pengajaran dan pembelajaran psv

21
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja. Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar- pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan

Upload: ridzuan-deux

Post on 19-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pendidik seni sering menerima perubahan demi perubahan dalam kurikulum. Sebagai pendidik seharusnya juga berupaya untuk menilai atau memeriksa semula bidang-bidang seni tertentu supaya sentiasa terkini selari dengan keparluan semasa. Lebih-lebih lagi jikalau kita berupaya menilai semula pemikiran kita terhadap kemungkinan apa yang akan kita ajar nanti. Pemikiran itu bersangkutan dengan kepercayaan apakah fungsi seni dalam pendidikan pelajar dan bagaimana seni itu perlu diajar. Kita juga mempersoalkan terhadap pandangan bahawa perkembangan pelajar yang umumnya mengenai kreativiti itu adalah sebagai matlamat utama pendidikan seni. Kita juga mempersoalkan pandangan bahawa pengajaran pendidikan seni itu tertumpu hanya kepada berkerja dengan alat dan bahan sahaja. Kita juga mempersoalkan jikalau peranan guru hanya sebagai penyedia bahan dan sumbar , kurang mengajar. Kita mempercayai bahawa melalui pelajaran pendidikan seni banyak yang boleh disediakan untuk perkembangan pelajar. Kita mempersoalkan bahawa pembelajaran artistik itu bukan setakat berkebolehan menggunakan alat dan bahan semata, dan kita membuat rumusan bahawa peranan guru lebih jauh daripada hanya sebagai pembekal alat bahan dan sumber dan menyetabil emosi murid-murid sahaja.

Idea daripada pensyarah universiti yang diterima oleh pelajar-pelajarnya diharapkan akan dibawa dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelak. Tetapi sejauhmanakah idea yang telah dikonseptual itu akan dilaksanakan di perinkat sekolah. Berbanding dengan sambutan masyarakat sekolah dan juga masyarakat setempat terhadap matapelajaran lain yang lebih diutamakan seperti mata-mata pelajaran matematik dan sains, matapelajaran pendidikan seni diletakkan sebagai pelajaran yang tidak berkepentingan. Atas keadaan inilah memberi tekanan kepada guru untuk merealisasikan konseptual pendidikan seni yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bahan-bahan dan sumber sokongan untuk melaksanakan pelajaran ini secara yang lebih berkesan memerlukan sumbangan peruntukan yang agak tinggi berbanding dangan mata pelajaran kemanusiaan dan sains yang lain. Sejauhmanakah sumbangan pihak swasta atau NGO lain untuk memberi sumbangan membantu pihak pelajar dan Sekolah menjayakan perlaksanaan mata pelajaran ini. Di negara kita setakat ini usaha begini belum dicuba secara menyeluruh. Usaha guru untuk mempastikan keistimewaan mata pelajaran ini tinggal usaha sahaja jikalau tidak mendapat sokongan sama ada dalam bentuk moral atau kewangan daripada pihak berkenaan.

Adalah dipercayai bahawa dengan perkembangan dunia semasa dan perubahan keperluan dalam pembangunan negara bangsa kita sumbangan mata pelajaran pendidikan seni ini adalah releven dengan keparluan itu. Masyarakat seharusnya mempunyai tanggapan bahawa memberi pendidikan kepada anak-anak mereka bukan setakat duduk belajar menerima ilmu dan kemahiran matematik, sains dan teknologi sahaja, pendidikan yang harus diterima oleh pelajar adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi menyeluruh mereka secara optimum bukan sahaja menjurus kepada metapelajaran utama, juga melalui metepelajaran pengimbang yang lain termasuk kesenian. Dalam sistem persekolahan kita, Pendidikan Seni Visual adalah matapelajaran wajib daripada tahun satu hingga ke tingkatan tiga sekolah menengah. Dan merupakan mata pelajaran elektif untuk sekolah menengah atas. Sukatan pelajara Pendidikan Seni Visual telah disemak semula dan merupakan yang terbaik untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Ianya mampu memberi persediaan awal bagi syarat masuk ke pusat pengajian tinggi bagi bidang-bidang yang releven seperti, bidang yang memerlukan kemahiran melukis dan kreativiti yang tinggi seperti seni binaan, pereka, dan sebagainya. Banyak universiti telah menawarkan kursus-kursus yang memerlukan kemahiran dalam bidang seni ini. Sebenarnya di dalam dunia pekerjaan sangat banyak bidang-bidang yang memerlukan kemahiran dalam seni ini apa lagi jikalau dicantumkan kebolahan pelajar dengan matapelajarn sains dan teknologi.

