. Jikalau kita mahu jin itu kembali semula ketempatasalnya, Maka pasanglah setanggi kayu gaharu yang telah direndam dengan air mawar danbacalah isim ini dengan cara terbalik : (syamlaghin), kemudian baca pula : Bihaqqihazal ismi ayyatuhal malaikatu ikzinu liljaani an yarji’u ila amakinihim wa ila ma wakkalu

alaihi, barakallahu fikum wa alaikum.

10. Isim kesepuluh (رطو) “Khuthirin” Wazannya ialah (لو) “fu-ilin”. Huruf Kha berbaris hadapan, huruf Wau bertanda sukun,huruf Tho berbaris bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Adapendapat lain mengatakan huruf Kha itu berbaris atas. Yang paling sahih ialah barishadapan. Baginya ialah huruf Ya.

Page 8: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 8/15

Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qawiyyu, ada pendapat lain dengan makna Ya-Matin, Ya-Alim dan Ya-Hakim.Khasiatnya :• Supaya anak kecil tidak diganggu Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas bersama Surah

 At-thariq dengan diceraikan huruf-hurufnya. Kalungkan tulisan ini pada anak kecil insya- Allah selamat dari gangguan jin dan qarin.• Penerang hati 

 Amalkan membaca isim ini setiap hari sebanyak 70 kali, insya-Allah kuat ingatannya danterpancarlah hikmah dari hatinya.• Hebat memanah dan bermain pedang Pakailah cincin yang diukir asma ini ( زل رب رھش ش وطزل ) insya-Allahakan mendapat kekuatan dan melebihi dengan orang yang setanding dengannya.• Memagar rumah dari anjing 

Tulis asma yang tersebut pada kulit serigala yang telah disamak. Kemudian tanamlah kulittersebut di bawah tangga rumah, di pintu masuk kampung atau bandar, insya-Allah anjingtidak akan masuk selama mana kulit itu tertanam.• Pengasih Baca Asma tersebut sebanyak 7 kali bersama dengan nama orang yang dikehendaki itupada sebiji buah epal. Kemudian berilah buah itu kepadanya, insya-Allah akan teguh dantetap lah perasaan kasih nya kepada kita.• Dipandang hebat Jika seorang raja mahu dipandang hebat oleh tentera-tenteranya, Maka tulislah asmatersebut pada kertas emas yang bersih dan dipakainya, insya-Allah.

11. Isim kesebelas (  ” ) “QolnahudinودWazannya (تور) “Hadramautin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Lam sukun, huruf Nunberbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan , huruf Wau sukun dan huruf Dal berbaris dua dibawah. Baginya ialah huruf kaf.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Matin. Pendapat lain dengan makna Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-Mughni dan Ya-Muhith.Khasiatnya :• Kerasukan atau sawan 

Bacalah isim ini kepada orang yang dirasuk jin atau sawan sebanyak 20 kali denganmemasang bukhur kulit anbar, jawi dan liban. Insya-Allah ia akan bercakap-cakap danmemberitahu kita perkara yang menimpanya. Jika jin itu tidak mahu keluar dari tubuhbadannya, maka bacalah kesemua Asma Birhatiah ini sebanyak 7 kali, insya-Allah jin ituakan segera keluar. Setelah jin keluar dari badannya maka hendaklah dia sentiasamengamalkan doa-doa pelindung supaya jin itu tidak lagi kembali menggangunya.

Page 9: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 9/15

12. Isim kedua belas (  ”) “BarsyaninرنWazannya (  ) “rahmanin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, hurufرنSyin berbaris atas, Alif nya sukun dan huruf Nun berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf lam.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith. Pendapat lain dengan makna Ya-Allah Ya-

 Aziz.Khasiatnya :• Menunaikan hajat Tulis isim ini dan Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( در ) dan dipakai ketikahendak melaksanakan sesuatu hajat, insya-Allah hajatnya akan ditunaikan.• Mengetahui khabar -khabar dari alam arwahJika kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam arwah, maka hendaklah dia membaca“Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang bukhur liban zakar dan meminta arwah supayahadir, insya-Allah dia akan hadir dan akan bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang

kita hendak tahu itu.

13. Isim ketiga belas ( ظ ) “Kazhirin” Wazannya (مر) “takrimin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Zho bertanda mati, huruf Haberbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginyaialah huruf Mim.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ya-Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini merupakan tasbih Nabi Yunus alaihissalam.Khasiatnya :• Selamat dari kecurian, rompakan dan kebakaran Ukirlah isim ini dalam bentuk yang berikut pada sekeping tembaga dan gantunglah di dalamrumah insya-Allah akan terpelihara dari pencuri, perompak dan kebakaran.

