strategi pengajaran dan pembelajaran psv

34
1 1.0 PENGENALAN Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar dan ia juga dirujuk sebagai tampalan. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang biasa digunakan untuk kerja kolaj ini ialah carikan kertas-kertas, keratan surat khabar, kepingan-kepingan besi, kain atau kain perca dan sebagainya. Kini, teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih canggih seperti menggunakan teknik jahitan dan tampalan kain dalam kolaj. Jikalau dahulu, teknik kolaj hanya menggunakan bahan-bahan seperti kertas sahaja, tetapi kini, telah banyak bahan yang boleh digunakan seperti guntingan kain perca yang memiliki pelbagai corak yang lebih menarik. Dalam hal ini, kehalusan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghasilkan kolaj yang lebih menarik, cantik dan berkualiti.

Upload: sitijamaludin10

Post on 02-May-2017

282 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

1

1.0 PENGENALAN

Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar dan ia

juga dirujuk sebagai tampalan. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso

pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk

dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni

halus. Antara bahan yang biasa digunakan untuk kerja kolaj ini ialah carikan

kertas-kertas, keratan surat khabar, kepingan-kepingan besi, kain atau kain

perca dan sebagainya.

Kini, teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih canggih seperti

menggunakan teknik jahitan dan tampalan kain dalam kolaj. Jikalau dahulu,

teknik kolaj hanya menggunakan bahan-bahan seperti kertas sahaja, tetapi kini,

telah banyak bahan yang boleh digunakan seperti guntingan kain perca yang

memiliki pelbagai corak yang lebih menarik. Dalam hal ini, kehalusan, ketelitian

dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghasilkan kolaj yang lebih

menarik, cantik dan berkualiti.

Page 2: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata

pelajaran elektif yang perlu dititikberatkan oleh para guru di sekolah. Sebagai

seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, kita mestilah

melengkapkan diri kita dengan pengetahuan tentang strategi-strategi pengajaran

dan pembelajaran yang kondusif dan menarik bagi mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran sebelum kita mengajar sesuatu topik dalam mata pelajaran ini.

Kepelbagaian strategi ini boleh membantu para guru mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Dalam hal ini, guru juga perlu memainkan peranan dalam memilih

strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Perancangan

pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan

keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optimum.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar

ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan

teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu

sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang

guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif

pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti

pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-

tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. 

Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia

merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.

            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa

kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja

cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada

pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun

Page 3: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

3

ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah,

Atan Long (1981) dan lain-lain. 

            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik

untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan. 

Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan

demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan

keadaan masa, tempat dan pelajar.  

Page 4: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

4

Strategi pengajaran

dan pembelajaran

PSV

Konstruktivis-me

Pembelajaran masteri

Pembelajaran koperatif

Pembelajaran konseptual

Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran asas kendiri

Teori kecerdasan

pelbagai

Teknologi komunikasi

dan maklumat

Kajian masa depan

Kemahiran berfikir

Belajar cara belajar

Page 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

5

Berikut merupakan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran serta

huraiannya secara ringkas :

i) Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu

fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. (PPK, KPM, 2001)

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka

dengan objek dan idea. Dalam erti kata lain, strategi ini menggalakkan murid

mencipta penyelesaian mereka sendiri, mencari idea, membuat kajian, membina

keyakinan diri, melakukan interaksi secara aktif dan seterusnya menghasilkan

proses inkuiri.

Menurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun

atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil

bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.”

Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan

pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme

iaitu :

Fasa Pertama : Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.

Fasa Kedua : Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.

Fasa Ketiga : Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.

Fasa Keempat : Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara

asimilasi dan akomodasi. 

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan

Page 6: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

6

pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina

pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

• Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan

guru menyokong pembelajaran secara koperatif.

• Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

• Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

• Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

• Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar.

Kawalan kelas agak merosot.

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak

realistik.   

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan

konstruktivisme memerlukan sokongan profesional. 

Implikasi Konstruktivisme  

1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang

kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

2)  Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

3)  Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut  dan bukan  pengajaran yang diterima secara

pasif.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang

menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

Page 7: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

7

ii) Pembelajaran masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu strategi pengajaran dan

pembelajaran yang mementingkan penguasaan murid dalam hasil pembelajaran

bagi sesuatu unit pelajaran sebelum berpindah ke unit pelajaran yang

seterusnya. Strategi ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Sekiranya murid belum

dapat menguasai atau memahami isi pelajaran bagi sesuatu unit pelajaran, maka

aktiviti pemulihan akan diberikan kepada murid tersebut.