Untuk meningkatkan kualiti akdemik kepada pembelajaan pendidikan seni visual di Amerika umpamanya uasha sama di antara pakar-pakar dalam bidang ini dengan bantuan kewangann oleh Yayasan Gettey telah berjaya mengutarakan sebuah konsep kurikulum yang lebih bercorak akademik dikenali secara umumnya sebagai pendidikan seni berasaskan disiplin (Disciplin based art education -DBAE).

Kita juga bersetuju pendidikan seni visual ini merupakan sebahagian kecil daripada mata pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar mengksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan yang menggalakkan keupayaan imaginasi. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada pelajar sebagai tempat pelarian sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa , tempat yang didominasi dengan keriuhan kata-kata, huruf dan angka-angka. Menerusi pendidikan seni juga pelajar digalakkan menemuai visi peribadinya dan kerja-kerjanya yang merupakan coritan peribadi. Sekolah penuh dengan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh kurikulumnya, yang merupakan arahan guru, yang lebih merupakan hanya satu sahaja jalan penyelsaian bagi sesuatu persoalan, dengan hanya satu jawapan yang betul bagi setiap soalan. Apa yang sangat-sangat diperlukan oleh pelajar ialah ruang, tempat dan yang lebih diperlukan lagi adalah kebenaran daripada pihak yang lebih berkuasa membenarkan mereka membuat sesuatu mengikut rentak mereka, membenarkan mereka meghadapi cabaran, mengikut tempoh dan menghadapi erti kegagalan. Apa yang diperlukan oleh pelajar adalah ruang untuk hidup (lebensraum). Pendidikan seni seharusnya tidak kaku, tidak berunsur mekanikal, lifeless dan pembelajaran akademik yang hambar . Jikalau terlalu bercorak akademik pun akan mengakibatkan keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh mata pelajaran ini akan pudar.

Eisner dalam rancananya bertajuk Structure and Magic in Dicipline Base Art Education dalam Al Hurwitz (1991), menyatakan pentingnya pengalaman yang cukup dalam pembinaan konsep amalan pendidikan. Untuk mendapat pengalaman bagi mendapatkan pendidikan yang segnifikan seseorang individu itu perlu berupaya menggunakan kecerdasannya untuk menghadapi permasalahan yang dihadapi dalam kehidupannya. Hal ini boleh berlaku dalam mana-mana mata pelajaran pendidikan seni, kerana dalam mata pelajaran ini amat sesuai untuk pelajar berfikir dengan lebih bijak tentang seni dan manifestasi terhadap dunia sekitarnnya. Melalui pengalaman yang diterima membekalkan pelajar untuk berfikir tentang seni dan apakah disiplin yang berkaitan dengannya. Inilah yang hendak dicapai melalui pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE). Apakah yang akan mereka belajar ? Apakah bentuk permasalahan yang akan mereka hadapi apabila mereka belajar pendidikan seni? Apakah yang kita lakukan dengan seni ?

Pendidikan Seni Berasaskan Disiplin (Disciplin based art education DBAE)Terdapat empat perkara penting yang dilakukan oleh kita dengan seni. Iaitu, kita menghasilkannya. Kita melihatnya. Kita memahami bahawa seni sentiasa berada di dalam budaya. Kita juga membuat penilaian tentang kualiti sesebuah bentuk seni itu. Dalam pendidikan seni berasaskan disiplin terdapat empat bahagian yang menjadi struktur kurikulumnya iaitu, menghasilkan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Aktiviti menghasilkan produk seni boleh membantu pelajar berfikir secara bijaksana tentang mencipta imej-imej visual, membantu mereka belajar mencipta imej yang mempunyai tenaga eksprasif, coherence, celik akal ( insight) dan pandai mencipta ( ingenuity).

Manakala melalui kritikan seni pula akan membantu keupayaan pelajar melihat , bukan sekadar memandang sahaja, melalui keupayaan melihat dengan teliti boleh menbina kualiti yang lebih bererti tentang dunia persekitarannya. Persekitaran yang terdapat di dalamnya berselerakan dengan hasil kerja-kerja seni yang formal.