 ر ي ھ ظ ک ک ر ي ھ ظ ظ ک ر ي ھ ھ ظ ک ر ي ي ھ ظ ک ر

• Menyakitkan Jin yang degil Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang merasuk merasa sakit dan segera keluar dari tubuh badan.

14. Isim keempat belas ( و ) “Namusyalakhin” 

Page 10: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 10/15

Wazannya ( , ) “banuqamarin”. Huruf Nun berbaris atas, huruf Mim berbaris hadapanورhuruf Wau bertanda sukun, huruf Syin barisnya atas, huruf Lam berbaris atas dan huruf khaberbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Nun.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain dengan makna Ya-

 Allah Ya-Hu.

Khasiatnya :• Lepas dari penjara Jika orang yang dipenjara sentiasa membacanya insya-Allah akan dilepaskan oleh AllahTaala.• Menghentikan darahTulis Asma ini pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu, insya-Allah akan berhentidengan segera (Qolnahudin, Barsyanin, Kazhirin, Namusyalakhin).

15. Isim kelima belas ( وھر) “Barhayula” Wazannya ( و ) “fai-alula”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra sukun, huruf Ha berbarisatas, huruf Ya berbaris hadapan, Wau nya sukun dan Lam berbaris atas. Baginya ialahhuruf Sin.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan makna Ana Allah

 Amanal Khoifin.Isim ini merupakan tasbih Nabi Ibrahim alaihissalam.Khasiatnya :• Melihat sesuatu dalam tidur  Untuk melihat sesuatu dalam tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat dengan 3 salam. Setelahsudah sembahyang, tulislah isim ini sebanyak 7 kali pada tapak tangan kanan danmembaca :( ( .ووا دام ھذا ام ارف وأرو ذا وذاdan tidurlah dengan mengiring ke kanan, insya-Allah dia akan dapat melihat dengan jelasperkara yang dia hendak tahu itu.

16. Isim keenam belas (  ) “Basykailakhin” Wazannya (ل) “maf -ailalin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Syin sukun, huruf Kaf berbarisatas, huruf Ya sukun, huruf Lam berbaris atas dan huruf Kha berbaris dua di bawah.

Baginya ialah huruf Ain.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Mukminun

Khasiatnya :• Melepaskan kesusahan

Page 11: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 11/15

Jika kita berada dalam kesusahan, dukacita dan dibebani masalah hutang, maka bacalahisim ini tiap-tiap malam sebanyak 70 kali insyaAllah akan mendapat pertolongan dari AllahTaala.• Ubat sakit mata Tulis isim ini sebanyak 7 kali pada hari Isnin di sekeping kertas dan juga bait-bait berikut.Kemudian pakaikan kepada orang yang sakit mata insyaAllah akan segera sembuh :

( ا ه ذإ ه ذا  ٭  ذأ بو يرظ ا )( (ص وف إذ ء ار ه ٭ ق وب ذھب أ ارد

17. Isim ketujuh belas (  ”) “ QazmazinززWazannya ialah (د) “maq-adin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Zai bertanda sukun, huruf Mim berbaris atas dan huruf Zai berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Fa.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhaimin. Isim ini merupakan tasbih Nabi Isa

alaihissalam.Khasiatnya :• Duit barakah Tulis isim ini dan wifik di bawah pada secarik kain sutera biru dan masukkan ke dalamkantung / karung bersama duit yang tidak dikira jumlahnya. Kemudian gantunglah kantungitu pada dahan pokok berduri dan diasapkan dengan anbar dan misik. Bacalah qosam inipada kantung itu dengan sempurna pada malam jumaat sebanyak 100 kali. Insya-Allahturunlah barakah pada kantung itu dan tidak akan habis duitnya dengan izin Allah.

٥١ 8١ ٥١١١ ٥١١١ ٥١ 8١ 8١ ٥١١١ ٥١ 

• Melepaskan diri daripada musuh Supaya selamat dari kejahatan musuh seteru, maka banyakkanlah membaca( Basykailakhin, Qozmazin)

18. Isim kelapanbelas (  ”) “ An-gholalitinأطWazannya ( ) “ Aqtoa zibin”. Huruf Hamzahnya ber baris atas, huruf Nun bertandaأط ذب

sukun, huruf Ghain berbaris atas, huruf Lam berbaris atas, Lam kedua berbaris bawah,huruf Ya bertanda sukun dan huruf Tho berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Shod.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Azhimu Ya-Hakim. Pendapat lain dengan maknaYa-Hakim Ya-Khobir Ya-Lathif dan Arrahman Arrahim.Khasiatnya :• Memindah / menghalau orang zalim 

Page 12: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 12/15

Jika kita hendak memindahkan orang zalim atau jahat dari rumahnya, maka tulislah isim inidengan surah Al-fiil pada sekeping tembikar yang pecah. Kemudian lumatkan menjadidebu. Lontarkan debu ini ke arah rumah si zalim itu, insya-Allah akan segera berpindah.• Memadamkan api Barangsiapa yang banyak membaca isim ini dengan niat hendak memadamkan api, insya-

 Allah api itu akan terpadam.

