perpaduan pelajar dalam pendidikan

Upload: e-lak

Post on 04-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    1/6

    KONSEP PERPADUAN

    Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara

    seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk

    satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan

    mereka. Sejak merdeka, dan apabila isu perkauman kadang-kala menjadi masalah utama

    negara, setiap agenda nasional yang dianjurkankerajaan pastinya meletakkan perpaduan

    dan integrasi nasional sebagai satu agenda utama. Setiap peluang digunakan dalam

    pelbagai bidang, pendidikan, sukan, kebudayaan. Sejak tahun 2004, Program Latihan

    Khidmat Negara (PLKN) dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan

    nasional. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan

    negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat

    majmuk di negara kita.

    Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud

    penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau

    penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi

    perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan

    satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial,

    pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62)

    Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat

    yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma

    dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok

    masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa

    dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi

    sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara

    manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan

    dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan

    budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk

    abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul

    Kenegaraan, 2011: 179-180)

    Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang

    kaum yang hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina,

    India dan 27 etnik di kawasan Sabah serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini

    menyebabkan kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini

    supaya kestabilan negara dapat diperoleh.

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    2/6

    PROGRAM ANAK ANGKAT

    Bina Insan Guru (BIG) merupakan wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti

    insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

    Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program IjazahSarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.

    Dalam Bina Insan Guru Fasa 4, aktiviti perkhemahan dan juga khidmat masyarakat

    telah digabungkan untuk menjadi salah satu aktiviti Bina Insan Guru. Dalam BIG tersebut,

    Program Anak Angkat telah dijadikan salah satu pengisian aktiviti. Program Anak Angkat

    tersebut telah dijalankan di Kampung Mantob, Kiulu. Dalam program Anak Angkat ini, ia

    memberi peluang kepada saya dan rakan yang lain untuk mengaplikasi kemahiran berfikir

    aras tinggi dalam membentuk perpaduan. Pada masa yang sama, kami juga dapat

    memupuk kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam khidmat kemasyarakatan melalui

    penglibatan langsung atau tidak langsung dalam aktiviti yang dijalankan.

    Objektif aktiviti ini adalah untuk mendedahkan guru pelatih dengan norma-norma

    sosial di luar sekolah. Pada masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada guru pelatih

    untuk mengasah kemahiran sosial mereka dan belajar cara-cara yang sesuai untuk

    membawa identiti guru dalam masyarakat. Selain itu dapat melahirkan guru yang

    mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian , daya tahan diri yang tinggi serta aura

    keguruan yang selaras dengan lima prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

    Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu

    aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan

    yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.

    Program anak angkat dijalankan oleh pihak IPG agar seseorang pelajar dapat mengenali

    ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan

    perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepadatercapainya integrasi nasional. Dalam program ini, pihak IPG akan berkolaborasi dan

    berhubung dengan kawasan yang terpilih untuk menjadi tempat tujuan program ini seperti

    Kampung Mantob, Kiulu.

    Melalui Program Anak Angkat ini, banyak kebaikan yang dapat dilihat terutama sekali

    dari segi semangat perpaduan. Pelajar IPG terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan

    etnik. Seperti saya sendiri, saya berasal dari semenanjung dan berbangsa Melayu. Saya

    masih kurang memahami norma budaya dan cara hidup masyarakat Sabah. Lain tempat lain

    caranya. Begitu juga situasi yang berlaku semasa program ini dijalankan.

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    3/6

    Saya juga tidak ketinggalan untuk mendapat peluang bersama-sama dengan

    keluarga angkat. Saya berkongsi keluarga angkat bersama-sama empat lagi dengan rakan-

    rakan tersayang terdiri dari unit PISMP Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam dan Sains.

    Ayah angkat saya yang memilih kami. Mereka mempunyai empat orang anak. Semua adik-

    beradik yang baik dan mesra dengan kami. Ada dalam kalangan mereka memeluk agama

    islam dan menetap di semenanjung Malaysia. Beliau juga adalah seorang Umpire dalam

    kepegawaian dalam sukan Badminton. Semasa bersama dengan keluarga angkat, saya

    dapat melihat budaya dan cara hidup yang berbeza antara cara keluarga saya sendiri dan

    mereka. Cara percakapan yang berbeza dan cara hidup yang berbeza membuatkan saya

    banyak berfikir bahawa perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain bukan

    menjadi batu penghalang untuk membentuk perpaduan antara kaum. Contohnya dari segi

    bahasa. Memang diakui bahasa antara orang Sabah dan Semenanjung agak berbeza dari