Sementara itu, murid yang sudah memahami dan menguasai sesuatu unit

pelajaran pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Bagi situasi ini, guru perlulah

menentukan hasil pembelajaran, memastikan dan melaksanakan aktiviti

pengajaran yang menarik serta menilai keupayaan murid semasa aktiviti

pembelajaran berlangsung.

Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada

penguasaan pelajar di mana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran

dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan

dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang

sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat

menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain.

Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik

lakaran bentuk asas.

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran

yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran

seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran

yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil

Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan

menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua

berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar

kemampuan biasa

Page 8: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

8

seseorang murid di tahap tersebut.

Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan

dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan

diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau

unit pembelajaran.

ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,

menarik dan menggembirakan.

iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran.

iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.

v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap

unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras

masteri.

iii) Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang

melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian

komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa,

jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan

oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa

pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar

dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.

Menurut Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat

meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari

peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih

berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif

juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk

mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang

maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang

lain.

Page 9: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

9

Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -

masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan

menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan Cara

pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan individu ini

menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini

akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif.

Ajaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan.

Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana

yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. 

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah satu strategi

pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di

antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat

bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan

kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu

memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan

melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah

bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara

berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan

sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk

mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran

yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan

yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif :

a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif

b)  Saling berinteraksi secara bersemuka

c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri

d) Kemahiran koperatif

e) Pemprosesan kumpulan.

Page 10: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

10

Jenis Pembelajaran Koperatif

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran

koperatif. Di antaranya ialah :

1. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah

untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti

suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan.

Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara

terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.

Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi

dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2.     Student Team Achievement Division' (STAD)

Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran

kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling

membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau

perbincangan kumpulan.

3.     Jigsaw

Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan

pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian

bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua

ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing

untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif

utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan

menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk

ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4.    Team-Accelerated Instruction' (TAI)

Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai

kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar

yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada

Page 11: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

11

kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada

pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap

pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian

tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang

menggantikan buku teks sepenuhnya.

5.    Team Games Tournament (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang

berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau

pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan

oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang

disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain

suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap

pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli

dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan

penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan

diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu

perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila

beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk

dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan

menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru.

Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan

yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja

kumpulan dijalankan.

iv) Pembelajaran kontekstual

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris

(asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks

atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan

Page 12: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

12

kejadian. Oleh itu, secara ringkasnya, strategi pembelajaran kontekstual ialah

strategi yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, dimana ia

seharusnya mampu mendorong murid mencapai matlamat pembelajaran isi dan

konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka.

Kaedah pembelajaran ini menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dan menyediakan

pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-On dan Minds–On.

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi

pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam

pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan

pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan

pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di

kampung nelayan.

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu

atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan

menjadi “REACT”

a) Relating (Menghubungkait):

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru

dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual

yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak

membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks

pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan

pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian

pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan,

peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk

penyelesaian sesuatu masalah. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip

sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi

Page 13: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

13

pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa

mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. 

b) Experiencing (Mengalami):

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan

reka cipta merupakan nadi pembelajaran kontekstual. Walaupun pelajar-pelajar

boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,

naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk

pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih

berkesan sekiranya         pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan

bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta

membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan

untuk melukis permandangan dan juga melukis hobi mereka.

c)  Applying (Mengaplikasi):

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam

situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran kontekstual, aplikasinya adalah

berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal

dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring

dan latihan kerja.

Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat

diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak

mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan

jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

d)   Cooperating (Bekerjasama):

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi

dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

utama dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja

membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga

dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran kontekstual.

Page 14: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

14

Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat

dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu,

adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di

padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi,

pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul

oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap

ahlinya.

e)    Transferring (Memindahkan):Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada,

atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar.

Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang

lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi

pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia

adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan

menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran

baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan

menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi

tiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti

mengecat garisan gelanggang permainan.

Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran KontekstualTerdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep,

terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik

dan Sains secara abstrak.

 

Page 15: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

15

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran KontekstualPerlaksanaan ini memerlukan:

i. Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap

sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran

Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi

tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi. 

ii. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang

dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar

dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid

diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan

membuat kajian. 

iii. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi

mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan

masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan

ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid

menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

iv. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan

bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan

kumpulan dan penyediaan portfolio

v) Pembelajaran konseptual

Pembelajaran ini adalah pernyataan yang memberi makna suatu konsep

atau istilah tertentu. Dalam aplikasikan strategi ini dalam pendidikan seni visual,

pelajar boleh membuat gambaran secara umum dan menyeluruh maksud dari

konsep atau istilah sesebuah hasil seni yang bersifat konstitutif, formal dan

abstrak.