Disiplin sejarah seni pula boleh membantu pelajar tentang hubungan antara karya seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun merentasai dimensi masa dan ruang serta bangsa secara perbandingan. Tiada hasil seni yang berada dalam konteks yang vakium, sebahagian daripada makna yang dipancarkan menerusi karya seni bergantung kepada kefahaman dan penerimaan konteks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu disipin yang baru diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan seni, berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita lihat. Manusia adalah makhluk yang sentiasa gemar membuat penilaian. Kita akan berhujah dan memberi pendapat terhadap sesuatu nilai dan kita bersungguh-sungguh mengamalkannya. Umpamanya di dalam situasi yang ada pilihan , kita tidak langsung sahaja membuat keputusan membeli kain ela untuk pakaian kita, kita akan membuat pilihan demi pilihan, penilaian demi penilaian. Kadang-kadang kita akan menggunakan masa yang lama dan melawat beberapa buah kedai untuk membuat perbandingan, macam-macam kriteria kita gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah situasi membuat penilaian estetika. Memahami tentang kepelbagaian kriteria estetika boleh diaplikasi ke dalam kerja-kerja seni, yang akan merangkaikan hubungan antara makna yang hendak dilahirkan melalui bahan dan teknik, dikendalikan secara bijaksana dan teratur akhirnya lahirlah sebuah hasil seni yang mempesonakan. Itulah yang dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan pelajar menangani permasaalah bagi keempat-empat domain yang dikemukakan.

Hasrat untuk merealisasikan pendekatan ini adalah begantung kepada kebijaksanaan guru menterjemah, merancang dan melaksananya di bilik darjah. Dengan kefahaman yang jelas dan keupayaan menterjemah matlamat pendekatan DBAE ini akan dapat menyediakan satu rintitan pembelajaran yang mampu membentuk pengalaman pelajar terhadap keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka garap menerusi pembelajaran pendidikan seni ini. Sekiranya guru gagal menyediakannya , pelajaran pendidikan seni akan menjadi hambar , cetak, malap dan faedah yang diterima oleh pelajar berada ditakuk lama juga akhirnya. Pendidkikan seni memerlukan kurikulum yang mantap dan berkualiti dengan guru yang cekap dan berpengetahuan untuk mengendalikan pelajaran ini. Apakah kurikulum pendidikan seni visual kita belum mantap ? Adakah DBAE ini cukup mantap untuk dilaksanakan ? Persoalannya adalah bukan kita perlu menyoal tentang kemantapan kurikulum, tetapi selalunya guru-guru hanya mengambil kandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu untuk merancang pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester. Saya percaya jarang di antara guru yang mengaitkan antara objektif sukatan pelajaran dengan kandungan ketika membuat perancangan. Oleh itu perancangan hanya sekadar memfokuskan kepada tajuk dan sub tajuk dalam sukatan pelajaran, akhirnya apa yang berlaku di bilik darjah, pelajaran hanya menumpukan kepada penghasilan produk dan sedikit menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan sejarah, estetika dan kritikan seni. Oleh itu adalah dicadangkan supaya guru-guru menggunakan salah satu daripada pendekatan-pendekatan menyediakan rencangan pelajaran pendidikan seni ini iaitu menggunakan pendekatan DBAE. Ada juga pendekatan lain seperti pendekatan budaya, etnografi, pendekatan studio (yang sering diamalkan) dan sebagainya. Bolehlah diaplikasi dalam penyediaan perancangan dan diaplikasi juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini.