    segi sebutan, intonasi, nada, jeda dan beberapa perkara lain. Semasa bersama keluarga

    angkat, ada kalanya terdapat sedikit kesukaran untuk memahami maksud pertuturan

    mereka. Seperti biasa, saya akan tersenyum apabila kurang jelas tentang apa yang mereka

    perkatakan. Tetapi saya mudah untuk berbahasa seperti orang Sabah walaupun tidak

    selancar orang Sabah itu sendiri. Ini mungkin disebabkan majoriti pelajar di IPG Kent ialah

    orang Sabah dan ini memudahkan saya untuk memahami dan belajar memahami bahasa

    dan loghat Sabah. Bagaimana bahasa boleh membentuk perpaduan? Kita lihat kembali

    kepada fungsi bahasa itu sendiri. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi. Bahasa rasmi

    di Malaysia ialah bahasa Melayu dan dijadikan sebagai bahasa rujukan bangsa dan budaya.

    Apabila wujudnya komunikasi, pasti ada tolerasi. Daripada toleransi tersebut, akan wujud

    perasaan tolak ansur yang menyumbang sedikit sebanyak kepada perpaduan. Walaupun

    berbeza dari segi sebutan, intonasi, nada, jeda dan beberapa perkara lain, tetapi bahasa

    yang digunakan tetap sama iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa

    kebangsaan yang berperanan untuk melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan

    kebangsaan. Dalam erti kata lain, Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa. Selain itu, perpaduan

    antara kaum/keturunan, perpaduan politik dapat dibentuk serta menimbulkan sikap bersatuterhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka

    dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa

    kebangsaan. Walaupun bahasa pertama keluarga angkat saya iaitu bahasa yang

    dipertuturkan di rumah ialah bahasa dusun tetapi apabila bersama anak-anak angkat,

    mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia

    sebagai bahasa rasmi. Ini membuktikan, mereka mempunyai rasa tolak ansur kepada orang

    lain terutama sekali orang yang tidak berasal dari Sabah untuk saling berkomunikasi antara

    satu sama lain.

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    4/6

    Program Anak Angkat ini bukan sahaja mampu memupuk semangat perpaduan

    antara keluarga angkat dan pelajar IPG, malah ia mampu memupuk semangat perpaduan

    antara pelajar IPG. Hal ini kerana, walaupun kami semua berada dalam batch yang sama

    tetapi masih terdapat antara kami yang masih tidak pernah berkomunikasi ataupun tidak

    berkomunikasi dengan baik dan kerap. Ini mungkin disebabkan kesibukan masing-masing

    semasa berada di IPG. Masalah komunikasi antara pelajar ini juga mungkin disebabkan

    beberapa faktor lain seperti kurang mengenali antara satu sama lain. Bagaimana perpaduan

    antara pelajar IPG ini dapat dikaitkan dengan Program Anak Angkat? Seperti yang diketahui,

    beberapa orang pelajar IPG akan berkongsi satu keluarga angkat. Pelajar ini biasanya dipilih

    secara rawak dan mungkin berasal dari latar belakang yang berbeza, agama dan bangsa

    yang berbeza. Mungkin sebelum ini, pelajar-pelajar IPG tersebut tidak merasakan perlu

    untuk berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan dari unit yang berbeza, tetapi apabila

    berkongsi keluarga angkat yang sama, secara tidak langsung komunikasi dua hala itu wujud.

    Apabila wujudnya komunikasi, perpaduan pula dapat dibentuk secara beransur-ansur.

    Perpaduan ini tidak semestinya dapat dipupuk secara mendadak tetapi dengan hanya

    memahami cara seseorang itu, ia akan membantu dalam memupuk perpaduan kerana tidak

    kenal maka tidak faham. Apabila sudah mula mengenali, secara tidak langsung kefahaman

    tentang cara dan budaya hidup seseorang dapat difahami. Seperti saya sendiri, saya

    berkongsi keluarga angkat bersama-sama dengan rakan dari unit PISMP Bahasa Melayu,