19. Isim kesembilan belas (  ” ) “ QobaratinراتWazannya ialah ( ,) “ Rohamatin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Ba barisnya di atasرتpendapat kedua dengan huruf Ba bertanda sukun, huruf Ra berbaris atas, Alifnya sukundan huruf Ta berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Qaf.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Aziz. Pendapat kedua dengan makna Ya-Baqi.Khasiatnya :• Menjauhkan penyakit taun dan seteru 

Tulislah isim ini dengan firman Allah :( .) lalu memakainya insya-Allah selamat dari taun dan seteruوم ك دك• Melihat perkara yang baik Barangsiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh setiap hari sebanyak 60kali, insya-Allah dia tidak akan melihat akan perkara yang dibencinya selama-lamanya.

20. Isim kedua puluh ( ھ) “Ghoyaha” Wazannya ialah (ھ) “hayaha”. Huruf Ghain dan Ya berbaris atas, Alifnya sukun danhuruf Ha berbaris. Baginya ialah huruf Ra.Maknanya dalam Arab ialah Ya- Karim, Ya-Qahar.

21. Isim kedua puluh satu ( وھد) “Kaidahula” Wazannya ialah ( و  ) “fai-alula”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya bertanda sukun,huruf Dal berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Lamberbaris atas. Baginya ialah huruf Syin.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( اوھرھا ), pendapat lain dengan makna Ya-QadimYa-Qohir Khasiatnya :• Menghapuskan sihir  

Tulislah isim ini sebanyak 100 kali berserta dengan ayat :

( ا…وٲق   ك ف وا )( ا…ل وى ئم ه ار )

dengan huruf yang bercerai-cerai di sekeliling wifik di bawah. Pakaikan tulisan ini padaorang yang kena sihir, insya-Allah batallah sihir itu.( wifik tak dapat di masukkan)

Page 13: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 13/15

 • Al-wusul AttamiBarangsiapa yang ingin sampai kepada kesempurnaan sepertimana yang telah dicapai oleh

 Assadatul Akhyar, maka hendaklah dia melakukan khalwat dengan betul-betul sempurnasyarat-syaratnya. Banyakkanlah berzikir dengan ( وھد  ھ). Setiap kali genap seratuskali bacaannya, bacalah pula Isim-isim Attijani sekali. Insya-Allah ia akan mencapai apayang dikehendakinya.

22. Isim kedua puluh dua (  ”) “SyamkhohirinھرWazannya ialah ( .”) “jabra-ilinرا Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim bertanda sukun,huruf Kho berbaris atas, huruf Ha barisnya di bawah dan huruf Ra berbaris dua di bawah.Baginya ialah huruf Ta.Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( .(ت  مKhasiatnya :

• Menghalau semut Tulis isim ini sebanyak 7 kali dalam mangkuk. Larutkan tulisannya dengan air bersih danrenjiskan ke tempat yang ada semut itu, insya-Allah ia akan segera beredar.

23. Isim kedua puluh tiga (  ” ) “ SyamkhohiirinھرDhobit wazannya adalah sama dengan isim yang sebelumnya, hanya ditambah satu huruf sahaja, yaitu huruf Ya sukun selepas daripada huruf Ha (ھ). Baginya ialah huruf Tsa ( .(ثMaknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodhi, pendapat lain dengan makna Ya-Hu Ya-Hudan Ya-Robbah Ya-Robbah:Khasiatnya :• Menghalau nyamukTulis isim ini sebanyak 15 kali pada kertas dan bakar ditempat yang banyak nyamuk, insya-

 Allah nyamuk-nyamuk itu akan lari.

24. Isim kedua puluh empat (  ” ) “SyamhahiirinھرDhobit wazannya juga sama dengan isim yang terdahulu, kecuali huruf Kha ditukarkandengan huruf Ha ( .). Baginya ialah huruf KhaھMaknanya dalam Bahasa Arab ialah ( در در ), pendapat lain dengan makna Ya-Kafi,Ya-Aziz dan Ya-Jabbar.