Konsep integrasi dalam perancangan

Untuk merancang pelajaran pendidikan seni konsep integrasi atau gabung jalin dan penyerapan antara disiplin (mata pelajaran) digalakkan. Dengan perancangan yang bijak konsep penggabungjalinan ini akan mampu memalarkan sempadan yang ada di antara mata pelajaran itu, pelajaran boleh berlaku secara fleksibel. Untuk ini keupayaan guru untuk merancang kurikulum secara bersepadu memerlukan kefahaman yang lebih menyeluruh antara mata pelajaran, kerjasama antara guru-guru dan antara panitia setiap mata pelajaran adalah amat dituntut. Kefahaman dan kesedaran tinggi tentang matlamat pendidikan itu secara menyeluruh amat dituntut, jauhi sikap lebih mementingkan hak atau mengutamakan sempadan antara mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain menyebabkan wujudnya pembahagian atau pengasingan antara disiplin, garis sempadan yang sebenarnya boleh dimalarkan. Perancangan kurukulum untuk sekolah rendah seharusnya menitikberatkan konsep sepadu. Apabila perancangan semester, minggu atau harian itu dirancangan secara bersepadu antara disiplin antara mata pelajaran, mungkin melalui isi pelajaran, atau melalui kemahiran-kemahiran yang setara maka pembahagian dan pengasingan pengalaman pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan berlaku sebaliknya pembelajaran berlaku secara bersepadu. Penyepaduan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran lain bukanlah tidak memberi kesan sampingan. Sebaliknya memang ada kesan iaitu kurangnya tumpuan khusus pada mata pelajaran berkenaan secara total ketika melalui proses pembelajaran. Untuk mata pelajaran pendidikan seni dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi disiplinnya supaya tidak ditelan oleh tumpuan kepada mata pelajaran yang disepadukannya itu yang sering dianggap mata pelajaran yang lebih mustahak, dicadangkan bahawa kesepaduan antara mata pelajaran itu hanya dilakukan apabila diperlukan dan bersesuaian sahaja, selagi nilai seni itu tidak ditenggelami oleh arus proses pembalajaran pelajaran lain. Maksudnya, kandungan pelajaran dan sub kandungan pelajaran bagi sesuatu pembelajaran adalah merupakan struktur kurukulum berasaskan disiplin (DBAE) yang dirancang secara terbuka. Isu yang utama di sini adalah bagaimana untuk mencapai matlamat pendidikan berasaskan DBAE.

Konsep sepadu itu bukan setakat berlaku antara mata pelajaran sahaja. Sebenarnya di dalam mata pelajaran itu sendiri boleh berlaku konsep sepadu . Jikalau kita menyediakan perancangan berasaskan struktur DBAE terdapat empat disiplin yang boleh dirancang secara sepadu. Pengsepaduan antara subjek boleh dilakukan. Empat disiplin, dalam pembelajarn pendidikan seni iaitu, sejarah seni, penghasilan produk seni, estetika dan kritikan seni boleh dirancang dan digabunjalinkan secara sepadu atau diajar berasingan, atau secara selari atau sepadukan antara komponen-komponen unit utama atau aktkviti seni yang direka bentuk untuk mewujudkan perhubungan antara konsep, kemahiran dan generalisasi antara empat disiplin itu.

Hubungan antara sejarah seni, kritikan seni dan estetika adalah amat nyata sekali jikalau dikaitkan dengan proses dan prosidur menghasilkann produk seni. Seseorang pelajar yang bercadang untuk membuat sebuah karya yang berkaitan dengan tema-tema kemanusiaan , seperti peperangan dan kezaliman boleh merujuk kepada pelukis Nirmala Shanmughalinghm bertajuk Vietnam 1981 yang mempersoalkan kekejaman peperangan di Vietnam atau Ibrahim Hussein bertajuk My Father and The Astronaut, 1969 yang mempersoalkan pertembungan nilai manusia antara tradisional dan moden . Kedua-dua pelukis ini membawa makna kemanusiaan, masing-masing menggunakan media dan teknik pengutaraan yang berbeza. Melalui sejarah pelajar dapat mepelajari pengalaman seniman menghasilkan karya, apakah tema yang dipilih, sejauh manakah pekanya seniman terhadap nilai-nilai persekitaran sama ada tempatan atau peringkat antara bangsa. Begitu juga pelajar dapat membandingkan teknologi media yang dipilih dalam menghasilkan sesebuah karya. Mengenai nilai estetika pula pelajar boleh membandingkan cara persembahan seniman tersebut, lihat bagaimana Ibrahim Hussein menggunakan kepakarannya menghasilkan imej yang realistik menerusi kombinasi cat minyak dan cetakan, kombinasi yang begitu harmoni. Manakala Nirmala pula menggunakan teknik campuran cetakan dan catan akrilik di atas kanvas, transformasi imej-imej foto yang menggambarkan penderitaan rakyat Vietman kesan peperangan, dengan paparan hitam putih sesuai dengan mod yang dipaparkan.

Bukan setakat membanding karya sahaja, atau setakat melihat gambar catan daripada seniman-seniman yang dipilih, malah pelajar boleh membuat kajian di perpustakaan , atau membaca melalaui beberapa artikal , keratan surat khabar hasil kritikan oleh pengkritik-pengkritik terhadap seuatu karya seni. Banyak majalah yang menyentuh tentang seni terdapat di pasaran yang mengemukakan tulisan-tulisan yang menyentuh karya seniman tanah air. Untuk membuat perbandingan antara seniman antara bangsa , melalui teknologi ICT guru atau pelajar boleh melayari internet memasuki halaman Museum of Art umpamanya akan dapat segala bentuk seni atau seumpamanya untuk dijadikan sumber pembelajaran . Dengan cara ini juga kita tidak terikat dengan buku teks pendidikan seni yang memang pun tiada dalam system persekolah kita.