    Pendidikan Agama Islam dan Sains. Apabila bersama-sama dalam keluarga angkat yang

    sama, berkongsi keluarga angkat yang sama, ini membuatkan saya mula memahami cara

    setiap rakan yang lain. walaupun tidak secara keseluruhannya tetapi saya boleh

    mendapatkan sedikit sebanyak gambaran tentang mereka. Tetapi yang pastinya, cara dan

    budaya kami berbeza. Semua perbezaan yang saya lihat ini tidak menjadi batu penghalang

    kepada kami untuk saling bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain. Bagaimana

    semangat 1 Malaysia ingin dibentuk sekiranya semangat perkauman ataupun kenegerian

    masih tertanam dalam diri masing-masing. Di IPG Kent, pelajar-pelajarnya berasal dari

    negeri yang berbeza. Walaupun majoriti pelajar adalah berasal dari Sabah, tetapi terdapatjuga sebahagiannya berasal dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Dari apa yang saya

    lihat, semangat perpaduan antara kaum di IPG Kent ini dalam tahap yang baik dan tidak

    membimbangkan kerana semua pelajar boleh berkomunikasi dengan baik. Apa yang

    membezakan ialah tahap komunikasi sahaja sama ada secara kerap atau hanya sekadar

    bertegur sapa. Dalam program ini, batchkami sememangnya rapat antara satu sama lain.

    walupun saya dari unit PISMP PJ, tetapi saya masih boleh bergaul dengan rakan-rakan dari

    unit yang lain tanpa mengira asal usul, bahasa dan budaya.

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    5/6

    Program Anak Angkat ini juga banyak mengajar saya tentang semangat kerjasama

    antara pasukan. Bukan sahaja antara rakan guru pelatih malah antara keluarga angkat. Ini

    kerana, banyak aktiviti yang dilakukan bersama rakan IPG Kent dan semua itu dapat

    dilakukan dengan semangat kerjasama yang tinggi dan baik. Bagaimana semangat

    kerjasama boleh membentuk perpaduan? Untuk membentuk semangat perpaduan, tidak

    perlu adanya satu program khusus yang menjurus kepada perpaduan. Sebagai contoh ialah

    program anak angkat ini sendiri. Jika dilihat kepada objektif yang terdapat dalam kertas kerja

    ialah untuk mendedahkan guru pelatih dengan norma-norma sosial di luar sekolah. Pada

    masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengasah kemahiran

    sosial mereka dan belajar cara-cara yang sesuai untuk membawa identiti guru dalam

    masyarakat. Objektif ini tidak mejelaskan secara terus tujuannya adalah untuk membentuk

    semangat perpaduan dalam diri guru pelatih IPG Kent. Dalam program ini, Semangat

    sepasukan akan mula berbunga dan bertambah apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara

    kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Sebagai

    contoh, terdapat aktiviti bersama keluarga angkat yang memerlukan semangat kerjasama

    yang tinggi antara guru pelatih bagi menjayakan sesuatu perkara. Kerjasama antara satu

    sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatu padu. Dengan ini akan

    wujud semangat perpaduan di antara guru pelatih yang juga merupakan adik beradik angkat

    yang datang dari latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Jangan kita anggap

    perbezaan itu sebagai satu masalah dan alasan untuk memupuk semangat perpaduan

    dalam diri masing-masing. Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Dari IPG lagi, para pelajar

    harus mempunyai semangat perpaduan yang tinggi kerana apabila ditempatkan di sekolah

    sebagai guru sebenar, tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang

    penuh dengan perbezaan sama ada dari segi bahasa, latar belakang ataupun budaya hidup.

    Ini kerana, tidak mustahil kita akan ditempat di negeri yang lain dan bukan negeri asal.

    Apabila berada di tempat orang, kita harus bijak menyesuaikan diri bagi memudahkan

    proses adaptasi dan pergaulan dengan orang sekeliling. Perpaduan akan mudah dibentuk

    sekiranya kita mudah menerima perbezaan orang lain dan tidak bersifat pentingkan diri atauperkauman. Di IPG Kent, banyak program yang telah dibuat bagi memastikan semangat

    perpaduan tertanam dalam diri setiap pelajar. Selain itu, program anak angkat ini juga

    banyak membantu saya belajar untuk bersikap terbuka dan matang. Kematangan fikiran

    membuatkan saya lebih bersikap mudah menerima perbezaan dan menyesuaikan diri

    dengan perbezaan tersebut. Saya telah banyak belajar sepanjang pengalaman istimewa ini.

  • 8/13/2019 Perpaduan Pelajar Dalam Pendidikan

    6/6

    Program Anak Angkat ini sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada pelajar /

    guru pelatih terutama sekali dalam membentuk perpaduan. Terpulang kepada individu

    sahaja sama ada mahu berusaha untuk membentuk semangat itu atau hanya duduk

    mendiamkan diri dengan harapan semangat perpaduan itu akan datang bergolek kepada

    kita. Usaha itu tangga kejayaan. Pihak IPG telah melakukan banyak usaha bagi melahirkan

    seorang guru yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.