Khasiatnya :• Memecah belah pakatan jahat Tulis isim ini sebanyak 100 kali dengan ayat :( م ااء إیۃٲ م ادو )Kemudia tulis pula dua nama orang yang berpakat melakukan perkara yang tidak di redai

 Allah, insya-Allah akan timbul api perpecahan dan perbalahan diantara keduanya.• Mengesan kehadiran Al-Arwah

Page 14: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 14/15

Jika kita hendak mengetahui kehadiran mereka semasa melakukan amalan, bertapa,berkhalwat dan sebagainya, maka berzikirlah dengan ( ھرھر ) sebanyak 100 kali,kemudian serulah dengan kata-kata ini : ( ع ور األرواح روى إن م رم أ ).Nescaya akan terpancarlah cahaya seperti pancaran cahaya matahari.

25. Isim kedua puluh lima (  ” ) “BikahthohaunaihinطوهWazannya ialah (  وه ) “fi’afau-naihin”. Huruf Ba berbaris bawah, huruf Kaf berbarisatas, huruf Ha bertanda sukun, huruf Tho dan Ha berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nun baris atas, huruf Ya sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah.Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan hurufnya.Imam Al-Buni mengatakan riwayat ini adalah yang betul. Baginya ialah huruf Zal ( ذ ).Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qadim, pendapat kedua dengan makna Ya-Da-imu.Khasiatnya :

• Menolak lapar  Tulis isim ini 70 kali pada pinggang putih dan larutkan dengan air yang bersih. Minum padawaktu pagi insya-Allah kita tidak akan berasa lapar.

26. Isim kedua puluh enam (  ” ) “BasyarisyinرشWazannya ialah (  ر ) “manasirin”. Huruf Ba dan Syin berbaris atas, huruf Alif sukun,huruf Ra baris di bawah dan huruf Syin baris dua di bawah.Baginya ialah huruf Dhod (ض). Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodiran ala kullisyai-in. (ء ل ى ارد ) .Khasiatnya :

• Membersihkan jiwa Barangsiapa yang sentiasa membaca isim ini dengan tanpa had bilangan, InsyaAllah iatidak akan merasa dahaga, bersih jiwanya, dihalang daripada khowatir-khowatir nafsunyadan lancar lidahnya bila berbicara.

27. Isim kedua puluh tujuh (  ” ) “ThunasyinطوشWazannya ialah (  ) “muhtadin”. Huruf Tho berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nunدbaris atas dan huruf Syin baris dua di bawah.

Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari segi baris dan hurufnya.Seperti ( ) ). Imam Al-Buni mengatakan riwayat iniطوش ٭ طرش ٭ طوش طوش ) adalahyang sowab. Baginya ialah huruf Zho (ظ).Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Syakur, pendapat kedua dengan makna( . (ھو ارمKhasiatnya :• Kanak-kanak yang selalu menangis dan terkejut

Page 15: SYARAH BELERANG MERAH

7/27/2019 SYARAH BELERANG MERAH

http://slidepdf.com/reader/full/syarah-belerang-merah 15/15

Tulis isim ini dalam bentuk wifik beserta dengan Surah Al-Fatihah 11 kali, kemudian tambatatau kalungkan pada kanak-kanak tersebut, insya-Allah dia akan berhenti dari menangis.

 ش ن و ط ط ش ن ون ش ط  و

 ن و ط ش

• Menunaikan hajat Jika kita mempunyai hajat kepada Allah Taala, maka bacalah isim ini selepas solat isyaksebanyak 80 kali dalam keadaan sujud (niat sujud syukur) dan mohonlah hajat itu kepada

 Allah Taala, insya-Allah akan ditunaikan.• Sakit kepala Tulis isim (شوط) “thausyin” pada sekeping kertas sebanyak 20 kali beserta dengan huruf 

Shod (ص) sebanyak 90 kali. Kemudian kalungkan pada orang yang sakit kepala, insya- Allah akan segera sembuh.

28. Isim kedua puluh lapan (  ”   ) “ Syamkho-BarukhinروخWazannya ialah (   ) “fa’la fa-ulin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf Mim sukun, hurufولKha dan Ba berbaris atas, huruf Ra baris hadapan, huruf Wau sukun dan huruf Kho barisdua di bawah. Baginya ialah huruf Ghain (غ).Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( .(ادر ھو  ارم

Khasiatnya :• Membatalkan sihir  Tulis isim ini dengan ayat ( ا   ه م …. ) dalam mangkuk dan larutkan tulisan itudengan air. Beri minum air kepada mangsa sihir, insya-Allah akan terbatal sihirnya itu.• Mengalahkan musuh Tuliskan 28 isim ini pada mata pedang dan baca pula qosam ini padanya sebanyak 45 kali,insya-Allah musuh-musuh kita akan jadi lemah dan bertempiaran lari.• Menyembuhkan penyakit Caranya ialah dengan menulis 28 isim ini pada mangkuk dan baca qosam sebanyak 7 kali,berilah pesakit minum airnya insya-Allah akan sembuh .ت