Pendek kata terpulanglah kepad guru untuk merancang kerana dalam kontaks pendidikan di negara kita, walaupun sukatan pelajaran dan kandungan bagi satu-satu tahap telah ditetapkan oleh pihak Pusat Perkmbangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi untuk merancang pelajaran berdasarkan semester atau penggal, mingguan dan harian itu masih terletak di tangan guru. Antara guru dan muridlah yang meletakkan sempadan sesuatu bidang ilmu bagi sesuatu mata pelajaran itu. Jikalau guru hanya terikat kepada kandungan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran maka setakat itu sahajalah ilmu dan kemahiran yang dapat dialami oleh pelajarnya. Pada dasarnya gurulah yang menentukan hala tuju pembelajaran. Guru yang menentukan isi kandungan, guru yang menentukan kaedah pembelajaran, guru juga yang mentukan apa, bagaimana dan sejauhmana serta bila sesuatu pelajaran itu berlaku. Sama ada guru mengawal keseluruhannya atau tidak mengawal apa-apa pun, ini boleh berlaku. Sama ada guru membuat perancangan berdasarkan kreativiti dan inovasinya tidak hanya setakat mengikut apa yang tercatat dalam kurikulum sedia ada atau mengikut sahaja apakah kandungan yang tercatat dalam kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian sekadar untuk menghabiskan tajuk-tajuk dan aktiviti untuk sepanjang tahun persekolahan.

Yang jelas iaiah sukatan pelajaran bukanlah berupaya menyatakan keseluruhannya akan apa yang patut dilakukan oleh guru. Sukatan pelajaran hanya boleh menyediakan ruang untuk guru membuat justifikasi, dan interpritasi setidak-tidaknya dalam dua lokasi. Pertamanya guru boleh merancang semula kandungan sukatan pelajaran berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran pendidikan seni visual itu. Pendekatan itu mungkin salah satunya ialah DBAE atau pun pendekatan Budaya. Keduanya sukatan pelajaran pendidikan seni terlalu luas ruang lingkup bidang dan isi kandungnya untuk dilaksanakan bagi lima tahun di sekolah menengah dan enam tahun di sekolah rendah. Untuk satu-satu tahun sesi persekolahan guru boleh memilih beberapa tajuk sahaja, bukan membuat kesemua isi kandung yang tercatat dalam sukatan pelajaran. Apa yang perlu dilalukan adalah pastikan objektif pelajaran d ilaksana melalui isi kandung atau kegitan yang dipilih sesuai pula dengan keupayaan dan kemahiran kumpulan sasar iaitu pelajar.

Urutan Dalam Perancangan

Oleh kerana ruang lingkup pelajaran pendidikan seni ini luas dan jangkamasa pula panjang maka dalam membuat perancangan pelajaran pendidikan seni ini penegasan kepada urutan (sequence) amat penting. Eisner(1991) berpendapat urutan dalam kurikulum amat penting alasannya adalah pertamanya semua aktiviti untuk mana-mana program pun memerlukan masa yang lebih. Masa , aktiviti dan tahap kesukaran bagi sesuatu kamahiran itu itu perlu diuruskan secara berurutan. Pelajaran perlu dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih sukar secara berperingkat-peringkat. Dalam kotaks psikologi perlu ada urutan dalam sesuatu organisasi aktiviti supaya ada cabaran, perkembangan, membangunkan idea-idea, dan kemahiran yang perlu dikuasi oleh pelajar sehingga ke tahap optimumnya. Program pendidikan tanpa menitikberatkan nilai-nilai urutan adalah pendidikan yang statik (Eisner, 1991) Sebagai contoh, kita mulakan pelajaran kita dengan meminta pelajar menggunakan berbagai alat dan bahan sedangkan pelajar tidak berupaya membuat perkaitan antara bahan-bahan tersebut kerana mereka belum diberi pendedahan awal. Mereka juga diminta menghasilkan sesuatu menggunakan bahan-bahan tersebut. Sudah tentu pelajar berada di dalam kebingungan, atau pelajar akan membuat sesuatu tanpa tujuan, pelajar hanya membuat sesuatu secara cuba jaya sahaja. Ini membuang masa dan berlaku pembaziran.