Page 16: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

16

vi) Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan

proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan

cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan

membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah

dan sewajarnya. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang

memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.

Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Selain itu, menurut Edward de Bono ( 1976 ),kemahiran berfikir ini

membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan

masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Seterusnya, Dewey ( 1910 ) pula

menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi

keraguan atau masalah tertimbul. Dalam erti kata lain, pemikiran dianggap

sebagai aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan

menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk

mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah.

Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P.

Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan

masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.

Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara

kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain

itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu

mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan, konsep pemikiran

bolehlah dirumuskan sebagai satu proses yang menggunakan minda untuk

mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah

yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan

dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang

dialami.

Page 17: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

17

vii) Pembelajaran akses kendiri (PAK)

Pembelajaran akses kendiri merupakan strategi yang memberi peluang

kepada murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa

belajar. Ia berpusatkan kepada murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha

murid itu sendiri. Dengan menggunakan strategi ini, murid akan belajar secara

kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran, memilih aktiviti pembelajaran

sendiri dan memantau serta menilai kemajuan mereka sendiri. Malahan, melalui

cara ini juga, murid akan terdorong untuk memiliki kuasa autonomi,

bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka sendiri.

PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

memusatkan kepada murid. Murid belajar sendiri dengan menggunakan akses di

bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang

sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara

dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

Antara ciri-ciri PAK ialah pembelajaran lebih fleksibel dan selesa tanpa

tekanan, bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses, pemilihan bahan

dan aktiviti pembelajaran yang luas, kemudahan yang membolehkan murid

belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan, membolehkan pembelajaran

mengikut kadar dan kemampuan murid, membolehkan mur id mentaksir

pencapaian sendiri serta boleh dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan

dan pusat mudah alih.

Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting iaitu:

a) Pembelajaran secara individuProgram pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati

murid.

b) Pembelajaran Arah KendiriSatu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjaw ab terhadap

pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.

c) Pembelajaran Sendiri

Page 18: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

18

Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas

semua keputusan ber kaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan

sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

viii) Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah salah satu strategi pembelajaran yang

telah diperkenalkan oleh Howard Gardner. Menurutnya, teori ini merupakan

penjana kecerdasan dalam pendidikan pada hari ini. Terdapat lapan jenis

kecerdasan yang telah digariskan oleh Howard Gardner iaitu kecerdasan Verbal-

linguistik, kecerdasan Kinestetik, kecerdasan Visual-ruang, kecerdasan Muzik,

kecerdasan logik Matematik, kecerdasan Naturalis, kecerdasan Interpersonal

dan kecerdasan Intrapersonal.

Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih

kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu:

1. SISIPAN: Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan

digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.

2. JARINGAN: Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran matematik.

3. JALINAN: Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.

4. PERKONGSIAN: Beberapa kecerdasan dipilih untuk

digunakan dalam dua mata pelajaran.

5. KESEPADUAN: Beberapa kecerdasan digunakan

secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang

berlainan.

 Kecerdasan-Kecerdasan

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi

yang berbeza dalam fitrahnya.

Jenis kecerdasan

Huraian

Kecerdasan kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan

Page 19: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

19

Linguistik kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan

bercerita.

Kecerdasan Logikal-

matematikal

kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan

masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan

memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta

mengamati dunia visual.

Kecerdasan Visual-spatial

kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak,

mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta

mengamati dunia visual

Kecerdasan Muzik

kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam

sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan

terhadap ritma dan melodi muzik.

Kecerdasan Tubuh

Kinestetik

kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh

badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka

cipta gaya menari.

Kecerdasan Interpersonal

kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat

bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi

dengan berkesan.

Kecerdasan Intrapersonal

kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk

merangsang diri sendiri

Kecerdasan Spiritual

ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap

agama.

 Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai

menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.

Page 20: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

20

menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa

setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.

meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa

potensinya tidak terbatas.

meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan.

meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan

penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

mewujudkan kolaboratif di sekolah.

mempelbagaikan penilaian.

 Melaksanakan Teori Kecerdasan  Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan

pelbagai.

Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

kecerdasan murid

Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum

menyerlah

ix) Belajar cara belajar

Belajar cara belajar bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar

sama ada bersama guru atau tanpa guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum,

KPM 2001).Belajar cara belajar lebih menekankan usaha murid sendiri untuk

mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran. Murid perlu menentukan halatuju

sendiri dalam menuntut ilmu. Mereka boleh menggunakan bahan sedia ada,

kawan dan sumber lain untuk memperoleh ilmu.

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya

mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.

Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan

cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan

mengamalkan pembelajaran seumur hidup

Page 21: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

21

Justeru itu, bagi menjayakan pembelajaran tersebut, murid perlulah

mempunyai satu strategi pembelajaran yang berkesan, mempunyai motivasi

kendiri yang jitu bagi meneruskan pembelajaran, mempunyai satu matlamat yang

jelas dan dirasakan dapat dicapai serta melakukan semua perkara sepertimana

yang telah dirancang. Selain itu, mereka juga seharusnya memiliki satu rekod

pencapaian kendiri bagi analisis diri, merefleksi diri sendiri dan berbangga

dengan diri sendiri atas kejayaan yang dicapai

x) Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) adalah teknologi yang

diperlukan untuk pemprosesan data. Ia juga merujuk kepada kemampuan

teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai alat kemahiran yang memberi

sokongan kepada murid, guru, panitia dan organisasi sekolah bagi

menyempurnakan tugas serta kewajipan yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah bagi melaksanakan kegiatan Seni

Visual yang terancang dan menarik.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan

terancang mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa

dan bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik

pengajaran Pendidikan Seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni

yang dinamik dan memuaskan.

ICT dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan

teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang member i

sokongan kepada murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi

menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran

dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni

Visual yang terancang dan menarik.

Rasionalnya penggunaan ICT ini dalam pendidian seni visual ialah:

1. Untuk menyediakan warga pendidik seni visual dalam menghadapi

perkembangan ICT masa kini dan akan datang.

Page 22: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

22

2. Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah

menjadi salah satu jurusan yang diminati serta kompetitif di IPT.

3. Sebagai satu tar ikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka

dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang lebih mudah, pantas dan berkesan

Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan

penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan

kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan

komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

ICT di aplikasikan dalam Pendidikan Seni Visual dalam bentuk berikut :

Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian

simulasi

Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari

bahan.

Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel

Mod sokongan seperti memproses perkataan, pereka bentuk grafik.

xi) Kajian masa depan

Kajian Masa Depan merupakan suatu cara untuk memperolehi gambaran

tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau perkara dan peristiwa yang

telak berlaku dan sedang berlaku. Strategi ini dapat membantu menyedarkan

dan merangsang minda untuk berfikir tentang perkara yang akan berlaku

berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.

Oleh yang demikian, bagi mencapai tahap pemikiran tersebut, murid akan diajar

berfikir untuk meramal sesuatu yang didasarkan kepada nilai positif.

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik

murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada

masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat

ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid

Page 23: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

23

mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan

menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan

memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan

1. Pemahaman konsep Kajian Masa Depan: Segala tindakan dan peristiwa

semasa ada kaitan dengan masa lalu.

2. Pengumpulan Maklumat: Strategi sedia ada membolehkan kita memahami

data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan.

3. Ramalan dan Analisis: Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang

membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau

perubahan.

4. Imaginasi dan Kreativiti: Kemahiran ini membawa kita kepada imaginasi

yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif.

5. Strategi Mengatasi Cabaran: Membantu murid membina rasa optimis dan

keyakinan dir i serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.

6. Proses Inovasi Sosial: Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran

penyelesaian masalah.

7. Membina Senario: Teknik yang penting untuk membantu murid membina

gambaran jelas tentang situasi masa depan.

8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan : Satu proses mengajar murid berfikir dan

mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada

generasi akan datang.

9. Dimensi Kemapanan: Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan

membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidup.

Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (KMD):

1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD.

2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD.

3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan

idea secara kritis dan kreatif.

4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni.

Page 24: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Psv

24

RUJUKAN

a) Rujukan Buku

Alisa Golden.2009.Painted Paper.London:Sterling Publishing Sdn. Bhd.

Henry Pluckrose.1995.Warna.Selangor :Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Jeanette Robertson.2006.Card-making Techniques From A to Z.New York :

Sterling Publishing Sdn. Bhd.

John Lancaster.1994.Seni Kertas.Selangor:SAMA Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Susan Pickering Rothamel.2011.The Encyclopedia of Greeting Card Tools &

Techniques.New York:Sterling Publishing Sdn. Bhd.

b) Rujukan Atas Talian

Isza( 2010,Januari). PENDIDIKAN SENI VISUAL – KOLAJ, Semekar Kasih. Retrieved from http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html

Bavani a/p Ganason. Membuat Kolaj Buah Tembikai. Rancangan Pengajaran

ePKhas. Retrieved Sabtu from http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/membuat-

kolaj-buah-tembikai

Aziatie (2010 Ogos). Asas Seni Kolaj. Dear Aziatie. Retrieved from

http://akuseekorkuman.blogspot.com/2010/08/asas-seni-kolaj.html

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001-2009). Pembelajaran Akses Kendiri. Modul Pengajaran

dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, 33-38. Retrieved from

http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/06pak.pdf