Pentingnya perancangan dan pembelajaran secara urutan ini akan membantu pelajar membuat internalize kandungan pengalamannya. Interanalisasi ini akan lebih berkesan jikalau perancangan pelajaran memberi peluang kepada pelajar berlatih mengembangkan kemahiran dan ideanya. Sebagai contoh, jikalau pelajar diminta menghurai secara metapora tentang kualiti eksprasif suatu kerja-kerja seni umpamanya tentang menara kembar Kuala Lumpur, lanjutan daripada aktiviti itu pelajar diminta memindahkan idea dan kualiti eksprasif itu kepada kerja-kerja catan, arca, grafik, seramik dan sebagainya. Dalam hal ini kita sering mengutamakan kepelbagaian dalam kurikulum tetapi mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan urutan. Lebih baik kita hadkan jumlah aktiviti atau projek yang perlu disempurnakan tetapi kita utamakan urutan itu kerana yang penting adalah proses internalize itu.

Alasan lain mengapa urutan atau kesinambungan itu penting dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni berasaskan disiplin ini (DBAE) adalah berkaitan dengan membina kualiti spontan (spontanity) iaitu berkaitan dengan pembinaan diri menjadikan sesuatu itu berlaku secara sepontan tanpa kawalan atau arahan fikiran sedar. Tindakan berlaku secara spontan. Kita boleh memandu secara spontanity sambil memandu kita boleh mendengar radio, berbual dengan rakan, atau berkhayal sesuatu kemungkinan. Ada orang boleh bermain alat muzik sambil menyanyi dan menari juga. Ianya berlaku secara spontan. Bagaimana ini boleh berlaku ? Semuanya berlaku bermula dengan internalisasi, kemahiran dan latihan berlaku secara berurutan dan berkesinambungan. Dalam pendidikan seni kualiti ini berlaku apabila pelajar berupaya memberi reaksi secara spontan apabila berhadapan dengan pengalaman estetika. Samalah dengan keupayaan kita dalam berbahasa dengan mudah sahaja kita boleh mengucapkan kata-kata berpuisi apabila hati kita tersentuh dengan keindahan yang menakjubkan. Apabila pelajar sudah berkemahiran dengan pengalaman estetika dan segala-galanya dalam kawalannya secara spontan ia akan memberi tindak balas. Pelajar ini bersedia untuk mengutarakan konsep berkaitan untuk berbahas, membuat perbandingan dalam seauatu perbincangan. Kespontanan adalah anugrah kebebasan khusus untuk pembentukan keupayaan imaginsi. Ia berkembang dalam repetori kognitif bergantung kepada sejauh mana program yang dirancang secara berurutan dan berkesinambungan. Tanpa berurutan, idea-idea dan kemahiran sukar menjadi lebih kompleks dan berkualiti. Tanpa urutan pelajar sukar untuk membina internalize. Kurikulum pendidikan seni yang berdasarkan struktur DBAE pada pandangan Eisner memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran-kemahiran yang dinyatakan di atas.

Keistimewaan Perancangan Pendekatan DBAE

Eisner juga berpendapat bahawa terdapat berbagai unsur yang terlibat dalam struktur kurikulum DBAE. Program tersebut mengutamakan keupayaan dan peluang pelajar mengenali budaya mereka. Ini memerlukan keterlibatan berbagai pihak dalam masyarakat, menggalakkan keterlibatan institusi budaya tempatan, yayasan kesenian, dan agensi kerajaan bersama-sama berganding tangan dan minda dalam membekalkan sumber-sumber yang membantu guru untuk menyediakan suatau program yang berkesan. Bahan dan sumber kurikulum pendidikan seni yang baik adalah yang boleh dipandu dan bebas. Ia perlu dipandu kerana ianya merupakan model dan kandungan , aktiviti dan matlamat yang dicadang yang mungkin tidak disedari oleh guru. Ianya bebas kerana bahan dan sumber yang baik bukan setakat boleh membantu pelajar , ianya juga boleh membantu dan mengajar guru, ianya juga mudah digunakan sesuai dengan keperluan dan situasi pembelajaran.

Satu lagi keistimewaan menggunakan DBAE dalam perancangan kurikulum ialah menerusinya pelajar boleh mendapat munafaat apakah sebenarnya keistimewaan mata pelajar pendidikan seni ini. Selain daripada mendapat pendedahan mengenai empat disiplin iaitu sejarah seni , kritikan seni ,estetika dan menghasilkan produk seni pelajatr-pelajar juga akan menimba pengalaman kerana mata pelajaran ini memberi dua bentuk sumbangan untuk pembangunan dan pengalaman manusia. Pertamanya melalui imej dan peristiwa yang dijalin melalui bentuk estetika dan melalui curahan perasaan adalah merupakan perantara melaluinya potensi keupayaan minda manusia diterjemahkan kedalam bentuk visual. Kapisiti intlektual kita akan menjadi keupayaan intlektual selagi kita memberi peluang setiap kepisiti itu berfungsi. Jenis pemikiran ini memerlukan pemerhatian bagi menentukan mana yang sesuai dan kompleks, mempelajari bagaimanakah untuk meneliti sesuatu bentuk, agar struktur yang eksprasif berupaya merangkap emosi dan imaginasi bagi disesuaikan dan memajukan keistimewaan seni yang ambiguity, dan boleh memberi sumbangan kepada perkembangan kemahiran kognitif yang begitu kompleks. Keistimewaan seni boleh menjangkau daripada persepsi yang halus dan kompleks kepada mehasilkan karya seni yang di luar jangkauan minda.

Sumbangan yang kedua yang boleh diberi oleh mata pelajarn pendidikan seni ini adalah berkaitan dengan makna yang tersurat dan tersirat pada sesuatu bentuk seni. Pendidikan adalah satu wadah yang matlamat umumnya adalah untuk membolehkan manusia mengembangkan literasi. Melelui keupayaan literasi manusia boleh menyata atau mentafsiri sesuatu makna yang berbagai-bagai bentuk yang terdapat di persekitarannya. Dalan kehidupan kita , perkataan , angka, pergerakan, imej dan pola-pola bunyi adalah bentuk-bentuk dimana sesuatu makna itu boleh disampaikan. Untuk mambaca makna pada sesuatu bentuk itu memerlukan kefahaman tentang peraturan, konteks, dan struktur sintetiknya. Setiap bentuk itu ada pula had-had keupayaannya dan keistimewaannya yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk lain. Setengah makna lebih berkesan jikalau dipaparkan menerusi imej-imej visual, manakala yang lain sesuai melalui kata-kata, muzik atau pergerakan. Literasi artistik adalah alat yang kita gunakan bagi memahami makna sesuatu kerja seniman. Hasil seni itu penuh dengan kehebatannya. Mereka mencambahkan perasaan sensitif supaya kehalusan itu ditimbulkan dan yang terselindung juga dikira. Dalam perkataan, seni boleh membantu kita untuk menjelaskan apa yang tidak boleh diterangkan dengan perkataan. Perlu dijelaskan kepada pelajar bentuk-bentuk seni juga adalah merupakan sumber pendidikan. Inilah dua sumbangan seni dalam membantu pembangunan dan pengalaman manusia.

Kesimpulan

Sebahgai penutupnya, tanpa struktur dalam kurikulum kita, kita tidak akan dapat membina spontanity , tanpa automatiocity pula kita tidak akan dapat membina internalisasi. Tanpa internalisasi pula kita tidak akan dapat menikmati sesuatu keistimewaaan yang boleh diberikan oleh pelajaran pendidikan seni. Yang kita bimbangkan adalah perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni yang tidak berstruktur. Perancangan yang menjemukan yang tidak mempunyai roh atau berilmu pengetahuan yang boleh mencabar minda dan imaginasi pelajar. Banyak pendekatan yang boleh diaplikasi dalam perancangan dan pengajaran mata pelajaran ini salah satu yang dikenalpasti berkesan untuk membina konsep sepadu dan juga mempunyai ciri-ciri konstruktif adalah menggunakan pendekatan pendidikan seni berasaskan disiplin (DBAE) yang jelas mempunyai struktur yang kukuh dan sesuai dengan matlamat pendidikan seni itu juga selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajaran pendidikan seni semuanya jelas berstruktur mencakupi keistimewaan mata pelajaran itu. Tanpa keupayaan merealisasi keistimewaan seni dalam kurikulum bermakna pelajaran itu bukanlah pelajaran seni. Manakala perancangan pelajaran yang tidak berstruktur tidak ada jalan keluar untuk mencapai matlamat.

Perbandingan kurikulum yang berasaskan pernayataan kendiri/Ekspresi kreatif dengan DBAE (Discipline-Based Art Education)

Ekspresi Kendiri Secara KreatifDBAE

Matlamat:

Perkambangan kreativiti; ekspresi kendiri; integrasi individu; focus pada kanak-kanak

Kandungan

Aktiviti seni sebagai ekspresi kendiri; menggunakan kepelbagaian bahan seni dan kaedah

Kurikulum

Dirancang oleh guru secara individu; perlaksanaannya tidak berurutan, dan tidak tersusun

Konsep pelajar:

Pelajar semulajadi kreatif dan eksprasif; perlu diasuh bukan diajar; pendedahan kepada imej-imej seni menghalang kepada perkembangan kreativiti semulajadi mereka.

Konsep guru

Memberikan moitivasi; sokongan; tidak mendedahkan pelajar dengan imej-imej orang dewasa ; tiada usaha untuk mempengaruhi ekspresi kendiri pelajar

Kreativiti

Kreativiti adalah bakat pelajar; berkembangan secara semulajadi dengan galakan dan peluang yang disediakan; kurangnya perkembamngan adalah disebabkan oleh gangguan orang dewasa

Peralaksanaan

Boleh tercapai dalam sebuah bilik darjah sahaja; tidak perlu kerjasama dengan kelas-kelas atau sekolah-sekolah yang lain

Kerja-kerja seni

Kerja-kerja orang dewasa tidak dikaji; imej-imej orang dewasa mungkin memberikan kesan yang negatif terhadap perkembangan ekspresi kendiri dan lkreativiti pelajar

Penilaian

Berasaskan perkembangan dan proses kerja-kerja seni kanak-kanak; penilaian pencapaian pelajar biasanya tidak digalakkan.

Matlamat:

Perkembangan kefahaman terhadap seni; seni penting kepada perkembangan pendidikan menyeluruh ; seni sebagai fokus pembelajaran

Kandungan

Estetika, keritikan seni, sejarah seni dan produk seni; seni daripada berbagai kebudayaan dunia dan era.

Kurikulum

Ditulis secara berurutan, kumulatif, tersusun dan meluas perlaksanaannya.

Konsep pelajar

Pelajar adalah murid matapalajaran seni; perlu diajar untuk mengembangkan kefahaman terhadap seni.

Pendedahan kepada hasil seni seniman meningkatkan perkembangan kreativiti mereka

Konsep guru

Menyediakan motivasi; membantu pelajar; membantu pelajar memahami konsep-konsep seni selari dengan aras kanak-kanak tertentu; mengunakan nilai imej seni dewasa; menggalakkan ekspresi kendiri pelajar secara kreatif

Kreativiti

Kreativiti adalah tingkahlaku yang bukan konvensional yang boleh dibentuk menerusi kefahaman terhadap seni seacara biasa . Ekspresi alam kanak yang tidak dibimbing tidak dianggap sebagai kreatif sepenuhnya

Perlaksanaan

Memerlukan penglibatan dengan kelas-kelas atau tingkatan lain di sekolah itu malah sekolah-sekolah lain di dalam sesuatu daerah secara meluas untuk mendapatkan kesan urutan dan susunan yang meksima

Kerja-kerja seni

Karya orang dewasa (seniman ) merupakan purat rujukan dan kajian seni; imej-imej orang dewasa membantu sebagai focus pembelajaran secara integrasi daripada empat desiplin seni

Penilaian

Berasaskan matlamat pendidikan; focus kepada pembelajaran; mustahak untuk mengesahkan kemajuan pelajar dan keberkesanan program.

Di terjemah daripada Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

Rujukan:

Alexander, Kay and Day, Michael (eds.) (1992) Discipline-based Art Education. A curriculum sampler, New York: Oxford University Press.

Clark, G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub. Co.

Eisner, Elliot W. (1971) Confronting curriculum reform, Boston,: Little Brown.

Eisner, Elliot W. (1972) Educating artistic vision, New York,: Macmillan.

Eisner, Elliot W. and Vallance, Elizabeth (1974) Conflicting conceptions of curriculum, Berkeley, Calif.,: McCutchan Pub. Corp.

Eisner, Elliot W. (1979, 1985, 1994) The educational imagination: on the design and evaluation of school programs. New York: Macmillan.

Eisner, Elliot W. (1982) Cognition and curriculum : a basis for deciding what to teach, New York: Longman.

Eisner, Elliot W. (1985) The art of educational evaluation: a personal view. London: : Falmer Press.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Trust.